Anda di halaman 1dari 2

PENGENALAN

Masyarakat Dusun sangat berpegang dengan adat resam yang menjadi pegangan sejak turun
temurun. Bagi masyarakat Dusun, adat resam perkahwinan begitu dititikberatkan. Sesuatu
upacara dalam peringkat perkahwinan itu akan dijalankan dengan meriah dan penuh adat
istiadat.
Adat perkahwinan Dusun merupakan adat resam yang paling disayangi dan yang paling
dipegang teguh oleh kebanyakan orang Dusun. Namun pada zaman sekarang, tidak semua
orang mengetahui apakah adat perkahwinan Dusun yang sebenar.
Menurut Kamus Dewan (2010) Adat bermaksud kebiasaan atau aturan-aturan yang menjadi
adat atau aturan yang menjadi kebiasaan sejak turun temurun. Adat juaga merupakan hokum
dan pembawaan dan sifat atau tabiat yang serasi digunapakai oleh semua gmasyarakat dalam
sesuatu tempat.
Menurut Gazalba (2003) pula, adat bermaksud suatu peraturan yang diamalkan secara turun
temurun (sejak dahulu kala) di dalam masyarakat sehingga merupakan hukum dan peraturan
yang harus dipatuhi. Adat juga didefinasikan sebagai suatu cara yang sudah menjadi kebiasaan
Gazalba juga menyatakan bahawa etimologi perkataan adat adalah dari bahasa Arab Adah
yang bererti kebiasaan atau sesuatu perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang lalu
menjadi kebiasaan yang tetap dan dihormati orang, maka kebiasaan itu menjadi adat. Kata
majmuk adat ialah adat istiadat. Apabila konsep adat dijadikan istilah Dusun perkataan ini boleh
disamakan dengan kebudayaan. Konsep adat dalam masyarakat Dusun bukan sahaja
bermaksud istiadat atau upacara tetapi termasuk seluruh sistem hidup seperti sistem sosial,
kepercayaan dan perundangan.
Adat perkahwinan dalam kalangan masayarakat Dusun sekarang ini banyak menggunakan cara
moden. Adata yang menjadi turun temurun sudah berkurang sejak peradaban yang melibatkan
kepercayaan. Sedikit sebanyak kepercayaan dan agama telab banyak mengubah cara berfikir
dan cara kebiasaan masyarakat Kaum Dusun di Kampung Taginambur.
Adat perkahwinan yang dahulu telah dimodenkan dengan. Jika adat perkhawinan dahulu
melibatkan orang tua-tua, sekarang sudah menjadi ikutan ramai orang muda yang berkahwin di
hadapan saksi sahaja. Malah ada yang tidak sanggup mengikuti adat perkahwinan ini dan
mengambil cara mudah dengan kahwin lari di negara lain. Masalah akan timbul jika tidak
dibendung.
Definisi perkawinan menurut Manniseh (2013) pula, ialah hubungan terikat antara dua orang
yang diiktirafkan oleh pihak berkuasa sivil dan/atau diikat oleh kepercayaan agama peserta-

peserta. Sifat duaan ini, iaitu kontrak undang-undang terikat serta janji kesusilaan,
menyebabkan perkahwinan amat sukar disifatkan.
Dalam satu bentuk atau lain, perkahwinan didapati di hampir setiap masyarakat. Rekod-rekod
tertua yang merujuk kepada perkahwinan mengatakan bahawa perkahwinan adalah satu adat
resam yang mantap. Walaupun ahli-ahli antropologi telah mencuba mengesan asal
perkahwinan, umpamanya hipotesis persetubuhan primitif secara rambang, mereka telah gagal
memperoleh sebarang bukti.

Anda mungkin juga menyukai