Anda di halaman 1dari 59

Karangan Berpandu 1

Kaji gambar-gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara
rakyat Malaysia mengisi masa cuti. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah
perkataan.



RANGKA JAWAPAN

CARA-CARA RAKYAT MALAYSIA MENGISI MASA CUTI

1.0 Pendahuluan

- Kaya dengan tempat percutian menarik kerana kepelbagaian kaum.
- Mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menyumbang ekonomi negara.


2.0 Isi/fakta
2.1 Melawat pusat-pusat kebudayaan (IU)
- Rakyat akan mengetahui budaya kaum yang unik dan menarik. (HS1)
- Pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, dan India. (HS2)
- Mempunyai kebudayaan dan identiti yang tersendiri. (HS3)
- Mampu menjaga keharmonian tanpa berlakunya rusuhan kaum. (HS4)
- Aspek pemakanan, tarian, pakaian, musim perayaan, dan,sebagainya. (CTH)

2.2 Mengembara (IU)
- Sama ada ke luar bandar atau hutan. (HS1)
- Menambahkan pengalamaan dan menguji kecerdasan. (HS2)
- Pulau Langkawi mempunyai keindahan alam sekitar. (CTH)
- Perlu dipelihara untuk generasi akan datang dan menikmati kurniaan Iilahi.
(HS3)
- Mendedah kehidupan di kawasan utan dan menguji kesabaran seseorang.
(HS4)

2.3 Melawat pusat-pusat membeli-belah (IU)
- Pada musim perayaan atau hujung minggu. (HS1)
- Ekonomi negara meningkat. (HS2)
- Membeli barangan buatan tempatan. (HS3)
- Menyahut seruan kerajaaan. (HS4)
- Pusat penjualan batik, cenderahati, kraf tangan, dan sebagainya. (CTH)



3.0 Penutup

- Matlamat kerajaanmembentuk keluarga bahagia. (CDG)
- Merealisasikan harat murni kerajaan. (HP)












Contoh Jawapan Karangan Berpandu


Malaysia satu-satunya negara yang kaya dengan pelbagai hari percutian kerana
kepelbagaian kaum. Rakyat Malaysia harus mengambil kesempatan untuk mengisi masa
percutian ini dengan pelbagai cara kerana percutian bukan sahaja dapat mengeratkan
silaturahim atau hubungan kekeluargaan, malah dapat menyumbang ke arah pertumbuhan
ekonomi . Sehubungan dengan itu, rakyat Malaysia patut mengisi masa cuti bak kata
peribahasa , jauh perjalanan, luas pengalaman.

Salah satu bentuk percutian yang digalakkan adalah percutian kebudayaan. Rakyat
seharusnya mengisi masa cuti dengan melawat ke pusat-pusat kebudayaan. Hal ini demikian
kerana dapat memudahkan rakyat negara ini mengetahui budaya kaum lain yang unik dan
menarik. Memang tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang
mempunyai pelbagai etnik seperti Melayu, Cina, India, dan sebagainya mampu menjaga
keharmonian dalam negara tanpa melakukan rusuhan kaum. Setiap etnik ini mempunyai
budayanya yang tersendiri sekali gus mempamerkan identiti sebenarnya sesuatu kaum.
Fenomena ini dapat dilihat dari aspek pemakanan, tarian, pakaian, musim perayaan, dan
sebagainya. Misalnya, pada musim perayaaan atau mengadakan rumah terbuka, etnik yang
berbilang bangsa akan saling menziarahi antara satu sama lain.

Selain itu, rakyat Malaysia juga, boleh mengisi masa cuti dengan mengembara ke
pelbagai destinasi alam semula jadi yang terdapat di Negara kita.Rakyat harus mengambil
kesempatan meneroka khazanah alam semula jadi seperti meyusur Sungai Pahang ke
Taman Negara , Pahang, mendaki Gunung Kinabalu atau lain-lain destinasi alam semula jadi
yang jarang dikunjungi. Hal ini dapat menambahkan pengalaman dan pengetahuan sekali
gus memupuk sifat cinta akan alam semula jadi. Contohnya Pulau Langkawi masih lagi
mempunyai keindahan alam sekitar yang belum dinodai oleh pembangunan negara yang
begitu pesat. Khazanah alam semula jadi ini perlu dipelihara agar generasi akan datang
dapat menikmati kurniaan Ilahi ini. Aktiviti mengembara ini mendedahkan kehidupan di
kawasan hutan yang benar-benar menguji tahap kesabaran seseorang.

Di samping itu, pusat-pusat beli-belah juga menjadi tumpuan rakyat Malaysia untuk
mengisi masa cuti yang banyak. Hal ini demikian kerana pada cuti musim perayaan atau cuti
hujung minggu amat sesuai untuk pergi membeli-belah. Peribahasa Melayu ada
menyatakan, sambil menyelam minum air amat relevan dalam hal ini. Hal ini demikian
kerana dengan berbelanja di pelbagai kompleks beli-belah bertaraf antarabangsa, secara
tidak langsung, ekonomi negara akan meningkat . Tambahan pula, rakyat akan membeli
barangan buatan Malaysia dan menyahut seruan kerajaan Belilah Barangan Buatan
Malaysia.. Antara pusat beli-belah yang sering dikunjungi ialah pusat penjualan batik,
kedai cenderahati, kraf tangan, dan sebagainya.

Sesungguhnya, rakyat Malaysia harus mengisi masa cuti dengan pelbagai cara
kerana amalan percutian selaras dengan matlamat kerajaan membentuk keluarga bahagia
menggenapi usaha Rumahku, Syurgaku. Dengan itu, marilah kita bersam-sama
merealisasikan hasrat murni ini ke arah Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan
Terbilang. Oleh itu, rakyat Malaysia diseru melancong dalam negeri sendiri yang begitu
banyak dan menarik.
( 299 patah perkataan)




Karangan Berpandu 2

Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha
memajukan ICT di negara kita. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250
patah kata.








RANGKA JAWAPAN

1.0 Pendahuluan
- maksud ICT (AR)
- ICT telah mula berkembang di Negara kita(HS1)
- ICT kita standing negara lain(CTH)
- pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan memajukan ICT(HS2)

2.0 Isi / Fakta
2.1- memajukan ICT melalui Koridor Raya Multimedia (MSC)(IU)
- projek yang mampu memacu ekonomi Negara (HS1)
- mendorong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan(HS2)
- menyediakan syarikat ICT di Malaysia bertaraf dunia(CTH)

2.2-Usaha membudayakan ICT kepada masyarakat(IU)
- menjelang 2020 pengguna internet menjangkau 2614 juta orang(CTH)
- pertambahan dan perkembangan penggunaan internet purata 77.25%(CTH)
- usaha celik ICT berjaya(HS1)

2.3-memajukan ICT dalam bidang Pendidikan(IU)
- tema Hari Guru berkait ICT(HS1)
- 4500 sekolah ada makmal komputer dan 99 ribu unit computer(CTH)
- berkongsi maklumat melalui sidang video(HS2)
- dapat memperkasa bidang Pendidikan(HS3)

2.4-usaha Majlis IT Negara dalam pembabitan institusi peringkat global(IU)
- menjalankan 5 agenda tersendiri(HS1)
- menubuhkan Jawatankuasa Pelaksana Teras Strategik (HS2)
- menggerakkan sector awam dan swasta libatkan 30 projek(CTH)
- negara akan dianggap maju dalam teknologi maklumat(HS3)

2.5-melebarluaskan ICT dengan penyediaan infrastruktur dan utility(IU)
- usaha ini berdasarkan Dasar Telekomunikasi Kerajaan 1994-2020(HS1)
- kerjasama sektor swasta dan kerajaan(HS2)
- kerajaan sentiasa mengkaji dan menilai keberkesanannya(HS2)

3.0- Kesimpulan

- rakyat tidak harus lepaskan peluang menyambut ICT
- pentingnya semua pihak bekerjasama bersedia dalam cabaran ICT





Contoh Jawapan Karangan Berpandu 2

Secara ringkas ICT bermaksud maklumat dan teknologi yang disampaikan dari
sumber kepada penerima melalui saluran teknologi. Darsawarsa ini, kemajuan ICT atau
Industri Teknologi Komunikasi dan Maklumat sudah Negara kita kita sudah boleh dikatakan
maju dan mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara maju
yang lain. Banyak usaha telah dilakukan dalam memajukan ICT negara kita.

Kemajuan penggunaan ICT dalam kalangan penduduk negara ini diwujudkan melalui
Koridor Raya Multimedia (MSC) iaitu suatu projek raksasa kerajaan Malaysia untuk
memajukan sektor teknologi maklumat. Penubuhan Koridor Raya Multimedia ibarat enjin
yang dapat memacu Malaysia ke arah pencapaian negara maju menjelang 2020 dan
menyediakan ICT bertaraf dunia yang komprehensif. Hal ini dapat mewujudkan persekitaran
kerja dan kehidupan yang mendorong pembangunan ekonomi berasaskan pengetahuan.
MSC ternyata menjadi pemangkin kepada kepada syarikat ICT di Malaysia berdaya saing
supaya dapat berkembang sebagai syarikat bertaraf dunia.



Negara berusaha Meluaskan ICT kepada seluruh masyarakat misalnya kemudahan
komputer di Malaysia adalah lebih 65% terutama ditempat kerja dan perumahan. Menurut
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia tahun 2001, sehingga akhir tahun 2020
dianggarkan pengguna internet di negara ini menjangkau 2614 juta orang. Selain itu
statistik dari suruhanjaya juga menunjukkan perkembangan dan pertambahan penggunaan
internet di Malaysia dari tahun 1995-2002 sentiasa meningkat dari tahun ke tahun iaitu
sebanyak 77.25% jika dihitung secara kadar purata pertumbuhan. Ternyata usaha kita
menjadikan masyarakat kita celik ICT menampakkan kejayaan.

Bukan itu sahaja, kemajuan ICT semakin rancak dalam bidang pendidikan. Tidak
hairanlah tema hari guru tahun 2006 turut berkaitan usaha kerajaan untuk membudayakan
ICT dalam kalangan pelajar dan pendidik iaitu Pendidikan Bestari Pemangkin
Kegemilangan. Sehingga kini 4500 buah sekolah disediakan makmal komputer dengan 99
ribu unit komputer. Bukan itu sahaja, setakat ini sebanyak 8120 sekolah dihubungkan
dengan kemudahan jalur lebar school-net dan 14 ribu unit televisyen. Ternyata penggunaan
teknologi maklumat dapat memajukan dan merevolusikan bidang pendidikan negara.
Diharap sekolah-sekolah dapat berkongsi maklumat melalui sidang video.Dengan ini hasrat
kita untuk memperkasakan bidang pendidikan bukan hanya mimpi.

Selain itu, kemajuan ICT di bawah Majlis IT Negara (NITC) telah melancarkan
Agenda Teras Strategik yang mendorong pembabitan rakyat dan institusi secara efektif
dalam kemunculan rangkaian persekitaran global. Lima agendanya ialah E-Ekonomi, E-
Perkhidmatan Awam, E-Komuniti, E-Pembelajaran dan E-Kedaulatan. NITC juga telah
menubuhkan Jawatankuasa Pelaksanaan Teras Strategik (STIC) untuk merealisasikan
Agenda Teras Strategik. Setakat ini STIC berjaya menggerakkan sektor awam dan swasta
melaksanakan 30 projek termasuklah Pusat Pertukaran Sumber E-Komuniti, Grid
Pembelajaran Kebangsaan, Dana ICT Komuniti dan SJ2005. Dengan ini kita mampu
menjadikan Malaysia gah maju dalam teknologi maklumat dan bukan dianggap negara dunia
ketiga lagi.

Dalam dunia serba kompetatif ini, usaha murni kerajaan melalui Dasar
Telekomunikasi Kerajaan 1994-2020 patut dimanfaatkan oleh semua. Kerajaan akan
menyediakan infrastruktur dan utiliti yang mencukupi dan berteknologi memenuhi kehendak
masyarakat atau sebuah bandar moden. Pembangunan infrastruktur itu merangkumi projek
syarikat kerajaan mahupun swasta seperti Syarikat Telekom Malaysia Berhad (STMB) dan
beberapa syarikat lain seperti Maxis, Celcom, Digi, TM Touch dan lain-lain lagi. Setakat ini,
pihak kerajaan sentiasa mengkaji dan menilai agar telekomunikasi berteknologi tinggi dan
aplikasi pengguna ICT benar-benar memberangsangkan ekonomi negara di peringkat global.

Konklusinya, kemajuan ICT negara yang memberangsangkan sepatutnya tidak
dilepaskan begitu sahaja oleh kita semua dalam merealisasi wawasan 2020. Sesungguhnya
kita belum boleh mendabik dada kerana cabaran ICT mendatang harus ditempuh oleh
semua rakyat Malaysia dengan penuh persediaan kata orang kalau takut dilambung ombak,
janganlah berumah di tepi pantai. Tegasnya, kerjasama semua pihak penting dalam usaha
memajukan lagi ICT di negara kita.





Karangan Berpandu 3

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha
meningkatkan mutu pengangkutan awam di Malaysia. Panjang huraian hendaklah
antara 200 hingga 250 patah perkataan.

PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA





RANGKA KARANGAN

1.0 Pendahuluan
- Usaha yang dilakukan oleh kerajaan meningkatkan mutu pengangkutan awam.
- Jenis pengangkutan awam di Malaysia.
- Tujuan pembangunan pengangkutan awam.




2.0 Isi
2.1 Pengangkutan awam teksi
- Pengklasan teksi bandar, luar bandar dan lapangan terbang.
- Peningkatan mutu perkhidmatan- sistem bermeter/ sistem radio teksi.
- Memberi faedah kepada pengguna- memudahkan/elakkan penyelewengan.

2.2 Pengangkutan awam bas.
- Pengabungan syarikat kecil kepada besar- bentuk modal besar.
- Penawaran perkhidmatan lebih baik- bas baru dan lebih baik

2.3 Perkhidmatan monorel / komuter/ kereta api elektrik
- mengurangkan kesesakan di bandar dan masalah pencemaran udara
- gerabak berhawa dingin menganti gerabak kelas 3 tidak berhawa dingin.

2.4 Perkhidmatan kapal terbang
- MAS dan Air Asia
- banyakkan destinasi
- pekej tambang murah
- ramai pengguna mampu mengunakannya

3.0 Penutup
- Sistem pengangkutan awam setanding dengan negara maju
- Syarikat terlibat perlu kekalkan dan tingkatkan kualiti.
- Kualiti yang baik menarik minat pengguna.


Contoh Jawa;pan Karangan Berpandu 3


Dalam usaha menuju negara maju menjelang tahun 2020, Malaysia telah berusaha
menyediakan prasarana yang mencukupi untuk memastikan sistem pengangkutan berjalan
lancar. Sistem pengangkutan yang cuba dibangunkan ini meliputi laluan darat seperti jalan
raya dan jalan kereta api, laluan udara dan laut. Fokus utama pembangunan sistem
pengangkutan ini bagi memudahkan orang ramai berhubung dengan masyarakat tempatan
dan masyarakat di dunia luar.

Teksi digunakan sebagai alat mudah untuk pergi ke sesuatu destinasi. Kenderaan
tersebut sebagai keperluan wajib untuk masyarakat ke destanasi yang diinginkan seperti ke
sekolah, ke pejabat, ke surau dan ke pasar raya. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan,
kerajaan telah mewartakan semua teksi bandar mengunakan sistem bermeter dan radio
teksi.Kerajaan juga telah menggunakan warna yang berbeza untuk teksi bandar dan luar
bandar.Bagi pengangkutan ke destanasi lapangan terbang kerajaan telah memperkenalkan
teksi limosen. Melalui keadah ini,mutu prkhidmatan dapat ditingkatkan dan diselaraskan
serta memudahkam pengguna.Selain itu, penggunaan teksi bermeter dapat mengelakkan
pemandu teksi melakukan penyelewengan dan menguntungkan pengguna.



Pengangkutan awam yang paling murah dan popular dalam kalangan pengguna ialah
bas. Bas biasa digunakan oleh orang ramai untuk pergi bekerja atau ke pasar raya. Untuk
meningkatkan mutu perkhidmatan ini, kerajaan telah menggalakkan pengusaha bas yang
berskala kecil membentuk konsortium bagi meningkatkan aliran modal. Antara syarikat
konsortium yang beroperasi ialah Transit Link, Couseway Link dan Pak May. Melalui keadah
ini, syarikat pengangkutan akan dapat menawarkan perkhidmatan yang lebih baik dengan
cara mengantikan kenderaan yang telah lama dengan kenderaan yang baru serta
selesa.Keadah ini akan menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan ini.

Di Lembah Klang yang mempunyai aliran trafik yang lebih padat,kerajaan telah
memperkenalkan sistem pengangkutan awam yang baru dan canggih untuk mengatasi
masalah kesesakan. Untuk itu, kerajaan telah memperkenalkan monorel dan komuter yang
digerakkan oleh tenaga elektrik. Melalui sistem pengangkutan ini kerajaan dapat
mengurangkan kesesakan lalu lintas di bandar khasnya Kuala Lumpur selain mengurangkan
masalah pencemaran udara.

Untuk perjalanan lebih jauh, katakan warga Kuala Lumpur ingin ke Johor Bahru,
ramai yang memilih menaiki kereta api. Sekiranya menaiki kereta api pada waktu malam,
bangun pagi sahaja sudah tiba tempat yang dituju. Untuk memajukan jenis pengangkutan
ini kerajaan melalui badan berkanunnya Kereta api Malaysia Berhad (KTMB) telah
memperkenalkan gerabak kereta api berhawa dingin kelas satu dan dua . KTMB juga telah
menamatkan perkhidmatan gerabak kelas tiga yang tidak berhawa dingin.

Sementara itu, mereka yang ingin ke seberang laut, ramai yang memilih
perkhidmatan kapal terbang dan kapal laut. Untuk meningkatkan mutu perkhidmatan
Syarikat Penerbangan Malaysia Berhad (MAS) dan Air Asia telah menambah destinasi
penerbangan baru dan membeli pesawat-peswat yang baru. Selain itu, syarikat
penerbangan ini juga telah menawarkan pekej tambang murah khasnya yang telah
dilakukan oleh Air Asia.Dengan cara ini, ramai pengguna akan mampu menggunakan
perkhidmatan ini.

Sesungguhnya, sistem pengangkutan awam di Malaysia boleh dikatakan setanding
dengan negara-negara maju. Oleh itu, menjadi tanggungjawab syarikat yang
mengendalikan perkhidmatkan ini terus mengekalkan dan meningkatkan mutu perkhidmatan
agar manarik minat pengguna menggunakannya.







KARANGAN BERPANDU 4


Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang faktor-faktor yang
mendorong Malaysia menjadi destinasi pelancongan yang menarik. Panjang
huraian, antara 200 hingga 250 patah perkataan.





RANGKA KARANGAN

1.0 Pendahuluan

Malaysia berpotensi sebagai pelancongan menarik (AR)
Malaysia kaya dengan pelbagai tempat pelancongan menarik (HS)
Mampu menggamit sesiapa sahaja yang datang (HS)
Keindahan dan keunikan ini diihat daripada pebagai aspek (AA)

2.0 Isi / Fakta

2.1 Alam flora dan fauna yang indah
- Dipenuhi dengan pelbagai keaslian spesis tumbuhan, herba dan serangga.
- Taman Negara di Pahang dan Endau Rompin
- Pencinta alam dapat menikmati, mengkaji dan mengenali
- Tinggal di dalam hutan dengan menyewa chale atau khemah

2.2 Komposisi kaum yang unik
o Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa dan agama iaitu
Melayu, Cina dan India, Kadazan, Bidayuh dan sebagainya.
o Memiliki keunikan budaya dari segi pakaian, tarian dan makanan.
o Disajikan dengan persembahan tarian kebudayaan seperti Zapin, Inang,
Ngajat, Tarian Singa dan Klasik India kepada para pelancong yang
mengunjungi Rumah Kampung Budaya di Sarawak.
o Menikmati keenakan masakan tradisi tempatan, biasanya disajikan oleh hote-
hotel atau restoran terkemuka.
o Pelancong tidak berasa rugi berkunjung ke Malaysia kerana kaya dengan
pelbagai adat dan tradisi.

2.3 Malaysia memiliki destinasi pelancongan menarik

o Tanah Tinggi seperti Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting,
Pantai-pantai yang menawan seperti Rantau Abang dan Teluk Chempedak,
Pulau-pulau yang indah seperti Pulau Tioman dan Pulau Langkawi.
o Dijaga kebersihan dan keindahan alam sekeliling.
o Menaiktaraf infrastruktur dan prasarana di mana-mana sahaja tempat
pelancongan yang berpotensi.

3.0 Penutup
Masyarakat Malaysia harus memberi sokongan kepada pihak kerajaan dalam menjayakan
kempen cuti-cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia.
Rancanglah percutian yang menarik bersama keluarga kita di Malaysia kerana segala-
galanya ada di Malaysia.


CONTOH JAWAPAN KARANGAN BERPANDU

Malaysia memang berpotensi untuk memajukan sektor pelancongan. Hal ini demikian
kerana Malaysia kaya dengan pelbagai tempat pelancongan yang menarik, indah dan
menawan. Malaysia mampu menggamit sesiapa sahaja untuk berkunjung ke negara ini.
Keindahan ini boleh dilihat daripada pelbagai aspek.

Alam flora dan fauna yang indah merupakan daya tarikan utama para pelancong dari
dalam dan luar negara. Dalam belantara ini dipenuhi dengan pelbagai keaslian spesis
tumbuhan yang dijaga dengan rapi oleh pihak-pihak tertentu seperti Jabatan Alam Sekitar
dan Jabatan Perhutanan. Malah usaha kerajaan negeri Pahang dan Johor yang menjadikan
hutan itu sebagai hutan simpanan iaitu Taman Negara di Pahang dan Endau Rompin
merupakan khazanah yang bernilai bagi para pencinta alam untuk menikmati alam ciptaan-
Nya. Mereka bukan sahaja dapat menikmati keindahan alam bahkan berpeluang juga
mengenali jenis-jenis tumbuhan-tumbuhan dan serangga-serangga di negara kita yang
memiliki hutan hujan khatulistiwa. Bagi mereka yang berminat pastinya mereka akan tinggal
beberapa hari dengan menyewa chalet yang disediakan oleh pihak-pihak tertentu. Jelaslah
keindahan alam flora dan fauna mampu meningkatkan industri pelancongan di Negara ini
umpama peribahasa sambil menyelam minum air kerana bukan sahaja memperoleh
pendapatan malah nama negara dapat dikenali di peringkat antarabangsa.

Komposisi kaum yang unik di Malaysia juga menyumbang daya penggalak sektor
pelancongan di negara ini. Para pelancong akan disajikan dengan persembahan kebudayaan
pelbagai kaum oleh mana-mana kumpulan kebudayaan khas. Mereka pasti berasa kagum
dengan keunikan budaya dari segi pakaian, tarian dan keenakan makanan tempatan yang
mewarnai kehidupan di Malaysia. Pelbagai tarian tradisional seperti zapin, inang, ulik
mayang, tarian singa, klasik India, ngajat dan sebagainya mampu manghiburkan para
pelancong yang berkunjung ke kampong Budaya Sarawak dan pastinya akan membawa
kenangan manis yang indah dihati pelancong. Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis
makanan tempatan pelbagai kaum pasti mengundang rasa ingin datang lagi untuk merasai
kelazatan makanan ini. Sesungguhnya, para pelancong tidak akan berasa rugi sekiranya
berkunjung ke Malaysia kerana terdapat pelbagai masyarakat majmuk yang kaya dengan
pelbagai adat dan tradisi mereka masing-masing.

Selanjutnya, kita juga memiliki destinasi pelancongan yang menarik. Antaranya, di
kawasan tanah tinggi seperti di Tanah Tinggi Cameron dan Tanah Tinggi Genting. Selain itu,
Malaysia juga memiliki pantai-pantai yang menawan seperti Rantau Abang dan Teluk
Chempedak. Malahan juga memiliki pulau-pulau yang yang indah seperti Pulau Langkawi
dan Pulau Tioman. Terdapat juga tempat dan bangunan bersejarah yang harus dilawati
bagi mengenali Malaysia dengan lebih dekat lagi. Keistimewaan tempat pelancongan ini
memberi banyak pengetahuan dan pengalaman kepada para pelancong. Setiap destinasi
pelancongan sentiasa dijaga kebersihan dan keindahan alam sekeliling. Bukan itu sahaja,
kerajaan juga memperuntukkan jumlah yang besar bagi menaik taraf infrastruktur dan
prasarana di mana-mana tempat pelancongan yang berpotensi. Hal ini bagi memastikan
para pelancong akan berasa seronok untuk melancong di sini. Tidak dinafikan lagi bahawa
industri pelancongan merupakan serampang dua mata dalam usaha meningkatkan ekonomi
dan pendapatan Negara.

Konklusi, masyarakat Malaysia haruslah sentiasa memberi sokongan kepada pihak kerajaan
dalam menjayakan kempen cuti-cuti Malaysia dan Program Tahun Melawat Malaysia. Jadi,
rancanglah percutian yang menarik bersama keluarga kita di Malaysia kerana segala-galanya
ada di Malaysia.










KARANGAN BERPANDU 5


Lihat rajah di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis sebuah karangan tentang sebab-sebab
mengapa masyarakat harus menyahut seruan program kitar semula. Panjang
karangan hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.






RANGKA JAWAPAN

1.0 Pendahuluan

- Kitar semula menggunakan semula barang buangan yang masih boleh digunakan
- Tujuan menjimatkan kos dan sumber alam
- Masyarakat harus memberi sokongan
- Banyak faedah akan dinikmati mereka
-
2.0 Isi / Fakta

2.1 Bilangan sampah-sarap bertambah

o kitar semula mengurangkan sampah
o membantu mengatasi masalah pencemaran alam
o mengatasi masalah kekurangan tapak pelupusan sampah-sarap
o mencegah perebakan pelbagai jenis penyakit oleh lalat dan
o nyamuk
o kesihatan terjamin

2.2 Kitar semula barangan kertas

o menyelamatkan pokok-pokok
o input penting dalam industri penghasilan kertas
o dapat menyelamatkan 17 pohon jika mengitar semula 1 tan metric kertas
o kos barangan kertas menurun
o menguntungkan pengguna

2.3 Tin-tin aluminium

o boleh dikitar semula
o mengatasi masalah penyusutan sumber logam aluminum
o meneruskan proses pengeluar tin-tin, minuman ringan
o kos pengeluar akan menurun
o menyumbang kepada peluang pekerjaan

3.0 Penutup
- rakyat harus menyahut seruan murni ini
- wang yang dibelanjakan oleh pihak kerajaan untuk kempen ini tidak
mengalami kerugian








Contoh Jawapan Karangan Berpandu

Kitar semula ialah satu proses melibatkan 3R iaitu Reduce, Reuse dan Recycle
(kurangkan, guna semula dan kitar semula) ke atas barangan yang boleh dikitar semula seperti
kertas, aluminium, barangan kaca, plastic dan lain-lain. Program ini juga bertujuan menjimatkan
kos dan sumber alam yang semakin berkurangan. Oleh itu, masyarakat haruslah mmenyokong
program ini dan kitar semula bahan buangan mendatangkan pelbagai kebaikan kepada
masyarakat dan negara.

Sebenarnya, kitar semula bahan buangan dilaksanakan kerana penambahan
sampah-sarap setiap hari oleh pengguna. Program ini dapat mengurangkan jumlah sampah
yang dibuang, secara tidak langsung kitar semula dapat membantu mengatasi masalah
pencemaran yang hebat diperkatakan kini.Program kitar semula juga berupaya menangani
masalah kekurangan kawasan pelupusan sampah yang sememangnya semakin sukar disediakan
oleh Majlis Perbandaran atau Dewan Bandaraya. Situasi ini dapat mencegah perebakan pelbagai
jenis penyakit oleh lalat atau nyamuk. Justeru, program ini juga dapat menjamin kesihatan
masyarakat.
Antara barang yang menjadi pilihan program kitar semula ialah barangan kertas.
Ramai orang tidak sedar bahawa kita sebenarnya membuang sumber alam yang amat bernilai.
Maka, program ini dapat menyelamatkan pokok-pokok di dalam hutan yang semakin hari
semakin pupus, sebagaimana yang kita ketahui pokok balak di hutan merupakan input penting
dalam industri penghasilan kertas. Contohnya, untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak
17 batang pokok terpaksa ditebang. Kertas yang dikitar semula juga dapat menurunkan kos
barangan kertas. Akhirnya, sudah tentu menguntungkan pengguna.

Selain barangan kertas, tin-tin aluminium juga boleh dikitar semula. Ini dapat
mengatasi masalah pengusutan logam besi atau bijih timah di negara kita. Secara tidak
langsung dapat meneruskan proses pengeluar tin-tin contohnya untuk minuman ringan. Oleh
itu, kitar semula ini juga dapat mengurangkan kos yang harus penguasa tanggung dan akhirnya
sudah tentu harga kepada pengguna juga dapat dikurangkan. Kesinambungan ini juga dapat
menyumbang peluang pekerjaan kepada mesyarakat.

Kesimpulannya, pihak masyarakat haruslah menyahut seruan murni kerajaan ini.
Setiap wang yang dikeluarkan oleh kerajaan untuk kempen ini tidak dibazirkan. Fikir dahulu
sebelum buang memberikan mesej yang jelas bukan sahaja menjimatkan wang rakyat dan
negara tetapi juga dapat menyelamatkan bumi kita.














KARANGAN BERPANDU 6

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang fungsi hutan di
Malaysia. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.





















RANGKA JAWAPAN

1.0 Pendahuluan
- bumi yang subur dan iklim tropika (AR)
- hutan hujan tumbuh subur dan menyumbang hasil yang banyak kepada
negara.(HS)
- fungsi : ekonomi negara , tadahan air, taman rekreasi(AA)


2.0 Isi
2.1 Sumber pendapatan Negara.
- komoditi utama ialah balak.
- Pembangunan negara pesat
- Misalnya , bagi hutan paya bakau : daerah Larut Matang di Perak, 80 peratus
daripada kawasan ini telah digunakan sepenuhnya sebagai sumber
pembalakan, menghasilkan arang.
- mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.
- Kesan buruk jika tidak dikawal

2.1 Sumber tadahan air dan menguatkan struktur tanah.

- akar hutan paya bakau menahan dan menghalang ombak daripada
menghakis kawasan pantai.
- berfungsi sebagai penapis air masin.
- Contoh pantai di Bagan Datoh. pernah berlaku hakisan yang teruk akibat
penebangan hutan bakau yang berleluasa.
- Kesan menyebabkan air masin meresap masuk ke dalam pertanian
- Fungsi tadahan air.
- rimbunan daun pokok hutan serta akar dan tanah di kawasan hutan akan
mengawal air hujan dari terus melimpah sepenuhnya ke sungai.
- Manakala semasa musim kemarau pula, sistem tersebut pula akan
mengeluarkan sebahagian air yang diperangkap tadi untuk mewujudkan
keseimbangan alam semula jadi.
- Contoh : hutan paya gambut bertindak sebagai sponge
- mengawal air daripada terus melimpah ketika musim hujan dan memberi
kelembapan pada musim kemarau.

2.3 Sumber rekreasi
- banyak kawasan hutan dijadikan taman rekreasi
- dijadikan tempat beristirehat dan jauh daripada kebisingan kota.
- Contoh : Taman Negara dan Taman Kinabalu serta Lembah Danum di Sabah.
- Kawasan hutan di Kuala Selangor : unik dengan kehadiran ribuan kelip-kelip
- pereka landskap : sambil menenangkan fikiran daripada hiruk-piruk kota
- menyelam sambil minum air
- mendapat ilham menghasilkan landskap berasaskan konsep semulajadi


3.0 Kesimpulan

- hutan kepelbagaian fungsi bermanfaat
- pemuliharaan hutan perlu dipergiatkan
- hutan tidak diurus dengan baik, ekosistemnya akan terjejas.
- Peranan kerajaan : Penguatkuasaan undang-undang dengan tegas
- Mencegah lebih baik daripada mengubatinya.


CONTOH JAWAPAN KARANGAN BERPANDU

Negara kita telah dianugerahkan Allah s.w.t bumi yang subur dan iklim tropika yang
membolehkan hutan hujan tumbuh subur dan menyumbang hasil yang banyak kepada
negara. Hutan mempunyai pelbagai fungsi yang bermanfaat kepada masyarakat setempat
dan sejagat.Selain menjadi habitat flora dan fauna , hutan juga membekal pelbagai aliran
perkhidmatan alam sekitar penting yang kurang kita sedari, menjana ekonomi serta
pendapatan eksport negara.

Hutan merupakan antara ekologi yang amat penting dalam membekalkan
perkhidmatan alam sekitar. Salah satu daripada hasil hutan yang dapat dikatogerikan
sebagai komoditi utama ialah seperti kayu balak. Hasil pembalakan telah membantu
menjana ekonomi serta pendapatan eksport negara kerana pulangan hasilnya yang
lumayan. Kini, kayu balak ditebang bukan sahaja untuk dijadikan kayu bagi kegunaan
tempatan , tetapi juga dieksport ke luar negara . Harga kayu tropika di pasaran dunia tinggi
telah membantu sumber pendapatan Negara. Misalnya , bagi hutan paya bakau yang
terdapat di daerah Larut Matang di Perak, iaitu 80 peratus daripada kawasan ini telah
digunakan sepenuhnya sebagai sumber pembalakan yang menghasilkan arang. Sumber
arang masih lagi mendominasi sistem pengangkutan seperti keretapi. Selain itu, sumber
hutan ini telah mewujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.Namun begitu,
walaupun kita amat berbangga dengan perkembangan tersebut, tetapi sebenarnya kita telah
menggadaikan satu sumber daripada alam yang amat berharga.Terdapat beberapa pihak
tertentu yang mempunyai kepentingan sendiri telah menebang pokok balak secara
keterlaluan. Ini akan membawa kesan buruk kepada negera jika tidak dikawal .Oleh yang
demikian , penebangannya memerlukan pemerhatian dan pengawasan serius daripada pihak
berkuasa.

Aliran perkhidmatan alam sekitar yang dibekalkan oleh sumber hutan termasuk
berfungsi menyimpan atau menjadi sumber tadahan air dan menguatkan struktur tanah.
Contohnya, akar hutan paya bakau yang berperanan menahan dan menghalang ombak laut
daripada berterusan menghakis kawasan pantai.Ekologi paya bakau juga berfungsi sebagai
penapis air masin.Contoh kejadian yang berlaku di pantai Bagan Datoh. Di pantai ini pernah
berlaku hakisan yang teruk akibat penebangan hutan bakau yang berleluasa. Kerosakan
ekologi hutan ini menyebabkan air masin meresap masuk ke dalam pertanian seterusnya
merosakkan tanaman pertanian. Fungsi tadahan air merupakan antara fungsi ekologi kritikal
yang dibekalkan oleh sumber hutan selain menguatkan struktur tanah. Apabila hujan turun ,
rimbunan daun pokok hutan serta akar dan tanah di kawasan hutan akan mengawal air
hujan dari terus melimpah sepenuhnya ke sungai. Manakala semasa musim kemarau pula,
sistem tersebut pula akan mengeluarkan sebahagian air yang diperangkap tadi untuk
mewujudkan keseimbangan alam semula jadi. Dengan kata lain , hutan khususnya hutan
paya gambut bertindak sebagai sponge yang mengawal air daripada terus melimpah ketika
musim hujan dan memberi kelembapan pada musim kemarau.

Selain itu , hutan berfungsi sebagai sumber rekreasi berasaskan alam semula jadi
atau pelancongan eko .Kini banyak kawasan hutan dijadikan taman rekreasi untuk dijadikan
tempat beristirahat dan jauh daripada kebisingan kota. Antara beberapa kawasan hutan
yang dijadikan kawasan rekreasi , misalnya Taman Negara dan Taman Kinabalu serta
Lembah Danum di Sabah. Kawasan hutan di Kuala Selangor juga merupakan kawasan
rekreasi eko yang unik dengan kehadiran ribuan kelip-kelip yang mengeluarkan kerlipan
cahaya. Bagi pereka landskap pula, sambil menenangkan fikiran daripada hiruk-piruk kota
,mereka boleh menyelam sambil minum air iaitu mendapat ilham menghasilkan landskap
berasaskan konsep semulajadi

Hakikatnya, hutan mempunyai kepelbagaian fungsi bermanfaat kepada masyarakat
dan sejagat. Oleh yang demikian , pemuliharaan hutan perlu dipergiatkan..Sekiranya hutan
tidak diurus dengan baik, ekosistemnya akan terjejas. Peranan kerajaan amat penting dalam
hal ini. Pennguatkuasaan undang-undang dengan tegas dan berkesan meupakan langkah
terbaik untuk mengatasi masalah tersebut. Mencegah lebih baik daripada mengubatinya.


























KARANGAN BERPANDU 7

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengatasi
masalah disiplin pelajar. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.









RANGKA KARANGAN

1.0 Pendahuluan

- Disiplin pelajar kian meruncing
- Pelajar yang melakukan vandalisme dan terlibat dengan gangsterisme
- Terdapat beberapa cara mengatasi masalah disiplin



2.0 Isi /Fakta

2.1 peranan pihak sekolah
- guru perlu bertindak tegas
- ibu bapa menyokong pihak sekolah
- memberikan amaran sehingga dibuang sekolah
- menjadi contoh kepada pelajar-pelajar lain

2.2 penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

- menghindari pelajar melakukan salah laku
- membentuk semangat jati diri, menambahkan pengalaman dan pengetahuan,
memanfaatkan masa.
- Aktiviti kokurikulum unit beruniform,persatuan dan kelab.
- Aktiviti kerohanian dapat mengisi jiwa

2.3 berhati-hati memilih rakan sebaya
- rakan adalah pengaruh besar
- menilai antara yang baik dengan yang buruk
- mencari kawan yang berminat dengan pelajaran, mematuhi agama dan
menghormati orang tua.
- Menjauhkan diri dengan kawan yang bersikap negatif

3.0 Penutup

Kesimpulannya kembali kepada agama kerana tiada agama yang menghalalkan
perbuatan salah.Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga.


CONTOH JAWAPN KARANGAN BERPANDU

Disiplin pelajar dewasa ini kian meruncing. Antara masalah disiplin yang sering
dilakukan oleh pelajar ialah vandalisme dan gangsterisme. Kedua-dua masalah ini bukanlah
sesuatu yang baru tetapi telah lama dibincangkan dan kegiatan ini semakin berleluasa.
Pelbagai langkah perlu diambil untuk membendung masalah ini daripada berleluasa.

Salah satu cara untuk mengatasi masalah disiplin pelajar ialah mendidik mereka di
sekolah dan di sini peranan guru amat penting. Guru-guru perlulah mengambil tindakan
tegas iaitu tindakan secara berperingkat daripada amaran sehinggalah dibuang sekolah.
Hukuman yang dijatuhkan kepada para pelajar perlulah disokong oleh ibu bapa. Tindakan
sebegini bukanlah untuk menggelapkan masa depan pelajar tetapi adalah cara terbaik
supaya tindakan ini menjadi contoh dan tidak diulangi oleh pelajar lain.

Selain itu, penglibatan para pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah perlu untuk
menghindari pelajar melakukan salah laku. Aktiviti kokurikulum ini termasuklah unit
beruniform, persatuan-persatuan yang dianjurkan oleh sekolah, dan aktiviti kerohaniah.
Penglibatan pelajar dalam aktiviti sebegini dapat membentuk semangat jati diri,
menambahkan pengalaman, pengetahuan, dan memanfaatkan masa. Aktiviti kerohaniah
dapat mengisi jiwa pelajar, oleh itu pelajar mempunyai panduan hidup seterusnya tidak
mudah terpesong untuk melakukan salah laku.

Pelajar juga dinasihatkan agar berhati-hati memilih rakan sebaya. Hal ini demikian
kerana rakan adalah pengaruh terbesar yang boleh mengubah pendirian seseorang. Seperti
kata-kata seorang ilmuan kawan yang jahat umpama berkawan dengan tukang besi,
walaupun tidak kena apinya, sekurang-kurangnya kita terkena asapnya, kawan yang baik
pula umpama berkawan dengan penjual minyak wangi, walaupun tidak terkena minyak
wangi, sekurang-kurangnya kita akan mendapat wangiannya. Justeru, pelajar perlu menilai
antara yang baik dengan yang buruk. Pelajar perlu menjauhkan diri daripada rakan yang
bersifat negatif. Oleh itu, pelajar digalakkan untuk mencari kawan yang berminat terhadap
pelajaran, mematuhi agama, dan menghormati orang tua. Tidak ada ruginya para pelajar
berkawan dengan orang yang sedemikian.

Kesimpulannya, kita perlulah kembali kepada agama kerana tiada agama yang
menghalalkan perbuatan salah. Zaman remaja hanya sekali, sekiranya remaja tersilap
langkah ia tidak akan berulang lagi. Ingatlah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya
jatuh ke tanah juga.













KARANGAN BERPANDU 8

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang peranan sektor
pekerjaan di dalam gambar tersebut terhadap pembangunan negara. Panjang huraian anda
antara 200 hingga 250 patah perkataan.



















Rangka Karangan

1.0 Pendahuluan

Setiap manusia mengimpikan pekerjaan yang disenangi oleh masyarakat.
Oleh itu, tanpa memilih pekerjaan, manusia sebenarnya boleh berjaya dalam hidup
sekiranya yakin akan usaha yang dilakukan itu dan pekerjaan itu pula mampu
memberi peranan yang bermakna untuk pembangunan negara.

2.0 Isi-isi penting

2.1 mengembangkan daya kreatif yang dimiliki oleh seseorang pekerja
- melahirkan pekerja yang berinovasi dan berdaya cipta
- memperkenal dan dapat mempromosi negara melalui pemasaran produk
batik ke luar negara
- Mengembangkan ekonomi negara

2.2 dapat menyumbang ke arah perkembangan teknologi negara
- dapat memperkenalkan ciptaan teknologi yang baru
- meluaskan sektor penyelidikan negara untuk mencipta sesuatu yang baru
- menghalang sebarang teknologi maklumat yang salah


2.3 dapat menyumbang dalam bidang perubatan negara
- mencari atau menghasilkan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit
- menjalankan penyelidikan ke atas sesuatu penyakit
- membolehkan negara bersaing dalam penciptaan ubat demi kesejahteraan
masyarakat

3.0 Penutup

- pihak kerajaan harus menyediakan lebih banyak pekerjaan kepada
masyarakat(CDGN)
- semua pihak perlu saling menghormati antara profesion agar keseimbangan
ekonomi dapat ditingkatkan demi kemajuan negara (HP)


CONTOH JAWAPAN KARANGAN BERPANDU

Setiap manusia mengimpikan pekerjaan yang disenangi oleh masyarakat dan ia
melambangkan status kejayaan seseorang individu berkenaan. Oleh itu, tanpa memilih
pekerjaan, manusia sebenarnya boleh berjaya dalam hidup sekiranya yakin akan usaha yang
dilakukan.Pekerjaan yang diceburi itu dapat memainkan peranan masing-masing dalam
pembangunan negara.

Antara pekerjaan yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara
adalah dalam industri kraftangan seperti membuat batik.Melalui pekerjaan ini dapat
mengembangkan daya kreatif seseorang pekerja.Bidang ini dapat melahirkan pekerja yang
inovatif yang sememangnya diperlukan oleh negara. Melalui pekerjaan ini juga dapat
mempromosi dan memperkenal negara ke mata dunia dengan produk keluaran industri ini
seperti batik sutera,beg,alas meja dan lain-lain lagi. Di samping itu, ekonomi negara juga
akan terus berkembang.

Selain itu, juruanalisa sistem juga dapat memberikan peluang kepada negara kita
untuk bersaing dalam teknologi maklumat. Ia juga dapat memperkenal teknologi baru
kepada sektor lain untuk membangunkan lagi negara.Kerjaya ini juga mampu meluaskan
sektor penyelidikan untuk mencipta teknologi baru. Sebagai contoh, bidang ini dapat
menyumbang kepada perkembangan sistem-sistem baru yang boleh mempercepat dan
mempermudah segala kerja yang dilakukan. Melalui pekerjaan ini kita dapat mengesan dan
menghalang penyebaran maklumat yang salah kepada masyarakat.

Ahli farmasi juga tidak kurang pentingnya dalam membangunkan negara dalam
bidang perubatan. Peranan sektor ini adalah untuk mencari atau menghasilkan pelbagai
jenis ubat yang dapat menyembuhkan sebarang penyakit yang berbahaya demi
kesejahteraan masyarakat di negara kita.Contohnya dewasa ini pelbagai penyakit telah
melanda seperti yang terbaru penyakit selsema burung yang boleh meragut nyawa.
Justeru,mereka yang terlibat dalam bidang ini perlu berusaha mencipta ubat yang boleh
menghalang virus ini. Kejayaan mereka dalam mencari penawar terhadap penyakit ini akan
dapat mengharumkan nama negara di mata dunia dan ini memberi peluang kepada kita
untuk bersaing dengan negara-negara lain yang lebih maju dalam sektor perubatan.

Oleh itu,kerajaan perlulah memyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk
semua golongan sama ada pekerjaan itu profesional atau tidak.Semua pihak perlu saling
menghormati antara profesion agar keseimbangan ekonomi negara dapat dipertingkat demi
mencapai negara maju menjelang tahun 2020.





KARANGAN BERPANDU 12

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk
memajukan sektor pertanian. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250
patah perkataan.






USAHA-USAHA UNTUK MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN

RANGKA KARANGAN

1.0 Pendahuluan

- sector pertanian merupakan sektor yang perlu dimajukan
- dapat menyumbang kea rah ekonomi Negara
- pelbagai usaha dapat dijalankan

2.0 Isi/Fakta

2.1 pelancaran Taman Kekal pPengeluaran Makanan (TKPM) oleh Menteri
Pertanian Dato Effendi Nawawi
- memberi dimensi baru dalam sektor pertanian
- TKPM dianggap sebagai serampang dua mata
- Dapat meningkatkan pendapatan Negara
- Memberi transformasi terbaik dalam sektor pertanian

2.2 mengwujudkan bidang kejuruteraan genatik atau bioteknologi
- salah satu alternatif dalam memajukan sektor pertanian
- dapat menghasilkan teknik pengklonan ke atas haiwan-haiwan
ternakan
- contohnya lembu dan ayam telah dapat dapat meningkatkan
sektor pertanian.
- dapat menghasilkan baka yang sihat dalam kualiti yang
banyak.

2.3 kerjasama daripada pihak swasta
- melalui pendidikan amali, ceramah dan kursus kepada
Pengusaha-pengusaha baru.
- melalui pemberian subsidi kepada pengusaha yang ingin
menceburi bidang pertanian.
- dapat menarik minat anak-anak muda melibatkan diri dalam
sektor pertanian


3.0 Penutup
- Konklusinya semua pihak haruslah bekerjasama dalam memajukan sektor pertanian.
Bak kata pepatah Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat.


KARANGAN BERPANDU 12

USAHA-USAHA UNTUK MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN

Sektor pertanian merupakan sektor yang perlu dimajukan dan diberi perhatian
kerana sektor pertanian menyumbang ke arah kemajuan ekonomi negara. Bagi
merealisasikan hasrat kerajaan yang tinggi dalam sektor pertanian, pelbagai usaha telah
dijalankan.

Pelancaran Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) oleh mantan Menteri
Pertanian iaitu Dato Effendi Nawawi beberapa tahun lepas telah memberi dimensi baru
dalam sektor pertanian.Projek TKPM dianggap sebagai serampang dua mata kerajaan
kerana projek ini bukan sahaja meningkatkan pendapatan negara dalam bidang ekonomi
malah turut memberi manfaat kepada pengusaha dalam sektor pertanian seperti petani dan
peniaga. Projek TKPM juga merupakan transformasi terbaik sektor pertanian dan wajar
dilaksanakan. Oleh itu kerajaan telah menggalakkan graduan lepasan universiti atau sesiapa
sahaja yang berminat dalam bidang pertanian melibatkan diri dalam projek TKPM yang
memberi pelbagai kemudahan bermula dengan aspek penanaman sehinggalah aspek
pemasaran.

Dalam era globalisasi, bidang kejuruteraan genetik atau lebih dikenali sebagai
bioteknologi telah menjadi salah satu alternatif bagi memajukan sector pertanian.
Bioteknologi yang melibatkan pembaharuan genetik telah menghasilkan teknik pengklonan
ke atas haiwan-haiwan ternakan. Haiwan yang boleh dihasilkan melalui teknik pengklonan
seperti lembu dan ayam sememangnya telah meningkatkan kemajuan sektor pertanian.
Teknik ini telah menghasilkan baka yang sihat dan dalam kuantiti yang banyak.

Di samping itu kerajaan haruslah bekerjasama dengan pihak swasta bagi memajukan
sektor pertanian melalui pendidikan amali, ceramah dan kursus kepada pengusaha-
pengusha sektor pertanian. Pihak swasta boleh melakukan pemberian subsidi kepada
pengusaha yang ingin menceburi bidang pertanian. Galakan sebegini tentunya mampu
menarik anak-anak muda agar melibatkan diri dalam sektor yang memberi pulangan
lumayan kepada mereka. negara kita yang beriklim khatulistiwa pastinya sesuai untuk
pelbagai jenis tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Sekiranya negara kita mampu menjadi negara pengeluar makanan antarabangsa, maka
tidak perlulah kita bergantung kepada negara-negara luar untuk mengimport makanan.
Tanah yang luas dan subur di negara kita haruslah dimanfaatkan sebaik mungkin bagi
mengelakkan wang negara mengalir ke luar Negara.Melalui pelaksanaan yang efektif, sudah
tentu hal ini dapat mengurangkan risiko kesan-kesan ekonomi global.
Konklusinya, semua pihak haruslah bekerjasama dalam memajukan sektor pertanian
Negara ibarat kata pepatah Bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat.





Latihan Karangan Berpandu 13

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah
menjaga kesihatan berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda antara 200
hingga 250 patah perkataan.


PENJAGAAN KESIHATAN








RANGKA KARANGAN

SOALAN 1
LANGKAH-LANGKAH MENJAGA KESIHATAN

1.0 Pendahuluan

- Kesihatan merupakan nikmat Ilahi yang tidak terhingga nilainya dalam kehidupan
manusia.
- Orang ramai sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk menjaga kesihatan
- Sikap mengambil berat tentang kesihatan perlu diamalkan demi kesejahteraan hidup

2.0 Isi / fakta

2.1 Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang (IU)
- Makanan seperti sayur-sayuran, ikan, daging dan buah-buahan dapat menjamin
kesihatan (HS1)
- Elakkan makanan yang berlemak, tinggi kolesterol dan tinggi gulanya (HS2)
- Penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi dapat dihindari (CTH)


2.2 Beriadah dan melakukan senaman atau bersukan (IU)
- Dengan bersenam, bersukan, dan berekreasi secara konsisten, semua otot akan
bergerak dan hal ini menyebabkannya berfungsi dengan baik.(HS1)
- Aktiviti-aktiviti tersebut dapat mengurangkan ketegangan akibat tugas di pejabat
atau sekolah.(HS2)
- Tiga kali seminggu dan 20 minit setiap sesi merupakan peruntukan masa yang paling
efektif untuk masyarakat Malaysia menjalankan aktiviti senaman.(CTH)


2.3 Rehat dan tidur yang cukup
- Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang daripada enam jam sehari selain berehat
bagi mengekalkan kesihatan stabil. (HS1)
Orang yang tidak mendapat rehat yang cukup tidak mampu melakukan kerja mereka
dengan baik, mudah berasa letih dan sen
- ang jatuh sakit (CTH).
- Peruntukan masa selama lapan jam sehari untuk berehat dan tidur. (HS2)


3.0 Penutup
- Kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan.
- Rakyat perlu bertanggungjawab menjaga kesihatan sendiri.







Kesihatan merupakan nikmat Ilahi yang tidak terhingga nilainya dalam kehidupan
manusia. Ramai orang yang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk memastikan
kesihatan mereka berada pada tahap yang terbaik. Justeru, sikap mengambil berat tahap
kesihatan perlu diamalkan agar kehidupan kita sejahtera.

Langkah utama yang perlu kita amalkan untuk menjaga kesihatan adalah dengan
mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang pada setiap hari. Makan makanan yang
seimbang dan berkhasiat seperti sayur-sayuran, ikan, daging, buah-buahan, dan sebagainya
dapat menjamin kesihatan. Makanan yang berlemak dan berkolesterol tinggi serta makanan
yang tinggi kandungan gulanya seharusnya dihindari kerana ini mendedahkan seseorang
kepada risiko menghidapi penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.

Selain itu, kita perlu beriadah dan melakukan senaman atau bersukan terutama jika
kita tidak melakukan kerja berat. Dengan melakukan senaman yang konsisten dan rajin
menjalankan aktiviti-aktiviti rekreasi serta bersukan, maka semua otot kita akan bergerak
dan hal ini membolehkannya berfungsi dengan baik. Malah dengan melakukan aktiviti
tersebut kita akan dapat mengurangkan ketegangan akibat beban tugas di pejabat atau di
sekolah. Seperti yang disiarkan oleh televisyen dan radio, tiga kali seminggu dan 20 minit
setiap sesi merupakan peruntukan masa yang paling efektif untuk masyarakat Malaysia
menjalankan aktiviti senaman.

Akhirnya, ubat yang paling mujarab untuk mengekalkan kesihatan seseorang adalah
dengan mempunyai rehat dan tidur yang cukup. Setiap orang digalakkan tidur tidak kurang
daripada enam jam sehari selain berehat bagi mengekalkan kesihatan stabil. Orang yang
tidak mempunyai rehat yang cukup tidak mampu melakukan kerja mereka dengan baik,
malah mereka mudah berasa letih dan senang jatuh sakit. Oleh itu kita disarankan
memperuntukkan masa selama lapan jam sehari untuk berehat dan tidur.

Sebagai rumusan, kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan kesihatan kepada
rakyat. Jadi setiap rakyat perlu bertanggungjawab untuk menjaga kesihatan sendiri seperti
cogan kata Mencegah Lebih Baik daripada Merawat.




(280 patah perkataan)




KARANGAN BERPANDU 14

Soalan 14

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan
aktiviti beriadah. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah
perkataan.


Aktiviti Beriadah












Rangka karangan 14

Soalan 14

Kepentingan aktiviti beriadah

1.0 Pendahuluan

- Aktiviti riadah disarankan oleh kerajaan. (AR)
- Berjogging, berkhemah, memancing dan menunggang kuda (AS)
- Riadah membawa banyak faedah / kepentingan (AA)

2.0 Isi / fakta

2.1 Aktiviti riadah dapat menghindar diri daripada penyakit (IU)
- Riadah adalah aktiviti gaya hidup sihat (HS1)
- Jogging aktiviti yang terbaik, mudah dan murah (HS2)
- Penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, angin ahmar dapat dielakkan ( HS3)

2.2 Menghilangkan stress / tekanan mental (IU)
- Kepenatan dan beban di tempat kerja (HS1)
- Kemurungan, perasaan marah akan timbul (HS2)
- Riadah dapat membakar lemak, melancarkan perjalanan darah, meningkatkan kadar
denyutan jantung (HS3)

2.3 Mengeratkan hubungan silatulrahim (IU)
- boleh dilakukan beramai-ramai (bersam keluarga / kawan ) (HS1)
- ibu bapa sibuk tiada masa bermesra dengan anak-anak (HS2)
- hubungan ibu bapa dan anak semakin mesra (HS3)
- dapat melahirkan keluarga harmonis dan elakkan masalah sosial (HS4)

3.0 Penutup
- Amalkan gaya hidup sihat (CDG)
- Dapat meneruskan hidup dengan gembira (HP)












Karangan Berpandu 14

Soalan 14

Contoh Karangan

Masyarakat pada masa ini berlumba-lumba mengejar kemewahan dan
kebendaan. Mereka tiada masa untuk berehat demi menjaga kesihatan diri. Menyedari
hakikat ini, kerajaan telah membina dan membuka pelbagai pelbagai tempat rekreasi yang
dilengkapi dengan pelbagai kemudahahan untuk menarik hati pengunjung-pengunjung. Di
tempat-tempat rekreasi ini pengunjung-pengunjung boleh menjalankan aktiviti riadah
seperti berjogging, berkhemah, memancing, dan menunggang kuda. Aktiviti riadah
membawa banyak faedah kepada masyarakat.

Pelbagai penyakit timbul kerana masyarakat kini kurang mengamalkan gaya hidup
sihat. Kesuntukan masa untuk bersukan serta amalan pemakanan yang tidak seimbang
mengundang pelbagai penyakit. Menurut pakar kesihatan, aktiviti riadah seperti berjogging
sebenarnya cara yang terbaik, mudah dan murah untuk kita mengekalkan berat badan yang
sesuai dengan umur kita, di samping mengelakkan diri daripada terkena penyakit serius
seperti kencing manis, darah tinggi, serangan sakit jantung dan juga angin ahmar.

Masyarakat pada masa ini berlumba-lumba mengejar kemewahan dan
kebendaan. Mereka tiada masa untuk berehat demi menjaga kesihatan diri. Menyedari
hakikat ini, kerajaan telah membina dan membuka pelbagai pelbagai tempat rekreasi yang
dilengkapi dengan pelbagai kemudahahan untuk menarik hati pengunjung-pengunjung. Di
tempat-tempat rekreasi ini pengunjung-pengunjung boleh menjalankan aktiviti riadah
seperti berjogging, berkhemah, memancing, dan menunggang kuda.

Kepenatan dan beban di tempat kerja akan menimbulkan pelbagai masalah
sampingan. Kita mungkin akan murung, kerap marah dan sebagainya. Apabila kita
melakukan aktiviti riadah dengan kekerapan yang konsisten dan berterusan, maka akan
memudahkan pembakaran lemak berlebihan, melancarkan aliran darah, meningkatkan kadar
denyutan jantung agar mengepam darah dengan sempurna dan optimum, serta
mengurangkan tekanan mental yang kita hadapi. Cara ini bersesuaian dengan cogan kata
Badan cergas otak sihat.

Aktiviti ini lebih menyeronokan sekiranya dilakukan bersama-sama keluarga atau
kawan-kawan. Secara tidak langsung kita boleh mengeratkan hubungan silatulrahim.
Mungkin selama ini ibu bapa sibuk bekerja hingga tiada masa untuk bersama keluarga. Ibu
bapa boleh menggunakan peluang ini untuk bermesra dengan anak-anak dan bertanyakan
masalah yang dihadapi oleh mereka. Hubungan yang erat sesama ahli keluarga seperti isi
dengan kuku dapat melahirkan keluarga yang harmonis dan mengurangkan masalah sosial
dalam kalangan remaja.

Tuntasnya, amalan gaya hidup sihat seperti bersukan, beriadah, dan sebagainya
patut diamalkan oleh masyarakat pada hari ini agar kita dapat meneruskan hidup dengan
gembira dan dijauhi daripada pelbagai penyakit.


KARANGAN BERPANDU 15 (A)


Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang kesan buruk
bencana alam. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.


Bencana Alam






















Rangka Karangan 15

Soalan 15

Kesan-kesan buruk bencana alam

1.0 Pendahuluan

- satu malapetaka/Bencana alam yang terjadi secara semula jadi.(AR)
- Malapetaka yang tidak dapat diramalkan.(AS)
- Contoh-contoih bencana alam ialah tsunami, ribut taufan, gempa bumi (CTH)
- Meninggalkan kesan yang buruk kepada negara.(AA)

2.0 Isi/fakta

2.1 Bencana alam meragut nyawa dan menyebabkan kecederaan (IU)

- malapetaka ini berlaku secara tiba-tiba dan tidak dapat dielakkan oleh
manusia (HS1)
- Tsunami telah melanda beberapa buah negara di Asia Tenggara. (HS2)
- Mengorbankan beribu-ribu orang (CTH)
- Mengalami kecederaan apabila dihempap ombak besar atau pokok tumbang
atau ditimpa oleh bangunan. (CTH)

2.2 Ekonomi negara terjejas/ terbantut.

- apabila negara ditimpa bencana alam, ekonomi negara terbantut.(IU)
- banyak kemudahan dan infrastruktur musnah (HS1)
- kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang besar/banyak untuk
membina kemudahan baru/membantu mangsa yang terlibat.(HS2)
- Kerajaan perlu menyediakan pakaian, ubat-ubatan, dan sebagainya.(CTH)

2.3 Kemusnahan harta benda/hilang mata pencarian.

- bencana alam memusnahkan harta benda, tanaman musnah, mata pencarian
penduduk terjejas.(IU)
- hujan turun turun dengan lebat selama beberapa hari, kawasan rendah
ditenggelami air.(HS1)
- banjir besar berlaku di Terengganu, Kelantan dan beberapa buah kawasan di
negeri Pahang pada bulan November dan Disember.(CTH)
- mata pencarian penduduk terjejas kerana tidak melakukan kerja harian.HS2)

3.0 Penutup
- bencana alam mendatangkan keburukan kepada semua
orang.(ulasan)
- semua pihak memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi
masalah ini (cadangan)
- bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan /malang tidak
berbau (HP)


Karangan Berpandu


Bencana alam ialahsatu malapetaka yang terjadi secara semula jadi dan kejadian itu tidak
dapat diramalkan. Antara bencana alam yang berlaku di dunia ini ialah tsunami, gempa
bumi, banjir, kemarau panjang, ribut taufan, dan banyak lagi. Setiap bencana yang berlaku
meninggalkan kesan yang buruk kepada mangsanya.

Salah satu kesan bencana alam ialah tragedi ini boleh meragut nyawa dan
menyebabkan kecederaan kepada mangsa. Hal ini dikatakan sedemikian kerana bencana
alam berlaku secara tiba-tiba dan tidak dapat dielakkan oleh manusia. Contohnya ialah
tsunami yang melanda beberapa buah negara di Asia Tenggara pada 26 Disember 2004
telah mengorbankan beribu-ribu orang di Bandar Aceh, Selatan India, dan Sri Lanka,
manakala banyak mangsa yang mengalami kecederaan apabila dihempap ombak besar atau
ditimpa oleh bangunan atau poko yang tumbang.

Di samping itu, apabila sesebuah ditimpa bencana alam, maka ekonomi negara itu
terbantut Hal ini berlaku kerana banyak kemudahan dan infrastruktur di negara itu musnah
dan kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk membina kemudahan
baru. Selain itu, kerajaan terpaksa berbelanja besar untuk membantu mangsa yang terlibat
dalam bencana itu seperti menyediakan bekalan makanan, ubat-ubatan, selimau, tempat
tinggal, dan sebagainya. Contohnya, Somalia berada dalam kemiskinan kerana negara itu
dilanda oleh kemarau panjang pada setiap tahun.

Akhirnya, akibat banjir besar yang berlaku ialah harta benda rosak, tanaman
musnah, mata pencarian penduduk terjejas dan sebagainya. Biasanya, apabila hujan turun
dengan lebat selama beberapa hari, kawasan rendah akan ditenggelami air dan
menyebabkan banjir seperti yang berlaku di Kelantan, Terengganu, dan di beberapa
kawasan di negeri Pahang pada bulan November dan Disember setiap tahun. Apabila banjir
besar berlaku, mata pencarian penduduk terjejas kerana mereka tidak dapat melakukan
kerja harian mereka.
Kesimpulannya, bencana alam banyak mendatangkan keburukan kepada semua
orang. Oleh itu, semua pihak hendaklah memainkan peranan masing-masing bagi mengatasi
masalah ini bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.. kerana malang tidak
berbau.

(300 patah perkataan)











KARANGAN BERPANDU 15 (B)


Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca
pencemaran air. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250 patah perkataan.




Pencemaran Air

























Karangan Berpandu (A)


Tahukah anda apakah yang mencemarkan sungai kita? Sungai yang merupakan nadi kepada
pembangunan negara pada masa lampau kini berhadapan dengan berbagai-bagai cabaran.
Setiap hari kita disogokkan dengan berbagai-bagai isu pencemaran sungai.Persoalannya,
apakah yang akan terjadi sekiranya semua sungai di Negara ini tercemar? Oleh itu , marilah
kita membincangkan punca-punca pencemaran air ini berlaku.


Pencemaran sungai sebenarnya berpunca daripada perbuatan manusia sendiri. Sikap
tidak bertanggungjawab sesetengah pihak seperti pembuangan sampah yang tidak
berdisplin ke dalam sungai membawa kepada pencemaran sungai tersebut. Di samping itu,
kepesatan pembangunan menyumbang kepada pencemaran sungai. Kepesatan
pembangunan turut menyumbang kepada pembuangan sisa toksid serta sisa industri lain
ke dalam sungai. Keadaan ini bertambah teruk apabila terdapat pengusaha ternakan
binatang membuang sisa yang tidak digunakan ke dalam sungai. Akibatnya air sungai
menjadi busuk dan tidak dapat mengalir dengan deras.

Kajian mendapati bahawa pencemaran air khususnya sungai berpunca daripada
bahan buangan industri, buangan ternakan dan domestik serta kerja tanah dan pembukaan
tanah. Bahan buangan tersebut merupakan bahan buangan industri yang berasaskan
pertanian dan pembuatan. Antara sungai-sungai yang telah didapati tercemar ialah Sungai
Juru, Sungai Muar, Sungai Kelang, dan sebagainya. Kualiti air sungai merosot disebabkan
oleh pembuangan bahan terbuang ini. Air sungai akan menjadi kotor dan berkelodak serta
akan mengeluarkan bau yang busuk.

Pembuangan sisa-sisa toksid merupakan punca pencemaran air. Perbuatan yang
tidak bertanggungjawab ini banyak menyebabkan hidupan laut mati. Tumpahan minyak oleh
kapal yang belayar di laut sememangnya amat membimbangkan semua pihak. Keindahan
dan sifat semula jadi air khususnya sungai ini akan terjejas. Malahan sungai-sungai yang
telah tercemar akan mengakibatkan berlakunya kejadian banjir, hakisan , dan sebagainya
akan berlaku.


Selain itu, pengusaha kilang melepaskan efluen dan sisa toksid ke dalam sungai
kerana ingin mengurangkan perbelanjaan. Kebanyakan pengusaha kilang yang tidak
bertanggunjawab mengambil jalan mudah dengan melepaskan efluen dan sisa toksid ke
dalam sungai sempena cuti Hari Raya bagi mengelakkan kegiatan mereka tidak dikesan oleh
pihak berkuasa. Tindakan tidak bertanggunjawab pihak-pihak tertentu menyebabkan kualiti
air yang menjadi sumber air minuman.

Konklusinya, semua pihak perlu berganding bahu bagi memelihara kebersihan sungai
kerana sungai kini bukan sahaja sumber bekalan air tetapi juga menjadi daya tarikan
pelancong sebagai tempat bersantai. Hargailah sungai kita kerana sumber sungai air tidak
dapat diganti.










KARANGAN BERPANDU 18



Lihat gambar dibawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara
masyarakat di Malaysia menyambut perayaan masing-masing. Panjang huraian
anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.













RANGKA KARANGAN BERPANDU

Cara-cara masyarakat Malaysia menyambut hari perayaan.

1.0 Pendahuluan

- Setiap kaum mempunyai adapt dan budaya (AR)
- Setiap kaum bebas amalkan budaya tanpa rasa malu atau takut (AS)
- Setiap kaum turut merayakan perayaan kaum kain (AS)

2.0. Isi/fakta

2.1 Sambutan Perayaan Aidilfitri

- Diraikan oleh orang Melayu yang beragama Islam(IU)
- Berpuasa dahulu dan ada ibadat sembahyang terawih(HS 1)
- Bayar zakat sebelum 1 syawal (HS 2)
- Umat Islam bermaaf-maafan dan saling kunjung mengunjung (HS 3)
- Rumah terbuka untuk tetamu datang berkunjung (HS 4)


2.2. Sambutan Tahun Baru China

- Disambut oleh masyarakat China menandakan kedatangan tahun baru (IU)
- Percaya pada 12 binatang yang menaungi calendar (HS 1)
- Tahun tikus, monyet, ayam jantan, lembu dan.(CTH)
- Berkumpul pada malam tahun baru bersama keluarga dan memberi angpau (HS 2)
- Perayaan Chap Goh Mei sebagai oenutup perayaan (HS 3)


2.3. Sambutan Perayaan Deepavali

- Disambut masyarakat India yang beragama Hindu pada bulan Oktober dan
November (IU)
- Maksud Deepavali sebarisan pelita untuk kecerahan mengatasi kegelapan,
kebaikanmengatasi kejahatan dsb(HS 1)
- Menyucikan badan dengan minyak dan mandi (HS 2)
- Sembahyang dikuil atau dirumah dan mengunjugi ahli keluarga (HS 3)
- Melukis rangoli (tepung beras yang berwarna warni) di hadapan rumah (HS 4)

2.4 Perayaan Tadau Keamatan

- Perayaan ini disambut oleh masyarakat Kadazan selepas musim menuai padi (IU)
- Perayaan disambut selama dua malam dengan di dahului upacara magavau oleh
bobohigan (HS1)
- Pada malan kedua beras yang diperam diberikan pada bobohigan sebagai tanda
kesyukuran dan kegembiraan (HS 2)
- Tetamu dihiburkan dengan tarian Sumazau dan Megalang (HS 3)
- Tetamu diberikan air tapai (HS 4)

2.5 Perayaan Gawai Dayak

- Disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada I Jun setiap tahun (IU)
- Kuih muih tradisional dari tepung beras, gula dan santan di sediakan serta tuak
sebagai sajian utama (HS 1)
- Tuai Gawai memulakan sambutan dengan upacara miring di beranda rumah
panjang (HS 2)
- Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu di lakukan dengan harapan
panjang umur, sihat dan makmur (HS 3)
- Pada pagi 1 Jun jam 7.00 pagi tuai rumah akan menghantar piring persembahan ke
tiang pengingat yang digunakan untuk mendirikan rumah (HS 4)

Penutup

- Sambutan perayaan setiap kaum disambut dengan meriah
- Kerajaan boleh anjurkan sambutan perayaan perdana agar
- Semua kaum boleh merayakannya dalam suasana yang harmoni dan perpaduan
negara dapat dicapai



Karangan Berpandu 18

Setiap kaum di Malaysia mempunyai adat serta budaya yang unik dan tersendiri
malah mereka bebas mengamalkannya tanpa rasa malu ataupun takut. Setiap kaum akan
saling menghormati budaya kaum yang lain malahan telah menjadi kebiasaan pada rakyat
Malaysia akan turut sama menyertai sambutan adat dan budaya kaum-kaum lain selagi tidak
melanggar tatasusila dan agama masing-masing.

Salah satu budaya yang terdapat di Malaysia adalah sambutan perayaan mengikut
kaum masing-masing. Perayaan Aidilfitri merupakan perayaan masyarakat Melayu dan
penganut agama Islam. Sambutan Hari Raya Aidilfitri bermula dengan ibadat puasa di bulan
Ramadan. Sepanjang bulan Ramadan umat Islam berpuasa pada siang hari dan
mengerjakan sembahyang terawih pada sebelah malamnya. Ibadat zakat fitrah pula wajib
dikeluarkan sebelum 1 Syawal iaitu sebelum Hari Raya Aidilfitri dirayakan. Hari Raya
disambut dengan penuh kesyukuran dengan umat Islam saling bermaaf-maafan dan
kunjung mengunjungi untuk mengeratkan silaturahim. Rumah terbuka juga diadakan bagi
mempersilakan tetamu datang berkunjung.

Bagi perayaan Tahun Baru China pula, perayaan ini disambut secara besar-besaran
oleh masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan kedatangan tahun baru menurut
kalender mereka. Orang Cina percaya pada 12 binatang yang menaungi kalender mereka
iaitu tikus, lembu, harimau, arnab, naga, ular, kuda, kambing, monyet, ayam jantan, anjing
dan babi. Pada malam Tahun Baru semua ahli keluarga berkumpul untuk mengeratkan
perhubungan sesama keluarga. Pemberian angpau juga dilakukan oleh mereka yang sudah
berumahtangga. Perayaan Chap Goh Mei diadakan sebagai penutup perayaan Tahun Baru
Cina.

Perayaan Deepavali pula disambut oleh masyarakat India yang beragama Hindu.
pada bulan gelap dalam bulan Oktober dan November. Deepavali bermaksud sebarisan
pelita. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan,
kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi
kejahilan. Di pagi hari, masyarakat Hindu akan menyucikan tubuh badan dengan memakai
sedikit minyak di kepala dan mandi. Kemudian mereka bersembahyang di rumah atau dikuil-
kuil. Selepas bersembahyang, mereka berkunjung ke rumah kaum keluarga. Dikebanyakan
rumah, rangoli iaitu lukisan yang dibuat daripada tepung beras berwarna-warni akan
menyambut tetamu di hadapan rumah.

Perayaan Tadau Keamatan disambut oleh masyarakat Kadazan di Negeri Sabah pada
bulan Mei setiap tahun iaitu sehabis selesai menuai padi. Untuk menyambut Tadau
Keamatan mereka menyediakan kuih-muih dan air tapai. Perayaan ini kebiasaannya
diadakan selama dua malam berurut-turut. Malam pertama diadakan upacara magavau
atau pemujaan semangat padi yang diketuai oleh bobohigan dan beberapa orang
pembantunya. Pada malam kedua, upacara habot iaitu beras yang diperam diberikan
kepada bobohigan sebagai tanda kegembiraan dan kesyukuran. Tetamu akan dihiburkan
dengan tarian Sumazau dan Megalang sambil meminum air tapai.

Perayaan Gawai Dayak disambut oleh masyarakat Dayak di Sarawak pada Jun setiap
tahun. Kuih-muih tradisional yang diperbuat daripada tepung beras, gula dan santan
disediakan. Tuak merupakan sajian utama perayaan Gawai Dayak. Perayaan Gawai Dayak
bermula dengan upacara membuang sial oleh Tuai Gawai. Tuai Gawai memulakan upacara
miring ini diruai (beranda) rumah panjang. Beliau berdoa supaya dipanjangkan umur dan
dimurahkan rezeki. Pada jam 12.00 malam upacara minum air pengayu dilakukan dengan
harapan supaya panjang umur, sihat dan makmur. Pada pagi 1 hb Jun, tepat jam 7.00 pagi,
tuai rumah dengan diiringi oleh beberapa penghuni rumah panjang menghantar piring
persembahan ke tiang pengingat iaitu sejenis kayu yang sering digunakan untuk mendirikan
rumah panjang.


Kesimpulannya, sambutan perayaan kaum-kaum di Malaysia disambut dengan
meriah pada setiap tahun dan ini telah menunjukkan masyarakat Malaysia bebas
mengamalkan budaya masing-masing. Kerajaan Malaysia boleh menganjurkan sambutan
Perdana untuk setiap perayaan ini bagi membolehkan rakyat sama-sama menyertainya
dalam suasana yang harmoni dan perpaduan negara dapat di capai.







KARANGAN BERPANDU 26

SOALAN 1

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca yang
menyebabkan berlakunya pencemaran udara. Panjang huraian hendaklah antara
200 hingga 250 patah perkataan.


Pencemaran Udara





































SOALAN 1
PUNCA-PUNCA PENCEMARAN UDARA

1.0 Pendahuluan
- cuaca berjerebu kadang-kadang memendekkan jarak penglihatan(AR)
- mewujudkan keadaan tidak selesa(cth)
- menjejaskan kesihatan khususnya yang menghidap penyakit tertentu.(cth)

2.0 Isi/Fakta

2.1- Pembakaran bahan api kilang
- pembebasan asap dan gas bertoksik oleh kilang-kilang perindustrian
- pengusaha kilang tidak memasang alat penapis untuk mengelakkan pembebasan
asap dari serombong kilang.
- Udara kotor dan beracun terbebas ke udara

2.2 Pertambahan jumlah kenderaan
- peningkatan taraf hidup menyebabkan ramai yang mampu memiliki
kenderaan
- kenderaan menggunakan petroleum tanpa plmbum atau diesel
- asapmengandungi karbon monoksida mencemarkan udara dan
menjejaskan kesihatan

2.3 Pembakaran terbuka
- mereka melupuskan sisa buangan secara murah dan mudah
- petani menjalankan aktiviti pertanian dengan menebang pokok
kemudian membakarnya secara terbuka
- berlaku kebakaran hutan yang tidak terkawal

3.0 Kesimpulannya
- Pencemaran udara perlu diatasi secara kolektif



Punca-punca Pencemaran Udara.

Udara yang bersih amat penting untuk menjamin kesihatan orang ramai dan gaya
hidup sihat. Walau bagaimanapun, kemerosotan kualiti udara di negara kita kini kian
meruncing . Bagi individu yang tinggal di bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru,
dan Ipoh, mereka akan menyaksikan cuaca yang berjerebu sehingga kadang-kadang
memendekkan jarak penglihatan. Keadaan yang membimbangkan ini disebabkan oleh
beberapa faktor yang memang dikenalpasti.

Salah satu faktor yang menyebabkan berlakunya keadaan tersebut adalah
pembebasan asap dan gas bertoksik oleh kilang-kilang perindustrian. Sebagai sebuah
negara yang sedang membangun, sektor industri berkembang pesat di negara kita. Kilang
tumbuh bagai cendawan selepas hujan, terutamanya di bandar dan kawasan perindustrian.
Kebanyakan pengusaha kilang tidak memasang alat penapis yang cukup berkesan untuk
mengelakkan pembebasan asap dari serombong kilang mereka, hingga menyebabkan udara
yang kotor dan beracun terbebas ke udara. Asap tersebut kelihatan berwarna biru kehitam-
hitaman dan berkepul-kepul terbebas ke kawasan sekitarnya.

Selain itu, pertambahan jumlah kenderaan di jalan raya menburukkan lagi kualiti
udara di negara kita. Peningkatan taraf hidup menyebabkan semakin ramai orang mampu
memiliki kenderaan sendiri. Setiap kenderaan yang bergerak akan mengeluarkan asap dan
bayangkan betapa buruknya keadaan sekitarnya. Keadaan semakin buruk jika kenderaan
tersebut merupakan kenderaan berat, seperti lori, treller, dan bas yang sudah uzur serta
tidak diselenggarakan dengan baik. Situasi ini bertambah buruk jika kenderaan
menggunakan petroleum tanpa plumbum ataupun menggunakan diesel. Asap yang terbebas
daripada kenderaan tersebut yang mengandungi karbon monoksida bukan sahaja
mencemarkan udara tetapi boleh menjejaskan kesihatan seseorang.

Pembakaran terbuka juga merupakan salah satu faktor yang menjejaskan kualiti
udara. Pembakaran terbuka biasanya dilakukan oleh individu yang hanya mementingkan diri
sendiri ibarat enau melepaskan pucuknya masing-masing. Mereka mahu melupuskan sisa
buangan secara mudah dan murah semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Sebagai
contoh ada dalam kalangan petani menjalankan aktiviti pertanian dengan menebang pokok,
kemudian membersihkan kawasan dengan membakarnya secara terbuka.

Tuntasnya, masalah pencemaran udara ini perlu diatasi secara kolektif ibarat bulat
air kerana pembentung dan bulat manusia kerana muafakat. Kesedaran perlu ada dalam diri
individu untuk menjaga kualiti udara di negara kita. Bersama-samalah kita menghindari
pencemaran udara dan menghargai alam sekitar.




(317 patah perkataan)





LATIHAN KARANGAN BERPANDU SPM
SOALAN 28

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang perlunya
bangunan bersejarah di Negara kita di pelihara dan dipulihara. Panjang huraian
anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan































Rangka Karangan berpandu

Bangunan bersejarah perlu dipelihara dan dipulihara

1.0 Pendahuluan

- Negara kita banyak mempunyai bangunan bersejarah.(AR)
- dibina sejak zaman penjajahan (HS)
- Kota A Famosa, Kota Margherita, Fort Cornwallis, bangunan Sultan Abdul Samad.
(CTH)
- bangunan bersejarah perlu dipelihara dan dipulihara.(AA)

2.0 Isi (sebab-sebab )

2.1 Generasi muda dapat mengetahui dan mempelajari sejarah dengan lebih berkesan.(IU)
- bangunan besejarah memberi gambaran tentang sejarah negara
- Kota A Famosa dan bangunan Stadthuys mengingatkan kita sejarah Melaka.(CTH)
- Dapat melihat kesan sejarah dengan lebih dekat.(HS).
- Dapat menambah ilmu pengetahuan .(R)

2.2 Salah satu cara untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda.(IU)
- untuk menjadi tatapan dan penghayatan generasi muda.(HS)
- generasi muda diingatkan tentang sejarah perjuangan nasionalis untuk
memerdekakan negara.(HS)
- Kota Pengkalan Kempas di Negeri Sembilan, Kota A Famosa, Kota Cornwallis
mengingatkan kita tentang usaha mempertahankan kerajaan Melaka dan Pulau
Pinang pada zaman penjajahan.(CTH)
- Oleh itu bangunan besejarah penting untuk memupuk semangat patriotisme.(R)

2.3 Bangunan bersejarah mempunyai nilai ekonomi tersendiri. (IU)
- untuk perkembangan sektor pelancongan.(HS)
- menjadi salah satu destinasi yang dikunjungi para pelancong.(HS)
- kehalusan seni bina dan keunikan reka bentuk menjadi tarikan para pelancong (HS)
- Bangunan Sultan Abdul samad di Kuala Lumpur perlu dikekalkan kerana kaya dengan
unsur seni.(CTH)
- dapat menjana pendapatan negara.(R)

3.0 Penutup
- perlu dipelihara
- jika rosak perlu dibaiki segera
- menjadi khazanan bangsa yang penting
- untuk tatapan generasi sekarang dan akan datang



CONTOH KARANGAN

Negara kita sememangnya banyak mempunyai bangunan bersejarah. Antaranya ialah kota A
Famosa, Kota Margherita, Fort Conrwallis, Bangunan Sultan Abdul Samad dan lain-lain. Bangunan
bersejarah ini telah dibina sejak zaman penjajahan iaitu bermula pada zaman penjajahan Portugis
pada abad ke-15 hinggalah zaman penjajahan British pada abad ke-19. Pemuliharaan dan
pemeliharaan bangunan bersejarah ini adalah penting agar bangunan tersenut dapat menjadi
warisan masyarakat dan khazanah Negara yang tidak ternilai harganya.

Melalui pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah, genrasi muda dapat
mengetahui dan mempelajari sejarah Negara dengan lebih berkesan di samping dapat merasai
keadan tamadun pada zaman silam. Bangunan-bangunan bersejarah ini dapat mmberi gambaran
kepada kita tentang sejarah negara. Di Melaka misalnya, terdapat bangunan tersohor seperti Kota A
Famosa yang dibina oleh Portugis dan Bangunan Stadthuys yanag dibina oleh Belanda dapat
mengingatkan kita tentang kebesaran dan kehebatan Melaka sebagai sebuah kerajaan Mlelayu
tersohor pada zamannya. Dengan melawat bangunan bersejarah itu kita juga dapat melihat sendiri
kesan peninggalan penjajah. Hal ini penting untuk kita menambah pengetahuan tentang sejarah
negara.

Selain itu, pemuliharaan dan pemeliharaan bangunan bersejarah juga penting sebagai salah
satu cara untuk memupuk semangat patriotisme dalam kalangan generasi masa kini. Dalam
konteks ini, bangunan bersejarah perlu dikekalkan untuk menjadi tatapan dan penghayatan
generasi muda . Sebagai contoh Kota A Famosa di Melaka dan Kota Cornwallis di Pulau Pinang
dapat mengingatkan kita tentang usaha mempertahankan kedaulatan negeri Melaka dan Pulau
Pinang pada zaman penjajahan dahulu. Tinggalan sejarah ini boleh mengingatkan generasi muda
tentang segala pahit maung yang dilalui oleh pejuang nasionalis ketika memerdekakan tanah air
dan secara tidak langsung dapat mencelikkan kita agar sentiasa berwaspada terhadap musuh
Negara.
-
Bangunan bersejarah juga mempunyai nilai ekonominya tersendiri, khasnya untuk
perkembangan sektor pelancongan. Bangunan bersejarah ini menjadi salah satu destinasi yang
dikunjungi oleh para pelancong sama ada dari dalam atau luar Negara. Kehalusan seni bina dan
keunikan reka bentuk bangunan tersebut mampu menjadi tarikan para pelancong untuk berkunjung
ke tempat-tempat tersebut. Sebagai contoh bangunan Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur
mempunyai unsure seni yang tiada tolok bandingnya. Kedatangan pelancong tersebut bukan sahaja
dapat mengharumkan nama negara tetapi juga dapat menjana sumber pendapatan Negara. Hal ini
kerana para pelancong , terutamanya pelancong asing akan berbelanja di Negara kita semasa
mereka bercuti di sini. Oleh yang demikian Negara kita boleh mengaut keuntungan yang banyak
daripada sektor pelancongan.

Kesimpulannya, bangunan-bangunan bersejarah perlu dijaga dan jika berlaku kerosakan,
usaha-usaha untuk membaik pulih perlu dilakukan segera. Hal ini kerana bangunan bersejarah
ialah khazanah bangsa yang penting untuk tatapan dan penghayatan generasi sekarang dan
generasi akan datang.










SOALAN 1
Bahagian A Karangan Berpandu 30

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang langkah-
langkah mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar. Panjang karangan hendaklah
tidak lebih daripada 200 hingga 250 patah perkataan sahaja.

Kesesakan Lalu Lintas Di Bandar









SOALAN 1
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KESESAKAN LALU LINTAS DI BANDAR

1.0 Pendahuluan
-masalah kesesakan lalu lintas menjadi rungutan warga kota(AR)
-membuang masa, wang, dan tenaga(Cth)
-berpunca pertambahan bilangan kenderaan persendirian yang
mendadak(AR)
-bilangan jalan raya pula tidak bertambah selaras dengan bilangan
kereta(Cth)
-tempat tumpuan pejabat kerajaan dan swasta serta pusat-
pusat perniagaan (Cth))

2.0 Isi/Fakta : Langkah-langkah mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar
2.1 -kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan kenderaaan awam
untuk ke bandar(IU)
-Sediakan kemudahan awam yang lengkap-teksi, jadual perjalanan
monorel, LRT, komuter(Cth)
-untuk waktu puncak ke kawasan bandar (HS1)
- pertambahan bilangan kenderaan persendirian(HS2)
-sistem jalan raya yang tidak bersistematik(HS3)
-bilangan jalan raya pula tidak bertambah selaras dengan bilangan
kereta(HS4)
-tempat tumpuan pejabat kerajaan dan swasta(HS5)
2.2 kerajaan menggalakkan rakyat berkongsi kereta ke tempat
kerja(IU)
-mengehadkan kemasukan kenderaan ke bandar(HS1)
-mengatasi pencemaran udara akibat karbon monoksida(Cth)
-berkongsi kereta boleh menjimatkan wang dan mengekalkan keadaan
kereta mereka tidak selalu rosak(HS1)
- ramai yang tidak menyahut seruan kempen untuk memudahkan diri
ke sesuatu destinasi tanpa menyusahkan orang lain.
2.3 -Kerajaan perlu perlebar dan memperbanyakkan jalan raya yang
keluar dan masuk ke bandar(IU)
-dapat menampung jumlah kenderaaan
-jalan raya mempunyai empat lorong diperbanyak.(Cth)

3.0 Penutup
-pihak kerajaan perlu memastikan jalan raya bebas dari kesesakan jalan lalu
lintas(IU)
-sistem jalan raya yang bersistematik(cth)
-kempen berkongsi kereta(Cth)
-ibu pejabat awam dan swasta yang berada di pusat bandar perlu dipindahkan ke
kawasan luar bandar(Cth)














SOALAN 1-CONTOH KARANGAN
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI KESESAKAN LALU LINTAS DI BANDAR

Masalah kesesakan lalu lintas di pusat bandar merupakan suatu fenomena yag
menjadi rungutan warga kota sekarang. Memang tidak dapat dinafikan negara kita sedang
pesat membangun, tetapi dalam keghairahan pembangunan negara kita ini, berpunca
daripada pertambahan bilangan kenderaan persendirian, sistem jalan raya yang tidak
bersistematik, bilangan jalan raya pula tidak bertambah selaras dengan bilangan kereta dan
tempat tumpuan pejabat kerajaan dan swasta dan sebagainya. Jika masalah ini tidak
dibendung, ia mungkin akan menyebabkan pelbagai masalah lain yang lebih rumit antaranya
pembaziran dari segi masa, wang, dan tenaga.
Langkah pertama yang perlu dilakukan oleh pihak kerajaan adalah hendaklah
menggalakkan rakyat menggunakan kenderaan awam untuk masuk ke kawasan bandar.
Untuk itu, pihak kerajaan hendaklah menyediakan kemudahan awam yang lengkap seperti
teksi yang cukup, jadual perjalanan monorel, LRT, komuter dan sebagainya. Penyediaan ini
adalah perlu terutamanya pada waktu puncak iaitu pada waktu pagi, masuk kerja dan pada
waktu petang iaitu waktu pulang dari kerja. Kerajaan perlu mengemaskini sistem
pengangkutan awam yang sangat diperlukan tercanggih, cepat, pantas, menepati waktu
perjalanan dan agak selesa. Contoh kenderaan yang amat sesuai adalah monorel, LRT dan
komuter.
Selain itu, pihak kerajaan hendaklah menggalakkan rakyat berkongsi kereta ke
tempat kerja. Hal ini bukan sahaja dapat mengehadkan kemasukan kenderaan di kawasan
bandar, malah dapat mengatasi masalah pencemaran udara akibat pembebasan asap dan
karbon monoksida daripada kenderaan. Bagi mereka yang berkongsi kereta pula, mereka
dapat menjimatkan wang dan juga dapat mengekalkan keadaan kereta supaya tidak selalu
rosak.
Seterusnya, pihak kerajaan hendaklah memperlebar dan memperbanyakkan jalan
raya yang masuk dan keluar dari bandar. Hal ini bertujuan supaya jalan raya dapat
menampung jumlah kenderaan yang banyak dan aliran keluar kereta dengan lebih cepat.
Sebagai contoh, jalan raya yang mempunyai empat lorong hendaklah diperbanyak. Namun
begitu, ada juga antara mereka yang tidak menyahut kempen-kempen sebegini kerana
meraka lebih gemar berkenderaan sendiri bagi memudahkan mereka pergi ke destinasi-
destinasi tertentu tanpa menyusahkan orang lain.
Kesimpulannya, pihak kerajaan hendaklah memastikan jalan raya di negara kita
bebas daripada kesesakan lalu lintas. Sistem jalan raya yang bersistematik, kempen
berkongsi kereta, dan sebagainya hendaklah dilaksanakan. Oleh sebab kesesakan sering
berlaku pada waktu puncak, kenderaan-kenderaan berat hendaklah dilarang daripada
memasuki kawasan bandar.
(300 patah perkataan)






LATIHAN KARANGAN BERPANDU 38

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca
gejala sosial dalam kalangan remaja masa kini . Panjang huraian hendaklah antara
200 hingga 250 patah perkataan.


GEJALA SOSIAL REMAJA MASA KINI















PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA GEJALA SOSIAL DALAM KALANGAN REMAJA MASA
KINI


Penglibatan remaja dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat telah menjadi satu isu
dalam kalangan masyarakat Malaysia pada hari ini.Setiap hari ada saja paparan berita
tentang remaja terlibat dalam kancah ini disiarkan oleh media-media massa. Lumba haram,
penyalahgunaan dadah, Black Metal dan VCD lucah adalah antara isu yang hangat
diperdebatkan dalam komuniti semasa Oleh itu kita perlulah mengenalpasti punca- punca
timbul isu remaja kini untuk membendung daripada kudis menjadi tokak .

Pengaruh rakan sebaya telah dikenalpasti menjadi satu faktor yang sinonim dengan
gejala sosial dalam kalangan remaja. Mereka sering terikut-ikut dengan trend yang mekar
dalam situasi kehidupan moden dan canggih. Sekiranya mereka tidak mengikut aliran
kelompok terbesar, mereka dianggap kolot dan tidak sukakan cabaran. Oleh kerana jati diri
yang rapuh dan pegangan agama yang kurang, akhirnya mereka terjebak dalam gejala yang
boleh merosakkan diri,masyarakat dan negara.

Pendidikan agama atau moral sering mengaturkan kehidupan manusia agar
mematuhi undang-undang dan menjadi anggota masyarakat yang beretika dan sopan.
Tanpa pegangan agama kukuh remaja sememangnya telah dicorakkan dengan warna-warna
gejala sosial yang akan menjadi duri dalam daging atau api dalam sekam untuk negara
tercinta. Remaja kelompok ini akan berasa seronok menjiwai watak-watak dalam drama
gejala negatif kesan dari kehidupan yang tidak dibatasi oleh undang-undang agama dan
sahsiah.Oleh yang demikian suatu mekanisme perlu direka bagi mengembalikan semula
sikap dan pekerti yang menjadi tunjang kepada masyarakat berilmu dan bermaruah.

Sikap segelintir masyarakat ibu bapa yang kerap menghabiskan masa seharian
dengan mencari rezeki dan bekerja tanpa memikirkan hal berkaitan anak-anak juga menjadi
punca remaja terjebak dengan masalah ini. Atas tanggapan bahawa tanggung jawab
mengajar hanyalah tugas guru dan pendidik, ibu bapa ini tidak acuh dengan pendidikan
tidak formal yang bermula dari rumah. Mereka seharusnya tahu dan waspada dengan
perubahan sikap, pergaulan dan kegiatan semasa anak mereka. Ketiadaan pengawasan
daripada ibu bapa yang hanya menyerahkan keperluan fizikal kepada anak-anak telah
menaikkan lagi peratusan berlakunya masalah remaja pada masa kini. Natijah ini
seharusnya diberi fokus yang sewajarnya oleh kaum ibu bapa kerana melentur
buluh biar dari rebungnya dan jangan pula nanti arang sudah terpalit dimuka baru rasa
kesalnya

Kesimpulannya remaja adalah tulang belakang pembangunan ekonomi,sosial dan
politik bagi sesebuah negara. Semua pihak perlu memikirkan satu mekanisme yang lebih
efisien untuk mencegah sebarang virus yang boleh merosakkan fizikal dan mental tenaga
yang produktif ini. Penglibatan semua pihak sama ada kerajaan, ibu bapa, masyarakat ,
keluarga adalah tanggungjawab yang mesti digalas bersama demi memastikan remaja kini
bebas dari sebarang gejala yang tidak sihat.







CONTOH KARANGAN BERPANDU 40

LANGKAH-LANGKAH MENANAMKAN SIKAP BERJIMAT CERMAT DALAM
KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA


Amalan berjimat cermat sememangnya merupakan sikap yang mulia dan
seharusnya dipraktikkan sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia apatah lagi dengan keadaan
harga barangan yang semakin meningkat kesan daripada kenaikan harga bahan bakar di
pasaran dunia. Sikap boros ketika berbelanja haruslah ditangani agar tidak menyusahkan
diri dan keluarga.Oleh itu, langkah-langkah yang sewajarnya perlu diambil untuk
menanamkan sikap berjimat cermat dalam kalangan masyarakat.

Antara langkah efektif yang telah diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan rakyat
Malaysia mengamalkan sikap mulia ini adalah dengan menanam sikap rajin
menabung.Kerajaan telah mengambil inisiatif bagi memupuk semangat menabung dalam
kalangan pengguna .Pengenalan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah contoh
kesungguhan kerajaan untuk menyedarkan masyarakat akan pentingnya perancangan
masa depan kerana kita perlu sediakan payung sebelum hujan.

Ibu bapa juga seharusnya memupuk sikap suka menabung kepada anak-anak sejak
dari kecil lagi. Anak-anak harus dididik mempunyai tabungan sendiri di rumah iaitu
menabung wang lebihan perbelanjaan sekolah mereka dan menggunakan simpanan
mereka apabila ingin membeli barangan keperluan sendiri. Ibu bapa juga boleh membuka
akaun simpanan anak-anak di bank-bank tempatan seperti Bank Simpanan Nasional , Bank
Rakyat dan sebagainya kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. .Institusi
perbankan hendaklah dimanfaatkan sebagai tempat menyimpan wang yang selamat dan
hasil daripada tabungan ini dapat digunakan untuk keperluan masa depan yang lebih
gemilang.

Masyarakat juga hendaklah pihatin akan peranan skim-skim saham amanah.Kementerian
Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna telah menjayakan Minggu Saham Amanah bagi
memupuk kesedaran melabur dalam kalangan pengguna.Oleh itu masyarakat hendaklah
sedar akan peluang yang terbuka luas untuk melabur dan seterusnya mendapat dividen
yang diagihkan pada setiap tahun.Hal ini pasti akan mendatangkan kebahagian kepada
masyarakat kerana masyarakat yang bahagia mempunyai masa depan yang terjamin.

Sebelum membeli barangan , perancangan yang teliti hendaklah dilakukan terlebih
dahulu.Barang-barang yang mahu dibeli perlu disenaraikan .Perbelanjaan berhemat ini wajar
dipraktikkan bagi mengelakkan sebarang pembaziran dan masyarakat hendaklah membeli
barangan mengikut keperluan,bukan mengikut nafsu . Ketika berbelanja ,penggunaan kad
kredit juga patut dielakkan kerana akan menambah beban tanggungan hutang dan lama
kelamaan pengguna akan mengalami masalah kewangan .Justeru, masyarakat wajar
berpegang pada peribahasa berjimat sebelum terlambat,beringat sebelum terkena.

Kesimpulannya, amalan berjimat cermat sudah pasti akan melahirkan masyarakat yang
bijak dan progresif kerana mempunyai sumber kewangan yang mecukupi dan sudah tentu
untuk jaminan masa hadapan yang lebih cerah, seperti kata tokoh Mahatma
Gandhi,berfikirlah untuk hari esok,namun bertindaklah hari ini.Oleh yang demikian,
pelbagai pihak wajar memainkan peranan agar amalan berjimat cermat menjadi budaya
masyarakat kita setiap masa tanpa mengira peringkat umur .



( 300 patah perkataan)
































S0ALAN 1

Lihat gambar di bawah dengan teliti.Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah
menanamkan amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat
Malaysia.Panjang huraian antara 200 hingga 250 patah perkataan.



Langkah-langkah Menanamkan Amalan Berjimat Cermat
Dalam Kalangan Masyarakat Malaysia













Rangka Karangan

Langkah-langkah menanamkan amalan berjimat cermat dalam kalangan masyarakat
Malaysia.

1.0 Pendahuluan

- masyarakat perlu praktikkan amalan berjimat cermat (AR)
- elakkan sikap boros ketika berbelanja ( cth)
- terdapat langkah-langkah untuk tanamkan sikap berjimat cermat (AA)

2.0 Isi / Fakta : Langkah-langkah menanamkan amalan berjimat cermat

2.1 Isi 1 : Memupuk sikap suka/rajin menabung ( IU)

- mengamalkan sikap suka menabung dalam kalangan masyarakat (HS1)
- kerajaan mengambil inisiatif melalui potongan KWSP (HS2)
- ibu bapa harus memupuk amalan ini kepada anak-anak (HS3)
- ibu bapa menggalakkan anak-anak mempunyai tabungan sendiri (HS4)
- ibu bapa membuka akaun simpanan anak-anak di bank ( HS5)
- tabungan/simpanan oleh institusi kewangan ( HS6)


2.2 Isi 2 : Mengadakan skim saham amanah ( IU)

- Masyarakat perlu prihatin peranan skim saham amanah (HS1)
- peranan badan kerajaan menggalakkan masyarakat melabur/menabung(HS2)
- masyarakat perlu sedar kebaikan /faedah menabung/melabur(HS3)


2.3 Isi 3 : Perbelanjaan berhemat (IU )

- perbelanjaan perlu perancangan yang teliti (HS1)
- perancangan bagi mengelakkan pembaziran/boros berbelanja (HS2)
- perlu mengelakkan penggunaan kad kredit ketika berbelanja (HS3)
- elakkan daripada mengalami masalah kewangan/beban hutang(HS4)




3.0 Penutup

- amalan berjimat cermat melahirkan masyarakat bijak dan progresif
- individu/ masyarakat mempunyai simpanan untuk masa depan
- amalan ini wajar menjadi budaya masyarakat Malaysia.










SOALAN 41

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha memelihara
permainan tradisional agar tidak pupus. Panjang huraian anda antara 200 hingga 250
patah perkataan.







































RANGKA KARANGAN
SOALAN 41

USAHA-USAHA UNTUK MEMUPUK MEMELIHARA PERMAINAN TRADISIONAL
AGAR TIDAK PUPUS

1.0 Pendahuluan
- Permainan tradisional mula dilupakan (AR)
- Contoh permainan tradisional iaitu permainan gasing, congkak, wau dan sebagainya
(AS)
- Pelbagai usaha diambil untuk mempopularkan permainan ini (AA)

2.0 Isi/fakta

2.1 Peranan pihak sekolah (IU)
- Melalui kegiatan kokurikulum(HS1)
- Guru diberi pendedahan dan latihan(HS2)
- Menganjurkan pertandingan permainan tradisional(CTH)
- Dapat menguji minda dan fizikal(HS3)
- Dapat menarik minat pelajar(HS4)

2.2 Peranan pihak Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Pelancongan (IU)
- Mempopularkan kembali permainan tradisional(HS1)
- Mengadakan pesta permainan tradisional(HS2)
- Setiap negeri harus memainkan peranan(HS3)
- Wau dahulunya tekenal di negeri kelantan(CTH)
- Dapat menarik minat rakyat Malaysia(HS4)

2.3 Dikormesialkan kepada pihak tertentu(IU)
- Menarik minat penganjur dan syarikat-syarikat besar(HS1)
- Mengadakan promosi semasa Sukan SEA(HS2)
- Sukan SEA Vietnam 2003(CTH)
- Memperkenalkan permainan tradisional kepada Negara-negara lain(HS3)

3.0 Penutup
- usaha untuk memupuk dan memelihara permainan tradisional tidak harus dipandang
enteng
- jika tidak, permainan tradisional mungkin hanya akan dapat ditonton di muzium oleh
generasi akan datang.








KARANGAN BERPANDU 41

SOALAN 41
Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang usaha-usaha untuk
memelihara permainan tradisional agar tidak pupus. Panjang huraian anda antara 200
hingga 250 patah perkataan.

Dalam era globalisasi ini, permainan tradisional mula dilupakan. Antara permainan
tradisional tersebut ialah permainan gasing, wau, congkak dan sebagainya. Hal ini terjadi
kerana pengaruh permainan moden seperti permainan video, permainan komputer, dan
sebagainya berleluasa di pasaran menjadikan permainan tradisional bagai melukut di tepi
gantang. Oleh itu, usaha-usaha tertentu perlu diambil untuk mempopularkan permainan ini
terutamanya kepada generasi muda.
Salah satu usaha yang patut diambil bagi mempopularkan permainan tradisional
ialah melalui pihak sekolah. Pihak sekolah perlu mengadakan kegiatan kokurikulum yang
berkaitan dengan permainan tradisional melalui penubuhan kelab atau persatuan di sekolah
masing-masing. Guru-guru juga perlu diberikan pendedahan dan latihan secukupnya supaya
mereka dapat membimbing para pelajar untuk bermain permainan tersebut. Melalui
kegiatan ini juga, pelbagai pertandingan dapat diadakan seperti pertandingan gasing
pangkah, congkah, sepak raga bulatan dan wau. Jika pertandingan diadakan, bukan sahaja
dapat menguji minda dan fizikal para peserta malahan mereka juga akan bermain dengan
bersungguh-sungguh. Sekali gus ini akan menarik minat mereka terhadap permainan
tersebut.
Selain itu, pihak yang tertentu terutamanya Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan
Pelancongan harus mengorak langkah untuk mempopularkan permainan tradisional semula
dengan mengadakan pesta permainan tradisional di peringkat negeri atau kebangsaan.
Sebagai contonhnya, wau dahulunya amat terkenal di Kelantan tetapi kini dilupakan. Acara
seperti permainan wau dan gasing apabila dipersembahkan di peringkat kebangsaan, akan
dapat menarik minat rakyat Malaysia untuk mengenali dan mencuba permainan ini. Pepatah
Melayu ada mengatakan bahawa tak kenal maka tak cinta.
Acara ini juga perlu dikomersialkan supaya dapat menarik minat penganjur atau
syarikat-syarikat besar untuk menajanya. Salah satu daripada caranya ialah acara sukan
hendaklah dipromosikan semasa sukan SEA supaya dapat menarik minat negara lain.
Sebagai contoh, Sukan SEA Vietnam 2003 yang lalu, negara Vietnam mengambil peluang
untuk memperkenalkan permainan tradisinya kepada negara lain.
Kesimpulannya, usaha untuk memupuk dan memelihara permainan tradisional tidak
harus dipandang enteng kerana permainan ini merupakan khazanah dan warisan negara
yang harus dipelihara supaya tidak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Jika tidak,
permainan tradisional mungkin hanya akan dapat ditonton di muzium oleh generasi akan
datang.

(297 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai