Anda di halaman 1dari 78

PERSEPSI GURU PELATIH TAHUN LIMA PENDIDIKAN TEKNIK DAN

VOKASIONAL (AWAM, ELEKTRIK DAN JENTERA) TERHADAP TAHAP


PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN MEREKA DALAM KURSUS
KEJURUTERAAN DI FAKULTI PENDIDIKAN

MUHAMAD GHAZALI BIN MOHD SAAID

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

iii
PERSEPSI GURU PELATIH TAHUN LIMA PENDIDIKAN TEKNIK DAN
VOKASIONAL (AWAM, ELEKTRIK DAN JENTERA) TERHADAP TAHAP
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN MEREKA DALAM KURSUS
KEJURUTERAAN DI FAKULTI PENDIDIKAN

MUHAMAD GHAZALI BIN MOHD SAAID

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai


Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia

MAC, 2006

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah S.W.T dengan izin-Nya
Projek Sarjana Muda ini dapat disempurnakan. Selawat dan salam untuk junjungan
Rasullullah S.A.W serta para sahabat baginda.
Dalam usaha menjayakan projek ini, penulis ingin merakamkan ucapan setinggitinggi penghargaan dan sekalung budi kepada Cik Narina A. Samah yang berusaha
memberi dorongan sepanjang penyediaan projek ini.
Rasa penghargaan juga dihulurkan kepada rakan-rakan, tidak kurang juga kepada
orang perseorangan yang telah membantu dan mendorong secara tidak langsung atau
tidak langsung untuk menyempurnakan projek ini.
Akhir sekali kepada ibu dan ayah yang banyak memberi semangat kepada penulis
dalam apa jua keadaan. Segala jasa ibu dan ayah amat penulis hargai dan hanya Allah
S.W.T yang dapat membalas.
Sekian.

vi

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi guru pelatih terhadap tahap pengetahuan dan
kemahiran mereka dalam kursus kejuruteraan di Fakulti Pendidikan Seramai 70 orang pelajar
daripada kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam/Elektrik/Jentera)
telah terlibat dalam kajian ini. Pengkaji menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan
data daripada responden dan kemudiannya akan diproses menggunakan perisian Statistical
Package For Social Science (SPSS) versi 14. Analisis data dinyatakan dalam bentuk peratusan,
kekerapan dan min. Nilai kebolehpercayaan item adalah = 0.85. Hasil daripada penyelidikan
menunjukkan terdapat permasalahan dalam kemahiran. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa
tahap pengetahuan mengikut persepsi guru pelatih adalah pada tahap sederhana (min = 3.51).
Manakala tahap kemahiran mengikut persepsi guru pelatih adalah pada tahap rendah (min =
2.32).

vii

ABSTRACT

This research was conducted to investigate teacher trainee perceptions level of their knowledge
and skills in engineering course at Faculty of Education. A number of 70 respondents consist of
students taking Bachelor Degree of Technology with Education (Civil Engineering/ Electrical
Engineering/ Mechanical Engineering) courses were involved in this research. The researcher
used the questionnaire method to collect the relevant information from the respondents and the
later analyzed the finding using the Statistical Package For Social Science (SPSS) version 14
software. Data was presented in percentage, frequency and mean. The value of item was at =
0.85. Findings showed the perception on the level of knowledge was at moderate level (mean =
3.51). Where else the perception on the level of skills was at low level (mean = 2.32).

viii

KANDUNGAN

BAB

BAB I

PERKARA

MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

ii

JUDUL

iii

PENGAKUAN

iv

PENGHARGAAN

ABSTRAK

vi

ABSTRACT

vii

KANDUNGAN

viii

SENARAI JADUAL

xi

PENDAHULUAN
1.0

Pengenalan

1.1

Latar Belakang Masalah

1.2

Pernyataan Masalah

1.3

Objektif Kajian

1.4

Persoalan Kajian

1.5

Kepentingan Kajian

1.6

Skop Kajian

10

1.7

Batasan Kajian

10

1.8

Definisi Istilah

11

ix

BAB II

SOROTAN PENULISAN
2.0

Pengenalan

13

2.1

Pembelajaran Pengetahuan

14

2.2

Pembelajaran Kemahiran

16

2.2.1. Pendedahan Kepada Industri

18

2.2.2. Pembelajaran Di Sekolah Dan Aplikasi


Di Luar Bilik Darjah
BAB III

BAB IV

20

METODOLOGI KAJIAN
3.0

Pengenalan

21

3.1

Rekabentuk Kajian

22

3.2

Populasi Dan Sampel

24

3.3

Instrumen Kajian

25

3.4

Kesahan Soal Selidik

28

3.5

Kajian Rintis

28

3.6

Analisis Data

29

ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN


4.0

Pengenalan

32

4.1

Analisis Bahagian A

33

4.2

Analisis Bahagian B
4.2.1

Analisis Persoalan Kajian Pertama

36

4.2.2

Analisis Persoalan Kajian Kedua

40

x
BAB V

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN


5.0

Pengenalan

44

5.1

Perbincangan Persoalan Kajian

45

5.1.1

Perbincangan Objektif Pertama

46

5.1.2

Perbincangan Objektif Kedua

49

5.2

Rumusan

51

5.3

Cadangan Kajian

52

5.4

Cadangan Kajian Lanjutan

53

5.5

Penutup

53

BIBLIOGRAFI

54

LAMPIRAN

58

BAB 1

PENGENALAN

1.0

Pendahuluan

Bidang sains dan teknologi merupakan salah satu bidang yang memainkan
peranan penting dalam mencapai matlamat wawasan 2020. Kemahiran dan berilmu
pengetahuan adalah salah satu eleman yang penting untuk seseorang individu dalam
bidang sains dan teknologi. Oleh yang demikian, Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) telah merancang dan mengadakan beberapa program bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berpengetahuan dalam bidang teknologi.

KPM telah berusaha mewujudkan satu sistem pembelajaran yang kompetitif


kepada semua rakyat Malaysia melalui pendidikan sepanjang hayat. Kerajaan Malaysia
telah memberi sokongan sepenuhnya dalam memastikan semua rakyat mendapat
pendidikan sebaiknya tidak kira apa peringkat umur sekalipun ke arah menjadikan
masyarakat Malaysia sebagai masyarakat yang berilmu pengetahuan dan kemahiran ke
arah Wawasan 2020.

2
Ini terkandung dalam cabaran No. 2 Wawasan 2020 iaitu melibatkan pembentukan
sebuah masyarakat Malaysia yang bebas dari segi psikologi, selamat dan maju yang
memiliki kepercayaan dan keyakinan dalam dirinya sendiri, cukup kuat untuk
menghadapi semua bentuk kesusahan sementara ia mengejar kecemerlangan (Ungku A.
Aziz, 1991).

KPM melalui Jabatan Pendidikan Teknikal atau JPTek telah terlibat secara
langsung dalam memberikan pendidikan berbentuk kemahiran kepada semua rakyat
Malaysia bersama-sama industri lain yang berkait rapat dengan bidang kemahiran dan
pengetahuan. Sebagai contoh pihak yang terlibat secara langsung dalam pendidikan
kemahiran adalah Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK), Majlis Amanah
Rakyat (MARA), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Sumber
Manusia (KSM). Terdapat banyak lagi pihak lain yang terlibat cuma skop mereka tidak
sebesar seperti yang dinyatakan sebelum ini. Pihak ini bertanggungjawab memberikan
rakyat Malaysia pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan.

Menurut Dato Loke Yuen Low, Malaysia masih memerlukan sekurangkurangnya 600,000 tenaga kerja profesional dan teknikal serta mahir dan separuh mahir
menjelang tahun 2020. Ini bermakna negara perlu mengeluarkan kira-kira 100,000
pekerja separuh mahir dan mahir dalam tempoh enam tahun akan datang untuk
menampung keperluan tersebut (Utusan Malaysia, 5 April 1995). Ini menunjukkan
pendidikan kemahiran adalah penting seiring dengan kemajuan negara ke arah Wawasan
2020.

Sekolah dan institusi akademik ditubuhkan untuk melahirkan cerdik pandai dan
cendiakawan yang akan menerus dan mengembangkan disiplin ilmu yang dianggap
penting untuk tamadun manusia. Manakala sekolah dan pusat latihan vokasional
ditubuhkan untuk menjaga kepentingan ekonomi di mana sesebuah negara yang ingin

3
maju harus menyediakan secara berterusan tenaga manusia yang diperlukan untuk
membangun sektor ekonomi (Labaree 1997).

Pada tahun 1999, KPM telah memperkenalkan satu program yang diberi nama
Sekolah Ke Kerjaya (SKK) untuk meningkatkan pencapaian pelajar dalam bidang
kemahiran. Konsep yang digunakan dalam SKK ialah program pendidikan dan latihan
tempat kerja bagi mengembangkan potensi pelajar dengan membekalkan mereka
pengetahuan dan kemahiran bolehguna melalui pengalaman tempat kerja (PPK,1999).
Program latihan diadakan dengan kerjasama pihak swasta dan industri. Objektif SKK
ialah untuk membolehkan pelajar mengikuti panduan pengajaran dan pembelajaran
setaraf dengan kebolehan dan keupayaan mereka dari segi akademik.

Selain itu juga dapat mengembangkan potensi dan kemahiran bolehguna pelajar
dengan melalui pengalaman tempat kerja dan akhir sekali ialah untuk memanfaatkan
masa belajar diperingkat sekolah menengah terutama untuk mereka yang berpencapaian
rendah dari segi akademik. Namun yang demikian pelaksanaannya kurang mendapat
sambutan dan kerjasama dari pihak swasta dan industri, dan ini menunjukkan program ini
kurang berjaya.

1.1

Latar Belakang Masalah

Matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara


perindustrian menjelang tahun 2020 menyebabkan pendidikan vokasional dan teknik
berada pada tahap yang sangat penting pada masa kini. Untuk mencapai matlamat
tersebut, satu rancangan bersistem dilaksanakan melalui Pelan Induk Perindustrian.

4
Dalam bidang Pendidikan dan Latihan, Sekolah Menengah Vokasional merupakan salah
satu intitusi yang bertanggungjawab untuk menyediakan seberapa ramai tenaga buruh
separuh mahir bagi memenuhi keperluan perindustrian negara, disamping juga institusiinstitusi lain seperti Politeknik, Institut Kemahiran Mara dan Institut latihan
Perindustrian. ( Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, KPM, 1991 ).

Hasrat KPM iaitu melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam pelbagai bidang
yang relevan dan bermakna bagi membolehkan mereka merancang masa depan dalam
pelbagai aspek seperti peluang kerjaya, perniagaan sendiri atau meneruskan pengajian
latihan di mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) (KPM, 2002).

Seseorang individu yang berhajat menjadi guru dikehendaki menjalani latihan dan
pendidikan guru yang diadakan oleh Kementerian Pendidikan dan Badan Berkanun (Esah,
2003). Latihan dan pendidikan guru diadakan di maktab perguruan dan universiti
tempatan manakala yang menjalani latihan di luar negara mestilah yang menjadi tumpuan
serta diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.

Menurut Hirst (dalam Jaludin, 1991) kurikulum ditakrifkan sebagai satu program
aktiviti yang disusun oleh guru atau tenaga pengajar untuk membolehkan pelajar
mencapai objektif yang telah dirancangkan. Kurikulum yang baik hendaklah selari
dengan kehendak semasa dan dapat melahirkan pekerja yang cekap, mahir dan produktif.
Pelajar-pelajar yang mengikuti kursus berkenaan akan didedahkan dengan pengetahuan
dan kemahiran dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari. Segala kemahiran dan
pengetahuan yang telah dipelajari ini mereka perlu aplikasikan dalam persediaan latihan
mengajar yang telah mereka hadapi.

5
Kurikulum pendidikan guru dinilai melalui proses penilaian kurikulum dengan
tujuan untuk meningkatkan lagi kualiti pendidikan guru. Dengan ini profesion perguruan
memerlukan semua ahilnya yang terlibat dengan pendidikan guru adalah dilatih dan
dididik dengan kurikulum yang berkualiti dan mantap. Kurikulum pendidikan guru
menyediakan peluang bagi guru bagi memperoleh ilmu tentang pelbagai teori pengajaran
dan amali yang membolehkannya menjadi guru yang profesional (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 1984).

Selaras dengan usaha kerajaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan serta bertanggungjawab, pihak Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia, telah menggariskan beberapa objektif, demi mencapai
matlamat akhir pendidikan yang murni tersebut (Abu Hassan, 1999). Antara objektif
khusus yang perlu dicapai dan dikuasai pelajar adalah untuk:

i.

Menghasilkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani
dan intelek (JERI).

ii.

Membentuk insan yang berupaya berfikir secara logis, analitis, kreatif, inovatif
serta memiliki ilmu pengetahuan.

iii.

Mengembangkan potensi dan keupayaan individu.

iv.

Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan bagi


membolehkan pembelajaran berlaku secara maksimum.

v.

Membolehkan pelajar mempelajari nilai-nilai murni melalui pelbagai jenis


matapelajaran, secara bersepadu.

vi.

Menghasilkan individu yang berakhlak mulia serta bersifat progresif.

vii.

Menghasilkan rakyat Malaysia yang berilmu dan berketrampilan agar dapat


memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.

viii.

Melahirkan insan yang beragama dan mempunyai kemantapan jiwa serta sedia
untuk berbakti.

ix.

Melahirkan individu yang memahami serta menghayati cara hidup berdemokrasi.

6
x.

Memenuhi keperluan pelajar terutamanya untuk mengembangkan potensi atau


bakat dan keupayaan mereka.

Seseorang guru yang terlatih perlulah menjalankan tugas dan melaksanakannya


dengan cekap serta memenuhi tuntutan masyarakat dan matlamat negara. Selaras dengan
matlamat ini, guru perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran yang
dapat mendidik pelajar dari segi akademik dan juga toleransi, serta tolong menolong
untuk mewujudkan integrasi nasional di kalangan pelajar (Esah, 2003).

Oleh itu, persediaan guru-guru teknik dan vokasional seharusnya berbeza daripada
persediaan guru-guru pendidikan am yang lain. Mereka haruslah memperkemaskan diri
mereka dengan pengetahuan dan kemahiran untuk berhadapan dengan situasi atau
suasana persekolahan yang mencabar. Sebagaimana pandangan Allen (1912) memberi
fungsi guru vokasional yang meliputi perkara-perkara yang berikut:

1) Cekap dalam bidang yang diajar.


2) Mengetahui apa yang akan diajar.
3) Boleh menyelesaikan masalah dan dapat bekerja secara bijak dengan
pelajar remaja dan dewasa.
4) Berpandangan jauh.

Guru yang hanya mahir dalam dalam bidang teknikal tetapi tidak mempunyai
pengetahuan yang baik hanya memenuhi sebahagian daripada keperluan untuk menjadi
guru yang baik dan begitu juga sebaliknya. Guru mestilah mempunyai kedua-dua
kecekapan iaitu dalam teknikal atau kemahiran serta pengetahuan yang baik. Pandangan
Newcomb tentang guru vokasional menggambarkan guru vokasional sebagai humanist
(Rahman, 1994). Menurut Newcomb (1979):

Guru humanistik adalah lebih daripada penyampai maklumat. Mereka


mengetahui perkembangan pesat teknologi untuk diajar kepada pelajar atau cuba
belajar bagaimana untuk menyelesaikan masalah di samping mengetahui cara
penyelesaiannya untuk disampaikan kepada pelajar. Mereka adalah pembimbing,
ahli falsafah dan rakan.

Oleh itu adalah menjadi tanggungjawab para bakal guru untuk mempersiapkan
diri mereka dengan pengetahuan dan kemahiran sama ada dalam bidang teknikal atau
sebagainya untuk menjadi bakal pendidik kepada anak bangsa.

1.2

Penyataan Masalah

Kajian ini dijalankan untuk melihat apakah persepsi guru-guru pelatih tahun lima
pendidikan teknik dan vokasional terhadap tahap pengetahuan dan kemahiran mereka
dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia.

8
1.3

Objektif Kajian

Beberapa objektif telah dikenalpasti dalam menjalankan kajian ini. Berikut ialah
objektif yang telah ditetapkan.

1.3.1

Mengenalpasti persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan


Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap pengetahuan yang telah
diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan.

1.3.2

Mengenalpasti persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan


Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap kemahiran yang telah
diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan.

1.4

Persoalan Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, beberapa persoalan kajian telah dikenalpasti


berdasarkan objektif yang hendak dicapai. Persoalan kajian yang telah dikenalpasti adalah
seperti berikut :

1.4.1

Apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional
(Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap pengetahuan yang telah diperolehi dalam
kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan?

1.4.2

Apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional
(Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap kemahiran yang telah diperolehi dalam
kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan?

9
1.5

Kepentingan Kajian

Kajian ini dibuat adalah untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai
persepsi pelajar-pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dalam
kursus kejuruteraan di Fakulti Pendidikan. Kajian seumpama ini diharap dapat membantu
pihak-pihak yang berkenaan mempertingkatkan lagi usaha bagi memastikan pelajar dari
aliran kejuruteraan dalam Jabatan Teknik dan Vokasional dapat menguasai pengetahuan
dan kemahiran dalam kursus kejurutraan yang dipelajari sepenuhnya.

1.5.1

Fakulti Pendidikan

Hasil daripada dapatan kajian yang akan dijalankan boleh dijadikan landasan
untuk merancang kurikulum yang lebih mantap dan memastikan pelajar dari aliran
kejuruteraan dalam Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional dapat menguasai
pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi sebagai persediaan dalam menghadapi
proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

1.5.2

Bakal Guru

Hasil daripada kajian yang dijalankan diharap dapat membantu para bakal guru
untuk meningkatkan serta memantapkan pengetahuan dan kemahiran mereka di dalam

10
kursus kejuruteraan supaya dapat menjadi pendidik yang berguna dan diaplikasikan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

1.6

Skop Kajian

Dalam menjalankan kajian ini, skop kajian yang ditetapkan akan hanya melihat
persepsi pelajar-pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari sepanjang
mengikuti kursus serta aplikasi semasa latihan mengajar dijalankan. Kajian ini dijalankan
ke atas pelajar tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Awam), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)dalam Jabatan Teknik dan
Vokasional, Fakulti Pendidikan.

1.7

Batasan Kajian

Kajian ini tertakluk kepada batasan kajian seperti berikut :-

1.7.1

Kajian ini ditumpukan di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi


Malaysia.

1.7.2

Kajian ini terbatas kepada pelajar-pelajar yang mengambil kursus


kejuruteraan di fakulti pendidikan dan pernah menjalani latihan mengajar.

11
1.8

Definisi

Dalam kajian ini terdapat beberapa istilah yang perlu diberi penjelasan dengan
terperinci kerana ia digunakan oleh pengkaji untuk keperluan kajian. Antaranya ialah:

1.8.1

Persepsi

Menurut Azizi et al. (2004) dalam bukunya Psikologi Sosial, persepsi sosial
merujuk kepada satu proses untuk membuat penilaian terhadap tingkah laku orang lain.

1.8.2 Guru Pelatih

Merujuk kepada pelajar tahun lima jurusan Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Mekanikal) di Fakulti Pendidikan. Pelajar-pelajar ini telah menjalani latihan mengajar
pada tahun 2004.

12
1.8.3 Pengetahuan

Dalam kontek kajian ini, pengetahuan merangkumi cara kecekapan serta


pengetahuan guru pelatih terhadap kursus kejuruteraan serta aplikasi dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

1.8.4

Kemahiran

Menurut Ahmat (1997), kemahiran diertikan sebagai ketrampilan, kecekapan dan


pengetahuan guna tenaga dalam dalam bidang teknikal yang melibatkan operasi kognitif,
psikomotor dan penggunaan sumber yang berkesan. Dalam kontek kajian ini, kemahiran
bermaksud ketrampilan, kecekapan dan berpengetahuan.

1.8.5

Kursus Kejuruteraan

Matapelajaran kejuruteraan yang dipelajari oleh pelajar-pelajar tahun lima jurusan


Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal) di Fakulti Pendidikan.

13

BAB II

SOROTAN PENULISAN

2.0

Pengenalan

Pendidikan teknik dan vokasional yang formal di Malaysia bermula dengan


tertubuhnya Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) pada tahun 1974. Tujuan bahagian ini ditubuhkan adalah
untuk merancang, menyediakan kurikulum dan sukatan latihan perguruan serta
menyediakan pendidikan teknik dan vokasional di peringkat menengah rendah, menengah
atas dan peringkat pengajian tinggi.

Matlamat pendidikan di Malaysia adalah untuk melahirkan individu yang


berpengetahuan, individu yang memiliki kemahiran yang murni, melahirkan warganegara
yang bertanggungjawab, serta mempunyai nilai moral dan etika yang kukuh, memupuk
perpaduan negara disamping membantu membentuk tenaga kerja yang mempunyai
kebolehan teknik yang akan meningkat daya saing ekonomi Malaysia (Mahathir
Mohamed, 1991).

14
2.1

Pembelajaran Pengetahuan

Kejayaan seseorang pelajar dalam sesuatu matapelajaran dikaitkan dengan


keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran di mana prestasi pencapaian pelajar
dalam peperiksaan memberikan gambaran yang sebenar kepada mutu pengajaran dan
pembelajaran yang dijalankan oleh seseorang guru. Dalam konteks ini, tugas guru adalah
untuk menyebar atau memindahkan maklumat dengan menterjemahkan kandungan
pelajaran kepada sesuatu bentuk yang boleh difahami oleh pelajar melalui aktiviti
pembelajaran yang sesuai. Guru bertanggungjawab untuk melahirkan masyarakat yang
berilmu dan berakhlak tinggi serta pandai memanfaatkan ilmu untuk kehidupan yang
cemerlang (Wan Rahimah, 1995).

Mohd Hasni (1996), dalam kajiannya mendapati guru yang berkualiti adalah guru
yang berkebolehan menyampaikan isi kandungan mata pelajaran kepada pelajar supaya ia
sentiasa menarik dan berkesan. Proses pengajaran dan pembelajaran ini akan membawa
kepada pengajaran yang berkualiti dan mempunyai hubungkait dengan pencapaian pelajar
dalam sesuatu pelajaran.

Guru berperanan sebagai penyampai ilmu pengetahuan yang penting dalam


pengajaran secara tradisi. Pengetahuan merupakan kebolehan untuk mengingat atau
mengenal semula sesuatu pelajaran yang telah dipelajari samada daripada buku, guru atau
rakan (Sulaiman, 1997). Dalam konteks kajian ini, pengetahuan merujuk kepada
pengetahuan guru tentang subjek yang diajarnya, pelajar, kurikulum, pengaruh faktor lain
terhadap pengajaran dan pembelajaran serta pengetahuan mengenai kemahiran mengajar
tersendiri pada seseorang.

15
Pembelajaran yang efektif boleh dicapai melalui integrasi proses berfikir dan
dibantu oleh naluri-naluri melihat, mendengar, merasa dan menghidu (Zaidatol dan
Habibahh, 1990). Ini bermakna penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) yang
sempurna dapat meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
terutama kepada pelajar yang lemah dan rendah keupayaan berfikir.

BBM yang baik bukan saja dapat membantu guru mendidik dan membimbing
pelajar menghayati ilmu yang disampaikan tetapi mampu membantu pelajar
mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian (Zaidatol dan Habibah, 1990).

Menurut Mohd. Salleh (1996), dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar
sepatutnya didedahkan kepada pelbagai sumber maklumat berkaitan kandungan sesuatu
mata pelajaran dan tidak terhad kepada buku teks sahaja. Keberkesanan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran yang mencapai matlamat kurikulum bergantung kepada
banyak faktor, samada yang terdapat pada guru, pada pelajar mahupun pada keadaan
fizikal bilik darjah (Rashidi dan Abdul Razak, 1996).

Menurut Atan Long (1991), untuk mendapatkan pengajaran yang berkesan


seseorang guru perlu menyampaikan pengajarannya mengikut prinsip-prinsip yang
tertentu. Guru yang merancang semua aspek pengajaran dengan teliti dapat
menyampaikan pengetahuan ataupun kandungan dengan berkesan dalam tempoh yang
ditetapkan (Rashidi dan Abdul Razak, 1996). Sekiranya kandungan sesuatu kurikulum itu
dapat disampaikan dengan jayanya menurut kehendak objektif yang telah ditetapkan,
matlamat suatu kurikulum semestinya dapat dicapai.

Billett (1994) membuat kesimpulan bahawa pembelajaran yang berkesan adalah


hasil dari aktiviti yang berkaitan dan bermakna kepada pelajar, dilakukan dalam konteks

16
dan suasana yang sesuai; dibimbing oleh pengajar yang terlatih; dan pelajar mempunyai
peluang untuk berinteraksi dengan pelajar yang lain. Hasil penyelidikan menyokong
peranan pembelajaran secara kontekstual (contextual learning) dalam pendidikan
akademik dan vokasional. Pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar didedahkan
kepada suasana yang sebenar di mana pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dapat
diaplikasikan secara praktikal (Billett, 1993).

2.2

Pembelajaran Kemahiran

Oleh kerana pekerjaan penting dalam kehidupan manusia, Islam tidak menghalang
umatnya mempelajari kemahiran dalam bidang pekerjaan yang dilakukan, asalkan bidang
pekerjaan itu diredhai oleh Allah (s.w.t). Menurut Rahman dan Zakaria (1994), dalam
usaha mempelajari kemahiran pekerjaan, Ibnu Sinna menegaskan:

Apabila seseorang anak itu selesai belajar al-Quran, menghafal pokok-pokok


bahasa, setelah itu barulah dia mempelajari apa yang akan dilakukan untuk
bidang pekerjaannya dan untuk itu dia haruslah diberi petunjuk.

Di samping mempelajari kemahiran, perhatian juga diberikan kepada minat dan


kemampuan pelajar dalam melakukan pekerjaan yang akan dipelajarinya. Kepentingan
mempelajari kemahiran pekerjaan juga boleh dipelajari daripada sirah Rasulullah (s.a.w).
Semenjak kecil lagi baginda telah dididik menternak kambing, apabila berusia 13 tahun,
baginda mempelajari selok-belok perniagaan daripada bapa saudara baginda. Hasil
daripada didikan tersebut, baginda telah menjadi peniaga terkenal ketika berusia 25 tahun.

17
Menurut Ahmat (1997), kemahiran diertikan sebagai ketrampilan, kecekapan dan
pengetahuan guna tenaga dalam dalam bidang teknikal yang melibatkan operasi kognitif,
psikomotor dan penggunaan sumber yang berkesan. Dalam kontek kajian ini, kemahiran
bermaksud ketrampilan,kecekapan dan berpengetahuan. Ringkasnya, kemahiran
merupakan aspek yang penting bagi melaksanakan tugas dalam bidang pendidikan.

Disamping itu, guru perlu menguasai kemahiran, terutama yang berkaitan dengan
melibatkan penggunaan kerja tangan. Guru-guru akan dapat mengajar dengan penuh
yakin jika mempunyai ilmu dan kemahiran yang lengkap. Kemahiran dan teknik
pengajaran yang baik akan memastikan minat pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran
dapat ditingkatkan atau dikekalkan (Abdul Razak, 1997).

Menurut Gagne (1985) dalam bukunya The Conditions of Learning


mengemukakan satu teori mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam
sesuatu proses rangsangan. Mengikut teori beliau rangsangan-rangsangan daripada
persekitaran luar akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat
itu akan ditaksir dalam stor ingatan, kemudian akan dihantar ke stor ingatan jangka
panjang dan kepada penggerak. Kemahiran dijana oleh rangsangan-rangsangan yang
diterima oleh pelajar.

Menurut Crow dan Crow (1983), pembelajaran kemahiran ialah perolehan tabiat,
pengetahuan dan sikap. Ia melibatkan cara baru untuk membuat sesuatu kerja dan ia
bertugas dalam perubahan individu untuk mengatasi rintangan atau untuk menyesuaikan
diri kepada situasi baru. Ia merupakan perubahan tingkahlaku yang positif sambil
individu itu bertindak balas kepada situasi dalam usaha menyesuaikan tingkah laku
dengan berkesan kepada permintaan yang dibuat terhadapnya. Ia juga membolehkan
individu itu memenuhi minat atau mencapai matlamatnya.

18
2.2.1

Pendedahan Kepada Industri

Pendedahan kepada industri boleh dilakukan melalui lawatan atau latihan industri.
Kedua-dua aktiviti ini telah diakui oleh guru-guru akademik dan vokasional sebagai cara
yang praktikal untuk meningkatkan pengetahunan mengenai alam pekerjaaan. Program
ini juga boleh dipanggil sebagai balik-ke-industri yang perlu dikendalikan oleh pihak
Kementerian, sekolah, instistusi pengajian tinggi, industri dan pihak-pihak lain yang
berminat (Ramlee, 1999).

Untuk memenuhi tuntutan ini, partnership atau usahasama antara sekolah serta
institusi pengajian tinggi dan industri hendaklah dijalinkan di mana peluang untuk pelajar
melihat aplikasi pembelajaran di sekolah dan di institusi pengajian tinggi kepada proses
yang berlaku di industri akan meningkatkan minat pelajar terhadap sesuatu karier. Latihan
di industri untuk pelajar-pelajar mempunyai beberapa kelebihan seperti: belajar dalam
suasana alam pekerjaan yang sebenar; mendapat bimbingan dari pekerja lain yang
berpengalaman; belajar cara menyelesaikan masalah teknikal yang sebenar dan bukannya
hypothetical seperti yang biasanya berlaku di dalam bilik darjah (Kramlee, Ruhizan,
Hamdan, 2003).

Menurut Ahmad (1994), di negara- negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman
dan Jepun, kolabrasi antara sekolah dan industri memang telah lama terjalin. Justeru itu,
perancangan yang rapi dan sistematik diperlukan untuk menarik minat pihak industri
untuk sama-sama terlibat dalam usahasama ini.

Ini penting kerana pelajar tidak akan dapat memahami suasana di industri hanya
melalui pembelajaran melalui buku. Pelajar juga perlu melengkapkan diri dengan
pengetahuan dan kemahiran yang dianggap penting oleh majikan. Penyelidikan

19
menunjukan bahawa majikan memilih pekerja yang mempunyai sikap yang positif,
bermotivasi, dan mempunyai kemahiran yang sesuai (Custer & Claiborne 1995).

Menurut Kramlee, Ruhizan dan Hamdan (2003) dengan bekerja, belajar, dan
bekerjasama antara satu sama lain, guru-guru akademik dan vokasional dapat melihat dan
menilai kepentingan usahasama dan kolabratif ini melalui pengajaran berpasukan.
Integrasi akademik dan vokasional juga boleh dilaksanakan secara kolabratif dalam
menyediakan tugasan yang dirancang bersama. Contohnya, guru geografi dan guru
perdagangan menyediakan tugasan bersama di mana pelajar dikehendaki merancang dan
menyediakan aturcara lawatan ke beberapa tempat dengan kos yang terbaik untuk satu
pakej pelancongan.

Di samping penglibatan pelajar dalam latihan industri, guru-guru akademik dan


vokasional juga perlu menjalani latihan industri terutama guru-guru yang tidak
mempunyai pengalaman bekerja dalam sesuatu industri. Kajian di Amerika Syarikat
menunjukkan bahawa guru-guru yang menamatkan latihan industri adalah lebih berkesan
dalam menghubungkan pengajaran di sekolah dengan alam perkerjaan (Finch 1999;
Phelps, Hernandez-Gantes, Sargent, Ettinger, Pribbenow, Castelan & Copa 1998).

Beberapa buah syarikat di Malaysia telah mengadakan usahasama dengan sekolah


dan politeknik di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan (Ahmad 1994). Pihak syarikat
menyediakan peralatan, bahan dan tenaga pengajar yang akan berkerjasama dengan guruguru. Usahasama antara sekolah dan pihak swasta ternyata memberi manfaat kepada
kedua-dua pihak. Di bawah adalah beberapa contoh:

1.

Proton dan EON telah menyumbang kereta Proton dan injin kepada beberapa
buah sekolah teknik dan vokasional sejak tahun 1993.

20
2.

Toyota menyediakan Makmal Automotif Toyota di salah sebuah Institut


Kemahiran MARA.

3.

PETRONAS membiayai sebahagian daripada peralatan dan prasarana di


Politeknik Sarawak untuk melatih pekerja mahir untuk keperluan syarikat
tersebut.

4.

Esso Malaysia Inc. menyediakan peralatan kepada beberapa buah Institut


Kemahiran Mara untuk meningkatkan lagi kemahiran pelajar.

5.

Shell Malaysia Inc. terlibat dalam Project LINK dengan sebuah sekolah
vokasional di Miri, Sarawak untuk melatih pelajar dalam bidang kimpalan.

6.

Satu program latihan bersama telah diadakan di antara POLIMAS dan


Matsushita Electric Motor (MAEM) untuk melatih pekerja MAEM.

7.

Toyota Motor telah menyumbang sistem automatif kepada CIAST untuk


tujuan latihan.

2.2.2 Pembelajaran Di Sekolah dan Aplikasinya Di Luar Bilik Darjah

Seseorang guru perlu didedahkan kepada keadaan atau pun situasi sebenar supaya
mereka akan mendapat pengetahuan dan kemahiran yang lebih baik. Hasil kajian
menunjukkan bahawa pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar didedahkan kepada
suasana yang sebenar di mana pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dapat
diaplikasikan secara praktikal (Billet, 1993). Pendekatan ini memerlukan guru-guru
adademik dan vokasional menghubungkan sekolah dengan alam pekerjaan secara kreatif
dan produktif (Kramlee, Ruhizan, Hamdan, 2003).

21

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.0

Pengenalan

Sesuatu penyelidikan yang dijalankan adalah untuk mengesahkan objektif kajian.


Menurut Kerlinger (1986), penyelidikan adalah satu usaha menganalisa data melalui
kaedah saintifik dengan bertujuan mencari jawapan kepada persoalan masalah kajian
yang dijalankan. Oleh itu, kaedah kajian adalah merupakan salah satu faktor penting bagi
memperolehi keputusan yang mempunyai keesahan dan kebolehpercayaan. Dalam bab ini
penyelidik akan menerangkan bagaimana kajian dijalankan dari segi reka bentuk kajian,
populasi dan sampel kajian, tempat kajian, instrumen kajian, prosedur kajian, cara analisa
data dan lain-lain yang berkaitan.

Penyelidikan adalah dianggap sebagai satu proses menyelesaikan masalah melalui


perancangan, pengumpulan data, penganalisaan dan penafsiran data secara sistematik
dengan mengikut reka bentuk yang tertentu yang difikirkan perlu dan sesuai oleh
penyelidik.

22
Bab ini akan menghuraikan metodologi kajian yang dijalankan iaitu
mengenalpasti persepsi guru-guru pelatih tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Jentera) terhadap tahap pengetahuan dan kemahiran mereka dalam kursus kejuruteraan
yang dipelajari di Fakulti Pendidikan

Oleh itu dalam bab ini, penyelidik akan membincangkan tentang rancangan
bagaimana penyelidikan akan dilakukan berdasarkan perkara-perkara berikut:

3.1

a)

Reka bentuk kajian

b)

Populasi dan Sampel

c)

Instrumen kajian

d)

Kajian rintis

e)

Keesahan soal selidik

f)

Penganalisaan data

Reka bentuk kajian

Untuk melakukan kajian ini, pengkaji telah mengambil keputusan untuk


menggunakan kaedah kajian deskriptif. Pemilihan kaedah ini bertujuan mengetahui
persepsi guru pelatih tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan
Awam), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) terhadap pengetahuan dan
kemahiran yang diperolehi sepanjang mengikuti kursus kejuruteraan. Kaedah ini
merupakan kaedah penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu keadaan

23
atau situasi yang sedang berlaku sepertimana guru-guru pelatih tahun lima Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Jentera) yang menjalani latihan mengajar di sekolah-sekolah yang
ditetapkan. Menurut Cates (1985), beliau menyatakan bahawa penyelidikan adalah
bermatlamat untuk mengkaji dan menghuraikan individu, kumpulan, situasi atau keadaan
yang menarik kepada penyelidik.

Kajian ini bertujuan untuk menyelidik atau mengkaji fenomena di mana tidak
dapat dijangka tapi dapat ditafsirkan melalui dapatan kajian yang akan diperolehi kelak.
Kajian deskriptif ini akan melihat persepsi guru-guru pelatih tahun lima Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Awam/Elektrik/Jentera) sendiri terhadap pengetahuan dan
kemahiran yang diperolehi. Menurut Mohd Najib (1999), penyelidikan deskriptif ini
bermatlamat untuk menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji dan ini selari
denagan matlamat kajian ini. Kadangkala sesetengah pihak kurang prihatin dengan apa
yang dialami oleh guru pelatih semasa menjalani latihan mengajar.

Oleh itu, kajian ini akan memperlihatkan dan memperjelaskan lagi situasi yang
sedang berlaku terhadap guru-guru pelatih ini dalam proses pengajaran dan pembelajaran
mereka. Kajian deskriptif ini juga merupakan penyelidikan terhadap sesuatu fenomena
dengan menganalisa data deskriptif yang diperolehi daripada soal selidik atau mediamedia lain (Mohd Najib, 1999). Fenomena yang diselidik boleh juga dikenalpasti dengan
membuat perbandingan antara pembolehubah.

24
3.2

Populasi dan Sampel

Menurut Abu Hassan (1998), populasi adalah sekumpulan besar unsur-unsur


tinjauan individu, objek, kes, rekod, peristiwa dan sebagainya yang ditentukan secara
teori, di mana mempunyai ciri-ciri tertentu yang sama..

Sesuatu populasi boleh ditakrifkan sebagai terhad (finite) atau tidak terhad
(infinite) bergantung pada sama ada unit pensampelannya terhad atau tidak terhad.
Mengikut takrifan, sesuatu populasi terhad mengandungi bilangan unit pensampelan yang
boleh dikira. Sebaliknya populasi tidak terhad mengandungi bilangan unit pensampelan
yang yang terlalu banyak sehingga tidak mampu untuk mengiranya (Abu Hassan, 1998).

Oleh itu, jenis populasi yang telah dikenal pasti untuk dijalankan kajian ini
merupakan populasi terhad kerana bilangan sebenar pelajarnya oleh diketahui.
Persampelan yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat mengenai beberapa ciri atau
sifat bagi populasi terhad biasanya dikenali sebagai pensampelan tinjauan (Abu Hassan,
1998).

Jadual 3.1 : Taburan Populasi dan Sampel Kajian


Bil
1

Kursus
Lima Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Awam)
Lima Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Elektrik)
Lima Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Jentera)
Jumlah

Populasi

Sampel

36

30

28

23

27

26

91

79

25
Populasi yang digunakan merupakan pelajar tahun lima jurusan Teknologi Serta
pendidikan Kejuruteraan Awam, Elektrik Dan Elektronik dan Mekanikal dari Jabatan
Pendidikan Teknik Dan Vokasional, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Daripada 91 soal selidik yang diedarkan, penyelidik telah menerima 79 set. Menurut Abu
Hassan (1998) keadaan ini disebabkan oleh ralat di mana responden tidak memberi
sebarang respon (nonrespon). Nonrespon bermaksud pemerhatian tidak dapat dijalankan
mungkin disebabkan oleh sampel yang dipilih tidak mahu terlibat dalam penyelidikan,
responden tidak dapat dikesan (misalnya tiada di rumah), borang soal selidik yang diberi
telah hilang, tidak mengembalikan borang soal selidik dan sebagainya. Aras keyakinan
saiz sampel yang diperlukan berada pada aras 95%.

3.3

Instrumen Kajian

Kajian ini akan menggunakan kaedah soal selidik dalam usaha untuk meninjau
persepsi pelajar pelajar tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik)
dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) terhadap kursus
kejuruteraan di Fakulti Pendidikan. Instrumen kajian yang digunakan adalah satu set soal
selidik yang diberikan kepada responden. Penggunaan soal selidik bertujuan untuk
memudahkan penyelidik untuk menganalisis data yang diperolehi. Soal selidik dibentuk
berdasarkan objektif kajian yang dibentuk. Menurut Abu Hassan (1998), kaedah soal
selidik dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya bias akibat daripada sifat peribadi
dan kemahiran penyelidik.

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah soal selidik bagi tujuan untuk
mendapatkan maklumat dan mengumpul data. Ianya dapat menjawab persoalan-

26
persoalan kajian. Kaedah soal selidik merupakan kaedah yang biasa digunakan dalam
kajian deskriptif (Colombo Plan Staff College for Technical Education, 1984). Kaedah
soal selidik ini digunakan untuk mendapatkan maklumbalas daripada responden kerana
pengambilan masa untuk mendapatkan maklumat adalah minimum dan mudah diuruskan.

Namun, ianya memerlukan beberapa langkah yang perlu diambil untuk


mendapatkan maklumbalas yang positif daripada responden dalam jangka waktu yang
tertentu iaitu :-

i.

Responden yang menjawab soal selidik hendaklah secara ikhlas, jujur


dan sukarela.

ii.

Soal selidik yang diberikan kepada responden hendaklah jelas dan


mudah difahami.

iii.

Responden mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mencukupi


untuk menjawab setiap soalan yang terdapat dalam soal selidik
tersebut.

Soal selidik yang dibuat oleh pengkaji mengandungi 2 bahagian iaitu Bahagian A
dan Bahagian B. Bahagian A terdiri daripada 4 item iaitu berkaitan biodata responden
iaitu jantina, bangsa, kursus dan jenis sekolah semasa latihan mengajar. Bahagian B pula
terdiri daripada 20 item berkaitan dengan persepsi bakal guru tahun lima Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Jentera) terhadap penggunaan bahan bantu mengajar bagi mata pelajaran
Lukisan Kejuruteraan di sekolah. Responden hanya perlu membulatkan mana-mana
jawapan yang difikirkan sesuai pada setiap item yang terdapat dalam soal selidik tersebut.
Dengan menggunakan teknik ini akan membolehkan pengkaji memperolehi data atau
maklumat yang tepat seperti yang dikehendaki (Borg dan Gall, 1979).

27

Kaedah yang digunakan pada bahagian ini menggunakan skala Likert yang
mempunyai 5 pilihan jawapan di mana responden dikehendaki memilih jawapan dari satu
kontinum (ekstrem ke ekstrem). Responden perlu memberikan pendapat atau pandangan
dengan menandakannya pada bahagian kaedah skala Likert samada bersetuju atau tidak
berdasarkan skala pemeringkatan yang mempunyai lima aras yang berbeza iaitu daripada
ekstrem negatif kepada ekstrem positif seperti berikut :-

Jadual 3.2 :

Pemilihan Tahap Jawapan Responden

Sangat tidak setuju

STS

Tidak setuju

TS

Tidak pasti

TP

Setuju

Sangat setuju

SS

Bahagian B dalam soal selidik ini mengandungi 20 item soalan yang dibina
sendiri dan ada yang mendapat pandangan dan buah fikiran daripada rakan-rakan serta
bimbingan daripada pensyarah pembimbing.

Jadual 3.3 : Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian


Persoalan Kajian

No. Item

Jumlah Item

2, 4, 6, 8, 10, 12, 14, 17, 18, 19

10

Persoalan Kajian 1:
Pengetahuan
Persoalan Kajian 2:

1, 3, 5, 7, 9, 11, 13, 15, 16, 20

Kemahiran
Jumlah

10
20

28
3.4

Kesahan Soal selidik

Soal selidik yang telah dibina perlu disahkan. Pengesahan soal selidik perlulah
dilakukan oleh mereka yang arif tentang pembinaan soal selidik. Antara aspek yang
ditekankan dalam pembinaan soal selidik ialah format penulisan, struktur ayat dan
maksud yang jelas bagi setiap item. Dalam kajian ini, pengkaji telah melakukan
pengesahan soal selidik melalui seorang pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti
Teknologi Malaysia.

3.5

Kajian Rintis

Kajian ini dilakukan untuk memeriksa sejauh manakah responden memahami


soalan yang dikemukakan iaitu satu kaedah biasa untuk menilai kebolehpercayaan dan
keesahan soalan yang dibina. Sebenarnya, setiap soalan yang dibina akan mengalami
masalah dari segi bahasa dan struktur ayat serta maksudnya dalam set soalan selidik.

Untuk mengelakkan masalah ini berlaku daripada penyelidikan yang sebenar,


penulis telah memilih 5 orang secara rawak yang terdiri daripada responden yang bukan
sampel kajian untuk menjawab item-item soal selidik sebagai pemeriksaan.

Keesahan dan kebolehpercayaan soal selidik diproses dengan menggunakan


perisian SPSS 14.0. Nilai alpha cronbach yang diperolehi adalah 0.856 dan nilai ini
berada pada tahap keesahan dan kebolehpercayaan soalan yang tinggi (Najib Ghafar,
1998).

29
3.6

Analisis Data

Data dan maklumat yang diperolehi akan dianalisis dengan menggunakan perisian
komputer SPSS for windows (Statistical Packages For Social Sciences). Keputusan kajian
akan ditunjukkan dengan menggunakan jadual.

Dalam kajian ini, setiap pernyataan soalan adalah mengikut Skala Likert.

Jadual 3.4 : Taburan Skor Mengikut Skala Likert


Skala

Skor

Amat Tidak Setuju (ATS)

Tidak Setuju (TS)

Tidak Pasti (TP)

Setuju (S)

Amat Setuju (AS)

Skala yang paling tinggi adalah skala 5 yang menyatakan responden sangat setuju
dengan kenyataan pernyataan soalan yang diajukan. Skala 3 menyatakan tidak pasti dan
skala terendah iaitu skala 1 yang bermaksud pernyataan sangat tidak setuju.

Bagi tujuan kajian ini, penulis mengkelaskan skala permeringkatan Likert kepada
tiga kategori sahaja iaitu sangat setuju dan setuju sebagai kategori setuju (S). tidak pasti
sebagai kategori tidak pasti (TP), tidak setuju dan sangat tidak setuju pula sebagai
kategori tidak setuju (TS).Pengkelasan Skala Likert dilakukan dengan tujuan untuk

30
mengumpul dan memproses data-data yang diperolehi dalam dua keadaan utama iaitu
setuju dan tidak setuju sahaja.

Menurut Majid (1994), pemprosesan data merupakan teknik untuk pengumpulan,


pengolahan, penganalisaan, penyimpanan dan pengeluaran data. Data-data yang
diperolehi daripada soalan merupakan data mentah dan seterusnya dianalisa untuk
mendapatkan ilmu serta maklumat yang berguna.

Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Package for Social


Science for Window Release 14.0 (SPSS/PC+). Kaedah yang digunakan untuk
memproses data-data yang diperolehi adalah berdasarkan kepada kekerapan dan peratusan
serta bagi mendapatkan nilai min.

Menurut Majid (1994), yang menyatakan bahawa meskipun fakta adalah hak
semua orang, namun tafsiran terhadap fakta adalah hak individu pengkaji. Untuk
membuat penilaian, pengkaji telah mengkategorikan penilaian responden dalam setiap
pembolehubah pada tahap tertentu.

Responden dikehendaki menyatakan peringkat persetujuan terhadap soalan-soalan


yang diedarkan. Mereka hanya perlu membulatkan jawapan yang terdapat di hujung
setiap pernyataan. Tanggapan responden diukur dengan menggunakan skala Likert.
Skala ini mengandungi lima peringkat yang perlu dipilih oleh responden.

Bagi memudahkan proses menganalisa data, pengkaji telah membuat


pembahagian dari skala Likert lima mata kepada tiga mata sahaja. Kaedah ini sering
digunakan oleh pengkaji bagi memudahkan penyelidik membuat pemberatan bagi setiap

31
kategori yang diukur atau membandingkannya dengan data lain (Abu Hassan, 1997). Ia
bertujuan untuk memudahkan pentafsiran terhadap dapatan yang diperolehi. Berikutan
itu, pengkaji telah mengkelaskan skala Likert lima mata kepada tiga mata. Ianya adalah
seperti berikut :-

Jadual 3.5 : Perubahan Skala Likert Kepada Skala 3 Peringkat


Skala 5 Point

Tahap

Peringkat

3.68 5.00

Tinggi

2.34 3.67

Sederhana

1.00 2.33

Rendah

Berdasarkan kaedah ini, pengkaji telah mengkelaskan skor kepada tiga kategori
jawapan iaitu setuju, tidak setuju dan tidak pasti. Min jawapan setuju diambil kira dengan
menjumlahkan peratusan jawapan sangat setuju dan setuju. Min jawapan tidak setuju
pula dikira dengan mengambil kira jawapan sangat tidak setuju dan tidak setuju. Min
jawapan bagi tidak pasti, adalah dianggap berkecuali (sederhana).

Item-item pada Bahagian A dianalisa menggunakan penilaian peratusan dan


frekuensi manakala pada Bahagian B pula akan dianalisa menggunakan peratusan,
frekuensi dan min bagi keseluruhan item.

Jadual 3.6 : Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min


Skor Min

Tahap

1.00-2.33

Rendah

2.34-3.67

Sederhana

3.68-5.00

Tinggi

32

BAB IV

ANALISIS DATA DAN DAPATAN KAJIAN

4.0

Pengenalan

Dalam bab ini penyelidik akan menerangkan segala analisis data yang telah
dianalisa berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi dari soal selidik yang diedarkan.
Sejumlah 70 borang soal selidik telah diedarkan kepada pelajar tahun 5 Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam, Elektrik & Elektronik dan Jentera) di
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Analisis soal selidik ini adalah untuk meninjau persepsi guru pelatih terhadap
penggunaan bahan bantu mengajar bagi matapelajaran Lukisan Kejuruteraan. Penyelidik
telah menggunakan perisian Statistical Package For Science Social (SPSS 14.0) bagi
menganalisis segala data yang diperolehi. Bagi persoalan kajian berikutnya, analisis
dibuat berdasarkan kepada kaedah yang telah dijelaskan dalam bahagian tiga.

33
4.1.

Analisis Bahagian A

Bahagian ini mengandungi empat soalan berkaitan dengan maklumat latar


belakang responden. Soalan-soalannya merangkumi kursus, jantina, bangsa serta jenis
sekolah yang ditempatkan semasa latihan mengajar. Analisis data yang diperolehi
ditunjukkan dalam bentuk frekuensi (f) dan peratusan (%).

4.1.1

Kursus

Jadual 4.1 :

Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Kursus

Kurus

Frekuensi (f)

Peratus (%)

SPA

30

38.6

SPE

23

28.6

SPJ

26

32.9

Jumlah

79

100

Jadual 4.1 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut


aliran kursus. Seramai 30 orang responden terdiri daripada kursus Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) iaitu 38.6%. Seramai 23 orang
responden pula terdiri daripada kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik & Elektronik) iaitu 28.6%. Selebihnya pula ialah responden yang
terdiri daripada kursus Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera)
dengan bilangan seramai 26 orang iaitu bersamaan 32.9%.

34
4.1.2

Jantina

Jadual 4.2 :

Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jantina

Jantina

Frekuensi (f)

Peratus (%)

Lelaki

32

40

Perempuan

47

60

Jumlah

79

100

Jadual 4.2 menunjukkan taburan responden mengikut bilangan dan peratus


mengikut jantina. Berdasarkan jadual responden yang terdiri daripada lelaki ialah seramai
32 orang iaitu 40% dan bilangan perempuan pula seramai 47 orang iaitu 60%. Ini
menunjukkan bilangan perempuan lebih ramai berbanding lelaki dengan perbezaan
sebanyak 20%. Jumlah keseluruhan responden ialah 70 orang.

4.1.3 Bangsa

Jadual 4.3 :

Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Bangsa

Bangsa

Frekuensi (f)

Peratus (%)

Melayu

48

61.4

Cina

18

22.9

India

8.6

Lain-lain

7.1

Jumlah

79

100

35
Jadual 4.3 di atas menunjukkan taburan bilangan dan peratus mengikut bangsa.
Berdasarkan jadual ini, seramai 48 orang responden berbangsa Melayu iaitu 61.4% dan di
ikuti dengan 18 orang berbangsa cina (22.9%), 7 orang berbangsa India (8.6%) dan 6
orang berbangsa lain-lain (7.1%). Ini menunjukkan majoriti responden adalah berbangsa
melayu dengan bilangan lebih daripada separuh jumlah responden.

4.1.4

Sekolah Semasa Latihan Mengajar

Jadual 4.4 :

Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut Jenis


Sekolah Semasa Latihan Mengajar

Jenis Sekolah

Frekuensi (f)

Peratus (%)

SMT

29

37.1

SMA

11.4

SMK

41

51.4

Jumlah

79

100

Jadual 4.4 menunjukkan taburan bilangan dan peratus responden dan mengikut
jenis sekolah yang responden jalani semasa latihan mengajar. Sebanyak 29 orang
responden iaitu 37.1% menjalani latihan mengajar di sekolah jenis Sekolah Menengah
Teknik (SMT). Bagi sekolah jenis Sekolah Menengah Agama (SMA) pula hanya 9 orang
responden iaitu 11.4% menjalani latihan mengajar di sekolah tersebut. Responden paling
ramai menjalani latihan mengajar di sekolah jenis Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
dengan bilangan seramai 41 orang responden iaitu 51.5%.

36
4.2 Analisis Bahagian B

4.2.1

Analisis Persoalan Kajian 1

Apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional
(Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap pengetahuan yang telah diperolehi dalam
kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan?

Pada aspek ini perkara utama yang ingin dikenalpasti dari kajian yang telah
dijalankan adalah untuk melihat apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan
Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap pengetahuan yang telah
diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan.

Jadual 4.5 : Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Kursus Kejuruteraan


No

TS

Item

TP

Min

29

37.1

4.3

47

58.6

3.43

15

18.6

4.3

61

77.1

4.17

54

68.6

2.9

23

28.6

2.20

Saya yakin isi pelajaran yang


terkandung dalam kursus
2

kejuruteraan yang dipelajari


dapat meningkatkan
pengetahuan pelajar
Saya memberi maklumat

terkini tentang isi pelajaran


yang diajar

Saya sering mengaitkan isi


pelajaran kepada pelajar

37
dengan situasi sebenar
Saya menyampaikan isi
8

pelajaran kejuruteraan
dengan pelbagai kaedah

17

21.4

4.3

59

74.3

4.06

26

32.9

2.9

51

64.3

3.63

15

18.6

4.3

61

77.1

4.17

21

27.1

0.0

58

72.9

3.91

50

62.8

4.3

26

32.9

2.40

32

40.0

10.0

40

50.0

3.20

17

21.4

10.0

54

68.6

3.94

60.4

3.51

supaya pelajar tidak bosan


Saya mendapatkan maklumat
bidang kejuruteraan
10

tambahan daripada sumber


lain selain daripada modul
yang disediakan.
Pelajar dibawa melawat
industri yang berkaitan bagi

12

membolehkan mereka
melihat situasi pekerjaan
sebenar

14

Pelajar mudah menguasai isi


pelajaran yang disampaikan
Saya dapat menerangkan

17

kepada pelajar mengenai


subjek kejuruteraan dengan
lancar
Saya boleh menunjukkan

18

contoh kepada pelajar cara


menggunakan peralatan
kejuruteraan dengan betul.
Saya memerlukan buku teks

19

atau buku rujukan ketika saya


menyampaikan pengajaran.
Purata

Petunjuk :

34.9

4.7

TS tidak setuju, TP tidak pasti, S setuju, f frekuensi

38
Berdasarkan jadual 4.5 item 2 menyatakan responden yakin isi pelajaran yang
terkandung dalam kursus kejuruteraan dapat meningkatkan pengetahuan responden
menunjukkan bahawa 58.6% (47 orang) responden bersetuju, 4.3% (3 orang) responden
tidak pasti dan 37.1% (29 orang) responden tidak setuju. Min bagi item ini adalah 3.43.

Bagi item 4 yang menyatakan responden memberi maklumat terkini tentang isi
pelajaran yang diajar, didapati sebanyak 77.1% (61 orang) responden bersetuju dengan
penyataan tersebut, 4.3% (3 orang) responden tidak pasti dan 18.6% (15 orang) responden
tidak setuju. Min bagi item 4 adalah 4.17.

Berhubung dengan item 6 iaitu responden sering mengaitkan isi pelajaran kepada
pelajar dengan situasi sebenar, sebanyak 28.6% (23 orang) responden bersetuju, 2.9% (2
orang) responden tidak pasti dengan kenyataan tersebut. Manakala 68.6% (54 orang)
responden menyatakan tidak setuju dengan pernyataan item 6. min bagi item ini adalah
2.20.

Mengenai item 8 yang menyatakan responden menyampaikan isi pelajaran


kejuruteraan dengan pelbagai kaedah supaya pelajar tidak bosan, didapati bahawa 74.3%
(59 orang) responden bersetuju dan 4.3% (3 orang) responden tidak pasti dengan
penyataan tersebut. Manakala 21.4% (17 orang) responden tidak bersetuju dengan
penyataan tersebut. Min bagi item ini adalah 4.06.

Seterusnya mengenai item 10 yang menyatakan responden mendapatkan


maklumat bidang kejuruteraan tambahan daripada sumber lain selain daripada modul
yang disediakan. Didapati daripada item 10, 64.3% (51 orang) responden bersetuju
dengan penyataan tersebut, 2.9% (2 orang) responden tidak pasti manakala 32.9% (26
orang) responden tidak bersetuju dengan item 10. Min bagi item ini adalah 3.63.

39

Kenyataan item 12 iaitu responden dibawa melawat industri yang berkaitan bagi
membolehkan mereka melihat situasi pekerjaan sebenar, didapati bahawa 77.1% (61
orang) responden bersetuju dengan dengan item 12, 4.3% (3 orang) responden tidak pasti
dan 18.6% (15 orang) responden tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Min bagi
item ini adalah 4.17.

Sebanyak 72.9% (58 orang) responden bersetuju dengan item 14 yang menyatakan
responden mudah menguasai isi pelajaran yang disampaikan dan 27.1% (21 orang)
responden tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Min bagi item ini adalah 3.91.

Berkenaan dengan item 17 yang meyatakan responden dapat menerangkan kepada


pelajar mengenai subjek kejuruteraan dengan lancar, didapati sebanyak 32.9% (26 orang)
responden bersetuju dan 4.3% (3 orang) responden tidak pasti. Manakala 62.8% (50
orang) responden menyatakan tidak bersetuju dengan item tersebut. Min bagi item ini
adalah 2.40.

Dalam item 18 menyatakan responden boleh menunjukkan contoh kepada pelajar


cara menggunakan peralatan kejuruteraan dengan betul. Didapati sebanyak 50.0% (40
orang) responden bersetuju dengan item 18. 10% (7 orang) responden tidak pasti
manakala 40% (32 orang) responden tidak bersetuju. Min bagi item ini adalah 3.20.

Bagi item terakhir iaitu item 19 iaitu responden memerlukan buku teks atau buku
rujukan ketika saya menyampaikan pengajaran, didapati sebanyak 68.6% (54 orang)
responden bersetuju dengan pernyataan tersebut. 10.0% (8 orang) lagi tidak pasti dan
21.4% (17 orang) responden pula tidak bersetuju dengan item 19. Min bagi item ini

40
adalah 3.94. Bagi persoalan kajian pertama ini, purata min yang diperolehi adalah 3.51
iaitu berada pada paras sederhana. Jumlah peratus responden yang bersetuju adalah 60.4%

4.2.2

Analisis Persoalan Kajian 2

Apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional
(Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap kemahiran yang telah diperolehi dalam
kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan?

Pada aspek ini perkara utama yang ingin dikenalpasti dari kajian yang telah
dijalankan adalah untuk melihat apakah persepsi guru pelatih tahun lima Pendidikan
Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap kemahiran yang telah
diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan.

Jadual 4.6 : Kemahiran Guru Pelatih Dalam Kursus Kejuruteraan


No

TS

Item

TP

Min

23

28.6

0.0

56

71.4

3.86

67

84.3

5.7

10.0

1.51

46

58.6

1.4

32

40.0

2.62

Saya akan menunjukkan cara


1

melaksanakan sesuatu aktiviti


amali sebelum membenarkan
pelajar mencubanya sendiri.
Latihan dan kemahiran yang
diberikan dalam kursus

3.

kejuruteraan ini dapat


digunakan jika bekerja dalam
industri.

5.

Saya menerangkan langkah

41
kerja latihan atau kemahiran
amali dengan jelas untuk
meningkatkan kemahiran
Saya dapat meningkatkan
7.

kemahiran mengendalikan
mesin dan peralatan menerusi

63

80.0

8.6

11.4

1.63

67

84.3

5.7

10.0

1.51

65

82.9

8.6

8.6

1.51

68

85.7

0.0

11

14.3

1.57

21

27.1

11.4

49

61.4

3.69

64

81.4

4.3

12

14.3

1.66

16

20.0

20

25.7

43

54.3

3.69

29.6

2.32

modul yang disediakan.


Pelajar didedahkan dengan
9.

latihan atau kemahiran yang


menyerupai situasi sebenar.
Pelajar didedahkan dengan

11.

kemahiran kejuruteraan bagi


membantu mereka dalam
bidang industri nanti.
Pelajar diberikan kemahiran

13.

menggunakan mesin-mesin
sebenar yang menyerupai
suasana tempat kerja.
Pelajar dikehendaki membuat

15.

projek menggunakan
kemahiran yang telah diajar.
Pelajar digalakkan

16.

menggunakan kemahiran
berkomunikasi semasa
membuat latihan amali.
Saya memerlukan pembantu

20.

bengkel untuk membantu


saya menggunakan peralatan
kejuruteraan.

63.3
Petunjuk :

7.14

TS tidak setuju, TP tidak pasti, S setuju, f frekuensi

42
Berdasarkan jadual 4.6 dalam item 1 yang menyatakan responden akan
menunjukkan cara melaksanakan sesuatu aktiviti amali sebelum membenarkan pelajar
mencubanya sendiri. Seramai 71.4% (56 orang)responden bersetuju dengan penyataan
tersebut. Manakala 28.6% (23 orang) lagi tidak bersetuju dengan penyataan tersebut. Min
bagi item 1 adalah 3.86.

Bagi menjelaskan item 3 iaitu latihan dan kemahiran yang diberikan dalam kursus
kejuruteraan ini dapat digunakan jika bekerja dalam industri, didapati sebanyak 10% (8
orang) responden bersetuju dan 5.7% (4 orang) responden tidak pasti. Manakala 84.3%
(67 orang) responden tidak bersetuju dengan pernyataan tersebut. Min bagi item 3 adalah
1.51.

Berhubung dengan item 5 iaitu responden menerangkan langkah kerja latihan atau
kemahiran amali dengan jelas untuk meningkatkan kemahiran, didapati sebanyak 40%
(32 orang) responden bersetuju dengan item 5. 1.4% (1 orang) responden tidak pasti
manakala 58.6% (46 orang) tidak bersetuju. Min bagi item 5 adalah 2.62.

Dalam item 7 yang menyatakan responden dapat meningkatkan kemahiran


mengendalikan mesin dan peralatan menerusi modul yang disediakan. Sebanyak 11.4% (9
orang) responden bersetuju. 8.6% (7 orang) responden tidak pasti manakala 80.0% (63
orang) responden tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Min bagi item 7 adalah 1.63.

Kenyataan dalam item 9 iaitu responden didedahkan dengan latihan atau


kemahiran yang menyerupai situasi sebenar, didapati sebanyak 10.0% (8 orang)
responden bersetuju, 5.7% (4 orang) responden tidak pasti manakala 84.3% (67 orang)
tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Min bagi item 9 adalah 1.51.

43
Seterusnya mengenai kenyataan responden didedahkan dengan kemahiran
kejuruteraan bagi membantu mereka dalam bidang industri nanti dalam item 11 didapati
8.6% (7 orang) responden setuju dan 8.6% (7 orang) tidak pasti. Manakala selebihnya
iaitu 82.9% (65 orang) responden tidak setuju. Min bagi item 11 adalah 1.51.

Sebanyak 14.3% (11 orang) responden setuju dengan item 13 iaitu responden
diberikan kemahiran menggunakan mesin-mesin sebenar yang menyerupai suasana
tempat kerja. Manakala 85.7% (68 orang) responden tidak setuju dengan pernyataan
tersebut. Min bagi item 13 adalah 1.57.

Bagi item 15 iaitu responden dikehendaki membuat projek menggunakan


kemahiran yang telah diajar, didapati bahawa 61.4% (49 orang) responden setuju dengan
pernyataan tersebut. Manakala 11.4% (9 orang) responden tidak pasti dan 27.1% (21
orang) responden tidak setuju. Min bagi item 15 adalah 3.69.

Untuk item 16 iaitu responden digalakkan menggunakan kemahiran


berkomunikasi semasa membuat latihan amali, sebanyak 14.3% (12 orang) responden
setuju dengan pernyataan tersebut. 4.3% (3 orang) responden tidak pasti manakala 81.4%
(64 orang) responden tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Min bagi item 16 adalah
1.66.

Bagi item terakhir iaitu item 20, 54.3% (43 orang) responden setuju dengan
pernyataan responden memerlukan pembantu bengkel untuk membantu saya
menggunakan peralatan kejuruteraan. 25.7% (20 orang) responden tidak pasti manakala
20.0% (16 orang) responden tidak setuju. Min bagi item 20 adalah 3.69.

44
Bagi persoalan kajian kedua ini, purata min yang diperolehi adalah paras rendah
iaitu 2.32. Ini menunjukkan secara keseluruhannya responden tidak bersetuju dengan
persoalan kajian kedua iaitu. Peratus responden yang tidak bersetuju adalah sebanyak
63.3%.

45

BAB V

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.0

Pengenalan

Dalam bab ini pengkaji akan membuat perbincangan dengan lebih lanjut lagi dan
merumuskan maklumat yang diperolehi secara keseluruhan daripada dapatan kajian yang
didapati daripada Bab 4. ianya akan menyentuh aspek rumusan, perbincangan dan
cadangan yang menekankan kepada tajuk kajian iaitu Persepsi guru-guru pelatih tahun
lima pendidikan teknik dan vokasional terhadap tahap pengetahuan dan kemahiran
mereka dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan, Universiti
Teknologi Malaysia.

Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian bagi memperolehi maklumat


yang dikehendaki manakala sampel kajian adalah terdiri daripada 79 orang pelajar tahun
lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik) dan Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.

46
Kajian yang dilakukan adalah dengan menggunakan soal selidik yang diedarkan
kepada pelajar-pelajar yang terlibat. Soalselidik yang digunakan mengandungi dua
bahagian iaitu Bahagian A yang merangkumi latar belakang responden, Bahagian B yang
merangkumi dua persoalan kajian dengan 20 item yang disusun secara rawak.

5.1

Perbincangan Persoalan Kajian

Penyelidik akan memberikan penumpuan yang selanjutnya kepada keseluruhan


kajian yang merangkumi dua objektif kajian iaitu :

1.

Mengenalpasti tahap persepsi guru pelatih terhadap tahap pengetahuan


yang diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

2.

Mengenalpasti tahap persepsi guru pelatih terhadap tahap kemahiran yang


diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti
Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

47
5.1.1

Perbincangan Objektif Pertama : Mengenalpasti persepsi guru pelatih tahun


lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera)
terhadap pengetahuan yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan
yang dipelajari di Fakulti Pendidikan.

Perbincangan objektif kajian pertama ini adalah hasil daripada dapatan kajian
yang didapati daripada borang soal selidik bahagian B iaitu apakah persepsi guru pelatih
tahun lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap
pengetahuan yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti
Pendidikan. Hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi mendapati min berada pada
tahap sederhana berdasarkan kepada item-item yang berkaitan dengan objektif kajian
yang pertama. Ini menunjukkan bahawa responden mempunyai pengetahuan dalam
kursus kejuruteraan. Perkara ini disokong oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dalam
perutusan beliau sempena sambutan hari kemerdekaan ke 48 tahun 2005, Generasi muda,
terutamanya murid-murid adalah harapan negara dan merupakan aset negara yang paling
berharga. Mereka perlu melengkapkan diri dengan pengetahuan, kepakaran dan
kemahiran pelbagai bidang untuk memajukan diri sendiri dan negara.

Majoriti responden yakin dengan item 2 iaitu isi pelajaran yang terkandung dalam
kursus kejuruteraan dapat meningkatkan pengetahuan responden walaupun hanya 58.6%
responden bersetuju. Pada pendapat pengkaji, modul kursus kejuruteraan yang disediakan
kurang meluas yang menjadi faktor keyakinan sebahagian responden terhadap isi
pelajaran kejuruteraan. Ini menyebabkan responden kurang mengaitkan isi pelajaran
kepada pelajar dengan situasi sebenar berdasarkan kepada item 6 yang menunjukkan
68.6% responden tidak bersetuju dengan item tersebut.

48
Responden mempunyai pengetahuan dalam memberi maklumat terkini tentang isi
pelajaran yang diajar kepada pelajar. Ini ditunjukkan dalam item 4 di mana 77.1%
responden bersetuju dan item ini disokong lagi oleh Sulaiman (1997) dengan kenyataan
bahawa guru perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan yang banyak dan
terkini, pengetahuan guru terhadap isi pelajaran akan mempengaruhi bagaimana guru
menyampaikan isi pelajarannya dengan berkesan dan pelajar dapat mengikuti
pelajarannya dengan penuh minat.

Kenyataan Sulaiman tersebut juga dapat menyokong item 10 berkenaan dengan


responden mendapatkan maklumat bidang kejuruteraan tambahan daripada sumber lain
selain daripada modul yang disediakan di mana 64.3% responden bersetuju. Pelajar
seharusnya tidak bergantung kepada maklumat yang diberikan dan perlu mendapatkannya
daripada sumber lai seperti pembacaan majalah, buku selain daripada menonton
televisyen serta mendapatkan jurnal-jurnal serta lawatan ke industri yang berkaitan.

Hasil kajian menunjukkan bahawa pembelajaran akan lebih berkesan jika pelajar
didedahkan kepada suasana yang sebenar di mana pengetahuan dan kemahiran yang
dipelajari dapat diaplikasikan secara praktikal (Billett 1993). Kenyataan ini menyokong
kepada item 12 iaitu responden dibawa melawat industri yang berkaitan bagi
membolehkan mereka melihat situasi pekerjaan sebenar di mana seramai 77.1%
responden bersetuju. Ini juga disokong oleh Mohd. Salleh (1996), dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, pelajar sepatutnya didedahkan kepada pelbagai sumber
maklumat berkaitan kandungan sesuatu pelajaran dan tidak terhad kepada buku teks
sahaja.

Ransangan dalam pembelajaran merupakan satu aspek penting yang perlu diberi
perhatian oleh guru dalam proses pengajaran bagi memastikan pelajar faham isi pelajaran
yang disampaikan. Salah satu ransangan yang paling berkesan dapat membantu pelajar

49
faham isi pelajaran guru ialah pendedahan kepada situasi sebenar atau tempat kerja.
Mengikut Gagne (1985) dalam bukunya The Conditions of Learning mengemukakan satu
teori mengenai bagaimana manusia memperolehi maklumat dalam sesuatu proses
rangsangan. Mengikut teori beliau, rangsangan-rangsangan daripada persekitaran luar
akan diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia.

Kenyataan ini menyokong item 18 iaitu responden boleh menunjukkan contoh


kepada pelajar cara menggunakan peralatan kejuruteraan dengan betul di mana separuh
jumlah responden bersetuju. Teori Gagne juga menyokong kenyataan item 8 iaitu
responden menyampaikan isi pelajaran kejuruteraan dengan pelbagai kaedah supaya
pelajar tidak bosan, di mana 74.3% responden bersetuju. Teori ini juga turut menyokong
item 14.

Kesimpulannya yang boleh dibuat di sini, pelajar mempunyai pengetahuan dalam


kursus kejuruteraan. Namun yang demikian, hasil dapatan kajian objektif yang pertama
ini didapati tahap pengetahuan pelajar boleh lagi dipertingkatkan dengan
memperkukuhkan lagi modul kursus kejuruteraan.

50
5.1.2

Perbincangan Objektif Kedua : Mengenalpasti persepsi guru pelatih tahun


lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera)
terhadap kemahiran yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan
yang dipelajari di Fakulti Pendidikan.

Perbincangan objektif kajian kedua ini adalah hasil daripada dapatan kajian yang
didapati daripada borang soal selidik bahagian B iaitu apakah persepsi guru pelatih tahun
lima Pendidikan Teknik dan Vokasional (Awam, Elektrik dan Jentera) terhadap
kemahiran yang telah diperolehi dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti
Pendidikan. Hasil daripada dapatan kajian yang diperolehi mendapati min berada pada
tahap rendah iaitu 2.32 berdasarkan kepada item-item yang berkaitan dengan objektif
kajian yang kedua.

Menurut Ahmad (1997) ketrampilan, kecekapan dan pengetahuan guna tenaga


dalam bidang teknikal yang melibatkan operasi kognitif, psikomotor dan penggunaan
sumber yang berkesan akan mewujudkan kemahiran yang dapat menjana pengetahuan.
Kenyataan ini menyokong item 1 iaitu responden akan menunjukkan cara melaksanakan
sesuatu aktiviti amali sebelum membenarkan pelajar mencubanya sendiri dimana 71.4%
responden bersetuju. Kenyataan Ahmad juga dapat menyokong item 5 iaitu responden
menerangkan langkah kerja latihan atau kemahiran amali dengan jelas untuk
meningkatkan kemahiran. Dapatan kajian ini dikukuhkan lagi dengan item 15 dimana
responden dikehendaki membuat projek menggunakan kemahiran yang telah diajar dan
61.4% responden bersetuju. Ini disokong pula oleh Stevenson (1994) yang menyatakan
fokus dalam pendekatan ini adalah pelajar, maka pendidikan hendaklah dilihat sebagai
proses pembelajaran lebih daripada proses pengajaran. Maka, peranan guru bukanlah
sekadar menyediakan resepi untuk pelajar ikuti tetapi ialah untuk mengatur aktiviti-

51
aktiviti yang membolehkan pelajar-pelajar membina pengetahuan, pemahaman dan
kemahiran yang dikehendaki.

Majoriti responden tidak mempunyai kemahiran dalam pengendalian mesin-mesin


atau peralatan kejuruteraan serta tidak didedahkan kepada latihan kemahiran yang
diperlukan. Ini dinyatakan dalam item 3, 7, 9, 11, 13 dan item 16. Pada pendapat
pengkaji, responden tidak diberikan kemahiran pengendalian mesin-mesin kejuruteraan
atau peralatan kejuruteraan selain daripada tidak didedahkan kepada latihan kemahiran
kerana kurangnya peralatan atau mesin-mesin di Fakulti yang dapat membantu pelajar
meningkatkan kemahiran. Selain daripada itu, responden juga tidak didehkan kepada
laihan kemahiran oleh orang yang berpengalaman serta pendedahan kepada latihan
kemahiran di luar.

Ini disokong oleh kenyataan Kramlee, Ruhizan, Hamdan (2003), latihan di


industri untuk pelajar-pelajar mempunyai beberapa kelebihan seperti: belajar dalam
suasana alam pekerjaan yang sebenar; mendapat bimbingan dari pekerja lain yang
berpengalaman; belajar cara menyelesaikan masalah teknikal yang sebenar dan bukannya
hypothetical seperti yang biasanya berlaku di dalam bilik darjah. Kenyataan Kramlee,
Ruhizan dan hamdan juga menyokong item 20 iaitu responden memerlukan pembantu
bengkel untuk membantu responden menggunakan peralatan kejuruteraan.

Kesimpulan yang boleh dibuat di sini adalah responden kurang mempunyai


kemahiran dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari. Oleh yang demikian, pendedahan
pelajar kepada pihak lain seperti sektor industri dapat meningkatkan kefahaman pelajar
kerana dengan melihat dan mencuba sendiri sesuatu kemahiran itu akan lebih
meningkatkan kefahaman dan pengetahuan pelajar. Menurut Dato Hassan Harun (1997),

52
pendedahan pelajar kepada industri akan memudahkan pelajar membiasakan diri dengan
suasana tempat kerja sebelum mereka menceburi alam pekerjaan.

5.2

Rumusan

Hasil daripada penganalisaan data serta perbincangan dapatan kajian dapat


dirumuskan bahawa:

Guru-guru pelatih tahun lima Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan


(Kejuruteraan Awam), Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elekrtik)
dan Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) mempunyai
pengetahuan dalam kursus kejuruteraan yang dipelajari di Fakulti Pendidikan. Ini
disebabkan oleh faktor penyediaan modul kursus kejuruteraan yang bersesuaian tetapi
boleh dipertingkatkan kerana hasil daripada dapatan kajian didapati guru pelatih kurang
mempunyai kemahiran dalam modul kursus kejuruteraan.

Salah satu sebab utama mengapa mereka kurang berkemahiran adalah kerana
kurang diberikan pendedahan terhadap kemahiran walaupun diberikan pendedahan
pengetahuan. Mereka tidak diberikan atau didedahkan kepada proses yang berlaku di
industri yang mempunyai kelebihan seperti belajar dalam keadaan alam pekerjaan
sebenar. Selain daripada itu, pelajar perlu didedahkan kepada kemahiran pengendalian
mesin-mesin seperti yang terdapat di industri. Mereka juga perlukan bantuan daripada
orang yang berkemahiran dan pakar dalam pengendalian peralatan dan mesin-mesin
disamping mereka dapat mempelajari kemahiran yang akan didapati daripada pendedahan
yang diberikan.

53

5.3

Cadangan

Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan serta rumusan yang telah dibuat,
pengkaji ingin membuat beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan untuk
membantu meningkatkan lagi pengetahuan dan kemahiran pelajar. Antara cadangan yang
ingin dikemukakan adalah:

1. Pelajar kerap didedahkan kepada industri berkaitan untuk meningkatkan lagi


kemahiran mereka sekaligus menambahkan lagi pengetahuan yang sedia ada.
2. Menjemput mereka yang arif dalam bidang tertentu untuk memberikan
maklumat-maklumat dalam bidang kejuruteraan.
3. Meluaskan lagi skop pembelajaran kursus kejuruteraan dan tidak hanya tertumpu
kepada pengetahuan semata-mata.
4. Mengadakan kursus-kursus kemahiran mengendalikan mesin atau peralatan yang
berkaitan bagi memastikan pelajar dapat meningkatkan kemahiran serta
pengetahuan mereka.
5. Mengadakan usahasama lebih meluas lagi dengan pihak industri bagi
menempatkan pelajar seperti menjalani latihan industri.
6. Memanjangkan tempoh latihan industri supaya pelajar lebih terdedah dengan
situasi pekerjaan sebenar.

54
5.4

Cadangan Kajian Lanjutan

Hasil daripada kajian ini akan lebih kukuh dan bermakna sekiranya disusuli
dengan kajian-kajian lanjutan oleh pengkaji-pengkaji lain. Oleh itu terdapat beberapa
cadangan yang boleh dibuat sebagai kajian lanjutan oleh pengkaji-pengkaji lain yang
berminat. Antara cadangan yang ingin diketengahkan adalah:

1. Kajian ini diluaskan skop lagi kepada guru-guru pelatih yang mengambil kursus
yang sama dari institusi pengajian yang lain, maktab-maktab perguruan, institut
kemahiran ataupun pelajar-pelajar sekolah menengah teknik dan vokasional.
2. Kajian berkenaan masalah yang selalu pelajar hadapi dalam mengambil kursus
ini khususnya yang berkaitan dengan pengetahuan dan kemahiran.
3. Skop kajian dipecahkan lagi kepada persepsi terhadap kemahiran pengendalian
peralatan kejuruteraan.

5.5

Penutup

Dalam bab ini pengkaji telah membuat rumusan berdasarkan dapatan untuk
persoalan kajian yang dikaji dan seterusnya pengkaji telah membuat rumusan secara
keseluruhan serta mengemukakan beberapa cadangan berkaitan kajian yang telah
dijalankan dan untuk tujuan kajian lanjutan.

55
Bibliografi
Ahmad (1994). Vocational Training in Malaysia: An overview. Dalam P. Pillai &
R. Othman (pnyt). Learning to work. Working to learn: Vocational training in
Germany and Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: ISIS Malaysia. 77-90.

Abu Hassan dan Ainon Mohd (1997). Daya Pengaruh dan Daya Peubahan Sikap.
Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Abu Hassan bin Kassim (1998). Panduan Penyelidikan Dalam Sains Sosial. Ogos 1998.
Tidak Diterbitkan.

Ainuddin bin Yacob (2000). Persepsi Pelajar Kursus Kejuruteraan Terhadap Penerapan
Nilai-Nilai Murni Di Sepanjang Mengikuti Pengajian Di UTM. Universiti
Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Atan Long (1991). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya : Amiza Publishing
Sdn. Bhd.

Azizi Yahya, Yusof Boon, Jamaludin Ramli, Jaafar Sidek Latif, Fawziah Yahya dan Amir
Hamzah Abdul (2004). Psikologi Sosial. Johor: Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia Skudai.

Azmi Bin Othman & Lokman B. Mohd Tahir (2002). Persepsi Pelajar Orang Asli Di
Asrama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli/ Kementerian Pendidikan Di Daerah
Bentong Terhadap Pendidikan Teknik Dan Vokasional. Universiti Teknologi
Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Billett, S. (1993). Whats in a setting? Learning in a workplace. Australian Journal of


Adult 33(1): 4-14

56
Billett, S. (1994). Situated learning A workplace experience. Australian Journal of
Adult and Community Education 34(2): 112-130.

Crow, L.D. dan Crow, L. (1983). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Custer, R. L. & Claiborne, D. M. (1995). Critical skills clusters for vocational education.
The employers perspective A replication study. Journal of Vocational
Education Research 20(1): 7-33.

Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad (1991). Malaysia Melangkah Ke Hadapan. Dalam:
Abu Hassan Adam. Menghala Wawasan 2020. Edisi 2. Kuala Lumpur : Arena
Ilmu (M) Sdn. Bhd. ; m.s. 210.

Esah Sulaiman (2003). Amalan Profesionalisme Perguruan. Edisi 1. Johor; Penerbit


Universiti Teknologi Malaysia. 65-105.

Finch, C. (1999), February 2. Using professional development to meet teachers changing


needs: What we have learned. Center Point 2: 1-14.

Gagne, R.M. (1985). The Conditions of Learning. New York : Holt, Rinehart and
Winston.

Kementerian Pendidikan Malaysia, Education In Malaysia; A Journey To Excellence, AG


Grafik Sdn. Bhd. (2001)

Kementerian Pendidikan Malaysia. Perangkaan Pendidikan Malaysia 2002, Kuala


Lumpur, KPM (2002)

57
Kramlee Mustafa, Ruhizan Mohd Yasin, Hamdan Mohd Ali (2003). Integrasi Akademik
dan Vokasional: Rasional dan Cabaran Jurnal Pendidikan 28. 77-90. Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Labaree, D. F. (1997). Public goods, private goods : The American struggle over
educational. 28(3): 47-63.

Mahathir Mohamad (1991). Kertas Kerja Malaysia The Way Forward

Mahathir Mohamad (1991). Malaysia : Melangkah Ke Hadapan (wawasan 2020). Kertas


kerja dibentangkan dalam Mesyuarat Pertama Majlis Perniagaan Malaysia pada 28
Februari 1991. Kuala Lumpur : Jabatan Percetakan Negara.

Mohd Hasni Mohd Adnan (1996). Kelemahan Pelajar Menguasai Pelajaran Teknologi
Penyejukan dan Penyamanan Udara di Dua SMV Negeri Kelantan : Satu
Tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.

Mohd. Jahib Johari (2001). Etika Profesional Johor : Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia.

Mohd Majid Konting (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa Dan Pustaka.

Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Kaedah Penyelidikan. Johor: Penerbit Universiti
Teknologi Malaysia.

Mohd. Salleh Lebar (1996). Perkembangan Dan Haluan Kurikulum Pendidikan


Malaysia. Kuala Lumpur : Berita Publishing Sdn. Bhd.

Mohd. Salleh Abu dan Zaitun Tasui (2001). Pengenalan Kepada Analisis Data
Berkomputer SPSS 10.0 For Window. Kuala Lumpur: Venton.

58
Patrick Ningkan Anak Uban & Abdul Razak B. Idris (2003). Persepsi Pelajar Iban Di
Sekolah Menengah Kerajaan Subis, Sarawak Terhadap Pendidikan Teknik Dan
Vokasional. Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.

Ramlee, M. (1999). The role of vocational and technical education in the industrialization
of Malaysia as perceived by educators and employers. Disertasi Ph.D. Purdue
University.

Rashidi dan Abd Razak (1996). Pengajaran Dalam Bilik Darjah Kaedah dan Strategi.
Kajang Selangor : Penerbit Masa Enterprise.

Sulaiman Ngah Razali (1997). Pedagogi: Teori dan Praktik. Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Universiti Teknologi Malaysia (2001). Panduan Menulis Tesis. Universiti Teknologi


Malaysia.

Wan Rahimah Wan Abdul Kadir (1995). Pendidikan Masa Kini: Kaedah Melahirkan
Generasi Berkualiti. Jurnal Guru. Mei. 426-436

Zaidatol Akmaliah dan Habibah Elias (1990). Strategi Pengajaran Kemahiran Hidup dan
Perdagangan Keusahawanan KBSM, Petaling Jaya : Fajar Bakti.

______________(1995). Keperluan Tenaga Kerja Negara. Utusan Malaysia, 5 April.

59

LAMPIRAN

60
LAMPIRAN 1

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA


SKUDAI, JOHOR DARUL TAKZIM
BORANG SOAL SELIDIK UNTUK PELAJAR
Borang soal selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklum
balas mengenai

PERSEPSI GURU PELATIH TAHUN 5 SPA/E/J TERHADAP PENGETAHUAN


DAN KEMAHIRAN DALAM KURSUS KEJURUTERAAN

Soal selidik ini mengandungi (4) muka surat, terbahagi kepada dua (2) bahagian.Bahagian
A dan Bahagian B.
Bahagian A :

Latar belakang pelajar.

Bahagian B :

Set soal selidik mengenai kemahiran pelajar terhadap kejuruteraan,


pengetahuan pelajar terhadap kursus kejuruteraan dan aplikasi
semasa latihan mengajar.

Pelajar dikehendaki menjawab semua pernyataan dalam setiap bahagian, sebagaimana


yang diarahkan.

Segala maklumat yang anda beri akan dirahsiakan. Sila berikan jawapan anda dengan
ikhlas.
Kerjasama anda didahului dengan ucapan terima kasih
Penyelidik
MUHAMAD GHAZALI MOHD SAAID
AP000308
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSII TEKNOLOGI MALAYSIA

61

BAHAGIAN A
MAKLUMAT LATAR BELAKANG PELAJAR
ARAHAN:

Tandakan (x) pada ruangan yang disediakan;

1. Nama kursus yang diikuti;

2. Jantina;

3. Bangsa;

4. Jenis sekolah semasa Latihan


Mengajar

SPA (Awam)

SPE (Elektrik)

SPJ (Jentera)

Lelaki

Perempuan

Melayu

Cina

India

Lain-lain

Kebangsaan

Teknik

Agama

Lain-lain

62
BAHAGIAN B
Arahan: Untuk setiap pernyataan di bawah, anda dikehendaki memilih salah satu
daripada lima (5) aras persetujuan. Sila bulatkan pilihan anda.

Kenyataan

Ringkasan

Skor

Amat Tidak Setuju

ATS

Tidak Setuju

TS

Tidak Pasti

TP

Setuju

Amat Setuju

AS

.
Bil.
1

Item

STS

TS

TP

SS

Saya akan menunjukkan cara melaksanakan


sesuatu aktiviti amali sebelum membenarkan
pelajar mencubanya sendiri.

2.

Saya yakin isi pelajaran yang terkandung dalam


kursus kejuruteraan yang dipelajari dapat
meningkatkan pengetahuan pelajar

3.

Latihan dan kemahiran yang diberikan dalam


kursus kejuruteraan ini dapat digunakan jika
bekerja dalam industri.

4.

Saya memberi maklumat terkini tentang isi


pelajaran yang diajar

5.

Saya menerangkan langkah kerja latihan atau


kemahiran amali dengan jelas untuk
meningkatkan kemahiran

63
6.

Saya sering mengaitkan isi pelajaran kepada


pelajar dengan situasi sebenar

7.

Saya dapat meningkatkan kemahiran


mengendalikan mesin dan peralatan menerusi
modul yang disediakan.

8.

Saya menyampaikan isi pelajaran kejuruteraan


dengan pelbagai kaedah supaya pelajar tidak
bosan

9.

Pelajar didedahkan dengan latihan atau


kemahiran yang menyerupai situasi sebenar.

10.

Saya mendapatkan maklumat bidang


kejuruteraan tambahan daripada sumber lain
selain daripada modul yang disediakan.

11.

Pelajar didedahkan dengan kemahiran


kejuruteraan bagi membantu mereka dalam
bidang industri nanti.

12.

Pelajar dibawa melawat industri yang berkaitan


bagi membolehkan mereka melihat situasi
pekerjaan sebenar

13.

Pelajar diberikan kemahiran menggunakan


mesin-mesin sebenar yang menyerupai suasana
tempat kerja.

14.

Pelajar mudah menguasai isi pelajaran yang


disampaikan

15.

Pelajar dikehendaki membuat projek


menggunakan kemahiran yang telah diajar.

16.

Pelajar digalakkan menggunakan kemahiran


berkomunikasi semasa membuat latihan amali.

17.

Saya dapat menerangkan kepada pelajar


mengenai subjek kejuruteraan dengan lancar

64
18.

Saya boleh menunjukkan contoh kepada pelajar


cara menggunakan peralatan kejuruteraan

dengan betul.
19.

Saya memerlukan buku teks atau buku rujukan


ketika saya menyampaikan pengajaran.

20.

Saya memerlukan pembantu bengkel untuk


membantu saya menggunakan peralatan
kejuruteraan.

65

LAMPIRAN 2: BILANGAN SAIZ SAMPEL YANG DIPERLUKAN

Bilangan
Populasi
50
55
60
65
70
75
80
85
90
95
100
110
120
130
140
150
160
170
180
190
200
210
220
230
240
250
260
270
280
290
300
320
340
360
380
400
420
440
460
480
500

Aras Keyakinan
95%
46
50
53
59
59
64
68
71
75
79
79
90
93
99
106
110
117
119
126
130
135
139
140
150
150
155
159
159
170
170
170
179
184
190
199
199
210
210
210
219
219

Bilangan

97%

99 %

48
53
57
63
67
72
76
82
84
89
93
100
110
116
125
133
140
150
155
165
168
180
184
191
199
204
214
216
225
233
234
250
265
272
284
299
302
316
327
333
350

49
55
59
65
69
75
79
85
89
95
99
108
118
128
138
148
157
167
177
187
197
206
216
226
236
246
253
263
273
283
293
310
330
350
367
387
402
422
442
457
477

Populasi
650
700
750
800
850
900
950
1,000
1,100
1,200
1,300
1,400
1,500
1,600
1,700
1,800
1,900
2,000
2,200
2,400
2,600
2,800
3,000
3,500
4,000
4,500
5,000
6,000
7,000
8,000
9,000
10,000
15,000
20,000
30,000
40,000
50,000
75,000
100,000
200,000
300,000

Aras Keyakinan
95%

97%

99%

250
250
259
259
270
270
279
279
290
299
299
310
310
310
319
319
319
330
330
339
339
339
339
350
359
359
359
359
370
370
370
370
379
379
379
379
379
390
399
399
399

414
433
450
467
484
499
516
516
550
567
599
616
633
650
667
684
699
699
733
750
767
784
799
833
850
867
884
916
933
950
967
967
999
1,016
1,033
1,050
1,050
1,067
1,084
1,084
1,084

610
653
699
744
787
828
867
906
995
1,071
1,150
1,228
1,229
1,379
1,450
1,522
1,599
1,657
1,799
1,932
2,050
2,183
2,299
2,581
2,850
3,089
3,299
3,699
4,050
4,399
4650
4,899
5,899
6,499
7,299
7,750
8,099
8,550
8,799
9,199
9,350

66
550
600

230
240

367
385

Sumber : Abu Hassan bin Kassim

522
567

400,000
500,000

399
399

1,084
1,084

9,399
9,499

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

3.1

Taburan Populasi Dan Sampel Kajian

24

3.2

Pemilihan Tahap Jawapan Responden

27

3.3

Taburan Item Soal Selidik Mengikut Aspek Kajian :

27

3.4

Taburan Skor Mengikut Skala Likert

29

3.5

Perubahan Skala Likert Kepada Skala 3 Peringkat

31

3.6

Tahap Penilaian Responden Berdasarkan Min

31

4.1

Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut

33

Kursus
4.2

Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut

34

Jantina
4.3

Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut

34

Bangsa
4.4

Taburan Bilangan Dan Peratus Responden Mengikut

35

Jenis Sekolah Semasa Latihan Mengajar


4.5

Pengetahuan Guru Pelatih Dalam Kursus

36

Kejuruteraan
4.6

Kemahiran Guru Pelatih Dalam Kursus Kejuruteraan

40

Anda mungkin juga menyukai