Anda di halaman 1dari 10

1

KULIAH 10
KANAK-KANAK PINTAR CERDAS
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir pengajaran pembelajaran, pelajar dapat:
1. menerangkan konsep pintar cerdas, berbakat, dan kreatif;
2. membincangkan kaedah mengenal pasti murid pintar cerdas;
3. membincangkan keperluan pendidikan kanak-kanak pintar cerdas; dan
Latihan 10
1. Rumuskan konsep pintar cerdas berdasarkan beberapa pandangan yang telah
dikemukakan.
2. Terangkan ciri kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat.
3. Bincangkan kaedah yang dapat digunakan untuk mengenal pasti murid pintar cerdas.
4. Bincangkan jenis perkhidmatan pendidikan yang diperlukan oleh kanak-kanak pintar
cerdas.
5. Apakah faktor yang menyebabkan terbentuknya kanak-kanak pintar cerdas berisiko?
PENGENALAN
Orang yang cerdas otak dapat mengguna rangsangan dengan lebih berkesan, dapat mengurus
maklumat yang diterima untuk membina konsep dan seterusnya menyelesaikan masalah lebih
cepat daripada orang yang kurang cerdas. Menurut Nik Aziz Nik Pa (1990), dari sudut
pembangunan Negara, kehadiran kanak-kanak pintar cerdas dalam masyarakat merupakan satu
sumber semula jadi (aset) yang dikurniakan oleh Yang Maha Pencipta. Justeru, sumber ini perlu
dibangunkan dan digunakan sebaik mungkin, kerana kanak-kanak ini juga merupakan sumber
intelektual yang paling berharga kepada Negara. Kita harus sedar bahawa kekukuhan dan
kemakmuran sesebuah negara bukan sahaja terletak pada sumber ekonomi tetapi juga pada
sumber intelektualnya.
Definisi Kecerdasan
Konsep kepintaran berasal daripada istilah Kecerdasan / intelligence yang berasal
daripada perkataan intelgentia (ciptaan ahli falsafah Yunani, Cicerio).

Plato - orang yang pertama yang membezakan pengaruh faktor baka dan persekitaran
terhadap kepintaran seseorang sebelum Galton.

Wechsler- kebolehan memahami alam sekitar, diri sendiri dan kepakaran yang boleh
membantu individu untuk menghadapi cabaran hidup.

Alfred Binet- kebolehan menyesuaikan diri dan membuat pertimbangan kritis terhadap
diri sendiri.

Francis Galton, Cartell & Hall


- Kecerdasan adalah diwarisi. Perkembangan manusia pada dasarnya ditentukan
dan tidak boleh berubah.
- Orang yang bijak datangnya dari keturunan yang bijak sahaja.

Lewis Terman
- Kebolehan berfikir secara abstrak, dan mengguna lambang abstrak dalam menyelesai
masalah. Perbendaharaan kata adalah petunjuk darjah kecerdasan.
- memperkenalkan konsep Darjah Kecerdasan (DK= UA/UK x 100)

Howard Gardner - terdapat 8 jenis kecerdasan: verbal-linguistik, logik-matematik, ruang


(spatial), muzik, kinestetik, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis.

Atan Long- kebolehan berfikir abstrak, membuat penyeluruhan dan cara menyelesai
masalah. Selalunya tingkah laku jadi petunjuk darjah kecerdasan seseorang.

DEFINISI KANAK-KANAK PINTAR CERDAS (PC)


Sebenarnya tidak ada satu definisi yang universal tentang pintar cerdas (PC). Terdapat ahli
professional yang memberi definisi PC berdasarkan skor kecerdasan/IQ (con: WISC) di atas
130 atau140, ataupun dua sisihan piawai lebih daripada normal (norm), atau 2.5% daripada
populasi. Menurut Carol Bainbridge (seorang ahli Lembaga Indiana Association for the
Gifted), tidak ada satu definisi yang tentang PC yang boleh diterima oleh semua pihak.
Wujudnya pelbagai definisi PC telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai
tentang maksud PC. Malah, guru dan ibu bapa turut mendapati sukar mencapai satu
persetujuan kerana mereka menggunakan definisi yang berbeza-beza. Justeru, untuk
menghapuskan kekeliruan tersebut, adalah wajar untuk memahami asal usul pembentukan
istilah PC serta kosep PC daripada pelbagai perspektif.

Istilah PC telah digunakan buat pertama kalinya oleh Francis Galton pada tahun 1869, yang
merujuk pada orang dewasa yang menunjukkan bakat yang luar biasa dalam bidang tertentu
(con: ahli kimia yang pintar). Manakala kanak-kanak pula boleh mewarisi potensi untuk
menjadi orang dewasa yang pintar, dan kanak-kanak tersebut digelar kanak-kanak PC. Lewis
Terman memperkembangan pendangan Galton dengan memasukkan elemen IQ. Pada
tahun 1900an, beliau menjalankan satu kajian jangka panjang tentang Kanak-kanak PC dan
mengkategorikan mereka yang mempunyai IQ 140 dan ke atas sebagai kanak-kanak PC.
Walau bagaimanapun, kajian beliau mendapati IQ sahaja tidak dapat meramal kejayaan
seseorang
pada
zaman
dewasa.

Istilah Pintar cerdas/ gifted diperkenalkan oleh Guy M. Whipple pada 1920. Konsep pintar
merupakan satu istilah rasmi bagi merujuk kanak-kanak yang memiliki kebolehan intelek
yang luar biasa.

Davis & Rimm (1985) membahagikan kepintaran kepada 5 kategori:


berasaskan tahap pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu bidang yang diceburi
berdasarkan markah pencapaian dalam satu-satu ujian kecerdasan
berdasarkan peratusan (%) dalam ujian pencapaian
berasasakan bakat semula jadi dalam sesuatu bidang atau beberapa bidang
berlandaskan kreativiti

Definisi PC United State Office of Education / Sidney Marland Jr.:


Kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat ialah kanak-kanak dan remaja di sekolah
menengah yang memiliki atau menunjukkan potensi keupayaan yang tinggi dan terbukti
sebagai berkebolehan untuk mencapai tahap pencapaian yang tinggi dalam bidangbidang seperti intelek, kreativiti, akademik / kepimpinan, seni tampak dan seni
persembahansesiapa juga di atas sebab-sebab tertentu memerlukan perkhidmatan
atau aktiviti-aktiviti yang tidak disediakan di sekolah biasa.
Definisi ini telah dijadikan definisi rasmi kpd Akta Pendidikan Pintar Cerdas dan Berbakat
(Gifted & Talented Educational Act, 1978)

Definisi Kepintaran (Giftedness) mengikut Public Law 100-297


Istilah kanak-kanak dan remaja pintar and berbakat bermaksud kanak-kanak dan remaja
yang menunjukkan bukti kebolehan pencapaian yang tinggi dalam bidang-bidang seperti
intelek, kreativiti, seni, atau keupayaan kepimpinan, atau dalam bidang-bidang
akademik yang khusus, dan mereka yang memerlukan perkhidmatan atau aktiviti yang
tidak biasa diberikan oleh sekolah untuk memperkembangkan kebolehan-kebolehan
seperti yang disenaraikan di atas sepenuhnya.

The Federal Definition of Gifted and Talented in NCLB (No Child Left Behind Act of
2001, US): Istilah Pintar Cerdas dan Berbakat (gifted and talented) merujuk kepada
kanak-kanak atau remaja yang menunjukkan bukti pencapaian yang tinggi dalam bidang
intelek, kreativiti, seni, atau kapasiti pepimpinan, atau dalam bidang akadmik yang
khusus, dan yang memerlukan perkhidmatan atau aktiviti yang tidak ditawarkan di
sekolah yang untuk memperkembangan sepenuhnya kapasiti tersebut (Title IX, Part A,
Section 9101(22), p. 544).

British Columbia: Canada:


Seorang pelajar dikira PC apabila ia memiliki keupayaan potensi yang menunjukkan bukti
kebolehan yang luar biasa tinggi berhubung dengan intelek, kreativiti, atau kemahiran
yang berkaitan dengan disiplin yang khusus. Pelajar yang PC selalu menunjukkan
keupayaan yang menonjol dalam lebih daripada satu bidang.
Mereka boleh
menunjukkan tumpuan yang luar biasa pada bidang bakat atau minat tertentu. Namun,
mereka juga mungkin mempunyai ketidakupyaan tertentu, dan mereka tidak harus
dijangka mempunyai kekuatan dalam semua fungsi intelek.

Joseph Renzullis Three-Ring Conception of Giftedness (1978): definisi PC sebelum ini


tidak sempurna sebab telah mengetepikan elemen penting iaitu komitmen atau
motivasi. Beliau memperkenalkan Definisi Tiga Bulatan Renzulli (Three Rings Definition):
3 ciri utama individu yang pintar:
1. keupayaan intelek yang tinggi
2. daya kreativiti yang tinggi
3. motivasi atau komitmen yang tinggi dalam menyelesaikan tugasan
1. Keupayaan intelek
- am & khusus

2. Daya Kreativiti
- buah fikiran yang tulen
- pemikiran yang konstruktif
- pemikiran bercapah
3. Motivasi /komitmen
- dedikasi, ketabahan mental, keyakinan diri, tidak mudah putus asa, rajin, bersunguhsungguh utk capai matlamat

Gagnes Differentiated Model of Giftedness:


PC merupakan potensi yang perlu dipupuk, dan konsep ini membezakan apa yang boleh
dicapai dengan apa yang akan dicapai oleh kanak-kanak. Keluarbiasaan potensi yang dimiliki
oleh mereka merupakan apa yang menyebabkan mereka pintar, namun, pesekitran
menentukan sama ada potensi tersebut membawa kepada kejayaan. Jadi, mereka yang
menggunakan definisi PC ini menekankan kepentingan kesesuaian persekitaran.

Definisi Berasaskan Sekolah (School-Based Definitions)


Sekolah mungkin menggunakan definisi PC berdasarkan keupayaan yang berkaitan. Pelajar
PC dikenal pasti berdasarkan prestasi mereka yang dibandingkan dengan pelajar lain di
sekolah. Pelajar yang berada pada kedudukan 5% atau 10% (atau angka lain) teratas dikira
memerlukan kurikulum yang lebih mencabar berbanding dengan kurikulum yang biasa. PC
mengikut definisi ini adalah bersifat relatif kerana seorang pelajar yang dianggap PC di sebuah
sekolah mungkin tidak dianggap sebagai PC di sekolah yang lain. Definisi ini boleh
menimbulkan kekeliruan dalam kalangan ibu bapa, oleh itu kurang sesuai digunakan bagi
tujuan mengenal pasti pelajar PC.

Disamping itu, program PERMATApintar yang telah diilhamkan oleh Universiti Kebangsaan
Malaysia telah mendefinisikan pintar cerdas kepada keadaan seseorang yang mempunyai
potensi untuk menjadi cemerlang dalam bidang-bidang tertentu sama ada dalam bidang
akademik atau dalam bidang bukan akademik.

CIRI-CIRI KANAK-KANAK PINTAR


Petunjuk utama: mempunyai keupayaan yang luar biasa dan dapat dikenal pasti sejak awal
kanak-kanak
Ciri-ciri kanak-kanak pintar cerdas:
mempunyai keupayaan intelek di atas perata yang disertakan dengan pencapaian
akademik yang tinggi dan kreativiti yang tinggi
Ciri-ciri kanak-kanak yang berbakat:
cemerlang dalam satu atau lebih bidang tugasan seperti drama, seni, muzik,
kepimpinan
Perbezaan antara pintar cerdas dengan berbakat diperkembangkan oleh Howard
Gardner melalui 8 bidang kecerdasan (verbal-linguistik, kinestetik, interpersonal,
intrapersonal, logic-matematik, muzik, visual-ruang/spatial, naturalis).

Ciri Kanak-Kanak Pintar Cerdas

Ciri Kanak-Kanak Berbakat

KREATIVITI
Definisi kreativiti oleh Gallagher:
Kreativiti adalah satu proses mental yang membolehkan individu mencipta idea-idea
atau hasilan baru atau menggabungkan semula idea-idean yang ada dalam satu gaya
yang baru.
adalah dijangkakan perkembangan intelek dan bakat yang tinggi memberi keupayaan
untuk mencetuskan cara penyelesaian masalah yang baru dan baik

Gallagher: 4 inti kreativiti


1. asas pengetahuan yang kuat
2. motivasi yang tinggi
3. kesanggupan untuk menjadi individu yang berbeza utk menentang status quo
4. strategi kognitif untuk menyelesaikan tugasan yang susah

Model proses pemikiran Guilford J.P. (1967): membahagikan pemikiran manusia kepada 3
dimensi yang utama: (1) kandungan (content); (2) Hasilan (product); (3) operasi (operation)

tumpu kepada 2 proses pemikiran yang sering tidak diukur oleh ujian kecerdasan iaitu:
pemikiran bercapah & penilaian
menghasilkan banyak jawapan kepada satu soalan melibatkan kelancaran, fleksibiliti
dan keaslian (dikaitkan dengan kreativiti)
orang yang kreatif adalah:
pemikir yang lancar
pemikir yang fleksibel
pemikir yang asli
pemikir yang elaboratif

Hubungan antara kreativiti dengan kecerdasan

Pelajar yang kreatif tidak semestinya pelajar yang pintar cerdas


Getzel & Jackson, Wallach, & Keating:
- hubungan antara kecerdasan dan kreativiti adalah sederhana
- kecerdasan dan kreativiti merupakan 2 perkara yang berbeza
Guildford:
- Pintar cerdas: Pemikiran bertumpu (convergent)
- Kreatif: pemikiran bercapah (divergent)
Torrance (1960): pelajar yang ada daya kreativiti yang tinggi selalunya tidak
menunjukkan pencapaian yang begitu baik di sekolah. Mengapa????

Wallack & Kagan (1965): Terdapat 4 kategori pelajar:


1. tinggi kecerdasan tinggi kreativiti
2. tinggi kecerdasan rendah kreativiti
3. tinggi kreativiti rendah kecerdasan
4. rendah kecerdasan rendah kreativiti

Terdapat dua golongan pelajar PC:


(1) Pelajar pintar yang berisiko atau berpencapaian rendah (gifted underachievers)
- Pelajar ini tidak mencapai tahap prestasinya dalam ujian kecerdasan dan ujian
pencapaian, kurang keyakinan diri, kurang ketekunan dan ketabahan, kurang
matlamat hidup, dan mempunyai konsep kendiri yang negatif.
Punca Masalah Kanak-Kanak Pintar Cerdas Berisiko

(a) Faktor keluarga: Kanak-kanak rasa tertekan kerana harapan keluarga yang terlalu
tinggi dan adik beradik berasa iri hati
(b) Social Economy Status/SES: kanak-kanak PC tidak wujud dalam kalangan populasi SES
rendah kerana mereka perlu membantu keluarga mencari
nafkah dll sebab (oleh itu mereka ini perlu dikenal pasti
dan dibantu)
(c) Rakan Sebaya: mempunyai jurang perbezaan dengan kanak-kanak normal, mereka
hilang motivasi untuk belajar kerana tidak diterima oleh rakan sebaya
(pencapaian rendah). Oleh itu, terdapat kanak-kanak PC yang
menyembunyikan kebolehan mereka supaya diterima oleh rakan
sebaya.
(d) Guru: guru mempunyai harapan yang tinggi, atau bersikap negative kerana rasa
terancam oleh kanak-kanak PC
(e) Kurikulum: tiada kurikulum khas untuk mereka menyebabkan mereka rasa bosan, dan
kurikulum biasa tidak membawa faedah kepada mereka.
(f) Sekolah: mengutamakan conformity, dan tidak pada perbezaan individu. Sifat ingin
tahu untuk meneroka ilmu yang berbagai-bagai tidak diberi perhatian atau
tidak dicabar. Mereka dikehendaki conform atau patuh pada sistem
pengajaran dan penilaian di sekolah yang bersifat convergent.

(g) Peribadi pelajar: ciri peribadi tertentu yang ada pada kanak-kanak PC menyebabkan
mereka tidak diterima oleh rakan atau tidak berpencapaian tinggi
(sila lihat rajah di bawah).
Ciri peribadi kanak-kanak pintar cerdas yang menjejas proses sosialisasi

(2) Pelajar pintar yang kurang upaya. Mereka mengalami masalah deria atau fizikal
IDENTIFIKASI KANAK-KANAK PINTAR
1. Ujian Pencapaian (scholastic test)
con:- California Test of Basic Skills
UPSR, PMR, SPM
2. Ujian Kecerdasan Terpiawai
con:- Skala Kecerdasan Stanford-Binet
Skala Wechsler bagi Kanak-Kanak (WISC)
Raven Progressive Matrices
3. Pencalonan Guru
4. Pencalonan Ibu Bapa
5. Penilaian Hasil Kerja
6. Kaedah-kaedah yang lebih kompleks
Revolving Door Identification Model (Renzulli)
Kranz Talent Identification Instrument
Torrance Test of Creative Thinking
PROGRAM INTERVENSI UNTUK KANAK-KANAK PC
1. Program Penerapan Bersepadu
sukatan/isi yang sama/selaras tetapi cara pengajaran yang berbeza mengikut tahap dan
kebolehan individu
con: pengajaran melalui kaedah inkuiri
suasana pembelajaran yang terbuka, menggalakkan pemikiran mencapah, kritis dan
kreatif
guru sebagai pemudahcara, pengantara, pencetus idea & perunding

2. Program Terkhusus (utk berbakat)


program digubal khas dan berbeza dengan sukatan biasa utk mencapai matlamat
berasaskan minat & bakat (seni,sukan/olahraga, muzik, dll)
3. Program khas PC
digubal berdasarkan ciri-ciri kecerdasan am dan konsep pintar cerdas sejagat
berlandaskan andaian tertentu yang ditunjangi teori yang jelas dan kukuh
contoh: Pull out program: PROGRAM PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH PERMATApintar
i. Model Pengayaan Triad Renzulli (1977)
Aktiviti pengayaan dibahagikan kpd 3 tahap
Jenis I - aktiviti penerokaan am
Jenis II - aktiviti latihan berkumpulan
Jenis III - Penyelidikan masalah sebenar secara individu/kump. Kecil
kandungan kurikulum berasaskan minat
fokus kurikulum: kajian bebas masalah sebenar
peranan guru: pakar rujuk & pembimbing
ii. Model Taylor (1971) bakat & intelek
iii. Model Treffinger (1978)
iv. Model Williams (1970)
v. Model Alternatif Nik Azis Nik Pa (1990)
menyepadukan kaedah pengajaran (proses) dengan isi kandungan yang canggih
(kandungan)
Proses dan isi
- harus mengembangkan pemikiran peringkat tinggi dan kreativiti perlu digabungkan
dengan pengajaran isi kandungan yang membabitkan maklumat yang meluas,
mendalam, abstrak dan kompleks.
Kaedah Mengajar
- harus konstruktif, bertumpu kepada pembinaan skim tindakan dan operasi yang
mantap, berpusatkan murid, menekankan keupayaan berfikir secara analitis, beradab,
kritis dan produktif.
Hasil
- insan yang sepadu, berkeyakinan tentang diri, ada peningkatan daya berfikir yang
bersifat saintifik, teknikal, kesedaran rohani yang tinggi, ketrampilan intelek, prestasi
yang cemerlang, sikap cintakan ilmu, penghayatan konsep pendidikan seumur hidup,
dan penggunaan ilmu untuk kebahagiaan diri, masyarakat, dan negara.
- bagi memodifikasi isi kandungan, proses, dan hasil, persekitaran pembelajaran mesti:
mencabar, dinamik, terbuka, menyeronokkan, bermakna, menggalakkan pembelajaran
melalui pengalaman, pembelajaran individu, saingan konstruktif, sikap inovatif dan
berdikari, pengumpulan dan perkongsian maklumat

10

PENDEKATAN PEMBELAJARAN PECUTAN


Pecutan melibatkan membenarkan segelintir murid terpilih menempuhi pengalaman
pendidikan standard dalam tempoh yang lebih singkat daripada murid lain
tingkatkan kadar penyampaian sukatan pelajaran (pecutan isi kandungan)
program kemasukan pelajar ke tahun satu atau pusat pengajian tinggi pada usia yang
lebih muda daripada amalan biasa (pecutan dlm konteks masa)
melangkau kelas, kelas pecutan di luar sekolah
PEMBELAJARAN PENGKAYAAN
Pengayaan membekalkan pengalaman pendidikan yang lebih luas dan mendalam kepada
murid terpilih berbanding dengan murid lain.
kelas biasa tanpa bantuan daripada sumber luar
penyediaan bahan dan aktiviti yang berbeza (guna kognitif pada tahap tinggi)
RUMUSAN
Program pintar cerdas yang berkesan ialah program yang mempunyai ciri yang dapat
memenuhi keperluan pembelajaran murid pintar cerdas seperti berikut:

Tahap pencapaian yang maksimum dalam menguasai kemahiran asas dan konsep.
Aktiviti pembelajaran yang setara dengan keupayaan/tahap kebolehan intelek mereka.
Pengembangan kebolehan dalam aspek kemahiran berfikir secara deduktif, logik, dan
penyelesaian masalah
Pengukuhan kemampuan membina gambaran mental, imgainasi dan keupayaan spatial.
Pengembangan sikap menerima diri sendiri dan kesedaran tentang minat, potensi, dan
keupayaan kendiri.
Perangsang ke arah mencapai matlamat/kejayaan yang tertinggi yang mungkin.
Pendedahan kepada pelbagai bidang pengajian dan kerjaya.
Pembangunan keupayaan untuk berdikari, arahan kendiri dan disiplin diri.
Pengalaman dalam berinteraksi dan berkomunikasi dengan rakan yang setara atau lebih
tinggi kebolehannya.
Maklumat yang mendalam dan luas tentang pelbagai perkara.
Perangsang dan kemudahan untuk belajar yang lebih luas

RUJUKAN
Carol Bainvridge, http://giftedkids.about.com/od/gifted101/a/definitions.htm
Horowitz, F.D., & OBrien, M. (Eds) (1990). The gifted and talented: developmental
perspective. .Hyattsville: American Psychological Association.
Mohd. Hussain Ibrahim (1995). Pendidikan pintar cerdas: Teori dan pendekatan. Kuala
Lumpur: Pustaka Aman Press.
Nik Azis, N. P. (1990). Program pendidikan pelajar pintar cerdas. Kajang: Institut Pengajian
Ilmu-Ilmu Islam. (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)

Smith, D.D. (2006). Introduction to Special Education (5th . Ed.). Boston: Pearson/Allyn & Bacon.

Anda mungkin juga menyukai