Anda di halaman 1dari 14

PENDAHULUAN

Akidah Islam adalah tonggak utama yang mendasari kelangsungan


ummah. Maju dan membangunnya sesuatu umat bergantung rapat
kepada ketulenan akidah dan kesejahteraan pemikirannya. Wahyu Allah
telah dipesongkan oleh bermacam-macam fahaman dewasa ini dan
sebahagiannya telah menjadi agama besar di dunia ini. fenomena ini
menjadikan masyarakat Islam terdedah kepada bahaya ancaman fahaman
dan kepercayaan tersebut. Kesesatan tersebut juga bermaharajalela
kerana faktor suka mengikut hawa nafsu yang akan merosakkan manusia.
Oleh kerana itu, pembacaan dan penelitian yang mendalam mampu untuk
menyekat

pengaruh

ini

daripada

terus

menular

ke dalam akidah

masyarakat muslim, lalu meruntuhkan institusi diri, keluarga, masyarakat


dan seterusnya negara mahupun dunia.
Mazhab Syiah
a)

Mazhab Syiah adalah suatu firqah aqkidah di dunia Islam yang

berbeza dengan pegangan ahli sunnah waljamaah dan muncul sesudah


zaman khalifah Ali bin abi talib, walaupun pada permulaannya bentuk dan
pelaksanaan kurang jelas seperti yang ada pada hari ini.
Perkembangan mazhab syiah merakamkan bahawa golongan syiah tersiri
dari penyokong khalifah ali dalam sengketa mereka dengan Muawiyah.
Oleh kerana mereka menyokong penuh ali bin abi talib dalam konflik
politiknya itu mereka dikenal dengan panggilan syiah Ali atau puak Ali.
Lama kelamaan mereka dikenal sebagai kumpulan syiah sahaja.
Konflik itu dipercayai bermula sejak khalifah ketiga, sayidina uthman bin
affan wafat sebagai mangsa pembunuhan politik oleh pihak pemberontak
dan apabila sayidina ali menjadi khalifah keempat, tetap kemudian beliau
sendiri dibunuh oleh kelompok Khawarij.
Nasib golongan syiah Ali menjadi lebih buruk apabila sayidina hussein
bin ali yang dilantik oleh orang hijaz sebagai khalifah mereka syahid dalam
pentempuran kecil dengan tentera khalifah bani umaiyah di karbala, iraq.
Mereka terpaksa bergerak di bawah tanah dan selama beberapa dekad

menjadi orang pelarian dan buruan oleh penguasa dinasti Umaiyah. Dalam
usaha mereka untuk menyelamatkan diri daripada hukuman pihak
berkuasa beberapa fatwa dan konsep ganjil dicipta oleh para pemimpin
dan ulama mereka seperti konsep at-taqiyah yang menghalalkan mereka
berdusta atau berpura-pura kepada musuh.
Beberapa fatwa lagi dicipta hingga beransur-ansur fatwa politik itu
berubah menjadi kepercayaan sehingga akhirnya menjejaskan aqidah
mereka yang asal. Semenjak itu mucullah berbagai-bagai dakwaan
termasuk

dakwaan

jawatan

khalifah

telah

diwariskan

oleh

nabi

muhammad kepada keluarganya sahaja, iaitu di sebelah menantunya ali


bin abi talib. Bagi menguatkan dakwaan seperti itu muncul berbagai-bagai
hadis yang lebih ganjil di antaranya riwayat yang menegaskan bahawa
Rasulullah telah melantik sayidina ali sebagai khalifahnya yang pertama
ketika baginda masih hidup.
Sementara perjuangan menentang dinasti bani umaiyah berjalan terus
secara beransur konflik politik itu dibawa oleh para pemimpin syiah ali
hingga menjadi mazhab aqidah. Perkembangan seterusnya akhirnya
menjadikan aliran syiah berbeza dengan pegangan majoriti umat islam
yang berpegang teguh pada mazhab ahli sunnah waljamaah.
Perubahan besar ini juga bertujuan untuk menjayakan gerakan politik
mereka, iaitu merebut kembali hak dinasti ali sebagai waris jawatan
khalifah yang pertama dan seterusnya untuk keturunannya sahaja. Oleh
sebab itu, sebahagian besar fatwa baru kaum syiah ini berkisar pada soal
kepimpinan atau dipanggil imamah dan oleh itu, jawatan khalifah tidak
mungkin

direbut

kembali.

Istilah

khalifah

akhirnya

diganti

dengan

imamah.
Terdapat titik Persamaan dan perbezaan si antara aqidah syiah dan ahli
sunnah waljamaah yang mana pada asalnya ahli syiah ini merupakan
pegangan akidah ahli sunnah waljamaah namun disebabkan kuasa politik,
mereka mewujudkan mazhab aqidah syiah.

Konsep imam, di mana kaum syiah melantik khalifah mereka sendiri tetapi
mengubah panggilannya kepada Imam berbeza dengan ahli sunnah
waljamaah yang menjalankan sistem syura di antara sahabat nabi untuk
melantik jawatan khalifah. Golongan syiah yang fanatik menyamakan taraf
imam mereka dengan taraf nabi, maka para imam mereka didakwa
bersifat maksum atau suci dari dosa. Ini merupakan suatu perbezaan
yang ketara berbanding ahli sunnah waljamaah kerana khalifah yang
dilantik tidak setaraf dengan nabi oleh sebab nabi dan rasul itu dilantik
oleh Allah berbanding khalifah yang dilantik oleh perbincangan sahabat
nabi yang menitik beratkan kepada al-Quran dan sunnah nabi. Begitu juga
dengan dakwaan imam mereka maksum, ini berbeza dengan khalifah.
Maksum itu hanyalah terletak kepada nabi dan rasul sahaja.
Fahaman syiah ini berlawanan dengan konsep ahli sunnah waljamaah
tentang kedudukan nabi yang dilantik oleh Allah dan tidak ada lagi nabi
atau

sesiapa

yang

setaraf

dengannya

sesudah

kewafatan

nabi

muhammad.
Kaum syiah melantik 12 orang imam mereka iaitu, ali bin abi talib, hassan
dan hussin bin ali. Ali zainal abidin, muhammad al baqir, jaafar sadiq,
musa al kazim, muhammad hassan bin al askari dan muhammad bin
hassan al mahadi.
Sebahagian besar kaum syiah mempercayai muhammad bin hassan al
mahadi telah lenyap dan akan muncul kembali pada suatu masa nanti
sebagai imam mahadi. Konsep imam mahadi ada juga dalam mazhab ahli
sunnah tetapi menurut beberapa buah hadis, namanya sama seperti nama
nabi muhammad sendiri iaitu muhammad bin abdullah, bukannya
muhammad bin hassan.
Bagi pengikut ahli sunnah, sayidina ali memang patut dihormati, tetapi
sayidina ali tidak ada kaitan dengan kepercayaan kaum syiah kerana
beliau dilantik sebagai imam sesudah beliau wafat.
Di samping itu, kaum syiah juga mempunyai berbagai-bagai kepercayaan
tentang imam yang lenyap. Mereka mereka percaya akan muncul

kembali pada akhir zaman sebagai imam al mahadi. Kaum syiah berpecah
kepada 12 firqah. Firqah ini merupakan suatu fahaman atau kepercayaan.
Firqah syiah 12 yang merupakan percaya imam mereka yang ke-12,
muhammad bin hassan akan muncul sebagai imam mahadi. Ada pula
firqah yang percaya imam mereka yang ke lima, muhammad al baqir atau
yang ke tujuh, musa al kazim sebagai bakal imam mahadi.
Bahkan ada firqah yang lebih ekstrem dengan kepercayaan bahawa imam
pertama mereka, sayidina ali tidak wafat tetapi di angkat oleh Allah ke
langit seperti nabi isa. Kepercayaan tentang imam yang lenyap itu
terdapat dalam iktikad ahli sunnah waljamaah, apalagi tentang martabat
sayidina ali yang disamakan dengan martabat nabi isa. Ulama ahli sunnah
tidak menolak sama sekali konsep imam al mahadi tetapi tidak begitu
ditekankan atau diletakkan sebagai kepercayaan utama seperti sikap
sebahagian besar kaum syiah.
Selain daripada itu, terdapat juga firqah kaum syiah yang mendakwa
bahawa al-Quran yang sah hanyalah versi yang dipanggil mashaf ali
berbeza dengan kepercayaan ahli sunnah bahawa al-Quran yang sah ialah
versi al-Quran yang dipanggil mashaf uthman. Seperti yang diketahui
bahawa usaha mengumpul ayat-ayat suci al-Quran adalah dari berbagaibagai catatan yang berpisah-pisah telah dimulakan dengan inisiatif
khalifah abu bakar atas nasihat sayidina uthman dan diteruskan lagi pada
zaman khalifah umara l khattab dab akhirnya disempurnakan oleh khalifah
uthman din affan.
Seluruh sahabat pada ketika khalifah uthman telah sepakat menyatakan
bahawa al-Quran yang lengkap isi dan susunannya pada zaman khalifah
uthman adalah yang sah dan paling sempurna. Sebab itulah al-Quran yang
ada ketika ini dipanggil al-Quran mashaf Uthmani. Oleh itu, kewujudan
al-Quran mashaf ali di tangan golongan syiah adalah mencurigakan, pada
hal sesudah naskah mashaf uthman diperakui sah oleh para ulama
khalifah uthman dan mana mungkin ijtimak ulama yang minoriti mampu
untuk membatalkan ijtima ulama majoriti. Oleh itu, mashaf yang sebelum
ini telah diperintahkan oleh khalifah uthman untuk dibakar dan mashaf

uthmani ini telah disebarkan kepada seluruh umat Islam pada masa itu
supaya

salinan

al-Quran

dalam

bentuk

lain

dibinasakan

untuk

mengelakkan kekeliruan atau di salah guna.


Ternyata bahawa sikap ekstrem dan fanatik yang melampau ini terhadap
sayidina ali telah mendorong kaum syiah menolak al-Quran mashaf
uthmani dan sebaliknya masih memperakui al-Quran mashaf ali sahaja.
Dalam kitab tarikh al-Quran karangan Ibrahim al abyari dijelaskan
bahawa mashaf ali, atau catatan ayat-ayat al-Quran yang dikumpulkan
oleh sayidina ali memang pada mulanya wujud tetapi terdapat beberapa
lembar dari mashaf itu yang hilang, hal ini membuktikan bahawa salinan
mashaf ali adalah kumpulan yang tidak lengkap. Kerana itulah sayidina ali
sendiri beliau tetap berpegang pada al-Quran mashaf uthmani kerana
kandungannya sudah lengkap pada zaman khalifah uthman. Menurut
syarif syiah, seorang tokoh besar kaum syiah bahawa al-Quran mashaf ali
ini tidak termasuk 20 surah sesudah surah al-insyirah.
Perbezaan perakuan terhadap al-Quran sebagai sumber syariat Allah
melibatkan soal pokok dan prinsip. Maka ulama ahli sunnah memandang
berat dan serius terhadap sesiapa yang tidak mengakui mashaf uthmani
sebagai al-Quran tambahan pula jika tidak terus menerima al-Quran
mashaf Uthmani.
Di samping itu, kaum syiah menolak hadis-hadis yang diriwayatkan oleh
tiga para sahabat besar, Abu Bakar, umar dan uthman. Mereka hanya
menerima hadis-hadis riwayat ali bin abi talib dan anggota keluarganya
sahaja. Maka kaum syiah ini tidak mengakui kesahihan hadis-hadis yang
dikumpul oleh selain dari imam hadis mereka sendiri.
Sebaliknya ahli sunnah mengakui hadis-hadis riwayat imam-imam bukhari,
muslim, ibnu majah, an nasai, abu daud, imam tirmizi dan yang lain yang
mana mereka ini merupakan majoriti imam yang diterima oleh ulamaulama yang lain berbanding kaum syiah yang hanya menerima hadis dari
kumpulan ulama mereka sendiri seperti al kulini (muhammd bin yakob
al kulini).

Oleh itu, prinsip hukum syarak dalam ilmu fikah oleh kaum syiah dalam
beberapa aspek berlainan dengan pegangan ahli sunnah waljamaah.
Sebagai contoh, bahawa sebahagian kaum syiah membawa sekeping
tanah yang sudah dipadatkan dan meletakkannya ditempat sujud untuk
disentuh oleh dahi mereka ketika sujud, seolah-olah sujud dengan
meletakkan dahi di atas tikar atau sejadah adalah tidak sah menurut
ijtihad mereka di samping terdapat firqah kaum syiah yang mengorek
lubang di mihrab masjid mereka seupaya imam solat berdiri di bawah
paras bumi dan lebih rendah dari para jamaah di belakangnya. Amalan
ganjil ini tentulah ada kaitan dengan kepercayaan mereka yang berbeza
dengan pegangan ahli sunnah waljamaah.
Malahan pula, kaum syiah ini turut mengamalkan konsep taqqiyah iaitu
mengizinkan syiah berpura-pura atau menyembunyikan fahaman atau
pegangan mereka di mana pendedahannya boleh memberi kesan buruk
kepada

diri

mereka

sendiri.

Dalam

pengertian

lain,

konsep

ini

menghalakkan kaum syiah berdusta untuk merahsiakan identiti mereka


apabila perlu. konsep ini sama seperti menghalalkan kaum syiah untuk
berdusta dan berpura-pura walaupun terhadap sesama Islam. Sikap purapura dan berdusta dalam urusan agama merupakan sikap orang munafik.

Isu penyelewengan dalam akidah


b)

Perkara yang paling bernilai dalam kehidupan insan ialah memiliki

akidah dan kepercayaan yang benar mengikut akidah ahli sunnah


waljamaah. Akidah adalah penentu kepada diterimanya ibadah. Hujjatul
Islam, al Imam Ghazzali mengatakan, Ibadah tidak diterima melainkan
setelah mengenal Tuhan yang diibadahkan. Oleh itu, kerana mahalnya
akidah ini, setiap orang yang beriman mesti menjaga dan memeliharanya
daripada pelbagai unsur kekufuran dan kesyirikan.
Namun demikian terdapat beberapa pihak yang cuba untuk mencabuli dan
memainkan isu akidah ini sehingga memberi kesan yang buruk kepada
sebahagian individu yang bergelar muslim lantas menggoyahkan akidah

dan menjerumuskan mereka ke dalam lembah kesesatan. Negara kita di


gemparkan dengan isu COMANGGO iaitu tuntutan hak amalan yang
sejagat gabungan daripada beberapa NGO lantas mewujudkan NGO yang
menggelarkan mereka COMANGO. Antara isu yang mereka mainkan
adalah berkaitan dengan hak amalan LGBTIQ iaitu lesbian, gay, biseksual,
transeksual dan penambahan huruf I dan Q menunjukkan amalan seks
songsang termasuk dalam perkara-perkara yang pelik hatta boleh
dilakukan dengan haiwan. Ini merupakan suatu perkara yang tidak dapat
diterima akal dan fikiran seorang manusia yang normal.
Malahan pula, tuntutan yang dikemukakan oleh COMANGO ini mengatakan
Malaysia tidak mahu mengiktiraf hak SOGI yang bermaksud orientasi
seksual dan identiti jantina. Demikianlah halusnya jarum yang digunakan
dalam tuntutan COMANGO itu. Tambahan pula, mereka turut mendesak
dan menekan supaya Malaysia menggugurkan jenayah kod penal S377A
berhubung amalan seks liwat. Pihak COMANGO mahu jenayah liwat
dihalalkan dan menuntut supaya malaysia meminda semua undangundang agar selaras dengan prinsip-psinsip negara lain seperti jogjakarta
yang membenarkan perkara sedemikian dijalankan di negara mereka.
Bukan itu sahaja, suara rakyat malaysia sebelum ini menyatakan hasrat
untuk menubuhkan sebuah pertubuhan yang menggalakkan budaya LGBT
pink triangle merujuk kepada budaya seks songsang dan seksualiti
merdeka yang juga merupakan sebuah badan yang memperjuangkan
budaya seks songsang dengan menganjurkan festival seks bebas dan
mempromosikan seks songsang. Adakah kita mahu perkara sedemikian
berlaku di negara kita lantas menggoyahkan akidah kita sebagai seorang
Muslim. Adakah Sanggup kita melihat generasi akan datang hidup di
dalam kesesatan dan kejahilan malah kemungkaran jika tidak dibendung
oleh kita pada generasi hari ini. salah siapakah semua ini?
Oleh itu, jika perkara sedemikian berlaku maka perkara pertama yang
perlu diambil kira adalah akidah yang merupakan akar diri seseorang
muslim tersebut. Sudah semestinya jika permohonan pihak terbabit
diiktiraf oleh pihak Malaysia, isu iman dan akidah ini merupakan perkara

utama yang perlu diambil kira kerana perkara tersebut boleh menjejaskan
iman dan akidah diri seseorang muslim itu. Oleh yang demikian,
seharusnya semua pihak sedar akan perkara ini, betapa liciknya mereka
hendak

menyebarkan

fahaman

dan

pandangan

yang

sama

sekali

bercanggah dengan Islam. Jangan sesekali tidak mengambil peduli jika


berlaku di sekitar kawasan kita lagi-lagi ahli keluarga kita sendiri.
Perkara utama jika kita dipaksa untuk mematuhi kandungan dalam prinsipprinsip yang memberikan kebebasan mutlak melakukan amalan seks
songsang ini, kesan yang akan diterima adalah perkara ini memberi ruang
yang terbuka untuk pengenalan undang-undang perkahwinan sesama
jenis. Hal ini sudah semestinya mendatangkan mudarat kepada institusi
kekeluargaan

tersebut.

Apakah

status

perkahwinan

tersebut

dan

bagaimana untuk mereka ini melahirkan zuriat yang sah dari segi
keturunan dan bagaimana hendak mengiktirafkannya.

Oleh yang

demikian, seharusnya didikan yang baik harus diberikan kepada anakanak dalam keluarga. Mendidik anak haruslah ikut kepada zamannya
sebagaimana yang telah diajar oleh sayidina Umar yang mana meminta
ibu bapa mendidik anak mengikut zaman mereka. Dedahkan kepada anakanak apa kesan yang buruk jika perkara sedemikian berlaku. Adakah mahu
melihat institusi keluarga hancur

dengan tidak tahu mana nasab

keturunannya dan sampai bila pasangan yang berkahwin sesama jenis ini
akan bahagia melalui kehidupan mereka dengan pasangan yang sama
jenis. Akhlak dan sifat sudah semestinya sama jika pasangan itu adalah
perempuan dan juga sebaliknya.
Selain itu, jika kita turut menerima dan mengiktiraf hak-hak orientasikan
hubungan seks dan identiti jantina maka amat jelas berlakunya jenayahjenayah seks yang berleluasa. Hubungan sesama jenis tidak lagi
diharamkan dan bebas untuk di amalkan kepada semua peringkat.
Kesannya adalah, perkara ini akan mendatangkan kemurkaan Allah dan
rahmat Allah tidak akan lagi diberikan kepada kita walaupun kita tidak
melakukan perkara tersebut. Peranan keluarga dalam mengatasi perkara
ini adalah dengan mengawal anak-anak mereka secara berhemah dan

bukannya

paksaan.

Kisahkan

kepada

mereka

bagaimana

Allah

menurunkan bala dan azab kepada kaum nabi Lut yang mengamalkan
seks songsang ini. Allah menurunkan azab yang pedih kepada mereka
sehinggakan tiada seorang pun yang hidup melainkan mereka yang
beriman kepada Allah dan rasulNya. Kawal dari segi pergaulan anak-anak
dengan siapa mereka berkawan dan ke mana mereka hendak pergi jika
keluar bersama-sama rakan mereka. Jika tidak keberatan, ibu bapa boleh
menghantar dan mengambil anak-anak mereka ke tempat yang hendak
mereka tujui. Adalah lebih baik jika ibu bapa tersebut membenarkan anakanak mereka membawa rakan-rakan mereka untuk datang ke rumah
seperti mana yang di lakukan oleh sahabat-sahabat nabi yang begitu
memuliakan tetamu yang datang ke rumah kerana tetamu ini membawa
rahmat Allah. Dalam masa itu, ibu bapa boleh berkenal-kenalan dengan
anak rakan mereka dengan lebih rapat lagi. Dengan siapa anak mereka
berkawan, bagaimana sifat mereka, siapakah ahli keluarga mereka dan di
mana mereka menetap. Ini merupakan maklumat yang penting untuk
diperolehi oleh ibu bapa kerana jika berlaku sesuatu terhadap anak-anak
mereka, amat mudah untuk menghubungi ahli keluarga rakan anak-anak
mereka. Di samping itu, ibu bapa juga boleh berkenal-kenalan dengan ahli
keluarga rakan anak mereka dan ini mengeratkan silaturrahim sesama
Muslim.
Seperti mana yang banyak berlaku ini, merupakan ujian dan cabaran
kepada umat pada akhir zaman yang tiada tempat untuk berpaut seperti
umat-umat terdahulu yang mempunyai nabi dan rasul sebagai tempat
rujukan dan pegangan. Tetapi umat pada hari ini berpaut dan berpegang
kepada ulama-ulama yang masih ada pada ketika ini yang sebilangannya
adalah kecil berbanding dengan cabaran yang lebih besar. Tetapkan
didikan kepada anak-anak dan keluarga untuk kenal dengan rasul yang
agung iaitu junjungan besar nabi Muhammad utusan Allah. Kenali, fahami
dan hayati sirah Nabi Muhammad sehingga kewafatan baginda dan
selusuri kisah baginda. Jadikan baginda sebagai idola dan rujukan
sepanjang zaman. Bukan sahaja kenalkan anak-anak dan ahli keluarga
dengan baginda nabi Muhammad tetapi keraplah hadiri majlis-majlis ilmu

yang dianjurkan oleh pihak masjid atau surau atau pun kawasan tempat
kediaman, kerana di majlis ilmu itu merupakan taman-taman syurga dan
para malaikat mendoakan kepada mereka yang hadir ke majlis ilmu.
Kenalkan juga ahli keluarga dengan ulama zaman ini yang berpegang
kepada al-Quran dan sunnah sebagai landasan kehidupan syariat mereka
seperti Tuan Guru al-Fadhil Syeikh Ahamad Fahmi Zamzam al-Banjari anNadwi al-Maliki yang mengajar kitab Hidayatus Salikin, Tuan Guru Syeikh
Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki, Ustaz Raja Ahmad Mukhlis
Raja Jamaluddin dan sebagainya lagi yang memperjuangkan ahli sunnah
wal jamah sebagai landasan kehidupan mereka. Memperkenalkan ahli
keluarga dengan ulama dan orang alim seperti ini mampu untuk
menyuntik minat ahli keluarga cinta akan ilmu dan terus menerus
menuntut ilmu. Sifat keperibadian ulama dan orang alim ini merupakan
sifat mulia yang dimiliki oleh baginda Nabi Muhammad. Mereka ini
merupakan bayangan kepada sifat baginda dan seharusnya dijadikan
contoh teladan kepada kita untuk diikuti walaupun kita ini tidak pernah
hidup dan bertemu dengan baginda tetapi mampu untuk melihat akhlak
mulia baginda itu melalui ulama dan orang alim maka sesungguhnya
ulama itu pewaris nabi.
Oleh itu, ini merupakan sebahagian kecil usaha yang dapat dilakukan oleh
saya dan keluarga untuk membendung dan mengelak daripada terus
terjerumus ke dalam lembah kesesatan akidah yang melampau pada
ketika ini. mudah-mudah dengan tindakan yang diambil ini dapat
menyelamatkan ahli keluarga saya daripada termasuk dalam golongan
orang-orang yang rugi.

REFKLEKSI
Alhamdulillah, dengan limpah kurnianya telah dapat kami Abdul Munir bin
Jamil dan Muhammad Zharif bin Badaruddin menjalankan tugasan PIM
3123, Pengajian Akidah yang telah diberikan oleh pensyarah yang amat
kami kagumi ini iaitu En. Mohd Razimi bin Husin. Sememangnya terlalu
banyak ilmu dan pengetahuan yang dapat kami peroleh sepanjang
menjalankan tugasan ini.
Perkara

pertama

yang

kami

peroleh

adalah

bagaimana

hendak

menjalankan tugasan dengan baik dan mencari bahan-bahan yang


berkaitan dengan tajuk yang kami peroleh iaitu mazhab ilmu kalam Syiah.
Seperti sedia maklum bahawa syiah ini

merupakan isu yang hangat

diperkatakan dan diperbincangkan oleh semua orang dari pelbagai pihak


kerana kaum syiah ini mendatangkan kesan yang negatif terhadap akidah
dan iman seseorang individu muslim, lebih-lebih lagi kepada golongan ahli
sunnah wal jamaah yang merupakan akidah utama di seluruh dunia ini.
Mencari bahan berkaitan dengan kaum syiah ini amat mudah untuk
didapati sama ada pada artikel, buku ataupun laman sesawang kerana
kaum syiah merupakan kaum yang mampu untuk merosakkan akidah
seseorang ahli sunnah wal jamaah lantas pelbagai pihak mengambil
insiatif untuk memperluaskan pengetahuan dan maklumat tentang
mudaratnya kaum syiah ini terhadap institusi akidah ahli sunnah wal
jamaah. Namun demikian, kami perlu mengambil perhatian terhadap
artikel dan bahan maklumat berkaitan kaum syiah ini kerana terdapat juga
maklumat yang memutar belitkan fakta tentang kaum syiah ini sehingga

mempercayai kaum syiah ini merupakan mazhab akidah yang betul. Oleh
itum pelbagai rujukan telah dilaksanakan oleh kami dengan merujuk buku
ahli sunnah dan juga bertanyakan kepada orang-orang yang alim dah
mahir dalam isu kaum syiah ini.
Di samping itu, sebagai seorang bakal pendidik pada masa akan datang,
maklumat dan ilmu berkaitan tentang kaum syiah ini perlu untuk kami
hadamkan sehingga sebati kerana cabaran masa akan datang lebih jauh
mencabar pada hari ini dengan hilangnya banyak permata-permata
rujukan dalam ilmu agama yang amat berpegang teguh kepada landasan
ahli sunah wal jamaah. Cabaran dalam mendidik anak muda mengenal
akan Allah itu amat mencabar jika kami sendiri tidak faham dan merasai
apakah perasaan jika kenal akan Allah itu. Mana mungkin orang mampu
untuk membicarakan tentang kemanisan air kopi tersebut jika belum lagi
merasainya sendiri. Oleh itu, pendekatan yang perlu kami lalui adalah
dengan kenal akan Allah itu sebelum mengenalkan kepada anak murid.
Melalui pelbagai rujukan dan maklumat, kami dapat simpulkan bahawa
kaum syiah ini pada awalnya tidak bercanggah dengan akidah ahli sunnah
wal jamaah namun sedikit demi sedikit kaum syiah ini mampu untuk
menggugatkan akidah ahli sunnah dengan pelbagai ajaran dan amalan
yang melanggari prinsip dan syarikat ahli sunnah wal jamaah.
Oleh itu, kaum syiah ini mampu untuk menggugat iman dan akidah
seseorang individu muslim yang bergelar ahli sunnah wal jamaah. Hindari
dan jauhi daripada terjerumus dalam akidah kaum syiah ini dengan
memperbanyakkan bahan bacaan ilmiah yang sahih dan berdiskusi
dengan orang yang mahir dalam bidang ini. Bawalah ahli keluarga untuk
terus mencintai dan mengikuti ahli sunnah wal jamaah kerana ini
merupakan akidah yang disepakati oleh majoriti ulama merupakan akidah
yang berlandaskan al-Quran dan sunnah. Jangan biarkan diri lalai dengan
keseronokan dunia sehingga mampu untuk mensia-siakan hidup sendiri.
Terima kasih kepada pensyarah pembimbing kerana memberi peluang
untuk kami menjalankan tugasan ini dan mengharapkan pada masa akan
datang diberi peluang seperti ini lagi. Terima kasih.

BIBLIOGRAFI
Hj. Said Hj Ibrahim (1998). Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd
Mustaffa Suhaimi (2007), Iktikad Ahli Sunnah Waljamaah.
Progressive Publishing House Sdn. Bhd

Sheikh al-Allamah Dr. Hussein al-Musawi (2013), Tanya Jawab Ilmu Islam
QA : Kitab-Kitab Syiah (isu 25).
Galeri Ilmu Sdn. Bhd

Ustaz Farid Achmad Okbah (2013), Tanya jawab Ilmu Islam QA: Asas
Penyimpangan Syiah (isu 22).
Galeri Ilmu Sdn. Bhd

A. Karim Omar (2014), Tanya Jawab Ilmu Islam QA: COMANGO Tuntutan
Hak Amalan LGBTIQ (isu 32).
Galeri Ilmu Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai