Anda di halaman 1dari 11

PEMBINAAN GENERASI DAKWAH

MUQADIMAH.
Golongan pelajar adalah generasi ilmuan yang diharapkan untuk merubah
kepincangan masyarakat dunia dari dahulu hingga sekarang; Firman Allah SWT:
‫" فلوال نفر من كل فرقة منهم طائفة ليتفقهوا فى الدين ولينذروا قومهم إذا رجعوا إليهم لعلهم‬: ‫قال اهلل تعالى‬
"‫يحذرون‬
Sesungguhnya, penghalaan fikrah dan pencernaan tindakan para ilmuan banyak
mempengaruhi nilai kehidupan sesebuah masyarakat.Kegawatan dan kegentingan
ummah yang perlu ditangani oleh golongan ilmuan amat memerlukan kepada
kesungguhan dan perencanaan yang mantap dari diri individu itu sendiri. Melihat situasi
ini,para ilmuan seharusnya merasa sensitif dan peka untuk membentuk diri melalui
beberapa peningkatan dan kesedaran dalaman yang positif.Sesuatu yang bermula dari
titik yang positif akan membuka jalan mudah untuk natijah yang positif. Meskipun ada
kalanya kita dihadapkan dengan beberapa kejutan yang sebenarnya mendidik
kematangan dalam membuat sesuatu keputusan dan tindakan.
Para pelajar lazimnya terpaksa menghadapi situasi-situasi yang kadang-kadang
membuatkan mereka merasa patah hati, kecewa, tension dan berbagai perasaan lain.
Fenomena ini banyak mempengaruhi pelajar perempuan .Sebuah firma penyelidikan
sosial di Jepun menyenaraikan jumlah kematian (bunuh diri) kerana tension dan kecewa
adalah lebih banyak berlaku di kalangan pelajar perempuan denagn nisbah 1:3. Namun
perlu diingati, anda adalah seorang mahasiswi islam yang perlu menangani sebarang
masalah dengan tenang. Dan seorang yang bertitle
mahasiswi perlu bertindak dengan matang.Perlu diingati, seorang pelajar yang berjaya
ialah seorang yang mampu membina dirinya dari satu tahap kepada satu tahap, bukanya
seorang yang hanya mampu mengekalkan kejayaan yang membanggakan dalam
pencapaian akedamik tetapi pincang di sudut pembinaan sakhsiah.

PERMASALAHAN PELAJAR.
Kejutan budaya(Culture shock) kehidupan masyarakat Arab banyak mempengaruhi
pelajar-pelajar baru.Realiti ini jika di pandang dari sudut negatifnya akan membawa
masalah yang rumit bagi individu-individu yang terlibat. Namun dalam marhalah
pembinaan sakhsiah insaniah sebenarnya anda menghadapi 2 kategori masalah atau
tekanan, iaitu:
1. Masalah luaran
2. Masalah dalaman.

1.Masalah luaran
Masalah luaran merupakan masalah yang berkaitan dengan persekitaran
individu. Pembabitan individu dengan persekitarannya merupakan perkara rutin yang
sedikit sebanyak memberi kesan yang mempengaruhi kehidupan. Akan tetapi
kemampuan kita menangani masalah yang berlaku akan membuka jalan positif untuk
membina kejayaan.

1.1 Masalah keluarga


Majoriti pelajar dihadapkan dengan harapan ibubapa yang terlalu tinggi sehingga
situasi ini dirasakan sebagai suatu tekanan yang terlalu menghimpit. Apabila individu
pelajar itu tidak mampu untuk memenuhi tuntutan dan harapan tersebut, mereka
merasa takut untuk berhadapan dengan realiti.
Tidak semestinya orang yang gagal tidak mempunyai cita-cita untuk berjaya.
Namun perlu diingati, mungkin kegagalan anda bermula tanpa anda sedari. Misalnya
cara pembelajaran yang tidak bersistem,teknik menjawab yang tidak tepat atau mungkin
kelemahan penguasaan bahasa Arab yang baik. Jangan biarkan diri ditewaskan oleh
pemikiran dan perasaan yang terlalu negatif.Kuatkan azam untuk mengatasi kelemahan
dan kegagalan diri. Dan janganlah jadikan diri anda merasa terlalu terbeban apabila
mengenangkan harapan yang terlalu besar di atas pundak bahu anda.Adalah tidak bijak
jika anda mengatakan:
“A, aku rasa tidak semangat untuk belajar apatah lagi bila emak dan ayah aku
selalu sangat menyebut tentang harapan mereka untuk aku berjaya.Macamlah aku ni tak
pandai nak membahagikan masa........”
Sebenarnya, anda perlu menyanjungi dan menghargai perhatian yang diberikan
oleh ibu dan ayah anda.Malahan perbuatan mereka itu menandakan mereka sayangkan
anda.Dan anda pula sebagai seorang yang banyak pengalaman dalam pembelajaran,
tidak adil jika anda memandang negatif kepada nilai positif yang ada di persekitaran
anda.Sesungguhnya penilaian kita pada sesuatu akan memberi kesan yang mendalam
terhadap tindakan kita sendiri. Apabila anda menilaikan sesuatu yang anda hadapi
secara positif, maka anda akan mampu menghadapinya dengan langkah yang positif.
Dan perlu anda pastikan penilaian anda hendaklah selaras dengan ketentuan syariat.
Jadikan harapan yang menggunung dari keluarga itu sebagai peniup semangat untuk
anda.

Kesan berjauhan dari keluarga: Mungkin masalah ini adalah masalah minoriti
pelajar yang berjauhan dengan keluarga. Ia banyak melibatkan individu yang berjiwa
lembut, manja dan sentimental. Adakah anda golongan dari individu tersebut? Kerinduan
yang mendalam dari keluarga dan kerisauan ibubapa tentang anaknya di perantauan
atau mungkin anda yang mencipta kerinduan yang bersangatan dan kerisauan yang
menakutkan sehingga menjejaskan perjalanan pembelajaran anda?
Jangan jadikan faktor ini sebagai penghalang atau masalah yang mem-bantutkan
semangat anda untuk peningkatan diri.Sebaliknya jadikan ia sebagai suatu perangsang
yang istimewa malah sebagai sumber inspirasi pendorong kepada kejayaan. BUKTIKAN
dengan berjauhan dari keluarga kita mampu untuk berdiri atas kaki sendiri seterusnya
meraih kejayaan yang diharap-harapkan.

1.2 Rakan- rakan.


Rakan-rakan sebaya memainkan peranan penting dalam pembentukan
dan pembinaan keperibadian individu. Lazimnyamerupakan tempat untuk mengadu
masalah. Pergantungan yang keterlaluan pada rakan sebaya akan menyebabkan anda
tidak mampu untuk mengharungi kehidupan tanpa teman di sisi. Seseorang yang
bersahabat pastinya mengharapkan agar sahabatnya dapat membantunya ke arah
pembentukan sakhsiah. Namun apabila kita tidak dapat menunaikan hak-hak dan
tuntutan terhadap rakan seperti yang digariskan oleh Imam Ghazali maka akan
berlakukan kepincangan persahabatan. Contohnya. Tidak ada sikap bertawasi di
kalangan sahabat dan terlalu mementingkan diri sendiri.

Seperkara yang perlu anda ingati dalam menunaikan tuntutan persahabatan kita
perlulah bersikap memberi dan menerima. Tidak ada sekiranya anda cuma
mengharapkan perhatian dari sahabat anda tetapi anda menjadikan diri anda sebagai
seorang tidak menghargai diri orang lain.
Rakan-rakan senior kehadiran mereka banyak mempengaruhi adik-adik melalui
pemikiran yang stereotype ,contohnya; masalah pembelajaran, mereka sering berkata
begini:
“Na, masa K.Nor datang dulu rasa madah-madah K. Nor lebih dari yang Na hadapi,
tapi Kak Nor boleh.........”. Kata-kata ini akan melahirkan penilaian yang berbeza pada
individu yang berbeza. Perlu disedari bahawa perasaan manusia berlainan. Bacalah
situasi diri orang yang berada di hadapan anda sebelum anda membuat tindakan yang
anda rasakan tidak apa.
Pembelajaran bukanlah fenomena yang berbeza dan mengejutkan. Setiap masa
dan ketika memerlukan kepada sokongan dan panduan dari pelajar senior. Seharusnya
pelajar senior menunjukan kematangan dalam segenap segi tindakan dan fikiran.
Anda(pelajar senior) merupakan qudwah kepada pelajar-pelajar baru. Anda adalah
orang yang diharapkan untuk memberi tunjuk ajar pada mereka.
Begitu juga dengan masalah pasangan hidup, rakan senior janganlah menunjukkan
sikap terlalu mengambil berat terhadap soal ini sehingga menyamakannya dengan
kepentingan pelajaran. Tindakan anda memberi kesan negatif kerana pelajar baru yang
masih sukar untuk mengimbangi keadaan ini. Ini kerana tindakan pelajar senior
selalunya menjadi hujjah kepada pelajar baru untuknya bertindak sama walaupun dirinya
masih tidak mampu untuk berbuat demikian

1.3 Masyarakat sekeliling (sosio-budaya Arab).


Perbezaan budaya yang jauh kadang-kadang menyebabkan individu yang
baru menghadapinya merasa terkejut dan sempit dada. Seolah-olah tidak ada jalan
keluar untuk menyelesainya atau merasa lemah semangat dan tidak berani untuk
menghadapinya sebagai suatu budaya yang telah Allah tentukan kepada masyarakat
tersebut.Ada individu menggangap situasi ini sebagai masalah dominan yang
menyebabkan kepada kegagalan.
ANDA PERLU INGAT: Tiada permasalah yang tiada jalan penyelesaianya Anda
harus akur dengan kaedah ini. Tiada penyakit yang tiada ubatnya kecuali mati sahaja !
Anggaplah kesukaran anda menghadapi situasi ini sebagai suatu pengalaman baru yang
perlu anda pelajari dan hayati untuk mematangkan tindakan anda.

KESIMPULANNYA.
Apabila kita teliti.faktor luaran yang dikatakan telah mengaruhi tata hidup
individu, sebenarnya hanya merupakan masalah sampingan sahaja. Ia tidak akan dapat
melingkari seluruh kehidupan anda sebagai pelajar yang bercita-cita tinggi.

(11) MASALAH DALAMAN


Masalah dalaman merupakan masalah yang sering menghantui perasaan setiap
individu. Malah ianya memberi kesan yang lebih besar dalam proses pembinaan diri
dan sakhsiah. Berjaya atau tidaknya seseorang dalam menghadapi kehidupannya
banyak bergantung pada kebolehannya memerangi perasaannya sendiri. Cuba
perhatikan diri anda, adakah anda tergolong dalam individu yang telah kalah dengan
perasaan anda sendiri atau anda masih mampu untuk memperbaiki keadaan yang
ada. Antara penyakit dalaman yang merosakkan harapan dan cita-cita anda adalah:
2.1 Tidak yakin : Perasan tidak atau kurang yakin akan menyebabkan anda
merasa kalah sebelum mencuba. Kata pepatah Melayu “pantang berundur sebelum kalah”
tetapi dalam keadaan anda yang tidak yakin pada diri sendiri, telah meletakkan kekalahan
yang amat ditakuti itu.
Contohnya : Si A dan Si B yang ingin menaiki metro yang telah mula
bergerak perlahan untuk pergi ke kuliah kerana peperiksaan. Si A merasa ragu-ragu untuk
mengejar metro dalam keadaan demikian. Sedangkan Si B yakin dia boleh menaikinya.
Lalu menarik tangan Si A, tetapi Si A tetap tidak yakin. Akhirnya Si B mengejarnya
bersendirian lalu berjaya menaikinya dan sampai ke kuliah dengan selamatnya. Manakala
Si A telah pun terlewat 15 minit ketika memasuki dewan peperiksaan sehingga dimarahi
oleh penjaga peperiksaan.

2.2 Mudah kecewa apabila menghadapi kegagalan : Sesungguhnya seorang


yang benar-benar berjaya bukanlah seorang yang tidak pernah menemui kegagalan,
tetapi seorang yang berjaya adalah seorang yang mampu bangkit dari kegagalan yang
dihadapinya. Namun ini bukanlah bermakna anda harus mencari kegagalan untuk
membuktikan anda benar-benar berjaya. Mengekalkan kecemerlangan adalah lebih baik
dan kesempatan lain yang datang akan dapat anda manfaatkan dengan sebaiknya
sekiranya anda mampu mempertahankan kecemerlangan anda.
Bagi anda yang menghadapi kegagalan , perlu anda semaikan
harapan dan
berbaik sangka terhadap taufik yang pasti akan datang daripada Allah.
Terimalah suatu kegagalan sebagai dugaan yang dapat mempertingkatkan diri
anda daripada tahap yang rendah kepada tahap keimanan dan ketakwaan yang
lebih tinggi. Menjadi kewajipan kita sebagai insan untuk mengorak langkah
untuk memperbaiki diri dari masa ke semasa.Firman Allah SWT :
&
‫إن اهلل ال يغيرها بقوم حتى يغيروا ما بانفسكم‬

Dalam kehidupan anda tentunya ada beberapa kejayaan yang telah


anda
lalui. Senaraikan kejayaan-kejayaan hidup anda itu dan bandingkannya dengan
kagagalan yang telah anda alami. Latihlah diri supaya dapat mengiktiraf
kejayaan yang telah anda miliki walau sedikit mana pun jumlahnya.

2.3 Tiada cita-cita (berwawasan) : Seseorang yang tidak mempunyai cita-cita


akan merasa lemah dan berpandangan bahawa apa yang dilakukan seolah-olah
tiada matlamat atau objektif. Suatu yang amat merugikan. Majoriti di kalangan
kita masih tidak dapat membayangi apakah cita-cita mereka sebenarnya.
Sehingga menerbitkan rasa pesimis terhadap diri mereka sendiri dan tidak
berusaha untuk merubah kelemahan yang ada demi untuk mencapai
kecermelangan dalam hidup.

Orang bercita-cita tinggi akan menggariskan perancangan-


perancangan
yang positif dan akan mengetepikan faktor-faktor yang melemahkannya. Mereka
akan berpandangan jauh dan keyakinan diri akan terbina secara langsung.
Seterusnya tindakan yang mereka lakukan merupakan tindakan yang terancang
dan kemungkinan untuk menghadapi kegagalan adalah lebih kecil berbanding
dengan individu yang membuat tindakan mengikut keadaan dirinya (mood)
semata-mata. Dan mereka sebenarnya telah bersedia menghadapi sebarang
kemungkinan yang berlaku hasil dari perancangan yang dibuat.
Contohnya :Kegigihan Abraham Lincon untuk mencapai cita-citanya
sedangkan kemiskinan yang membelenggu hidupnya tidak membawa harapan
untuknya meraih gelaran Presiden Amerika. Namun sehingga ke hari ini, nama
Abraham terpahap di lipatan sejarah seterusnya menjadi inspirasi rakyat AS.
Malah pembentukkan Dakwah Islamiyyah yang agung di Madinah
bermula dari keadaan yang amat dhaif, namun cita-cita yang tinggi dalam
menyampaikan Risalah Allah ketabahan Rasulullah saw dan kegigihan para
sahabat maka akhirnya harapan menjadi kenyataan.Begitu jugalah dalam
konteks pembinaan diri manusia, cita-cita yang tinggi akan membantunya ke
arah pencapaian yang diingikan.

2.4 Rendah diri : Sesungguhnya ramai yang takut untuk mengakui bahawa
diri mereka istimewa. Sebaliknya mereka terlalu rendah diri sehingga sifat ini
membantutkan pembinaan syakhsiah diri yang cemerlang. Perasaan diri akan
menjadikan kita jumud dan tidak bermotivasi untuk terus memanfaatkan diri dan
bergaul dengan masyarakat di persekitaran kita. Ia juga akan membuatkan kita
merasa takut untuk memikul amanah apabila dihadapkan dengannya. Indivu
yang terlibat merasakan bahawa masalah yang dihadapkan kepadanya hanya
mampu diselesaikan oleh orang yang istimewa sahaja. Inilah kesilapan yang
sering berlaku. Silap dalam mentafsirkan keistimewaan-keistimewaan lain yang
ada di dunia luas.
Hentikanlah daripada menganggap diri sebagai seorang yang tidak
berharga. Hentikanlah dari menjadikan diri anda sebagai objek yang menjadi
sasaran simpati dan mangsa kepada hukuman yang tidak adil, terutamanya
hukuman yang dikenakan oleh anda sendiri.
Bagaimana anda boleh menghargai diri seseorang jika dia sendiri
tidak
menghargai dirinya. Begitu juga dengan diri anda.Hargai dan hormatilah diri
anda sendiri. Katakan kepada diri sendiri yang anda mempunyai semua nilai-
nilai positif yang diperlukan untuk berjaya.Anda seorang yang istimewa dan
sekiranya tidak menonjol, sekurang-kurangnya anda memiliki qualiti yang sama
dengan orang yang boleh berjaya
Menghormati dan menghargai diri sendiri dan merasakan diri anda
sebagai
seorang yang istimewa bukanlah suatu keangkuhan atau membesarkan diri.
Keangkuhan berdasarkan kepada apa yang telah diperolehi dan dimiliki,
sedangkan harga diri adalah didasarkan kepada apa yang akan kita lalui dan
apa yang kita rasakan perlu untuk memperolehinya. Pupuklah keistimewaan
yang dikurniakan oleh Allah kepada anda secara praktikal ke arah kejayaan dan
kebahagian.

KESIMPULAN
Secara globalnya, faktor dalaman merupakan akar tunjang kepada
semua permasalahan yang berlaku. Jalan penyelesaian terhadap masalah yang
anda hadapi terletak di tangan anda. Banyak lagi sifatsifat negatif yang boleh
mengecilkan skop pergerakan anda dalam masyarakat dan yang membantutkan
semangat anda seperti perasaan malu. Akhirnya anda akan menjadi seorang
yang hanya berharap tanpa ada usaha untuk mencapainya.
PENYELESAIAN
Melalui penelitian kita, kita dapat menyenaraikan beberapa sikap
negatif yang hidup subur dalam diri masing-masing. Membuang jauh sifat
tersebut adalah suatu yang amat sukar. Namun begitu, anda perlu bersikap
positif. Bukanlah selamanya suatu yang negatif itu akan tetap berada di
tempatnya. Didiklah diri anda menjalani beberapa ketahanan dalaman kerana
kesanggupan kita untuk memperbaiki diri adalah merupakan sinar harapan ke
arah itu. ANDA BOLEH ! Pastikan kepincangan peribadi yang ada tidak tertonjol
dan cuba senaraikan pula nilai-nilai baik dalam diri anda kerana ia adalah prioriti
utama untuk kejayaan.
Perlu disedari segal masalah dalaman dan luaran yang
mengganggu-
gugat pencernaan tindakan yang selaras dengan ilmu,iman dan akal
sebenarnya membentuk 3 marhalah tarbiyah yang mempengaruhi sebahagian
besar kehidupan manusia. Marhalah-marhalah tersebut ialah :
1. Ta’alim.
2. Tazkir.
3. Tazkiyy.
Contohnya seseorang yang gagal menghadapi situasi yang ada
samada
pembelajaran ataupun pembabitannya terhadap persekitarannya. Individu
tersebut seharusnya belajar dari kesilapan, menilai semula kerja –kerja yang
dilakukan. Bagaiman kegagalan boleh terjadi? Sedangkan anda adalah orang
yang bercita-cita ? Benarkah apa yang dilakukan tepat dengan kehendak yang
dituntut untuk meraih kejayaan? Dan banyak persolan lain yang boleh kita
ajukan kepada diri sendiri dalam menilai semula kegagalan
Manakala marhalah tazkir pula, adalah sebagai pemberi ingatan
agar
kita lebih berhati-hati dalam tindakan selanjutnya agar kesilapan dan kegagalan
tidak berulang. Seorang yang ingin berjaya mestilah mempunyai perancangan
yang rapi dan kemas.
‫الحق بال نظام يغلب الباطل بالنظام‬
Bagi marhalah tazkiyy ia menerbitkan rasa kesedaran dan
keinsafan
tentang kebesaran Allah, taqarrub kepada Allah adalah jalan yang terbaik dan
perlu diseimbangkan dengan usaha yang dilakukan
Setelah menyedari ketiga-tiga marhalah ini dan menginsafi
bahawa
kegagalan itu ada kebaikannya (Kemaslahatannya). Ia secara tidak langsung
meniupkan semangat baru untuk kita terus mengorakkan langkah dengan
penuh kenyakinan.
Seterusnya seorang yang ingin memajukan diri perlu berusaha
membina kematangan dan kedewasaan diri sendiri. Segala perasaan takut
bersikap negatif pada sesuatu yang baru, manja, suka merajuk, tidak bertegur
sapa dan sebagainya merupakan sifat-sifat keanak-anakan yang perlu disingkir
segera.Letakkan sesuatu itu dengan adil dan ditempatnya yang sesuai.
Seseorang yang dewasa telah terbentuk padanya segala kematangan samada
tindakan atas fikiran apatah lagi bagi seseorang mahasiswi Islam yang perlu
bijak bertindak,Berani dan mengutamakan kemuliaan ilmu dalam tindakan
selagimana tidak lari dari syariat yang ditentukan oleh Allah SWT. Segala
tindakan perlulah ditunjangkan atas dasar keimanan dan ketaqwaan kepada-
Nya
Tegasnya menjadi seorang yang matang dan dewasa
memerlukan ketabahan hati kerana dia harus bertindak dan berjuang sendiri
untuk mempertahankan sikapnya di atas dasar yang telah disebutkan tadi.

Penutup.
Untuk akhirnya cubalah bina keperibadian anda dan sedarilah
bahawa
anda telah dewasa dengan situasi kehidupan yang mengajar anda. Belajarlah
berjalan sendiri walaupun sekadar (bertatih) Pengalaman sendiri adalah lebih
kuat terpahat dalam diri tanpa menafikan kepentingan kita berkongsi
pengalaman orang lain.Gandingan pengalaman diri sendiri dan pengalaman
orang lain akan membuahkan natijah yang lebih mantap dan padu.
Sesungguhnya tiada masa rehat untuk seorang pejuang
walaupun kejayaan telah berada dalam genggaman.Perlu kita sedari bukan
sekarang masanya kita nmemikirkan waktu untuk bermanja dan berehat yang
lama tetapi halakan segala tindakan yang dibuat adalah untuk mengutip
sebanyak mana ilmu dan seterusnya berjaya menunaikan harapan –harapan
yang dihadapakan kepada kita.
Teruskan usaha anda dan beristiqamahlah agar kejayaan yang
telah
dikecapi sehingga mencetuskan kecemerlangan untuk masa-masa akan datang
ini perlu disedari kerana tanggungjawab seseorang penuntut agama Allah
adalah terlalu besar sebagai agen yang akan merubah masyarakat. Dan
membawanya ke arah kehidupan yang menghayati islam seluruhnya.Ketepikan
segala faktor yang melemahkan anda. Yakinlah kepada diri sendiri kerana
keyakinan anda adalah sebahagiaan dari kejayaan, jangan jadikan sebarang
masalah yang timbul sebagai penghalang untuk maju ke hadapan anggaplah
sebagai kurniaan dari Allah yang sebenarnya untuk mengajar kita agar lebih
matang dalam berfikir dan bertindak
Tanamkan satu semangat baru dari sekarang dan pandanglah
hari depan anda dengan penuh keyakinan dan positif. Terbitkan mu’amalah
yang baik dengan persekitaran anda dan perlu anda insafi bahawa perasaan
setiap insan adalah berbeza . Jangan diri anda sebagai seorang yang
mementingkan diri kerana akibatnya anda kan menjadi kera sumbang yang
akan diketepikan oleh orng lain dan sesungguhnya Allah menjadikan insan
berbagai keistimewaan adalah kerana setiap insan adalah lengkap kepada yang
lain.
Harapan kita semoga kita di golongkan oleh Allah SWT di
kalangan
hambanya yang berkasih sayang dan setiasa bersikap memberi dan menerima.
Semoga generasi harapan ummah akan kembali bangkit mengorak langkah ke
matlamat yang satu untuk Pencipta yang satu.

HEWI PMRAM 1994

HAK CIPTA TERPELIHARA


TIDAK DIBENARKAN MENERBITKAN SEMULA BAHAN INI DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN,
MELAINKAN SETELAH MENDAPAT KEIZINAN MANHAL PMRAM. HARGAILAH PENGORBANAN
ORANG LAIN YANG BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKANNYA. MENCETAK SEMULA DAN
MENERBITKANNYA DALAM APA JUA BENTUK SEKALIPUN DIANGGAP SEBAGAI JENAYAH DAN
DIKIRA BERCANGGAH DENGAN SYARIAH ISLAM.

MANHAL PMRAM 2000©

Anda mungkin juga menyukai