Anda di halaman 1dari 5

Kolam Ikan Koi/Kap

by azwan on 30/05/2009

Apabila kita memperkatakan mengenai Zen, pastinya terlintas ikan koi atau kap yang
menghiasi kolam kecil di laman. Kolam ikan koi atau Koi Pond sebenarnya tidaklah
sukar untuk diselenggara jika anda tahu cara menjaganya dan pembinaannya mengikut
spesifikasi yang ditetapkan atau anda mendapatkan nasihat pakar.
Seorang pakar koi Pond Loong Chek Jen dari SerenityScape berkata, Koi Pond yang
mudah diselenggara adalah yang berkualiti tinggi yang mana 30 peratus daripada
keseluruhan kolam dilengkapi penapis atau filter untuk menapis air serta memastikan
kolam bersih selain ikan koi sihat.
Pelbagai bahan yang digunakan untuk penapis kolam iaitu besi tahan karat, Japanese
Mat, kulit tiram, bio-ring dan crush coral. Aksesori kolam pula seperti fiber, plastik, batu
pasir, batu tiruan, granit dan batu marmar. Ramai yang memilih fiber dan batu pasir
kerana harganya lebih murah, terkini dan mudah diselenggarakan. Jumlah ikan haruslah

disesuaikan

dengan

keluasan

kolam.

Bagi menaikkan seri kolam, biasanya pokok renek dan rumpai air akan ditanam
berhampiran kolam manakala mereka yang suka konsep Zen tentunya memilih pepohon
bonsai, kemboja dan busida. Keladi bunting, teratai dan melati masih menjadi pilihan
ramai untuk menghiasi dalam kolam, namun koi Pond tanpa tumbuhan dalam air sudah
mencukupi kerana ikan koi berwarna warni dan menarik.
Kedalaman air yang sesuai untuk ikan koi adalah satu liter air untuk satu tan ikan per
satu meter persegi kolam. Bagi menjamin keselesaan dan kolam koi anda nampak
eksklusif, lebih baik hadkan jumlah ikan mengikut saiz dan kedalaman air.
Kebiasaannya kedalaman terbaik untuk memelihara ikan koi ialah sekurang-kurangnya 36
sentimeter (sm) atau lebih. Kolam yang terdedah dengan cahaya matahari terik, perlu
dipastikan kedalamannya lebih daripada 36 sm.
Panduan membela ikan talapia.
Elakkan meletakkannya bersama ikan lain terutama ikan kecil seperti gapi dan ikan emas
kerana ia menghilangkan seri kolam dan kemungkinan ikan lebih kecil menjadi makanan
ikan koi.
Bersihkan segera air pada bahagian bawah kolam yang sudah kotor dan busuk kerana ia
boleh dikesan apabila ikan peliharaan anda sering kelihatan muncul di permukaan air.
bila membersihkan kolam, anda disarankan supaya tidak membuang semua air ketika
membersihkan kolam dan tinggalkan sekurang-kurangnya 40 peratus. Pagi adalah waktu
terbaik untuk anda membersihkan kolam kerana kandungan klorin ketika itu kurang
berbanding sebelah malam
Tip: Kolam ikan koi

Gunakan penapis air yang mudah dicuci dan elakkan daripada menggunakan
bahan mudah mendap najis atau makanan ikan.

Penapis air juga perlu dicuci seminggu sekali untuk memastikan ia sentiasa berada
dalam keadaan bersih.

Untuk kolam baru, anda perlu bersihkan dulu dengan air sebelum anda
memasukkan ikan atau tumbuhan air. Ini penting untuk memastikan kotoran dan
basuhan terakhir binaan kolam tidak tertinggal dalam kolam

Gunakan bahan pencuci dengan kadar pekatan sederhana jika anda mahu mencuci
kolam. Kaedah berkenaan dapat membantu mengurangkan kesan bahan pencuci
yang dikhuatiri membunuh hidupan air.

Tidak perlu risau dengan keadaan lumut yang kian menghijau kerana ia tumbuh
secara semula jadi seiring kematangan tumbuhan air lain. Ia juga menjadikan
landskap nampak lebih hidup

Wednesday, March 24, 2010


Kenali Ikan Koi
Adik, kakak, abang, mak, ayah...siapa lagi ye.
Hari ni kita cuba kenali ikan koi pula.
Cantikkan ikan koi ni.
Kalau sy dpt pelihara, kan best.
Ikan Koi merupakan sejenis ikan kap yang banyak dipelihara sebagai ikan
hiasan kerana sifatnya yang lemah lembut. (Betul ke?)
Ia hampir menyerupai ikan Emas dan memang dalam famili yang sama dengan
ikan Emas.

Terdapat banyak sekali jenis ikan koi, tiga antaranya yang sangat terkenal
disebut Gosanke.

Yang termasuk Gosanke adalah :


1. Kohaku
Kohaku merupakan jenis ikan koi yang mempunyai corak warna merah di
atas warna putih.
2. Sanke
Sanke adalah jenis ikan koi yang mempunyai corak warna merah dan
hitam di atas warna putih. Corak hitam tidak terdapat di kepala.
3. Showa
Showa adalah jenis ikan koi hitam dengan corak warna merah dan putih.

Anda mungkin juga menyukai