Anda di halaman 1dari 10

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2013

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK


SEKOLAH RENDAH
DI BAWAH DASAR MEMARTABATKAN BAHASA
MALAYSIA DAN MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
KERANGKA KURSUS
Tajuk

Pedagogi Ke Arah Abad 21

Topik

Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam bilik


darjah

Masa

Slot 3: 2 jam

Personel

Penceramah

A. Objektif
Pada akhir sesi peserta dapat:
1. Memahami konsep dan teori KBAT dalam PdP.
2. Mengaplikasikan kepelbagaian strategi dalam menyelesaikan masalah rutin dan
bukan rutin.
3. Memahami dan mengaplikasikan Penyelesaian Masalah Berstruktur ( PMB ).
B. Kandungan Pengajaran
1. Konsep & Teori KBAT.
2. Kepelbagaian strategi dalam menyelesaikan masalah rutin dan bukan rutin.

3. PMB- Penyelesaian Masalah Berstruktur.


C. Kaedah
Penerangan, perbincangan, pencarian maklumat dan aktiviti kumpulan.
D. Bahan Pengajaran
Hamparan Slaid Power Point, Video PdP.
E. Alatan
LCD, Komputer, Papan Putih, Pen Marker dan Kertas Mahjong
F. Penilaian
1. Interaksi Secara Lisan
2. Pembentangan hasil Kerja

19 |

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2013


G. Rumusan/Refleksi
1. Peserta dapat memahami konsep dan teori KBAT dalam PdP.
2. Peserta dapat menggunakan elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
dalam PdP matematik.
3. Peserta dapat mengaplikasikan kepelbagaian strategi dalam Penyelesaian
Masalah Berstruktur.

20 |

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2013

Nota / Panduan Pelaksanaan Kerangka Kursus Slot 3 Topik 3


1.0

PENDAHULUAN
Dalam usaha kita untuk bersaing dengan negara-negara termaju di dunia,

sistem

pendidikan

kita

perlu

berupaya

melahirkan

generasi

muda

yang

berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berupaya


berkomunikasi dengan berkesan pada peringkat global. Diharapkan langkah
mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam PdP akan dapat
menaikkan prestasi negara khususnya dalam persaingan peringkat antarabangsa.

2.0

KONSEP & TEORI KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)


KBAT melibatkan kemahiran intelek yang tinggi. Kemahiran ini kebiasaan

melibatkan merujuk kepada empat aras teratas dalam Taksonomi Bloom iaitu
mengaplikasi, menganalisa, menilai dan mencipta.

Rajah 1

21 |

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2013


3.0 RUTIN DAN BUKAN RUTIN

CONTOH SOALAN BUKAN RUTIN

Ramos : Saya ada wang RM1 dalam poket ini . ( sambil menepuk poket
seluarnya ).
Layola : Laa..saya ingat awak ada wang kertas, tapi syiling rupanya.
Ramos : Cuba awak teka berapa keping syiling dalam poket saya.

CONTOH SOALAN RUTIN (sila tukarkan menjadi soalan tidak rutin )

1) 50 + 25 =

2) Lukis dan nyatakan bilangan paksi simetri bagi gambarajah segiempat sama
di bawah.

22 |

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2013


4.0 PENYELESAIAN MASALAH BERSTRUKTUR ( PMB )
Penyelesaian masalah berstruktur direkabentuk untuk murid memperolehi
pengetahuan dan kemahiran dengan mengemukakan masalah matematik yang
mencabar. Fokus yang ditekankan adalah terhadap kaedah/penyelesaian yang
digunakan untuk menyelesaikan masalah selain daripada memberitahu perkara
yang tepat pada masa yang sesuai. Penyelesaian masalah berstruktur berguna
apabila sesuatu konsep atau prosedur baru hendak diperkenalkan.
Penyelesaian masalah berstruktur ini menekankan proses penyelesaian
masalah dan menyediakan peluang kepada murid mencipta semula idea dan konsep
matematik. Guru biasanya tidak akan memberitahu murid bagaimana untuk
menyelesaikan masalah sebelum murid mencuba untuk menyelesaikan masalah
tersebut. Proses pemikiran mereka adalah berdasarkan idea dan pandangan sendiri
melalui motivasi, berfikir, kemahiran memproses, kemahiran yang dipamerkan,
kemahiran berkomunikasi, kemahiran bersosial dan juga kemahiran metakognitif.
Langkah Penyelesaian masalah berstruktur
Mengimbas kembali pembelajaran lepas

Mengemukakan masalah

Murid bekerja untuk menyelesaikan masalah


(individu atau berkumpulan)
Perbincangan di dalam bilik darjah

Rumusan
(penekanan dan rumusan terhadap
konsep-konsep utama)

Latihan (atau lanjutan)

23 |

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2013


Langkah 1 : Mengemukakan Masalah (5 minit)
Mulakan dengan masalah berayat atau masalah
yang bersifat praktikal

Guru menentukan sama ada murid memahami


soalan atau tidak

Langkah 2 : Murid menyelesaikan masalah (10 minit)


Individu, berpasangan atau kumpulan kecil

Guru bergerak di seluruh kelas

Langkah 3 : Perbincangan (15 minit)


Murid membentangkan kaedah/jalan penyelesaian
di papan hitam (dalam susunan tertentu)

Guru menggalakkan murid menerangkan pemikiran


mereka menggunakan langkah-langkah (seperti pertama...,
selepas itu...,oleh sebab itu...), bahan manipulatif, graf
dan ungkapan algebra

Memuji pemikiran murid

Tanya soalan contoh

Membandingkan kaedah penyelesaian

Guru tidak memberitahu murid sekiranya kaedah penyelesaian


masalah mereka betul atau salah, sebaliknya membiarkan
murid berbincang sesama mereka mengenai kesalahan dan
kaedah penyelesaian

24 |

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2013


Langkah 4 : Rumusan (5 minit)

Guru membimbing murid untuk merefleksi/mengimbas


kembali apa yang telah dipelajari

Tulis kesimpulan di papan hitam

Langkah-langkah Untuk Membina Arahan Penyelesaian Masalah Berstruktur


1. Masalah/tugasan matematik yang disesuaikan dengan PMB

Memerlukan murid berfikir secara mendalam untuk menyelesaikan


masalah.
Mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan menghubungkannya
dengan konsep baru yang akan dipelajari.
Kepelbagaian pendekatan penyelesaian yang boleh dibanding dan
dianalisis untuk mengetengahkan idea-idea matematik.

2. Pengetahuan Tentang Pemikiran Murid

Perlu menjangkakan pendekatan penyelesaian murid yang akan muncul,


rancang pendekatan yang mana boleh dibincangkan di dalam bilik darjah.

3. Strategi Pengajaran

Sangat mencabar kerana guru bukan sahaja perlu merancang bahagian


mereka, tetapi perlu menjangka pemikiran murid dan merancang
bagaimana ianya boleh dipersembahkan dan dibincangkan untuk
membentuk pemahaman matematik yang baru.

Kepelbagaian penggunaan strategi umum dalam penyelesaian masalah,


termasuk langkah-langkah penyelesaiannya harus diperluaskan lagi penggunaannya
dalam mata pelajaran ini. Dalam menjalankan aktiviti pembelajaran untuk membina
kemahiran penyelesaian masalah ini, perkenalkan masalah yang berasaskan aktiviti
manusia. Melalui aktiviti ini murid dapat menggunakan Matematik apabila berdepan
dengan pelbagai situasi harian yang lebih mencabar. Antara strategi-strategi
penyelesaian masalah yang boleh dipertimbangkan :

25 |

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2013


1) Cuba jaya / teka uji
2) Membina senarai / jadual / carta yang sesuai
3) Mengenal pasti kemungkinan
4) Menggunakan algebra
5) Mengenal pasti pola
6) Melukis gambarajah
7) menggunakan Kaedah Unitari
8) Menggunakan Model
9) Menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu
10) Menggunakan rumus
11) Mnggunakan analogi / perbandingan
12) Lakonan / ujikaji
13) Mempermudahkan masalah
14) Membuat anggaran
15) Mental arimetik

Contoh soalan Penyelesaian Masalah Berstruktur.


1) Anda diberi pelbagai bentuk 3D seperti berikut:

Buat binaan dengan menggunakan bentuk 3D di atas.

26 |

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2013


2) Pecahan setara.

5.0

BENGKEL PEMBINAAN ITEM.


Bina 5 contoh soalan KBAT yang mengandungi unsur penyelesaian masalah
berstruktur.

27 |

KURSUS PEMANTAPAN PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH 2013


AKTIVITI 1: Penerangan
1. Memberi penerangan tentang KBAT kepada para peserta berdasarkan slaid

power point ( SL3/1-5)


AKTIVITI 2: Aktiviti perbincangan ( SL3 / 6)
1. Peserta berkongsi idea, kaedah dan strategi untuk menukarkan soalan rutin
kepada bukan rutin ( pada contoh soalan bukan rutin m/s 22).
2. Peserta membentang hasil kumpulan dan perkongsian pandangan.
AKTIVITI 3: Tayangan Video ( SL3 / 8 )
1. Tayangan video berkaitan Penyelesaian Masalah Berstruktur ( PMB )

AKTIVITI 4: Aktiviti perbincangan (SL 3 / 9-16)


1. Perbincangan untuk buat binaan dengan menggunakan bentuk 3D yang
diberi ( pada contoh soalan Penyelesaian Masalah Berstruktur ).
2. Peserta membentang hasil kumpulan dan perkongsian pandangan.

AKTIVITI 5: Aktiviti bengkel ( SL3 / 17 )


1. Peserta diminta membina 5 contoh soalan KBAT yang mengandungi unsur
penyelesaian masalah berstruktur.
Peserta membentang hasil kumpulan dan perkongsian pandangan.

28 |

Anda mungkin juga menyukai