Anda di halaman 1dari 3

Pendahuluan

Budi bahasa merupakan amalan baik - perlu ada pada setiap orang.
Penting untuk melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia - merealisasikan misi
negara ke arah Wawasan 2020.
Namun begitu, budi bahasa dalam kalangan masyarakat semakin lenyap.
Remaja bertindak liar di luar batas-batas kehidupan.
Contoh - terlibat dalam aktiviti jenayah seperti gengsterisme, vandalisme, dan pornografi.
Budaya berbudi bahasa perlu diamalkan - kerana seribu satu kemaslahatan boleh
diperoleh.
Terdapat heterogen langkah untuk

Isi 1
melalui rombakan sistem pendidikan

Pendidikan merupakan wahana yang berkesan untuk mentarbiah masyarakat.


Melalui pendidikan - menjadi insan yang kamil dan holistik - dari aspek jasmani, rohani
dan intelek.

Pendidikan mampu melahirkan insan yang berhemah tinggi dan berbudi bahasa.
Menteri Pelajaran mengarahkan agar kurikulum semua mata pelajaran dirombak
semula.

Rombakan - dilihat melalui penerapan nilai murni yang berkaitan dengan amalan budi
bahasa dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu melalui cerpn, novel, drama dan
puisi.

Dalam usaha untuk memupuk amalan budi bahasa, perubahan dalam sistem pendidikan
perlu dilaksanakan kerana akal tak sekali datang, runding tak sekali tiba.

Isi 2
pihak sekolah perlu melaksanakan aktiviti kokurikulum dengan lebih giat dan
berkesan
Aktiviti kokurikulum berkesan dalam membentuk amalan budi bahasa seperti
bertanggungjawab, bekerjasama dan hormat-menghormati dalam diri pelajar.

Contoh - aktiviti perkhemahan - membentuk semangat berpasukan yang tinggi.


Aktiviti bergotong-royong - menanamkan perasaan bertanggungjawab para pelajar
terhadap alan sekitar dan sekolah mereka - tak kenal, maka tak cinta.

Isi 3
peranan ibu bapa
Bagaimana acuan, begitulah kuihnya - ibu bapa akan menjadi ikutan kepada anak-anak
mereka.
Oleh itu, sesuatu perkara perlu dipupuk dar kecil oleh ibu bapa - melentur buluh
biarlah dari rebungnya.
Contoh - anak yang lebih muda perlu menghormati kakak atau abang mereka menghormati harta benda adik-beradik.
ibu bapa tidak boleh bersikap seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan yang
betul.
Ibu bapa perlu sentiasa menunjukkan bahawa mereka juga saling menghormati sesama
mereka.

Isi 4
kempen yang berkesan
Mampu menyedarkan masyarakat tentang kepentingan amalan berbudi bahasa.
Masyarakat kini lebih muda dipengaruhi dan dikuasai degan kempen-kempen yang
diadakan.
Majalah Readers Digest telah menyiarkan hasil kajian kesantunan di 36 bandar raya di
dunia - Kuala Lumpur menjadi bandar raya kedua paling biadab.
Oleh itu, kempen seumpama ini haruslah diadakan secara berterusan serta giat dan
bukannya sekadar melepaskan batuk di tangga.

Penutup
Amalan budi bahasa amat mustahak untuk negara mencapai taraf negara maju.

Yang merah itu saga, yang kurik itu kendi, yang indah itu bahasa, yang elok itu
budi - menggambarkan kepentingan berbudi bahasa dalam masyarakat kita.
Sifat-sifat luhur dan amalan berbudi bahasa yang kian terhakis ini wajarlah dipulihkan dan

dihidupkan semula.

Anda mungkin juga menyukai