Anda di halaman 1dari 6

KESAN-KESAN GLOBALISASI TERHADAP PENDIDIKAN DI MALAYSIA

Pendidikan di Malaysia adalah tidak statik dan ia boleh berubah-ubah dari satu masa
kesuatu masa. Banyak sebab mengapa pendidikan menjadi sesuatu yang dinamik. Ia
boleh berubah sejajar dengan perubahan sistem politik yang memerintah, keperluan
negara, keperluan individu dan perkembangan ilmu itu sendiri sama ada diperingkat
rendah mahupun di peringkat tinggi.
Imperialisme pendidikan sering berlaku dan ia memberi kesan yang mendalam terhadap
peradaban dan tamadun negara. Di Malaysia, imperialisme pendidikan boleh dikaji
melalui;
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Perubahan pada kurikulum pendidikan


Perubahan pada sistem pendidikan
Falasafah pendidikan
Penggunaan teknologi maklumat
Pendemokrasian pendidikan
Agama dan gejala sosial
Integrasi nasional

Perubahan kurikulum pendidikan


Perubahan pada kurikulum sekolah adalah perlu sejajar dengan perubahan-perubahan
guna tenaga manusia. Justeru itu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan
Kurikulum Baru Sekolah Menengah diperkenalkan didalam sistem pendidikan Malaysia.
Kurikulum perlu bersifat futuristik di mana keperluan masa kini dan masa hadapan dapat
dipenuhi oleh sistem pendidikan. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR 1983) dan
Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM 1988) telah diwujudkan untuk membentuk
satu konsep kesepaduan antara perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani individu
secara menyeluruh. Atas kesedaran inilah usaha menerapkan nilai-nilai murni disarankan
dalam setiap matapelajaran. Ini bersesuaian sekali dengan gagasan untuk membina
masyarakat penyayang yang disarankan oleh Wawasan 2020.
Satu hakikat penting yang perlu kita sedari ialah bahawa walaupun sekolah berada di
tengah-tengah masyarakat dan sentiasa terdedah kepada gelombang penghidupan,
berbanding dengan tempat-tempat lain, ia masih merupakan satu-satunya tempat yang
terkawal buat masa ini. Maka tidak hairanlah jika ramai mengharapkan kepada sekolah:
ibu bapa mengharapkan kepada sekolah dapat menjadikan anak-anak mereka manusia;
masyarakat mengharapkan kepada sekolah dapat melengkapkan generasi muda dengan
nilai-nilai dan budaya bangsanya; majikan mengharapkan kepada sekolah dapat

melahirkan sumber manusia yang sesuai dan berkualiti; dan negara pula mengharapkan
kepada sekolah dapat menjayakan pembentukan warganegara yang baik. Sekolah
dianggap sebagai benteng penyelamat anak didik, generasi muda dan pewaris bangsa.
Memikirkan tentang pendidikan adalah memikirkan tentang rupa bentuk manusia, jenis
ketrampilan, matlamat-matlamat yang amat diperlukan untuk kesejahteraan sosial dan
mutu kewujudan tamadun.

(Hanna Hloborn Gray)

Perubahan pada sistem pendidikan


Reformasi pendidikan melibatkan kajian semula serta melakukan perubahan-perubahan
terhadap sistem pendidikan. Ini dilakukan untuk memperbaiki dan meningkatkan lagi
kemampuan sistem pendidikan untuk memenuhi keperluan semasa. Sistem pendidikan
yang berwibawa mestilah bersifat dinamis dan ia perlu mengalami reformasi.
Pengurusan dan kepimpinan bagaikan dua permukaan wang siling, iaitu wujud satu
simpulan yang akrab dan bersepadu. Pengurusan yang baik, cekap dan berkesan
mencerminkan kualiti kepimpinan dan sebaliknya. Pengurusan dan kepimpinan mestilah
berkualiti dan berwibawa untuk mencapai objektif dan matlamat kumpulan atau
organisasi. Aspek pengurusan dan kepimpinan menjadi kritikal kerana institusi
pendidikan adalah satu institusi sosial. Umpamanya, jika sesebuah kilang itu tidak dapat
menghasilkan barangan yang menepati piawaiannya, barang tersebut boleh dibuang atau
diproses semula. Seandainya pengurusan pendidikan gagal, anak didik yang terbentuk itu
tidak mudah untuk dirungkai atau diolah semula.
Falsafah Pendidikan Negara.
Misi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk membangunkan sistem pendidikan
yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu
sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Misi ini kemudianya telah dimasukkan ke
dalam Akta Pendidikan 1996.
Dasar Pendidikan negara perlulah berdasarkan kepada suatu falsafah yang jelas. Falsafah
ini hendaklah merangkumi kepentingan agama, kaum, demografi, keperluan semasa dan
sebagainya. Falsafah merupakan rumusan yang mengandungi ciri-ciri sahsiah pelajar
seperti yang dihasratkan.

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan


lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggung
jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
(Falsafah Pendidikan Negara 1990 halaman 6)
Penggunaan Teknologi Maklumat
Kerajaan telah menubuhkan Koridor Raya Multi-media dimana ia telah dapat
membangunkan teknologi maklumat di Malaysia. Maklumat-maklumat dari seluruh dunia
dapat dihubungkan terus kepada pengguna. Penggunaan teknologi maklumat secara yang
betul dan bermoral akan memberi manfaat akan tetapi penyalahgunaan teknologi
maklumat adalah sebaliknya. Teknologi maklumat akan meruntuhkan sempadan politik
negara-negara di dunia ini.
Pendidikan di Malaysia maju setapak lagi dengan penubuhan Sekolah Bestari di mana
penggunakan multi-media dijadikan asas pendidikan.

Pendemokrasian Pendidikan
Globalisasi dan imperialisme pendidikan telah menjadikan kerajaan peka terhadap
peluang pelajaran bagi penduduk di kawasan luar bandar. Pendidikan di luar bandar perlu
diberi perhatian yang sama seperti sekolah di bandar. Masalah kekurangan guru terlatih,
taraf kesihatan yang rendah dan kekurangan prasarana yang berkualiti merupakan faktor
penghalang proses pembinaan sahsiah, bakat dan kebolehan kanak-kanak.
Untuk merealisasikan pendemokrasian pendidikan, kerajaan telah memberi peruntukanperuntukan yang boleh dimanfaatkan termasulah membina asrama-asrama bagi
membolehkan pelajar-pelajar menikmati kemudahan. Dalam Rancangan Malaysia Kedua,
kerajaan telah membina sepuluh sekolah menengah sains dan berpuluh-puluh lagi asrama
diseluruh pelusuk negara.

Agama Dan Gejala Sosial


Mari kita renung rencana berikut;
Jumlah kes juvana makin meningkat dari sehari ke sehari. Dalam tahun 1997, jumlah kes
juana yang didapati bersalah oleh mahkamah ialah 4,590 kes dan angka ini terus
meningkat. Dalam tahun 1998 terdapat 6,338 kes juana yang didapati bersalah oleh

mahkamah. Penambahan kes dari tahun 1997 hingga tahun 1998 adalah 38.08 peratus.

(Berita Harian 18 Mei 1999)

Keruntuhan moral di kalangan pelajar adalah membimbangkan kerana anak-anak hari ini
adalah aset negara pada masa akan datang. Dalam masa yang sama orang yang
berpengetahuan yang dilahirkan menerusi Dasar Pendidikan Kebangsaan juga terlibat
dengan jenayah kolar putih. Kes-kes rasuah, salah guna kuasa, pecah amanah dan
berbagai-bagai kesalahan lain bukan sahaja melibatkan pegawai kerajaan peringkat
bawahan tetapi ia juga melibatkan pegawai-pegawai atasan.
Adakah kita terlalu pantas melakukan perubahan hinggakan kita terlupa kepada nilai-nilai
kemaknusiaan? Adakah Dasar Pendidikan Kebangsaan gagal memainkan peranannya?
. . . menglobalisasikan pendidikan, mencari ilmu pengetahuan tidak kira di mana ,
berusaha mengetahui apa yang belum kita pelajari, merekacipta dan bukan membuat
inovasi sahaja. Tetapi yang paling penting sekali, sistem pendidikan bertaraf dunia harus
mampu melahirkan menusia yang berperibadi, dengan nilai moral yang teguh, seorang
manusia yang sempurna, bukan sahaja dari aspek akademik, tetapi penuh dengan
kemampuan intelektual untuk menangani cabaran masa muka.

(Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak)

Teras kepada sistem pendidikan bertaraf dunia menurut acuan Malaysia ialah agama dan
akhlak. Agama dan akhlak penting untuk memelihara karamah atau kemuliaan insan dan
nilai-nilai manusiawi. Keimanan dan kepercayaan kepada Tuhan penting untuk
membolehkan manusia memahami, menginsafi dan merealisasi dirinya sebagai hamba
dan khalifah di bumi.

(Dr Wan Mohd. Zahid Mohd Noordin)

Faktor institusi keluarga di Malaysia telah mulai longgar, agama makin terpinggir, sikap
materialistik, pengaruh media massa dan berbagai-bagai lagi. Kanak-kanak ketandusan
kasih sayang lantaran ibu bapa sibuk mencari harta dunia. Anak-anak dididik oleh temanteman dan media massa. T.V menjadi rakan yang paling setia.
T.V adalah sarana yang paling utama dan paling berkesan. Ia memainkan peranan yang
amat ketara yang belum pernah berlaku dalam sejarah. Pada hakikatnya individu
diperkenalkan sejak lahir kepada aliran mesej dan imejnya yang kuat. T.V telahpun
menjadi anggota keluarga yang utama, yang paling banyak dan yang paling lama
bercerita.

(Gerbner et. Al. 1981)

Meskipun begitu terdapat kecenderungan ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka
ke sekolah-sekolah agama, baik yang ditaja oleh kerajaan mahupun sekolah agama
swasta. Kesedaran ibu bapa telah mendorong mereka menghantar anak-anak mereka ke
sekolah-sekolah berkenaan.

Misi Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk membangunkan sistem pendidikan


yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu
sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara. Misi ini kemudianya telah dimasukkan ke

dalam Akta Pendidikan 1996.

Dimanakah silapnya kita hinggakan keadaan seperti di atas terjadi?


Kesan positif, kesan negatif, apa yang ada dinegaramaju perlu ada di malaysia
Ambik yang baik , tolak yang tak baik Dasar Pandan Timur
Rujukan;
Hanna Holborn Gray, Magazine University Chicago, 1988

Anda mungkin juga menyukai