Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN AJK MAKANAN

SPESIFIKASI TUGAS:
1. Menyediakan dan menentukan bajet serta jenis makanan atau hidangan yang
perlu disediakan untuk jawatankuasa pengelola dan peserta sepanjang
program berlangsung.
2. Mendapatkan maklumat berkenaan harga berpatutan yang boleh ditawarkan
oleh katerer untuk keperluan makanan dan minuman.
3. Memaklumkan kepada AJK pengelola keseluruhan unit berkenaan hidangan
makanan.
4. Membuat tempahan dan memaklumkan jenis makanan serta jumlahnya.
5. Menyediakan hidangan jamuan makanan kepada pihak-pihak yang berkaitan
dan memastikan tiada petugas dan AJK yang ketinggalan.
6. Memastikan kebersihan tempat jamuan makan.
7. Mengemaskan dan membersihkan tempat jamuan makan, makanan yang
berlebihan dan sebagainya.
8. Memastikan tempat jamuan makan berada dalam keadaan yang bersih dan
teratur untuk keselesaan para peserta program.

SEBELUM:
1. Menghadiri perjumpaan bersama semua AJK pelaksana Program.
2. Menempah dan mengatur menu makanan yang sesuai mengikut bajet yang
telah ditetapkan.

3. Menentukan bilangan peserta yang terlibat dan juga tetamu jemputan khas.
4. Mengatur dan menentukan menu hidangan yang bersesuaian untuk AJK
pengelola, tetamu jemputan khas dan menu hidangan untuk peserta.
5. Memastikan tempat yang besesuaian (logistik) untuk hidangan makanan
semasa program berlangsung.

SEMASA:
1. Sebelum majlis bemula pada pukul 8.00am, gerak kerja yang perlu dilakukan
ialah memastikan pihak keterer/hotel telah menyediakan dengan lengkap
hidangan sarapan.
2. Memastikan susun atur hidangan dan peralatan berada dalam keadaan
teratur, bersih dan kemas.
3. Memastikan semua AJK pengelola, tetamu khas dan para peserta program
berada di tempat jamuan yang betul dan dapat menikmati hidangan masingmasing.

SELEPAS:
1. Memastikan tempat hidangan telah dibersihkan dan berada dalam keadaan
teratur.
2. Selepas

sahaja

majlis

berlangsung,

AJK

pengelola

menjalankan

post

mortem.

KEKUATAN:
1. Semua AJK pelaksana menjalankan tugas masing-masing dengan cekap dan
baik bagi memastikan setiap tugas yang diamanahkan terlaksana dengan
lancar dan jayanya.

2. Majlis ini berjalan dengan lancar dan mencapai tujuan dan objektif
sepertimana yang digariskan.

KEKANGAN:
1. Tempat hidangan/ruang jamuan yang terhad menyebabkan setiap peserta
perlu berbaris agak lama untuk giliran mengambil makanan.
2. Lokasi ruang jamuan yang agak jauh dari dewan seminar agak mengelirukan
peserta seminar kerana tidak mempunyai petunjuk arah.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN:
1. Perancangan yang lebih teliti pada masa akan datang perlu dilakukan oleh
pihak

pengelola agar segala persiapan dan perjalanan program dapat

berjalan dengan lebih baik. Segala kecacatan yang berlaku semasa hari majlis
dapat diperbaiki pada masa akan datang.
2. Pihak AJK perlu memeriksa lokasi hidangan dan dewan makan sehari sebelum
majlis

berlangsung agar dapat mengesan masalah yang mungkin timbul

dengan lebih awal dan

menanganinya sebelum majlis berlangsung.

Anda mungkin juga menyukai