Anda di halaman 1dari 37

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011

SISTEM SARAF
Sistem saraf ialah pusat kawalan bagi sistem komunikasi tubuh.Impuls ialah mesej
saraf yang dialirkan ke fiber saraf dalam bentuk gelombang bergerak (bersifat
elektrik).Impuls mengalir pantas, spesifik dan menghasilkan respon dengan serta merta.
Tubuh manusia terdiri atas organ-organ tubuh yang masing-masing mempunyai fungsi
tertentu. Kawalan tubuh dan jaringan komunikasi adalah berpusat di sistem saraf.

Tiga fungsi utama sistem saraf adalah untuk deria (sensori), integrasi dan motor. Deria
(sensori) bertugas untuk mengesan perubahan di dalam tubuh dan persekitaran luar.
Integrasi pula bertindak untuk mentafsir perubahan dan motor memberi respon kepada
tafsiran di dalam bentuk kontraksi otot atau rembesan kelenjar.

Jadual 1 : Sistem Saraf Manusia


Tiga komponen yang harus dimiliki oleh sistem saraf iaitu :
1. Reseptor adalah alat penerima ransangan atau impuls. Pada tubuh kita yang
bertindak sebagai reseptor adalah organ deria.
2. Penghantar impuls dilakukan oleh saraf itu sendiri. Saraf tersusun dari berkas
serabut penghujung (akson). Pada serabut penghubung terdapat sel-sel khusus
yang memanjang dan meluas. Sel saraf disebut neuron.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


3. Efektor adalah bahagian yang menerima ransangan yang dihantar oleh
penghantar impuls. Efektor yang paling penting pada manusia ialah otot dan
kelenjar.

TISU NEURAL
Terminologi Saraf
1. Sistem Saraf Pusat (CNS)

Bahagian utama sistem saraf yang terdiri dari otak


dan saraf tunjang.

Jadual 2 : Sistem Saraf Pusat


2.

Sistem Saraf Periferi (PNS)

Bahagian utama sistem saraf yang terdiri dari


kranial, saraf spinal dan ganglia.

Jadual 3 : Sistem Saraf Periferi

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


3.

Sistem Saraf Somatik

Bhg2 kecil PNS yg mengawal aktiviti otot


voluntari (otot rangka).

Jadual 4 : Sistem Saraf Somatik


4. Sistem Saraf Autonomik

Bhg2 kecil dalam PNS yang mengatur aktiviti otot kardiak,otot lembut dan
kelenjar. Ia juga dipanggil sistem saraf involuntari.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


FUNGSI-FUNGSI SISTEM SARAF
1. Mengintegrasikan ransangan yang diterima.
Maklumat yang dikumpul sama ada dari internal atau persekitaran dipanggil input
sensori.
2. Menterjemahkan ransangan
Input sensori diproses dan diterjemah kemudian keputusan dibuat.
3. Mencetuskan pergerakan motor
t/balas oleh otot/kelenjar (output motor
4. Menyimpan maklumat
Otak menyimpan maklumat supaya tingkahlaku boleh diubahsuai mengikut
pengalaman lepas.
5. Menjana pemikiran dan idea.
Neuron motor mengkoordinasikan pelbagai aktiviti yang rumit dan terkawal
melibatkan gerakan, pembelajaran, penaakulan, emosi dan pengingatan.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


JENIS-JENIS SEL

Neuron ( Sel-sel saraf )


a) Unit asas sistem saraf yang berstruktur dan berfungsi
b) Mempunyai sambungan yang dikenali sebagai proses atau fiber
c) Tugas utama neuron ialah gerakbalas terhadap rangsang dan seterusnya
menghantar utusannya melalui fiber neuron itu kpd struktur yang lain.
Struktur Neuron : Badan Sel mengandungi nukleus dan ia adalah pusat metabolik sel.
Dendrites - fiber2 halus bercabang2- (terima impuls/rangsang saraf dan
arahkan aliran ini kpd badan sel).
Axon satu fiber panjang yang membawa impuls saraf keluar dari sel badan.
Ia diselaputi dengan bahan putih dan berlemak yg dikenali sebagi mielin
(pelindung dan penebat fiber).

Jadual 6 : Struktur Neuron

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Jenis-jenis neuron :

Sensori / Aferen

- Membawa impuls/utusan deria (penghantar) dari organ


mata,telinga,kulit,otot rangka,sendi) ke otak (CNS).

Motor / Eferen

- Membawa utusan motor (penggerak) dari CNS (otak) ke bhg


lain (organ,otot, glands/kelenjar)- kesan respon perlakuan.

Neuroglia (neuron perantaraan)

Neuroglial (tisu perantara khusus)


- Ia merupakan tisu pengikat kepada neuron dan
ia melindungi sel-sel neuron dari serangan bakteria.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


SISTEM SARAF PUSAT
System saraf pusat merupakan pusat kawalan seluruh sistem. Kawalan seluruh sistem
ini terdiri daripada otak dan korda spina. Sistem saraf pusat menerima semua
kederiaan tubuh melalui reseptor. Apabila sistem saraf pusat menerima maklumat
kederiaan, ia akan ditafsir untuk menentukan tindakan yang perlu diambil. Rangsangan
otot untuk berkontraksi dan rangsangan kelenjar untuk merembes juga dilakukan oleh
sistem saraf pusat.
Terdiri dari otak dan saraf tunjang (spinal cord).

Bahagian serebrum otak (otak besar)

Terbahagi kepada dua hemisfera

Setiap hemisfera terbahagi kepada empat bahagian:

Frontal bahagian yang mengawal pergerakan otot

Parietal bahagian deria rasa yang menerima rangsangan panas,


sejuk, dsb

Oksipital bahagian visual mengawal penglihatan

Temporal bahagian auditori (pendengaran) dan olfaktori (hidu)

Saraf tunjang

Berfungsi sebagai pusat refleks dan laluan aliran impuls kepada dan
daripada otak.

Otak dan saraf tunjang terlindung di dalam tulang tengkorak di bahagian vertebra.Dilindungi
oleh tulang kepala dan meninges. Meninges terdiri daripada tiga lapisan.

1) Dura mater merupakan lapisan disebelah luar, terbina dari tisu berfiber yang kuat. Terdiri
daripada huluran- huluran penting dalam otakseperti falkas serebri yang mengasingkan
hemispiar kiri, tentorium serebriyang mnegasingkan copeng aksiput sereblum daripada
serebelum dan falkusserebeli yang mengasingkan copeng kanan serebelum daripada
copengkirinya.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


2) Araknoid mater merupakan lapisan tengah atau dikenali jugasebagai lapisan araknoid.
Terletak di bawah dura mater. Merupakan selaput lembut yang menyerupai sarang labahlabah dan mempunyai satu ruang yang dinamakan ruang subaraknoid atau teka di antara
lapisan araknoid danpia mater.

3) Pia mater merupakan lapisan dalam yang nipis,lembut danhening yang meliputi semua
permukaan otak dan menjulur ke dalam semuacelah antara cembungan-cembungan otak.
Mengandungi banyak saluran darah kecil pada permukaan otak dan saraf tunjang.

Bendalir Sereblum Saraf Tunjang.


Selain itu, otak dan saraf tunjang juga dilindungi oleh cecair yang dinamakan bendalir.
Bendalir ini menyerupai bendalir limfatika dan berasaldaripada darah yang mengandungi air,
glukosa, garam galian, sedikit proteindan sel-sel darah putih. Ketumpatannya ialah 1005.
Berfungsi sebagailarutan yang membawa oksigen dan zat makanan kepada otak dan
sraf tunjang serta hasil kumuh dari organ-organ ini. Membentuk kusyen bendalair untuk
melindungi organ ini daripada tercedera.

Organisasi Sistem Saraf

Organisasi sistem saraf terbahagi kepada tiga iaitu otak, korda spina dan saraf.

Otak
Otak merupakan satu organ yang paling penting di dalam tubuh manusia. Otak
dianggarkan mempunyai berat kira-kira 1.5 kg bagi orang dewasa. Otak terletak
di dalam rongga kranium dan merupakan sebahagian sistem saraf pusat. Tisu
saraf yang berada di otak adalah lembut, berwarna kelabu dan putih dan berada
di dalam tengkorak.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011

Otak terbahagi kepada empat bahagian utama iaitu batang otak (medula oblongata,
pons dan otak tengah), diensefalon (talamus dan hipotalamus), serebrum dan
serebelum.

Jadual 7 : Otak Depan, Otak Tengah dan Otak Belakang.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


i.

Batang Otak
Dipanggil sebagai batang otak kerana bentuknya seperti batang. Batang
otak terletak di bahagian bawah kranium. Jadual berikut menghuraikan
komponen-komponen dalam batang otak.

Jadual 8 : Batang otak ( Brain Stem )

Jadual : Komponen-komponen dalam Batang Otak


Medula Oblongata

Berhubung dengan korda spina.


Mempunyai panjang kira-kira 3cm dan
dipisahkan dari pons oleh alur horizontal.
Terbina

daripada

jirim

putih

dan

pembentukan jaringan jirim kelabu dan


putih.
Pada

bahagian

posterior

bawahnya

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


terdapat dua nukleus di setiap sisi yang
dikenali sebagai nukleus grasilis dan
kuneatus.
Pons

Terletak di atas medula.


Pons

mengandungi

jirim

putih

dan

nukleus.
Nukleus saraf kranial ke 5 hingga ke 8 dan
nukleus pernafasan berada di pons.
Otak Tengah

Terletak di atas pons dan di bawah


diensefalon.
Dua unjuran iaitu pedunkel dan serebrum
terdapat di permukaan ventralnya.
Unjuran ini berhubung dengan serebrum
selepas lencongan ke anterolateral.
Empat tuberkel bulat iaitu dua di atas dan
dua di bawah terletak pada permukaan
dorsalnya.

ii. Diensefalon

fungsi diensefalon adalah


menghubungkan otak tengah dan
dengan belahan otak kiri dan kanan.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


1) Thalamus
-

Mengandungi beberapa nucleus penting yang bertindak sebagai stesen geganti untuk
utusan - utusan saraf. Berfungsi terhadap rangsangan deria,emosi, kesedaran diri dan
refleksi kompleks.

2) Hipotalamus
-

Berfungsi sebagai pusat sistem saraf otonomi, mengawal emosi, mengawal imbangan
air dalam tubuh, pusat kawalan suhu badan dan menghasilkan hormon.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Saraf Tunjang
Saraf tunjang terletak di dalam salur saraf tunjang yang di dalam susunanvertebra. Panjang saraf
tunjang bagi orang dewasa ialah 18 inci danbentuknya bulat torak. Saraf tunjang bermula dari liang
saraf tunjang di tulangoksiput dan berlanjutan ke medulla oblagata serta berakhir di aras
vertebralumbar (punggung) yang pertama. Selaput meninges bagi saraf ini berlanjutanke bawah
sehingga tulang punggung. Terdapat dua bahagian besar dalamsaraf tunjang iaitu di bahagian leher
dan bahagian lumbar.

Fungsi
Saraf tunjang menghubungkan otak kepada bahagian - bahagian di seluruh badan. Selain itu, saraf
tunjang juga merupakan pusat tindakan pantulan.

Urat saraf tunjang

Saraf tunjang terbina daripada 31 pasang urat iaitu 8 pasang dari


bahagian leher, 12 pasang dari bahagian toreks dan 5 pasang
dari bahagian lumbar , 5 pasang dari bahagian punggung dan
1 bahagian dari tonggeng. Semua saraf ini ialah saraf bercampur
dan mengandungi fiber saraf deria dan saraf motor.Akar saraf
motor keluar dari bahagian depan saraf tunjang, manakala
akar saraf deria masuk di bahagian belakangnya. Kedua saraf ini
bersatu danmembentuk saraf bercampur yang keluar dari salur
saraf tunajng mellauilubang antara vertebra sebagai saraf pinggir.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Saraf Leher
Membina kulit dan otot di bahagian leher dan kepala. Satu urat saraf yang dikenali sebagai saraf
frenik membekalkan otot diafram.

Saraf Brakia
Terbentuk daripada empat urat saraf leher di bahagian bawah serta urat saraftoreks yang pertama.
Antara cabang bagi saraf ini seperti urat saraf lilit,urat saraf radia atau pemulas, urat saraf ulna atau
hasta dan urat saraf media. Urat saraf lilit membekalkan otot deltoid manakala urat saraf
radiamembekalkan kulit di bahagaian lengan, otot pelunjur (extensor) di bahagian belakang bawah
lengan. Urat saraf ini terbina selepas keluat dari bahagianketiak dan menjalar ke belakang tulang
pangkal lengan. Urat saraf ulna tatauhasta pula terbina selepas saraf ini turun dari ketiak dan
mengikut salur nadilengan (brakia).saraf ulna menbekalkan otot di bahagian lengan bawah
sertabeberapa bahagain kulit tubuh serta membekalkan otot kecil tangan sepertijari kelingking dan jari
manis. Manakala urat saraf media membekalkan otit dilengan bawah, tangan dan cabangnya
membekalkan otot di jari telunjuk dari jari hantu.

Rangkaian saraf lambar- punggung

Saraf lumbar terbentuk daripada saraf -saraf di bahagian


lumbar danpunggung. Bahagian atas saraf ini terletak di
dalam otot soas di dindingb elakang abdomen. Bahagian
bawahnya didapati d hadapan tulang punggung. Antara
cabang dalam saraf lumbar - punggung ini ialah urat
saraf femora, urat saraf obturator dan urat saraf siatika.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Saraf Femora
Saraf femora atau saraf paha melalui bawah ligament inguinal , di sisi salur nadi dan pembuluh
femora, kemudiannya sampai ke bahagian segitigafemora atau dikenali sebagai segitiga skarpa serta
kulit tubuh di hadapan dandi sisi dalam bahagian paha.

Urat saraf obturator


Saraf ini berada dari ruang pelis melalui liang obturator di tulang papan punggung dan membekalkan
otot - otot di sisi dalam paha.

Urat saraf siatika


Saraf ini ialah saraf yang terbesar dalam tubuh dan terbentuk di hadapantulang punggung dan keluar
dari pelvis melalui takuk siatika besar di tulangpapan punggung hingga ke bahagian gluteus di
belakang punggung. Saraf siatika kan turun melalui belakang paha dan membina otot otot disitu.
Difosa poplitea, saraf siatika mengeluarkan satu cabang urat saraf peroneusyang melalui hujung atas
tulang betis sampai ke hadapan batang ka ki. Saraf siatika utama turun ke bahagian bawah dan
namanya akan bertukar menjadiurat saraf tibia atau urat saraf kering. Saraf ini membina otot-otot betis
dancabang cabangnya tamat di bahagian kulit kaki dan otot otot di tapak kaki.

Deria
Deria memainkan peranan yang penting dalam membawa rangsangan dari permukaan dan dalam
bahagian tubuh menjalar ke anak saraf tunjang. Fiber deria akan memasuki akar saraf belakang ke
jirim kelabu di tanduk belakangsaraf tunjang dan akan di terjemahkan jenis - jenis rangsangan oleh
otaksetelah mellaui jirim putih di saraf tunjang. Saraf deria akan terputus di pusatderia utama di
copeng perietalis atau di bahagian pusat deria yang lain dansebahagian lagi akan terputus
rangsangannya di serebelum.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Sistem Saraf Periferi

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Merupakan saraf yang berhubungan antara otak dan korda spina dengan reseptor, otot
dan kelenjar. Ia boleh dibahagikan kepada dua, iaitu sistem aferen dan sistem eferen.
Di dalam sistem aferen terdapat sel saraf yang berfungsi untuk membawa maklumat
dari reseptor di periferi tubuh ke sistem saraf pusat. Manakala sistem eferen pula
mempunyai sel saraf yang membawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot dan
kelenjar.
Sistem eferen terbahagi lagi kepada dua bahagian, iaitu sistem saraf somatik dan
sistem saraf autonomik. Sistem saraf somatik mempunyai neuron eferen yang bertugas
membawa maklumat dari sistem saraf pusat ke otot rangka. Sistem saraf somatik
dianggap sebagai bersifat voluntari dan boleh dikawal. Sistem saraf somatik terdiri
daripada saraf cranial dan saraf spina.

a) Saraf cranial
Bermula di otak. Saraf ini adalah khas untuk bahagian kepala dan leher. Saraf ini
mempunyai 12 pasangan semuanya.
No

Nama Saraf

Jenis

Laluan Saraf

Olfactory

deria

mukus membran hidung (bau)

Optic

deria

retina mata (penglihatan

Occulomotor

motor

kebanyakkan ke otot mata

Trochlear

motor

otot dorsal oblique mata

Trigeminal

mixed

deria - ke mata & muka


motor - otot pengunyahan

Abducens

motor

Facial

mixed

Vestibulococlea

deria

otot rectarctor & lat. Rectus


mata
deria - bahagian telinga &
lidah
motor - otot ekpressi muka
koklea (pendengaran)
semicirular
canals

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


(pendengaran)
9

Glossopharyngeal

mixed

deria -faring, bah kaudal lidah


motor - otok faring
parsimpatetik . Kel.air liur
parotid
deria - faring & laring
motor - otot laring
parasimpatetik- ke bahagian
toraks & abdomen

10

Vagus

mixed

11

Sapinal accesory

motor

otot bahu & leher

12

Hypoglossal

motor

otot lidah

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


b) Saraf Spinal
Bermula di saraf tunjang dan melalui foramen di
vertebra.Membawa maklumat dari dan ke saraf tunjang,
otak dan bahagian lain badan.Plexus adalah nama bagi
rangkaian saraf spinal dan vena di bahagian tertentu
badan.
Terdiri daripada:
1. Cervical (servikum)
2. Thoracic (toraks)
3. Lumbar
4. Sacral (sakrum)
5. Coccygeal (kaudal)

Sistem saraf autonomik pula mengandungi neuron eferen yang membawa maklumat
dari sistem saraf pusat ke otot licin, otot jantung dan kelenjar. Sistem saraf autonomik
dianggap tidak voluntari dan di luar kawal. Kemudian, sistem saraf autonomik pula
terbahagi kepada dua, iaitu sistem saraf simpatetik dan sistem saraf parasimpatetik.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


SENSORI DAN LALUAN MOTOR
Sistem saraf periferi terbahagi kepada dua bahagian iaitu saraf aferen atau dikenali
sebagai laluan sensori dan saraf eferen atau dikenali sebagai laluan motor.
Laluan Sensori
Sel saraf sensorik berfungsi untuk menghantarkan impuls dari reseptor ke sistem saraf
pusat (Otak + Sumsum tulang belakang). Dalam sel saraf sensorik terdapat dendrit
yang berhubungan dengan reseptor sebagai penerima rangsangan dan ujung aksonnya
yang berhubungan dengan sel saraf asosiasi. Saraf aferen berfungsi untuk
menghantarkan impuls dari reseptor ke pusat saraf iaitu otak dan saraf tunjang.

Rajah di atas : nama-nama bahagian dalam sistem saraf


Laluan Motor
Sel saraf motorik berfungsi untuk mengirim impuls dari sistem saraf pusat ke otot atau
kelenjar yang hasilnya berupa tanggapan terhadap rangsangan. Dalam sel saraf
motorik terdapat badan sel, dendrit dan akson. Badan sel sarafnya yang berada di
sistem saraf pusat. Dendritnya berhubungan dengan akson sel saraf asosiasi.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Aksonnya berhubungan dengan efektor. Saraf eferen berfungsi untuk menghantar
maklumat dari otak ke efektor atau otot rangka. Beberapa urat saraf bersatu
membentuk jaringan urat saraf atau dikenali sebagai pleksus. Terdapat tiga jenis
pleksus iaitu pleksus cervicalis, pleksus brachialis dan pleksus lumbo sakralis. Pleksus
cervicalis mempengaruhi leher, bahu dan diafragma. Pleksus brachialis mempengaruhi
bahagian tangan. Pleksus lumbo sakralis mempengaruhi bahagian pinggul dan kaki.
Jika terdapat kedua-dua jenis saraf iaitu aferen dan eferen dalam satu ikatan, dikenali
sebagai saraf gabungan (interneuron).
Saraf eferen terbahagi kepada dua jenis iaitu eferen somatik dan eferen autonomi.
Eferen Somatik melibatkan otot rangka (tindakan sedar) manakala eferen autonomi
melibatkan otot licin, otot jantung dan kelenjar (tindakan tidak sedar). Eferen autonomi
merangkumi eferen parasimpati dan eferen simpati. Perbandingan saraf parasimpati
dan simpati ialah hati dan kelenjar adrenal mempunyai saraf simpati sahaja. Organorgan lain mempunyai kedua-duanya, saraf parasimpati lazimnya aktif semasa
menjalankan

aktiviti

normal,

manakala

saraf

simpati

aktif semasa keadaan terdesak, saraf simpati dan parasimpati lazimnya mempunyai
kesan yang bertentangan. Oleh itu, organ yang mempunyai saraf simpati dan
parasimpati dikawalatur dengan lebih halus ('fine control').
Contoh bagi eferen autonomi iaitu pantulan lutut, tarikan tangan atau kaki apabila
terkena benda panas. Mekanisme ringkas pergerakan eferen autonomi terhadap
pantulan lutut seperti di bawah: Mekanisme pergerakan eferen autonomi seperti terpijak
paku, sistem reseptor akan menerima rangsangan di peringkat periferi dan ditukarkan
kepada impuls.Rangsangan yang diterima oleh neuron sensori ditukar kepada impuls
sensori. Selepas itu, impuls sensori dihantar ke sistem saraf pusat (peringkat rendah)
dan diterima oleh impuls bersinaps dengan neuron motor di saraf tunjang. Impuls
sensori bertukar menjadi impuls motor apabila bersinaps. Impuls motor di hantar ke
efektor menghasilkan pergerakan. Sistem efektor menghantar maklumat impuls motor.
Maka kaki secara autonomiknya mengangkat sendiri apabila terasa sakit tanpa
disedari.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Lakuan pergerakan eferen somatik dihasilkan secara sedar atau dalam kawalan.
Individu memilih sendiri untuk melakukan sesuatu pergerakan itu. Pergerakan ini dibina
melalui bakat, pengalaman dan latihan. Kualiti pergerakan yang dihasilkan dipengaruhi
oleh faktor tahap kemahiran dan pengalaman. Contoh kanak-kanak belajar bermain
badminton dan galakan orang tua serta guru akan mempengaruhi lakuan pergerakan
ini.

Rajah di atas : Pergerakan di luar kawal

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011

Rajah di atas : Somatik dan autonomic motor

Gambar di atas : Laluan sensori dan laluan motor

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011

Gambar di atas : jenis saraf dan sifat saraf

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


SISTEM SARAF AUTONOMIK
Pengenalan
Organ-organ di dalam tubuh badan kita (viscera) seperti jantung, perut dan usus adalah
dikawal oleh sistem yang dinamakan sistem saraf autonomik. Autonomik secara
umumnya bermaksud self-governed (pemerintahan sendiri). Sistem ini boleh
didefinisikan sistem saraf motor yang mengawal kelenjar-kelenjar, otot-otot kardiak, dan
otot licin. Juga dikenali sebagai sistem motor visera untuk membezakannya daripada
sistem motor somatik yang mengawal otot-otot rangka.
Organ sasaran utama sistem saraf autonomik ialah visera toraks dan bahagian rongga
abdomen dan sesetengah struktur dinding badan, termasuklah sistem salur darah
cutaneus, kelenjar peluh dan otot piloerektor. Sistem saraf autonomik ialah sebahagian
daripada sistem saraf periferi dan ia mengawal banyak organ dan otot-otot di dalam
badan. Dalam kebanyakan situasi, kita tidak sedar tentang pergerakan sistem saraf
autonomik ini kerana fungsi-fungsinya yang berlaku tanpa dikawal atau secara
autonomik. Sebagai contoh, kita tidak sedar apabila salur-salur darah kita berubah saiz
atau apabila jantung kita berdegup dengan lebih pantas. Walaubagaimanapun,
penggunaan terapi biofeedback menunjukkan bahawa sesetengah orang dapat dilatih
untuk mengawal beberapa fungsi sistem saraf autonomik seperti kadar denyutan
jantung atau tekanan darah. Efektor visera tidak bergantung pada fungsi sistem saraf
autonomik, tetapi menyesuaikan aktivitinya mengikut keperluan badan. Contohnya,
jantung tetap berdenyut walaupun semua saraf autonomik mengalami masalah, tetapi
sistem saraf autonomik mengawal kadar denyutan jantung semasa bersenam atau
berehat. Jika saraf somatik yang mengawal otot rangka tidak dapat berfungsi, otot-otot
menjadi lumpuh dan tidak dapat lagi berfungsi. Tetapi jika saraf autonomik yang
mengawal

kardiak

atau

otot

licin

gerakbalas(denervation hypersensitivity).

tercedera,

otot-otot

lebih

peka

terhadap

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Sistem saraf autonomik penting dalam dua waktu :
1. Pada waktu kecemasan atau tertekan (memberi kesan fight or flight)
2. Pada waktu bukan kecemasan yang membolehkan kita berehat dan menghadam
makanan (rest and digest)
Sistem saraf autonomik mengawal :

Otot-otot :
Kulit (folikel-folikel rambut dan otot-otot licin) 2
sekitar salur-salur darah (otot-otot licin)
mata (iris, otot licin)
perut, usus dan pundi kencing (otot licin)
jantung (otot nadi)

Kelenjar-kelenjar

Pusat Kawalan Fungsi Autonomik


Sistem saraf autonomik bukanlah sistem saraf yang dikawal secara sendiri. Semua
output asalnya daripada sistem saraf pusat dan semua inputnya dari korteks serebral,
hipotalamus, medula oblongata dan cabang somatik sistem saraf periferi.
Bahagian-bahagian dalam sistem saraf autonomik
1. Sistem saraf simpatetik
2. Sistem saraf parasimpatetik

Sistem saraf simpatetik

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Sistem saraf simpatetik bermula dari saraf tunjang. Secara spesifiknya, sel-sel badan
neuron yang pertama(neuron pregangalionik) terletak di dalam saraf tunjang toraks dan
lumbar. Akson-akson daripada neuron-neuron ini dibawa kepada rantaian ganglia yang
terletak berhampiran saraf tunjang. Dalam kebanyakan kes, neuron ini akan melakukan
proses sinaps dengan neuron yang lain di dalam(post-ganglionic neuron) ganglion.
Beberapa neuron preganglionik dipindahkan kepada ganglia yang lain yang berada di
luar rantaian simpatetik dan melakukan proses sinaps di situ. Neuron post-ganglionik
kemudiannya dipindahkan ke kawasan sasaran samada otot atau kelenjar.

http://www.drstandley.com/bodysystems_peripheralnervous.shtml

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Dua lagi fakta tentang saraf-saraf simpatetik:
Proses sinaps yang berlaku di dalam ganglion menggunakan acetylcholine sebagai
neurotransmitter, manakala sinaps yang berlaku di dalam neuron post-ganglionik
menggunakan norepinephrine sebagai neurontransmitter. Namun begitu, terdapat satu
pengecualian iaitu neuron post-ganglionik simpatetik yang merangsang kelenjar peluh
menggunakan acetylcholine. Memberi kesan tindakan lawan atau lari(fight or flight)
dengan cara meningkatkan penjanaan tenaga badan dan menghentikan proses
penghadaman.

Melencongkan aliran darah jauh dari usus perut(Gastro-intestinal) dan kulit


melalui proses penyempitan salur darah(vasoconstriction).

Darah mengalir ke otot-otot rangka, kadar paru-paru dikekalkan dan


ditingkatkan (sehingga 1200% dalam kes otot rangka)

Membesarkan bronkiol peparu yang membenarkan pertukaran oksigen yang


lebih banyak pada alveolar

Meningkatkan

kadar

kardiak(miosit)

yang

denyutan

jantung

membekalkan

dan

kontraksi

mekanisme

untuk

sel-sel

nadi

meningkatkan

pengaliran darah ke otot-otot rangka.

Membesarkan

anak mata

dan

merehatkan

lensa/kanta mata

untuk

membenarkan lebih banyak cahaya memasuki mata.

Berlaku proses pengembangan(vasolidation) salur koronari untuk jantung.

Memberhentikan proses peristalsis.

Sistem saraf parasimpatetik


Sel-sel badan sistem saraf parasimpatetik terletak di dalam saraf tunjang(sacral region)
di dalam medula oblongata. Dalam medula, saraf kranial II, V, IX dan membentuk fiber
preganglionik simpatetik. Fiber preganglionik daripada medula atau saraf tunjang
membawa impuls kepada ganglia berhampiran dengan organ sasaran dan berlaku
proses sinaps di situ. Proses sinaps ini menggunakan acetylcholine sebagai
neurontransmitter. Daripada ganglion ini, neuron post-ganglionik membawa impuls ke
organ sasaran dan menggunakan acetylcholine sekali lagi pada terminalnya. Memberi

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


kesan tindakan rehat dan hadam(rest and digest), menyebabkan sistem saraf kembali
tenang dan menjalankan fungsi-fungsinya yang biasa dan proses penghadaman
berjalan seperti biasa.

Melebarkan salur darah supaya dekat dengan usus perut untuk meningkatkan
pengaliran darah ke kawasan ini. Proses ini penting untuk menghadamkan
makanan, disebabkan lebih banyak metabolisme diperlukan di perut untuk
badan.

Sistem saraf parasimpatetik boleh mengecilkan diameter bronkiol apabila


keperluan oksigen berkurangan

Ketika

proses

akomodasi/penyesuaian

diri,

sistem

saraf

parasimpatetik

menyebabkan berlakunya pengecutan pada anak mata dan lensa.

Sistem saraf parasimpatetik merangsang pengeluaran air liur dan aktiviti


peristalsis, proses penghadaman dan penyerapan nutrien-nutrien oleh badan. Ia
turut melibatkan ereksi pada organ seks melalui saraf pelvik spanknik

Berikut merupakan ringkasan tentang kesan stimulasi simpatetik dan parasimpatetik.


Kesannya adalah bertentangan di antara satu sama lain.
Kesan

Sasaran

simpatetik

&

jenis

reseptor

Kesan parasimpatetik (otot)

Mata
Iris

Pembesaran anak mata

Pengecilan anak mata

Otot silia & lensa

Pengenduran untuk visual jauh

Pengecutan untuk visual dekat

Kelenjar lakrimal (air Tiada

Pengeluaran

mata)
Sistem
integumentari
(kulit)
Kelenjar
merokrin

Pengeluaran (muscarinic)

Tiada kesan

Pengeluaran

Tiada kesan

peluh

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


(penyejukan)
Kelenjar

peluh Ereksi rambut

Tiada kesan

apokrin (bau)
Otot piloerektor
Tisu adipos

Pengurangan pemecahan lemak Tiada kesan


Meningkatkan

pemecahan

lemak
Medula adrenal
Sistem

Tiada kesan

Meningkat

Berkurangan

peredaran

darah
Daya

Pengeluaran hormon (nikotin)

&

kadar Pengembangan , pengecutan

Sedikit pengembangan

jantung

Pengecutan

Pengembangan

Arteri koronari

Pengembangan

Tiada kesan

Salur darah visera

Pengecutan

Pengembangan,

Salur

darah

otot

rangka

kemerah-

merahan
Pembekuan meningkat

Tiada kesan

Pembesaran (bronchodilation)

Pengecilan (bronchoconstriction)

Salur darah kulit

Platlet (pembekuan
darah)
Sistem pernafasan
Bronki & bronkiol

Tiada kesan
Kelenjar mukus

Pengurangan pengeluaran
Peningkatan pengeluaran

Sistem
perkumuhan

Mengurangkan pengeluaran urin Tiada kesan

Buah pinggang

Tiada kesan

Dinding
kencing
Uretra

pundi Kontraksi, penahanan urin

Kontraksi
Rehat, urin dikeluarkan

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Sistem
penghadaman

Pengeluaran mukus tebal

Pengeluaran sedikit serous

Kelenjar liur

Berkurangan

Meningkat

Usus perut

Berkurangan

Meningkat

Cecair usus perut

Pemecahan glikogen

Sintesis glikogen

Hati

Berkurangan

Meningkat

Berkurangan

Tiada kesan

Pengeluaran enzim
pankreas

Pengeluaran insulin Meningkat


pankreas
Sistem pembiakan
Ereksi organ seks

Tiada kesan

Stimulasi

Pengeluaran

Tiada kesan

Stimulasi

kelenjar

Stimulasi

Tiada kesan

otot licin

Rehat

Tiada kesan

Uterus

Kontraksi bersalin

Orgasm,

peranan

FUNGSI SENSORI
Deria Umum
Deria ialah perasaan atau kesedaran yang berlaku di otak hasil daripada pentafsiran
utusan deria yang sampai ke otak dari struktur-struktur lain, seperti kulit tubuh, otot
dan sendi dan dari organ-organ deria istimewa.
Struktur-struktur yang menimbulkan deria adalah seperti berikut :
1. Hujung gentian saraf yang menerima rangsang deria itu.
2. Saraf deria yang membawa utusan deria itu ke otak.
3. Pusat deria di otak yang mentafsirkan utusan itu dan menyimpannya sebagai
ingatan.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Setiap hujung gentian saraf deria adalah struktur istimewa yang menerima rangsang
deria tertentu.
Deria boleh terbahagi kepada :
-

Deria istimewa : bau-bauan, rasaan, penglihatan dan pengdengaran

Deria umum :~ deria permukaan : sakit, sentuhan, suhu


~ deria dalam

: tekanan, sakit dalam

Sifat-sifat Deria
Deria yang muncul akibat galakan dari luar tubuh seperti pendengaran,
penglihatan, rasaan, bau-bauan, tekanan, sakit luar dan suhu. Organ-organ ini
dikenali sebagai organ penerima deria luar.
Deria yang muncul akibat galakan dari dalam tubuh, seperti perasaan lapar,
dahaga dan sakit dalam. Organ-organ yang menyedarkan perasaan ini dikenali
sebagai organ penerima deria dalam.
Deria kulit tubuh
Hujung gentian saraf yang didapati di dalam kulit tubuh menerima deria
sakit, suhu dan sentuhan.

Hidung

kulit

1. Deria Pembauan
Hujung gentian saraf yang menerima deria pembauan adalah didapati di
lapisan selaput di rongga hidung.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


Kebanyakkan hujung gentian saraf itu didapati di bahagian atas rongga
hidung.
Saraf otak pertama(saraf olfaktori) - umbi olfaktori(bonggol bau) - pusat
pembauan(bertempat di permukaan bawah copeng temporalis.
Bahan-bahan yang menggalakkan deria pembauan ialah gas dan bahan
pepejal halus yang larut dalam lendir rongga hidung.
2. Deria Rasa
Organ deria rasa ialah lidah
Permukaan diliputi oleh selaput mukosa
Permukaan atasnya kasar kerana adanya tompok-tompok di dalam selaput
mukosnya
Tompok-tompok ini membentuk beberapa jenis papila yang mengandungi
tunas deria rasa
Urat saraf yang menerima deria rasa dari ruang mulut ke otak :
a) Saraf ke-7 (muka/fasia) membekalkan 2/3 bahagian depan lidah
b) Saraf ke-9 (gloso faring) membekalkan 1/3 bahagian belakang lidah
c) Saraf ke-5 (trigemina)
d) Saraf ke-12 membekalkan otot lidah
Pusat deria rasa bertempat di copeng parietalis.
3. Deria Penglihatan mata
Biji mata terletak di dalam lesung biji mata yang dikenali sebagai soket atau
lesung mata.
7 daripada tulang tengkorak membentuk soket itu. Tulang-tulang ini
melindungkan biji mata (melainkan bahagian depannya)
Bantal lemak yang didapati di belakang biji mata memberi perlindungan yang
selanjutnya.
Setiap biji mata dibekalkan dengan 6 otot jalur yang menggerakkannya.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011

Keseimbangan & pendengaran


Salur separuh bulat yang didapati di bahagian belakang labrin tulang berfungsi
membantu dalam imbangan kedudukan dan keseimbangan.
Ada 3 salur separuh bulat
i.

Salur atas(supra)

ii.

Salur belakang(postika)

iii.

Salur sisi luar(latera)

Ketiga-tiga salur itu bersudut tepat di antara satu sama lain.

Tiap-tiap satu terletak dalam satah sendiri

Gerakan kepala atau pertukaran dalam kedudukan tubuh menggerakkan


bendalir limfatika dalam di salur separuh bulat dan vestibula.
Bendalir limfatika dalam bergerak - merangsangkan sel-sel saraf khas mengalir
ke saraf vestibula vestibula keluar dari salur separuh bulat dan bersatu dengan

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011


saraf koklia membentuk saraf otak ke-8(saraf oditori) bahagian vestibula dari
saraf ke-8 menjalar ke serebelum bahagian koklia menjalar ke copeng
temporalis serebrum.
Perasaan pening dan loya pada masa belayar adalah disebabkan oleh gangguan
yang terdapat di bendalir limfatika dalam dan di salur separuh bulat.
Imbangan letakan tubuh dan keseimbangan juga bergantung kepada rangsang
deria yang dialirkan ke serebelum dari otot dan sendi.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011

8.0 RUJUKAN
Laman Web
http://www.scribd.com/doc/18279535/Sistem-saraf-autonomik
Dilayari pada 10/04/2011.
http://www.slideshare.net/irwanto/sistem-sara1-f-presentation
Dilayari pada 10/04/2011/.
http://zaireey-myeasyhits4u.blogspot.com/2011/03/sistem-saraf.html
Dilayari pada 10/04/2011.
http://sidiqweb.wordpress.com/2010/06/22/sistem-saraf-otonom/
Dilayari pada 10/04/2011.
http://biologigonz.blogspot.com/2009/11/sistem-syaraf-tepi_15.html
Dilayari pada 10/04/2011.
http://www.scribd.com/doc/18279406/Sistem-Saraf-Autonomik
Dilayari pada 10/04/2011.

ANATOMI DAN FISIOLOGI (PJM3106) 2011

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai