Anda di halaman 1dari 28

TAJUK FORUM: ROKOK SETIAP SEDUTAN MEMBAWA PADAH

Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi


Wabarakatuh Warga dewan sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum
Remaja. Topik kita pada hari ini ROKOK-Setiap Sedutan Membawa Padah.
Bersama saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan ragu dan
jangan risau kerana nampaknya warga dewan kita khususnya para jejaka tidak
senang duduk melihat kejelitaan tiga orang ahli panel kita pada hari ini . Baiklah
di sebelah kanan saya, ahli panel pertama,saudari (nama). Selamat datang
saudari. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung saudari (nama).
Selamat datang saudari. Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkatakata, saudari (nama). Selamat datang juga buat saudari. Baiklah sebelum saya
menyimpang lebih jauh , soalan saya pada panel pertama, apakah kandungan
yang boleh kita dapati di dalam rokok?

Panel Pertama: Terima kasih kepada saudari pengerusi, Setiap batang rokok yang
dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang
membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu
menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah
bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat
(acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga
(DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang
digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan
banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon
Monoksida.

Pengerusi : Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel
pertama ada menyatakan bahawa teradapat 3 racun yang paling penting di
dalam rokok iaitu tar, nikotin, dan karbon monoksida. Bolehkah saudari panel
kedua menerangkan kenapa tiga bahan ini dianggap paling berbahaya?

Panel Kedua:Soalan yang amat menarik saya akan menerangkan satu persatu.
Tarmengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi
penyebab kanser (karsinogen). Manakala Nikotin, seperti najis dadah heroin,
amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan menyebabkan
ketagihan. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan
ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya.Dan yang terakhir
Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh
ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya
menjadi terencat.

Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang lagi
bersuluh bahawa rokok itu sendiri boleh membawa kemudaratan terhadap
diri.Jika dua panel kita tadi menerangkan tentang kandungan berbahaya yang
terdapat di dalam rokok saya ingin meminta panel ketiga kita untuk
menghuraikan apakah kesan yang boleh disebabkan oleh asap rokok pada
perokok dan orang sekeliling?

Panel Ketiga : Terima kasih kerqna menjemput saya untuk berbicara dalam majlis
forum ini, antara kesan asap rokok kepada perokok dan orang sekeliling ialah
kanser paru-paru, trakea, bronkus, mulut dan esofagus (saluran pemakanan), di
mana 90 peratus penyakit kanser paru-paru berpunca daripada tabiat
merokok.Kajian saintifik juga menunjukkan bahawa terdapat lebih empat ribu
bahan-bahan kimia yang terdapat pada asap rokok sebagai menyebabkan
kanser. Perokok pasif ialah orang yang tidak merokok namun diistilahkan sebagai
perokok kerana mereka menyedut asap rokok daripada perokok di sekeliling.
Percaya atau tidak, risiko penyakit yang dihadapi perokok pasif berkali ganda
lebih daripada perokok.

Pengerusi: Panel kita yang ketiga tadi menerangkan impak asap rokok pada
perokok dan orang sekeliling daripada sudut kesihatan. Soalan saya kembali
kepada panel pertama, bolehkan saudari jelaskan impak asap rokok atau rokok
itu sendiri dari sudut ekonomi dan personaliti.

Panel Pertama:Daripada segi ekonomi, secara purata, perokok membelanjakan


wang lebih kurang RM1,000 setiap tahun untuk merokok. Manakala rawatan
perubatan dengan anggaran RM240 setahun. Ini bermakna perokok
membazirkan wang mereka dengan banyak sepanjang hidup mereka. Oleh itu
perbuatan merokok samalah seperti membakar duit sendiri. Kemudian daripada
sudut personaliti, asap rokok meninggalkan bau pada rambut, baju, bibir kering,
gigi berwarna kekuningan, manakala pernafasan yang berbau pula menjejaskan
hubungan sosial.

Pengerusi: Pepatah Arab ada menyatakan bahawa tiada penyakit yang tidak
boleh diubati melainkan maut. Kepada panel kedua bolehkah saudari jelaskan
tentang kaedah yang betul untuk berhenti daripada tabiat merokok?

Panel Kedua:Terima kasih saudari pengerusi, di antara Kaedah Yang Betul Untuk
Berhenti Merokok ialah pertama tetapkan tarikh untuk berhenti merokok. Anda
juga mesti mengatakan pada diri anda bahawa "Aku bukan perokok". Selain itu
anda mesti menumpukan apa sahaja yang anda lakukan untuk melupakan tabiat

merokok. Sentiasa berfikiran positif juga penting. Anda juga perlu mendapatkan
sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan.Yang paling penting adalah
melawan keinginan untuk merokok.

Panel Pertama: Maafkan saya saudari pengerusi, saya ingin menambah sedikit
apa yang dikatakan saudari panel kedua.

Pengerusi: Silakan saudari.

Panel Pertama: Terima kasih. Kita sedia maklum bahawa tabiat merokok dewasa
ini bermula dariapada usia remaja lagi. Oleh itu ibu bapa adalah kaunselor
terbaik kepada anak-anak yang merokok. Jangan dibiarkan sahaja mereka
dengan tabiat ini. Kata orang sayang isteri tinggal-tinggalkan, sayang anak
tangan-tangankan. Ibu bapa perlu menggunakan pendekatan yang tidak terlalu
tegas dan tidak pula terlalu lembut. Anak-anak ini jangan diberikan bunga
sahaja, atau hanya diberi rotan sahaja. Tetapi gunakan kedua-duanya, insyaallah
akan berkesan pada jiwa mereka.

Pengerusi: Terima kasih saudari. Jika panel kedua kita tadi menyebutkan tentang
kaedah berhenti merokok, saya pasti memang ramai yang tertanya-tanya
tentang apakah pula faedahnya kepada seseorang individu walaupun saya rasa
jawapannya sudah berlegar-legar di minda para penonton. Untuk mengusaikan
kekusutan ini saya minta panel kita yang ketiga untuk menjelaskan faedah
berhenti merokok.

Panel Ketiga : Diantara Faedah Berhenti Merokok ialah kita insyaallah akan hidup
lebih lama selain itu kita juga dapat menghindari racun.Kemudian kita juga dapat
melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok.Keupayaan
deria rasa dan bau kita juga akan meningkat, gigi lebih putih dan nafas lebih
segar dan terakhir dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan
wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana
sudi hadir dan sudi menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita
dapat hari ini tidak sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita samasama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar
perbincangan kita hari ini.(tepuk tangan).Kesimpulannya tabiat merokok perlu
dihentikan kerana ia bukan sahaja menjejaskan kesihatan diri kita tetapi juga

orang lain. pengayuh sudah ditangan perahu sudah di air fikir-fikirkan dan
jangan sekali berhenti berfikir!! Usah menepuk dada menanya selera tetapi
tepuklah dahi, bukalah minda, dan fikir-fikirkanlah!!rokok setiap sedutan
membawa padah!!! Terimalah serangkap pantun indah daripada saya

Tuailah padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Salam hormat, ceria-ceria selalu. Akhir kalam,

Orang putih, orang Pakistan,


Terima kasih syukran jaziilan.

Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.

CONTOH 2
TAJUK FORUM : MENDISIPLINKAN PELAJAR: TANGGUNGJAWAB SIAPA?
Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, AlHamdulillahi robbil alamiin, wassolatu
wassalaamu alaa asyrofil anbiyai wal mursaliin.. wa ala alihi wa sohbihi
ajmaiin.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih


Sayang dan Salam 1 Malaysia.

Warga dewan sekalian,


Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurnia
daripadaNya, dapat kita bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja
bersama saya ________________________ pada pagi/petang yang berbahagia ini.
Hadirin yang dirahmati Alah sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli
panel kita pada hari ini, kita sedia maklum, dewasa ini, masalah disiplin dalam
kalangan pelajar boleh dikatakan berada dalam tahap yang agak
membimbangkan semua pihak. Justeru, masalah ini perlu dilihat dalam skop
yang lebih besar jika ianya ingin diselesaikan. Sesuai dengan tajuk forum kita
pada kali ini Pendisiplinan pelajar: Tanggungjawab Siapa? Persoalan inilah kunci
utama forum yang ingin kita gunakan sebagai pembuka pintu-pintu
kecemerlangan pendidikan akhlak di sekolah khususnya dalam persoalan
mengatasi masalah disiplin pelajar.

Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita
berkenalan dengan tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan
jangan risau kerana warga dewan sememangnya tidak asing lagi dengan panelpanel kita pada hari ini.

Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudara/saudari


_______________________ yang merupakan __________________________ Apa khabar
saudari?
Panel Pertama : AlHamdulillah sihat Cik Pengerusi. Cik Pengerusi macamana?
Pengerusi : Alhamdulillah, sihat juga.
Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung
saudari/saudara____________________________, jawatan. Selamat datang saudari.
Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari/saudara
_________________. Selamat datang juga buat saudara.

Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama,
apakah sebenarnya konsep tanggungjawab dan disiplin.

Panel Pertama: Terima kasih pengerusi yang cantik molek pekertinya membawa
rasional persoalan. Terlebih dahulu, yang dihormati, barisan tetamu kehormat,
kombinasi intelektual kehakiman, rakan-rakan panel yang lain dan seterusnya
hadirin yang dirahmati Allah sekalian.

Pada pendapat saya, tanggungjawab dan disiplin tidak dapat dipisahkan dan
sudah semestinya membawa kepada persoalan yang berkait dengan kawalan
individu, pemimpin, masyarakat dan sebagainya. Kawalan inilah yang penting
dalam menentukan jati diri, akhlak, serta kualiti yang ingin dicapai ataupun di
tonjolkan. Ringkasnya tanggungjawab adalah rukun utama dalam pembentukan
disiplin. Di sekolah, disiplin satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana
tenteram supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
teratur dan lancar. Maka disinilah terletaknya tanggungjawab yang digalas oleh
semua pihak yang terlibat dengan disiplin pelajar sama ada murid itu sendiri,
guru disiplin, guru-guru, pihak pentadbiran mahupun ibu bapa atau masyarakat
umumnya. Bagi masyarakat di luar sekolah, tanggungjawab dan disiplin adalah
asas penting bagi membentuk kerukunan hidup selaras dengan norma, nilai dan
aspirasi negara. Amanah yang dipikul dengan baik adalah tunjang kepada
kawalan sosial yang baik. Namun tidak dinafikan, ramai juga masyarakat di luar
sana menganggap tanggungjawab dan disiplin adalah suatu perkara yang sangat
negatif iaitu merupakan masalah sosial dan tidak amanah sedangkan hakikatnya
ia merupakan usaha yang perlu bagi memperbaiki etika dan gaya hidup
bertamadun manusia. Contohnya orang Jepun yang membangunkan negara
mereka setelah menjadi padang jarak padang tekukur dan kini merupakan
negara moden seperti sekelip mata. Asasnya tidak lain dan tidak bukan adalah
tanggungjawab dan disiplin yang hebat.

Pengerusi : Terima kasih kepada panel pertama kita atas lontaran konsep yang
utuh lagi berisi. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa, disiplin
dan tanggungjawab perlu bergerak seiring untuk mencapai tahap
kecemerlangan yang maksimum. Ia boleh diibaratkan sebagai irama dan lagu,
iaitu tidak sempurna disiplin tanpa tanggungjawab, dan tanpa tanggungjawab,
disiplin tidak akan dapat dibentuk. Justeru, saya ingin menanyakan persoalan
seterusnya kepada ahli panel kita yang kedua, apakah asas kepada pendisiplinan
pelajar agar kecemerlangan secara holistik dapat dicapai?

Panel Kedua: Soalan yang amat menarik daripada pengerusi kita pada hari ini.
Bismillah.. Baiklah sebenarnya, latar belakang keluarga, suasana sekolah dan
keadaan persekitaran mempengaruhi tindakan para pelajar untuk melanggar
peraturan yang ditetapkan. Saya berpendapat peranan semua pihak diperlukan

dalam memastikan permasalahan ini dapat pendisiplinan terletak di bahu ibu


bapa. Seharusnya, pihak ibu bapa perlu sedar akan kepentingan hubungan yang
erat dengan guru-guru di sekolah. Perjumpaan berkala di antara ibu bapa para
pelajar dengan pihak sekolah perlu diadakan sekerap yang boleh. Tindakan ini
amat penting kerana ianya boleh menjadi medium perbincangan prestasi dan
disiplin anak-anak mereka di sekolah. Hal ini amat signifikan kerana sekiranya
golongan ibu bapa mengambil remeh tentang masalah disiplin anak-anak
mereka di sekolah, golongan anak-anak itu akan merasa bebas dan terbiar
sehingga menyebabkan mereka membuat tindakan yang bertujuan untuk
mendapatkan perhatian seperti melawan guru, ponteng kelas, ponteng sekolah,
membuli dan sebagainya yang mana hal ini akan menambah dan meningkatkan
masalah kes disiplin di sekolah. Oleh itu, pihak ibu bapa dan guru di sekolah
perlu mengadakan hubungan yang baik supaya segala masalah yang berkaitan
dengan pelajar dapat diselesaikan sebelum nasi menjadi bubur.
Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua atas pandangan yang amat bernas
sebentar tadi. Sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa sebenarnya terdapat
banyak asas pendisiplinan yang boleh diimplementasikan untuk mengawal
masalah disiplin pelajar di sekolah. Jika dua orang panel kita tadi menerangkan
tentang konsep tanggungjawab dan disiplin serta menghuraikan dengan
selengkapnya tentang asas-asas pendisipinan pelajar, saya ingin meminta
pendapat panel ketiga tentang persoalan Pendisiplinan pelajar, sebenarnya
terletak di bahu siapa? Dipersilakan..

Panel Ketiga : Bismillah...Terlebih dahulu, terima kasih kerana menjemput saya


untuk berbicara dalam majlis forum ini. Untuk menjawab persoalan ini, umum
sedia maklum, isu-isu berkaitan dengan masalah disiplin di kalangan pelajar
sekolah sering diperkatakan pada masa kini dan menjadi fokus media massa.
Buktinya, pada 5 Ogos 2007, berita penangkapan kanak-kanak berumur 12
tahun yang dituduh terlibat dalam kejadian menculik dan merogol wanita
berumur 30 tahun berulangkali secara bergilir-gilir telah disiarkan di Buletin 1.30.
Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Dengar-dengarkan pantun ini :
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Pantun empat kerat tadi membawa maksud menuntut ilmu biarlah dengan cara
yang betul dan bersungguh-sungguh. Jika tidak, ilmu yang dituntut akan hilang

atau sia-sia begitu sahaja. Manusia dituntut mencari ilmu sehingga ke akhir
hayat. Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud:
"Sesungguhnya menuntut ilmu itu merupakan kewajipan bagi setiap Muslim.
(Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)
Ilmu diperoleh daripada pelbagai sumber antaranya melalui pembacaan,
penelitian, pentaakulan belajar daripada pengalaman lepas serta yang paling
utama menuntut ilmu daripada seseorang yang pakar dalam bidang tertentu
yang digelar guru. Konsep guru merujuk kepada seseorang yang mengajar dan
mendidik sama ada untuk mencapai kejayaan akademik atau kemuliaan akhlak.
Guru ada di mana-mana. Ibu bapa boleh menjadi guru yang paling baik buat
anak-anaknya. Seorang kakak atau abang boleh menjadi guru kepada adikadiknya.
Masyarakat juga boleh bertindak sebagai guru sekiranya wujud kerencatan
dalam kelompok sosialnya. Hakikatnya, semua orang bertindak sebagai guru
dalam kehidupannya. Guru dalam konsep ini lebih kepada tugas ingatmengingati, saling mencerna pemikiran melalui pengalaman, mendidik dan
mendisiplinkan diri sendiri dan orang lain serta mengajar sesuatu yang berlaku
dalam hidup dengan penerimaan yang baik. Maka pendapat saya tidak lain dan
tidak bukan adalah tanggungjawab didikan tidak kiralah daripada ibu bapa, guru,
masyarakat, media massa dan semua yang terlibat adalah bertanggungjawab
dalam pembentukan disiplin iaitu pendisiplinan pelajar. Seperti kata-kata sahabat
Rasulullah SAW tentang penilaian baik masyarakat ( muslimin ) adalah baik pada
Allah SWT dan sebaliknya jika penilaian buruk maka buruklah bagi Allah SWT.

Pengerusi: Sungguh intelektual pemikiran saudari panel kita yang ketiga.


Memang tidak dapat disangkal lagi, semua pihak harus bekerjasama bagi
mendisiplinkan atau memantapkan akhlak pelajar pada masa kini bak kata
pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.. Tetapi saya ingin bertanya
secara ringkas tentang pendapat ahli panel kita pada hari ini, siapakah yang
sebenarnya menggalas tanggungjawab utama bagi mendisiplinkan pelajar di
sekolah? Saya persilakan panel kita yang pertama dahulu untuk memberikan
sedikit ulasan.

Panel Pertama: Terima kasih kepada pengerusi atas persoalan yang diujarkan.
Pada pendapat saya, pihak yang menggalas akauntabiliti utama dalam
mendisiplinkan pelajar adalah golongan ibu bapa. Peranan ibu bapa adalah amat
penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka.
Hal ini disebabkan ibu bapalah yang sentiasa memerhatikan setiap gerak-geri
atau pergerakan anak-anak mereka. Di samping itu, golongan ibu bapa
mempunyai tanggungjawab dan amanah untuk mendidik anak-anak mereka
sejak berada di dalam kandungan lagi. Di samping itu, ibu bapa juga perlu
meningkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni,

motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, menunjukkan


keperibadian yang mulia, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka
potensi anak. Justeru, Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak
agar anak-anak tidak kehilangan arah dan menjadi insan yang berilmu dan
beragama, penyumbang kepada kemantapan ummah seantero dunia, insyaAllah.

Pengerusi: Begitu hebat kata-kata atau pendapat yang diutarakan oleh panel kita
sebentar tadi. Diharapkan ianya dapat dijadikan pegangan dan panduan oleh
golongan ibu bapa di luar sana untuk mendidik anak remaja kita menjadi insan
yang berilmu dan beragama, insya-Allah. Sekarang kita perdengarkan pula
pendapat daripada panel kita yang kedua, secara ringkas tentang siapakah yang
menggalas peranan utama dalam mendisiplinkan pelajar?

Panel Kedua: Terima kasih saudari pengerusi yang tidak kurang petah bicaranya.
Pada pandangan saya, pihak yang menggalas peranan utama dalam
mendisiplinkan pelajar ialah Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Hal ini
disebabkan, dari sudut psikologi, peringkat remaja adalah peringkat paling
berpengaruh dalam kehidupan mereka. Pada peringkat inilah, pengaruh rakan
sebaya paling kuat dan paling diterima. Mereka lebih rela menceritakan dan
mencurahkan perasaan kepada rakan berbanding ibu bapa, guru atau orang
dewasa lain. Oleh itu, pendekatan logikal ialah menggunakan remaja untuk
mempengaruhi remaja lain. Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dapat
memenuhi hasrat ini dengan syarat mereka dilatih dan diselia dengan teratur.
Oleh itu, adalah disarankan supaya pemilihan dan perkembangan latihan ahli
PRS hendaklah dipantau bersama kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah dan juga
ibu bapa. Insya-Allah, sekiranya ahli-ahli PRS menerima latihan secukupnya
dalam menangani masalah disiplin pelajar di sekolah, insya-Allah, masalah
disiplin ini akan dapat diatasi. Wallahualam.

Pengerusi : Begitu hebat sekali wacana yang dilontarkan oleh panel kedua kita
sebentar tadi. Seterusnya persoalan terakhir untuk panel kita yang ketiga, masih
berlegar dalam persoalan yang sama iaitu pihak manakah yang memegang
tanggungjawab yang berat dalam mendisiplinkan atau memanusiakan insan
pdelajar di sekolah kita pada haroi ini?

Panel Ketiga: Terima kasih kepada sadari pengerusi yang sentiasa aktif
menanyakan banyak persoalan intelek. Baiklah, untuk menjawab persoalan ini,
cuba kita renungi baris-baris akhir sebuah sajak yang berbunyi:
Jika hari ini siapa saja perosak bangsa;
Bermula dengan kegagalan guru kita
Cuai mengasuh generasi muda

Saya yakin sajak ini akan menguris hati seorang guru. Kalaupun tidak terpalit
luka mungkin wujud juga sedikit rasa tersinggung mahupun kecewa lantaran
dikatakan gurulah menjadi punca kepada kemunculan perosak bangsa. Namun
itulah realitinya kehidupan hari ini. Kalau dulu guru merupakan individu atau
kumpulan kecil masyarakat yang amat dihormati, situasi kini jauh berbeza. Kalau
dulu, ramai yang mengakui bahawa dewasanya seseorang itu adalah dimulakan
oleh seorang guru biasa, namun kini masyarakat lebih mudah menyalahkan
para guru apabila hasil didikan tidak menjadi.
Menyedari tentang keretakan hubungan yang berlaku antara ibu bapa dan guru
pada hari ini, ianya perlu diperhalusi dan dicari penyelesaian terbaik untuk
mengembalikan kepercayaan ibu bapa kepada pihak sekolah umumnya dan guru
khasnya. Hubungan yang erat antara guru dan ibu bapa amat penting agar
masalah disiplin pelajar di sekolah dapat dikurangkan dan bukan semakin
bertambah dan membimbangkan semua pihak. Justeru pihak yang paling
menggalas beban berat untuk mengatasi masalah disiplin pelajar di sekolah
adalah golongan ibu bapa, guru, pihak berwajib dan masyarakat sekeliling.
Mereka ini seharusnya melakukan anjakan paradigma dengan lebih berfikiran
positif, menerima kelemahan anak-anak mereka dan bersangka baik dengan
guru-guru di sekolah.
Sekiranya hal ini dapat diwujudkan, insya-Allah, masalah disiplin dalam kalangan
pelajar akan dapat diatasi bak kata kerana hanya dengan bekerjasama akan
dapat melahirkan hasil yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana
sudi hadir dan sudi menyuarakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita
dapat hari ini tidak sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita samasama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar
perbincangan kita hari ini.(tepuk tangan).
Kesimpulannya perkara yang berkaitan dengan masalah ini sebenarnya bukanlah
suatu perkara yang patut kita pandang remeh. Setiap individu mempunyai
tanggungjawab dalam membendung kemelut ini daripada terus menjadi barah.

Sebelum kita menuding jari kepada mana-mana pihak, elok kita renungrenungkan sejenak....
Lautan Itu Dunia,
Bahtera Itu Kita,
Kemudi Itu Agama,
Peliharalah Bahtera Daripada Karam Di Lautan Dunia

Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah serangkap pantun
yang berbunyi:
Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta, dan yang
kurang elok itu datangnya daripada kekhilafan diri kami sendiri.
Wallahualam
Saya akhiri forum remaja kita pada pagi ini dengan lafaz yang mulia.
Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh

CONTOH 3
TAJUK FORUM: MELESTARI ALAM SEKITAR

Mutakhir ini, arus modenisasi menderaskan lagi pembangunan negara. Pelbagai


projek sosioekonomi dijalankan dengan begitu rancak namun secara tidak sedar
alam sekitar sudah terjejas. Satu kemelut yang terpaksa dihadapi oleh negara
kita. Kita sebenarnya tersepit antara keinginan menjadi sebuah negara maju
dengan alam sekitar yang perlu dipelihara, bak kata peribahasa ditelan mati
mak,diluah mati bapa. Untuk melihat isu ini dengan lebih jelas, satu
perbincangan ilmiah telah dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Alam Sekitar
Daerah Johor Bahru sempena kempen Sayangi Bumi Kita

Pengerusi: Assalamualaikum kepada hadirin sekalian. Saya Profesor Nasir


Ibrahim mengucapkan selamat datang kepada semua yang ada di sini. Semoga
kedatangan Tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis ilmu ini diberkati Allah S.W.T.
Sempena kempen Sayangi Bumi Kita yang sedang berlangsung di seluruh
negara, Persatuan Pencinta Alam Sekitar Johor Bahru mengambil kesempatan
untuk bersama-sama membantu kerajaan memberi kesedaran kepada orang
ramai tentang kepentingan alam ini kepada kita. Visual yang ditayangkan
kepada kita sebentar tadi menunjukkan betapa hebatnya serangan pencemaran
di seluruh dunia. Hal ini amat mengerikan kerana selama ini kita semua hidup
dalam sebiji belon yang terlalu kotor.

Oleh itu, bagi membincangkan fenomena ini dengan lebih spesifik dan
bermaklumat, penganjur telah menjemput tiga orang tokoh yang terlibat secara
langsung dengan alam sekitar iaitu di sebelah kanan saya ialah Datuk
Muhammad Hafiz Ali , Pengarah Jabatan Metreolagi Malaysia. Di sebelah kiri pula
ialah Dr. Wong Xin Yi, aktivis pencinta alam yang sangat aktif di peringkat
antarabangsa. Beliau bertugas sebagai sebagai pensyarah kanan di Jabatan
Pembangunan Alam Sekitar , Universiti Sains Malaysia. Di hujung sana pula,
Datuk Aisyamariam Ulza , Setiausaha Kerja bagi Kementerian Sains dan Alam
Sekitar, Putrajaya.

Selamat datang semuanya ke majlis ini. Baiklah, semua yang berlaku mesti ada
punca atau punca-puncanya, begitu juga dengan isu ini. Terlalu banyak pendapat
yang diberi tentang pencemaran air, udara dan bunyi. Oleh itu, kita dengar
pendapat Dr. Wong Xin Yi tentang persoalan ini. Silakan Doktor.

Dr. Wong Xin Yi: Terima kasih Profesor Nasir . Sebelum saya bincangkan tentang
punca-puncanya, saya rasa lebih baik diterangklan terlebih dahulu maksud
pencemaran. Pencemaran alam sekitar membawa maksud perbuatan

mencemarkan alam sekitar dengan unsur-unsur yang kotor. Maka, sesuatu yang
pada asalnya bersih dan dapat digunakan dengan baik dan selamat telah
menjadi kotor dan mendatangkan mudarat apabila digunakan.

Antara punca yang diwartakan oleh sebagai penyebab pencemaran. terbahagi


kepada dua jenis iaitu ;:Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi
.Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi ialah pencemaran yang
berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan
gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya
Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia . Pencemaran yang
disebabkan oleh faktor manusia ialah pencemaran yang dilakukan oleh manusia
sama ada sengaja atau tidak sengaja . Antaranya ialah pencemaran udara.
Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap
kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya.
Pencemaran air,contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba,
pembuangan sampah dan sebagainya Pencemaran tanah,contohnya,
pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan sisasisa pepejal .
Saya rujuk pencemaran akibat aktiviti manusia sebagai perbincangan. Di
Malaysia, hampir 90%-95% kawasan pedalaman telah mempunyai sistem jalan
raya ;bermakna jumlah kenderaan bermotor di negara kita telah meningkat
secara keseluruhannya. Namun begitu, kenderaan bermotor merupakan
penyumbang terbesar pencemaran udara di negara kita. Rujukan saya
seterusnya ialah pencemaran laut; lebih 90% daripada punca pencemaran laut
adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan baki 10% adalah berpunca dari
sektor perkapalan . dapatan ini berdasarkan kajian Persatuan Pencinta Alam,
bertajuk Tumpahan Minyak Yang Meracuni Perairan Malaysia, yang disiarkan
dalam majalah Dewan Kosmik (Mac), DBP, Kuala Lumpur, 1995, m.s.:53-55)
Bagi pencemaran tanah pula, saya rujuk pada penerokaan hutan. Hutan
memang mempunyai nilai komersial dalam ekonomi negara. Hutan didapati
membekalkan kayu balak dan kertas yang merupakan satu sumber penting bagi
pendapatan mata wang asing . Di kawasan tropika, rotan dianggarkan
menyumbangkan nilai tahunan sebanyak RM 1200 juta setahun dalam
perdagangan dunia. Akan tetapi eksploitasi hutan yang melampau untuk tujuan
pembalakan, pertanian, ternakan dan sebagainya telah mengakibatkan
pencemaran alam yang sangat dahsyat .
Oleh itu, jelaslah pencemaran alam sekitar banyak dilakukan oleh tangan-tangan
manusia berbanding kejadian pencemaran semula jadi seperti gempa bumi,
letusan gunung berapi dan ribut taufan. Setakat ini sahaja pendapat saya
tentang punca-punca pencemaran, saudara pengerusi.

Pengerusi: Terima kasih Dr. Wong Xin Yi kerana memberi pandangan yang
bernas. Jika teliti, memang benar pencemaran banyak dicetuskan oleh manusia
sendiri. Apabila keuntungan yang tergambar di hadapan mata, nilai-nilai murni
tidak lagi menjadi pegangan . yang menyedihkan semua penduduk dunia
merasai kesan negatifnya sedangkan yang melakukan kerosakan hanyalah
segelintir manusia. Bagi melihat sejauh mana fenomena buruk pencemaran ini,
kita tujukan permasalahan ini kepada datuk Muhammad Hafiz Ali. Silakan Datuk.

Datuk M. Hafiz Ali: Terima kasih saudara Nasir. Tentang kesan buruk pencemaran
ini , saya berpendapat semua rakyat Malaysia telah mengetahui dan
menontonnya di televisyen atau internet. Kesan yang amat dirasai sekarang
akibat pencemaran udara ialah pemanasan global yang semakin meningkat dari
hari ke hari. Pemanasan global telah mengubah cuaca dan sistem iklim
dunia.Ribut taufan misalnya berlaku dengan amat kerap. Selain itu, berlakunya
pencemaran serius secara global seperti kesan rumah hijau, permusnahan ozon
dan hujan asid . Sementara itu, pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas
beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang
tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui penggunaan kenderaan
bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat beracun dan
boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya dalam kalangan kanak-kanak .
Seterusnya kita lihat pula kesan pencemaran air. Saya ambil bukti yang berlaku
di Jepun iaitu Teluk Minamata, Jepun. Pencemaran toksik terdapat dalam air
menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala, kabur penglihatan dan
penuturan yang tidak betul . Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan
ada yang menemui maut . Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini
telah membabitkan beratus-ratus keluarga nelayan . penyalit ini seyerusnya
dikenali sebagai penyakit Minamata .
Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia
bahkan turut memberi kesan kepada kehidupan yang lain . Antara kesan
pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah
kesan daripada tumpahan minyak ke laut . Apabila tumpahan minyak berlaku
dengan banyak berhampiran persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak
yang mengancam kehidupan laut serta burung . Tumpuhan tersebut juga turut
menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton yang boleh mengurang
pembiakan makanan laut . dalam jangka panjang akan menjejaskan sumber
pendapatan nelayan.
Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh dan
tingkah laku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kesan
penggunaan sumber air yang tersebut . Itu sahaja pendapat saya saudara
pengerusi.

Pengerusi: Terima kasih Datuk. Nampaknya , kesan pencemaran ini bukanlah


sekadar berlaku di negara kita. yang tidak diselia rapi . Oleh itu,beberapa
langkah perlu dikenal pasti untuk mengatasi isu yang serius ini. Saya menjemput
Datuk Aisyamariam Ulza memperkatakan langkah-langkah yang telah , sedang
dan akan diambil oleh kementeriaannya.

Datuk Aisyamariam: Terima kasih dan assalamualikum semua. Apabila disebut


Kementerian Sains & Alam Sekitar ini, yang tergambar ialah tindakan-tindakan
yang pihak kementerian lakukan.
Antara langkah yang telah dilaksanakan ialah menggalakkan orang ramai
menggunakan petrol tanpa plumbum bagi kenderaan bermotor. Mencari
alternatif selain daripada minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan
kesan pencemaran alam sekitar. Dua bahan alternatif yang dicadangkan ialah
gas asli (natural gas) dan Propana.
Dewasa ini, kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuhtumbuhan sedang giat dijalankan. Contohnya di negara kita, ahli sains telahpun
menemui sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh mengurangkan
pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin. Sungguhpun penemuan
ini masih terlalu baru untuk dipastikan sama ada ia praktikal atau pun tidak, ia
patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah
mencapai konsep pembangunan berterusan yang perihatin terhadap
persekitaran.
Di peringkat antarabangsa,buat masa ini pula, Malaysia dan Indonesia melalui
ASEAN telah menyalurkan pandangan mereka mengenai isu-isu Selat Melaka .
Satu rancangan yang dikenali sebagai Rancangan Kontigensi Kebangsaan
Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar . Objektif
kerjasama serantau ini ialah bagi merealisasikan kerjasama serantau untuk
membolehkan satu tindakan serta-merta dijalankan bagi mengawal tumpahan
minyak yang tertumpah di perairan Malaysia .
Demikianlah sahaja , antara langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kita
bagi menangani isu ini.

Pengerusi: Demikianlah pandangan-pandangan daripada panel jemputan kita


pada kali ini. Semuga , segala maklumat yang diperoleh dalam malis ilmu ini
memberi banyak kesedaran kepada kita. Yang dapat disimpul ialah, pencemaran
sebenarnya hasil kerja tangan-tangan rakus sebahagian daripada kita.
Sewajarnya kita sedar akan bumi ini sahajalah tempat tinggal kita. Oleh itu
sama-sama kita jaga dan pulih semula keindahan alam sekitar kita.
Assalamualaikum.

Contoh 4
TAJUK FORUM : WARISAN BANGSA

Pengerusi: Selamat sejahtera saya ucapkan kepada para penonton yang setia
berada di hadapan TV . Tajuk isu pada pagi ini ialah WARISAN BANGSA. Apakah
sebenarnya warisan bangsa yang tergambar dalam kotak fikiran kita? Apa pula
kepentingannya sehingga kita perlu mempertahankan warisan bangsa ini? Akhir
sekali , benarkah arus pemodenan yang dikatakan sebagai punca hilangnya
penghargaan generasi sekarang terhadap warisan bangsa ini ?

Bagi membincangkan persoalan-persoalan yang dikemukakan , tiga orang tokoh


telah dijemput, di sebelah kanan saya ialah Pengarah Arkib Negara iaitu Datuk
Seri Atiq Azman. Di sebelah kiri saya, Presiden Yayasan Belia Negara, Dato Afiq
Agos dan di hujung sana ialah, Budayawan Negara, Datuk Radin Syamel.

Bagi mendapatkan takrifan yang tepat tentang warisan bangsa, amat sesuai
sekali jika Datuk Radin Syamel memulakan bicara kita pada pagi ini. Baiklah
Datuk, apakah definisi yang paling sesuai untuk tajuk kita pada hari ini?

Datuk Radin Syamel: Terima kasih saudara pengerusi. Jika dilihat dari sudut
budaya, warisan bangsa membawa maksud, apa-apa amalan dan cara hidup
yang diamalkan oleh segolongan masyarakat. Misalnya, dalam masyarakat
Melayu, terdapat pelbagai cara berpakaian iaitu dalam kalangan Melayu Jawa,
kita dapati mereka memakai songkok bercorak batik tetapi di negeri Kelantan
golongan lelakinya lebih gemar memakai kain semutar. Dalam kalangan kaum
Hindu sendiri terdapat pelbagai jenis kain sari yang mewakili pelbagai etnik
dalam kaum India seperti yang dipaparkan di skrin LCD sekarang. Dalam budaya
Cina pula, kita rujuk makanan yang dimakan oleh kaum Cina, ada makanan Cina
ala-Hokkien, ada makanan ala-Hainan yang mempunyai sedikit kelainan.
Sementara itu, dari sudut sejarah, warisan bangsa pula menjurus pada
peninggalan-peninggalan berbentuk bangunan sama ada bangunan-bangunan
yang dibina oleh penjajah ataupun bangunan-bangunan nenek moyang kita yang

terdahulu. Sebagai contoh, bangunan Muzium Abu Bakar Johor dan bangunan
Sultan Ibrahim di Johor Bahru, merupakan sebuah bangunan binaan Inggeris
yang dibina semasa pentadbiran British di Tanah Melayu. Kewujudan bangunan
ini amat besar ertinya kerana dari aspek seni binanya, amat berlainan dengan
seni bina Melayu pada masa itu. Selain menjadi bukti dalam sejarah Malaysia
bahawa kita pernah dijajah oleh suatu kuasa asing.

Itu sahaja pandangan saya tentang maksud warisan bangsa.

Pengerusi: Terima kasih Datuk Radin Syamel. Baiklah penonton, begitulah


takrifan ringkas tentang warisan bangsa. Jika dihalusi, warisan bangsa
merupakan elemen penting untuk membina jati diri dan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat. Lebih-lebih lagi, dalam jiwa generasi muda
sekarang. Maka, kita dengar pandangan Datuk Seri Atiq Azman tentang
kepentingan-kepentingan mengekalkan warisan bangsa kita. Silakan Datuk Seri.

Datuk Seri Atiq Azman: Terima kasih saudara pengerusi. Beginilah saudara
pengerusi dan penonton, kita lihat kepentingannya dari aspek pembentukan jati
diri terlebih dahulu. Saya fokuskan pada penggunaan bahasa kebangsaan dan
bahasa ibunda. Seperti yang dikatakan oleh Datuk Radin Syamel sebentar tadi,
warisan budaya bermaksud seluruh cara hidup masyarakat. Jadi, salah satunya
ialah penggunaan bahasa kebangsaan dan ibunda dalam masyarakat. Untuk
membentuk jati diri yang tebal dan tulen, kita tidak dapat lari dari menghargai
dan meletakkan bahasa kita di tempat paling atas. Lihat sahaja , negara-negara
maju, baik Jepun, Korea, Perancis, Cina dan Jerman, rakyat di negara-negara
tersebut amat bangga akan bahasa ibunda dan kebangsaan mereka. Namun ,
pada masa yang sama mereka merupakan gergasi ekonomi dunia misalnya,
Jepun merupakan negara industri robotik paling canggih di dunia.

Yang dapat dirumuskan berdasarkan pendapat saya sebentar tadi ialah, semua
negara maju amat menghargai, bangga dan memartabatkan bahasa ibunda dan
kebangsaan masing-masing. Mereka mempelajari bahasa asing semata-mata
untuk mendapatkan ilmu dan dibawa balik ke negara mereka untuk
dimanfaatkan. Perlu diingatkan juga jika kita bercita-cita menjadi negara maju
dalam acuan dan budaya kita sendiri, bahasa kebangsaan dan ibunda perlu
dimartabatkan dengan bersungguh-sungguh. Bagi saya, bangsa yang tidak
menghargai keunikan bahasa ibunda dan kebangsaan sendiri, sebenarnya amat
longgar jati diri dan semangat patriotiknya.

Seterusnya, saya melihat kepentingan menghargai dan mengekalkan warisan


bangsa ialah kesannya kepada anak-anak kecil dan remaja yang masih muda.
Jika kita mahu generasi muda kekal dalam budaya hidup nenek moyang yang
penuh dengan nilai-nilai ketimuran, maka warisan bangsa seperti adat resam ,
yang merangkumi cara berpakaian, makanan dan cara bermasyarakat perlu
berterusan menjadi amalan. Bagi saya, bangsa berjaya ialah bangsa yang
berjaya menjadi ikon dunia tetapi masih mengekalkan cara hidup nenek moyang
yang positif. Saya rujuk,Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh mantan Perdana
Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohammed iaitu, beliau mahu Malaysia
muncul sebagai negara maju beracuan sendiri. Tidak meniru mana-mana budaya
negara lain. Maka, untuk merealisasikan impian ini, kita perlu pastikan warisan
bangsa kita kekal menjadi ikon dalam diri setiap anak muda.
Itulah sahaja pandangan saya saudara pengerusi.

Pengerusi: Terima kasih Datuk, menarik sekali penjelasan sebentar tadi. Yang
paling menarik ialah isu tentang kepentingan warisan bangsa ini kepada
golongan muda. Namun begitu, yang kita semua lihat sekarang, warisan bangsa
ini seolah-olah ditelan oleh arus pemodenan yang amat laju pergerakannya.
Untuk melihat fenomena ini dengan lebih jelas, saya jemput Dato Afiq Agos
untuk memberi pandangan beliau tentang gejala serius ini.

DatoAfiq Agos : Terima kasih saudara pengerusi. Berbicara tentang arus


pemodenan ini, kita tidak lari dari mengaitkannya dengan isu globalisasi. Jika,
kita rujuk Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat , globalisasi membawa takrif ,
proses yang membolehkan sesuatu aktiviti ( sosial, ekonomi, kebuayaan dan
sebagainya) disebarkan atau diperluas ke peringkat antarabangsa atau ke
seluruh dunia, terutamanya dengan adanya kemudahan sistem komunikasi dan
dasar terbuka. Jadi, dapat disimpulkan pengglobalisasian memang berupaya
menghakis nilai-nilai hidup dalam masyarakat.

Dalam dunia yang tiada lagi sempadan, siapa-siapa yang kuat memang
berupaya mengubah rupa bentuk masyarakat dunia. Saya ambil contoh, negara
maju iaitu Amerika Syarikat yang dikatakan gergasi dalam semua aktiviti dunia,
dari bidang sosial hinggalah ketenteraan. Masyarakat dunia cenderung melihat
negara ini sebagai negara yang ideal untuk diikuti, agar sama-sama dapat
bergelar masyarakat moden. Situasi ini banyak menempiasi generasi muda
sehingga kita lihat pengagungan terhadap pakaian dari Barat amat dominan.
Malah, dalam masyarakat Cina, kita dapati anak-anak mudanya jarang-jarang
memakai pakaian Cheong Sam sebagai pakaian harian, malah tidak juga menjadi
pilihan semasa Tahun Baru Cina. Bagi saya itu satu kerugian kerana pakaian
merupakan salah satu identiti bangsa Cina selain bahasa ibunda.

Pengaruh modenisasi yang kedua terhadap warisan bangsa ialah kurangnya


penghargaan terhadap nilai-nilai estetika sejarah negara dan seni pertukangan
nenek moyang. Kita dapati kerakusan membina bangunan berciri moden telah
hampir membenam keindahan seni bangunan tradisional. Jarang-jarang kita lihat
masyarakat membina bangunan yang dihiasi ukiran budaya Melayu, Cina dan
India. Sehinggakan pelbagai langkah diambil untuk mengekalkan pengetahuan
ini dalam minda masyarakat seperti mewujudkan Taman Mini Malaysia di Air
Keroh , Melaka. Di taman ini, barulah kita dapat mengenali rupa bentuk rumahrumah tradisional rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik.
Saudara pengerusi, itulah pendapat saya tentang perkara ini.

Pengerusi: Terima kasih Dato. Begitulah pandangan-pandangan tajam daripada


ahli-ahli panel kita . Saudara penonton, memang tidak dapat dinafikan bahawa,
warisan bangsa amat perlu untuk dipelihara. Oleh itu, pelbagai usaha
dilaksanakan bagi memastikan warisan budaya kita terus mendominasi
kehidupan masyarakat. Saya amat tertarik dan kagum akan usaha
Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood, isteri Perdana Menteri kita, yang
berusaha gigih agar batik dan songket kembali segar dalam masyarakat. Begitu
juga usaha mantan Menteri Pertanian, Datuk Seri Sanusi Joned yang bekerja
keras mempopularkan makanan kampung iaitu ikan patin, ikan lampan, ikan
talapia dan ulam-ulaman. Di bawah pengawasan Kementerian Pertanian pada
ketika itu, pelbagai promosi dilakukan di hotel-hotel, di pasar-pasar tani dan
pasar-pasar malam.Selain itu, usaha gigih kerajaan Melaka mengekalkan
bangunan-bangunan bersejarah di Banda Hilir , Melaka amat disyukuri. Hal ini
kerana, Banda Hilir ialah mercu tanda sejarah negara kita. Semangat cinta akan
negara sewajarnya berkobar-kobar dalam jiwa setiap generasi apabila melihat
kesan-kesan peninggalan penjajah. Oleh itu, mulai hari ini, sama-samalah kita
menghargai warisan bangsa kita. Hanya bangsa yang kenal jati diri ialah bangsa
yang dihormati.

Sekian saja, rancangan SEMBANG PAGI. Saya sudahi dengan assalamualaikum.


Sehingga jumpa lagi.

Contoh 5
TAJUK FORUM : INTERNET BAIK BURUKNYA INTERNET DALAM KALANGAN
PELAJAR
Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh Warga dewan sekalian, bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum

Remaja. Topik kita pada hari ini INTERNET baik buruknya Internet dalam
kalangan pelajar. Bersama saya adalah 3 orang ahli panel yang tidak asing lagi.
Jangan ragu dan jangan risau kerana nampaknya warga dewan kita khususnya
para jejaka tidak senang duduk melihat kejelitaan tiga orang ahli panel kita pada
hari ini . Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama,saudari (NurMaizatul
Akmam Matusin). Selamat datang saudari. Seterusnya ahli panel kedua, ayu
berbaju kurung saudari (Halimaton Nadzirah Rahman). Selamat datang saudari.
Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari (Najwa
Mahmood). Selamat datang juga buat saudari. Baiklah sebelum saya
menyimpang lebih jauh , soalan saya pada panel pertama, apakah maksud
internet yang di uar-uarkan oleh remaja mahupun orang yang sudah berusia
pada masa kini?

Panel Pertama: Terima kasih kepada saudari pengerusi, Internet bermaksud


penghubung di antara pengguna-penggunanya . ramai yang menggunakn
internet pada msa kini untuk bertujuan meninmba ilmu ataupun mencari
pekerjaan. Walau bagaimanpun , internet ini dapat mendekatkan hubungan kita
dengan keluarga atau sahabat-sahabat yang jauh di perantauan .

Pengerusi : Terima kasih kembali kepada panel pertama kita. Sebentar tadi panel
pertama ada menyatakan bahawa penggunaan internet dapat mendekatkan
perhubungan di antara sahabat mahupun keluarga yang jauh di perantaun,
bolehkan saudari terangkan bagaimana untuk mendekatkan perhubungan
tersebut dengan menggunakn internet?

Panel Kedua: Soalan yang amat menarik saya akan menerangkan satu persatu.
Seperti yang kita ketahui, masyarakat sekarang ramai yang menggunakan
perhubungan yang sangat mudah untuk di gunakan. Banyak contoh yang
terdapat di dalam penggunaan internet untuk menghubungkan talian tersebut.
Seperti emel , facebook , myspace dan sebagainya . walaubagaimanapun , tidak
ke semuanya menganggap penggunan komuniti ini bagus , ada juga yang
menganggap ia sebagai satu benda yang buruk.

Pengerusi : Terima kasih kepada panel kedua kita, sekarang sudah terang lagi
bersuluh bahawa internet adalah penghubung yang sangat mudah untuk di
gunakan. Tidak semua penggunaan internet ini ada baiknya , tetapi sebelum kita
bercerita lebih lanjut mengenai keburukan menggunakan internet , apa kata

panel ketiga mengemukakan pandangan beliau mengenai penggunaan internet


juga boleh digunakan untuk menimba ilmu atau mencari pekerjaan? Silakan
saudari.

Panel Ketiga : Terima kasih kerana menjemput saya untuk berbicara dalam majlis
forum ini, antara kebaikan penggunaan internet ini adalah untuk menimba ilmu
atau mencari pekerjaan. Terdapat banyak laman web yang mengutarakan
tentang pendidikan ataupun pekerjaan. Pada masa kini juga, ramai remaja yang
hanya duduk di rumah sementara menunggu keputusan peperiksaan di
keluarkan, tidak ada salahnya untuk mencari pengalaman bekerja sementara
menunggu. Banyak masa yang terbuang jika remaja hanya duduk di rumah
ataupun hanya duduk lepak bersama kawan tanpa arah tuju. Remaja boleh
melayari internet untuk mencari pekerjaan. Walaupun ianya hanya sementara,
tetapi sekurang-kurangnya masa itu tidak di buang begitu sahaja. Pepatah
menyatakan bahawa Masa itu Emas, oleh itu kita harus sama-sama menghargai
setiap detik yang berlalu dengan mengisikannya dengan benda yang
bermanfaat.
Pengerusi: Panel kita yang ketiga tadi menerangkan bahawa internet juga
menyediakan pekerjaan-pekerjaan untuk remaja yang sedang menunggu
keputusan peperiksaan. Betul kata panel kita yang ketiga tadi, adalah lebih baik
remaja mencari kerja sementara menunggu keputusan di keluarkan. Baiklah, itu
antara kebaikan-kebaikan yang terdapat dalam penggunaan internet. Sekarang
kita beralih pula kepada keburukan menggunakan internet. Soalan saya kembali
kepada panel kita yang pertama, apakah antara keburukan yang terdapat dalam
penggunaan internet?
Panel Pertama: Daripada sudut negetif pada penggunaan internet memang ada.
Namun, ianya tidak harus dijadikan penghalang pada pelajar untuk
menggunakannya. Banyak kes yang terjadi melalui internet. Antaranya penipuan
melalui laman web yang kini kian bermaharajalela. Bagi yang tidak
mengetahuinya, kemungkinan akan menjadi mangsa kepada sindiket penipuan
ini. Mereka berkemampuan untuk mendapatkan wang mangsa dengan berbagaibagai cara. Adakalanya ia berlaku di luar sedar mangsa. Ini kerana penganjur
penipuan ini menggunakan taktik psikologi sehingga mangsa mempercayai
dakwaan sindiket itu. Biasanya penipuan ini menghubungi mangsanya melalui
emel yang biasa digunakan oleh para pelajar. Berikut adalah beberapa contoh
penipuan yang boleh anda dapati melalui laman web.
Pengerusi: terima kasih atas pendpat panel kita yang pertama mengenai
keburukan internet tersebut . kita sendiri dapat lihat , banyak penipuan yang
berlaku dan disebarkan melalui internet . apakah contoh lain selain penipuan
yang terdapat dalam internet , soalan ini saya ajukan kepada panel kita yang
kedua . silakan .

Panel Kedua:Terima kasih saudari pengerusi, antara contoh lain yang terdapat
dalam penggunaan internet ialah laman web yang yang berunsurkan pornografi.
Pelajar zaman sekarang ramai yang mengetahui internet menyediakan laman
web yang berunsurkan pornografi membuatkan pelajr rasa ingin mengetahui isi
kandungnya. Ini adalah salah satu sebab kenapa di nyatakan bahawa internet
juga ada buruknya. Tanggungjawab ibubapa harus ditekankan lagi bagi menjaga
setiap perbuatan yang anak mereka lakukan. Ini semua akan menjejaskan
pelajaran mereka. Otak mereka akan menjadi sempit dan cetek. Pengetahuan
mereka hanya setakat itu sahaja. Mereka akan menumpukan pada laman web
yang berunsurkan pornografi ini. Ibu bapa harus memantau anak-anak mereka
semasa menggunakan internet.
Panel Pertama: Maafkan saya saudari pengerusi, saya ingin menambah sedikit
apa yang dikatakan saudari panel kedua.
Pengerusi: Silakan saudari.
Panel Pertama: Terima kasih. Kita sedia maklum bahawa pelajar sekarang lebih
social berbanding dengan pelajar dahulu. Sikap ingin lebih tahu tertumpu kepada
mereka. Kita tidak boleh menyalahkan laman web yang menyediakan unsurunsur sedemikian, tetapi ibubapa harus mendidik anak-anak mereka dengan
lebih tegas. Penggunaan internet juga ada batasnya, ibubapa boleh
menterhadkan penggunaan internet tersebut. Ibubapa boleh menghalang
kemasukan untuk laman web yang berunsurkan benda negetif.
Pengerusi: Terima kasih saudari. Jika panel kedua kita tadi menyebutkan tentang
laman web yang berunsur pornografi , saya pasti ramai yang ingin tahu apakah
pendapat bagi panel kita yang ketiga mengenai keburukan menggunakan
internet . silakan saudari .
Panel Ketiga : terima kasih. Saya amat bersetuju dengan pendapat yang
diberikan oleh panel pertama dan kedua kita tadi. Bagi pandangan saya, terlalu
banyak keburukkan yang terdapat dalam penggunaan internet tersebut. Bukan
setakat penipuan atau pun laman web yang berunsurkan pornografi. Malah
banyak lagi yang terdapat di dalam internet tersebut. Bagi saya, kita harus
berhati-hati dengan menggunakan internet. Jika kita bijak menggunakannya,
benda negetif yang terdapat di dalam internet tersebut tidak akan menjejaskan
penggunaan yang baik.
Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana
sudi hadir dan sudi menyuakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita
dapat hari ini tidak sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Nampaknya masa amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita samasama menepuk tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar
perbincangan kita hari ini.(tepuk tangan).Kesimpulannya pengguaan internet
bukan sahaja di sediakan untuk kebaikan , malah keburukkan juga terdapat
dalam kandungan isi internet . pengayuh sudah ditangan , perahu sudah di air
fikir-fikirkan dan jangan sekali berhenti berfikir!! Usah menepuk dada menanya

selera tetapi tepuklah dahi, bukalah minda, dan fikir-fikirkanlah!! Internet


merupakan pemangkin negara! Terimalah serangkap pantun indah daripada saya

Tuailah padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Salam hormat, ceria-ceria selalu. Akhir kalam,

Orang putih, orang Pakistan,


Terima kasih syukran jaziilan.

Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.

PENDISIPLINAN PELAJAR : TANGGUNGJAWAB SIAPA Forum Remaja Pencetus


Kecemerlangan Diri (Pengerusi) Forum Remaja Jendela Kematangan Minda (Panel
1) Forum Remaja Pintu Kesuburan Rohani (Panel 2) Forum Remaja Membentuk
Insan Insani (Panel 3) FORUM REMAJA KUNCI REVOLUSI MASYARAKAT BERVISI
(Semua) Pengerusi : Bismillahhirahmannirrahim, AlHamdulillahi robbil alamiin,
wassolatu wassalaamu alaa asyrofil anbiyai wal mursaliin.. wa ala alihi wa
sohbihi ajmaiin. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah,
Salam Kasih Sayang dan Salam 1 Malaysia. Warga dewan sekalian, Bersyukur
kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurnia daripadaNya,
dapat kita bertemu kita lagi dalam gelanggang Forum Remaja bersama saya Nur
Hasmira Hasbullah pada pagi/petang yang berbahagia ini. Hadirin yang
dirahmati Alah sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel kita pada
hari ini, kita sedia maklum, dewasa ini, masalah disiplin dalam kalangan pelajar
boleh dikatakan berada dalam tahap yang agak membimbangkan semua pihak.
Justeru, masalah ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar jika ianya ingin
diselesaikan. Sesuai dengan tajuk forum kita pada kali ini Pendisiplinan pelajar:
Tanggungjawab Siapa? Persoalan inilah kunci utama forum yang ingin kita
gunakan sebagai pembuka pintu-pintu kecemerlangan pendidikan akhlak di
sekolah khususnya dalam persoalan mengatasi masalah disiplin pelajar. Sebelum
mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita
berkenalan dengan tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan

jangan risau kerana warga dewan sememangnya tidak asing lagi dengan panelpanel kita pada hari ini. Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama,
saudara/saudari _______________________ yang merupakan
__________________________ Apa khabar saudari? Panel Pertama : AlHamdulillah
sihat Cik Pengerusi. Cik Pengerusi macamana? Pengerusi : Alhamdulillah, sihat
juga. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung
saudari/saudara____________________________, jawatan. Selamat datang saudari.
Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari/saudara
_________________. Selamat datang juga buat saudara. Sebelum saya
menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama, apakah
sebenarnya konsep tanggungjawab dan disiplin. Panel Pertama: Terima kasih
pengerusi yang cantik molek pekertinya membawa rasional persoalan. Terlebih
dahulu, yang dihormati, barisan tetamu kehormat, kombinasi intelektual
kehakiman, rakan-rakan panel yang lain dan seterusnya hadirin yang dirahmati
Allah sekalian. Pada pendapat saya, tanggungjawab dan disiplin tidak dapat
dipisahkan dan sudah semestinya membawa kepada persoalan yang berkait
dengan kawalan individu, pemimpin, masyarakat dan sebagainya. Kawalan inilah
yang penting dalam menentukan jati diri, akhlak, serta kualiti yang ingin dicapai
ataupun di tonjolkan. Ringkasnya tanggungjawab adalah rukun utama dalam
pembentukan disiplin. Di sekolah, disiplin satu kawalan sosial bagi mewujudkan
suasana tenteram supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan teratur dan lancar. Maka disinilah terletaknya tanggungjawab yang
digalas oleh semua pihak yang terlibat dengan disiplin pelajar sama ada murid
itu sendiri, guru disiplin, guru-guru, pihak pentadbiran mahupun ibu bapa atau
masyarakat umumnya. Bagi masyarakat di luar sekolah, tanggungjawab dan
disiplin adalah asas penting bagi membentuk kerukunan hidup selaras dengan
norma, nilai dan aspirasi negara. Amanah yang dipikul dengan baik adalah
tunjang kepada kawalan sosial yang baik. Namun tidak dinafikan, ramai juga
masyarakat di luar sana menganggap tanggungjawab dan disiplin adalah suatu
perkara yang sangat negatif iaitu merupakan masalah sosial dan tidak amanah
sedangkan hakikatnya ia merupakan usaha yang perlu bagi memperbaiki etika
dan gaya hidup bertamadun manusia. Contohnya orang Jepun yang
membangunkan negara mereka setelah menjadi padang jarak padang tekukur
dan kini merupakan negara moden seperti sekelip mata. Asasnya tidak lain dan
tidak bukan adalah tanggungjawab dan disiplin yang hebat. Pengerusi : Terima
kasih kepada panel pertama kita atas lontaran konsep yang utuh lagi berisi.
Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan bahawa, disiplin dan
tanggungjawab perlu bergerak seiring untuk mencapai tahap kecemerlangan
yang maksimum. Ia boleh diibaratkan sebagai irama dan lagu, iaitu tidak
sempurna disiplin tanpa tanggungjawab, dan tanpa tanggungjawab, disiplin tidak
akan dapat dibentuk. Justeru, saya ingin menanyakan persoalan seterusnya
kepada ahli panel kita yang kedua, apakah asas kepada pendisiplinan pelajar
agar kecemerlangan secara holistik dapat dicapai? Panel Kedua: Soalan yang
amat menarik daripada pengerusi kita pada hari ini. Bismillah.. Baiklah
sebenarnya, latar belakang keluarga, suasana sekolah dan keadaan persekitaran
mempengaruhi tindakan para pelajar untuk melanggar peraturan yang
ditetapkan. Saya berpendapat peranan semua pihak diperlukan dalam

memastikan permasalahan ini dapat pendisiplinan terletak di bahu ibu bapa.


Seharusnya, pihak ibu bapa perlu sedar akan kepentingan hubungan yang erat
dengan guru-guru di sekolah. Perjumpaan berkala di antara ibu bapa para pelajar
dengan pihak sekolah perlu diadakan sekerap yang boleh. Tindakan ini amat
penting kerana ianya boleh menjadi medium perbincangan prestasi dan disiplin
anak-anak mereka di sekolah. Hal ini amat signifikan kerana sekiranya golongan
ibu bapa mengambil remeh tentang masalah disiplin anak-anak mereka di
sekolah, golongan anak-anak itu akan merasa bebas dan terbiar sehingga
menyebabkan mereka membuat tindakan yang bertujuan untuk mendapatkan
perhatian seperti melawan guru, ponteng kelas, ponteng sekolah, membuli dan
sebagainya yang mana hal ini akan menambah dan meningkatkan masalah kes
disiplin di sekolah. Oleh itu, pihak ibu bapa dan guru di sekolah perlu
mengadakan hubungan yang baik supaya segala masalah yang berkaitan
dengan pelajar dapat diselesaikan sebelum nasi menjadi bubur. Pengerusi :
Terima kasih kepada panel kedua atas pandangan yang amat bernas sebentar
tadi. Sekarang sudah terang lagi bersuluh bahawa sebenarnya terdapat banyak
asas pendisiplinan yang boleh diimplementasikan untuk mengawal masalah
disiplin pelajar di sekolah. Jika dua orang panel kita tadi menerangkan tentang
konsep tanggungjawab dan disiplin serta menghuraikan dengan selengkapnya
tentang asas-asas pendisipinan pelajar, saya ingin meminta pendapat panel
ketiga tentang persoalan Pendisiplinan pelajar, sebenarnya terletak di bahu
siapa? Dipersilakan.. Panel Ketiga : Bismillah...Terlebih dahulu, terima kasih
kerana menjemput saya untuk berbicara dalam majlis forum ini. Untuk
menjawab persoalan ini, umum sedia maklum, isu-isu berkaitan dengan masalah
disiplin di kalangan pelajar sekolah sering diperkatakan pada masa kini dan
menjadi fokus media massa. Buktinya, pada 5 Ogos 2007, berita penangkapan
kanak-kanak berumur 12 tahun yang dituduh terlibat dalam kejadian menculik
dan merogol wanita berumur 30 tahun berulangkali secara bergilir-gilir telah
disiarkan di Buletin 1.30. Hadirin yang dirahmati Allah sekalian, Dengardengarkan pantun ini : Berburu ke padang datar, Dapat rusa berbelang kaki;
Berguru kepalang ajar, Bagai bunga kembang tak jadi. Pantun empat kerat tadi
membawa maksud menuntut ilmu biarlah dengan cara yang betul dan
bersungguh-sungguh. Jika tidak, ilmu yang dituntut akan hilang atau sia-sia
begitu sahaja. Manusia dituntut mencari ilmu sehingga ke akhir hayat.
Sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya
menuntut ilmu itu merupakan kewajipan bagi setiap Muslim. (Riwayat Ahmad
dan Ibn Majah) Ilmu diperoleh daripada pelbagai sumber antaranya melalui
pembacaan, penelitian, pentaakulan belajar daripada pengalaman lepas serta
yang paling utama menuntut ilmu daripada seseorang yang pakar dalam bidang
tertentu yang digelar guru. Konsep guru merujuk kepada seseorang yang
mengajar dan mendidik sama ada untuk mencapai kejayaan akademik atau
kemuliaan akhlak. Guru ada di mana-mana. Ibu bapa boleh menjadi guru yang
paling baik buat anak-anaknya. Seorang kakak atau abang boleh menjadi guru
kepada adik-adiknya. Masyarakat juga boleh bertindak sebagai guru sekiranya
wujud kerencatan dalam kelompok sosialnya. Hakikatnya, semua orang
bertindak sebagai guru dalam kehidupannya. Guru dalam konsep ini lebih
kepada tugas ingat-mengingati, saling mencerna pemikiran melalui pengalaman,

mendidik dan mendisiplinkan diri sendiri dan orang lain serta mengajar sesuatu
yang berlaku dalam hidup dengan penerimaan yang baik. Maka pendapat saya
tidak lain dan tidak bukan adalah tanggungjawab didikan tidak kiralah daripada
ibu bapa, guru, masyarakat, media massa dan semua yang terlibat adalah
bertanggungjawab dalam pembentukan disiplin iaitu pendisiplinan pelajar.
Seperti kata-kata sahabat Rasulullah SAW tentang penilaian baik masyarakat
( muslimin ) adalah baik pada Allah SWT dan sebaliknya jika penilaian buruk
maka buruklah bagi Allah SWT. Pengerusi: Sungguh intelektual pemikiran saudari
panel kita yang ketiga. Memang tidak dapat disangkal lagi, semua pihak harus
bekerjasama bagi mendisiplinkan atau memantapkan akhlak pelajar pada masa
kini bak kata pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.. Tetapi saya ingin
bertanya secara ringkas tentang pendapat ahli panel kita pada hari ini, siapakah
yang sebenarnya menggalas tanggungjawab utama bagi mendisiplinkan pelajar
di sekolah? Saya persilakan panel kita yang pertama dahulu untuk memberikan
sedikit ulasan. Panel Pertama: Terima kasih kepada pengerusi atas persoalan
yang diujarkan. Pada pendapat saya, pihak yang menggalas akauntabiliti utama
dalam mendisiplinkan pelajar adalah golongan ibu bapa. Peranan ibu bapa
adalah amat penting dalam memberikan perhatian yang serius terhadap anakanak mereka. Hal ini disebabkan ibu bapalah yang sentiasa memerhatikan setiap
gerak-geri atau pergerakan anak-anak mereka. Di samping itu, golongan ibu
bapa mempunyai tanggungjawab dan amanah untuk mendidik anak-anak
mereka sejak berada di dalam kandungan lagi. Di samping itu, ibu bapa juga
perlu meningkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni,
motivasi, melatih anak cara bersopan, prinsip-prinsip akauntabiliti, menunjukkan
keperibadian yang mulia, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka
potensi anak. Justeru, Ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak
agar anak-anak tidak kehilangan arah dan menjadi insan yang berilmu dan
beragama, penyumbang kepada kemantapan ummah seantero dunia, insyaAllah. Pengerusi: Begitu hebat kata-kata atau pendapat yang diutarakan oleh
panel kita sebentar tadi. Diharapkan ianya dapat dijadikan pegangan dan
panduan oleh golongan ibu bapa di luar sana untuk mendidik anak remaja kita
menjadi insan yang berilmu dan beragama, insya-Allah. Sekarang kita
perdengarkan pula pendapat daripada panel kita yang kedua, secara ringkas
tentang siapakah yang menggalas peranan utama dalam mendisiplinkan pelajar?
Panel Kedua: Terima kasih saudari pengerusi yang tidak kurang petah bicaranya.
Pada pandangan saya, pihak yang menggalas peranan utama dalam
mendisiplinkan pelajar ialah Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Hal ini
disebabkan, dari sudut psikologi, peringkat remaja adalah peringkat paling
berpengaruh dalam kehidupan mereka. Pada peringkat inilah, pengaruh rakan
sebaya paling kuat dan paling diterima. Mereka lebih rela menceritakan dan
mencurahkan perasaan kepada rakan berbanding ibu bapa, guru atau orang
dewasa lain. Oleh itu, pendekatan logikal ialah menggunakan remaja untuk
mempengaruhi remaja lain. Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dapat
memenuhi hasrat ini dengan syarat mereka dilatih dan diselia dengan teratur.
Oleh itu, adalah disarankan supaya pemilihan dan perkembangan latihan ahli
PRS hendaklah dipantau bersama kedua-dua pihak iaitu pihak sekolah dan juga
ibu bapa. Insya-Allah, sekiranya ahli-ahli PRS menerima latihan secukupnya

dalam menangani masalah disiplin pelajar di sekolah, insya-Allah, masalah


disiplin ini akan dapat diatasi. Wallahualam. Pengerusi : Begitu hebat sekali
wacana yang dilontarkan oleh panel kedua kita sebentar tadi. Seterusnya
persoalan terakhir untuk panel kita yang ketiga, masih berlegar dalam persoalan
yang sama iaitu pihak manakah yang memegang tanggungjawab yang berat
dalam mendisiplinkan atau memanusiakan insan pdelajar di sekolah kita pada
haroi ini? Panel Ketiga: Terima kasih kepada sadari pengerusi yang sentiasa aktif
menanyakan banyak persoalan intelek. Baiklah, untuk menjawab persoalan ini,
cuba kita renungi baris-baris akhir sebuah sajak yang berbunyi: Jika hari ini siapa
saja perosak bangsa; Bermula dengan kegagalan guru kita Cuai mengasuh
generasi muda Saya yakin sajak ini akan menguris hati seorang guru. Kalaupun
tidak terpalit luka mungkin wujud juga sedikit rasa tersinggung mahupun kecewa
lantaran dikatakan gurulah menjadi punca kepada kemunculan perosak bangsa.
Namun itulah realitinya kehidupan hari ini. Kalau dulu guru merupakan individu
atau kumpulan kecil masyarakat yang amat dihormati, situasi kini jauh berbeza.
Kalau dulu, ramai yang mengakui bahawa dewasanya seseorang itu adalah
dimulakan oleh seorang guru biasa, namun kini masyarakat lebih mudah
menyalahkan para guru apabila hasil didikan tidak menjadi. Menyedari tentang
keretakan hubungan yang berlaku antara ibu bapa dan guru pada hari ini, ianya
perlu diperhalusi dan dicari penyelesaian terbaik untuk mengembalikan
kepercayaan ibu bapa kepada pihak sekolah umumnya dan guru khasnya.
Hubungan yang erat antara guru dan ibu bapa amat penting agar masalah
disiplin pelajar di sekolah dapat dikurangkan dan bukan semakin bertambah dan
membimbangkan semua pihak. Justeru pihak yang paling menggalas beban
berat untuk mengatasi masalah disiplin pelajar di sekolah adalah golongan ibu
bapa, guru, pihak berwajib dan masyarakat sekeliling. Mereka ini seharusnya
melakukan anjakan paradigma dengan lebih berfikiran positif, menerima
kelemahan anak-anak mereka dan bersangka baik dengan guru-guru di sekolah.
Sekiranya hal ini dapat diwujudkan, insya-Allah, masalah disiplin dalam kalangan
pelajar akan dapat diatasi bak kata kerana hanya dengan bekerjasama akan
dapat melahirkan hasil yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Pengerusi:
Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi hadir
dan sudi menyuarakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat hari
ini tidak sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Nampaknya masa
amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk
tangan untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita
hari ini.(tepuk tangan). Kesimpulannya perkara yang berkaitan dengan masalah
ini sebenarnya bukanlah suatu perkara yang patut kita pandang remeh. Setiap
individu mempunyai tanggungjawab dalam membendung kemelut ini daripada
terus menjadi barah. Sebelum kita menuding jari kepada mana-mana pihak, elok
kita renung-renungkan sejenak.... Lautan Itu Dunia, Bahtera Itu Kita, Kemudi Itu
Agama, Peliharalah Bahtera Daripada Karam Di Lautan Dunia Sebelum
mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah serangkap pantun yang
berbunyi: Tuailah padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intailah kami
antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan. Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar
bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan. Sesungguhnya yang baik itu
datangnya daripada Yang Maha Pencipta, dan yang kurang elok itu datangnya

daripada kekhilafan diri kami sendiri. Wallahualam Saya akhiri forum remaja kita
pada pagi ini dengan lafaz yang mulia. Wabillah hitaufiq Walhidayah
Assalamualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh Dicatat oleh Wahidatul Sakinah
di 5:58 PG

Copy and WIN : http://bit.ly/copynwin

Anda mungkin juga menyukai