Anda di halaman 1dari 4

Teks Pidato Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia.

Bismilahhiramannirahim

Kalau tidak kerana bintang,


Tak akan bulan kelihatan tinggi ,
Kalau tidak kerana pidato,
Tak akan saya berada disini.

Datang bahtera dari Medan ,


Singgah sebentar di laluan Kerai,
Salam satu Malaysia saya hulurkan ,
Kepada warga dewan pembuka tirai.

Assalamualikum W.B.H
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi bijaksana yang sedang
menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa yang sentiasa peka dengan detak jamnya, para
perserta yang saya kagumi serta hadirin dan hadirat yang saya hormati.

Jauh berlayar si pedagang Cina ,


Singgah di Melaka menjual sutera .
Bahasa melayu bahasa perantara ,
Tonggak utama perpaduan negara

Hadirin dan hadirat yang dihormati


Cogan kata Hidup Muafakat Membawa Berkat merupakan antara cogan kata yang dicipta untuk
menyedarkan orang ramai akan peri pentingnya muafakat dalam kehidupan masyarakat yang berbilang
kaum seperti di negara kita. Kata orang, permuafakatan bererti perpaduan. Situasi ini dapat dihuraikan
oleh bidalan bersatu teguh bercerai roboh. Keadaan ini membawa kebaikan dan kejayaan kepada
seluruh anggota masyarakat berkenaan. Sesungguhnya, negara yang memiliki masyarakat majmuk
seperti Malaysia berpaksikan pada perpaduan untuk meneruskan kelangsungan keharmonian di dalam
negara. Saya yakin bahawa perpaduan penting dalam sesebuah negara. Dalam usaha melonjak status
negara berpendapatan tinggi dan bagi merealisasikan dasar transformasi kerajaan, soal perpaduan tidak
boleh dipandang enteng kerana bukan mudah untuk membina identiti bangsa dan mendaulatkan
maruah bangsa. Usaha membina negara bangsa yang bersatu padu ini sebenarnya boleh dilakukan jika
setiap rakyat mengerti akan kepentingan bahasa kebangsaan sebagai tonggak perpaduan setiap rakyat
di Malaysia. Oleh itu, izinkan saya untuk menjelaskan dengan lebih terperinci tentang wacana ilimiah
kita pada hari ini yang bertajuk Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia.

Hadirin yang dirahmati,


Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama, adalah baik jika kita menelusuri akar-akar
cerucuk sejarah sebelum terbentangnya hamparan indah negara Malaysia. Apabila memorabilia ini
membawa kita ke ratusan tahun yang lampau, nyatalah bahawa Bahasa Melayu sudah berfungsi sebagai
lingua franca yang didefinisikan sebagai bahasa perantaraan antara masyarakat pada zaman itu.Hal ini
dapat dibuktikan dengan jelas apabila kita meneliti catatan ilmuwan Inggeris seperti R.O. Winsted yang
menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa perdagangan yang mengeratkan
hubungan masyarakat yang berkunjung ke Melaka ketika itu. Daripada golongan pendeta sehinggalah ke
golongan biasa, setiap insan di Melaka ketika itu berkomunikasi dengan bahasa tercinta kita yang tidak
lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Tidak lain dan tidak bukan,sudah tentulah Bahasa Melayu. Nah,
apa lagi yang kita pertikaikan tentang kemampuan bahasa kebangsaan kita sebagai wadah perpaduan?
Berdasarkan perkara ini, jelaslah bahawa hamparan sejarah jelas membuktikan bahawa bahasa Melayu
mampu menjadi bahasa perpaduan yang cemerlang di dunia.

Hadirin yang dihormati,


Melalui bahasa Melayu, sebarang konfrantasi, buruk sangka dan salah faham antara kaum dapat
dikikis dengan mudah. Saya suka untuk meminjam kata-kata pujangga pendeta Zaaba yang berbunyi
bahasa menunjukkan bangsa. Apabila kita melihat masyarakat bertutur dalam bahasa Melayu, sudah
terang lagi bersuluh bahawa mereka ialah bangsa Malaysia. Daripada kata-kata hikmat tersebut, saya

sangat percaya bahawa bahasa Melayu sedikit sebanyak akan mengurangkan semangat kecinaan,
kemelayuan ataupun keindiaan.
Haiya, ini balang mana ada halga, dia punya bau saya macam mau pengsan ah
Tambi, itu worang mau roti satu, kari ikan kapla satu
Pelatlah dengan pengaruh bahasa natif,asalkan setiap kaum di Malaysia dapat bermesra dan
bertukar-tukar maklumat dan fikiran hanya dengan menggunakan bahasa Melayu. Langkah Dewan
Bahasa memasukkan entri perkataan baharu setiap kali edisi baharu terbit merupakan langkah yang
patut dipuji kerana perkataan pinjaman daripada bahasa Cina dan India yang mengalami proses
kemalaysiaan sememangnya dapat mewujudkan perpaduan. Apa yang penting, setiap kaum di
Malaysia tidak akan kekok untuk berbicara dalam bahasa kebangsaan. Apabila tidak kekok berbicara,
sudah tentulah juga tidak kekok untuk bermesra. Apabila sudah bergaul mesra, nyatalah bahawa
perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk itu akan terbina kukuh di bawah payung Satu Malaysia.
Berdasarkan hujah ini, nyatalah bahawa bahasa Melayu itu merupakan medium untuk mewujudkan
perpaduan dalam kalangan masyrakat di Malaysia.

Hadirin yang dikasihi,


Dalam lautan ilmu yang memenuhi pustaka di Malaysia, sudah tentulah bahasa Melayu turut
menjadi bahasa penyebaran ilmu pengetahuan. Berdasarkan data yang saya peroleh daripada Arkib
Negara, saya amat kagum dengan pencapaian bahasa Melayu kerana hampir 800 buah buku ilmiah
ditulis dalam bahasa Melayu oleh rakyat Malaysia sendiri. Untuk pengetahuan hadirin, ilmu
pengetahuan merupakan perkara yang sangat penting untuk memupuk perpaduan. Masarakat yang
tidak berilmu ibarat masyarakat yang tidak bertamadun. Apabila tidak bertamadun, sudah tentulah
masyarakat bertindak membuta-tuli mengikut hati dan naluri. Oleh itu, sudah tentulah kucar-kacir akan
menodai keamanan sesebuah negara. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk
mengucapkan ribuan terima kasih dan segunung pernghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia
kerana mengembalikan mandat kepada bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik.
Sesungguhnya, langkah ini dapat merapatkan jurang pendidikan antara murid-murid di luar bandar dan
di kawasan bandar. Dalam soal keharmonian, sudah tentulah kita tidak mahukan sebarang jurang
bertatah di dalam kehidupan masyarakat. Pada pendapat saya, jurang itu boleh memecahbelahkan
perpaduan. Apabila bahasa Melayu kembali dalam pengajaran subjek kritikal ini, sudah tentulah jurang
itu dapat dirapatkan. Ketika jurang pendidikan itu dirapatkan, sudah tentulah perpaduan dapat dipupuk
dari alam persekolahan lagi. Selain dasar baharu itu, usaha Kementerian Pelajaran Malaysia
melaksanakan program Memartabatkan Bahasa Melayu, memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMBMI)
dilihat sebagai wahana yang sangat utama untuk menjadi tonggak perpaduan. Pengisiannya jelas
menunjukkan bahawa betapa prihatinnya pihak kerajaan terhadap kedaulatan bahasa Melayu dan
betapa arifnya kerajaan tentang peranan bahasa Melayu sebagai tonggak perpaduan.

Hadirin yang dirahmati,


Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini, saya suka ingin mengingatkan kepada
khalayak hari ini bahawa rakyat yang memperlekehkan bahasa kebangsaan akan merosakkan perpaduan
yang kita kecapi selama ini. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa insan inilah anasir yang menodai
kebahagiaan kita di bawah berkat Satu Malaysia. Oleh itu, sayangilah bahasa Melayu kita, hormatilah
bahasa kebangsaan kita kerana bahasa Melayu tonggak perpaduan bangsa.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai