Anda di halaman 1dari 6

KERTAS CADANGAN

PENUBUHAN KELAB MEMANAH SEKOLAH


DENGAN KERJASAMA
PIBG SK TELOK GADONG

SK TELOK GADONG
PENUBUHAN KELAB MEMANAH
1. PENDAHULUAN
Memanah adalah satu sukan yang telah lama wujud di dunia ini iaitu sejak zaman
Nabi lagi. Ia adalah salah satu sukan berprestasi tinggi di Negara kita. Ia
memerlukan disiplin yang tinggi serta kekuatan fizikal dan mental mahupun emosi.

2. Matlamat
1. Program ini akan mendedahkan pelajar kepada sukan yang berprestasi tinggi. Ia juga
dapat melahirkan pelajar yang berkeyakinan, fokus dan mempunyai visi dan misi serta
berdisiplin.
2. Pelajar SKTG akan mewakili sekolah dalam pertandingan memanah peringkat antara
sekolah dan seterusnya.

3. Objektif
1.1.

Untuk mencapai matlamat 1 murid, 1 sukan.

1.2. Memberi peluang kepada pelajar menceburi bidang sukan yang jarang ada di
sekolah.
1.3.

Melahirkan pelajar supaya berdisiplin dan fokus dalam bidang yang diceburi.

1.4. Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri serta ketahanan fizikal dan mental
pelajar.
1.5.

Mengeratkan lagi hubungan antara pelajar dalam kelab.

1.6. Melahirkan pemanah yang akan mewakili sekolah, daerah, bahagian, negeri dan
seterusnya mewakili negara pada suatu hari nanti.
1.7.

Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan social.

4. Rasional
2

1.1. SKTG belum mempunyai satu sukan yang mampu menjadi kebitaraan
sekolah,justeru itu,memanah adalah satu sukan yang baik untuk mengangkat nama
SKTG di mata MSSS

1.2. Kita mempunyai guru yang berminat dan telah berkursus Jurulatih Memanah
Peringkat 1

1.3. Kita mempunyai pelajar yang berkebolehan serta berminat dalam sukan ini
disamping mempunyai fizikal badan yang sesuai.

1.4. Kita memiliki tempat untuk berlatih yang sangat sesuai untuk pelajar sekolah
rendah

5. Kumpulan Sasaran
1.1.

Pelajar Tahun 4 dan 5

1.2.

20 Orang Lelaki 10 orang


Perempuan 10 orang

6. Ahli Jawatan Kuasa (AJK)


3

Pengerusi

Guru Besar

Naib Pengerusi

Penolong Kanan Ko-Kurikulum

Setiausaha

Jurulatih

Bendahari

Pelajar

AJK

Pelajar

Ahl

i:

Pelajar

7. Anggaran Perbelanjaan

1. Target batt

RM 800 x 1 = RM 800.00

2. Set Memanah

RM1 800 x 2 = RM 3 600.00

Termasuk Aksessori (finger tab, arm guard, chest guard, dll)

Jumlah
8. Kutipan dana untuk membiayai peralatan

1. Kutipan Derma
2. Memohon penajaan dari pihak tertentu
3. Penjualan penanda buku dll.
4. Memohon peruntukan ko-kurikulum dari pejabat pendidikan.
5. Memohon peruntukan ko-kurikulum sekolah.

9. Peringkat sasaran peralatan.

= RM 4 400.00

1. Tahun 2015 Memiliki sekurang kurangnya 2 set memanah dan 1 Target batt.
2. Tahun 2016 Memiliki sekurang-kurangnya 5 set memanah dan 2 Target batt.
3. Tahun 2017 Memiliki sekurang-kurangnya 10 set memanah dan 4 Target batt.

10.

Harapan

1. Menjadikan sukan memanah sebagai penanda aras sukan ko-kurikulum sekolah.


2. Sukan memanah sebagai watak kecemerlangan SKTG.
3. Melahirkan pemanah yang akan mewakili negeri Selangor pada masa akan datang.

Disediakan oleh:
.
(MOHD ROZAIDI BIN AZIZAN)
Penolong Kanan Kokurikulum,
Sekolah kebangsaan Telok Gadong

Disahkan oleh:
.
(MD ZOHRI BIN SALUKI)
Guru Besar,
Sekolah kebangsaan Telok Gadong

Anda mungkin juga menyukai