Anda di halaman 1dari 6

Perbentangan di Seminar Internasional Seni Rupa Nusantara 1

Di Universitas Pendidikan Ganisha Bali, Indonesia. 1 & 2 Oktober 2009

TAJUK:

Pengaruh Catan Indonesia Dalam Pengkaryaan Catan Pelukis-Pelukis


Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS)

Oleh:
Hassan Mohd Ghazali
Fakulti Seni dan Muzik
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia.

e-mail: hassan@fsm.upsi.edu.my
hasmoli@yahoo.com
Blog: http://senivisual2.blogspot.com
http://cikgupsv.blogspot.com

Tel: +06019 2191659

Abstrak:

Pada sekitar 1950-an sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, hubungan


sempadan antara Malaysia dan Indonesia masih rapat dan sentiasa mempunyai
hubungan secara langsung. Justru dalam seni lukis juga hubungan terjalin dengan
mesra. Pada masa itu naskah-naskah makalah perjuangan kemerdekaan banyak
datangnya dari Indonesia. Perkembangan ini sealiran dengan perkembangan seni
lukis Melayu di Malaya (Malaysia) pada ketika itu. Sekitar 1930-an hingga awal
1950-an perkembangan seni lukis di Malaysia (Pada ketika itu Tanah Melayu atau
Malaya) banyak dipengaruhi dengan gaya catan Eropah dan gaya catan Cina.
Perubahan besar berlaku sekitar tahun 1947 apabila seorang warga Indonesia dari
Bogor iaitu Mohammad Hoessein Enas datang ke Pulau Pinang dengan membawa
satu gaya seni lukis yang memberi kekuatan kepada seni lukis Malaya. Pengaruh
beliau begitu kuat hingga tertubuhnya Angakatan Pelukis Semenanjung (APS)
sekarang dikenali Angakatan Pelukis SeMalaysia. Gaya catan beliau sangat
mempengaruhi dunia catan pelukis-pelukis Melayu pada ketika itu. Pengaruh catan
Mohammad Hoessein Enas menjadi dominan dalam catan-catan orang Melayu
sehingga persaingan kemeriahan berpameran menjadi kekuatan dalam seni lukis
orang-orang Melayu pada pada sekiran 1950-an.

Pendahuluan:

Perkembangan catan di Malaysia tercatat dalam lipatan sejarah bermula sekitar tahun
1920-an. Pada masa itu pengaruh kuat dalam catan di Malaysia adalah dari negara
Eropah dan negara Cina. Pengaruh catan Eropah dipelopori dari kumpulan ‘Penang
Ekspresionis’ yang telah didaftarkan pada tahun 1896. Kumpulan ‘Penang
Ekspresionis’ ini adalah dikalangan kolonial dari British yang banyak mempengaruhi
genre lukisan pemandangan alam seperti catan tradisi pelukis Turner dan Constable
serta realisme zaman Pre-Raphelites. Kumpulan ‘Penang Ekspresionis’ dalam
kelompok elit dikalangan isteri-isteri pembesar kolonial yang berminat dengan seni
lukis. Terdapat beberapa orang tempatan antaranya Abdlullah Aris dengan gaya
pelukisan ekspresionis menggunakan bahan cat air.
Perbentangan di Seminar Internasional Seni Rupa Nusantara 2
Di Universitas Pendidikan Ganisha Bali, Indonesia. 1 & 2 Oktober 2009

Pengaruh dari negara Cina sangat kuat pada masa itu, Kumpulan pelukis ini
adalah datang bersama imigran perniaga-peniaga Cina. Kebanyakan datang dari
lembah Xu Beihong. Pada tahun 1920-an seorang Pelukis Cina bernama Yong Mun
Sen datang ke Malaya (Malaysia), beliau datang melalui Singapura (pada masa itu
Singapura dalam Malaya). Sekitar tahun 1937, pelukis-pelukis kaum Cina mula aktif
melukis cat air dengan pengaruh catan Yong Mun Sen.

Beberapa Kelab dan Persatuan Pelukis ditubuhkan dikalangan kaum pelukis


Cina. Antaranya Kelab Seni Lukis Cina Pulau Pinang, ‘Penang Art Teacher’s
Caouncil’, Persatuan pelukis Pulau Pinang dan lain-lain.

Sekitar tahun 1950-an (Pasca Merdeka), penubuhan persatuan-persatuan


pelukis semakin bersemarak di Malaya. Dalam tahun 1952 sebuah persatuan seni
lukis yang diberi nama ‘Wednesday Art Group’ (Kumpulan Hari Rabu) telah
ditubuhkan. Kumpulan ini diterajui oleh seorang berbangsa Inggeris bernama Peter
Harris. Kumpulan ini membawa catan aliran moden seperti Impresionis dan
Ekspresionis. Anggota kumpuan ini adalah dikalangan pelbagai kaum dari kalangan
guru-guru berpendidikan sekolah Inggeris. Dalam tahun 1957 tertubuh pula kumpulan
‘Thursday Art Group’ (Kumpulan Hari Khamis) yang memberi saingan dengan
kumpulan ‘Wednesday Art Group’.

Sekitar 1920-an hingga 1950-an, kepesatan perkembangan seni lukis Malaysia


begitu menonjol, namun gaya catan masih banyak dibawah pengaruh lukisan-lukisan
Cina dan Eropah. Pada tahun 1946, seorang pelukis dari Bogor Indonesia yang
bernama Mohammed Hoessein Enas telah berhijrah ke Malaya. Kedatangan Hoessein
Enas menenadakan satu pengaruh baru dalam masyarakat pelukis-pelukis Malaya
(Malaysia) terutama gulungan pelukis Melayu yang dahagakan tunjuk ajar dalam seni
lukis. Pengaruh beliau terus menjadi dominan dalam pertubuhan yang diterajuinya
iaitu Angkatan Pelukis Semenanjung sekarang menjadi Angkatan Pelukis SeMalaysia.
Semenjak kehadiran beliau, gaya catan naturalis dan realis dengan tema figuratif dan
potret menjadi ikutan pelukis-pelukis Melayu pada ketika itu.

Perkembangan Seni Lukis Melayu di Malaya

Sekitar tahun-tahun 1930-an hingga 1940-an tidak ramai pelukis-pelukis Melayu


Malaya yang menonjolkan dalam perkembangan seni lukis Malaya. Seorang pelukis
yang aktif ketika itu ialah Abdullah Ariff seorang guru di Sekolah ‘Anglo Chinese
School’. Catan beliau banyak terpengaruh dengan catan Eropah iaitu catan gaya
Imresionis. Pada masa itu melukis dianggap oleh masyarakat melayu yang kuat
berpegang pada agama menganggap sebagai berdosa. Pelukis-pelukis Melayu yang
terlibat dengan melukis adalah datang dari golongan berpendidikan sekolah Inggeris,
kerana pada masa itu kurikulum sekolah mempelajari seni lukis dan kraf.

Pelukis-pelukis Melayu mula bersatu di bawah Persatuan Guru-Guru Melayu


Selangor. Kebanyakan gaya catan yang dihasilkan adalah pemandangan kampung.
Ketrampilan gaya melukis kumpulan ini jauh rendah dari kumpulan-kumpulan pelukis
Cina. Kebanyakan pelukis-pelukis Melayu adalah dikalangan guru-guru lepasan SITC
(‘Sultan Idris Traning College’ atau Maktab Perguruan Sultan Idris). Pengalaman dan
Perbentangan di Seminar Internasional Seni Rupa Nusantara 3
Di Universitas Pendidikan Ganisha Bali, Indonesia. 1 & 2 Oktober 2009

pengatahuan mereka adalah di Maktab Penguruan melalui kurikulum lukisan dan kraf.
Di situlah mula mereka gunakan untuk mengasilkan karya catan.

Perkambangan awal telah memberi pengalaman baru terhadap guru-guru


Melayu dalam seni lukis iaitu pada tahun 1955 beberapa orang guru telah melawat
Indonesia untuk melihat perkembangan seni lukis. Di Indonesia mereka telah dibawa
ke Akademik Seni Rupa Indonesia (ASRI) di Jogjakarta. Semangat melukis semakin
kuat apabila kumpulan guru ini diberi pendedahan kehebatan karya-karya catan di
Indonesia. Mereka juga diberi dorongan kuat oleh pelukis dan pengajar seni lukis
ASRI pada ketika itu bapak Suptohodoyo. Menurut Cikgu Idris salam yang hadir
bersama rombongan itu, mereka didedahkan dengan pelbagai kegiatan seni lukis dan
pelukis Suptohodoyo memberi semangat dengan perangsang kepada mereka.

Semangat pelukis-pelukis Melayu masih tidak kesampaian, kerana tidak ada


pemimpin yang menonjol dikalangan mereka. sekitar tahun 1956 kumpulan penggiat
kebudayaan Melayu telah menubuhkan pesatuan kesenian dengan mengabungkan
semua jenis kesenian iaitu seni lukis, Drama (teater), tarian, muzik dan persuratan.
Persatuan tersebut dinamakan Majils Kesenian Melayu (MKM) ditubuhkan di dewan
UMNO Jalan Tungku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Keahlian kumpulan ini sekitar
30 orang. Cikgu Idris salam selaku ketua kumpulan pelukis golongan guru telah
memujuk Mohammad Hoessein Enas seorang pelukis yang datang dari Indonesia
menjadi pengerusi MKM. Mohammad Hoessein Enas merupakan seorang pelukis
yang datang dari Indonesia sekitar tahun 1946 dan telah diterima oleh golongan
pelukis-pelukis Melayu sebagai mahaguru lukisan.

Majlis Kesenian Melayu dibawah Mohammad Hoessein Enas banyak


mengadakan latihan-latihan melukis. Pengaruh kuat Huessein Enas dalam pertubuhan
ini menyebabkan ramai ahli tertumpu pada bidang melukis dan mencatan potret
berbanding bidang-bidang seni lain. Setahun kemudian terhasil sebuah pameran
lukisan yang dinamakan ‘Pameran Seni Lukis 1’ bertempat di dewan British Council
Kuala Lumpur. Pameran ini dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri pertama Tun
Abdul Razak. Pameran berlangsung seminggu dan mendapat sambutan hangat
dikalangan peminat seni lukis di sekitar Kuala Lumpur. Bertolak dari itu maka
kumpulan pelukis Melayu mula menonjolkan indentiti dengan catan dibawah
pengaruh kuat Mohammad Hoessein Enas. Kebanyakan gaya catan yang dipamerkan
adalah relisme dan naturalisme.

Pengaruh kuat gaya catan Mohammad Hoessein Enas membawa era baru
pelukis-pelukis Melayu Malaya pada ketika itu. Mohammad Hoessein Enas telah
membuang tanggapan negatif dikalangan pelukis Melayu yang tidak membenarkan
lukis potrat dan fikuratif. Kelas-kelas seni lukis yang dibawah Mohammad Hoessein
Enas semakin diminati. Dari temu ramah penulis dengan beliau, pada hari Sabtu
seramai 20 lebih orang yang datang belajar melukis dengannya termasuk dari
Singapura dan beberapa buah negeri lain.

Majlis Kesenian Melayu tidak lama bertahan kerana kegiatan banyak tertumpu
pada aktiviti seni lukis yang dibawa oleh pengerusi iaitu Mohammad Hoessein Enas.
Lantaran itu Mohammad Hoessein Enas dengan beberapa Jawatan kuasa telah
berbincang untuk keluar dari MKM dan menubuhkan sebuah pertubuhan Seni Lukis.
Pada tanggal 15 April 1958 tertubuhlah Angkatan Pelukis Semenanjung (APS)
Perbentangan di Seminar Internasional Seni Rupa Nusantara 4
Di Universitas Pendidikan Ganisha Bali, Indonesia. 1 & 2 Oktober 2009

dengan motto “ Seni dan Masyarakat”. Dengan tertubuhnya Angkatan Pelukis


Semenanjung maka kegiatan melukis semakin rancak dibawah kelolaan Mohammad
Hoessein Enas.

Kegiatan seni lukis giat dijalankan bertempat di Dewan Persatuan Guru-Guru


Selangor di Jalan Raja Muda Kuala Lumpur. Antara pelajaran yang diajar di APS
ialah catan Potret dan sketsa. Apabila pelajar semakin bertambah maka kelas-kelas
seni halus lain dibuka, antaranya:

1. Kelas Melukis Potret dikelolakan oleh Mohammad Hoessein Enas


2. Kelas Arca dikelolakan oleh Cikgu Idris Salam
3. Kelas Grafik di kelolakan oleh Zakarian M. Noor
4. Kelas Seni Reka dalaman dikelolakan oleh Cik Habibah Baharuddin.

Pengaruh Catan Indonesia dalam APS:

Syed Ahmad Jamal (1987) menyatakan, Malaya (Malaysia) tidak mempunyai tradisi
agung dalam seni lukis jika dibandingkan dengan negara Filipina dengan Amor Solo
dan negara Indonesia dengan Raden Salleh. Perkembangan seni lukis di Malaya
sangat kuat dengan dipengaruhi dari pelukis-pelukis yang berimigrasi. Pengaruh seni
lukis Eropah dangan gaya Imprsionis dan gaya seni lukis Cina dengan gaya kaligrafi
cina dan pemandangan cat air mempunyai pengaruh yang amat kuat disekitar tahun-
tahun 1020 hingga 1940-an.

Pelukis-pelukis Melayu pada ketika itu tidak menonjol kerana tidak


mempunyai tradisi seni lukisnya tersendiri. Oleh yang demikian negara Indonesia
menjadi pedoman kepada pelukis-pelukis Melayu kerana kekuatan serumpun dan
banyak persamaan budaya dan adat. Pada tahun-tahun 1940-an dan 1950-an,
pengaruh bahan bacaan politik dan budaya dari Indonesia banyak tersebar di Malaya.
Ramai anak-anak muda yang berpendidikan menggunakan media ini sebagai bahan
bacaan mereka. Keadaan ini diperkuatkan pada tahun tersebut gerakan semangat
kebangsaan sangat kuat dikalangan bangsa Melayu untuk menentang penjajah.
Ditinjau dari segi sejarah perjuangan SIMALINDO yang mewujudkan Kesatuan
Melayu Muda dengan beberapa tokoh di Malaya seperti Ishak Hj. Muhammad dan
Ahmad Boestamam bercadang untuk menubuhkan ‘Melayu Nusantara’ gabungan
Indonesia, Malaya dan Singapura. Sungguhpun semangat ini gagal, namun cita-cita
itu terus menyala dikalangan guru-guru Melayu lulusan maktab seperti SITC Tanjong
Malim.

Harapan ini terbukti rombongan awal beberapa pelukis Melayu dari kalangan
guru-guru Melayu yang melawat Indonesia sedikit sebanyak telah mempengaruhi
aliran dan gaya catan Indonesia disekitar tahun 1955 dan 1960. Semangat dan
rangsangan oleh Suptohodoyo dari Akademik seni Rupa Indonesia (ASRI) Jogjakarta
merupakan sumbangan yang besar, hingga menurut petikan akhbar di Malaysia iaitu
Berita Minggu bertarikh 25 September 1960, ‘Perangsang dan dorongan Suptohodoyo
disemadikan oleh cikgu Idris Salam sehingga dibawa pulang ke Malaya pada masa
itu’.
Perbentangan di Seminar Internasional Seni Rupa Nusantara 5
Di Universitas Pendidikan Ganisha Bali, Indonesia. 1 & 2 Oktober 2009

Paling penting ialah kehadiran pelukis peranakan Jawa dari Bogor Mohammad
Hoessein Enas pada tahun 1947 telah membawa pengaruh besar di alam seni lukis
kumpulan pelukis Melayu di Malaya. Kehadirannya memberi kekuatan dalam
perkembangan seni lukis pelukis Melayu hingga menonjolkan imej baru dalam
pengkaryaan. Menurut Redha Piyadasa (1981), penggapan ke atas APS di bawah
pimpinan Mohammad Hoessein Enas telah ditandai dengan kelahiran catan yang
penyerupai figura manusia, hingga catan-catan figura boleh dikatakan telah mendapat
percubaan yang sungguh-sungguh di Malaya pada ketika itu. Adalah jelas ia
menunjukkan permulaan tradisi seni yang akhirnya mendapat tempat istimewa dalam
tahun-tahun 1950-an dan awal 1960-an.

Pengaruh seni lukis figuratif dan potret Indonesia dengan gaya Belanda
menjadi ikutan pelukis-pelukis muda Melayu APS pada ketika itu. Nama-nama
seperti Basoeki Abdullah dan Sudjojono menjadi sebutan dan gaya pelukisan menjadi
ikutan.

Dalam tahun 1962 Basoeki Abdullah pernah dijemput melawat ke Dewan seni
Rupa APS (dewan pameran) bertempat dibangunan Persatuan Guru-guru Melayu
Selangor dan beliau menghadiahkan sebuah karya catan (Idris Salam, 1967).

APS juga pernah menjemput beberapa pelukis dari Indonesia untuk memberi
ceramah di Dewan Seni Rupa APS. Antara nama-nama yang dinyatakan seperti
Seodarso, Nasjah, Sri Nadly dan Saptohoedijo. APS juga pernah menjemput pagawai
dari kedutaan Indonesia bagi menerangkan peluang-peluang pendidikan seni rupa di
Indonesia kepada ahli APS. Dorongan yang kuat dari pengaruh Indonesia terhadap
pelukis-pelukis Melayu APS membuktikan bahawa hubungan antara pelukis Malaya
(Malaysia) dan Indonesia sangat akrap pada masa itu.

Penutup:

Pengaruh aliran dan gaya seni lukis moden merupakan menifestasi terhadap gerakan
pelukis-pelukis. Sesungguhnya pengaruh catan Indonesia dalam seni catan Melayu
Angkatan Pelukis Semenanjung (APS) merupakan satu anjakan terhadap aliran seni
lukis Melayu yang ketinggalan pada masa itu. Kehadiran Mohammad Hoessein Enas
telah memberi nafas baru kepada pelukis-pelukis Melayu dengan membawa gaya
catan figuratif dan potret dalam masyarakat pelukis Melayu. APS terus mempolopuri
identiti naturalis dan realis dalam membawa arus perkembangan seni lukis moden di
Malaysia. Hingga kini pelukis-pelukis kelahiran APS masih terus berkembang dengan
gaya pelukisan potret dan figuratif sungguhpun APS sudah tiada tempat berpameran.
Kini pelukis-pelukis APS terus melukis potret di Central Market Kuala Lumpur dan
beberapa tempat pelancongan di Malaysia.

Bibliografi:

Amir Hamzah (1962). Kelas Lukisan Angkatan Pelukis Semenanjong. Berita Minggu,
Julai 1962.
Perbentangan di Seminar Internasional Seni Rupa Nusantara 6
Di Universitas Pendidikan Ganisha Bali, Indonesia. 1 & 2 Oktober 2009

Hassan Mohd Ghazali (1992). Peranan Dan Sumbangan Angkatan Pelukis


SeMalaysia (APS) Terhadap Perkembangan Seni Lukis Negara. Penulisan
Ilmiah Sarjana Muda. Pulau Pinang: Univesiti Sains Malaysia

Marco Hsii (1999). A Brief History of Malayan Art. Singapore: Millennium Book

Idris Salam (1967). Riwayat Ringkas Angkatan Pelukis Semenanjung, Buku


Cenderamata Perayaan Ulang Tahun ke 10 APS. Kuala Lumpur: APS.

Redza Piyadasa (1981). Pengolahan Lanskap Tempatan Dalam Seni Moden Malaysia
1930-1081. Katelog Pameran. Kuala Lumpur: BSN

Syed Ahmad Jamal (1983). Seni Lukis Malaysia 25 Tahun. Katelog Pemeran Seni
Lukis Malaysia 25 tahun. Pulau Pinang: Muzium dan Galeri USM.

Syed Ahmad Jamal (1987). Seni Lukis Malaysia 57-87. Katelog Pameran Seni Lukis
Malaysia 57-87. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara

Anda mungkin juga menyukai