Anda di halaman 1dari 6

BAB TIGA: METODOLOGI KAJIAN

3.1

METODOLOGI KAJIAN

Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk
menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab
permasalah kajian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif, metodologi yang
dirangka adalah meilbatkan pembentukan hipotesis, pemilihan reka bentuk, kaedah
pengumpulan data, penentukan populasi dan pemilihan sampel, ujian rintis dan
kaedah penganalisisan data.

3.2

PENGOPERASIAN KONSEP

Konsep-konsep yang digunakan dalam kajian ini adalah meliputi perkara-perkara


berikut:

i.

Persepsi: merupakan tanggapan responden terhadap amalan, budi


bahasa, cara hidup dan penerimaan komuniti lain terhadap diri mereka.

ii.

Penyesuaian: kesediaan dan kebolehan responden untuk memahami


dan menyesuaikan diri dengan cara pemikiran, pandangan, amalan dan
kehidupan harian komuniti lain.

iii.

Interaksi: kekerapan responden untuk mengekalkan jalinan perhubungan


mereka dengan komuniti lain.

iv.

Hubungan kerja: jalinan perhubungan responden dengan komuniti lain


semasa menjalankan tugas.

20

v.

Pengetahuan: sejauh mana responden mengetahui adat resam, budaya,


kesenian, pantang larang, bahasa, kerjasama, perpaduan dan kemajuan
sosioekonomi komuniti lain serta sistem pentadbiran Kerajaan wilayah
lain.

3.3

SKOP KAJIAN

Kajian ini mempunyai skop dan limitasi seperti berikut:

i.

KOPPSSS yang dipilih ialah program-program yang dilaksanakan pada


tahun 2008;

ii.

Populasi kajian adalah meliputi peserta-peserta KOPPSSS bagi tahun


2008; dan

iii.

Keberkesanan KOPPSSS dilihat ke atas sikap (penyesuaian diri),


kemahiran

(mengeratkan

interaksi

dan

hubungan

kerja)

dan

pengetahuan (budaya dan sistem pentadbiran kerajaan negeri).


Manakala, terdapat tiga impak yang telah dikenalpasti. Pertama, merujuk
kepada peningkatan tahap pemahaman peserta mengenai persekitaran
kehidupan baru supaya dapat menyesuaikan diri dan lebih sensitif
dengan masyarakat setempat. Kedua, menilai kebolehan peserta untuk
mengeratkan

interaksi

dan

hubungan

kerja

dengan

masyarakat

setempat semasa menjalankan tugas. Ketiga, menilai tahap pemantapan


pengetahuan mengenai budaya dan sistem pentadbiran kerajaan negeri
masyarakat setempat supaya dapat diaplikasikan dalam kerja.

21

3.4

REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk tinjauan bukan eksperimental iaitu post-then-pre
design (Klatt & Taylor-Powell, 2005). Dalam reka bentuk ini, penilaian dilakukan
setelah responden selesai mengikuti stimulasi (dalam kajian ini, stimulasi merujuk
kepada KOPPSSS). Responden akan diberi dua soalan bagi setiap item. Soalan
pertama adalah soalan pasca-ujian (post-test questions) yang bertujuan menilai
kebolehan responden selepas menjalani latihan. Soalan kedua pula berbentuk soalan
pra-ujian (pre-test questions) iaitu untuk mengukur tahap kebolehan responden
sebelum mengikuti latihan.

Hasil perbandingan pasca-ujian dan pra-ujian akan menentukan keberkesanan


KOPPSSS ke atas responden. Reka bentuk ini dipilih kerana ia dianggap antara yang
paling sesuai untuk menilai perubahan dalam pengetahuan, kesedaran, kemahiran,
sikap, keyakinan dan tingkahlaku responden (Rockwell and Kohn, 1989; Davis, 2003).
Secara grafik, reka bentuk kajian dapat digambarkan dalam gambarajah berikut:

Rajah 3: Reka Bentuk Kajian Post-then-Pre

Stimulasi/
Treatment
(ujian)

Soalan
pra-ujian
(Pre-test)

Ukuran Perbandingan

22

Soalan
pasca-ujian
(Post-test)

Kajian-kajian lalu menunjukkan bahawa pemilihan reka bentuk post-then-pre


membawa kelebihan-kelebihan seperti ... it takes less time, is less intrusive and for
self-reported change, avoids pretest sensitivity and response shift bias that result from
pretest overestimation or underestimation (Klatt & Taylor-Powell, 2005). Oleh itu, reka
bentuk ini dipilih kerana ia dianggap paling sesuai untuk menilai secara kendiri
perubahan dalam pengetahuan, kesedaran, kemahiran, sikap, keyakinan dan
tingkahlaku responden jika dibandingkan dengan reka bentuk pre-and-post (Rockwell
& Kohn, 1988; Davis, 2003).

3.5

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

Kajian ini dilakukan dengan menggunakan data primer yang diperolehi menerusi
kajian lapangan. Kajian lapangan dilakukan dengan menggunakan borang soal selidik,
focus group dan temuramah. Borang soal selidik dan focus group digunakan untuk
mendapatkan data daripada peserta KOPPSSS. Manakala, kaedah temuramah akan
dilakukan ke atas ketua jabatan yang terpilih untuk mendapatkan maklumat yang lebih
mendalam.

3.6

POPULASI DAN PERSAMPELAN

Kajian ini adalah merupakan kajian populasi yang melibatkan keseluruhan peserta
yang menghadiri KOPPSSS pada tahun 2008. Responden yang dipilih adalah terdiri
daripada para pegawai dari Semenanjung yang bertukar ke Sabah, Sarawak dan
Labuan; pegawai dari Sabah, Sarawak dan Labuan yang bertugas di Semenanjung;
serta pegawai dari Sabah ke Sarawak dan sebaliknya.

Berdasarkan data JPNIN, seramai 375 peserta terlibat mengikuti KOPPSSS bagi
tempoh tahun 2008 (sila rujuk Lampiran A). Manakala penyertaan ketua jabatan yang

23

terpilih sebagai responden ditetapkan seramai 25 orang bagi menyokong lagi


maklumat yang diperolehi mengenai keberkesanan KOPPSSS daripada peserta.

3.7

ANALISIS DATA

Kajian ini mengaplikasikan analisis data secara kuantitatif dan kualitatif. Bagi data
yang diperolehi dari borang soal selidik, ia dianalisis menggunakan perisian Statistical
Package for Social Science (SPSS) Version 12.0 dengan teknik-teknik statistik
berbentuk deskriptif dan inferensi. Teknik statistik deskriptif digunakan untuk meneliti
taburan demografi responden yang mengikuti KOPPSSS. Analisis ini dapat membantu
dalam memerihal profil peserta seperti umur, bangsa, kawasan penempatan kursus
dan sebagainya melalui teknik taburan frekuensi dan peratusan.

Bagi mengkaji keberkesanan program, teknik statistik inferensi digunakan. Dalam


analisis ini, ujian-t sampel berpasangan (paired-samples t-test, ujian Analysis of
Variance (ANOVA), korelasi Pearson dan regresi diaplikasi untuk menguji hipotesishipotesis kajian.

3.8

UJIAN KEBOLEHPERCAYAAN DAN KESAHAN INSTRUMEN KAJIAN

Bagi menentukan kesahan muka (face validity) instrumen kajian, borang soal selidik
ini telah dibentangkan untuk penelitian Jawatankuasa Teknikal Kajian INTAN dan juga
pihak JPNIN. Komen dan pandangan daripada ahli-ahli jawatankuasa ini telah
diambilkira untuk tujuan penambahbaikan pembinaan item-item bagi mengukur
sesuatu angkubah yang digunakan. Selain itu, satu kajian rintis (pilot study) telah
dilakukan pada 21 Mei 2008 yang melibatkan 12 orang responden yang terdiri
daripada

peserta

KOPPSSS

tahun

2007

kebolehpercayaan (reliability test).

24

bagi

tujuan

menjalankan

ujian

Mengikut Hair (2003), tahap penerimaan kebolehpercayaan sesuatu instrumen kajian


menunjukkan responden telah menjawab soalan atau pernyataan dalam keadaan
konsisten. Beliau telah memberi garispanduan mengenai nilai Cronbach Alpha yang
menerangkan kekuatan hubungan seperti di dalam Jadual 1 di bawah:

Jadual 1: Pekali Saiz Cronbachs Alpha (Peraturan Umum)


Alpha Coefficient Range

Kekuatan Hubungan

< 0.6

Lemah

0.6 < 0.7

Sederhana

0.7 < 0.8

Baik

0.8 < 0.9

Sangat Baik

0.9

Terbaik

Terdapat empat pembolehubah yang digunakan dalam kajian ini iaitu perspektif;
interaksi serta hubungan kerja; aplikasi pengetahuan dan prestasi perkhidmatan. Hasil
ujian Cronbach Alpha yang dijalankan ke atas 154 responden yang mengikuti
KOPPSSS adalah seperti di dalam Jadual 2 di bawah:
Jadual 2: Keputusan Ujian Kebolehpercayaan
Cronbach Alpha
Kajian Sebenar (n=154)

Pembolehubah
Perspektif

0.835

Interaksi serta Hubungan Kerja

0.890

Aplikasi Pengetahuan

0.704

Prestasi perkhidmatan

0.808

Daripada keputusan tersebut, setelah ujian kebolehpercayaan ke atas data dibuat,


pembolehubah bagi perspektif; interaksi serta hubungan kerja; dan prestasi
perkhidmatan melepasi tahap kebolehpercayaan yang sangat baik. Manakala
pembolehubah bagi aspek aplikasi pengetahuan melepasi tahap kebolehkepercayaan
yang baik.

25

Anda mungkin juga menyukai