Anda di halaman 1dari 7

Prosa Tradisional (Hikayat Seri Kelantan)

Sinopsis
Ceritan ini mengisahkan negeri Kelantan Purba yang juga dikenali dengan nama Tanah
Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung di bawah pemerintahan seorang raja perempuan
bernama Encik Siti Wan Kembang. Encik Siti tidak bersuami dan tidak mempunyai anak. Apabila
mengetahui bahawa anak raja Jembal mempunyai anak perempuan yang terlalu cantik
bernama Tuan Puteri Sadung, Encik Siti telah menjadikan Tuan Puteri Sadung sebagai anak
angkat. Semakin lama dipelihara, semakin cantik rupa Tuan Puteri Sadung sehingga banyak
orang yang tergila-gila akannya. Apabila Tuan Puteri Sadung dewasa, Encik Siti ingin
mengahwinkan anak angkatnya itu kerana mahu mencari pewaris takhta. Encik Siti telah
mengahwinkan Tuan Puteri Sadung dengan anak raja Jembal bernama Raja Abdullah. Setelah
berkahwin, Raja Abdullah bergelar Sultan Abdullah dan memerintah negeri Tanah Serendah
Kebun Bunga Cerangtegayung. Seterusnya, Encik Siti menitahkan Sultan Abdullah mendirikan
sebuah kota yang diberi nama Kota Jelasin. Sultan Abdullah seterusnya memerintah di Kota
Jelasin manakala Encik Siti berpindah ke Gunung Ayam dan menjadi raja di situ.
Raja Siam telah mendengar berita Tuan Puteri Sadung telah berkahwin dengan Sultan
Abdullah, Raja Siam memerintahkan segala raja dan menteri hulubalang di bawah takluk
baginda supaya menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana
baginda terlalu ingin memiliki Tuan Puteri Sadung. Raja Siam juga menitahkan Tuk Ca untuk
turut belayar ke negeri tersebut kerana beliau ialah seorang ahli nujum. Apabila tiba di negeri
tersebut, utusan raja Siam telah menghadap Sultan Abdullah lalu menyampaikan hasrat Raja
Siam untuk memiliki Tuan Puteri Sadung. Apabila didengar oleh Sultan Abdullah, baginda terus
marah lalu menghalau keluar utusan Raja Siam sehingga mereka terpaksa berundur. Kemudian,
pasukan tentera Siam bermuafakat untuk menyerang Kota Jelasin. Setelah beberapa lama
berperang, tentera Siam telah tewas kerana Tuan Puteri Sadung memiliki kesaktian.
Negeri Serendah Kebun Bunga ditimpa bala kebuluran. Akibatnya, Kota Jelasin telah dikepung
oleh tentera Siam kerana rakyatnya melarikan diri. Pada ketika itu, Tuan Puteri Sadung berseru
sekiranya dia berasal daripada keturunan orang tuha-tuha yang berdarah putih dan bertulang
tunggal, akan terangkatlah kota dan istana mahligainya sehingga jatuh di dalam hutan. Setelah
itu, seluruh kota dan istana ghaib lalu jatuh ke dalam Cerang Bahana. Kemudian, Tuan Puteri
Sadung dan rakyatnya membuat negeri di dalam hutan itu yang diberi nama Mahligai. Apabila
Kota Jelasin ghaib, raja dan pegawai Siam menaiki perahu untuk berjumpa dengan Tuk Ca
kerana dia tahu tentang ilmu nujum. Tuk Ca meminta mereka bertenang kerana berdasarkan
ilmu nujumnya, dia dapat mengesan pergerakan Tuan Puteri Sadung dan dia dapat melihat
mahligai, Tuan Puteri Sadung dan Sultan Abdullah berada di dalam cerang. Kemudian, Tuk Ca
memerintahkan mereka terus mengikuti Tuan Puteri Sadung menuju ke arah selatan.

Mereka tiba di cerang besar lalu berjumpa dengan mahligai Tuan Puteri Sadung lalu
mengepung mahligai tersebut. Oleh sebab tidak dapat melepaskan diri dan semua rakyat telah
berpecah-belah, Tuan Puteri Sadung mencadangkan Sultan Abdullah supaya bertanya kepada
Tuk Ca hajat sebenar raja Siam menyerang Kota Jelasin. Setelah berjumpa dengan Tuk Ca,
Sultan Abdullah diberitahu bahawa Raja Siam sebenarnya tidak berniat untuk menakluk negeri
baginda tetapi mahu memiliki Tuan Puteri Sadung. Sultan Abdullah kemudiannya pulang lalu
memberitahu segala kata Tuk Ca kepada Tuan Puteri Sadung. Sultan Abdullah seterusnya
menitahkan isteri kesayangan baginda supaya menurut kehendak Raja Siam kerana mereka
tidak mampu menentang Raja Siam dan bimbang negeri mereka akan musnah. Tuan Puteri
Sadung yang berasa serba salah kerana ingin menjaga maruahnya serta takut dimurkai Sultan
Abdullah akhirnya bersetuju dengan kehendak suaminya lalu mengikut Tuk Ca dan duduk di
dalam jong. Sultan Abdullah akhirnya kembali ke mahligai baginda manakala Tuk Ca
mengarahkan segala raja, menteri, hulubalang dan rakyat Siam kembali ke bahtera untuk
belayar pulang ke benua Siam.
Tema
Tema prosa tradisional ini ialah seorang puteri yang cantik dan mempunyai keisimewaan luar
biasa
Persoalan
1. Keinginan merampas hak orang.
2. Kasih sayang antara suami dengan isteri.
3. Perpaduan dalam mempertahankan negara.
4. Semangat bermuafakat dalam melaksanakan pekerjaan.
5. Ketaatan kepada raja.
6. Berdiplomasi dalam menyelesaikan persengketaan.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
1. Tuan Puteri Sadung
Anak perempuan raja Jembal.
Anak angkat kepada Encik Siti Wan Kembang.

Dikatakan berasal daripada keturunan orang tuha-tuha yang berdarah putih dan bertulang
tunggal.
Rupa paras yang sangat cantik. Kecantikannya banyak menyebabkan orang tergila-gilakannya
sehingga Raja Siam terlalu ingin memilikinya.
Memiliki kesaktian yang luar biasa. Dapat menjadikan seluruh Kota Jelasin dan mahligainya
ghaib lalu jatuh ke dalam hutan ketika hendak menyelamatkan diri daripada pasukan tentera
Siam.
Sangat sayang akan suaminya. Tuan puteri berasa sangat sedih serta serba salah ketika hendak
berpisah dengan Sultan Abdullah.
Sanggup berkorban. Tuan puteri sanggup mengikut Tuk Ca dan menjadi milik Raja Siam demi
menyelamatkan negerinya daripada musnah.
Taat setia akan suaminya. Tuan puteri tidak membantah cadangan Sultan Abdullah untuk
menjadi milik Raja Siam kerana takut dimurkai Sultan Abdullah.
Bijaksana. Tuan puteri mencadangkan Sultan Abdullah supaya berjumpa dengan Tuk Ca untuk
bertanya tentang hajat sebenar raja Siam menyerang Kota Jelasin.
Memelihara kehormatan diri. Tuan puteri tidak sanggup menjadi milik Raja Siam kerana mahu
menjaga maruah dan kehormatannya sebagai seorang isteri.
Akhirnya menjadi milik Raja Siam. Tuan puteri mengikut Tuk Ca belayar ke benua Siam.

Watak Sampingan
1.. Sultan Abdullah
Anak raja Jembal.
Nama asal Raja Abdullah.
Berkahwin dengan Tuan Puteri Sadung.
Menjadi pemerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.
Membina Kota Jelasin atas arahan ibu mentuanya, Encik Siti Wan Kembang.
Berpendirian tegas. Sultan Abdullah berasa marah apabila mengetahui Raja Siam ingin
memiliki isterinya lalu terus menghalau keluar utusan Siam.

Sangat sayang akan isterinya. Sultan Abdullah berasa sangat sedih apabila terpaksa berpisah
dengan isterinya.
Berani. Sultan Abdullah sanggup berhadapan dengan tentera Siam yang menyerang Kota
Jelasin.
Sanggup berkorban. Sultan Abdullah sanggup menyerahkan isterinya untuk menjadi milik Raja
Siam demi menyelamatkan negerinya.
Bijak dalam mengambil tindakan. Sultan Abdullah sanggup berunding dengan Tuk Ca setelah
mahligainya dikepung oleh tentera Siam untuk mengelakkan negerinya musnah.
Akhirnya terpaksa berpisah dan menyerahkan isteri kesayangannya, Tuan Puteri Sadung
kepada Raja Siam.

2. Cik Siti Wan Kembang


Raja Perempuan.
Memerintah kerajaan Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.
Belum berkahwin dan mempunyai anak.
Mengambil Tuan Puteri Sadung sebagai anak angkat.
Sangat sayang akan anak angkatnya. Banyak orang tergila-gila akan tuan puteri tetapi tidak
berani mendekatinya kerana Encik Siti terlalu mengasihinya.
Mengahwinkan Tuan Puteri Sadung dengan Raja Abdullah, anak raja Jembal. Encik Siti
mengahwinkan Tuan Puteri Sadung kerana ingin mencari pewaris kepada kerajaannya.
Berpindah ke Gunung Ayam dan menjadi raja di situ setelah Tuan Puteri Sadung berkahwin.
3.Tuk Ca
Ahli nujum kepada Raja Siam.
Taat kepada raja. Turut belayar bersama-sama dengan raja, menteri dan pegawai Siam setelah
diperintahkan oleh Raja Siam.
Memiliki kesaktian. Tuk Ca dapat mengetahui tempat persembunyian Tuan Puteri Sadung dan
Sultan Abdullah berdasarkan ilmu nujum yang dimilikinya.

Bijak dalam sebelum bertindak. Tuk Ca mencadangkan pasukan Siam bersiap sedia menuju ke
arah selatan agar Tuan Puteri Sadung dapat ditangkap.
Tidak mudah gelabah. Tuk Ca meminta raja-raja, pegawai dan hulubalang Siam bertenang
setelah Tuan Puteri Sadung, Sultan Abdullah, dan mahligai ghaib.
Bertolak ansur. Tuk Ca berunding secara damai dengan Sultan Abdullah untuk mendapatkan
Tuan Puteri Sadung yang ingin dimiliki oleh Raja Siam.
Berjaya memperoleh Tuan Puteri Sadung dengan mudah dan membawanya pulang ke benua
Siam.
Latar
Latar Masa
1.Zaman pemerintahan kerajaan Kelantan Purba.
2.40 hari 40 malam. Persediaan untuk majlis perkahwinan Tuan Puteri Sadung dengan Sultan
Abdullah.
3.Waktu malam. Ketika utusan Siam berjumpa dengan Sultan Abdullah untuk menyampaikan
hasrat Raja Siam yang ingin memiliki Tuan Puteri Sadung.
4.Waktu siang. Raja dan pegawai sebelah Raja Siam menyedari bahawa Kota Jelasin telah ghaib.
Latar Tempat
1.Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.
2.Kota Jelasin..
3.Cerang Bahana.
4.Gunung Ayam.
5.Istana/mahligai.
6.Perahu jong.
Latar Masyarakat
1.Masyarakat zaman sistem beraja / Masyarakat feudal .
2.Masyarakat yang taat setia kepada pemerintah.

3.Masyarakat yang sanggup berkorban untuk mempertahankan negara.


4.Masyarakat yang memiliki kesaktian yang luar biasa.
5.Masyarakat yang bersabar.
6.Masyarakat yang tidak bersatu padu.
Gaya Bahasa
1.Bahasa Istana
Contoh: sultan, baginda, titah, murka, ayahanda, bonda
2. Bahasa Melayu Klasik
Contoh: jemelah, suak, cerang, cetera, tuha-tuha, al-kisah,
3. Bahasa Arab
Contoh: mustaib, Allah subhanahu wa taala
4.Dialek Kelantan
Contoh: beroyat
5.Pribahasa
Contoh : anak angkat
Nilai
1. Kasih sayang
2.Taat setia
3.Berkorban
4. Nilai bertolak ansur
5.Berani
6.Cinta akan negara
7.Bermuafakat
Pengajaran

1.Kita hendaklah saling menyayangi suami isteri.


2.Kita hendaklah taat setia kepada raja.
3.Kita hendaklah sanggup berkorban demi mempertahankan negara.
4. Kita hendaklah bijak bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Anda mungkin juga menyukai