Per I Bahasa

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 5

PERIBAHASA : Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna

Pada cuti sekolah yang lalu, aku telah pulang ke kampung di Negeri Sembilan bersamasama keluarga. Sebaik tiba di kampung, aku mula berpakat dengan sepupu-sepupuku,
Atan dan Usap untuk memancing ikan di Sungai Jelai.
"Jangan main sungai. Bahaya. Hujan lebat semalam. Arus sungai deras," pesan
nenekku.Bagaimanapun ketika ibu dan ayah berbual dengan nenek di dapur, aku, Atan
dan Usop meneruskan rancangan kami memancing di sungai itu.

PERIBAHASA : Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga


Budin seorang budak yang nakal. Dia suka membuli muri-murid yang lain selain
sikapnya yang kasar dan biadap. Budin juga selalu ponteng sekolah. Walaupun dia
kerap ditegur oleh gurunya, namun teguran itu tidak diendahkannya.
Budin ada tiga orang sahabt yang nakal sepertinya. Sahabatnya, Rashid, Balan dan
Sidek menganggap Budin seorang yang berani. Hal ini kerana, Budin berani mencuri
barang-barang peniaga pasar malam. Ketika peniaga sedang sibuk melayan pelanggan,
Budin akan berpura-pura memilih barangan. Dia kemudian akan menghulurkan
barangan yang hendak dicuri secara sembunyi-sembunyi kepada kawan-kawannya.

Setelah beberapa minit mencampakkan mata kail ke dalam sungai, Atan dapat
memancing seekor ikan yang besar. Atan berasa sangat gembira. Setelah memasang
mata kail yang baharu pada jorannya, Atan mencampakkan pancingnya kembali ke
dalam sungai.
Tiba-tiba Atan tergelincir lalu terjatuh ke dalam sungai. Atan menjerit meminta tolong.
Aku dan Usop cuba mencapai tangannya tetapi gagal kerana arus sungai agak deras.
Aku lihat Atan cuba berenang untuk menyelamatkan diri tetapi terus dibawa arus.
Tangannya terkapai-kapai dalam air.
Aku menjerit meminta tolong. Usop pula berlari pulang untuk memberitahu penduduk
kampung. Tidak lama kemudian, penduduk kampung datang bersama-sama ibu dan
ayah kami. Beberapa orang penduduk berenang ke dalam sungai untuk mencari Atan,
tetapi gagal. Aku dan Usop menangis teresak-esak. Lebih kurang tiga jam kemudian,
anggota bomba dan penyelamat yang datang menemui mayat Atan tersangkut pada
akar pokok. Mayatnya kemudian dibawa ke hospital.
Aku amat menyesal kerana tidak mendengar nasihat nenekku. Bagaimanapun,
penyesalanku sudah tidak ada gunanya kerana "sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna."

PERIBAHASA : Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga


Budin seorang budak yang nakal. Dia suka membuli muri-murid yang lain selain
sikapnya yang kasar dan biadap. Budin juga selalu ponteng sekolah. Walaupun dia
kerap ditegur oleh gurunya, namun teguran itu tidak diendahkannya.
Budin ada tiga orang sahabt yang nakal sepertinya. Sahabatnya, Rashid, Balan dan
Sidek menganggap Budin seorang yang berani. Hal ini kerana, Budin berani mencuri
barang-barang peniaga pasar malam. Ketika peniaga sedang sibuk melayan pelanggan,
Budin akan berpura-pura memilih barangan. Dia kemudian akan menghulurkan
barangan yang hendak dicuri secara sembunyi-sembunyi kepada kawan-kawannya.
Budin dan kawan-kawannya sering menjadikan Tok Din, seorang lelaki tua penjual
buah-buahan sebagai mangsa. Kawan-kawan Budin akan berpura-pura terlanggar
buah-buahan Tok Din. Apabila Tok Din sibuk mengutip buah-buahan yang jatuh, Budin
akan mencuri wang di dalam tempat simpanan wang Tok Din tanpa disedari oleh lelaki
tua itu.

Bagaimanapun, pada suatu hari, ketika mereka melakukan perkara yang sama,
seorang lelaki terpandang perbuatan mereka. Lelaki iu memekik lalu memaut leher
Budin. Budin tidak sempat melarikan diri lalu ditangkap oleh lelaki tersebut. Lelaki itu
kemudian membawa Budin ke balai polis. Rashid, Balan dan Sidek turut ditangkap oleh
pihak polis kerana bersubahat dengan Budin.
Walaupun seseorang itu sangat licik ketika melakukan pebuatan jahat, lamakelamaan perbuatan jahat itu akan diketahui juga kerana "sepandai-pandai tupai
melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga." Begitulah juga yang berlaku kepada Budin dan
kawan-kawannya.

PERIBAHASA : Sediakan payung sebelum hujan


Peribahasa "sediakan payung sebelum hujan" bermaksud kita perlu sentiasa
bersiap sedia. Persediaan dari segi fizikal dan mental ini penting bagi kemungkinan
berlakunya perkara yang tidak dingini.
Seperti peribahasa "beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis," peribahasa
ini mengingatkan kita supaya sentiasa berwaspada dalam apa-apa perkara yang kita
lakukan dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan perkara yang
buruk daripada berlaku.
Maksud peribahasa ini sangat baik diamalkan oleh ibu bapa dalam mendidik anakanak mereka. Anak-anak yang masih kecil perlu dididik dengan akhlak yang mulia selain
dibekalkan dengan ilmu pengetahuan untuk memastikan mereka hidup sempurna pada
masa hadapan. Tanpa didikan yang sempurna, kemungkinan anak-anak akan
mengalami keruntuhan akhlak apabila dewasa.
Kejayaan dapat dicapai dengan berusaha. Justeru, seseorang perlu berusaha dari
awal agar apa-apa yang dicita-citakan akan dapat dicapai. Apabila kita telah bersedia ,
pekerjaan yang kita lakukan akan menjadi lancar dan teratur. Perancangan awal ini
penting untuk memastikan sesuatu yang dilakukan berhasil.
Bagi murid pula, peribahasa ini wajar diamalkan. Hal ini kerana, setiap murid
memang perlu sentiasa bersiap sedia sebelum menghadapi peperiksaan dengan belajar
dan mengulangjkaji pelajaran. Jika murid tidak belajar, maka kejayaan tidak akan
dicapai.
Kesimpulannya, peribahasa ini mempunyai pengajaran yang baik kerana
mengingatkan kita supaya sentiasa bersedi. Oleh itu, wajarlah maksud peribahasa ini
dijadikan amalan dalam kehidupan.

PERIBAHASA : Genggam bara api biar sampai jadi arang

Jika kita hendak men capai cita-cita, kita perlu berusaha secara tekal serta sabar
apabila menghadapi cabaran dan dugaan. Begitulah maksud peribahasa "genggam
bara api biar sampai jadi arang."
Antara contoh yang ada kaitan dengan peribahasa ini ialah diri murid sendiri. Sama
ada murid sekolah rendah, pelajar sekolah menengah atau kolej, mahupun penuntut di
universiti, semuanya perlu gigih menuntut ilmu. Semasa di sekolah rendah, kita perlu
menduduki peperiksaan UPSR. Di sekolah menengah pula, kita menduduki peperiksaan
PMR, SPM dan STPM. KIta perlu melalui semua cabaran ini dengan sabar jika hendak
berjaya dalam pelajaran.
Bagi peniaga pula, susah payah untuk maju perlu dihadapi terlebih dahulu jika
hendak menjadi usahawan berjaya. Jatuh bangun dalam bidang perniagaan bagi
seorang usahawan akan mematangkan mereka, seterusnya menjadi tangga untuk
mereka lebih maju.
Antara contoh yang lain ialah usaha yang dilakukan oleh penyanyi tersohor negara,
Siti Nurhaliza Tajuddin. Beliau terus berusaha memajukn diri dan tanah air, dengan
membuat persembahan di Royal Albert Hall, London menggunakan perbelanjaan
sendiri. Hal ini membolehkan beliau mencipta nama pada peringkat antarabangsa.
Semua tokoh terkemuka dunia berjaya hasil usaha gigih. Tokoh pejuang negara
seperti Tunku Abdul Rahman, Dato' Onn Jaafar dan tokoh kemerdekaan yang lain
berusaha gigih untuk memerdekakan negara. Pemimpin pada masa ini pula turut
berusaha gigih untuk memajukan rakyat dan negara demi memastikan Malaysia kekal
makmur dan merdeka.
Jelaslah bahawa kejayaan akan datang seiring dengan usaha kerana "kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya."
PERIBAHASA : Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama
Peribahasa merupakan kalimat indah yang dicipta orang-orang tua dahulu yang
berperanan menasihati, mendidik, menyindir dan memberi peringatan kepada
masyarakat. Hingga kini peribahasa masih dipelajari dan diamalkan dalam hidup seharihari.
Antara peribahasa yang biasa kita dengar ialah "harimau mati meninggalkan
belang. manusia mati meninggalkan nama." Peribahasa ini bermaksud orang yang
membuat kebajikan semasa hidup akan sentiasa diingati. Hal ini mengajar kita agar
sentiasa berbakti kepada masyarakat. Hingga kini kita masih mengingati tokoh yang
banyak berjasa kepada negara. Contohnya Tunku Abdul Rahman, Dato' Maharajalela
dan Pendeta Za'ba. Mereka telah lama meninggal dunia, tetapi segala jasa yang
dicurahkan tetap dikenang.
Tujuan peribahasa ini menggesa kita agar terus berbakti. Kita boleh berbakti

kepada agama, keluarga dan negara. Bakti yang paling mudah ialah membuat kebajikan
yang dapat dimanfaatkan kepada orang lain seperti menjaga kebersihan.
Apa yang kita kesali dalam kalangan kita ialah kegiatan merosakkan harta benda
awam. Sudahlah tidak mahu berbakti, malahan menyusahlan orang lain. Mereka yang
bersikap negatif ini kerana tidak mempunyai nila-nilai murni dalam hidup mereka.
Jadi, kita perlu bulat hati untuk membuat kebajikan sepanjang hidup kita. Untuk
itu, jangan sesekali hangat-hangat tahi ayam. Sebagai seorang murid yang sentiasa
ingin berbakti kepada sekolah, tindakan yang pertama ialah memastikan mematuhi
undang-undang sekolah.Walaupun negara dilanda teknologi maklumat (IT), peribahasa
ini masih sesuai diamalkan dalam kehidupan kita.

Anda mungkin juga menyukai