Anda di halaman 1dari 15

Kaitan Menyangga dengan Anatomi dan fisiologi:

5.1 Definisi dan konsep:


Menyangga ialah kemahiran mengawal bola yang diterima. Kemahiran ini jugabertujuan
untuk menaikkan atau melambungkan bola ke udara.

Kemahiran menyangga penting agar anda dapat menguasai cara menghantar bola ke pihak
lawan. Hantaran bawah tangan juga dikenali sebagai hantaran menyangga atau dig. Hantaran ini
dilakukan pada aras bawahtangan yang menggunakan dua belah tangan (atwo-handed underhand
pass) dan merupakan jenis hantaran yang lazim digunakan dalam permainan bola tampar. Ia
digunakan untuk menerima servis dan serangan-serangan daripada pihak lawan. Kemahiran
menyangga juga digunakan apabila bola berada terlalu dekat dengan lantai dan pemain tidak sempat
mengambil posisi yang baik untuk menggunakan hantaran atas kepala.
Kemahiran dig juga digunakan sebagai teknik menahan, terutamanya untuk menyelamatkan
hantaran dan juga mengawal semula bola. Contohnya, apabilapihak lawan merejam bola atau bola
dimainkan ke satu posisi yang tidak membolehkan penerima menggunakan hantaran atas kepala
maka penerima hantaran akan menggunakan dig untuk menyelamatkan pukulan tersebut.
5.2 Cara-cara menyangga

a.) Posisi/Kedudukan Tangan

b.) Posisi bersedia

Kaki dijarakkan dengan jarak seluas bahu.

Satu kaki berada di hadapan dan satu kaki lagi di belakang.

Lutut dibengkokkan sedikit.

Tubuh badan berada dalam keadaan tegak.

Lengan diluruskan.

Siku-siku memutar ke arah satu sama lain, dirapatkan ke badan dan terkunci (lock
elbow).

Letakkan bahagian belakang sebelah tangan di atas tapak tangan sebelah tangan
yang lain.

Kedua-dua ibu jari bertindih di atas satu sama lain di atas tapak tangan.

Pergelangan tangan terkunci ke bawah.

Kedua-dua lengan selari dengan paha.

Meletakkan berat badan pada bebola kaki tetapi masih dalam posisi yang
seimbang.

c.) Pergerakan

Bergerak ke arah bola.

Melangkah ke arah bola dengan lengan dan tangan di hulurkan.

Melangkah dengan kaki yang paling hampir dengan sasaran.

Melangkah ke sasaran dan menghulurkan lengan untuk menyambut bola lambung


yang lambat.

Menarik sedikit atau mengendurkan lengan untuk bola yang laju.

Melangkah ke sasaran dengan lutut, punggung dan bahu menuju ke arah bola yang
hendak dihantar.

d.) Sentuhan

Sentuh bola di hadapan badan dan di antara lutut.


Sentuh bola dengan bahagian lengan iaitu dua hingga enam inci ke atas dari
pergelangan tangan.
Mata sentiasa memandang bola sepanjang masa penghantaran di buat.

5.3 Teknik-teknik menyangga (dig)


Pastikan kedua-dua ibu jari adalah selari.
Jari-jari hendaklah dilipat dan dirapatkan antara satu sama yang lain.
Kedua-dua siku dikunci dengan lengan dan pergelangan tangan diluruskan ke
hadapan.
Kaki dijarakkan dengan sebelah kaki diletakkan di hadapan dan lutut
dibengkokkan untuk menerima hantaran.
Letakkan kaki luar ke hadapan dan pusing badan untuk menghadap sasaran
sebelum bermain bola.
Tolak bola ke atas dengan pergerakan bahu yang minimum.

Elakkan daripada menghayun lengan untuk menampar bola.

Pastikan tapak pemukul (platform) adalah stabil.

Kendurkan bahagian atas tubuh.

Hantar bola tinggi agar pukulan bola yang seterusnya dapat disambut dengan
baik oleh ahli pasukan yang lain.
5.4 Variasi Menyangga

Rajah 5: Pemukul menyambut bola denganmenggunakan lengan pada waktu


sentuhan

Rajah 6: Lengan untuk menyambut hantaran boladan pukulan dig menggunakan


sebelah tangan

Rajah 7: Jatuhan dibuat semasa mengambil ataumenyelamatkan hantaran bola

Rajah 8: Jatuhan junam dan jatuhan dengan tapakterbuka dibuat untuk menghalang
bola daripadamenyentuh lantai
5.5 Jenis Kucupan dalam pergerakanmenyangga
Jenis pengucupan dalam kemahiran menyangga adalah pengucupan
isotonik. Pengucupan isotonik adalah pengucupan fiber otot yang menghasilkan
daya yang tetap di sepanjang julat pergerakan. Penguncupan isotonik menyebabkan
perubahan pada panjang otot dan berlakunya pergerakan. Penguncupan isotonik
terbahagi kepada dua iaitu penguncupan konsentrik dan penguncupan esentrik.
Pemanjangan otot berlaku ketika penguncupan otot esentrik. Penguncupan
konsentrik pula melibatkan pemendekan fiber otot.
Dalam kemahiran menyangga, pergerakan terbahagi kepada dua bahagian,
iaitu keadaan bersedia dan keadaan menyangga. Dalam keadaan bersedia,
pengucupan konsentrik berlaku di otot biseps dan hamstrings manakala dalam
pengucupan esentrik berlaku di otot triseps dan kuadriseps. Dalam keadaan
menyangga, pengucupan kosentrik berlaku di otot triseps dan kuadriseps. Dalam
keadaan menyangga, pengucupan esentrik berlaku di otot biseps dan hamstrings.
5.6 Rumusan

Sehubungan dengan penerangan pergerakan menyangga bola tampar di


atas, yakni betapa pentingnya untuk kita mengetahui aspek anatomi dan fisiologi.
Maka, dengan aplikasi pengetahuan anatomi dan fisiologi, keselamatan semasa
membuat pergerakan ini adalah terjaga.
Aspek Keselamatan Dalam Kemahiran Menyangga
9.1 Pengenalan:
Kecederaan boleh berlaku dalam apa jua permainan tidak terkecuali
permainan bola tampar. Langkah-langkah dan tindakan pencegahan diperlukan
untuk mengurangkan risiko kecederaan. Jurulatih dan para pemain juga harus tahu
cara untuk merawati kecederaan yang berlaku.
9.2 Jenis-jenis kecederaan
1. Luka yang berlaku akibat terjatuh ke atas permukaan keras, berlanggar dengan
pemain lain atau tiang jarring. Bahagian lutut, siku dan kepala merupakan tempat
yang biasa terluka dalam permainan bola tampar.
2. Ketegangan dan terseliuh juga kecederaan yang biasa berlaku kepada pemain bola
tampar kerana otot, ligamen dan tendon mudah tergeliat ketika melakukan
pergerakan. Selalunya otot depan dan tendon belakang lutut
(quadricepsdan hamstrings) tergeliat apabila melakukan pergerakan mengejut.
Sendi pada kaki mudah terseleliuh apabila ligamen di sekelilingnya mengalami
tekanan berlebihan, contohnya apabila tergelincir atau menukar arah pergerakan
dengan cepat.
3. Bengkak. Terdapatnya lebam-lebam merah atau biru-hitam yang disebabkan oleh
terjatuh, terlanggar pemain lain atau pun tiang jaring ketika
melakukan spiking atau blocking.
4. Pengsan atau tidak sedarkan diri disebabkan oleh terlanggar dengan pemain lain
ataupun tiang jaring.
5. Kecederaan (Biasanya disebabkan oleh pelanggaran antara pemain-pemain.)

mulut, bibir, gusi dan gigi

mata
9.3 Pencegahan kecederaan
Langkah pencegahan adalah amat penting bagi mengurangkan atau
mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan. Jurulatih harus memastikan setiap
teknik dalam permainan diajar pada langkah yang betul dan tepat. Pakaian,
peralatan yang digunakan dan persediaan yang cukup juga harus dalam keadaan
baik dan sesuai demi pencegahan kecederaan. Terdapat lima langkah mengatasi
kecederaan.

1. Meguasai teknik yang betul

Biasanya pemain berkemahiran tinggi jarang mengalami kecederaan kerana mereka


dilindungi oleh kemahiran mereka. Oleh itu, adalah penting bagi pemain menguasai
teknik permainan yang betul.
2. Menguasai komponen-komponen kecergasan spesifik
Pemain harus menguasai teknik kecergasan spesifik. Latihan yang dijalankan
adalah untuk mengajar dan melatih pemain dalam mengelakkan kecederaan dan
bukan untuk memantapkan mutu permainan semata-mata. Pemaian yang cergas
biasanya jarang ditimpa kecederaan. Hal ini kerana
(a) Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanya tindak balas untuk mengelakkan
diri daripada bahaya tersebut adalah tinggi.
(b) Jatuh dengan kendur (relax way) sekaligus dapat meminimumkan kecederaan.
(c) Memiliki fleksibiti yang tinggi. Ini dapat membantu mengurangkan hentakan ketika
jatuh.
3. Menggunakan kemudahan dan pakaian yang sesuai
Jersi, seluar pendek dan kasut yang digunakan harus sesuai dengan permaianan.
Elakkan mennggunakan pakaian kurang sesuai yang boleh mendatangkan
kecederaan kepada anggota badan. Alat pelindung seperti pelindung siku dan lutut
boleh digunakan untuk melindungi kecederaan siku dan lutut apabila terjatuh.
4. Peraturan dan penguatkuasaan undang-undang
Peraturan diwujudkan untuk menjadikan permaianan menjadi lebih seronok. Pemain
harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan agar kecederaan dapat dielakkan.
Peraturan permainan harus dikuatkuasakan dengan tegas.
5. Persediaan lengkap untuk latihan dan pertandingan
Jenis aktiviti yang dijalankan juga penting, sebelum pertandingan, elakkan latihan
yang terlalu keras yang menyebabkan pemain lesu ketika permainan. Ini kerana
focus utama pemain adalan pertandingan. Jika mereka kurang fit mereka akan
mengalami kecederaan ketika pertandingan.
9.4 Klasifikasi kecederaan mengikut paras ketenatan
Kecederaan boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan mengikut ketenatannya
seperti berikut:
i. Otot-otot, tendon dan ligamen pecah, tulang patah dan sendi-sendi terkehel.
ii. Tisu-tisu terganggu menyebabkan rasa tegang, terseliuh, tergeliat separa dalam otot
iii. Kerosakan minimum dengan tidak ada gangguan teruk pada otot, tendon dan
ligamen. Hanya kerosakan kepada saluran kecil darah yang menyebabkan lebam
(haematoma).

9.5 Rawatan Kecederaan

Tujuan utama rawatan adalah untuk mengurangkan kecederaan yang


berlaku,melegakan kesakitan dan menggalakkan kesembuhan. Tugas ini terletak di
bahu pegawai fisioterapi atau paramedik dalam sesebuah pasukan. Namun, sebagai
jurulatih, mereka juga harus tahu serba sedikit untuk member pertolongan cemas
kepada pemain.
Seorang atlet yang tercedera tidak harus digerakkan sehingga dikenalpasti
pergerakan tersebut tidak akan menanbahkan lagi keceraan pemain tersebut
terutama kecederaan dalaman pemain. Pembantu pertolongan cemas boleh
merawat segera kecederaan seperti luka, terseliuh, kejang dan rasa tegang. Apabila
kecederaan tisu lembut berlaku, salurah darah yang kecil tergeliat dan darah keluar
menyebabkan lebam dan bengkak. Tindakan cepat harus diambil untuk
menghentikan pendarahan dan mengurangkan bengkak melalui kaedah RICE.
R- rest (rehat)
I- ice (ais)
C- compression (pemampatan)
E- elevation (penaikan)
Rehat untuk 24 jam dalah untuk mengawal pendarahan lanjutan yang mungkin
berlaku. Ais diletakkan di tempat yang tercedera selama 20 minit setiap 2 jam pada
24 jam yang pertama. Ini akan melegakan kesakitan, bengkak dan pendarahan yang
berlanjutan. Ais dibalut dengan menggunakan tuala basah. Ais tidak boleh
bersentuhan dengan kulit secara terus.
Pemampatan kecederaan dengan menggunakan pembalut krep akan menahan
darah keluar dan mengurangkan bengkak. Tetapi, balutan tidak boleh terlampau
ketat kerana ianya kan menghalang pengaliran darah.
Penaikan menolong mengurangkan bengkak dan menahan kehilangan darah.
Anggota badan yang cedera perlu diangkat melebihi paras jantung dalam masa 24
jam.
Luka dalam (deep) di bibir, kening, kulit kepala mungkin memerlukan jahitan.
Tekanan teguh (firm pressure) dengan pad kapas di atas luka biasanya akan
menahan pendarahan. Pesakit harus dihantar ke hospital segera untuk dijahit bagi
mengelakkan jangkitan kuman.
9.6 Rawatan pemulihan
Kecederaan kumpulan 1
Kecederaan teruk seperti fraktur tulang dan sendi terkehel memerlukan minimum
masa 6 minggu untuk menjadi lumpuh sebelum pemulihan dijalankan. Kecedaraan
seperti ini memerlukan rawatan rapi.
Kecederaan kumpulan 2
1. Ligamen atau sendi (bila rawatan RICE diberikan), gerakkan anggota yang cedera
untuk meregangkan sebarang tisu parut yang terbentuk supaya kembali ke
perjajaran autonomi yang betul.

2. Otot-otot tendon- selepas 24 jam (bila rawatan RICE diberikan), dengan lembut,
regangkan otot-otot cedera selama 10 minit setiap pagi dan malam dan seminit
setipa jam. Tujuannya untuk mencegah pengecutan tisu-tisu oleh pembentukan tisu
parut. Apabila regangan lembut menjadi selesa, lakukan pula regangan lebih aktif
dan kekuatan static boleh dilakukan.
Kecederaan kumpulan 3
Untuk lebam, selepas rawatan RICE pada 24 jam yang pertama, latihan biasa
boleh dijalankan oleh atlet.

9.7 Carta aliran kecederaan dalam sukan

10.0 Kaitan komponen struktur anatomi dan sistem fisiologi.


Melalui kajian kami, kami mendapati sistem otot terdiri daripada organ yang
mengecut dan mengendur untuk menghasilkan gerak alih bagi seluruh bahagian
tubuh. Terdapat 3 jenis otot, iaitu licin, berjalur dan jantung. Otot licin terdapat pada
dinding saluran pencernaan, dinding salur darah dan iris mata, merupakan tindakan
yang tidak terkawal. Tisu otot berjalur pada dasarnya didapati pada semua otot dan
menggerakkan bahagian rangka. Sebahagian besar tindakan tisu berjalur adalah
terkawal. Otot jantung hanya dijumpai pada jantung, tindakannya adalah tidak
terkawal, automatik dan berentak.
Selain itu, kami telah mengkaji pergerakan menyangga bola tampar dari 7
aspek iaitu dari bahagian depan tubuh, bahu, lengan, belakang tubuh, paha, kaki
dan jantung.
Pada bahagian depan tubuh, ia melibatkan otot pektoralis major, rektus
abdominis dan eksterna oblikus. Pektoralis major merupakan otot besar di hadapan
dada, lengan atas akan dibengkokkan ke hadapan dada semasa melakukan

manyangga. Rektus abdominis pula berada di bawah otot pektoralis major. Semasa
kita melakukan teknik menyangga, badan kami akan dibengkokkan dan ia
melibatkan otot rektus abdominis.
Bagi bahagian bahu pula, ia melibatkan otot deltoid. Otot deltoid terletak di atas
bahu, semasa melakukan menyangga, lengan kita akan diangkat ke arah luar dari
sisi badan. Di samping itu, otot deltoid juga akan mengecut semasa lengan diangkat.
Aspek ketiga merupakan bahagian lengan. Ia melibatkan otot biseps
brakialis, triseps brakii, karpi ulnaris, ekstensor karpiradial dan fleksor karpiradial.
Semasa melakukan menyangga, lengan bawah perlu diangkat separa. Ini
menyebabkan otot triseps mengendur dan otot biseps mengecut. Diikuti dengan
lengan bawah diangkat sepenuhnya. Sejajar dengan itu, otot triseps akan
mengendur sepenuhnya dan otot biseps akan mengecut sepenuhnya, Akhirnya,
lengan bawah kembali ke keadaan rehat dan otot triseps dan biseps kembali ke fasa
rehat. Karpi ulnaris adalah otot yang terletak di lengan bawah manusia yang
bertindak untuk melanjutkan pergelangan tangan.Sehubungan itu, pergelangan
tangan akan dilanjutkan semasa kita melakukan teknik menyangga.
Aspek yang seterusnya ialah bahagian belakang tubuh, ia melibatkan otot
trapezius dan otot latisimus dorsi. Otot trapezius merupakan otot segi tiga yang
besar di belakang leher, bahu dan bahagian atas di belakang dada. Ia membantu
dalam gerakan sendi bahu semasa melakukan sanggaan bola tampar. Otot latisimus
dorsi pula berada di belakang dada ke bahagian atas tulang pangkal lengan. Apabila
kita melakukan cantas ping pong, otot ini membantu menurun lengan ke sisi badan
selepas lengan diangkat.
Bagi bahagian paha pula, ia melibatkan otot sartorius, kuadriseps dan
hamstrings. Otot sartouris terletak di bahagian sendi lutut. Apabila berada dalam
posisi persediaan, otot sartouris membantu membengkokkan sendi lutut,
mengangkat dan memutar sendi paha ke luar bagi melakukan pukulan cantas ping
pong. Otot kuadriseps pula terdiri daripada empat otot-otot kecil iaitu rektus femoris,
vastus lateral, vastus medial dan vastus intermedius. Ia juga berperanan untuk
melunjurkan sendi lutut setelah lutut dibengkokkan. Otot hamstrings memainkan
peranan penting dalam kegiatan seharian seperti berjalan, melompat dan
mengendalikan beberapa pergerakan asas dalam permainan ping pong. Ia juga
berperanan sebagai antagonis untuk paha depan dan bermatlamat perlambatan
perpanjangan lutut.
Bahagian yang seterusnya ialah bahagian kaki, ia melibatkan otot
gastoknemius, soleus, tendon akiles, peroneus longus dan anterior tibia. Semasa
melakukan pukulan cantas ping pong, otot gastoknemius dan soleus akan
membengkokkan sendi lutut dan tapak kaki ke bawah. Otot peroneus longus pula
terdiri daripada tiga otot yang menarik tapak kaki ke hala sisi luar.
Teknik menyangga bola tampar juga melibatkan jantung.Jantung merupakan
organ yang penting bagi manusia , sekiranya jantung seseorang manusia tiada

denyutan atau balasan , ia bermakna seseorang itu akan mengalami kematian .


Jantung manusia adalah begitu ghaib , ia menpunyai rentak dunyutan yang tetap ,
tetapi sekiranya kita melakukan sesuatu aktiviti seperti berlari , main bola keranjang ,
main bola ping pong dan sebagainya akan menyebabkan rentak denyutan jantung
kita berubah . Ia akan berdenyut dengan lebih cepat daripada biasa .
Seterusnya mari kita mengkaji cara denyutan jantung berlaku dan fungsi jantung
semasa kita menjalankan aktiviti bermain bola tampar.
Jantung berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan
yang sekata dan berulang-ulang . Dalam jantung terdapatnya atrium dan ventrikel
kanan dari atrium dan ventrikel kiri. Ia memisahkan darah beroksigen dan
terdeoksigen daripada campur. Injap antara atrium dan ventrikel hanya
membenarkan aliran darah secara satu hala dari atrium ke ventrikel.
Ventrikel adalah bahagian jantung yang mengepam darah ke seluruh tubuh
termasuk paru-paru. Dinding ventrikel adalah lebih tebal berbanding atrium dan
pengecutan dinding ventrikel adalah lebih penting bagi memastikan darah mengalir.
Darah terdeoksigen dari tubuh memasuki atrium kanan melalui 2 salur iaitu vena
kava superior(superior vena cava) dan vena kava inferior(inferior vena cava). Darah
kemudian mengalir ke ventrikel kanan. Ventrikel kanan mengepam darah
terdeoksigen ini ke peparu melalui arteri pulmonari. Selepas darah
kehilangan karbon dioksida dan menyerap oksigen dari peparu, ia mengalir melalui
vena pulmonari ke atrium kiri. Dari atrium kiri, darah beroksigen dipam ke ventrikel
kiri. Ventrikel kiri merupakan pam utama yang membekalkan darah melalui aorta ke
seluruh tubuh kecuali peparu.
Bekalan darah yang banyak diperlukan untuk membekalkan nutrien, terutama
oksigen kepada jantung. Darah ini dibekalkan oleh arteri pulmonari kiri dan kanan
yang bercabang keluar dari aorta. Bekalan darah kepada jantung dipanggil kitaran
darah pulmonari.
Ini merupakan proses dan fungsi jantung . Semasa kita menjalankan sesuatu
aktiviti , segala proses jantung akan dipercepatkan dan inilah menyebabkan rentak
denyutan jantung berubah .
Secara kesimpulannya, otot bukan sahaja digunakan bagi menghasilkan
pergerakan tetapi otot juga berfungsi untukmenstabilkan sendi dan menghasilkan
haba.

11.2Lokasi dan lekatan otot-otot dalam pergerakan menyangga


Otot

Lokasi

Lekatan
proksimal

Lekatan distal

Leher

Bahu/Lenga
n

Paha

Sternokleidomastoid Leher

Sternum dan Temporal(proses


klavikel
mastoid)

Deltoid

Bahu

Trapezius,
klavikel dan
skapula

Humerus

Biseps braki

Anterior
lengan

Skapula

Radius

Triseps braki

Posterior
lengan

Skapula dan
humerus

Ulna

Sartorius

Anterior
paha

Ilium

Patela

- Ilium

-Patela

- Femur

-Patela

-Femur

-Patela

-Femur

-Patela

Kuadriseps

- anterior
paha

-rektus femoris
-vastus lateral

- lateral
paha
- medial
paha

-vastus medial
-vadus intermedius
-

intermediu
s paha

Hamstrings

- posterior

-Femur

-Fibula dan

-biseps femoris

paha

-Femur

tibia

-semitendinosus

- posterior

-Femur

-Tibia

-semimembranosus

paha

-Tibia

- posterior
paha

Kaki

Gastroknemius

Betis

Femur

Kalkaneus

Soleus

Betis

Fibula dan
tibia

Kalkaneus

Jadual 2: lokasi dan lekatan otot-otot dalam pergerakan menyangga

12.1 Satah Pergerakan

Jenis satah yang telah digunakan dalam pergerakan menyangga bola


tampar ialah jenis satah frontal. Apabila menyangga bola, bahagian siku
hingga bahagian tapak tangan berada pada satah frontal. Manakala bahagian
axis terletak pada bahagian siku apabila menyangga bola dalam keadaan lurus
dari bahagian belakang ke hadapan. Tangan diluruskan dan ditolak ke
hadapan apabila menyangga bola tampar.
12.2 Aksi Pergerakan

Aksi pergerakan yang digunakan dalam pergerakan menyangga bola


tampar ialah aksi ekstensi-hyperekstensi-fleksi.Aksi gerakan ekstensihyperekstensi-fleksi terlibat dalam pergerakan menyangga bola tampar kerana
terdapat gerakan anggota badan dari hadapan ke belakang dan ke hadapan
secara berulangan semasa melakukan pergerakan menyangga bola tampar.
Contohnya semasa meluruskan tangan ke hadapan dan badan dibengkokkan
sedikit semasa melakukan pergerakan menyangga bola tampar.
13.0 Kesimpulan:
Kemahiran menyangga dalam permainan bola tampar ialah kemahiran
mengawal bola yang diterima. Kemahiran ini juga bertujuan untuk menaikkan
atau melambungkan bola ke udara.
Kemahiran menyangga ini melibatkan otot-otot seperti triseps braki,
sternokledomastoid, biseps femoris, semimembranus dan sebagainya. Sendisendi yang terlibat semasa melakukan kemahiran menyangga ini juga
termasuklah sendi paksi, sendi engsel, sendi lesung, sendi gelongsor, sendi

pelana,dan sendi kondil. Bagi tulang-tulang yang terlibat pula termasuk ulna,
scapula, humerus, patella, tibia dan sebagainya.
Aspek keselamatan semasa melakukan kemahiran menyangga harus
dititikberatkan. Jenis kecederaan yang biasa berlaku ialah ketegangan dan
terseliuh. Selalunya, ligamen dan tendon pada tangan atau kaki mudah
tergeliat ketika melakukan pergerakan menyangga. Sendi pada kaki pula
mudah terseleliuh apabila ligamen di sekelilingnya mengalami tekanan
berlebihan contohnya apabila tergelincir atau menukar arah pergerakan
dengan cepat. Oleh itu, aspek keselamatan adalah sangat penting bagi
melindungi otot-otot,tulang-tulang dan sendi-sendi pada badan kita.
Walau bagaimanapun, permainan ini lebih sesuai untuk pemuda dan
bukannya untuk orang tua. Hal ini disebabkan permainan ini melibatkan
penggunaan sendi dan otot yang banyak dan kecederaan sendi-sendi mudah
berlaku.
Kesimpulannya, kemahiran menyangga merupakan satu kemahiran
yang melibatkan otot-otot, tulang-tulang dan sendi-sendi pada badan.

14.0 Rujukan
Pusat Perkembangan Kurikulum (2004). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 5.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pusat Perkembangan Kurikulum (2002). Buku Sumber Sains Sukan Tingkatan 4.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
sivanesan bala. (22 January 2010).Anotomi & Fisiologi .Dilayari pada 12
April 2010, darihttp://www.scribd.com/doc/25575108/Anotomi-Fisiologi
__________. (4 April 2010).Rangka manusia. Dilayari pada 12 April 2010,
darihttp://ms.wikipedia.org/wiki/Rangka_manusia
Han. (12 August 2009). Sistem Otot. Dilayari pada
dari http://xfitnessworld.com/blog/bina-badan/sistem-otot/

12

April 2010,

wongyk1512888. (13 December 2009). Sistem Otot.Dilayari pada 12 April 2010,


darihttp://www.scribd.com/doc/24025827/sistem-otot
Herfen Suryati. (23 Oktober 2008).Sistem rangka manusia. Dilayari pada 12
April 2010,
darihttp://prestasiherfen.blogspot.com/2008/10/sistem-rangkamanusia.html

Anda mungkin juga menyukai