Anda di halaman 1dari 2

Teori Claude Levi Strauss

Menurut Claude L evi Strauss dalam buku modul Komunikasi Antara Budaya UC01102 menyatakan
dalam setiap masyarakat, komunikasi beroperasi dalam tiga bentuk, iaitu komunikasi melibatkan
wanita, (diawasi dan dipantau oleh peraturan tentang kekerabatan dan perkahwinan), komunikasi
tentang barangan dan perkhidmatan (dikawal oleh peraturan tentang pertukaran ekonomi) dan
komunikasi berkaitan mesej (diselaraskan oleh peraturan bahasa).
Berdasarkan kepada teori ini, dapat dilihat perkaitan dalam adat perkahwinan suku kaum Dusun
dan suku kaum Bajau.

Komunikasi yang melibatkan wanita


Bagi suku kaum Dusun, antara peraturan tentang kekerabatan tentang perkahwinan ini adalah;
* Gadis/anak dara ( sumandak ) adalah dilarang sama sekali menyanyi ketika berada di dapur.
* Gadis / anak dara (sumandak) tidak boleh menjahit sebelum melangsungkan perkahwinan.
*Anak dara dilarang berkahwin dengan sepupu pertama hingga ke-tiga.
Suku kaum Bajau pula tidak membenarkan pengantin wanita mendedahkan diri kepada
pengantin lelaki sebelum kaukaban lawang dibayar.

Komunikasi melibatkan barangan dan perkhidmatan


Suku kaum Dusun mewajibkan bayaran nopung (berian), ginantai ( alat-alat tradisi seperti gong
dan tempayan) dan juga bayaran lain seandainya diminta oleh pihak pengantin perempuan ( raat
ginawo, sogit)

Agak unik pula bagi adat perahwinan bajau yang memberikan pilihan penuh kepada pihak
pengantin perempuan untuk menyatakan hantaran yang perlu disediakan oleh pengantin lelaki.

Komunikasi berkaitan mesej


Irama Paluan gong(Tawag/Tagung ) dan memangkis ( menyampaikan mesej dengan laungan
suara jeritan yang kuat ) menandakan majlis perkahwinan sedang dijalankan oleh suku kaum Dusun.

Bajau pula akan menyambut majlis perkahwinan dengan meriah pada waktu petang dan malam secara
menglami-lami ( beramai-ramai ) serta berzikir bagi memperingati nenek moyang pengantin.

Anda mungkin juga menyukai