Anda di halaman 1dari 4

PROGRAM LATIHAN ILMIAH

PDK KG. CHEPA


LAPORAN

LAPORAN AJK PUBLISITI PROGRAM LATIHAN ILMIAH DI PDK KAMPUNG
CHEPA, PISMP PENDIDIKAN KHAS SEMESTER VI TAHUN 2011

Ketua : Mohd Nazri Bin Mat Nasir
Bidang Tugas : Menyediakan satu bentuk laporan dan pernyataan untuk
menghebahkan atau pemberitahuan tentang sesuatu
agenda yang akan dijalankan berdasarkan projek yang
telah dirancang melalui menyediakan:
Buku program
Poster
Fotografi

Laporan Sebelum :-
1. Mengadakan perbincangan dengan ahli kumpulan untuk memilih aktiviti
yang berkaitan dengan projek yang akan dijalankan di PDK pilihan untuk
dimasukkan ke dalam buku program.

2. Menyediakan peralatan yang perlu diberi keutamaan dalam bidang tugas
publisiti seperti kamera, poster dan pemplet.

3. Menyediakan pemplet untuk tujuan pemberitahuan kepada masyarakat
mengenai program yang akan dijalankan terutamanya bagi mendapatkan
sumbangan dari pihak yang berkaitan .

PROGRAM LATIHAN ILMIAH
PDK KG. CHEPA
LAPORAN

4. Mengambil sampel gambar PDK untuk penambahbaikan semasa
kunjungan pra lawatan.

Laporan Semasa :-
1. Mengambil gambar sebelum, semasa dan selepas sesuatu projek
dijalankan .

2. Menyediakan buku program, sampel gambar dan poster untuk majlis
penutup Program Latihan Ilmiah di PDK.

3. Menyediakan tentatif untuk program perasmian penutup Lawatan Ilmiah di
PDK.


Laporan Selepas :-
1. Mengemaskini bahan-bahan seperti gambar yang diambil untuk
memudahkan tugas pelaporan dan penilaian.

2. Mengedit, mencuci, dan membukukan gambar yang diambil untuk
dokumentasi.

3. Menyediakan persembahan berbentuk movie maker semasa tugas
perbentangan dapatan ilmiah yang diadakan.


Kekuatan :-
PROGRAM LATIHAN ILMIAH
PDK KG. CHEPA
LAPORAN

1. Kemudahan peralatan yang lengkap untuk bidang tugas publisiti seperti
kamera, pamplet dan poster.

2. Mempunyai sudut dan ruang yang sesuai untuk menghebahkan sesuatu
program yang akan dijalankan semasa di PDK.

3. Mendapat reaksi yang positif daripada masyarakat sekeliling untuk turut
serta di dalam sesuatu program yang dianjurkan.

Kelemahan :-
1. Tidak begitu mahir di dalam penggunaan miscosoft office publisher untuk
membuat buku program.

2. Terdapat kekurangan terhadap gambar yang diambil apabila membuat
semakan semula.

3. Terdapat gambar yang tidak sempat diambil berdasarkan sesuatu
program yang dijalankan kerana terlibat dengan aktiviti yang lain
berdasarkan pembahagian tugas yang dibuat.






Penambahbaikan :-
PROGRAM LATIHAN ILMIAH
PDK KG. CHEPA
LAPORAN

1. Membuat persediaan rapi untuk memahami secara lebih jelas lagi bidang-
bidang tugas bagi jawatan kuasa publisiti.

2. Memperbaiki kelemahan-kelemahan yang berlaku sepanjang tugasan
projek untuk dijadikan panduan pada masa akan datang.

3. Meminta bantuan daripada rakan-rakan yang lain jika terdapat masalah
yang memerlukan perbincangan untuk mewujudkan kata sepakat.



Disediakan oleh, Tarikh : 5 Oktober 2011

__________________________
(MOHD NAZRI BIN MAT NASIR)
Ketua Jawatan Kuasa Publisiti,
Program Latihan Ilmiah Di PDK,
PISMP Pendidikan Khas Semester 6- 11

Anda mungkin juga menyukai