Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA HARI GURU

,


Ya Allah , Tuhan Semesta Alam ,
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk meraikan Majlis
sambutan Hari Guru (Tahun 2015) pada pagi yang berbahagia ini dengan tema :
Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak
Ya Allah , Ya Aziz Ya Rahman ,
Sesungguhnya tugas sebagai guru adalah tugas yang mulia dan murni sepanjang zaman , justeru itu
kurniakanlah kepada guru-guru kami hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab yang
berat ini dengan sebaiknya . Lorongkanlah hati guru-guru kami agar menjadikan seluruh aktriviti dunia
pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata .
Ya Allah , Ya Mudabbiral amri ,
Pada saat dan detik ini, kami hulurkan tangan pengharapan , memohon ihsan dan pimpinan-Mu agar
Engkau anugerahkan rasa kasih sayangMu kepada barisan pendidik yang budiman terhadap anakanak didik mereka , sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak- anak mereka sendiri ,
kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah
pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam
memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan
kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar sekolah ini khasnya
dan di arena pendidikan perdana amnya .
Ya Allah , Ya Sobur ,
Pada kesempatan ini , kami mohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah sudilah kiranya
Engkau mengurniakan kepada kami para pelajar dengan sifat yang mulia dan akhlak yang luhur ,
mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa menghormati guru-guru kami ,
mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru kami dimana kami sentiasa mengharapkan teguran dan
bimbingan guru-guru , semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama ,
bangsa dan negara tercinta .

Anda mungkin juga menyukai