Anda di halaman 1dari 9

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

TK60304
PENCERAPAN PENGAJARAN
(TEORI, APLIKASI DAN ISU SEMASA)

JOHARI WINDOW

NAMA

: NORLIZYAWATI BINTI TASSIM

NO. MATRIK

: MT 1312279 T

NO KAD PENGENALAN : 871126-49-5824


MEC

: KUMPULAN 1 SESI 2013/2014

PENSYARAH:
PROF. MADYA DR. CHRISTINA PETER LIGADU

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN


ISI KANDUNGAN

1.0
2.0
3.0

Pendahuluan.
Komunikasi Interpersonal
Maksud Setiap Window ...

2
2
5

3.1
3.2
3.3
3.4

Window Unknown.
Window Hidden.
Window Blind
Window Open...

5
6
7
7

4.0

Rumusan.

1.0

PENDAHULUAN
Model Johari Window telah diperkenalkan oleh dua orang yang dipanggil Joe dan Harry.

Gabungan nama mereka telah menghasilkan Model Johari Window. Teknik ini telah direka pada tahun
1955 di mana ia membantu orang dalam lebih memahami hubungan antara diri dan orang lain. Johari
Window terbahagi kepada empat window iaitu open, blind, hidden dan unknown. Johari Window ialah
komunikasi antara dua pihak dan terdapat empat pandangan yang berbeza dalam interaksi interpersonal
tersebut. Johari Window ditakrifkan sebagai method of charting or plotting disclosive behaviours in a
relationship iaitu kaedah merangka atau merancang tingkah laku dalam hubungan.

2.0

KOMUNIKASI INTERPERSONAL

Secara umumnya, kita menghuraikan diri kita sebagai saya tahu semua tentang diri saya (I know
everything about me). Tetapi menurut Johari Window ada perkara yang kita tahu dan ada juga yang kita
tidak tahu mengenai diri kita. Mungkin apa yang kita tidak nampak dalam diri kita tetapi kita tidak
menyedarinya. Contohnya dalam mentoring dan pencerapan, kita sendiri merasakan kita telah
melaksanakan tugas dengan baik tetapi ada perkara yang kita tidak tahu tentang diri kita sendiri dalam
melaksanakan tugas.
Kemudian apabila saya tahu semua tentang diri saya (I know everything about me), menurut
Johari Window ia dapat dibahagikan kepada dua iaitu kepada saya tahu dan saya tidak tahu tentang diri
saya seperti dalam rajah di bawah.

Saya tahu tentang diri saya

Saya tidak tahu tentang diri saya

Saya tahu semua tentang diri saya

Rajah 1: Saya tahu dan saya tidak tahu tentang diri saya
Johari Window membahagikan lagi kepada dua bahagian kepada dua bahagian secara melintang
iaitu kamu tahu tentang saya dan kamu tidak tahu tentang diri saya. Di peringkat ini, ada pihak ke dua
dalam Model Johari window. Maka terhasillah empat window dalam Model Johari Window.

Kamu tahu tentang saya


Kamu tidak tahu tentang diri saya

Rajah 2: Kamu tahu tentang saya dan kamu tidak tahu tentang diri saya
Window saya tahu tentang diri saya dan kamu tahu tentang saya (I know about me dan u know
about me) dikenali sebagai Open. Window Saya tidak tahu tentang diri saya dan kamu tahu tentang saya
(I dont know about me dan u know about me) dikenali sebagai Blind, window saya tahu tentang diri saya
dan kamu tidak tahu tentang diri saya (I know about me dan u dont know about me) dikenali sebagai

Hidden dan window saya tidak tahu tentang diri saya dan kamu tidak tahu tentang diri saya (I dont know
about me dan u dont know about me) dikenali sebagai Unknown.

Saya tahu tentang diri saya


Kamu tahu tentang saya
OPEN

Saya tidak tahu tentang diri saya


Kamu tahu tentang saya
BLIND

Saya tahu tentang diri saya


Kamu tidak tahu tentang diri saya
HIDDEN

Saya tidak tahu tentang diri saya


Kamu tidak tahu tentang diri saya
UNKNOWN

Rajah 3 : Johari Window


Dalam konteks pendidikan iaitu dalam pencerapan, guru yang dicerap akan dipantau oleh seorang
pencerap. Mungkin guru yang dicerap merasakan yang dia telah mencuba sehabis baik, mengajar di
dalam kelas dengan menggunakan semua bahan yang ada dan mengoptimumkan pengajaran dan
pembelajaran. Namun, tidak semestinya semuanya sempurna. Mungkin ada beberapa kelemahan yang
tidak disedari oleh guru yang dicerap. Di sinilah pentingnya pencerapan dilaksanakan. Antaranya ialah
latihan-latihan yang kurang dan interaksi dengan pelajar yang kurang. Ini mungkin tidak disedari oleh
guru yang dicerap tetapi disedari oleh pencerap dari sudut pandangan yang berbeza.
Contohnya situasi yang diterangkan dalam Johari Window bagi Window Open ialah dalam
perkahwinan, sang suami tahu bagaimana isterinya berinteraksi atau berdepan dengan rakan-rakan, dan
isterinya sendiri sudah mengetahui caranya berinteraksi dengan kawan-kawan. Si suami pula mengetahui
cara isterinya berinteraksi melalui pemerhatian (observation). Di sini bermaksud tingkah laku
memberikan informasi kepada orang sekitar (action give information to other). Itulah pentingnya
persahabatan dan hubungan yang rapat antara guru yang dicerap dan pencerap. Ini adalah bagi
menambahkan ruang Window Open iaitu saya tahu dan kamu tahu tentang diri saya (I know dan you
know) dalam diri pencerap. Perkenalan juga penting agar ruang Window Unknown menjadi sempit.
Bagi situasi Window Blind pula, kamu tahu tentang saya tetapi saya tidak tahu tentang diri saya
(u know me but I dont know about myself). Contohnya seorang pekerja tidak mengetahui bahawa bosnya
akan memecatnya pada minggu akan datang. Dalam pengajaran dan pembelajaran pula, seseorang guru
mengenali pelajarnya tetapi pelajar tersebut tidak semestinya mengenali dirinya sendiri berdasarkan apa

yang telah diperhatikan oleh gurunya. Contohnya mungkin pelajar tersebut berpakaian tidak kemas dan
cara percakapan yang kurang sopan. Mungkin dia tidak menyedari tentang dirinya sendiri tetapi ini boleh
dinilai atau dilihat oleh orang lain.
Dalam pencerapan pula, situasi Window Blind banyak berlaku. Hal ini kerana dalam pengajaran
dan pembelajaran ada kekuatan dan kelemahan kita yang kita tidak ketahui. Tetapi apabila adanya
pencerap, kita akan lebih mengenali kekuatan dan kelemahan diri kita sendiri. Inilah yang berlaku apabila
seorang guru yang dicerap akan berasa takut dan gementar apabila dicerap. Hal ini berlaku kerana guru
beranggapan bahawa pencerap mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran
dan guru merasakan diri mereka dinilai.
Dalam situasi Window Hidden pula, saya tahu tentang diri saya dan kamu tidak tahu tentang diri
saya (I know about myself dan u dont know) mungkin ini berlaku dengan orang yang personaliti
peribadinya yang sangat pendiam dan menyendiri.
Bagi situasi Window Unknown pula, saya tidak tahu tentang diri saya dan kamu tidak tahu
tentang diri saya (I dont know about me dan u dont know about me), melibatkan suasana pada masa akan
datang. Contohnya dalam menangani stress tahap yang tinggi, saya sendiri dan kawan atau orang sekitar
sendiri tidak tahu bagaimana saya akan menangani stress tersebut. Ini adalah kerana saya tidak pernah
berada dalam situasi tersebut.

3.0

MAKSUD SETIAP WINDOW

3.1

Window Unknown
Menurut Johari Window, ia adalah berbeza pendekatannya dalam hubungan yang berbeza.

Contohnya, ketika kita baru mengenali atau berjumpa seseorang, Window Unknown adalah yang terbesar.
Ini adalah disebabkan masing-masing tidak mengenali diri masing-masing. Ini dinamakan The Turtle.
Ini contohnya di awal program mentoring dijalankan, mentor dan mentee tidak mengenali diri masingmasing. Yang hanya diketahui adalah secara luaran sahaja contohnya ketinggian mentor dan mentee,
warna rambut dan warna kulitnya. Tetapi apabila perkenalan berlaku, Window Blind akan menjadi besar
sedikit.

BLIND

UNKNOWN

Rajah 4 : Sebelum Berkenalan

BLIND

UNKNOWN

Rajah 5 : Selepas Berkenalan


Ini adalah kerana selepas berkenalan terdapat interaksi antara dua hala dimana mentee
memperkenalkan dirinya sendiri manakala mentor pula mendengar dan sebaliknya. Mentor
mengintepretasikan dapatan dan mengetahui sesuatu yang baru dari menteenya. Semakin banyak
perkongsian dua hala berlaku, semakin besar Window Blind.
Dalam pencerapan, hal seperti ini juga amat penting sebagai persediaan guru-guru dalam
pencerapan. Sesi perkenalan akan mengurangkan jurang antara pencerap dan guru yang dicerap. Banyak
perkara yang tidak diketahui oleh guru yang dicerap akan dapat dibincangkan. Antaranya ialah apa yang
dilihat dalam pencerapan, apa yang perlu dilakukan oleh pencerap dan guru yang dicerap, perkara-perkara
yang perlu ada dalam pencerapan dan sebagainya. Setelah adanya perkenalan, sesi pencerapan akan
menjadi lebih baik dan kurang memberi tekanan kepada guru yang dicerap.

3.2

Window Hidden
Bagi situasi di mana Window Hidden yang besar pula, ia bermaksud saya tidak banyak

memberitahu tentang diri saya tetapi saya mahu tahu apa yang kamu tahu tentang diri saya ( I dont tell
much about me, I want to know what they knew about me). Contohnya sebagai seorang pekerja, saya
banyak bertanya kepada ketua tentang diri saya. Soalan-soalan yang ditanya mungkin antaranya ialah
tentang tahap prestasi kerja dan sebagainya. Disini, Window Blind dan Unknown menjadi kecil kerana
window saya tidak tahu tentang diri saya adalah sedikit.
Dalam situasi ini pula, ia boleh diaplikasikan dalam pencerapan iaitu selepas pencerapan di mana
pencerap akan menerangkan kekuatan dan kelemahan guru semasa pengajaran dan pembelajaran. Ini
bersesuaian dengan tujuan pencerapan iaitu untuk saling membantu bukan hanya menilai semata-mata.

BLIND BLIND
HIDDEN
UNKNOWN

Rajah 6 : Window Hidden


Dalam program mentoring pula, adakalanya menteenya hanya berdiam diri sahaja. Tidak banyak
perkara yang dapat dipelajari daripada program mentoring jika mentee hanya mendiamkan diri. Ini
menjadikan mentoring kurang berkesan. Sepatutnya mentee dan mentor sama-sama berkolaborasi untuk
meningkatkan keberkesanan program mentoring.
3.3

Window Blind
Apabila Window Blind besar, ini dipanggil sebagai Bull in the China Shop. Ini berlaku apabila

saya memberitahu kamu banyak tentang diri saya (I told u lots about me) tetapi dalam masa yang sama,
saya tidak mahu tahu apa yang kamu fikir atau perkatakan tentang diri saya (I dont listen to what u offer)

ini bermaksud hanya satu pihak sahaja yang memberi tetapi dalam masa yang sama dia tidak mahu
menerima.
Ini adalah contoh pencerap yang bersikap diktator. Dia tidak memberi ruang kepada guru yang
dicerap untuk memberitahu masalah yang timbul di dalam pengajaran dan pembelajarannya. Tiada
perkongsian dua hala berlaku.

BLIND

UNKNOWN

Rajah 7 : Window Blind


3.4

Window Open
Dalam situasi apabila Window Open besar, ini dipanggil sebagai Ideal. Kedua-dua pihak sama-

sama saling mempercayai. Kedua-dua pihak juga saling terbuka. Cadangan-cadangan boleh ditanyakan
dari rakan-rakan. Komunikasi dan tindakbalas juga menjadi sangat bagus.

OPEN

HIDDEN

Rajah 8 : Window Open


Sesi mentoring yang baik ialah apabila kedua-dua pihak mencapai tahap saling mempercayai dan
saling amanah antara satu sama lain (trustworthiness) seperti dalam Window Open dalam Johari Window.
Kedua-dua pihak guru yang dicerap dan pencerap sama-sama berkomunikasi dengan baik dan memberi
tindakbalas yang baik. Hubungan seperti ini dapat menjalinkan suasana mentoring yang berkesan.
Komunikasi yang berkesan akan menghasilkan hubungan dua hala yang baik. Dalam mentoring,
hubungan yang rapat penting bagi melahirkan rasa selesa untuk berkongsi cadangan atau masalah. Justeru
itu, program mentoring akan menjadi lebih efektif.
Dalam pencerapan pula, interaksi dua hala membolehkan adanya peningkatan ilmu pengetahuan
kerana biasanya pencerap merupakan guru yang berpengetahuan dan berpengalaman dalam bidang
keguruan.

4.0

RUMUSAN
Komunikasi penting dalam kehidupan seharian kita. Oleh yang demikian, pihak pentadbir

seharusnya memberikan satu panduan lengkap kepada pihak-pihak terlibat dalam melaksanakan program
mentoring dan pencerapan. Dapatlah dirumuskan bahawa, komunikasi yang berkesan antara dua pihak
mampu melahirkan program yang efektif.

Anda mungkin juga menyukai