Anda di halaman 1dari 5

PAKAIAN TRADISIONAL IBAN

PAKAIAN WANITA
Bidang
Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang. Kain sarung ini sempit dan
panjangnya cuma lebih kurang separas lutut. Biasanya bidang diperbuat daripada sebidang
kian yang berukuran 110 cm x 60 cm dan terdiri dari pada dua bidang kain seumpamanya
yang dicantumkan. Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka
coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang
berwarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu atau sebarang perayaan pula
dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan
kekuning-kuningan. Malah ada diantara bidang tersebut yang dihiasi dengan reka corak
bermotif tradisional yang disongketkan dengan benang emas atau perak di atas kain dasar
yang berwarna merah.
Bedong
Wanita Iban juga memakai kain selendang yang panjang dan sempit. Kain selempang ini
dikenali sebagai bedong, iaitu ia dihiasi oleh reka corak tenunan yang sangat halus. Panjang
bedung hampir sama dengan sirat. Bedong dipakai di bahu sebagai selendang atau
diselempangkan di badan seperti pangkahan di dada dalam upacara-upacara rasmi.

Marek Empang
Marek empang atau hiasan dada yang diperbuat dari manik dan berbola kain bertujuan
untuk menutup bahagian atas baju kecil atau kemban . Hiasan diri wanita iban, sarat dengan
barangan perak seperti tali pinggang berbentuk duit syiling, rawai dan sugu tinggi
(perhiasan di kepala).

PAKAIAN LELAKI
BAJU BURUNG
Pakaian Istiadat suku kaum Iban. Lelaki memakai Baju Burung atau Gagung (sejenis
baju yang tebal dan keras diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi

tidak dijahit kiri dan kanannya)dan sirat serta tali pinggang lampit dan manik-manik.
Kepala memakai setapok tunjang dan bulu kenyalang.

Kain Sirat
Kain Sirat atau kain cawat adalah pakaian asas kaum Iban. Sirat adalah sebidang kain
yang berukuran 50 cm X 500 cm. Bahagian hujung kain ini dihiasi dengan sulaman atau
tenunan yang indah. Kadang-kadang manik dan kulit siput turut dikarangkan sebagai
hiasan di bahagian itu. Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah
kangkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan;
mempamerkan bahagian yang berhias.
Dandong
Ia merupakan kain selendang yang dipakai oleh lelaki Iban. Dandong lebih lebar daripada
bedong. Panjang dandong tidak tetap kerana kain ini digunakan sebagai pembungkus
barang-barang persembahan dalam upacara-upacara tertentu. Dandong diperbuat
daripada kain yang ditenun dengan cara ikat.

KELAMBI

Baju Kaum Iban yang dipanggil kalambi pula ada dua jenis iaitu kalambi berlengan dan
kalambi tanpa lengan. Kalambi dipakai oleh lelaki dan wanita Iban ketika upacara
tertentu sahaja. Potongan kalambi sangat ringkas iaitu terdiri daripada sebidang kain
segi empat bujur yang dilipat dua. Sisinya dicantumkan dan ditinggalkan ruang untuk
lubang lengan atau ambungan lengan. Panjang kalambi berbeza-beza iaitu ada yang
separas punggung dan ada yang labuh hingga ke lutut. Kalambi ditenun dengan segala
macam motif yang indah. Terdapat kalambi yang dihias dengan jalur-jalur yang indah
dan ada pula kalambi yang dihias dengan jalur-jalur dan setengahnya pula dipenuhi
dengan figura-figura roh dan binatang. Kalambi yang dipakai oleh pahlawan juga
dilapiskan dengan kekabu sebagai pertahanan. Ada kalambi yang menggunakan kain
yang ditenun dengan cara ikat. Kain ini bermotifkan jalur-jaluran yang menegak, figura
manusia dan burung. Semua motif tersebut ditenun dalam bentuk geometrik. Hujung
kalambi hasil tenunan ikat ini pula dibiarkan berjumbai, berpintal atau dihias dengan
karangan manik.

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM SIKH


TURBAN ATAU DASTAR

Masyarakat penganut Sikh atau Punjabi di seluruh dunia turut memakai


serban tetapi dalam bentuk lebih tebal , lonjong dan seragam bentuknya.
Di sesetengah tempat , serban yang dipakai oleh penganut Sikh / Punjabi
dipanggil turban atau dastar.
Kain serban yang dipakai sepanjang 5 meter. Serban di kalangan
penganut Sikh amat berkait dengan kepercayaan dan wajib dipakai .
Penganut Sikh dilarang memotong rambut dan memakai serban agama
agar rambut yang panjang mudah diurus. Tetapi orang perempuan tidak
perlu memakai serban.
KURTA

SALWAR KAMEEZ

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

DHOTI

SARI

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA

CHEONGSAM

SAMFU

Anda mungkin juga menyukai