Anda di halaman 1dari 11

Thursday, July 29

Peralatan Penanaman Hidroponik


Alatan hidroponik

set kazzponik
HARGA: RM45.00

takung hidroponik
HARGA: RM15.00

Ukuran :-55cm(panjang) X 41cm (lebar) x 13cm(tinggi)


Untuk diisi air sebanyak 20 liter.
Diperbuat daripada plastik polypropylene copolyner.
Tidak menyerap cahaya dan kalis cahaya.
Permukaan dalam yang licin bagi tujuan mudah di cuci dan tidak lekat pada
kotoran.

penutup polisterin
HARGA: RM10.00

Ukuran :- 55cm (panjang) x 41cm (lebar)


Mempunyai 8 lubang.
Berfungsi menghalang kemasukan cahaya tetapi menggalakan kemasukan udara
Warnanya adalah putih kerana pemantulan cahaya terhadap warna putih akan
memastikan proses fotosintesis.

bakul media
HARGA: RM0.40 Sebakul

5 cm (lebar) x 5cm (tinggi)


Lubang yang terdapat di sekeliling tepi bakul tersebut adalah berperanan
menggalakan kemasukan udara tetapi tidak bagi cahaya.
Lubang lubang kecil yang berada disekeliling bawah bakul tersebut adalah
untuk pertumbuhan akar dan juga cengkaman untuk menahan sayur daripada
rebah.

benang media
HARGA: RM1.00 sebungkus

Benang adalah media pertumbuhan yang menjadi pengganti tanah di dalam sistem
penanaman sayur cara hidroponik.
Fungsi benang adalah untuk menyerap air baja dan sebagai tempat biji benih di
dalam bakul

baja hidroponik

HARGA: RM20.00

Mengandungi konsep chelating agent terutamanya humates yang


membolehkan Fe diambil oleh akar-akar pokok.
`Chelating agent dapat mengurangkan kesan peningkatan tinggi pH oleh
bicarbinate yang terdapat di dalam baja dan juga membantu pengambilan nutrien
oleh akar sayur. Humates juga berperanan mencegah keracunan Cu dan Fe
terhadap tanaman.
Jika baja tidak mempunyai chelating agent, Fe akan menjadi pepejal (
prepicitate) pada dasar takung takung.

cawan penyukat
HARGA: RM0.60

7cm (lebar) x 8cm (tinggi)


Berukuran sukatan 250 ml isipadu (lab standard beaker measurement).
Bertujuan untuk memudahkan pengguna untuk menyukat baja dan air.
Sukatan baja adalah penting bagi mendapatkan pertumbuhan pokok sayur yang
terbaik.

biji benih
HARGA: RM1.50 Sepeket

Terdapat 2 jenis biji benih akan diberi untuk satu Set Kazzponic. Jenis-jenis benih
yang disediakan oleh Kazzponic adalah:
~Sawi
~Kangkung
~Kailan
~Bayam
~salad
_______________________________________________________________
Berminat? Hubungi kami:
Email: kazzponik@yahoo.com
at 3:28 PM 5 comments
Labels: alatan hidroponik, cara penanaman hidroponik, pengedar hidroponik

Thursday, July 15
Baja Cecair Serbaguna
Dapatkan Baja Cecair Serbaguna

BERAT: 500ML
SPESIFIKASI:
Sesuai untuk tanaman sayur-sayuran, bunga-bungaan, lanskap, dan tanaman jenis buah dan
kekacang.
CARA PENGGUNAAN:
Goncang botol sebelum digunakan (7-10 kali)
1 cawan penyukat = 250ml
1 penutup botol + 2 liter air
Pembajaan dilakukan awal pagi atau petang
Simpan di tempat sejuk / gelap
Boleh dicampur dengan racun serangga / kulat
HARGA: RM20.00
Hubungi saya Untuk tempahan:
Email: kazzponik@yahoo.com

at 12:58 PM 2 comments

Thursday, July 8
Pengedar Baru Hidroponik (Pahang)
Tahniah Kepada Pengedar Baru Yang Dilantik
AHMAD SABRI BIN AMRE

JENGKA PAHANG
TEL: 019-9492267

Sekiranya and aberminat Untuk menjadi pengedar kami sila hubungi saya:
Emel: kazzponik@yahoo.com
at 9:14 AM 0 comments

Thursday, June 24
Pengedar Terbaru Di Sabah
Tahniah kepada pengedar baru yang baru mendaftar:
Nama: TEW SOO LIAN 013-9750135
Tempat: Bongawan Sabah
Nama: TRI AGUSTINA @ ROSE 016-8137399
Tempa: Kota Kinabalu

Hubungi pengedar kami untuk mendapatkan produk hidroponik berdekatan anda.


Maklumat lanjut:
kazzponik@yahoo.com
at 1:20 PM 0 comments

Thursday, June 10
Petua Nak Tanam Hidroponik
Salam Semua.. Hari ini saya nak kongsi dengan anda beberapa petua untuk tanam sayuran
menggunakan set hidroponik. Silalah lihat pertua dibawah:
1) Takung Hidroponik
2) Penutup Takung (Polystyreen)
3) Bakul Media
4) Media : Benang
5) Baja Hidroponik
6) Cawan Penyukat Baja (250 ml)
7) Biji Benih - pilihan sendiri

PETUA PERTAMA

Masukkan air dalam bekas takungan separas 3 suku bekas atau lebih kurang 18 liter.

Peringatan:* Jika air paip atau air dari tangki yang hendak digunakan untuk
penyediaan larutan baja hidroponik, biarkan air tersebut didalam bekas takungan
semalaman supaya bebas dari klorin. Air hujan juga boleh digunakan tetapi sebaik
baiknya mengambil air itu selepas pertengahan hujan untuk mengelakkan daripada
ianya mengandungi bahan-bahan asid /toksid yang boleh membantutkan tanaman.
Baja hidroponik kemudiannya dilarutkan didalam 5 liter air dan kacau hingga sebati
(dilakukan pada hari ke-4 selepas penyemaian biji benih)

PETUA KEDUA

Media: Benang atau bahan yang boleh menyerap air diletakkan didalam bakul
semaian sebagai media percambahan biji benih.
Tarik dan juntaikan benang tersebut melalui lubang dibawah bakul supaya menjadi
sumbu lebih kurang 5 sm. untuk menyerap larutan baja hidroponik.
Pastikan setengah cawan benang masih terdapat dalam cawan.
Celup atau rendamkan bakul yang berisi media tadi ke dalam air larutan baja untuk
melembabkan media bagi memudahkan proses percambahan.
Masukkan bakul media di setiap lubang penutup takungan hidroponik.
Pastikan sumbu benang terendam dalam air larutan baja hidroponik supaya ia dapat
menyerap baja.

PETUA KETIGA

Masukkan 4 atau 5 biji benih diatas benang dalam setiap bakul media.
Pastikan biji benih basah supaya senang bercambah.
Selepas 3 atau 4 hari, jika tidak berlaku percambahan, tukarkan dengan biji benih
yang lain. Jika semua biji benih tersebut bercambah selepas 6 hari, tinggalkan cuma
sepokok atau 2 pokok sahaja pada setiap bakul media bagi pertumbuhan seterusnya.

PETUA KEEMPAT

Ceduk 500 ml larutan baja hidroponik yang dilarutkan tadi dengan cawan penyukat
yang bersaiz 250 ml sebanyak 2 cawan dan campurkan kedalam takungan hidroponik
yang diisikan dengan 18 liter air tadi. (dilakukan pada hari ke-7 selepas tanaman
disemai)
Kacau hingga sebati.
Tutup takung dengan penutup takung yang disediakan.
*Baki larutan baja yang telah dibancuh tadi hendaklah disimpan dalam bekas
bertutup dan ia boleh digunakan untuk tanaman seterusnya. Jangan dedahkan kepada
cahaya matahari.

Sekarang anada hanya melihat dan menunggu tanaman membuahkan hasil...

at 3:20 PM 0 comments

Tuesday, June 8
Bina Rumah HIdroponik Anda
Tahukah anda Rumah Hidroponik adalah tempat untuk menempatkan tanaman hidroponik.
Dengan membina Rumah Hidroponik anda sendiri anda akan dapat mengawal tanaman
hidroponik anda dengan lebih selamat dan terjaga. Tanaman hidroponik akan mencapai
pertumbuhan yang lebih lancar.
Berikut adalah contoh Rumah Hidroponik:

Ini adalah Contoh2 rumah yang anda boleh bina untuk menempatkan tanaman hidroponik
anda.
Selamat Mencuba.
at 3:46 PM 0 comments
Labels: rumah hidroponik, tanaman hidroponik

Monday, May 17

Teknik Penanaman Hidroponik


CARA SEMAIAN DAN ATURCARA UNTUK SEBATIKAN BAJA
PLANTING METHODS AND DILUTION OF FERTILIZER PROCESS

(1) Tuangkan 20 liter air paip ke dalam takung hidroponik (paras air kira-kira 1 inci dari atas)
Fill up hydroponics tray with 20 liters of paip water (water level about 1 inch from the top)

(2) Tutup takung dengan polystreen dan sedia untuk semaian.


Cover the tray with polystreen and ready for planting.

(3) Sumbat benang media kedalam bakul media. Tarik benang untuk buat sumbu.
Insert media thread to make a wick. Pull thread to make a wick.
Nota: Pastikan lubang-lubang bakul media ditutup untuk mengelakkan kemasukan nyamuk.
Note: Ensure all holes around media basket are closed to avoid mosquito entering.

(4) Rendam dengan air paip saja, kemudian masukkan kedalam lubang polystreen. (ulangi
proses untuk lubang-lubang lain)
Soak with pipe water only and then insert into the polystyrene holes. (repeat process for the
remaining holes).

(5) Semai 3 biji benih di tiap-tiap bakul.


Sow (drop) 3 seeds into each basket.
(6) Masa percambahan adalah 2 ke 3 hari. Pada hari ke 7, cabutkan 1 dan biarkan 2 tumbuhan
bagi setiap bakul.
Germination period is 2 to 3 days. On the 7 days, remove 1 and allow 2 plants in each basket.

(7 ) Menyediakn baja. Pada hari ke 4, masukkan 20x cawan (250 ml) air paip kedalam baldi
yamg bertutup.
Prepare fertilizer. On the 4 days, pour in 20x cup (250 ml) of pipe water into a pail ready
with cover.

(8) Tuangkan baja, kacau sehingga sebati. Tutup dan simpan dalam stor. Jangan dedahkan
kepada sinaran matahari.
Pour in fertilizer, stir for dilution process. Cover up and keep in the store. Do not expose to
sunlight.
(9) Keluarkan polystreen pada hari ke 7. Kacau baja dan masukkan 2x cawan
kedalam takung.
Remove polystreen on the 7 days. Stir fertilizer and 2x cups into the tray. Stir the mixture in
the tray.
(10) Tutup balik takung dengan polystreen. Tuai selepas 4 / 6 minggu.
Cover back the tray with polystreen. Harvest after 4 / 6 weeks.
Tutup baldi yang mengandungi baja dan simpan untuk kegunaan semula. Jangan dedah
kapada matahari.
Cover the pail with fertilizer and keep for the next use. Do not expose to sunlight.

Nota: Oleh kerana jangka masa matang berlainan, hanya 1 jenis tanaman / benih bagi setiap
takung.
Note: Due to different maturity period, apply only 1 type of plant / seed per tray.
( eg: Kangkong 3 minggu / weeks, Sawi 4 minggu / weeks, Cili / chillies - 2 bulan /
months)
Sila ambil perhatian :
1. Letakkan takung yang telah siap dibawah sinaran matahari.
2. Elakkan air hujan daripada memasuki takung hidroponik.
3. Selepas 3 minggu, tambahkan air paip (tanpa baja) kedalam takung.
Paras air mesti tidak melebhi daripada takung
Please take note :
1. Put the ready tray under morning sunlight.
2. Avoid rain water from entering the hydroponics tray.
3. After 3 weeks, add pipe water (without fertilizer) into the tray.
Water level must not exceed of the tray.

Anda mungkin juga menyukai