Anda di halaman 1dari 7

Penggunaan radioisotope dan sinaran mengion dalam pertanian

1.0 PENGENALAN Penggunaan punca-punca radiolsotop dan sinaran mengion seringkali


digelar teknik nuklear. Teknik nuklear mempunyai beberapa kelebihan jika diband
ingkan dengan teknikteknik lain yang wujud untuk menyelesaikan masalah yang sama
. Teknik nuklear bersih dan tidak mencemar alam sekitar. Teknik ini juga lebih m
urah apabila perhitungan mengambil kira segala maklumat yang diperoleh daripadan
ya.Teknik nuklear juga tepat, keputusan hasil daripadanya tidak dipengaruhi oleh
faktor-faktor lain yang lazimnya tidak diketahui. Beberapa teknik nuklear juga
merupakan teknik tunggal bagi penyelesaian masalah.teknik nuclear juga tidak mem
erlukan persentuhan contoh yang diuji, dan ini membuatkannya bersih dan dapat di
gunakan dalam proses-proses berterusan tanpa gangguan kepada perjalanan loji ata
u kilang. Kini, teknologi nuklear melalui penggunaan radioisotop (bahan radioakt
if) dan sinaran mengion semakin kerap digunakan .Antara penggunaan teknologi nuk
lear yang telah banyak memberikan faedah termasuklah pertanian, pemprosesan maka
nan dan peralatan perubatan, perubatan, industry dan sebagainya.
2.0 PENGGUNAAN DALAM BIDANG PERTANIAN Radioisotop dan sinaran mengion banyak dig
unakan dalam bidang pertanian terutamanya dengan memberikan penekanan utama untu
k meningkatkan hasil pelbagai tanaman; pengurusan tanah dan baja dengan bijak; p
embangunan teknik yang tepat dan jitu untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti ta
naman; pembangunan kaedah berkesan untuk kawalan penyakit dan hama serangga; kes
ihatan dalam pengeluaran hasil ternakan serta pengurusan air yang efisien untuk
tujuan aktiviti pertanian. Dalam konteks ini, radioisotop banyak digunakan sebag
ai penyurih atau lebih dikenali sebagai teknik radiopengesan terutamanya dalam k
ajian yang berkaitan dengan metabolisme haiwan, pengambilan nutrisi oleh tumbuha
n melalui baja dan menjejaki pergerakan air untuk meningkatkan kualiti sistem pe
ngaliran. Teknik radiopengesan banyak digunakan dalam kajian ke atas hubungan ta
nah dengan tanaman untuk tujuan peningkatan pengeluaran makanan, keselamatan dan
menjamin bekalan makanan, Radioisotop yang biasa digunakan sebagai penyurih dal
am bidang pertanian dan penternakan ialah fosforus-32 (32P), nitrogen-15 (15N),
kalium42 (42K),

karbon-14 (14C), sultur-3S (35S), ferum-59 (59Fe), iodin-131 (1311 ), tritium (3


H)dan klorin-35 (35C1). Sinaran mengion digunakan untuk mengubah genetik bijih b
enih yang lebih dikenali sebagai teknik mutasi aruhan tumbuhan, iaitu bijih beni
h atau bahagian tertentu tumbuhan akan diaruh oleh sinaranmengion dos rendah. Ki
ni, teknik ini banyak digunakan dalam pengeluaran pelbagai mutan baharu tanam-ta
naman seperti tanaman hiasan, padi, pisang, jagung, kacang tanah, kacang soya, d
okong, kapas, kelapa sawit dan lainJain. Selain itu, teknik sinaran mengion digu
nakan untuk mengawal serangga perosak melalui teknik pemandulan serangga. Dalam
konteks ini, sinaran mengion yang biasa digunakan ialah sinarX, sinaran gama yan
g terhasil daripada kemudahan penyinaran gama yang menggunakan punca radioaktif
kobalt-60 (60C0) dan sesium-137 (137Cs); dan alur elektron daripada pemecut elek
tron.
2.1 Radiosotop Sebagai Penyurih :Teknik Penyurih Dalam Penyelidikan Pertanian Da
lam penyelidikan pentanian, teknik penyurih radioisotop digunakan untuk penentua
n kadar pengambilan baja bagi sesuatu tumbuhan, dan masalah-masalah bersangkutan
pembajaan pada amnya. Baja yang diselidiki dalam hal ini berjenis fosfat, denga
n radioisotop P-32 digunakan sebagai penyurih. Sedikit baja yang bertanda P-32 d
icampurkan bersama baja fosfat, dan ditabur keliling tumbuhan yang dikaji, mengi
kut susunan kajian. Setelah beberapa hari, daun-daun muda, tunas atau bunga dari
pada tumbuhan berkenaan dipetik dan diproses untuk pembilangan P-32 melalui pemb
ilangan kelipan cecair. Keberkesanan pengambilan baja fosfat diketahui melalul n
ilai kadar pembilangan keaktifan beta yang diperoleh daripada sampeh-sampel yang
dipetik.
Teknik penyurih radioisotop seperti di atas dapat membantu usaha-usaha untuk men
jimatkan penggunaan baja fosfat senta meningkatkan keberkesanan pembajaan bagi b
erbagai-bagai jenis tumbuhan. Contoh diatas adalah salah satu daripada penggunaa
n teknik penyurih dalam kajian pertanian.
2.2 Mutasi Aruhan Menggunakan Sinaran
Kesan sinaran mengion terhadap DNA dan gen dapat digunakan untuk mengaruh mutasi
dalam sel. Mutasi aruhan sinaran digunakan untuk membentuk baka-baka baru bagi

tumbuhan. Pada kebiasaannya, jenis mutasi yang berlaku tidak unik dan tidak dapa
t diramalkan; sinaran mengion membentuk berbagai-bagai jenis mutasi secara rawak
. Oleh itu, pemihihan perlu dilakukan melalui penanaman tumbuhan yang dikaji. Se
mua bahagian tumbuhan seperti benih (biji), debunga, batang, tuber, tumbuhan kes
eluruhan dan sebagainya, sesuai disinar. Lazimnya, penyinaran dilakukan terhadap
biji kerana penyinaran dapat dilakukan dalam berbagai-bagai keadaan seperti kea
daan kering, lembab, suhu yang berlainan, dalam udara pekat oksigen dan lain-lai
n.
Setiap bahagian tumbuhan mempunyai kepekaan masing-masing. Biji biasanya mempuny
ai kepekaan yang paling rendah. Jenis mutasi yang berlaku pula bergantung kepada
jenis sinaran, kadar dos serta jumlah dos yang diberi. Jumlah dos yang diberi m
ustahak dipertimbangkan
perlu tinggi untuk meningkatkan kecekapan mutasi tetapi ti
dak terlalu tinggi untuk mengurangkan kecacatan kromosom dan kerosakan. Tumbuhan
yang telah menjalani mutasi dipilih untuk sifat-sifat tertentu, seperti berhasi
l tinggi, cepat berbunga, matang datam masa yang singkat, mempunyai sifat-sifat
pertumbuhan tertentu seperti pendek, menjalar dan sebagainya, tahan patah, mengh
asilkan bijian yang tidak mudah pecah, tahan suhu tinggi/rendah, tahan kemarau,
tahan air masin, menghasilkan bijian yang mengandungi zat makanan tertentu dan s
ebagainya.
Matlamat akhir ialah untuk menghasilkan baka tumbuhan yang lebih baik daripada b
aka asal serta sesuai ditanam di kawasan tertentu supaya dapat mengurangkan perb
elanjaan penanaman dan pengurusan di samping meningkatkan pengeluaran. Baka yang
dihasilkan melalui mutasi aruhan sinaran boleh digunakan secara terus, tetapi,
kadangkala juga digunakan sebagai ibu dalam kajian biak baka kacukan. Bagaimanap
un, tujuan mutasi aruhan sinaran tidak berubah.
3.0 BIDANG PERTANIAN DI MALAYSIA (MUTASI ARUHAN)
Pengawai Penyelidik Kanan, Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia, MIN
T (Malaysia, Dr. Rusli Ibrahim menyatakan banyak kajian yang dijalankan menjurus
kepada membangunkan bidang pertanian dan industri asas tani di negara kita. Tek
nik- teknik yang telah dibangunkan termasuklah mutasi aruhan, kajian racun seran
gga, pengurusan pengairan, kajian sampingan agro, kendalian lepas tuai dan penga
wetan makanan. Misalnya, radiasi digunakan untuk menghasilkan tumbuhan yang lebi
h berkualiti. Teknik berkenaan telah

dikenal pasti bagi menghasilkan tumbuhan mutan (sesuatu yang terhasil daripada p
roses mutasi) untuk meningkatkan penghasilan makanan. Biasanya mutasi boleh dipe
rcepatkan melalui induksi oleh agen mutasi sama ada secara kimia atau fizikal. D
i MINT, agen fizikal yang sering digunakan untuk pembaikan pertanian terdiri dar
ipada sinar gamma dan sinar-X. Secara amnya, pembiakanmutasi termasuk pemilihan
tanaman, pemilihan mutagen, kaedah, sensitiviti, bahagian yang dirasai dan tekni
k menggunakannya. Bagi tanaman seperti padi, kacang tanah dan kacang soya, biji
benih merupakan bahagian yang popular dan berpotensi diradiasi dengan sinar gamm
a yang dihasilkan daripada unsur Cobalt-60, selepas pemilihan biji benih terbaik
dibuat. Manakala bagi tumbuhan vegetative seperti buah-buahan dan bunga-bungaan
keratin batang digunakan atau dilakukan secara in-vitro. Dalam kes-kes tertentu
, radiasi boleh dilakukan secara akut dalam masa yang singkat dengan kadar dos y
ang tinggi. Kultur tisu tumbuhan merupakan terminologi yang digunakan bagi meruj
uk kepada pelbagai teknologi in-vitro yang digunakan. Teknik berkenaan telah dib
angunkan pada 1960-an dan boleh digunakan untuk menghasilkan tumbuhan dalam bila
ngan yang banyak daripada bahan yang sedikit. Kultur tumbuhan biasanya dijalanka
n secara in-vitro (dalam balang bertutup) dengan medium tertentu dalam keadaan t
erkawal. Ini penting bagi membolehkan tumbuhan terhasil daripada sel tunggal. Me
dium tertentu berkenaan terdiri daripada garam bukan organic, organic (makro nut
rient, mikro nutrient dan vitamin), sumber tenaga iaitu sukrosa, hormon penggala
k pertumbuhan dan agar sebagai medium.
Setakat ini, MINT telah berjaya menghasilkan beberapa tumbuhan mutan baru sepert
i pisang, padi, kacang tanah, dan juga tanaman hiasan yang mempunyai ciri-ciri y
ang lebih berkualiti seperti hasil yang tinggi, pokok rendah, matang awal, rasa
lebih enak dan sebagainya. 4.0 PENUTUP Teknologi ini menawarkan banyak kelebihan
terutamanya dalam meningkatkan produktiviti dan mempertingkatkan kualiti produk
yang tidak boleh diperoleh dengan kaedah lain. Selain itu, kelebihannya boleh d
ilakukan secara berterusan, cepat, tepat dan persis serta dapat menjimatkan kos.

Lain-lain penggunaan sinaran mengion ialah mengitar semula sisa pertanian melalu
i proses pemecahan komponen polimer asli untuk mendapatkan produk bernilai tingg
i. Sebagai contoh, pensterilan sisa selulosa daripada kelapa sawit untuk digunak
an sebagai substrak untuk penanaman cendawan dan menghasilkan makanan haiwan ser
ta baja komposit. Jelas sekali bahawa penggunaan sinaran mengion dan punca-punca
radiolsotop luas dan mana-mana rujukan yang menerangkan teknik-teknik dan pengg
unaan radioisotop dan sinaran mengion tidak dapat merangkumi segala penggunaan r
adioisotop dan sinaran mengion dengan mendalam.

Anda mungkin juga menyukai