Anda di halaman 1dari 6

AL-GHAZWUL FIKRI TEKNIK TERKINI DUNIA BARAT DAL...

1 of 6

http://apanamadotcom.wordpress.com/2012/09/04/al-ghazwul-fikri-tek...

ApanamaDotcom..
Gerbang Minda Merdeka
September 4, 2012

AL-GHAZWUL FIKRI TEKNIK TERKINI DUNIA BARAT


DALAM MELEMAH DAN MENGHANCURKAN ISLAM
3 Komen
About these ads (h p://en.wordpress.com/about-these-ads/)

i
3 Votes
Pendahuluan
Al-Ghazwul Fikri merupakan salah satu daripada strategi musuh islam untuk melemahkan kekuatan Islam. Peristiwa
Perang Salib dengan kemenangan umat Islam menjadi titik tolak ukuran kekuatan Islam. Kemenangan ini membuktikan
bahawa Islam tidak akan hancur diperangi secara FIZIKAL.

(h p://apanamadotcom.wordpress.com/2012/09/04/al-ghazwul-kri-teknik-terkini-duniabarat-dalam-melemah-dan-menghancurkan-islam/james-reston-perang-salib/)
Perang Salib tidak berakhir, hanya digantikan dengan Perang Dingin secara rahsia oleh musuh Islam
Senario ini dapat dilihat melalui kegagalan tentera Soviet Union (Rusia) dalam peristiwa pencerobohan ke atas
Afghanistan dengan ledakan puluhan ribu bom dan peralatan perang. Namun, ia masih berdiri tegak hingga sekarang,
sedangkan Soviet Union menjadi hancur ekoran tindakan beberapa negara naungannya bertindak menuntut
kemerdekaan. Susulan daripada ketidakmampuan dan keengganan Soviet Union untuk menanggung hutang perang
ketika menggempur atau mengebom Afghanistan maka tokoh Yahudi dan Nasrani telah merangka satu strategi
ampuh dalam menghancurkan Islam melalui kaedah al-Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran/ Perang Saraf).

23/05/2014 14:09

AL-GHAZWUL FIKRI TEKNIK TERKINI DUNIA BARAT DAL...

2 of 6

http://apanamadotcom.wordpress.com/2012/09/04/al-ghazwul-fikri-tek...

(h p://apanamadotcom.wordpress.com/2012/09/04/al-ghazwulkri-teknik-terkini-dunia-barat-dalam-melemah-dan-menghancurkan-islam/brainwash/)
Kaedah Al-Ghazwul Fikri diaplikasikan di dalam media massa untuk menyerang jati diri dan ajaran Islam secara halus
dan sistematik
Al-Ghazwul Fikri adalah sebuah teknik propaganda yang hebat digunapakai ke atas kebudayaan atau cara hidup
masayarakat Islam samada melalui kaedah yang nyata atau halus. Merujuk kepada buku karangan Prof. Abdul Rahman
H. Habanakah bertajuk Metode Merosakkan Akhlak Dari Barat menceritakan perihal al-Ghazwul Fikri. Ia diterapkan
secara ILMIAH agar cara hidup dunia Islam berubah dari berpaksikan AGAMA kepada kebenaran LOGIK akal. Secara
dasarnya ia tidak usah menukar agama. Sebaliknya biar ia tetap menjadi orang Islam tetapi akal kirannya tidak lagi
menyakini dan melaksanakan ajaran Islam.
Denisi Al-Ghazwul Fikri
Kalimah Al-Ghazwul Fikri terdiri daripada dua perkataan iaitu al-Ghazw dan al-Fikr. Al-Ghazw bermakna perang atau
serangan. Manakala al-Fikr bermakna pemikiran (minda). Adapun makna kalimah ini dari segi Istilah adalah :
Denisi Umum :
Satu gugusan usaha yang dilakukan oleh satu bangsa untuk menjajah bangsa yang lain atau mempengaruhinya sehingga
mereka menghala ke arah yang sama.
Denisi Khusus :
Menggunakan segala cara selain bentuk ketenteraan yang dilakukan oleh Nasrani dan selain mereka daripada musuh-musuh
Allah untuk menghapuskan mazahir kehidupan Islam dan mengubah kaum muslimin daripada berpegang dengan ajaran
Islam aqidah dan suluk.
Al-Ghazwul Fikri Menurut Al-Quran dan As-Sunnah.
Allah S.W.T telah pun menceritakan berkenaan al-Ghazwul Fikri ini dalam surah Al-Baqarah ayat 120 :
Orang-orang Yahudi danNasrani TIDAK akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah:
Sesungguhnya petunjuk Allah S.W.T Itulah petunjuk (yang benar). dan Sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan
mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Maka Allah S.W.T tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.
Begitu juga di dalam hadis sahih dikeluarkan Al-Imam Al-Bukahri dalam Sahih beliau :
Daripada Abu Said Al-Khudri R.A daripada Nabi S.A.W sabda baginda: Kamu pasti akan mengikut jejak langkah umat sebelum
kamu sejengkal demi sejengkal dan sehasta demi sehasta hingga kalau mereka masuk ke lubang biawak pun tentu kamu
mengikutnya. Kami berkata: Wahai Rasulullah, adakah maksudmu Yahudi dan Nasrani? Kata baginda: SIAPA lagi (jika buka
mereka).

23/05/2014 14:09

AL-GHAZWUL FIKRI TEKNIK TERKINI DUNIA BARAT DAL...

3 of 6

http://apanamadotcom.wordpress.com/2012/09/04/al-ghazwul-fikri-tek...

(h p://apanamadotcom.wordpress.com/2012/09/04/alghazwul-kri-teknik-terkini-dunia-barat-dalam-melemah-dan-menghancurkan-islam/imagescaxhakmn/)
Kaum Yahudi dan Nasrani tidak akan mengalah dalam mengatur strategi untuk menghancurkan agama Islam walaupun
perlu menanti hingga akhir zaman
Sejarah Kedatangan Al-Ghazwul Fikri
Sejarah al-Ghazwul Fikri ini jika diteliti telah mula semenjak zaman Saidina Usman bin Aan R.A apabila Abdullah bin
Saba seorang Nasrani-Yahudi berjaya memecahbelahkan kesatuan umat Islam dan wujudnya Firqah Syiah yang terkenal
memerintah Iran sekarang. Namun, pada masa dahulu serangan-serangan pemikiran ini dapat ditepis dengan mudah
walau sejauh mana ia telah menular kerana umat Islam pada ketika itu mempunyai kekuasaan politik dan kekuatan
ekonomi serta Tamadun Islam yang unggul.

(h p://apanamadotcom.wordpress.com/2012/09/04/alghazwul-kri-teknik-terkini-dunia-barat-dalam-melemah-dan-menghancurkanislam/serial_perang_salib_modern__2__melawan_penjajahan_koalisi_salibis_sebuah_tindakan_terorisme___1338771891/)
Negara Barat menggunakan alasan terrorism atau keganasan untuk memerangi umat Islam secara global tanpa
sempadan
Keadaan ini berubah sehinggalah runtuhnya empayar Turki Usmaniyyah hasil suntikan al-Ghazwul Fikri yang tepat ke
jantung umat Nabi Muhammad S.A.W di mana racun ini dengan cepat merebak ke seluruh jasad umat Islam. Perdana
Menteri Britain terdahulu (Gladison) telah menyebut bahawa : Kamu tidak akan kekal di Mesir selagi Kitab ini (sambil
memegang Al-Quran) berada di tangan bangsa Mesir. Kesedaran bahawa Peperangan bersenjata GAGAL
melumpuhkan umat Islam amat jelas dengan kekalahan golongan Nasrani di dalam Perang Salib. Begitu juga
kemenangan kaum Muslimin ke atas bangsa Moghul yang kuat dan ganas.
Strategi Al-Ghazwul Fikri
Sekurang-kurangnya terdapat empat kaedah yang digunakan orang-orang kar dalam mencapai sasaran al-Ghazwu Fikri.
Ia bertujuan untuk menghilangkan ajaran Islam supaya ianya tidak berkembang. Empat kaedah ini telah diterangkan oleh
Abu Ridha dalam buku karangannya bertajuk Pengantar Memahami al-Ghazwul Fikri. Beliau menyatakan dengan
tegas bahawa al-Ghazwul Fikri merupakan sebahagian dari uslub qital (metode perang) yang bertujuan untuk
memisahkan umat Islam dari ajaran agamanya.

23/05/2014 14:09

AL-GHAZWUL FIKRI TEKNIK TERKINI DUNIA BARAT DAL...

4 of 6

http://apanamadotcom.wordpress.com/2012/09/04/al-ghazwul-fikri-tek...

(h p://apanamadotcom.wordpress.com/2012/09/04/al-ghazwul-kri-teknik-terkini-dunia-barat-dalam-melemahdan-menghancurkan-islam/picture1-3/)
Kaedah menghina Nabi Muhammad S.A.W, merendahkan imej ajaran Islam, menimbulkan kekeliruan al-Quran dan
menyuburkan ideologi Barat adalah perangkap kepada umat Islam
Pertama Tasykik iaitu gerakan yang berupaya menciptakan keraguan dan kedangkalan (superciality)
aqidah umat Islam terhadap ajaran agamanya. Misalnya, tindakan segelintir manusia yang menyerang
(memperlecehkan) Al-Quran dan Hadits, menghina Nabi Muhammad S.A.W atau berkempen bahawa hukum Islam
tidak sesuai dengan tuntutan cara hidup zaman sekarang.
Kedua Tasywih iaitu gerakan yang berupaya menghilangkan kebanggaan umat Islam terhadap ajaran agamanya.
Anologinya dengan memberikan gambaran Islam secara buruk sehingga timbul rasa rendah diri (inferiority) di
kalangan umat Islam. Di sini, mereka melakukan penceritaan (naratif) negatif tentang agama Islam melalui media
massa dan ceramah dengan menggambarkan bahawa agama Islam itu kelihatan menyeramkan, kejam, sadis, radikal
dan lain-lain istilah yang kurang menyenangkan pendengarnya.
Ketiga Tadzwib iaitu usaha pencairan budaya dan pemikiran (dilution of culture and thought). Di sini, kuar dan
munaqin telah mencampuradukkan antara hak dan batil di antara ajaran Islam dan bukan Islam. Sehingga umat
Islam kekeliruan dan kebingungan untuk mendapatkan bimbingan atau pedoman hidup.
Keempat Taghrib iaitu usaha pembaratan (westernization) dunia Islam dengan mengalak atau mendorong umat
Islam untuk menerima pemikiran Barat dan budaya mereka seperti sekularisme, pluralisme, nasionalisme, dan
liberalisme.
Kesimpulan
Secara terus terang, umat Islam perlu mengakui dan menerima kenyataan bahawa serangan al-Ghazwul Fikri melalui
semua kaedah di atas telah berlaku semenjak berakhirnya Perang Salib hingga kini. Semua ini boleh dirasai dan terbukti
melalui SIKAP dan SIFAT umat Islam sama ada melalui lisan, perbuatan atau amalan. Ia terbukti jika kita mengamati
tingkah laku umat Islam masakini yang mempengaruhi ucapan, sikap dan perilaku mereka dalam meniti kehidupan
seharian. AWAS! Jangan biarkan kita termakan dengan TIPU DAYA dan IDEOLOGI yang boleh menggugat keimanan
kita. Kesan daripada serangan al-Ghazwul Fikri ini akan mengakibatkan umat Islam menjadi umat yang hina, mudah
diperbodohkan, mendapat laknat dan dugaan Allah S.W.T, terjatuh dalam amalan syirik kepada Allah S.W.T,
mendekatkan diri mereka kepada murtad dan azab dunia. Oleh itu, marilah kita membentengkan diri dengan keyakinan
aqidah yang kuat serta menjadikan Al-Quran dan as-sunnah sebagai rujukan hukum dalam kehidupan kita, semoga
Allah S.W.T menjauhkan kita dari keinginan-keinginan untuk mengingkari segala peraturanNya. Amiin.

23/05/2014 14:09

AL-GHAZWUL FIKRI TEKNIK TERKINI DUNIA BARAT DAL...

5 of 6

http://apanamadotcom.wordpress.com/2012/09/04/al-ghazwul-fikri-tek...

(h p://apanamadotcom.wordpress.com/2012/09/04/al-ghazwulkri-teknik-terkini-dunia-barat-dalam-melemah-dan-menghancurkan-islam/1_856485191l/)
Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W telah meninggalkan dua perkara sebagai panduan kepada umat Islam untuk
berpegang teguh agar kita tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah AL-QURAN dan AS-SUNNAH
Sila sebarkan risalah ini kepada saudara seagama kita yang dikasihi agar kita beroleh kejayaan di dunia dan di
akhirat kelak
Posted by apanamadotcom in Aqidah, Budaya, Islam, Konspirasi, Moral, Peringatan, Yahudi
Tagged: Ancaman, Islam, Kepercayaan, Nasihat, Pluralisme, Provokasi

3 thoughts on AL-GHAZWUL FIKRI TEKNIK TERKINI DUNIA


BARAT DALAM MELEMAH DAN MENGHANCURKAN ISLAM
1. eusomaria says:
September 11, 2012 at 9:02 pm
1
0
i
Rate This
mohnon share artikel untuk manfaat semua :)
Balas
apanamadotcom says:
September 11, 2012 at 10:52 pm
0
0
i
Rate This

23/05/2014 14:09

AL-GHAZWUL FIKRI TEKNIK TERKINI DUNIA BARAT DAL...

6 of 6

http://apanamadotcom.wordpress.com/2012/09/04/al-ghazwul-fikri-tek...

Saya tiada halangan. Sebarkan lah untuk renungan bersama.


Balas
2. Pendekar Luy says:
Mac 11, 2013 at 12:19 am
0
0
i
Rate This
:)
Balas

Create a free website or blog at WordPress.com. | The Splendio Theme.


Follow

Follow ApanamaDotcom.....
Powered by WordPress.com

23/05/2014 14:09

Anda mungkin juga menyukai