Anda di halaman 1dari 19

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

Bab 1 : PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN


1.0

KONSEP TAMADUN

A.

DEFINISI TAMADUN

ISTILAH-ISTILAH TAMADUN
i.

Menurut Bahasa Arab

1.

Istilah Hadharah
Asal dari kata hadhara, yahdhuru, hadhratan
Maksud : suatu wilayah, daerah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan
(mengandungi aspek-aspek kehidupan sosial dan nilai-nilai yang berdasarkan ajaran Islam)
Lawan - al-badawah dan al-badiyah (liar dan pedalaman).
Digunakan abad ke2H oleh Jamil Nakhlah Mudawwar
Malek ben Nabi - berada di tahap maju.

2.

Istilah Umran
Asal -amara
Maksud - kawasan tanah di mana sekumpulan masyarakat yang tinggal menetap di suatu
tempat itu dalam keadaan yang berkembang subur lagi makmur
Lawan - kawasan kering atau terbiar.
dikemukan oleh Ibnu Khaldun dalam kitab al-Muqaddimah Li Kitab al-Ibar abad ke 14
Sama dengan pengertian tamadun pada abad ke20 yang diterjemahkan oleh Prof Franz
Rosenthal; umran sebagai urbanization dan tamadun sebagai civilization.
Ciri umran menurut Ibn Khaldun:
a. pegangan agama yang kuat
b. sistem kenegaraan yang tersusun rapi.
c. Kehidupan cara bandar.
d. Pencapaian kaedah penulisan yang tinggi.
e. Kepakaran dalam bidang senilukis dan senireka.
Walaupun kedua istilah Umran dan Hadharah nampak berbeza tetapi menurut M.A.Beg
keduanya boleh dipadukan.

3.

Istilah Madaniah
Dari kata madinah bermaksud bandar.
Maddanna bermaksud :
- memperhaluskan budi bahasa & memperelokkan tingkah laku
- membuka dan membuat bandar.
Madani
- pembangunan bandar
- perbuatan memperhalus budi pekerti
Maddana atau Madani berasal dari deen bermaksud agama atau kehidupan beragama
Wujud pertalian dengan civilization - tamadun muncul berkembang di bandar-bandar.
Muncul abad ke 20M dengan maksud tamadun tapi pernah digunakan Abu Nasr al-Farabi
pada abad ke4H sekadar maksud bandar atau kehidupan kota.
Istilah madaniyyah dengan maksud tamadun jelas dikemukan oleh Muhammad Farid
Wajdi dan Syeikh Muhammad Abduh
Menurut Muhd. Farid Wajdi - suatu peringkat yang tinggi dalam kehidupan kebendaan
sesebuah masyarakat yang jelas kelihatan dalam aspek pembangunan, perancangan
dan penyusunan bandar serta penyediaan kemudahan infrustruktur.

4.

Istilah Tamadun

sma/citu/ctu551 /bab1

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

Asal - tamaddana yang bermaksud - memiliki ciri-ciri hidup bandar atau memiliki sifat
keinsanan sejati atau bertamadun.
Digunakan abad 20M oleh Jurji Zaidan : tamadun ialah sekumpulan bibit dari
masyarakat yang dicirikan oleh kehidupan kota dan senibina yang berupa tugu-tugu
peringatan dan suatu sistem rekod yang nampak berdasarkan nota bertulis.
Menurut Uthman El-Muhammady istilah tamadun asal dari kata madana yang bererti
membina sesuatu bandar atau sesuatu kota, atau seorang/masyarakat yang mempunyai
peradaban. Oleh itu perkataan tamadun boleh diertikan kepada keadaan hidup seseorang
bermasyarakat yang bertambah maju ke hadapan.
ii.

Menurut Bahasa Inggeris

1.

Istilah Culture
dikemukan oleh Prof Dr Arnold J. Toynbee
bermakna civilization yg secara langsung memberi gambaran kepada fikiran mengenai
perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, senibina, seni lukis, akhlak dan adat
istiadat.

2.

Istilah Cilivization
asal dari perkataan Latin civitas bermaksud kota atau city.
Mula diungkap pada abad 18M dan digunakan dalam buku-buku Inggeris pada abad 19M.
Ini menunjukkan sebelum abad 19M tiada bukti yang jelas bahawa penulis Barat
mempunyai pemahaman yang tepat dengan maksud civilization.
Dari sudut etimologi ia berkait rapat dengan urbanization.
Nourouzzaman as Shiddiqi M.A : culture bererti kebudayaan dan civilization bererti
peradaban. Istilah culture lebih luas berbanding istilah civilization sebagaimana berikut :
Maksud culture - akal budi manusia yang bersifat batiniah yang mendorong manusia
mencipta sesuatu seperti kesusasteraan, kesenian, agama, akhlak dan pembangunanpembangunan yang lain untuk meningkatkan pencapaian kehidupan manusia yang lebih
baik. Jadi culture yang bermaksud kebudayaan ini adalah perkembangan intelektual yang
memimpin ke dalam kehidupan dari pelbagai lapangan.
Maksud civilization pengolahan akal budi dalam bentuk lahiriyah sahaja seperti
mendirikan bangunan pencakar langit, mengirim satelit ke angkasa dll. Jadi civilization yang
bermaksud peradaban mengandungi erti hanya meningkatkan kemajuan dalam
perkembangan sosial semata-mata.

Definisi menurut Sarjana Barat:


1. Jacqueta Hawkes kualiti tinggi yang dimiliki sesuatu masyarakat.
- diwarisi oleh orang Roman, bandar ciri terpenting.
- teras penilaian Barat, contoh orang Sepanyol jajah bandar orang Aztec anggap mereka telah
bertamadun kerana telah wujud bandar dengan segala kemudahan asas.
2. Collingwood proses bagi mencapai tahap kehidupan civil @ untuk menjadi civil ( sopan ) yang
menghasilkan ciri-ciri masyarakat bandar iaitu yang memiliki kehalusan budi.
3. Samuel Johnson keadaan yang bertentangan dengan kehidupan biadap ( barbaric ), iaitu
mencapai satu tahap kesopanan yang tinggi.
4. Gordon Childe penekanan terhadap pencapaian material.
-Kewujudan bandar sebagai pengukuran tamadun.

sma/citu/ctu551 /bab1

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

-Awal berpendapat tamadun mempunyai maksud sama dengan revolusi perbandaran. Kemudian
terima hakikat bandar hasil dan simbol kepada revolusi perbandaran, bermaksud tamadun telah
ada sebelum munculnya bandar.
5. Dr Albert Schwetzer keseluruhan kemajuan manusia dalam setiap tindakan dan pemikiran
yang membawa penyempurnaan kerohanian.
6. E.B. Taylor tamadun dan budaya sama kedudukan iaitu merangkumi keseluruhan pencapaian
manusia ( pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-undang, adat dan keupayaan dll )
Terdapat juga ahli sosiologi berpendapat pertumbuhan bandar bukan ukuran utama mendefinisikan
istilah tamadun atau civilization kerana terdapat tamadun tinggi yang muncul tanpa kewujudan
sebuah bandar dalam erti kata sebenar contohnya Tamadun Mesir.
iii.

Menurut Bahasa Melayu

1.

Istilah Kebudayaan
Abu Bakar Hamzah : tamadun sama dengan kebudayaan. Ianya lahir seiring sejalan
dengan perkembangan hidup kehidupan masyarakat setempat dari semasa ke semasa
dalam bentuk pemikiran dan kebendaan.

2.

Istilah Peradaban
Dr Ismail Hamid dan Muhammad Uthman El-Muhammadi : peradaban itu adalah
pencapaian semua aspek pemikiran, moral, sosial dan kebendaan dalam kehidupan
sesuatu masyarakat.

3.

Istilah tamadun
Kamus Dewan tamadun adalah suatu keadaan masyarakat manusia yang bercirikan atau
didasari pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran, sosial, budaya,
politik dang yang tinggi peradabannya.
Istilah tamadun sendiri paling luas dan tepat dengan maksud yang dikehendaki dari istilah
lain.

Kesimpulan:
Dari pelbagai istilah tamadun tersebut walaupun berbeza dalam tafsirannya tetapi nampak
jelas kelihatan ianya menunjukkan saling memperkuat dan memperkukuhkan di antara satu
sama lain. Berdasarkan kepada pengertian-pengertian yang dikemukan, konsep
ketamadunan sepatutnya dilihat dari prespektif yang luas meliputi pencapaian tatasusila
dan moral yang tinggi serta kemajuan penempatan dan kemudahan yang sempurna.
Bagaimanapun konsep ketamadunan yang sering difahami masyarakat manusia sekarang
lebih menjurus kepada perkara berkaitan dengan penempatan dan kemudahan yang
sempurna semata-mata ( material ) dan lebih buruk lagi apabila kemajuan itu dihubungkan
dengan simbol-simbol kemewahan. Sebenarnya kemuncak sesebuah tamadun bukanlah
digambarkan dengan limpahan kemewahan tetapi suasana kemakmuran sebagaimana
ungkapan umran yang digunakan oleh Ibn Khaldun.
Bolehlah diringkas bahwa maksud tamadun ialah kecemerlangan dan kemajuan dalam
semua aspek kehidupan samada berbentuk material mahupun spiritual.

sma/citu/ctu551 /bab1

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

B.

KORELASI ANTARA TAMADUN DENGAN AGAMA, BUDAYA DAN BANGSA

Korelasi antara Tamadun dan Agama

Agama mempunyai kaitan yang rapat dengan tamadun. Kebanyakan tamadun berteraskan
agama.

Tamadun yang berteraskannya berpaksi kepada pandangan semesta dan doktrin daripada
agama tersebut.
Contoh: Tamadun Islam berpaksi kepercayaan dan KeEsaan Tuhan atau tauhid.
Tamadun berteraskan agama Buddhisme berpaksi doktrin 'Jalan Lapan Lapis' (Eight
Fold Path )

Perkara penting bagi masyarakat bertamadun ialah memiliki budi pekerti yang mulia dan
moral yang tinggi. Budi pekerti moral yang tinggi datangnya daripada ajaran agama dan
budaya.

Kemunculan tamadun-tamadun silam merupakan manifestasi kepada kehidupan beragama.


Manifestasi ini dapat dilihat daripada peninggalan bangunan dan barangan lama.

ii

Kolerasi antara Tamadun dan Budaya

Tamadun mempunyai hubungan yang rapat dengan budaya kerana budaya masyarakat
yang tinggi dan terpuji menandakan kehidupan yang bertamadun.

Masyarakat berbudaya tinggi mempunyai kehalusan budi dan kesempurnaan moral yang
juga ciri kehidupan bertamadun

Perbezaan antara tamadun dan budaya:


Pengaruh dan natijah tamadun berkekalan lebih lama.
Tamadun melampaui batas-batas kenegaraan dan wilayah

Prof. Wan Hashim Wan Teh berpendapat, yang membezakan keduanya ialah tahap
pencapaian. Budaya lebih umum manakala tamadun merujuk kepada pencapaian yang
tinggi dari aspek tertentu dalam budaya.

sma/citu/ctu551 /bab1

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

Tamadun
Persamaan

Perbezaan

Budaya

Mengandungi aspek material,


moral (spiritual) dan estetik.

Mengandungi aspek material,


moral (spiritual ) dan estetik.

Unsur kekal.

Unsur berubah.
Cara masyarakat Jepun
berpakaian dan pemilihan
jenis makanan (budaya)
mengalami perubahan dlm
tempoh 100 tahun ini.

Kesetiaan kepada Maharaja


dalam
Tamadun Jepun..
kekal walau pun sistem
politik, ekonomi dan budaya
berubah dalam tempoh 100
tahun ini.

Melampaui batas negara dan


wilayah.

Budaya masyarakat Islam


Chechnya berbeza dengan
Sri
Lanka
dari
segi
makanan, bahsa, pakaian,
adat dsb.

Tamadun masyarakat Islam


Chechnya dan Sri Lanka
dieratkan
dalam
satu
tamadun yang sama iaitu
prinsip Islam seperti solat,
puasa, zakat, haji dsb.

iii

Lazimnya dikaitkan dengan


negara atau wilayah.

Hubungan Antara Tamadun dan Bangsa

Hubungan keduanya tidak begitu ketara walaupun terdapat tamadun yang sering dikaitkan
dengan sesebuah bangsa seperti tamadun Cina dan tamadun India.
Tamadun

Perbezaan

Bangsa

Melampaui sempadan geografi


dan batasan kenegaraan.

Terdapat beberapa tamadun


yang mengandungi lebih dari satu
bangsa.
Contoh:
Tamadun
Barat
mengandungi
beberapa
bangsa Eropah & Amerika
Utara.

sma/citu/ctu551 /bab1

Lazimnya berkait rapat dengan


sejarah, tradisi dan budaya
kawasan geografi tertentu.

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

C.

CIRI-CIRI ASAS TAMADUN

Penempatan

Tidak nomad tetapi menetap


membekalkan makanan.

Ciri-ciri geografi tertentu penting.

di

kawasan

yang

boleh

Lazimnya kawasan lembah sungai dipilih kerana tanahnya


subur untuk aktiviti pertanian, bekalan air mencukupi,
memberi bekalan protein seperti ikan.

Contoh:
a)
b)
c)
d)

Tamadun Mesir di lembah Sungai Nil.


Tamadun Sumeria di lembah Sungai Euphrates dan Tigris.
Tamadun Shang di lembah Sungai Kuning.
Tamadun Mohenjo Daro dan Harappa di lembah Sungai
Indus.

Kewujudan kota atau bandar:


Bandar - merujuk kepada satu tapak atau tempat dan
pusat komoditi dalam sesebuah kawasan.
Fungsi bergantung pada elemen penting dalam
masyarakat. Contoh jika masyarakat utamakan agama
pusat upacara keagamaan, politik istana, perniagaan
pasar.

Kualiti
kehidupan

sma/citu/ctu551 /bab1

Wujud Revolusi Pertanian.


Peningkatan kualiti kehidupan yang lebih sempurna.
Hasil pertanian dan perternakan meningkat dan melampaui
tahap sara diri.
Kesannya mencipta aktiviti-aktiviti ekonomi yang lain
samada secara langsung atau tidak seperti pertukangan,
perdagangan dsb.
Penciptaan peralatan lebih baik untuk meningkatkan
produktiviti makanan.
Sebahagian tenaga digunakan untuk membina kuil, istana,
tembok dan mengembangkan kemahiran
Penggerak perubahan sosial daripada masyakat petani
kepada masyarakat yang mempunyai kelas & pembentukan
Bandar-bandar seterusnya kerajaan.
Aktiviti perdagangan selain telah membawa masuk komoditikomoditi dari luar seperti logam, tekstil dan lain-lain turut
menjadi penghubung antara masyarakat dengan masyaraka-+
t luar.

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

Stratifikasi
sosial

Bahasa
dan
sistem tulisan

Bila ekonomi berkembang, berlaku perubahan sosial. Pemilikan


kekayaan bukan terhad pada tanah tapi juga harta lain. Ini
mempertingkatkan kedudukan pedagang ke kelas social tinggi.
Dalam keadaan ini golongan bangsawan yang memilki tanah
dan kuasa politik boleh ditandingi oleh golongan pedagang.

Kemunculan satu bahasa atau beberapa bahasa yang


serumpun atau sistem tulisan yang tersendiri.
Fungsi
sebagai
perantaraan
komunikasi,
perakam,
penyampaian dan pewarisan khazanah tamadun dalam
pelbagai bidang ilmu.
Melalui sistem tulisan, komunikasi dalam masyarakat menjadi
lebih luas dan efektif.
Kesannya:
Berlaku perkembangan ilmu
Muncul kelas terpelajar (literati)
perkembangan ilmu astronomi
Kemunculan seni kreatif seperti epik, puisi, cerita rakyat,
contohnya Epik Gilgamesh dalam masyarakat Sumeria.
Penulisan doktrin agama tidak lagi hanya di fikiran sami
atau syaman.

Organisasi
politik
dan
pemerintahan

sma/citu/ctu551 /bab1

Wujud sistem pengelasan dalam masyarakat berdasarkan


kelas dan status.
Sistem pengelasan masyarakat awal berkait rapat dengan
pemilikan kekayaan dan kekayaan yang penting ketika
mencari penempatan kekal ialah tanah. Justeru itu stratifikasi
sosial berasaskan kepada pemilikan tanah pertanian.
Golongan yang miliki tanah pertanian mempunyai
kedudukan tinggi.
Golongan yang tidak mempunyai tanah pertanian menjadi
golongan pekerja atau buruh.
Status pula mempunyai kaitan dengan kriteria prestij tertentu
dalam masyarakat seperti gelaran, panggilan, peraturan atau
adat.
Golongan yang mendapat gelaran tertentu mempunyai
peraturan adat yang istimewa yang tidak boleh dilakukan
oleh golongan berstatus rendah termasuk juga jenis
pakaian, perhiasan dan bentuk binaan rumah.
Lazimnya golongan status tinggi mengawal sebahagian
besar faktor pengeluaran.

Wujud sistem perundangan dan sistem nilai yang lebih teratur


Kesatuan politik atau budaya dapat menyatukan masyarakat
dalam menentang orang luar.
Sistem politik dan pentadbiran menjadi lebih kompleks bila
tamadun berkembang.

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

Teknologi
dan
rekacipta

Sistem politik:
Beraja atau monarki. Tunggak kuasa bukan lagi seorang
ketua tetapi pemerintah yang berkedudukan lebih tinggi
seperti raja atau sultan dalam Tamadun Melayu dan Firaun
dalam Tamadun Mesir. Unsur-unsur sakral mengangkat
kedudukan mereka, seperti daulat dalam masyarakat
Melayu dan ketuhanan dalam masyarakat Mesir. Ia milik
turun menurun.
Demokrasi dalam masyarakat Greek di Athens).
Authoritarian di Sparta
Oligarki iaitu pemerintahan yang dijalankan oleh
sekumpulan pemerintah yang kadangkalanya terdiri dari
sami-sami atau golongan cerdik pandai agama.

Perkembangan pelbagai aktiviti ekonomi pengkhususan


kerja perubahan struktur sosial pencapaian tahap
kecekapan yang tinggi peningkatan daya reka cipta ( teknik
baru )
Contoh tamadun China, pesat zaman Dinasti Chou.
Inovasi teknologi alat pengangkutan penciptaan roda,
sampan, kapal besar

Kreativiti

Dalam menghayati falsafah, kesenian, kesusasteraan dan nilai


estetika yang tersendiri.

Kehidupan
beragama

Lazim bandar2 awal muncul di sekitar pusat upacara agama


seperti kuil.
Kepercayaan agama memainkan peranan penting dalam
pembentukan tamadun.
Stratifikasi sosial guna istilah agama seperti sistem kasta di
India.
Era awal didominasikan oleh kepercayaan animisme; unsur
alam mempunyai semangat dan kuasa luar biasa yang
mempengaruhi kehidupan manusia.
Akhirnya wujud konsep dewa. Sebelum dan selepas segala
aktiviti dilaksanakan upacara keagamaan seperti sebelum
tanam dan selepas tuai padi.
Golongan agama menjadi kelas tertinggi kerana dianggap
perantara manusia dengan kuasa2 supernatural. Contohnya
golongan Brahmin dalam kasta India dan Shaman dalam
tamadun awal China. Kedudukan dan penghormatan mereka
kekal menjadi milik keluarga dan tidak boleh digugat, dikenali
sebagai ascribed status. Mereka turut memiliki suatu set adat
istiadat dan peralatan yang tidak boleh dimiliki golongan
bawahan.
Wujud juga kepercayaan penyembahan nenek moyang sebagai
tanda terima kasih dan memohon pertolongan. Roh mereka
dipercayai boleh mendatangkan kebaikan atau keburukan
kepada anggota keluarga yang hidup. Justeru itu ia perlu

sma/citu/ctu551 /bab1

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

ditenangkan melalui upacara tertentu.


Unsur spiritual penting dalam tamadun, beri kesan pada
tingkah laku dan pembinaan bangunan pusat urbanisasi.
Contoh tamadun Mesir, Sumeria dll.

KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN TAMADUN

i.

FAKTOR KELAHIRAN DAN PERKEMBANGAN

1.

Lokasi Strategik

2.

Lokasi yang memungkinkan penempatan masyarakat mendapat sumber-sumber semula


jadi untuk kelangsungan kehidupan.
Merujuk kepada faktor geografi.
Contoh : Tamadun China di lembah Huang-He dan Yong Tse, tamadun India di Lembah
Ganges dan Brahmaputra, tamadun Mesopotamia di Lembah Tigris dan Euphrates,
tamadun Mesir di Lembah Nil dan tamadun Melaka di pinggiran Selat Melaka.
Rangsangan keagamaan dan kerohanian

3.

Ajaran agama dan amalan rohani dorong penghayatan nilai murni dan suci kehidupan
bertamadun.
Masyarakat yang menghayati kehidupan beragama akan berusaha untuk menuju kepada
kesempurnaan kemanusiaan ketinggian budaya.
Misalnya tamadun Islam dipengaruhi rangsangan nilai daripada penghayatan cara hidup
Islam yang kamil beserta dorongan langsung risalah wahyu.
Penghayatan tinggi terhadap moral dan nilai terpuji masyarat yang cintakan ilmu dan nilai
murni ( spt. Kreativiti, ketekunan, kerajinan, berdisiplin dll )
Kepemimpinan yang berlandaskan nilai murni rakyat berganding bahu untuk bangunkan
negara.
Contoh tokoh : Yunani (Plato, Aristotle), tamadun Cina ( Lao Tze dan Kung Fu Tze)
tamadun India ( Kautilya dan Samkara ) dan tamadun Islam ( al-Farabi, al-Mawardi, alGhazali dan Ibn Khaldun )
Politik

Politik yang kukuh


Contoh Tamadun Mesopotamia.
-Sistem pentadbirannya tersusun & sistematik.
-3 kerajaan utama: Sumeria, Akkadia dan Babylonia. Dibentuk oleh beberapa buah negara
kota iaitu Lagash, Ur, Umma dan Uruk - berkuasa autonomi yang diketuai oleh seorang
ketua agama ( patesi ) yg guna nama Tuhan mereka
-Pemerintahan beraja dan amal dasar perluasan kuasa. Contoh Sargon pemerintah Akkadia
berjaya luaskan empayar dari utara ke barat ( Lebanon Teluk Parsi )
-Undang2 pertama bertulis di dunia, Code of Law atau Kanun Undang2 Hammurabi yang
ditulis oleh Hammurabi raja Babylonia, mengandungi hal kekeluargaan perkahwinan,

sma/citu/ctu551 /bab1

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

4.

penjagaan anak dsb. Terbahagi 2, undang2 awam dan hukum agama yang diketuai
masing2 oleh hakim khas dan ketua agama. 250 artikel dalam 46 bahagian.
-kedudukan strategik di 2 batnag sungai, Sg Tigris dan Euphrates
Tamadun Melayu Melaka, Politik tradisional yang teratur. Perluasan jajahan-hingga ke
daerah Dinding, Selangor, Muar, S'pura, Bentan dan Pahang. Hukum Kanun Melaka atau
Undang2 Melaka dan Undang2 Laut Melaka.
Ekonomi

Awal berkembang di kawasan lembah sungai.


Contoh:
1.Tamadun Mesopaotamia. Ekonomi lbh kepada pertanian. Sg Tigris &
Euphrates
memainkan peranan yang penting. Dataran subur terbina dari lumpur dari kedua sungai ini
iaitu Dataran Shunar. Tanaman barli, sekoi, kurma, gandum & bawang. Wujud revolusi
pertanian.
Terdapat juga aktiviti perikanan dan perdagangan.
2.Tamadun Mesir Kuno. Rahmat Sg. Nil capai tamadun dari segi pentadbiran, ekonomi dan
sosial. Aktiviti pertanian dan penternakan terpenting. Kedua perdagangan Greek, Syam &
Babylon. Wujud sistem cukai ( tiada matawang guna ptukaran barang ) ke atas barang
dagangan oleh Firaun.
3.Tamdun Melayu Melaka. Kedudukan strategik, pelabuhan terlindung aktiviti
perdagangan pesat. Gelaran Serambi Mekah oleh Sultan Mahmud Syah di atas 3 sebab,
pertama tempat persinggahan kapal dagang dan haji, kedua pusat ilmu dan tumpuan ulama
dari pelbagai bangsa & keturunan dan ketiga negara aman & pusat penyebaran Islam.

5.

Sosial

a.

Faktor agama dan kepercayaan.

1. Tamadun Mesopotamia.
Dikenali 'masyarakat candi' percaya banyak Tuhan, yang utama Tuhan Anu (Tuhan Syurga), Enlil
(Tuhan Tanah) dan Enki (Tuhan Air) . Percaya tuhan beri kesenangan dan malapetaka. Sami
berperanan dalam hal agama. Ziggurat (rumah berhala) dibina di tempat tinggi sebagai tempat
pemujaan dan simpanan berhala, juga pusat pendidikan kerana ia menjadi tumpuan aktiviti politik,
ekonomi dan sosial.
2. Tamadun Mesir Kuno.
Awal animisme. Penyembahan berhala dan dewa-dewi seperti Re (dewa matahari), Atum, Osiris
dan Isis. Tanah Arab - penyembahan berhala. Bila Islam datang perubahan agama & sosial iaitu
Tauhid, konsep ummah di bawah Perlembagaan Madinah, ajar nilai akhlak, peningkatan ilmu dll.
3. Tamadun Melayu Melaka.
Hindu Buddha Islam. Lahir "Melayu Baru " berasaskan nilai Islam Pusat dakwah.
b.

Faktor nilai positif seperti

i. Kecintaan ilmu.
1. Tamadun Mesopotamia.
Kesusateraan karya terkenal Gilgamesh, lagenda Etana dan Adapa.
Matematik dan astronomi tamadun awal guna ukuran masa; jam, minit saat. Huruf matematik
dibuat atas kepingan tanah lait keras berlubang.

sma/citu/ctu551 /bab1

10

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

Perubatan ubat dari tumbuhan dan akar kayu.550 jenis ubat. Pembedahan mata.
2. Tamadun Islam.
Menerima ilmu sains dari Greek dan Hindu (zaman al-Mansur & al-Biruni). Ilmu tersebut diterjemah
ke dalam bahasa Arab.Buku terjemahan tersebut kemudian digunakan oleh masyarakat Eropah.
Matematik al-Batani huraian tangen dan kemudian diperluaskan oleh Abu al-Wafa Muhammad
Ibn Muhammad al-Buzjani yang turut kenalkan funsi sekan dan kosekan. Geometri al-Khawarizmi
dan Omar al-Khayyam.
Astronomi al-Biruni, al-Battani, al-Khawarizmi, Ibn Yunus dll.
Kimia Zakaria al-Razi, al-Zahrawi, Jabir Ibn Hayyan dll.
Perubatan Ibn Sina, karyanya Qanun fi al-Tibb.
3. Tamadun Melayu Melaka.
Pusat penyebaran ilmu di Nusantara.
Dorongan dari sikap raja2 Melayu betapa penting ilmu fardhu ain dan kifayah.
Perkembangan sastera dan tulisan Melayu-jawi - tokoh2 seperti Hamzah Fansuri, Abdul Rauf
Singkel, Shamsuddin Pasai, Amir Hamzah dsb.
4. Tamadun Mesir Kuno
Bidang penulisan, geometri, sains, perubatan, matematik, astronomi dll.
Mahir guna simbol sebagai lambang huruf dan idea.
Perkiraan hari, bulan dan tahun ikut pergerakan matahari.
Penulisan pelopor. Guna tulisan berbentuk baji ( cuneiform ) untuk tulis surat, resit, akaun
dokumen dsb.
Penghasilan kertas dan dakwat.
ii. Kreativiti, ketekunan dan kerajinan
1. Tamadun Mesopotamia.
Pakar seni bina dan pertukangan. Guna geometri dalam bina bangunan dan sistem matahri untuk
keringkan batu bata yang dibuat dari tanah liat. Contoh, 'Taman Tergantung Babylon' oleh Raja
Nebuchandnezar II
Pencapaian tertinggi teknik melebur.
2. Tamadun Mesir Kuno
Penggunaan peralatan pertanian bajak, tuas, roda dan sabit.
Cipta Basin System untuk pengairan pertanian.
Mahir membina sampan dan kapal aktiviti perdagangan.
Artifak sejarah piramid (Great Pyramid di Giza, Medum dan Dahshur), kuil berhala dan tugu besar
( contoh Step Pyramid di Sakara, Sphinx )
6.

Toleransi terhadap sumbangan tamadun lain

ii.

Semangat mewujudkan interaksi merangsang pemupukan nilai kehidupan bertamadun.


Gambaran sikap terbuka untuk menerima tamadun yang baik bentuk tamadun baru.
Sikap pemimpin memainkan peranan penting.
Contoh tamadun Islam merupakan tamadun yang terbuka untuk menerima sumber-sumber
ilmu daripada tamadun Yunani, Parsi, India dan Cina.
KEMEROSORAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN

Herodotus sejarah sebagai satu putaran dan kaitan keruntuhan tamadun sebagai hukuman
tuhan kerana kerajaan Parsi cemburu dengan Empayar Greek.

sma/citu/ctu551 /bab1

11

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

Ibn Khaldun jatuh bangun sesebuah kerajaan dikait dengan teori sebab dan akibat.
Antara faktor-faktor:
1.

Ketidakstabilan Politik.

Tamdun Mesopotamia kurang pertahanan, terdedah serangan musuh.


Tamadun Melayu Melaka, diserang Portugis akibat Sultan Mahmud Syah yang suka berfoya dan
pengganti Tun Perak yang lemah serta pertelagahan antara orang Melayu dan Tamil Muslim.
2.

Keruntuhan moral dan nilai ( akhlak ).

Di kalangan pemimpin berfoya-foya, zalim, tamak kuasa dan sebagainya politik tak stabil
kerajaan lemah runtuh diserang orang luar.
Contoh, empayar Rom. Dulu amalkan nilai baik ( anutan virtus Romana ) abai dan zalim
penindasan pemberontakan dari golongan bawahan.
3.

Berleluasanya kezaliman dan penindasan ( Ketidakadilan ).

Wujud jurang perbezaan antara kaya dan miskin.


Contoh Yunani, zaman Greek awal wujud golongan hamba. Socrates misalnya dari golongan
miskin. Golongan kaya tindas orang miskin dan dikerah tenaga.
4.

Berlakunya sikap tertutup dan tidak mahu menerima perubahan.

Terutama dari segi perubahan teknologi atau struktur politik, ekonomi dan sosial.
Kesannya merencatkan daya kreativiti dan inovasi beku dn jumud
Edward de Bono "sikap tertutup merupakan halangan paling besar terhadap anjakan paradigma."
Contoh keruntuhan kerajaan Uthmaniah.
5.

Berlakunya malapetaka

Seperti wabak penyakit musnahkan pemimpin Athens yang berkebolehan, Pericles. Setelah
mangkat, pemimpin tidak berkebolehan misalnya Cleon, pemimpin kejam dan rasuah Athens
jatuh.
E.

CABARAN TERHADAP KEHIDUPAN BERTAMADUN

1.

Kemurnian agama.

2.

utamakan dunia

utamakan ideologi

tiada penghayatan agama

Kemuliaan insan.
-

semangat individualistik berkembang nilai murni seperti kasih sayang, hormat


menghormati, bertolak ansur, tolong menolong semakin pupus.

sma/citu/ctu551 /bab1

12

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

Materialistik jadikan kekayaan sebagai ukuran segala tindakan hilang kasih


sayang dan keikhlasan.

3.

Pembangunan bersepadu.
-

pembangunan material lebih diutamakan dari rohani materialistik jiwa kosong


jenayah meluas keamanan tergugat.

4.

Keadilan sosial
-

5.

pengagihan kekayaan tidak seimbang jurang ekonomi

Kesucian dan keharmonian keluarga


-

modenisasi menjadikan institusi keluarga & perkahwinan lemah & tidak dianggap
mulia tetapi membebankan gejala sosial spt bersekedudukan meluas.

6.

Hubungan sesama ahli keluarga bersandar materialistik.

Wujud hubungan songsang spt lesbian, homoseks dan sumbang mahram.

Bank sperma.

Ibu sewa atau tumpang

Keseimbangan ekologi.
-

7.

pencemaran alam

Peperangan dan perdamaian.


-

banyak peperangan con. Amerika dengan Iraq dll.

Permusuhan etnik dan agama con. Islam di Ambon.

sma/citu/ctu551 /bab1

13

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

1.2

KONSEP TAMADUN ISLAM

a.

PENGERTIAN TAMADUN

Tamadun Islam :
Pencapaian manusia yang sudah melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka
jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai
seni.
Syed Muhammad Naquib al-Attas:
Keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang telah mencapai taraf kehalusan tatasusila dan
kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakatnya
b.

ASAS TAMADUN ISLAM

1.

Aqidah

Definisi :
o bahasa : dari perkataan `aqada bererti ikatan atau simpulan
o istilah : kepercayaan yang teguh, tidak mungkin berbelah bahagi walau dengan apa
cara sekalipun iaitu keimanan kepada Allah dan segala ajaran Rasul-Nya.

ajaran yang berkaitan dengan kepercayaan kepada tuhan

asas akidah terkandung dalam Rukun Iman, termasuk perkara sam`iyyat dan ghaibiyyat.

Fungsi :
1.
asas ajaran Islam ( umpama tapak/fondisi rumah )
2.
asas pertama masuk Islam.
3.
pendorong perlaksanaan segala perintah Allah ( syariat dan ibadat )
4.
pendorong untuk berakhlak mulia

2. Syariah

Definisi :

sma/citu/ctu551 /bab1

14

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

o
o

bahasa : sumber air, cara, jalan yang lurus mengikut al-Quran


istilah : Hukum-hukum atau peraturan yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada
hambaNya melalui Rasul-Nya.

Tujuan diturunkan peraturan


o supaya manusia terdidik untuk mematuhi suruhanNya tanpa rasa berbelahbahagi.
o supaya manusia hidup dalam sejahtera
o supaya hak2 manusia terpelihara.

Syariat bersifat mencegah lebih baik dari mengubati

ajaran yang berkaitan dengan system dan peraturan kehidupan iaitu;


1. hubungan manusia dengan Pencipta Ibadah
2. sistem perekonomian muamalat
3. sistem kekeluargaan munakahat
4. penjagaan hak asasi manusia jinayat
Hak asasi tersebut adalah :
jiwa / nyawa
setiap orang bertanggungjawab menjaga dirinya dan nyawa orang lain
larangan perbuatan membunuh. ( al-An`am 6: 151 )
hukuman bagi pembunuh dihukum bunuh

akal

anugerah paling istimewa dan wajib dijaga


larang perkara yang membawa kemudharatan seperti larang minum arak ( AlMaidah 5 : 90 )
hukuman penzina sebat 100 kali / rejam sampai mati

kehormatan / keturunan
perlu dijaga
larangan perbuatan yang boleh menjatuhkannya seperti mengumpat, menuduh,
memfitnah
larangan perbuatan menghilangkan kehormatan dan kesucian keturunan seperti
zina
hukuman rejam / sebat
harta benda
perlu dicari dan dijaga siapa yg terbunuh untuk mempertahankannya mati
syahid
peraturan agar terkawal - seperti haram riba, judi, menipu, rasuah dll selain
balasan dosa.
contoh peraturan - system faraid, hukuman potong tangan.

agama
perlu bebaskan fikiran dari taklid dan khurafat
kebebasan beragama
murtad dihukum bunuh.

3.

Akhlak

Definisi budipekerti atau tingkahlaku yang lahir secara spontan.

Ia merupakan ajaran yang berkaitan dengan sistem nilai dalam kehidupan iaitu:

sma/citu/ctu551 /bab1

15

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

c.

Nilai kebaikan dan keburukan


Nilai kebenaran dan kebatilan
Dll

Bersifat syumul/ menyeluruh semua aspek :


Terhadap Allah
Terhadap sesama manusia akhlak terhadap ibubapa, guru, kawan, bukan Islam
hingga terhadap musuh Islam.
Terhadap alam binatang dan tumnuhan.

SUMBER-SUMBER TAMADUN ISLAM

Tamadun Islam bersumberkan :


o Naqli
o Aqli

Memperlihatkan dalam aspek ketamadunan, Allah memberi panduan menerusi wahyu-Nya


lantaran kelemahan dan keterbatasan akal manusia.

Di samping itu Allah juga mengiktiraf peranan akal manusia asalkan tidak terkeluar dari
batas yang ditetapkan Allah.

1.

Al-Quran

Definisi Kalamullah yang dturunkan kepada nabi Muhammad saw melalui perantaraan
Jibril secara mutawatir/beransur-ansur, dibukukan dalam satu mashaf, dimulai dengan
Surah al-Fatihah dan akhiri dengan Surah al-Nas.

Sumber utama dalam tamadun Islam.

Dalam konteks kehidupan bertamadun, ia menekankan ajaran mengenai:


i
Kehidupan beragama ( aqidah )
o sentuh persoalan aqidah
o arah manusia supaya beriman kepada Yang Maha Esa
o con. Katakanlah Allah itu Esa. Surah al-Ikhlas
ii

Kehidupan yang berperaturan dan bersistem ( syariah )


o sentuh persoalan sistem kehidupan
o hubungan manusia sesama manusia.
Con : Taatilah Allah, taatilah rasul dan ulil amri Janganlah kamu
membunuh jiwa ( manusia) yang diharamkan Allah kecuali yang hak..
o hubungan manusia dengan alam.
Con. Janganlah kamu berjalan di muka bumi ini mendabik dada

iii

Kehidupan yang mempunyai sistem nilai ( akhlak )


o ajaran yamg menjamin kesejahteraan sejagat seperti

sma/citu/ctu551 /bab1

16

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

- berbuat baik sesama manusia


- bersederhana dalam semua perkara
- bertanggungjawab
- berlumba-lumba dalam buat kebaikan dan kebajikan.
2.

Al- Sunnah

Definisi - Segala yang disandar pada Rasulullah dari sudut percakapan, perbuatan dan
pengakuan baginda saw.

Berfungsi dalam memperinci dan menjelaskan maksud Al-Quran dalam :


o Perlaksanaan kehidupan beragama,
con Iman ialah kamu beriman kepada Allah, malaikat..
o Perlaksanaan syariah Islam
con; Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu lihat aku sembahyang.
o Perlaksanaan akhlak dan kehidupan bertatasusila.
Con. Janganlah kamu berdusta..

3.

Ijtihad

Maksud usaha yang dilakukan oleh ilmuan dan pemikir Islam dalam menangani masalahmasalah umat Islam, terutamanya dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan:
o Kemajuan sains dan teknologi
o Daya reka cipta
o Daya kreativiti

Ketetapan Ijtihad tidak boleh bercanggah dengan nas syarak

Berlaku sejak zaman rasulullah lagi seperti contoh apa yang dilakukan oleh Muaz ketika
mewakili Baginda saw di Yaman

Juga pernah berlaku di zaman Rasulullah para sahabat mencantumkan pokok tamar untuk
dapatkan hasil yang lebih baik.

Con semasa dalam penetapan hukum persoalan anak tabung uji, derma organ dll.

4.

Tamadun-tamadun asing

Islam tidak menolak sebarang penghasilan tamadun asing yang tidak bertentangan dengan
nilai-nilai Islam.

Con. Dalam matematik pengaruh tamadun Greek, Yunani dan India.

d.

MATLAMAT TAMADUN ISLAM

1.

Kesejahteraan manusia ( baldah tayyibah )

Kesejahteraan di dunia dan akhirat

Memakmurkan alam mengikut peraturan dan sistem yang telah ditentukan dalam
perhubungan:
o Manusia dengan Allah

sma/citu/ctu551 /bab1

17

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

o
o
2.

Manusia sesama manusia


Manusia dengan alam

Keredhaan Allah SWT( Rabbun ghafur )

Manusia yanag mendapat keredhaan Allah ialah:


o Mematuhi suruhan-Nya
o Meninggalkan laranganNya
o Menyeru kepada kebajikan

e.

CIRI-CIRI TAMADUN ISLAM

1.

Keagamaan

2.

Teras tamadun
Agama yang bertunjangkan akidah, syariah dan akhlak menjadi asas penting dalam
tamadun Islam
Akidah yang bertunjangkan tauhid sebagai teras
Sejagat ( universal)

3.

Tidak terikat dengan lokasi geografi dan bangsa tertentu


Tidak dibatasi sempadan politik dan budaya.
Wujud di seluruh dunia dan lingkungan umat yang berpegang kepada al-Din.
Jaminan terhadap 5 perkara asas adalah universal
Terbuka

4.

Menerima tamadun lain yang tidak bertentangan dengan nilai-nilai Islam.


Iktiraf sumbangan masyarakat bukan Islam dalam negara Islam.
Sepanjang Zaman

5.

Tiada sempadan waktu dan zaman


Menerima semua kemajuan umat yang berteraskan akidah Islam.
Toleransi

6.

Bertoleransi terhadap sistem kepercayaan atau kebudayaan lain.


Masyarakat bukan Islam di bawah pemerintahan Islam bebas mengamalakan agama dan
kepercayaan mereka.
Kesatuan dan Kepelbagaian

Semua bentuk pencapaian dan kemajuan dalam tamadun Islam kesemuanya di bawah
kesatuan akidah Islam yang menjurus ke arah mengesakan Allah

sma/citu/ctu551 /bab1

18

CTU551 : Bab1( Pengenalan Ilmu Ketamadunan)

7.

Keseimbangan

1.3

Segala kemajuan yang dihasilkan dalam tamadun Iadalah untuk kembali kepada Yang
Maha Agung, Pencipta Seluruh Alam.

Material
Spiritual
Intelektual

RELEVENSI DENGAN PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA

1.

Kemajuan yang komprehensif / bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelektual
dengan berteraskan akidah, syariah dan akhlak.

2.

Kehidupan yang beradab dan berakhlak

3.

Pendidikan yang holistik dan berwawasan.

4.

Membangun masyarakat yang mampan dan hadhari.

5.

Berinteraksi dan berkomunikasi secara global.

sma/citu/ctu551 /bab1

19

Anda mungkin juga menyukai