Anda di halaman 1dari 13

10.6.

09-final

TEORI KAUNSELING DAN PSIKOTERAPI


1.0

PENGENALAN KEPADA KAUNSELING


Perkataan kaunseling berasal daripada kata Latin iaitu Cousilium bermaksud
dengan bersama, ambil-menerima atau memahami. Kaunseling ialah satu
proses diantara dua individu. Seorang yang bermasalah(klien) dan seorang
yang terlatih (kaunselor), berpengalaman dan menolong klien untuk
memahami dan menyelesaikan masalah melalui perbincangan, alternatif
serta perancangan agar klien dapat menganalisa serta menilai sesuatu
masalah dari perspektif yang rasional dan berupaya baginya membuat
tindakan yang wajar serta bertanggungjawab atas keputusan yang diambil.

2.0

KAUNSELING UNTUK REMAJA


Remaja dalam bahasa Latin adolescere yang bermaksud membesar atau
membesar menjadi matang. (Rogers,1981). Ini bermakna zaman remaja itu
suatu proses dan bukannya suatu jangkamasa. Proses yang dimaksudkan ini
ialah proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan yang
diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat.
Remaja juga didefinisikan sebagai satu tempoh perkembangan fizikal, satu
konsep yang abstrak, satu fenomena sosiobudaya atau berdasarkan sikap
remaja terhadap hidup. Secara tipikalnya, zaman remaja dilihat sebagai satu
zaman yang dimulai dengan akil baligh dan berakhir apabila memasuki alam
dewasa. Ia merupakan satu zaman peralihan atau transisi antara zaman
kanak-kanak dengan zaman remaja.
Persoalan yang sering ditanya oleh remaja ialah siapakah saya?-iaitu satu
persoalan yang berkait dengan percarian identiti. Identiti bermaksud apa
yang membuatkan seseorang itu berbeza dengan orang lain. Antara
persoalan-persoalan lain yang perlu dijawab oleh remaja ialah
Bagaimanakah harus saya jalani hidup saya?, Apakah bidang kerja yang
sesuai dengan saya?, Bagaimanakah cara yang terbaik untuk membuat
keputusan? dan Kepercayaan dan nilai yang mana satu harus saya ikuti?.
Bagi menjawab segala persoalan tersebut bukanlah mudah, kadang-kadang
dalam proses tersebut remaja dihantui oleh lingkaran-lingkaran tekanan dan
konflik emosi. Bukan sahaja di pihak remaja, ibu bapa juga sering pening
kepala dengan karenah remaja mereka.

3.0

PERINGKAT PROSES KAUNSELING


3.1 PRASESI
i)
TEMUJANJI
Untuk memulakan sesi kaunseling, satu temujanji akan diadakan
di antara kaunselor dan klien di mana kontak pertama ini
seharusnya berterusan sehingga matlamat kaunseling tercapai.
ii)

PROFIL KLIEN

10.6.09-final

Sebelum proses kaunseling bermula, kaunselor akan meneliti


profil lengkap klien terlebih dahulu untuk memudahkan kaunselor
melakukan penerokaan.
Kajian kes : Profil Klien
Hafiz (bukan nama sebenar) adalah seorang remaja berusia 16 tahun.
Dia merupakan anak sulung dari 6 beradik dan dilahirkan di dalam keluarga
yang serba kekurangan. Ayahnya bekerja sebagai pemandu bas kilang
manakala ibunya pula surirumah sepenuh masa. Ayah Hafiz adalah sorang
yang sangat tegas dengan anak-anak, berbeza dengan ibunya yang suka
berlembut. Keputusan keluarga banyak diputuskan oleh ayahnya kerana
sekiranya ibunya campurtangan pergaduhan sering berlaku. Hafiz dan adikadiknya lebih banyak memendam rasa kerana takut pada ayahnya.
Pendidikan agama asas hanya diterima oleh Hafiz di sekolah kerana
ayahnya sibuk bekerja manakala ibunya sibuk menguruskan adik-adiknya
yang masih kecil. Hafiz adalah seorang yang aktif dan suka bersosial. Dia
bebas memilih kawan dan akhirnya mula mengenali kumpulan remaja liar di
luar sekolah.
Memandangkan keadaan keluarga yang susah, Hafiz segan untuk
meminta wang belanja dari bapanya dan mula mencari alternatif lain untuk
mendapatkan wang. Dengan bantuan rakan, ketika di tingkatan dua, Hafiz
mula menjual rokok secara sembunyi-sembunyi di sekolah bagi mendapatkan
wang saku. Kegiatannya telah dikesan oleh pihak sekolah dan dia telah
digantung sekolah selama 2 minggu. Kejadian itu menimbulkan kemarahan
ayahnya. Sebagai hukuman, Hafiz telah dikurung selama sehari suntuk di
dalam bilik tanpa diberi makan dan minum. Namun disebabkan kasihan,
secara diam-diam ibunya telah memberikan makanan ketika ayahnya keluar
dari rumah. Hafiz agak dimanjakan ibunya kerana dia adalah anak sulung
dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.
Hafiz mula terlibat dalam aktiviti ragut ketika berusia 15 tahun. Pada
mulanya dia hanya mengikut kawannya meragut sebagai pemerhati sahaja
dan kemudian mencuba pula untuk meragut. Kejayaan kali pertama
membangkitkan keseronokan untuk meragut lagi. Tambahan lagi jika berjaya
meloloskan diri dalam cubaan meragut yang berisiko. Dirasakan bahawa dia
memiliki kehebatan dan bakat untuk dibuktikan pada kawan-kawan. Malah,
dia dengan bangga membandingkan hasil curi kepada rakan-rakan lain.
Dalam usia sebegitu juga dia sudah memiliki pelbagai peralatan menyamun
seperti pisau pelbagai saiz malah turut memiliki pistol palsu. Walaupun
begitu, Hafiz tidak pernah mengambil dadah.
Pernah juga beberapa kali rakan sekolah mengadukan perkara tersebut
kepada keluarganya. Akibatnya, setiap kali dilaporkan Hafiz akan dipukul
dengan teruk oleh ayahnya. Namun dia masih juga tidak serik dan
mengulangi perbuatannya. Akhirnya ayah Hafiz tidak lagi mengambil tahu
apa yang dilakukannya. Hafiz juga sudah semakin tawar hati terhadap
persekolahannya. Pada mulanya dia cuma ponteng kelas dan melepak di
tandas sekolah. Sikapnya itu berterusan sehingga dia tidak berminat untuk
menyambung pelajaran lagi. Hafiz juga sering mengikut kawan-kawannya ke
merata-rata kawasan di dalam selangor untuk menjalankan aktivitinya
termasuk dalam samun bersenjata.
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Dalam
satu kes cubaan menyamun sebuah kedai barangan elektrik di Kajang, Hafiz

10.6.09-final

telah ditahan oleh polis. Disebabkan masih di bawah umur, Hafiz telah
dimasukkan ke Sekolah Henry Gurney di Teluk Mas, Melaka.
Hafiz telah dibawa bertemu dengan kaunselor di sekolah itu untuk
mendapatkan sesi kaunseling.
3.2 TEORI YANG DIGUNAKAN DALAM KAUNSELING
Untuk menjayakan sesi kaunseling yang diadakan, kaunselor perlu
memilih teori tertentu untuk membuktikan keberkesanan proses dan
memadankannya dengan realiti dan kepercayaan peribadi kaunselor
tentang sifat semulajadi manusia dan perubahan mereka. Teori yang
dipilih dapat menolong kaunselor dan membantu klien secara berkesan
untuk mengubah tingkahlaku, pemikiran dan menangani emosi.
Dalam kes Hafiz (klien), kaunselor telah memilih untuk menggunakan
pendekatan humanistik melalui Teori Pemusatan Perorangan di
dalam sesi kaunseling. Teori pemusatan perorangan telah diasaskan
oleh Carl R.Rogers. Teori ini menekankan bahawa perubahan boleh
berlaku di dalam diri manusia kerana manusia hakikatnya memiliki
desakan semulajadi untuk majukan diri dan bergerak ke arah
kesejahteraan serta mempunyai nilai positif dan negatif terhadap
pengalaman.
Anggapan penghargaan terhadap diri mempengaruhi tingkahlaku.
Konsep kendiri terbentuk hasil persepsi individu berhubung dengan
pengalaman positif atau negatif. Individu boleh mengasingkan
pengalaman positif dan negatif. Ia boleh menolak, menerima dan
memberi erti yang bermakna terhadap pengalaman dalam
pembentukan konsep kendiri. Jika kehendak desakan tidak tercapai ia
akan memendam pengalaman. Ia menganggap orang lain tidak dapat
menerima secara positif desakan tadi dan menghasilkan konsep kendiri
yang negatif. Ini menimbulkan konflik antara kendiri ideal dan kendiri
sebenar.
Individu menerima syarat-syarat penilaian yang telah dipelajari agar
diterima oleh orang lain. Syarat-syarat ini lebih menguasai desakan.
Konflik berlaku kerana tidak kongruen antara kendiri dengan
pengalaman. Konflik adalah ancaman kepada pertumbuhan individu
dan menimbulkan helah bela diri.
3.3

MATLAMAT KAUNSELING
Tujuan kaunseling untuk menyepadukan/ kongruen semula rasa hati
yang ideal dengan konsep kendiri klien.
Kaunselor mesti membenarkan klien menetapkan matlamat sendiri
kerana percaya setiap individu mempunyai motivasi dalaman,
keperluan mencapai kesempurnaan kendiri yang membolehkannya
membina dan mengubah tingkahlaku sendiri. Klien perlu menjadi lebih
realistik, objektif, dan persepsinya lebih luas dan seterusnya dapat
menyelesaikan masalah dengan realistik.
Persepsi klien tentang kendiri idealnya lebih realistik dan yakin dapat
dicapai manakala kendiri sebenar ditanggapi dengan positif. Klien akan

10.6.09-final

merasa lebih yakin, boleh menerima orang lain, boleh menerima


tingkahlaku sebagai kepunyaan sendiri dan kurang menafikan
tingkahlakunya sebagai sebahagian dari pengalaman. Kaunselor perlu
menyediakan
keadaan
teraputik
untuk
membenarkan
corak
perkembangan normal tingkahlaku klien bergerak dengan sendiri ke
arah lebih sosial dan matang.

3.4

MENEROKA DAN MENGANALISIS MASALAH


Interaksi akrab antara kaunselor dengan klien menjadi pemangkin
perubahan dalaman klien.
Konsep kendiri individu merupakan tunjang pembentukan personaliti
individu. Pengurangan jurang antara kendiri ideal dan kendiri sebenar
adalah permulaan perubahan tingkahlaku klien.
Proses kaunseling adalah tanpa arahan iaitu kaunselor tidak membuat
keputusan untuk klien sebaliknya klien yang perlu memilih sendiri
keputusan dan matlamat yang ingin dicapai dalam hidupnya.
Penerimaan tanpa syarat, tulin/kongruen dan empati adalah kunci
utama proses kanseling menggunakan teori pemusatan perorangan:
i)

Penerimaan tanpa syarat.


Penerimaan Tanpa Syarat akan menimbulkan kesedaran tentang
pengalaman rasa hati terpendam. Kaunselor menerima klien tanpa
penghakiman. menerima sebagai dirinya
yang mempunyai
kekuatan dan kelemahan emosi, pemikiran dan tingkahlaku. Klien
dapat meluahkan segala desakan rasa hatinya iaitu konsep
kendirinya. Dalam situasi ini, Kaunselor perlu menghormati klien
tanpa mengira perbezaan nilai yang dipegang antara mereka.
ii) Ketulenan dan keterbukaan(Kongruen)
Usaha persepaduan secara sedar pengalaman yang wujud kini
dengan kendiri. Kaunselor perlu jujur atau tidak berpura-pura. Hafiz
boleh membuat pendedahan kendiri yang menasabah secara jujur.
iii) Empati.
Kaunselor faham dan peka keadaan dalaman dari segi pemikiran
dan emosi yang sedang dirasai klien. Membawa kepada hubungan
yang akrab. Tingkahlaku klien berpunca dari desakan dalamannya
yang menggerakkan ke arah kesejahteraan diri. Ini menyebabkan
berlaku konflik antara kehendak kesempurnaan yang idel dengan
alam situasi sebenar. Ini akan menghasilkan suasana kecelaruan
dalam dirinya. Kaunselor dapat merasa apa yang klien fikir, rasa
dan faham falsafah diri klien.
Perkara-perkara lain yang turut diberi perhatian oleh kaunselor:
a) Tingkahlaku tanpa lisan yang mesra
b) Menunjukkan keinginan untuk menolong
c) Mendengar isi percakapan klien
d) Mendengar perasaan klien
e) Mendengar erti yang tidak dinyatakan
f) Tidak cepat membuat tanggapan dan penilaian

10.6.09-final

g) Mendengar dengan dengan telinga, mata dan tubuh badan apa


yang ditunjukkan dan dikatakan oleh perkataan dan tingkahlaku
klien.
h) Tidak banyak bercakap tetapi lebih cuba banyak mendengar.

3.5

Jika kaunselor dapat mewujudkan suasana yang teraputik, maka


dengan sendirinya kesan terapi akan dapat dinikmati oleh klien. Klien
akan dapat melalui proses peluahan perasaan, membina celik akal dan
pemahaman kendiri dan akhirnya membina matlamat baru serta
tingkahlaku baru yang positif.
Kejayaan kaunseling tercapai apabila klien mampu membina wawasan
baru terhadap alam sebenar.
MENGUMPUL SEBERAPA BANYAK MAKLUMAT YANG BERKAITAN
Untuk memahami diri klien yang masih remaja, kaunselor perlu
membuat beberapa kajian tentang remaja dan ciri-cirinya. Terdapat
beberapa teori dari barat yang memberi pendapat tentang remaja:
i. Pendapat Margaret Mead.
Mead (1968) berpendapat zaman remaja ialah satu transisi zaman
kanak-kanak ke zaman dewasa yang perlahan dan tenang. Remaja
tidak akan mengalami sebarang konflik sekiranya masyarakat
sekeliling membenarkan remaja tersebut melihat bagaimana bayi
dilahirkan, menganggap kematian sebagai satu keadaan semula
jadi, dibenarkan membuat kerja-kerja yang penting, menunjukkan
tingkah laku yang asertif dan dominan dan tahu apa yang
dijangkakan oleh seorang dewasa.
ii. Pendapat Anna Freud
Anna Freud menekankan soal libido yang cuba mengancam dan
menggugat keseimbangan yang telah dicapai antara ego dan id. Ini
menyebabkan ego membentuk mekanisma pertahanan diri yang
terdiri daripada intelektualisasi dan asetisima. Intelektualisasi
bermaksud
menterjemahkan
impuls-impuls
seksual
kepada
pemikiran-pemikiran abstrak. Keadaan ini dapat dilihat pada remaja
apabila mereka suka berdebat tentang agama, politik, hak-hak
seseorang individu dan tentang makna kehidupan. Asetisisma pula
bermaksud penafian-kendiri. Oleh kerana remaja bimbang tidak
dapat mengawal impuls-impuls itu kepada tingkah laku mencapai
keseronokan yang lebih ringan seperti banyak makan, berpakaian
yang aneh-aneh dan sebagainya.
Anna Freud mengatakan bahawa zaman remaja adalah satu tempoh
masa ketidakseimbangan psikik, penuh dengan konflik emosi dan
tingkah laku tidak menentu. Kadang-kadang remaja bersifat egoistik
dan pusat-kendiri dan mereka percaya semua orang memerhatikan
mereka. Kadang-kadang pula mereka lupa pada kehendak diri dan
terlalu prihatin dengan orang lain. Mereka kadang-kadang ingin
bersama dengan orang lain tetapi pada masa yang lain pula ingin
bersendirian. Mereka bukan sahaja materialistik tetapi juga
pentingkan diri sendiri. Walaubagaimanapun kadang-kadang mereka
jadi idealistik. Pendek kata, Anna Freud berpendapat remaja
mengalami keadaan tidak menentu, ada turun naik, sekejap begitu

10.6.09-final

yakin pada diri, tetapi pada masa lain amat ragu-ragu dengan
tingkah laku mereka.
iii. Pendapat Erikson
Erikson (1950, 1959) berpendapat tugas utama remaja ialah
menyelesaikan konflik antara identiti dan keliru identiti. Remaja
hendaklah menjadi orang dewasa yang unik dan menjadi individu
matang yang mempunyai peranan yang tertentu. Demi
pembentukan identiti, ego remaja hendaklah boleh menyusun
kemahiran dan keperluan dan kehendak serta menyesuaikan segalagalanya dengan kehendak masyarakat. Identiti mempunyai banyak
komponen dan antara komponen-komponen itu ialah ciri-ciri
seksual, sosial, fizikal, psikologikal, moral, ideologikal dan kerjaya
yang kesemuanya apabila disatukan akan menjadi diri yang total
(Grotevant dan Thorbecke, 1982; Waterman, 1982). Oleh itu,
seseorang remaja akan dikenal pasti melalui ciri-ciri fizikalnya, rupa
parasnya, binaan tubuh badannya, peranannya, kemahiran
berinteraksi, pencapaian, keahlian dalam kumpulan, pilihan kerjaya,
fahaman politik, pegangan agama, nilai, moral, kepercayaan,
falsafah hidup dan identiti etnik, personaliti, penyesuaian dan
kesihatan mentalnya ( Phinney dan Alipura, 1990; Adams, 1977),
remaja yang menerima diri dan mempunyai identiti diri yang positif
akan lebih cenderung mempunyai kesihatan mental yang lebih baik
(Goldman, Rosenzweig dan Lugger, 1980).
Pencarian identiti adalah satu proses yang memakan masa sejak
dari kecil hinggalah ke zaman tau tetapi pencarian ini paling
menonjol di zaman remaja. Salah satu aspek yang paling penting
dalam pencarian identiti ialah pemilihan kerjaya. Jika semasa kanakkanak seseorang individu itu memperolehi beberapa kemahiran
yang diperlukan tetapi semasa remaja tugasnya ialah mencari caracara yang terbaik untuk menggunakan kemahiran-kemahiran
tersebut. Erikson berpendapat pada masa inilah remaja mengalami
keliru identiti atau peranan dan mula memikirkan tentang apakah
peranannya di dalam masyarakat.
Erikson memperkenalkan satu istilah yang dikenali sebagai
moraltorium sosial yang bermaksud satu tempoh masa antara
zaman kanak-kanak dan dewasa kerana seseorang individu bebas
menguji sesuatu keadaan dan berusaha mencari identiti dan
peranan yang diterima masyarakat. Seseorang individu itu akan
menganalisa dan menguji pelbagai peranan demi memperoleh
identiti dan peranan kendiri. Erikson berpendapat jangka masa dan
darjah seseorang remaja mengalami moratorium adalah berbeza
antara satu sama lain. Walaubagaimanapun, kata Erikson keliru
identiti pasti dialami oleh remaja walaupun sedikit dan ini adalah
sesuatu yang normal.
Salah satu bentuk penahanan diri berdasarkan keliru identiti ialah
gemar berkelompok (clique) dan sifat tidak boleh bertolak-ansur
dengan orang lain. Sebab itulah remaja sering bertelagah dengan
orang-orang yang berautoriti. Remaja juga kadang-kadang
menunjukkan keadaan kelirunya tadi dengan cara tingkah laku yang
tidak boleh diterima.pada masa yang sama juga ada remaja yang

10.6.09-final

cuba mencari sesuatu yang boleh ia ceburi, misalnya ada di


kalangan mereka yang suka berkelempok, terlalu ikut-ikutkan
fesyen, amalan-amalan tertentu dan sebagainya. Setakat mana
remaja tersebut boleh setia dengan amalannya itu akan
menentukan keupayannya untuk menyelesaikan krisis identitinya.
Kegagalan untuk mencapai identiti akan juga menyebabkan
seseorang remaja itu ragu-ragu dengan kebolehan diri, keliru
peranan dan ini semua akan membawa akibat psikologi yang lebih
teruk pada masa hadapan.
Jika seseorang remaja berjaya menyelesaikan krisis identiti tadi, ia
akan menjadi orang yang setia dan taat dan ia juga akan
mempunyai rasa kepunyaan terhadap rakan-rakannya, terhadap
nilai-nilai, idelogi, agama atau bangsa tertentu. Identifikasi-kendiri
terbina apabila remaja telah dapat memilih sendiri nilai-nilai dan
orang-orang yang ia akan setia dan taat dan bukannya pemilihan itu
datang daripada ibu bapanya atau orang-orang lain.
Kasih sayang merupakan salah satu lagi cara untuk mencapai
identiti. Dengan cara membina hubungan yang rapat, berkongsi
minat, fikiran dan perasaan dengan orang lain, remaja akan dapat
melihat identitinya yang tergambar pada orang disayanginya.
3.6

MENGENALPASTI PUNCA MASALAH


i)

DIRI SENDIRI
Remaja sedang mengalami fasa perubahan, di mana kadangkala
remaja mengalami masalah konflik diri dan mencari-cari identiti
diri. Keperluan diri mula bertambah dan remaja mula meminta
pandangannya dihormati sedangkan sekelilingnya menolak.
Emosi remaja umumnya tidak stabil pada peringkat ini dan
kefahaman yang tinggi daripada ibu bapanya amatlah perlu
dalam menangani sebarang isu yang dikemukakan.
Terdapat beberapa faktor berpunca dari diri klien sendiri yang
telah mempengaruhi tingkah lakunya. Antaranya:
a) Pemikiran Tak Rasional
Dari pemerhatian, klien dilihat tidak rasional dalam membuat
keputusannya. Contohnya, walaupun mengetahui menjual
rokok di sekolah dan meragut adalah perbuatan yang salah,
namun dia tetap melakukannya. Pengalaman hidup yang
dilalui
telah
mempengaruhi
cara
pemikiran
dan
pandangannya tentang hidup. Kurangnya pengetahuan dalam
mengawal emosi menyebabkan klien memberontak dan
bertindak di luar batasan.
b) Perasaan
(Pertentangan
Antara
Ideal
Dengan
Sebenar).
Klien ingin hidup mewah seperti rakan-rakan menyebabkan
dia merasa tidak puas hati dengan keadaan keluarganya yang
miskin. Oleh itu, dia merasakan perlu melakukan sesutu untuk

10.6.09-final

memuskan kehendaknya walau dengan memilih jalan yang


salah.
c) Perlakuan
Demi mencari kepuasan dalam hidup, klien telah
bertingkahlaku yang bertentangan dengan moral seperti
menjual rokok dan meragut. Dia juga bersikap membentak
dan enggan mendengar kata orang tua. Kesilapan yang
dilakukan adalah pilihannya sendiri, bukan ditentukan oleh
sesiapa. Klien bertanggungjawab sepenuhnya di atas segala
tingkah lakunya
d) Pengalaman Pahit Yang Mengganggu.
Kehidupan klien yang susah sejak kecil, ditambah pula sikap
ayahnya tidak bertolak ansur dan suka memukulnya
menyebabkan Hafiz bersikap pendendam dan memberontak
untuk menarik perhatian dan kasih sayang keluarga. Dia keliru
mencari identiti dan matlamat hidup menyebabkannya
memilih jalan yang salah.
ii)

ORANG LAIN
a) Cara kawalan yang tidak menentu oleh ibu bapa.
Ada sesetengah ibubapa yang mengawal anak-anak dengan
cara yang autokratik dan menindas, ada pula dengan cara
bertegas dan berlembut, ada pula menggunakan cara
demokrasi dan kebebasan yang dipanggil pemisif atau liberal.
Cara permisif dan liberal merupakan cara kawalan yang bebas
dan longgar dan remaja diberi kebebasan. Ibu bapa tidak
mengarah dan mengawal atau mengongkong. Remaja
diharapkan dapat memahami sendiri kesusahan dan kesan
yang dirasai. Hakikatnya, remaja seharusnya selalu dibimbing
kerana pada usia itu mereka sedang mencari identiti diri dan
cenderung berbuat kesilapan.
Cara ini sebenarnya menunjukkan berbagai masalah dalam
keluarga itu sendiri. Akibatnya anak-anak menjadi keliru, tidak
mahu mengikut arahan keluarga dan cenderung tidak mahu
berorentasikan keluarga mereka sendiri. Ayah klien seorang
yang terlalu tegas tetapi ibunya bersikap sebaliknya.
Akibatnya, klien menjadi keliru tentang pegangan sikap yang
harus dimilikinya. Dia akhirnya memilih haluan sendiri yang
jauh terpesong dari yang diharapkan oleh keluarga.
b) Afek (perasaan kekeluargaan)
Afek yang negatif terdapat dalam keluarga itu jika ahli
keluarga mempunyai perasaan dingin, sikap seteru, penolakan
dan kebencian sesama mereka. Contohnya, ibu bapa yang
terlalu kecewa dan marah serta tidak upaya untuk berempati
dengan anak-anak mereka.
c) Keeratan keluarga
Keeratan difahamkan sebagai darjah ikatan atau hubungan
yang ada pada keluarga itu. Pada keluarga yang berfunsi baik,
ahlinya mempunyai ikatan yang rapat, perhubungan yang
dekat dan perasaan bersatu yang ketat dan tidak mahu
dipisahkan. Jika ibu bapa bertegas seperti yang dialami klien,

10.6.09-final

remaja biasanya beranggapan bahawa ibu bapa tidak rapat


dan tidak memberi perhatian.
Rata-rata remaja yang bermasalah datang daripada keluarga
yang tidak bahagia dan kucar-kacir. Rumah bukan syurga
untuk
mereka
meluahkan
perasaan
dan
berkongsi
pengalaman. Kurangnya perhatian daripada ibu bapa
menjadikan anak-anak lepas bebas untuk membuat
keputusan sendiri.
Lebih menyedihkan jika ada anak- anak yang membesar
dengan asyik melihat pertengkaran dan pergaduhan di rumah
mereka. Ketiadaan saluran yang betul untuk meluahkan
perasaan tidakpuas hati remaja mendorong remaja ini untuk
meluahkannya bersama rakan sebaya di luar rumah,
terutamanya di sekolah. Akibatnya kepincangan dari rumah
dibawa ke sekolah dan masalah amat sukar diatasi melainkan
akar masalah tersebut dapat diatasi.
d) Pengaruh rakan sebaya
Remaja yang bermasalah juga seringkali berada di bawah
pengaruh rakan yang memberi contoh tidak baik.
Ketiadaan sokongan, nasihat dan pemantauan yang
berterusan menyebabkan kecenderungan remaja melakukan
perkara-perkara yang tidak baik lebih kuat. Banyak masa
dihabiskan di sekolah, justeru rakan-rakan adalah terdekat
yang mereka ikuti. Guru-guru mempunyai keterbatasan
waktu, dalam mengimbangi tugas menghabiskan subjek dan
mendidik pelajar.
Fahaman bahawa rakan-rakan lebih memahami perasaan
mereka menyebabkan remaja lebih mempercayai rakan-rakan
dalam membuat suatu keputusan. Budaya berseronok dan
suka mencuba sesuatu yang baru juga antara lain menjadi
faktor penggalak kepada permasalahan ini.

3.7

MENGAMBIL TINDAKAN DAN MENGHURAI ALTERNATIF


Peranan Klien.
a) Klien harus melakukan sesuatu untuk mengelakkan berlakunya
konflik dengan ibu bapa. Setiap masalah yang timbul boleh
dibincangkan bersama kerana masalah yang kecil boleh menjadi
masalah yang besar jika tidak diselesaikan secara rasional.
b) Klien harus berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan dan
tindakan terutama apabila berselisih faham dengan ibu bapa. Klien
harus mendapatkan nasihat daripada guru atau rakan-rakan yang
berpesonaliti positif.
c) Mengambil kira segala keperluan dan mengelak daripada melakukan
sesuatu di luar kemampuan atau melakukan terlalu banyak perkara
dalam kehidupan.
d) Klien perlu membuat perancangan dan jadual harian untuk
mengawal kegiatan. Kehilangan kawalan dalam kehidupan akan
membawa tekanan. Ini termasuk mencatat segala perkara yang
akan dilakukan setiap hari.

10.6.09-final

e) Membuat persiapan untuk menghadapi krisis dan ini membantu


meningkatkan kesabaran dalam diri.
f) Mencari alasan yang rasional apabila menghadapi sesuatu perkara
yang tidak disukai atau diduga.
g) Mencari masa yang tenang untuk melihat diri sendiri dan memeriksa
diri sendiri. Ini termasuk menunaikan solat dengan tekun dan
khusyu'.
h) Penyimpangan daripada tekanan harian secara kreatif dengan
memilih waktu untuk bercuti, bergiat dalam hobi dan melakukan
kerja sosial yang berfaedah.
Peranan ibu bapa untuk membantu ke arah perubahan diri
Klien.
a) Ibu bapa seharusnya memahami dan mengetahui alam psikologi
remaja yang sedang membesar.
b) Klien ternyata menghadapi kehidupan kritikal pada peringkat umur
12-21 tahun. Pada masa itu juga konflik dalaman berlaku demi
menentukan arah hidupnya.
c) Ibu bapa seharusnya lebih banyak meluangkan masa berbincang
secara bersemuka dengan klien dan jangan memperkecilkan
kemampuan dan menolak pendapatnya kerana remaja sentiasa
mahu dihargai dan dihormati.
d) Ibu bapa mesti beruasaha merapatkan jurang pergaulan dan
perhubungan antara satu sama lain.
e) Ibu bapa menunjukkan ketegasan dalam kawalan (Autokratik tetapi
demokratik) terutama terhadap hal yang dinilai akan memberi kesan
yang tidak baik tetapi dilakukan dengan cara musyawarah,
berunding dan berkomporomi. Dengan cara ini, ibu bapa juga
berharap mereka akan dihormati dan suasana kekeluargaan akan
lebih selesa kerana fungsi keluarga dditerima dengan senang hati
dan semua ahli gembira dan megah dengan keluarga mereka.
Kaunselor perlu mengadakan rangkaian sokongan yang betul.
Rangkaian sokongan adalah individu-individu yang boleh membantu
remaja dalam menangani permasalahan mereka iaitu ahli keluarga,
sahabat, guru dan kaunselor. Rakan yang bermasalah tidak termasuk
dalam rangkaian sokongan ini.

3.8

PENYELESAIAN MENGIKUT KAEDAH ISLAM


Psikologi dari perspektif islam juga telah menggariskan beberapa
kaedah untuk merawat hati iaitu dengan cara kembali kepada Allah
SWT sebagai tempat penyerahan.
i)

Antara cara yang paling utama dalam menangani sesuatu


masalah yang dianjurkan oleh Islam adalah melalui pengukuhan
ikatan akidah. Ikatan akidah menuntut kita supaya meyakini
bahawa Tuhan sekalian alam ialah Allah S.W.T yang maha
berkuasa ke atas makhluknya. Segala perintah dan suruhan
Tuhan wajib ditaati. Dia yang Maha Mengetahui.

10.6.09-final

ii)

iii)

iv)

v)
vi)
vii)
viii)

4.0

Melalui ikatan akidah juga, kita tahu dari mana kita datang,
kenapa kita datang ke dunia ini dan ke mana akhirnya hidup ini.
Dengan cara ini, para Klien akan mampu menghadapi segala
masalah atau segala cabaran dengan penuh bijaksana dan
kesabaran kerana meyakini Allah berkuasa ke atas segalagalanya.
Selain itu, Klien harus sentiasa melakukan kegiatan kerohanian
agar sentiasa tenang dan tenteram dalam hatinya. Dengan ini,
Klien mampu membuat keputusan yang betul. Ini termasuklah
mendirikan sembahyang, mendampingi al-Quran, berkunjung ke
masjid agar dapat mendampingi orang yang terpuji akhlaknya,
berpeluang mendekati orang yang berilmu dan mendengar
ceramah agama.
Klien yang berilmu sahaja belum tentu mampu mempertahankan
diri mereka daripada terjerumus ke dalam kancah yang
merosakkan tanpa diperkukuhkan dengan hati dan jiwa yang
bersih. Ini merupakan unsur kekuatan dalaman yang amat
diperlukan bagi mencegah Klien daripada perkara-perkara yang
dapat merosakkan diri sendiri.
Klien juga harus mencari mereka yang baik akhlaknya serta
ilmunya untuk dijadikan model ikutan serta sumber rujukan
untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah mereka.
Keluarga perlu sentiasa mengawasi pergaulan Klien supaya
sentiasa berdamping dengan orang yang baik akhlaknya.
Klien harus mencari orang yang boleh membantunya sama ada
daripada kalangan ahli keluarganya, guru-gurunya atau rakanrakannya.
Jangan jadikan tempat hiburan sebagai tempat menyelesaikan
masalah. Yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah
bukanlah hiburan,tetapi ilmu, iman dan amal.

PENGULANGAN SESI
Sesi kaunseling di antara kaunselor dan klien dilakukan selama beebrapa kali
dan setiap perubahan yang dilihat direkodkan. Di samping itu, kaunselor juga
telah mendapatkan maklumat tentang tingkahlaku klien di luar sesi yang
dijalankan daripada individu yang hampir dengannya seperti keluarga dan
guru-guru.

5.0

PENAMATAN SESI
Menurut ELLIS AND BERNARD, 1985, seseorang individu dianggap memiliki
psikologi yang sihat sekiranya memiliki ciri-ciri berikut:
a) Kepentingan Diri.-Melebihkan sedikit daripada kepentingan orang lain.
b) Sanggup berkorban kepada orang yang disayangi secara munasabah.
c) Berminat Sosial-Boleh hidup bersosial dengan baik.

10.6.09-final

d) Arahan Kendiri-Tahu tanggungjawab dan boleh menguruskan diri sendiri.


e) Tahap Toleransi Kekecewaan yang Tinggi
f) Memberi hak kepada diri dan orang lain untuk membuat kesilapan.Walaupun benci tetapi tidak membuat kutukan atau penghinaan.
Bijaksana membezakan rasional dan tidak rasional. Tidak mudah
terperangkap dengan perkara negatif.
g) Fleksibel-Terbuka kepada perubahan, berfikiran luas dan tidak rigid.
h) Menerima Ketidakpastian-Merancang dan berusaha bersungguh-sungguh
dan hasilnya diserahkan kepada Tuhan.
i) Bersungguh-sungguh Untuk Mencapai Sesuatu-Keterlibatan untuk
mencapai sesuatu bagi tujuan peribadi dan masa yang sama
menyumbang kepada masyarakat.
j) Berfikiran Saintifik-Penggunaan pemikiran saintifik untuk merancang
matlamat jangka pendek dan jangka panjang dan pada masa yang sama
boleh menerima kemungkinan.
k) Penerimaan Kendiri-Bersyukur dan menerima diri. Tidak menilai diri kerana
faktor luar dan bukan untuk menunjuk-nunjuk atau membuktikan sesuatu.
l) Berkeupayaan Mengambil Risiko-Suka mencuba, mengambil risiko yang
munasabah, menerima kesilapan.
m) Kepuasan Jangka Panjang-Sanggup bersusah sekaran demi masa depan.
n) Menenggelamkan kenikmatan untuk sementara. Terus mengukuhkan diri
untuk mencapai visi. Manusia yang cekal dan berjaya.
o) Sedar Batasan Utopia-Sedar manusia tidak boleh dapat semua yang
diingini dan tidak boleh mengelak semua yang tidak disukai.
p) Bertanggungjawab Terhadap Gangguan Emosi
q) Setelah permasalahan dapat diuruskan dan tiada perkara yang
tergantung.
Setelah beberapa sesi kaunseling dilakukan, kaunselor akhirnya melihat
banyak perubahan positif pada diri klien. Klien mampu mencapai kematangan
demi meningkatkan konsep kendirinya. Sesi kaunseling di antara kaunselor
akhirnya ditamatkan setelah klien diyakini telah mencapai kesihatan psikologi
yang memuaskan.
Kaunseling mungkin berakhir di sini tetapi prosesnya masih berterusan. Klien
akan kembali kepada situasi yang membenarkan proses berlaku sepanjang
hayat ke arah mencapai kesempurnaan kendiri. Kawalan diri sendiri telah
hilang dan proses penilaian organismik unik telah mengambil tempatnya
yang betul sebagai penilai pengalaman dan pengawal tingkahlaku.

5.0

KESIMPULAN
Individu berjaya membuat penyesuai yang baik, pastinya akan lebih kuat dan
lebih matang dalam menghadapi masa depan. Terdapat lapan tugas
perkembangan yang perlu diselesaikan semasa usia remaja:

10.6.09-final

6.0

Menerima keadaan fizikal diri dan menggunakan dengan cara yang


berkesan.
Mencapai kebebasan emosi daripada ibu bapa dan orang dewasa yang
lain.
Memperoleh peranan yang betul.
Dapat membentuk hubungan yang lebih matang dengan rakan sebaya
daripada kedua-dua jantina.
Menerima dan menjadi individu yang bertanggung jawab.
Memperoleh satu set nilai dan sistem etika yang boleh digunakan sebagai
panduan tingkahlaku.
Membuat persediaan untuk mempunyai kerjaya.
Membuat persiapan untuk berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri.

PENUTUP
Kesihatan keseluruhan seseorang individu meliputi 3 aspek yang utama iaitu
kesihatan fizikal, kesihatan sosial dan kesihatan mental. Dengan memiliki ciriciri ini, seseorang itu akan dapat menguruskan kehidupannya dengan baik.
Kelakuan bilazim yang ditonjolkan seseorang individu itu sebenarnya
berpunca dari keinginan memberontak yang tidak dapat dizahirkan dengan
cara yang betul. Walaupun agak sukar, mereka sebenarnya perlu disedarkan
bahawa apa jua kedukaan dan tekanan yang dihadapi sebenarnya bukan
bermakna kehidupan telahpun berakhir.
Tekanan menyebabkan kehidupan seseorang itu menjadi tidak selesa dari
segi psikologi, sosial dan juga fisiologinya apabila seseuatu tekanan bersifat
melampau sehingga tidak mampu ditangani. Namun, kemungkinan juga
tekanan itu akan membawa kesan positif di mana berfungsi menjadi
motivasi/pendorong tingkah laku ke arah kehidupan yang lebih baik.

RUJUKAN
1. KONSEP DAN AMALAN KAUNSELING, NORAINI AHMAD, UTUSAN PUBLICATIONS &
DISTRIBUTOR SDN BHD,2004
2. MAAROF REDZUAN & HASLINDA ABDULLAH,PSIKOLOGI,UPM(2008)
3. MAAROF REDZUAN,PSIKOLOGI SOSIAL,UPM(2001)
4. SUMBER DARI INTERNET

Anda mungkin juga menyukai