Kombucha Teh
Kombucha Teh
Air teh Kombucha adalah minuman zaman silam dari Manchuria yang mana ia telah dibiakkan
melalui proses pembentukkan/pembiakan dari Bacterium lylinum. Teh Kombucha ini secara
semulajdi adalah sedikit berasid dan diketahui mempunyai rasa seperti cuka sider epal, ia
sedikit manis, sedikit masam.
Biochemist banyak menyebut tentang kesan therapeutik asid L-Laktik dan asid Glucuranic. Asid
Laktik juga ditemui di dalam tapai makanan seperti sauerkraut dan yogurt. Asid Laktid di dalam
air tapai yang aktif adalah lebih tinggi tahap ionnya maka ianya lebih baik dari asid asitik
(dijumpai dalam cuka). Asid Laktik mengaktifkan sel pernafasan, meningkatkan oksigen di dalam
darah dan menambahkan tenaga. Ia juga dapat mengimbangi pH darah dalam keadaan berasid
dan secara perlahan meransang fungsi hati (liver).
Asid Laktik jarang sekali terdapat didalam tisu pesakit kanser. Kekurangan asid Laktid akan
menjurus kepada Hypoxia, iaitu kekurangan oksigen dan akan mengakibatkan pembentukkan
asid DL-Laktik yang tidak diingini.
Asid Glucuronic adalah penyahtoksid bagi hati yang akan mengikat metabolic dan racun dari
persekitaran bagi membuang bahan-bahan merbahaya tersebut dikeluarkan dari badan.
Pelarut semulajadi ini sangat berguna kepada pesakit-pesakit arthritis, gout atherosclerosis dan
lain-lain di mana terdapat lebihan kolestrol dan lain-lain bahan metabolic. Asid Glucuronic juga
adalah pembina kepada sekumpulan penting mucopolysaccharides.
Mucopolysaccharides adalah molekul-molekul kompleks yang besar gula yang bergabung
dengan asid amino lalu membentuk semen cecair intercellular bagi badan yang akan melindungi
dan mengikat antara satu lain organ-organ serta melincirkan sendi-sendi.
Mucoplysaccharides mengandungi:
1. Asid Hyaluronic, yang ditemui dalam krim-krim muka yang mahal dan juga dalam di kulit di
mana ia mengikat sel-sel dan juga air tisu.
2. Chondroitin Sulfate, terdapat di tulang rawan dan rangkaian tisu yang mempercepatkan
penyembuhan tulang dan tisu lembut.
3. Asid Mucoitin Sulfurik, bahan asas kepada pembinaan lapisan perut dan vitreous humors
mata.
4. Heparin, pencair darah yang ditemui terutama dalam tisu hati dan peparu yang membantu
mengelakkan pembekuan darah.
Air teh Kombucha sangat baik terutama di dalam menormalkan fungsi sistem penghadaman
apabila diambil sewaktu makan. Walaupun ia bersifat asid, ia tidak mengakibatkan hyperacidity
di dalam perut. Asid dari makanan yang tidak hadam selalunya adalah simptom dari penapaian
makanan yang tidak diingini dan akibat dari kekurangan makanan mentah (60%) dan kekurangan
asid hidroklorik dan lain-lain asid rembesan yang diperlukan oleh sistem penghadaman.
Air teh Kambucha dapat mengatasi masalah pembuangan air besar (sembelit) dan telah
menghasilkan keputusan yang baik terhadap pesakit yang menderita masalah buah pinggang
dan batu dalam hempedu. Ada juga lapuran yang mengatakan bahawa ia dapat mengurangkan
berat badan jika diminum setiap hari.
Air teh Kombucha bukanlah penyembuh segalanya. Namun selama beratus-ratus tahun, ia telah
merekodkan banyak testimoni penyembuhan dan peningkatan kesihatan diri yang menakjubkan.
Bagi mengetahui kesesuaian bagi penyembuhan diri anda minumlah air teh Kombucha secara
berterusan selama 30 hari. Adalah dicadangkan supaya bermula dengan pengambilan empat (4)
auns sehari dan tingkatkan secara beransur kepada dua belas (12) auns sehari.
Kebaikan yang pernah dilaporkan kesan mengamalkan minum air teh Kombucha:
Menghapuskan kedutan dan membantu menyinkirkan tompok-tompok perang pada tangan. Ia
adalah pelembab kulit
Mengelakkan dari beberapa jenis kanser. Di Manchuria, dimana cendawan ini ditemui, tiada satu
kes kanser pun dikesan di sana. Setiap hari mereka minum air teh Kombucha ini sebagai amalan
keagamaan.
Semasa manapous, Kombucha dapat mengurangkan rasa tidak selesa akibat panas. Sebaik
selepas meminumnya, anda akan mengalami rasa sensasi yang menyeronokkan kerana
komponen air teh Kombucha yang memasuki saluran darah bertindakbalas menyingkirkan
bahan-bahan kimia beracun dan cecair, mengakibatkan anda merasa peningkatan aktiviti dan
fleksibiliti di kawasan sekeliling pinggang anda.
Antara lagi kebaikkan yang ditemui:
Membantu melegakan masalah sembelit.
Membantu melegakan sakit-sakit otot pada bahu dan leher/tengkuk.
Membantu melegakan masalah bronchitis, asma dan batuk.
Membantu melegakan kanak-kanak yang ada masalah berkahak (Phlegm)
Membantu melegakan masalah alergik dan juga masalah sakit saraf.
Membantu melegakan masalah buah pinggang.
Membantu melegakan masalah katarak atau masalah kornea mata.
Membantu membersihkan pundi hempedu, menolong masalah colitis dan sakit perut
Membantu menyembuhkan banyak jenis penyakit.
Berupaya mengurangkan kolestrol dan melembutkan saluran-saluran darah.
Membantu melegakan masalah ceret-beret.
MEMBUAT KOMBUCHA TEH
- Setelah cukup usia (7/8 hari penuh) bukalah tutup balang tempat Kombucha-Tea.
- Pisahkan cendawan yang sudah jadi tersebut serta tapis dengan penapis plastik yang bersih
dari minyak, lalu masukkan Kombucha-Tea anda kedalam botol-botol kaca/gelas, tutup rapatrapat (ingat! Jangan tutup logam) dengan sumbat bukan logam lalu simpan dalam almari es.
Kambucha-Tea siap diminum.
- Aturan minum :
Untuk permulaan ambil 1/4 gelas Kombucha-Tea 3x sehari atau 2x sehari selepas makan.
Apabila dalam waktu 1 minggu tidak ada reaksi apa-apa, tambahkan dosisnya menjadi 1/2 gelas,
2x sehari dst. Kombucha-Tea pertama bersifat sebagai detoksifikasi, mengeluarkan racun-racun
dari tubuh kita.Sekitar 30 minit sesudah minum Kombucha Tea, minum air putih.
GAGAL KERANA :
1. Alat-alatan yang digunakan kurang bersih
2. Memakai cerek aluminium sewaktu memasak air
3. Balang diotak-atik ,dipindah-pindah selama masa fermentasi
4. Ada yang merokok diruang fermentasi atau ditaruh didapur yangbanyak asapnya
5. Lupa memasukkan baby kombucha
6. Kena matahari secara langsung
7. Waktu memasak air dengan waktu memasukkan ke balang terlalu lama ( 6-10 jam).Ertinya teh
tersebut sudah basi. Sebaiknya 3-5 jam ,dimana suhu air teh manis sudah tidak panas lagi
TIPS
1. Proses fermentasi memerlukan oksigen, sehingga balang yang lebar akan mempercepat
proses pembuatan Kombucha Tea yang enak. Bila anda menggunakan balang yang tinggi
sementara air hanya separuh, maka akan memperlama proses fermentasi
2. Pada waktu menjemur anda akan mendapatkan dua Jamur, jamur pertama dan jamur
baru/anaknya yang terbentuk selama proses fermentasi. Jamur yang baru dapat dipotong
dengan tangan untuk dijadikan bibit pertama. Jamur yang lama dapat dipakai untuk rabuk
tanaman
3. Fermentasi kurang dari 7 hari, tidak berkhasiat apa-apa.
ATURAN MINUM UNTUK ANAK-ANAK :