Anda di halaman 1dari 7

ISU ETIKA DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI

Manusia sebagai makhluk sosial hidup dalam aturan susila dan


beraktivti. Sains & Teknologi adalah hasil aktiviti manusia yang tidak
terlepas daripada isu etika.
Isu etika seringkali menjadi tajuk perdebatan antara golongan saintis
dengan golongan agama mahupun budayawan
DEFINISI ETIKA
Dari bahasa Yunani - ethico = moral.
Persoalan moral adalah persoalan praktikal yang berkaitan dengan
betul atau salah, benar atau tidak.
Pertimbangan moral seseorang sebahagiannya bergantung kepada
suasana/keadaan ia dibesarkan, sistem sosial/kelas ia hidup atau
agama yang dianutinya
ETIKA PADA PANDANGAN
Pemikir & Aliran Falsafah Barat
Kebaikan berkisar pada ilmu, kebahagian, kesempurnaan,
keseronokan yang diingini oleh manusia.
Aliran Moral Politistik
Guna metod agama untuk takrif kebaikan (keupayaan untuk penuhi
kehendak Tuhan (agama budaya) melalui sajian, pengorbanan &
sembahan) jika tidak tunai berlaku keburukan
Filosof Barat & Aliran Keagamaan
Kriteria untuk nilai baik & buruk berpunca dari keupayaan manusia
seperti akal ratio, intusisi & pengalaman hidup.
Setiap tingkah laku menurut apa yang manusia fikir. Maka ia bergantung
kepada relatif tujuan & tidak bersifat standard/sejagat dalam menentukan
baik atau buruk. Sifat-sifat positif boleh dipupuk melalui latihan kebiasaan
dalam bentuk ibadah khusus mahupun umum di samping berakhlak terpuji
ISU SEJARAH - SEKULARISME DALAM SAINS & TEKNOLOGI

Isu ini timbul bila Barat terkongkong dalam persepakatan Gereja hingga
bertindak memisahkan antara gereja dan agama. Zaman pertengahan
ketika kemuncak ketamadunan Islam, wujud interaksi antara Barat dengan
tamadun Islam. Barat melihat orang Islam gunakan kebebasan akal untuk
maju. Barat terima hakikat keunggulan akal dan cuba pisahkan hakikat akal
dengan agama.
Lahir tokoh ilmuan Barat seperti Copernicus & galilio Galili. Pengaruh
mereka melahirkan suatu revolusi pemikiran pada dunia Barat. William
Wuvel (paderi) buat kajian dalam fizik dan tegaskan bahawa Sains hanya
ilmu yang berasaskan kajian imperikal bukan kerohanian. Hakikat bagi
Barat matlamat penggunaan Sains & Teknologi tertakluk pada akal budi
manusia.
PENCEMARAN ISU ETIKA OLEH BARAT
Teori Darwin
Lihat silsilah manusia daripada haiwan. Memperkosa fitrah
kesucian manusia. Menolak hakikat kewujudan Allah SWT
Meletakkan hidup manusia di taraf paling rendah.
Aliran Empirikal
Letakkan ukuran kemajuan atas sesuatu yang bersifat
fizikal/material yang boleh dibuat ujikaji. Hidup manusia hanya
tertumpu pada kebendaan. Hal kerohanian & ketuhanan di luar
bidang kajian kerana sukar dibuktikan. Lahirkan kemajuan yang
tidak seimbang & sepadu. Ia penyebab kepada penderitaan
manusia hari ini.
Aliran Saintisme
Meletakkan segala aktiviti Sains untuk Sains dan sains bersifat
nature. Ia tidak terdedah kepada nilai baiki dan buruk. Atas
nama Sains manusia bebas melakukan apa sahaja meskipun
bertentangan dengan etika, norma hidup atau agama.
PENGKLONAN & KEJURUTERAAN GENETIK

Bagi menghasilkan produktiviti pertanian & penternakan, perindustrian &


perubatan. Usaha pertama dilakukan oleh ahli embriologi Scotland Ian
Wilmut. Beliau menghasilkan klon kambing biri- biri bernama Dolly. Bila
menular kepada pengklonan manusia, ia berkait dengan etika. Ia
melanggar fitrah manusia yang hidup berpasangan, berkahwinan &
berkeluarga.
Isu teknologi gabungan DNA (asid nukliek deoksiribosa) dan kejuruteraan
genetic turut diperdebatkan oleh para ilmuan Islam yang menghasilkan
beberapa rumusan tentang keabsahannya menurut syariah Islam. Islam
menggariskan prinsip-prinsip tertentu dalam melaksankan proses
kejuruteraan baka atau lebih khusus lagi disebut pengklonan. Misalnya
Islam menolak pengklonan manusia dengan alasan :
a. Manusia adalah ciptaan Allah SWT. Justeru itu pihak lain tidak berhak
campurtangan dalam urusan penciptaan-Nya
b. Pembikinan klon manusia akan mendatangkan kemusnahan kepada
alam ciptaan Allah
c. Pengklonan manusia pula akan merosakkan system kekeluargaan
d. Pengklonan menyanggahi sunnah Allah yang menciptakan manusia
dengan hikmah-hikmah yang tertentu dan unik
e. Pengklonan manusia melalui proses yang diluar batas hokum syarak
atau di luar institusi perkahwinan Islam yang mantap

Apa yang terjadi di kalangan saintis barat yang melakukan kegiatan


genetic engineering untuk kepentingan kebendaan dan keangkuhan ilmu
untuk mencabar kuasa Tuhan yang Maha Pencipta. Akibat daripada
kerakusan saintisme barat akan menimbulkan krisis nilai dalam kehidupan
manusia. Masalah social akan terus meningkat berikutan hubungan suci
manusia melalui ikatan perkahwinan dan kekeluargaan telah dihakis dan
dimusnahkan. Apabila situasi itu terjadi para saintis tidak lagi dapat dikawal
oleh undang-undang keran dunia sains semakin eksklusif dan dimiliki
imuniti tersendiri.

Sehubungan ini, Azizan Baharuddin di dalam bukunya Science and Belief


Discources on New Perceptions telah dibahaskan persoalan biologi
kontemporari yang berdepan dengan beberapa pertimbangan nilai dan
etika tentang sehingga sejauhmanakah teknologi-teknologi yang berkaitan
mengancam keadaan berahsia (privacy) kebebasan, kesihatan,
keamanan, malah kewujudan manusia, keseimbangan pelbagai ekosistem
serta futuristic planet bumi. Beliau menampilkan polemic antara golongan
yang memegang prinsip hormic dengan golongan yang memegang prinsip
hormic dengan golongan yang mendokong konsep pure chance tentang
menjelaskan mekanisme kehidupan yang mempunyai implikasi besar
terhadap etika. Antaranya :
a. Kesan-kesan bahaya molekul-molekul DNA menghasilkan
perbincangan tentang keselamatan manusia
b. Campurtangan manusia dalam proses kehidupan asas tentang
bentuk dan aturan struktur genetic
c. Tentang pengawalan ekspresi gen ( control of gene expressions )
d. Tentang proses pembezaan sel
Semua proses tersebut memerlukan satu disiplin dan etika yang tinggi.
Para penyelidik saintifik mesti memahami bagaimana sesuatu itu berlaku
dan bagaimana ia berfungsi. Mereka tidak boleh mengabaikan juga
persoalan kenapa sesuatu itu berlaku. Ini membabitkan persoalan yang
melepasi dimensi fizikal semata-mata.
Bruno Ribes (1978), UNESCO telah memutuskan slah satu teori tentang
etika iaitu teori deontology yang menekankan sebarang kebaikan dan
kesempurnaan yang dicari tidak boleh mengabaikan aspek logic. Di antara
logik dan biologi ialah kewujudan sifat simbosis , segerak ( synchrony) dan
lain-lain bagi kehidupan mikro. Sifat segerak misalnya mempercayai
kewujudan satu keadaan konjugat jangka-jangka masa tertentu yang ketat.
Jika berlaku campurtangan yang membabitkan kelambatan akan menjadi
rosak.Begitu juga di peringkat kehidupan makro.
Susunan social umpamanya berfungsi secara langsung mengikut satu
model biologi. Justeru itu seseorang manusia tidak memiliki kebebasan
mutlak. Ia tetap terbatas oleh sifat-sifat biologi yang tertakluk kepada

hukum-hukum tabii dan tetap sebagai peraturan dan undang-undang


Tuhan pencipta alam, Antara kenyataan Bruno Ribes :
satu keperluan etika yang intrinsic atau yang hakiki ialah nilai yang
dirangkuminya mestilah mutlak dan kekal. Telah didapati bahawa
keperluan ini hanya didapati dari wahyu
Ini membuktikan bahawa biologi moden yang secular akan terus berdepan
dengan isu etika lantaran sifat naturalistic dan utilitarianismenya. Untuk
menjawab persoalan ini, pendekatan sains Islam secara bersepadu adalah
satu kemestian atau penyelesaian. Persoalan ini disentuh oleh Zianuddin
Saardaar di dalam bukunya The touch of Mides. Dalam tulisannya itu
Sardar mengemukakan sepuluh nilai iaitu Tauhid, Khilafah, Ibadah, Ilmu,
Halal, Haram, Adil, Zalim, Dhiya atau cahaya petunjuk dan istilah. Anwar
Nasim (1997) dalam eseinya Moral and Ethical Issues The development
of Biotechnology and Genetic Engineering membincangkan secara
langsung aspek moral dan etika dalam bioteknologi dan kejuruteraan
genetic. Beliau memaparkan dengan jelas hujah-hujah yang membuktikan
adanya isu dalam aspek berkenaan. Antara aspek-aspek itu ialah aspek
patent laws, pelepasan microorganism kejuruteraan genetic (GEMS),
projek genome manusia, terapi genetic (genetic therapy), transgenic
binatang dan tumbuh-tumbuhan dan lain-lain.
Majlis Fatwa al-Azhar mengeluarkan beberapa fatwa mengenai isu
pengklonan manusia :Pengklonan manusia haram dan perlu dihalang dgn apa cara sekalipun
Pengklonan manusia menjadikan manusia yang asalnya sebagai hamba
yang dimuliakan disisi Allah, terhina apabila dijadikan objek penyelidikan
yang akan menimbulkan pelbagai masalah sampingan

PENGEMBALIAN SAINS KE PANGKUAN ISLAM

Usaha terpenting umat Islam pada masa kini ialah bagaimana


mengembalikan semula sains kepada paksinya yang satu iaitu agama.
Antara rumusan untuk melaksanakan usaha-usaha murni
kearahpengislaman sains ini ialah :
a. Keharmonian agama dan sains, tiada pertentangan di antara keduaduanya
b. Terdapat proses pertumbuhan yang selari di antara agama dan sains
di dalam sejarah dan dalil-dalil yang menunjukkan agama
mencetuskan kegiatan sains
c. Fakta yang relevan mengisyaratkan bahawa sains telah
memantapkan lagi ajaran agama dan demikian juga sebaliknya
d. Penampilan sains adalah dari cetusan agama malah prinsip-prinsip
dan fakta-fakta sains terdapat di dalam teks keagamaan
e. Terdapat stimuli dan stigma dari falsafah ketuhanan yang menjadi
mekanisme kepada eksperimen sains. Justeru itu agama membentuk
pemangkin kepada sains dengan rujukan kepada suruhan dan ajaran
Tuhan
f. Hubungan sains dan agama dari segi fungsinya adalah untuk
mencapai kebahagiaan manusia

RUMUSAN

Sains dan teknologi Islam merupakan satu cabang ilmu yang sangat
penting bagi memenuhi tuntutan kehidupan manusia yang sentiasa maju
dan berkembang. Namun begitu, setiap kemajuan yang dicapai
seharusnya dipandu dan dikawal oleh nilai-nilai etika Islam bagi
memastikan ia sentiasa berada di paksi yang benar dan diredhai oleh Allah
SWT

Anda mungkin juga menyukai