Anda di halaman 1dari 11

Definisi Menggambar

Adalah satu representasi visual sesuatu objek atau imej


yang dihasilkan di atas permukaan rata.
Ia mengandungi komposisi artistik yang dihasilkan
melalui aplikasi warna di atas permukaan rata.
Ilustrasi yang digunakan untuk menerangkan dengan
lebih jelas tentang sesuatu objek
Gambaran huruf yang diterangkan dalam bentuk grafik.
Representasi visual yang dihasilkan dalam bentuk 2
dimensi
Gambar sebagai satu artifak yang menunjukkan satu
kecenderungan terhadap sesuatu imej atau objek
Alat, Media dan Teknik
Murid minat menghasilkan kerja-kerja seni
menggunakan berbagai jenis kertas yang berbagai
tekstur, warna dan berbagai saiz. Lain-lain kertas seperti
kertas surat khabar, majalah, kertas tisu, kertas sampul
surat, kertas pembungkus hadiah dll.
Alat tulis samada yang berwarna atau tidak berwarna,
media kering atau basah semuanya amat berguna untuk
melengkapkan kerja-kerja menggambar.
Tujuan Menggambar
Meneroka beberapa teknik yang berbeza dalam
melukis
dan membuat gambar
Menggunakan Asas Senireka dalam menggambar

berdasarkan tema imaginasi murid


Menggambar berdasarkan tema, pengalaman,
imaginasi dan fantasi murid secara manual dan
berbantukan komputer.
(a) Aras Pengetahuan dan Kefahaman
Memahami konsep dan fungsi setiap aktiviti yang
dipelajari
Menyatakan perasaan, idea dan imaginasi diri melalui
kegiatan menggambar.
Menguasai asas seni reka serta menghasilkan hasil
kerja seni visual yang kreatif dan berfungsi
(b) Aras Aplikasi dan Analisa
Merasa dan mengenalpasti pelbagai kesan, benda,
alat dan bahan dengan meneroka dan mencuba secara
spontan
Mengambil bahagian dalam kegiatan seni visual
dengan
perasaan gembira
Mengenal dan menggunakan elemen asas seni reka
dalam penghasilan karya secara kreatif
(c) Aras Sintesis dan Penilaian
Menghayati benda yang dilihat, disentuh dan didengar
erta menyatakan aspek yang disukai dan yang tidak
isukai
Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi dalam
semua kegiatan seni visual

Menghargai alam persekitaran serta menghayati unsur


flora dan fauna
Mengamalkan nilai-nilai murni seperti bekerjasama,
brkeyakinan diri, kekemasan, kebersihan serta
mengutamakan keselamatan
Menggabungjalin aktiviti seni visual dengan subjek lain
dalam usaha mewujudkan idea yang kreatif
LUKISAN
(a) Definisi Lukisan
Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat di atas
sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan
berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau
menggunakan warna paling sedikit. Lukisan adalah
lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan
informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti
catan, kolaj, montaj dan cetakan.
Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad
kepada media kering seperti pensel, pensel warna,
pastel, arang, pen dan dakwat. Lukisan mengaplikasi
garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan.
(b) Alat, Media dan Bahan
Pensil H- Adalah sejenis pensel jenis keras
Pensil B (2B - 8B) - Adalah sejenis pensel lembut
Pensil warna- Terdiri daripada berbagai jenis warna
Arang- Dapat memberi kesan legap dan mudah
mendapat kesan

Pen dan dakwat- Mempunyai kesan garisan yang lebih


halus
Soft Pastel- Didapati dlm pelbagai warna,mempunyai
kesan lembut
Krayon- Juga lembut dan mempunyai kesan lilin
Pen marker- Menghasilkan kesan garisan tebal
Marker pelukisan (rendering marker)
Kapur -Kesan garisan yang tebal dan mudah tanggal
(c) Jenis-jenis Kertas Lukisan
Kertas lukisan biasa sesuai untuk pensel, pen, arang
dan krayon lembut.
Kertas cat air - tebal dan bermutu tinggi, mahal tetapi
baik untuk digunakan.
Bod bristol - merupakan kertas bod putih yang keras
dan licin yang dicipta untuk pen.
Kertas Ingres - kertas ini mempunyai permukaan yang
halus dan berbulu. Ia terdapat dalam pelbagai warna
yang cerah. Biasanya digunakan untuk lukisan pastel
Lain-lain kertas seperti brown paper, kertas komputer,
kertas arkitek, kertas taip, kertas fotokopi, kertas
suratkhabar.
(d) Teknik
i. Coreng / conteng
ii. Garisan kontur
iii. Titik
iv. Pangkah silang
v. Garisan selari.

Menentukan Tema atau Subjek


(i) Lukisan figura -imej yang berkaitan dengan manusia
atau haiwan
(ii) Lukisan alam benda - objek kaku atau tidak
bernyawa
(iii) Lukisan lanskap - pemandangan di luar studio atau
di dalam studio
Dalam menghasilkan lukisan yang bermutu, kita perlu
mengambil kira beberapa aspek seperti berikut:
(i) Asas senireka (unsur-unsur seni dan prinsip-prinsip
rekaan)
(ii) Perspektif (1, 2, 3 titik lenyap)
(iii) Tetingkap fokus iaitu kaedah memilih sudut
pandangan
(iv) Kesan cahaya pada imej
(v) Pembentukan bayang-bayang
(vi) Teknik (garisan selari, conteng, titik, teknik
campuran dll)
(vii) Jenis alat, media dan bahan yang hendak
digunakan
(viii) Teknik mengukur objek mengikut kadar banding

CATAN
Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke
atas sesuatu permukaan rata. Dihasilkan melalui
sapuan warna ke atas permukaan rata dengan

menggunakan berus. Ia mewakili gambaran pemikiran


atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak
Jenis Warna
1. Warna Poster
2. Warna Air
3. Cat Akrilik
4. Cat Minyak
5. Cat Tempera
6. Cat Gouache
7. Fresko - Kapur plaster

KOLAJ
Kolaj dihasilkan dengan cara memotong, mengoyak,
menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas
permukaan rata.
Bahantara yang digunakan untuk menghasilkan kolaj
adalah dari bahanbahan terbuang, jenis kekacang,
berbagai jenis kertas dan fabrik.
Sebelum mengaplikasikan alatan dan media pada kolaj
perlu fikirkan tema terlebih dahulu. Tema, alatan, bahan
dan media perlu disesuaikan dengan tahap umur murid.
MONTAJ
Montaj ialah satu aktiviti seni menggambar
menggunakan potongan gambar dari berbagai sumber
atau sumber yang sama.
Aktiviti montaj menggunakan teknik memotong,

menampal dan mencantum. Teknik tindihan (kolaj) dan


teknik susunan gambar (mozek) digunakan dalam
aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan
menghasilkan satu imej baru.
Teknik super impose, image editing photography
digunakan dengan menggunakan komputer dalam
menghasilkan montaj.
Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh
dikategorikan kepada tema lanskap, alam benda, figura
dan corak huruf. Warna-warna harmoni dan warnawarna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik
perhatianpemerhati.
CETAKAN
Cetakan adalah satu proses penerapan blok ke atas
permukaan rata, diulang dan dicipta dalam bentuk edisi
dengan menggunakan dakwat. Cetakan juga boleh
terjadi melalui proses menggambar dan mencorak yang
dilakukan dengan cara memotong
permukaan plat dengan dakwat
Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu
dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah rendah. Pemilihan dalam
menggunakan teknik-teknik cetakan yang sesuai perlu
diambilkira terhadap tahap kecerdasan murid terlebih
dahulu.
GOSOKAN

Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk


atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan yang
lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang
hendak dipindahkan.
Aktiviti gosokan dapat memperkembangkan deria lihat
terhadap alam sekitar, meluahkan berbagai perasaan
dan menghasilkan berbagai jalinan.
Teknik gosokan
Gosokan satu lapis dan satu arah sahaja
Gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama
secara berulang kali
Gosokan beberapa kali dari arah dan sudut yang
berlainan
Gosokan secara pusingan
Gosokan menggunakan berbagaibagai warna
Gosokan monokrom - menggunakan warna putih dan
hitam sahaja.
Gosokan potongan kertas
RESIS
Resis ialah satu aktiviti dalam kegiatan menggambar
yang menggunakan warna-warna basah dan contengan
lilin.
Lilin yang digunakan dalam aktiviti resis menjadi
pelindung kepada warna asal atau terdahulu yang
terdapat pada permukaan kertas.
Lilin dalam aktiviti resis bertindak sebagai alat untuk
menghasilkan garisan di atas permukaan kertas

Resis dari kertas lilin ialah satu perpindahan lilin yang


terdapat kertas tersebut ke permukaan kertas dengan
menggunakan teknik tekanan garisan.
Resis dengan menggunakan kain menggunakan canting
untuk membuat garisan lilin pada corak batik.
Sodium silikat digunakan dalam resis batik kain untuk
mengekalkan warna yang terdapat pada kain tersebut.
Rendaman soda ash dalam air panas bertindak untuk
membuang lilin yang terdapat pada permukaan kain
tersebut.
PERCIKAN
Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna
yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut
jatuh ke atas permukaan.
Percikan dihasilkan dengan cara mendetik, merenjis,
mengetuk, menyembur dan memercik. Alatan penting
yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah
berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan
kertas.
Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti
batu granit atau marble yang menarik.
Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan
termasuklah lanskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad
ucapan, setem dan catan.

MOZEK
Satu hasil kerja seni menggambar yang dihasilkan

dengan menyusun bahan-bahan tertentu di atas


permukaan rata.
Teknik mozek dihasilkan dengan menyusun bahan
secara bersebelahan dan rapat tetapi masih
meninggalkan ruang latar.
Bahan-bahan yang digunakan adalah dari bahan
semulajadi atau buatan manusia mengikut kesesuaian
tahap murid dan jenis kelas yang hendak diajar.
Aktiviti mozek boleh dijalankan sebagai aktiviti dalam
seni menggambar di dalam sekolah dan pada
bangunan- bangunan di luar sekolah.
RUMUSAN
Bidang menggambar adalah satu bidang yang
menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran
murid.
Bidang menggambar memperlihatkan sejauh mana
kemampuan murid terhadap aspek melukis dan
membuatgambar dengan menggunakan pelbagai media
dan teknik.
Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi,
kreativiti dan ekspresi diri murid
Aspek apresiasi seni perlu diadakan sebagai satu
proses pembelajaran murid.
Menggambar adalah satu gambaran mental yang jelas
dan pemberitahuan imej mental seseorang.
Alatan, media dan teknik yang digunakan dalam
bidang menggambar menghasilkan hasil kerja seni
bermutu dan menarik perhatian ramai.

Aras pengetahuan murid dalam aktiviti seni boleh


dikategorikan mengikut aras pengetahuan, kefahaman,
aplikasi, analisa, sintesis dan penilaian.
Perbincangan mengenai hasil kerja seni dilihat melalui
4 cara iaitu peringkat penerangan, analisis, intepritasi
dan penilaian.
Aktiviti menggambar adalah satu cara bagaimana
seseorang boleh berkomunikasi dengan orang lain,
dapat meluahkan perasaan dan menilai sesuatu hasil
seni dari aspek estetik.

Anda mungkin juga menyukai