Anda di halaman 1dari 16

Tajuk 1

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Sinopsis
Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pengertian pengajaran dan pembelajaran, serta
prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. Ia merangkumi peristiwa-peristiwa pengajaran
dan kaitan dengan jenis-jenis pembelajaran Gagne. Pengetahuan ini akan membolehkan
guru-guru memahami dengan lebih baik

prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran

seperti dikemukakan oleh Ewell dalam mengorganisasikan pembelajaran.

Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca bab ini, diharap anda dapat:
1.

Menjelaskan pengertian pengajaran dan pembelajaran

2.

Menyatakan prinsip dan jenis-jenis pembelajaran Gagne

3.

Menunjukkan perkaitan antara pengajaran dengan pembelajaran

Kerangka konsep tajuk-tajuk bab ini

Pengajaran dan
Pembelajaran

Konsep Asas

Prinsip-Prinsip

Peristiwa Pengajaran

Pengajaran dan

dan Pembelajaran

Pembelajaran (Ewell)

Definisi
Pengajaran &
Pembelajaran

Situasi mendesak
Maklum balas
berterusan
Suasana
yangmenyeronokk
an
Refleksi

Penglibatan aktif
Perkaitan dan corak
Pembelajaraninformal
Pengalamanlangsung

Kemahiran
Intelek
Maklumat Verbal
Strategi Kognitif

Sikap
Kemahiran
Motor

1.1

Pengertian Pengajaran dan Pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran merupakan satu proses di mana peluang disediakan


untuk murid menghasilkan suatu perubahan yang agak kekal melalui penglibatan
dalam pengalaman yang disediakan oleh guru. Pengajaran

boleh dihuraikan

sebagai satu cara untuk menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran
yang diperlukan untuk berfungsi
merupakan suatu yang

dengan baik. Secara praktisnya, pengajaran

diagnostik dan

preskriptif.

Guru menilai keperluan-

keperluan pembelajaran yang spesifik dan mengaplikasikan strategi-strategi serta


aktiviti-aktiviti yang
pengajaran.

sesuai untuk

pelajar.

Ini merupakan faktor penting dalam

Secara ringkasnya, pengajaran ialah :


melibatkan diri dalam pembelajaran dan perkembangan sepanjang

hayat

menghormati kanak-kanak dan remaja-remaja

berkongsi pengetahuan

membimbing, mengarah, memudahcara, mengasuh dan merancang

menentukan matlamat untuk diri dan pelajarnya

menghadapi cabaran-cabaran peribadi dan professional

menyalurkan budaya dan nilai nasional kepada orang ramai


(Noriati, Boon & Sharifah, 2012)

Definisi definisi pengajaran berdasarkan ahli psikologi yang lain:

Pengajaran didefinisikan sebagai satu proses interaktif, melibatkan classroom


talk yang berlaku antara guru dan murid serta berlaku semasa aktiviti
dilaksanakan ( Amidon & Hunter, 1964 )

Pengajaran adalah satu pertembungan antara seorang personel yang


berpersonaliti matang dengan seorang yang kurang matang dalam proses
membentuk pendidikan untuknya. ( Morrison, 1926)

Pengertian pembelajaran
Pembelajaran merujuk kepada perubahan dalam tingkah laku subjek atau tingkah
laku berpotensi dalam suatu situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman
berulang subjek dalam situasi tersebut. Ini berlaku jika perubahan tingkah laku tidak
dapat diterangkan berdasarkan asas kecenderungan respons subjek, kematangan

atau keadaan sementara seperti letih lesu, mabuk, desakan dan sebagainya (Bower
& Hilgard, 1981)
Mengikut Slavin (2005) pula, pembelajaran merupakan perubahan dalam seseorang
individu akibat daripada pengalaman. Manusia mula belajar sejak ia dilahirkan dan
semua pembelajaran ini berkait dengan pengalaman.
Definisi di atas tentang pembelajaran mempunyai tiga komponen:

Pembelajaran mencerminkan satu perubahan dalam potensi suatu tingkah laku.


Ia tidak secara automatik membawa kepada satu perubahan tingkah laku. Kita
harus dirangsang agar dapat menterjemahkan pembelajaran ke dalam tingkah
laku.

Perubahan-perubahan tingkah laku yang disebabkan oleh pembelajaran tidak


sentiasa kekal. Oleh kerana pengalaman-pengalaman baharu, tingkah laku
yang telah dipelajari tidak dipamerkan.

Perubahan tingkah laku disebabkan proses-proses selain daripada


pembelajaran. Sebagai contoh, tingkah laku kita boleh berubah kerana motivasi
bukan pembelajaran. Anda belajar untuk mengelakkan kegagalan dan ketakutan
anda memotivasikan anda untuk belajar. Perubahan tingkah laku ini adalah
sementara: apabila keadaan motivasi berubah, tingkah laku juga berubah. Oleh
itu, anda akanberhenti belajar apabila anda tidak rasa takut tentang kegagalan
peperiksaan. Berhenti belajar adalah suatu contoh di mana keadaan sementara
menyebabkan perubahan tingkah laku.
Kunjungi perpustakaan untuk mencari rujukan mengenai persoalan Adakah
pembelajaran itu kekal?

1.2

Prinsip Prinsip Pembelajaran Ewell


Prinsip prinsip pembelajaran merupakan dasar-dasar yang menerangkan bagaimana
pembelajaran boleh berlaku secara efektif. Secara umumnya, kesediaan untuk
belajar, keinginan untuk belajar untuk menemui dan mengumpul pengetahuan,
belajar secara eksperiential, pembelajaran secara aktif dan penyusunan dan
pemeringkatan isi merupakan beberapa prinsip asas dalam pembelajaran.
Perbincangan seterusnya akan menggunakan prinsip-prinsip pembelajaran yang
dikemukakan oleh Ewell(1997). Beliau telah membentuk satu model yang
menggambarkan prinsip-prinsip pembelajaran dan ini mempengaruhi penguasaan
pengetahuan, perkembangan kemahiran dan kompetensi apabila diaplikasi dalam
bilik darjah.
3

Lapan prinsip yang diadaptasi daripada model Ewell adalahterdiri daripada yang
berikut:
(a) Penglibatan Aktif

Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif dan mengambil bahagian dalam
pengajaran guru.

Pengetahuan tidak disampaikan

langsung tetapi pelajar

harus

kepada pelajar secara

boleh mereka dan membina pengetahuan.

Mengikut Ewell(1997,ms.6), the learner is not a receptacle of knowledge, but


rather creates his or her learning activity actively and uniquely

Cara

pembelajaran jenis ini amat berbeza dengan model pengajaran tradisional iaitu
kuliah atau pengajaran langsung.

Bruner(1961) mencadangkan pelajar melibatkan diri secara aktif dengan bahan


pembelajaran akandapat mengingat kembali maklumat. Pelajar bukan sahaja
perlu bertingkah laku secara aktif tetapi harus aktif secara kognitif (Mayer,
2004).

Pelajarbukan

sahaja menerima maklumat secara pasif tetapi mereka perlu

diberi tugasan yang dapat memberi peluang mereka meneroka bahan maklumat
selain memimpinnya kearah pemahaman dan pembelajaran. Dalam proses ini,
pelajar dapat menyelesaikan masalah serta mengemukakan cadangan,
memberi pengertian baharu terhadap sesuatu topik dan berkebolehan
menghubungkait apa yang telah dipelajari kepada konteks yang baharu.

Contoh aktiviti-aktiviti pembelajaran aktif terdiri daripada:

Perbincangan dalam kumpulan kecil

Adakan diskusi atau forum secara online


4

(b)

Pembelajaran koperatiif seperti think-pair-sharedan pembelajaran jigsaw

Latihan bertulis sepertione minute paper untuk pelajar meninjau dan


membuat penilaian dan rumusan bahan pembelajaran.

Perkaitan dan Corak


Pelajar

mempunyai peluang

menentu, menguji dan membina

corak dan

perkaitan apabila mereka membina makna daripada situasi pembelajaran.


Proses kognitif

iniinvolves actively creating linkages among concepts, skill

elements, people, and experiences (Ewell, 1997, ms.7).

Pelajar

dapat

mengadaptasi terhadap konteks pembelajaran baharu dan tugasan dengan


mengkait, mengorganisasi dan menggunakan pengetahuan dan kemahiran
yang telah dipelajari ke dalam struktur-struktur baharu. Apabila diberi tugasan,
pelajar

mendekatinyadengan membanding beza, menyusun dan memilih

daripada apa yang murid tahu untuk menyelesaikan masalah. Murid boleh
menghubungkait dengan pengetahuan sedia ada dan murid juga membuat
perkaitan tentang bagaimana maklumat boleh digunakan pada masa depan.
Tambahan pula, jika diberi satu konteks pembelajaran yang spesifik, murid
boleh menggunakan pola-pola yang diketahui untuk menyusun semula serta
mengektrapolasikannya secara bermakna di dalam situasi baharu.

(c)

Pembelajaran Informal
Pembelajaran merupakan sesuatu yang tidak formal dan boleh dipelajari
dimana-mana sahaja serta pada bila-bila masa. Semua murid belajar
sepanjang masa,

bersama guru atau tanpa guru. Pembelajaran informal

merupakan pembelajaran implisit, iaitu

memperoleh

pengetahuan

akibat

interaksi secara langsung atau melalui pelbagai cara daripada rakan sebaya
dan fasilitator selain daripada apa yang diajar secara eksplisit (Ewell,1997b).
Secara umumnya, pembelajaran boleh berlaku dimana situasi sahaja, peluang
untuk belajar tidak semestinya berasaskan sekolah sahaja. Pelajar boleh
mengenal pasti dan belajar dalam apa jua situasi pembelajaran dan ia tidak
perlu hanya dilaksanakan dalam bilik darjah. Misalnya, lawatan sambil belajar
di mana pelajar berpeluang berinteraksi dengan persekitaran bertujuan untuk
meneroka dan belajar.
5

Guru boleh

mewujudkan

kawasan di sudut pembelajaran untuk

pelajar

bermain pelbagai permainan tradisional di mana murid akan diberi peluang


untuk bermain dalam kumpulan kecil dan belajar memanipulasi serta belajar
cara bermain dengan betul. Dalam situasi sedemikian, murid belajar secara
informal bagaimana berinteraksi dengan rakan serta cara bermain alat-alat
permainan tradisional yang tidak diajar oleh guru(Noriati, Boon & Sharifah,
2012).
(d)

Pengalaman Langsung
Mengikut Ewell (1997), pembelajaran langsung merujuk kepada learning-bydoing, iaitupelajar akan belajar jika mereka melakukkan aktiviti pembelajaran
secara langsung. Pelajar diberi peluang pembelajaran untuk melibatkan diri
secara aktif. Pengalaman langsung dapat membantu pelajar meneroka dan
memperoleh pemahaman dan mencipta suatu idea. Kadang kala pengalaman
lepas mempengaruhi pelajar untuk mempunyai tanggapan yang kurang tepat.
Pengalaman langsung boleh membantu dalam memperbetulkan pemikiran
murid (Halpern &Associates,1994 dalam Ewell, 1997). Dengan pengalaman
langsung, pelajar diberi peluang untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran
dengan memerhati secara langsung objek atau fenomena yang ingin dikaji.

Rehat seketika dan buat renungan:


Fikirkan beberapa contoh aktiviti pembelajaran langsung yang dapat
dilaksanakan oleh anda dalam mata pelajaran pengkhususan anda.
(e) Situasi Mendesak
Pembelajaran optimum cenderung berlaku jika pelajar berhadapan dengan
sesuatu masalah yang perlu diselesaikan menggunakan kemahiran tertentu.
Oleh yang demikian guru boleh menyediakan pembelajaran yang agak
kompleks dan mendesak sertameminta pelajar meneroka pelbagai penyelesaian
inovatif yang boleh diguna pakai. Guru juga boleh menyediakan pelbagai
peluang untuk melibatkan pelajardalam pelbagai kemahiran serta memberi
jangka masa sesuai untuk pencapaian penguasaan kemahiran. Tambahan pula,
6

guru mewujudkan situasi di mana pelajar boleh menggunakan pengetahuan dan


kemahiran sedia ada sementara mengadaptasi kepada keadaan baharu. Antara
caranya termasuk mewujudkan satu situasi yang kompleks dan bermotivasi agar
merangsang perhatian dan usaha untuk mencari penyelesaian dan pastikan
keputusan yang diperolehi boleh diaplikasi untuk kehidupan harian pelajar.

(f) Maklum balas


Maklum balas merupakan maklumat yang diberi kepada individu-individu
mengenai

kesesuaian

tindakan

serta

respons

mereka.

Maklumat

ini

membolehkan pelajar untuk menyemak pencapaian serta memantau kemajuan


pembelajaran. Mengikut Guskey (2001) maklum balas harus diagnostik,
preskriptif dan sesuai dengan tahap pembelajaran pelajar. Peranan maklum
balas dalam proses pembelajaran bukan semata-mata pemerosesan maklumat
tetapi ia seharusnya mempengaruhi proses-proses afektif dan motivasi pelajar.
Maklum balas merupakan satu aspek penting untuk menambahbaik prestasi
pelajar.
Pelbagai maklum balas dapat diperolehi di dalam bilik darjah. Guru memberi
pelajar input secara lisan atau bertulis.Rakan sebaya juga memberi maklum
balas kepada rakannya. Selain itu, maklum balas dalam bentuk cadangancadangan

penambahbaikan

akan

membantu

pelajar

untuk

membaiki

prestasinya.
Secara rumusan, maklum balas yang kerap sama ada sebagai pembetulan atau
insentif adalah perlu daripada guru serta rakan sebaya sepanjang proses
pembelajaran supaya pembelajaran akan berkekalan. Jika tidak ada maklum
balas ataaupun peluang untuk latihan, kemahiran-kemahiran yang dipelajari
dengan baik boleh hilang begitu sahaja.
(g) Suasana yang menyeronokkan
Ewell(1997) menerangkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan
adalah konteks budaya dan interpersonal yang menyediakan peluan interaksi,
pelbagai

tahap

sokongan

peribadi

dan

mewujudkan

banyak

peluang

pembelajaran (ms 10). Kebanyakan daripada pembelajaran jenis ini bercorak


kumpulan dan secara lisan.
Suatu persekitaran menyeronokkan boleh dibentuk jika guru memastikan
suasana bilik darjah kondusif dari segi fizikal dan psikososial. Susunatur meja
dan kerusi bersesuaian dengan aktiviti yang ingin dilaksanakan akan
mewujudkan suatu persekitaran yang merangsang penglibatan pelajar.
Tambahan pula, persekitaran sosioemosi bilik darjah dipengaruhi suara dan
intonasi guru, gaya kepimpinan guru, sikap, kemesraan, kawalan kelas dan
penggunaan ganjaran dalam bilik darjah. Suara guru yang jelas, berintonasi dan
tidak tegang dapat mewujudkan suasana yang selesa dan tenang.

Ini akan

menggalakkan pelajar bermesra dan berinteraksi dengan guru.


Gaya kepimpinan guru mempengaruhi suasana emosi bilik darjah. Contohnya
guru yang demokratik akanmenerimaidea pelajar secara terbuka, menggalakkan
pelajaruntuk menyoal dan memberi mereka pujian yang berpatutan. Hal ini
mewujudkan suasana emosi yang menyenangkan dan tenang.
kepimpinan autokratik akan menyebabkanpelajar

Manakala,

berada dalam keadaan

tertekan kerana tidak ada tolak ansur daripada pihak guru, sentiasa dimarahi
atau dikritik dan pelajar kurang peluang untuk memberi pendapat. Guru yang
berkepimpinan laissez fairepula memberi kebebasankepada pelajar untuk
melakukan apa sahaja tanpa batasan akan mewujudkan suasana bilik darjah
yang tidak selesa dan tidak terkawal.Oleh itu, guru perlu berkeyakinan, riang, dan
mempunyai

unsur

kecindan

untuk

mewujudkan

suatu

suasana

yang

merangsangkan pembelajaran pelajar. Keadaan sebegini tidak memberi tekanan


kepada pelajar hingga menjejaskan prestasi mereka.
Persekitaran sebegini menyumbang kepada interaksi dan komunikasi berkesan
dalam kalangan individu. Pembelajaran berkesan akan berlaku melalui aktivitiaktiviti yang melibatkan interaksi dalam suasana harmonis dan menyeronokkan.
(h) Refleksi
Refleksi merujuk kepada cara memikirkan mengenai pendidikan yang melibatkan
kebolehan membuat pilihan yang rasional dan pada masa yang sama
bertanggungjawab ke atas pilihan yang dibuat(Ross,1987).

Maksud refleksi ialah proses memikirkan atau merenung kembali pengalaman


dan implikasinya terhadap diri kita.

Ia adalah satu usaha bermakna untuk

menjiwai proses pengajaran dan pembelajaran, membantu kita mengimbangkan


kepercayaan kita dengan keperluan pelajar. Apabila kita membuat refleksi, kita
menjadi lebih sedar dan kritis mengenai amalan kita sendiri dan sebagai
kesannya, proses pendidikan dipertingkatkan.
Amalan refleksi dapat merangsang kemahiran penilaian kendiri yang memberi
tuju hala tentang apa yang telah capai dan apa yang perlu ditambah baik.
Kesemua ini akan mengakibatkan pemindahan pembelajaran ke situasi baharu
serta memberi impak jangka panjang (Bransford et al., 1999). Situasi
pembelajaran berkesan memerlukan tempoh masa untuk berfikir. Pelajar
membuat refleksi terhadap dirinya sebagai pembelajar apabila mereka menilai
proses berfikir yang digunakan untuk menentukan strategi yang terbaik untuknya.

Renungan:
Buat refleksi tentang pengalaman anda di sekolah. Bagaimana guru
menggalakkan melibatkan secara aktif di dalam aktiviti bilik darjah.
Sejauhmanakah ia memberi impak dan pengalaman pembelajaran kepada
anda?

1.3

Peristiwa Peristiwa
Pembelajaran Gagne

Pembelajaran

Gagne

Boon

(dalam

Noriati,

dan

&Sharifah,

Kaitan

2012)

dengan

mengutarakan

Jenis-Jenis

lapan

fasa

pembelajaran dalam proses pembelajaran iaitu:

Peringkat I Motivasi
Motivasi merupakan satu elemen penting dalam mendorong pembelajaran. Motivasi
merupakan prasyarat yang diperlukan untuk pembelajaran berlaku. Zindi, Peresuh
and Mpofu (1995, p.111 dalam Commonwealth of Learning,2002) mendefinisikan
9

motivasi sebagai satu proses atau kuasa dalaman organisme yang mendesak
sesuatu untuk bertindak. Maka pembelajaran akan berlaku jika seorang pelajar itu
bermotivasi.
Peringkat II Memberi Perhatian
Pembelajaran akan berlaku jika murid menumpukan perhatian kepada pengajaran
yang disampaikan. Oleh itu, guru harus memastikan strategi yang digunakan dapat
menarik

perhatian

termasuklah

pelajarsepenuhnya

kepada

pengajarannya.

Antara

cara

proses pembelajaran harus menarik dan menyeronokkan pelajar,

penglibatan pelajar secara aktif dalam aktiviti pembelajaran, penggunaan bahan


pengajaran yang merangsang naluri ingin tahu pelajar dan menghubungkaitkan
pembelajaran baharu dengan pembelajaran lepas serta menggunakan illustrasi yang
konkrit dan menarik.
Peringkat III dan IV Perolehan dan Ingatan
Dalam proses pembelajaran, guru perlu memastikan maklumat yang disampaikan
disimpan di dalam ingatan jangka panjang pelajar. Maka, guru perlu menggunakan
kaedah pengajaran yang dapat membantu pelajar dalam proses mengingati apa
yang diajar. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar
seperti gambar, video klip dan bahan visual untuk memudahkan pemahaman dan
ingatan pelajar.

Peringkat V Ingat kembali dan Retrieval


Pada peringkat ini, maklumat yang disimpan di dalam ingatan jangka panjang akan
diingat kembali dan digunakan oleh pelajar.

Retrieval merujuk kepada proses

mengesan maklumat yang disimpan dan disalurkan kepada kesedaran pelajar(Yelon


&Weinstein,1977). Justeru, guru perlu mengambil kira pengalaman pelajar semasa
menyediakan bahan pembelajaran

agar mereka dapat membuat perkaitan

pengalaman baharu dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Pemeringkatan bahan


pembelajaran secara sistematik akan memudahkan pemahaman dan maklumat
diingat kembali dengan mudah oleh pelajar.
Peringkat VI Generalisasi
Pengaplikasian maklumat yang diingat kembali dalam situasi-situasi baharu berlaku
pada peringkat ini. Proses pemindahan pembelajaran telahberlaku
10

dan sesuatu

pengajaran dianggap sebagai berjaya jika pelajar dapat mengaplikasi apa yang telah
dipelajari dalam situasi yang lain didalam atau diluar sekolah.
Peringkat VII Prestasi
Pada peringkat ini, pembelajaran telah berlaku jika murid menunjukkan perubahan
tingkah laku atau prestasinya dapat diperlihatkan. Gerak balas pelajar dapat
menunjukkan bahawa pembelajaran telah berlaku. Melalui soalan-soalan yang
dikemukakan oleh guru boleh memperlihatkan gerakbalas pelajar dan ini merupakan
indikator berlakunya pembelajaran.
Peringkat VIII Maklum balas dan Peneguhan
Dalam peringkat proses pembelajaran ini, maklum balas diberi tentang apa yang
telah pelajari oleh pelajar serta maklum balas diberi sebagai motivasi setelah mereka
mencapai objektif pembelajaran. Berdasarkan gerak balas pelajar terhadap soalan
soalan yang dikemukakan oleh guru, maklum balas tentang prestasi mereka
diberikan. Maklum balas bertujuan untuk memaklum tentang prestasi pelajar serta
penambahbaikan yang perlu dilaksanakan. Maklum balas guru harus semerta untuk
pelajar membuat tindakan selanjutnya.

Jenis Pembelajaran
Pengetahuan mengenai proses pembelajaran Gagne yang dijelaskan di atas amat
relevan dan berguna kepada setiap guru. Maka, semua jenis pembelajaran Gagne
seperti kemahiran intelek, kemahiran verbal, kemahiran psikomotor

atau

sikap

mengikut proses pembelajaran yang sama.Seperti yang dikemukakan oleh Gagne,


terdapat sembilan peristiwa pengajaran dan kaitannya dengan proses pembelajaran
seperti berikut;

11

Peristiwa Pengajaran

Kaitan dengan Proses Pembelajaran

Menarik Perhatian

Penerimaan corak-corakimpuls neural

Maklum pelajar tentang objektif

Meletus satu proses kawalan eksekutif


(executive control)
Merangsang ingatan kembali pengetahuan Retrieval pengetahuan sedia ada dalam
sedia ada/pembelajaran lepas
ingatan jangka pendek
Menekankan ciri-ciri untuk persepsi pilihan
Mengemukakan bahan rangsangan
(selective percepttion)
Memberi bimbingan pembelajaran
Pengekodan semantic ; klu untuk retrieval
Menggalakkan Perlakuan
Meletus organisasi respons
Memberi maklum balas tentang prestasi
Menentukan peneguhan
Menilai prestasi
Meletuskan retrieval; memberi ruang untuk
peneguhan
Merangsang penyimpanan dan pemindahan Memberi klu dan strategi-strategi
untukretrieval
(diterjemah daripada Gagne et al.,2005:195)
Gagne(1985)dalam Noriati, Boon &Sharifah (2012) mengemukakan lima jenis
pembelajaran utama termasuk:
(a)
(b)
(c)
(d)
(e)

Kemahiran intelek
Maklumat verbal
Strategi-strategi Kognitif
Kemahiran psikomotor
Sikap

(a) Kemahiran Intelek


Kemahiran intelek merujuk kepada pengetahuan prosedural dan setiap murid
belajar berinteraksi dengan persekitaran dengan menggunakan simbol. Dalam
proses ini, bahasa lisan digunakan untuk menghadapi

persekitaran secara

simbolik. Pada peringkat permulaan, membaca, menulis dan menggunakan


nombor

adalah jenis-jenis simbol asas yang dipelajari. Apabila pembelajaran

berlanjutan, simbol digunakan secara kompleks untuk membeza, menggabung,


mengklasifikasi, menganalisis dan mengelompokkan objek, peristiwa dan simbolsimbol lain.

12

Mengikut Gagne, pembelajaran bermula daripada yang mudah ke tahap yang


kompleks. Pembelajaran tahap tinggi bergantung kepada pembelajaran pada
tahap rendah. Gagne telah menggariskan lapan jenis tugasan pembelajaran:

Pembelajaran Isyarat : Individu belajar untuk memberi respons umum


terhadap sesuatu signal.
Pembelajaran Rangsangan-Respons: Pelajar memperolehi satu respons
yang tepat terhadap rangsangan yang didiskriminasikan.
Rantaian: Satu rantaian dua atau lebih perkaitan rangsangan- respons
dikuasai
Assosiasi Verbal : Pembelajaran rantaian yang dalam bentuk verbal
Pembelajaran Diskriminasi: kebolehan untuk membezakan antara satu ciri
objek daripada objek lain. Sebagai contoh, pelajar dapat membezakan antara
b dengan d
Pembelajaran Konsep: Kebolehan untuk mengkasifikasi objek dan peristiwa
mengikut ciri-ciri tertentu.
Pembelajaran Hukum: Satu peraturan adalah satu rantaian dua atau lebih
konsep.
Penyelesaian Masalah: Pelajar berkebolehan menggabung beberapa
hukum/peraturan yang mudah untuk menghasilkan sesuatu.

Gagne telah mencadangkan tugasan pembelajaran untuk kemahiran intelek boleh


disusunatur dalam hierarki mengikut kesukaran: mengenal pasti rangsangan,
menjana respons, mengguna

istilah, diskriminasi,

mengaplikasi hukum dan menyelesaikan masalah.


hierarki

ialah

membentuk

konsep,

Perkara penting dalam

mengenal pasti prasyarat yang harus disempurnakan untuk

memudahcara pembelajaran pada setiap peringkat. Hierarki pembelajaran ini


merupakan asas untuk menyusunatur pengajaran agar pelajar dapat menguasai
kemahiran secara sistematik.

(b) Maklumat Verbal


Kemahiran verbal merujuk kepada kebolehan individu menyata sesuatu fakta
atau satu set peristiwa secara lisan, atau secara bertulis. Gagne mendefinisi
maklumat verbal sebagai mengetahui sesuatu atau declarative knowledge
(Gagne,1985 :48). Dalam pembelajaran, sebelum murid dapat membuat
demikian, murid perlu mempunyai kemahiran intelek untuk

menyebutkan

pernyataan. Guru perlu menarik perhatian murid kepada ciri-ciri penting sesuatu
yang ingin diajar dan menyampaikan maklumat dalam chunks dan mengekod
pembelajaran secara bermakna. Bimbingan diberi untuk membantu murid untuk
menyebut atau menyatakan sesuatu fakta atau idea secara verbal.
13

(c) Strategi Kognitif


Mengikut Gagne(1985), kemahiran-kemahiran dimana pelajar dapat mengawal
dengan sendiri proses-proses dalaman iaitu memberi perhatian, belajar,
mengingat dan memikir sesuatu.Strategi kognitif dirujuk sebagai proses
pemerosesan maklumat.
Dalam proses memperoleh kemahiran intelek, pelajar perlu menguasai strategi
untuk mengaktif serta menguruskan pembelajaran, ingatan dan menggunakan
kemahiran sendiri. Jika pelajar menguasai kemahiran dalam memberi perhatian
( salah satu strategi kognitif), pelajar dapat mengaplikasikan kemahiran ini dalam
semua mata pelajaran tanpa mengira kandungan. Justeru itu, pelajar perlu
menguasai pelbagai strategi seperti strategi mengingat, strategi berfikir dan
strategi mengingati kembali yang telah dipelajari. Sebagai contoh, strategi
mengingati boleh dibuat melalui penggunaan mnemonic kata kunci dan
pemetaan konsep serta penyusun awal.
Guru dapat membantu pelajar menguasai strategi kognitif dengan menunjukcara
strategi kepada pelajar disampingmenyediakan pelbagai situasi untuk mereka
melatih strategi tersebut sehingga mereka menguasai strategi tersebut. Guru
juga perlu memberi maklum balas yang bermaknaterhadap penggunaan strategi
kognitif tersebut dari aspek keaslian dan kreativiti.

(d) Kemahiran Psikomotor


Kemahiran ini merujuk kepada kebolehan individu melakukan sesuatu perlakuan
dengan menggunakan otot-otot manusia.Jenis pembelajaran ini memperlihatkan
individu berkebolehan melakukan perlakuan secara tepat, dan betul dengan
pergerakan otot. Antara contohcontoh adalah apabila murid-murid mula belajar
dalam kemahiran psikomotor seperti menulis huruf dengan pensil dan kertas,
bermain, melompat atau berlari dan sebagainya.
Apabila individu dapat menyusunatur pergerakan secara menyeluruh dan
dilaksanakan dengan baik, serta menepati masa dianggap sebagai telah
menguasai kemahiran psikomotor. Kelicinan dan ketepatan masa dalam
perlakuan menunjukkan bahawa perlakuan ini mempunyai tahap tinggi dalam
organisasi dalaman.

Maka adalah kebiasaan sesuatu kemahiran psikomotor


14

akan bertambah baik dari segi ketepatan masa dan kelancaran elalui latihan
berterusan melalui satu jangka masa panjang.
(e) Sikap
Sikap merujuk kepada keadaan dalaman ang mempengaruhi pilihan tindakan
peribadi terhadap objek, orang perseorangan atau peristiwa.(Gagne,1985).
Penekanan adalah kesan sikap terhadap tingkah laku iaitu pilihan tindakan
yang dilakukan oleh individu. Hasil daripada perlakuan atau tingkah laku akan
merupakan tanda rujukan tentang sikap individu. Demi memupuk sikap yang
diingini, guru perlu kaitkan kejayaan dengan sikap tertentu, kaitkan juga sikap
dengan model yang disanjungi ramai serta sentiasa mengaturkan tindakan
peribadi dikaitkan dengan sikap yang diingini.

Disamping itu, maklum balas

diberi kepada perlakuan atau prestasi yang berjaya.


Secara umumnya, tindakan setiap individu amat dipengaruhi oleh sikap. Sikap
boleh dipelajari daripada pelbagai cara dan dapat dikuasai melalui pengalaman
yang berjaya, pemerhatian

orang dihormati dan berpengalaman. Guru harus

memberi maklum balas kepada pelajar yang berjaya melaksanakan tugas agar
dapat mengekalkan tingkah laku yang diingini.

TUGASAN TERARAH
Kaitkan peristiwa-peristiwa pengajaran Gagne dengan merujuk kepada
jenis-jenis pembelajaran Gagne.

1.4 Rumusan
Tajuk ini membincangkan tentang konsep pengajaran dan pembelajaran, prinsip-prinsip
pembelajaran dan jenis-jenis pembelajaran Gagne. . Secara kesimpulan, setiap jenis
pembelajaranmemerlukan keadaankeadaan

dalaman dan luaran yang berlainan.

Juga dalam setiap jenis pembelajaran ini sembilan peristiwa pengajaran harus dilalui.
Tajuk ini penting kerana guru perlu mempunyai kesedaran tentang proses-proses yang
berlaku dalam minda murid dan kaedah untuk digunakan untuk memudahcara
pembelajaran konsep dan kemahiran secara optimum.

15

Rujukan
Amidon,E. & Hunter,E.(1964).Student teaching :Cases and comments. New
York:Holt,Rinehart & Winston.

Ewell, P. T. (1997b). Organizing for learning: A point of entry. Draft prepared


for discussion at the 1997 AAHE Summer Academy at Snowbird. National
Center for Higher Education Management Systems (NCHEMS). Retrieved
from http://www.intime.uni.edu/model/learning/learn_summary.html

Gagn, R. (1985). Conditions of learning. New York: Holt, Rinehart & Winston.

Gagne , R. M., and Briggs, L. J. (2005).Principles of instructional design (2nd


ed.). New York: Holt, Rinehart &Winston.
Morrison, H.C.(1926).The practice of teaching in secondary school.Chicago:University of
Chicago Press.
Noriati, A.R., Boon, P.Y., Sharifah Fakriah.(2012).Murid dan alam belajar.
Shah Alam:Oxford Fajar Sdn Bhd.
Slavin, R.E. (2005).Educational psychology: Theory into practice.Englewood
Cliff: Prentice Hall Ltd.
Tan, O,S., Parsons,R.D.,Hinson,S.L.,Sardo-Brown,D.(2003). Educational
Psychology: A practitioner-research approach(An Asian Ed.). Singapore:
Thomson Learning.
Woolfolk, A. (2004). Educational psychology (9th ed.). Boston: Allyn & Bacon.
Yelon, S. C., &Weinstein G. W. (1977).A Teachers world:Psychology in the
Classroom. New York: MacGraw Hill.

16

Anda mungkin juga menyukai