Anda di halaman 1dari 24

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

TAJUK 2
2.0

KEMAHIRAN PROSES SAINS

SINOPSIS
Kurikulum

sains

sekolah

rendah

memberi

penekanan

kepada

penguasaan kemahiran saintifik (kemahiran proses sains dan kemahiran


manipulatif) dan kemahiran berfikir di samping pemahaman kepada prinsip
asas sains serta pemupukan sikap saintifik dan nilai murni supaya
melahirkan rakyat Malaysia yang progresif dan seimbang dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani. Di samping itu, ia juga bertujuan untuk
memberikan kesedaran kepada murid tentang

kepentingan pengetahuan

sains dan teknologi dalam proses pembangunan dan perindustrian.


Penerapan kemahiran proses sains dalam pengajaran pembelajaran
mata pelajaran sains boleh dianggap sebagai suatu cabaran kepada guru
sains sekolah rendah. Untuk menjayakan pelaksanaan kurikulum sains ini,
tenaga pengajar sains telah dilatih samada secara berpusat ataupun secara
latihan dalaman di peringkat sekolah untuk merancang aktiviti pengajaran
dan pembelajaran sains yang menerapkan kemahiran proses sains.
2.1

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:


i. menyatakan kepentingan sains dalam kehidupan seharian;
ii. menyatakan definisi kemahiran proses sains;
iii. mengaplikasikan kemahiran proses sains dalam aktiviti sains yang
dijalankan;

31

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)


2.2

KERANGKA KANDUNGAN

2.2.1 Kemahiran Proses Sains

KEMAHIRAN PROSES
KEMAHIRAN PROSES
SAINS
SAINS

Asas
Asas

Bersepadu
Bersepadu
Memerhati
Memerhati

Menggunakan perhubungan
Menggunakan
ruang dan perhubungan
masa
ruang dan masa

Mengelas
Mengelas

Mentafsir maklumat
Mentafsir maklumat

Mengukur dan
Mengukurnombor
dan
menggunakan
menggunakan nombor

Mendefinisi secara
Mendefinisi
operasi secara
operasi

Membuat inferens
Membuat inferens

Mengawal
Mengawal
pembolehubah
pembolehubah

Meramal
Meramal

Membuat hipotesis
Membuat hipotesis

Berkomunikasi
Berkomunikasi

Mengeksperimen
Mengeksperimen

Rajah 1 : Ringkasan Rangka Kursus

2.3

KANDUNGAN

Kemahiran Proses Sains


Kemahiran proses sains adalah satu cara berfikir secara saintifik yang

dilakukan oleh saintis dalam pelbagai kajian yang mereka lakukan melalui
penyiasatan,

pemerhatian,

membuat

inferens

dan

mengeksperimen.

Penguasaan kemahiran-kemahiran proses sains tersebut akan membantu kita


32

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)


dalam pengajaran sains sebenar dan perlu disemai pada peringkat awal. Prosesproses sains merupakan cara untuk memperoleh dan menyiasat pengetahuan
sains. Kedua-dua aspek pendidikan sains ini berbeza, tetapi tidak dapat
dipisahkan bagaimana dan apa. Maklumat pengetahuan sains adalah
mengenai apa, manakala kemahiran proses adalah mengenai bagaimana
tentang sains.
Kemahiran proses sains juga membolehkan pelajar membina soalan dan
mencari jawapan secara sistematik. Penerangan kemahiran proses sains adalah
seperti berikut :
1.1

Memerhati

Proses mengumpul maklumat tentang objek dan


fenomena menggunakan sebahagian atau semua deria.
Boleh dilakukan secara kualitatif dan kuantitatif

Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau untuk


mengumpulkan maklumat tentang objek dan fenomena. Alat atau instrumen juga
digunakan untuk membantu deria. Dalam memerhati kita perlu mencatatkan apa
yang kita cerap melalui sistem deria kita. Pemerhatian boleh dibahagikan kepada
tiga jenis:
i)

Pemerhatian

Kualitatif

merupakan

pengumpulan

maklumat

menggunakan deria sahaja.


ii)

Pemerhatian Kuantitatif adalah pemerhatian untuk memperolehi


maklumat secara perbandingan yang lebih tepat di mana ukuran,
anggaran atau instrumen digunakan.

iii)

Pemerhatian

Perubahan

merupakan

pemerhatian

berdasarkan

fenomena yang mengalami perubahan fizikal atau kimia dan dapat

33

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)


diperhatikan secara kualitatif dan kuantitatif. Perubahan yang berlaku
perlu dinyatakan samada sebelum, semasa dan selepas.
Memerhati adalah kemahiran pertama yang perlu dikuasai oleh murid dan
amat diperlukan untuk membentuk kemahiran proses sains yang lain/
seterusnya. Penguasaan Kemahiran Memerhati dapat menimbulkan rasa ingin
tahu,

meransangkan

pemikiran,

membolehkan

tafsiran

dibuat

tentang

persekitaran dan membawa kepada penyiasatan seterusnya.


Contoh:
i.

Pemerhatian Kualitatif

Daun berwarna hijau. (penglihatan)

Ia berbau wangi. (bau)

Ia berasa masam. (rasa)

Daunnya berlilin dan licin. (sentuhan)

Semua penonton bertepuk tangan. (pendengaran)

ii.

Pemerhatian Kuantitatif

Sehelai daun10 cm panjang dan 6 cm lebar. (pembaris meter)

Jisim sehelai daun ialah 5g. (alat timbang)

Suhu air mendidih ialah 100C. (termometer)

Tumbuhan A adalah lebih besar daripada tumbuhan B.

Lebar setiap bunga dari hujung ke hujung adalah sama dengan lebar 3
klip kertas.

iii.

34

Pemerhatian Perubahan

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

1.2

Warna air bertukar menjadi merah.

Saiz gula-gula semakin kecil.

Mengelas
Proses memerhati dan mengenal pasti perbezaan dan persamaan
antara objek atau fenomena berdasarkan ciri atau sifat yang
sepunya. Mengasingkan dan mengumpul objek atau fenomena
kepada kumpulan masing-masing

Merupakan kemahiran untuk mengasingkan dan mengumpulkan objek atau


fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti
ciri atau sifat. Pengumpulan dilakukan berdasarkan ciri atau sifat sepunya yang
dimiliki oleh objek atau fenomena yang dikelaskan. Kemahiran ini melibatkan ciriciri persamaan dan perbezaan di antara objek. Kemahiran objek yang
mempunyai ciri yang sama diletakkan ke dalam kumpulan yang sama.
Pemerhatian boleh dibahagikan kepada tiga jenis:
i.

Pengelasan bersiri di mana objek diletakkan dalam satu urutan


berperingkat berdasarkan ciri-cirinya.

ii.

Pengelasan perduaan di mana semua objek dibahagi kepada dua


subset berdasarkan sama ada setiap objek mempunyai atau tidak
mempunyai ciri-ciri tertentu.

iii.

Pengelasan berbilang tahap di mana objek dikelaskan secara binari


beberapa kali untuk menghasilkan hirarki set dan subset

Kemahiran proses sains mengelas membolehkan murid-murid menyusun


sesuatu mengikut peraturan umum serta memudahkan mereka belajar sesuatu
yang baru dengan membandingkan ciri-cirinya dengan pengelasan yang sedia
ada. Tambahan dengan mengelas, murid dapat ditunjukkan pelbagai cara
35

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)


pengelasan sesuatu objek dapat dilakukan serta memberi kesedaran bahawa
pengelasan menjadikan kefahaman tentang sesuatu lebih tersusun.
Contoh:
i.

Pengelasan bersiri
Tinggi
Paling
tinggi

Paling
rendah
Rajah 1
ii.

Pengelasan perduaan

Rajah 2
Ciri-ciri yang diperhatikan
Badan berbintik
Badan bulat
Tepi badan berbentuk scallop
Badan berjalur
Ada bulatan di atas badan
daripada ekornya bergelung

Ya
1,5,6
1,4
6
2
3
4

Tidak
2,3,4
2,3,5,6
1,2,3,4,5
1,3,4,5,6
1,2,4,5,6
1,2,3,5,6

Berdasarkan rajah 1, semua objek dikelaskan secara perduaan di mana


semua objek dibahagi kepada dua subset berdasarkan sama ada setiap objek
mempunyai atau tidak mempunyai ciri-ciri tertentu.
iii. Pengelasan berbilang tahap.
36

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Rajah 3
1.3

Mengukur dan menggunakan nombor

Kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang


melibatkan penggunaan alat piawai

Dalam kajian saintifik yang melibatkan penyukatan murid juga perlu memiliki
kemahiran mengambil bacaan yang tepat dan menyelesaikan pengiraan.
Ketepatan dalam penyukatan bergantung kepada kesesuaian alat dan unit yang
digunakan. Dalam proses sains mengukur dan menggunakan nombor, murid
dapat diajar menyukat dengan betul dan membolehkan penyukatan dibuat
dengan menggunakan alat dan unit penyukatan yang betul dan sesuai dengan
apa yang hendak disukat.

1.4

37

Membuat inferens

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)


Proses membuat kesimpulan awal untuk menerangkan peristiwa
atau objek berdasarkan pemerhatian. Pengalaman lepas
digunakan sebagai asas untuk membuat kesimpulan awal
tersebut. Kesimpulan yang dibuat ini mungkin benar atau tidak.

Membuat inferens adalah membuat kesimpulan awal yang logik, yang mungkin
benar atau tidak benar, untuk menerangkan peristiwa atau pemerhatian tentang
sesuatu perkara atau eksperimen yang dijalankan. Ia juga boleh dimaksudkan
dengan mentafsir, menerangkan apa yang diperhatikan atau mengapa sesuatu
perkara itu terjadi.
Inferens membolehkan penerangan awal untuk sesuatu pemerhatian
dilakukan serta membolehkan hipotesis dibuat supaya penyiasatan seterusnya
dapat dijalankan. Melalui inferens juga murid-murid dapat melalui proses
pemikiran yang kritis semasa hendak menghuraikan sesuatu pemerhatian.
Contoh:
Murid-murid dibawa keluar untuk membuat pemerhatian mengenai daun yang
berlubang-lubang dan bertompok-tompok coklat.
Kenyataan A
1.
Daun
bewarna
hijau
dan
mempunyai tompok-tompok coklat
2. Terdapat beberapa lubang pada
daun

Kenyataan B
1. Tompok tompok coklat ini mungkin
disebabkan oleh racun.
2. Lubang-lubang ini hasil gigitan
serangga atau ulat.

Kenyataan B menerangkan kenyataan A. Kenyataan B adalah inferens.

1.5

38

Meramal
Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan
pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang
boleh dipercayai

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Contoh:
i.

Hari hujan dan matahari yang keluar. Kemungkinan ada pelangi

ii.

Magnet lemah menarik lima klip kertas, saya meramalkan magnet yang
kuat akan menarik lebih banyak klip kertas.

iii.

Jika saya lepaskan dua biji bola pada masa yang sama, mereka akan
menyentuh tanah pada masa yang sama.

1.6

Berkomunikasi
Proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang
akan berlaku. Berdasarkan kepada pemerhatian dan
pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Maklumat dan idea boleh dalam pelbagai bentuk seperti lisan, tulisan, graf,
gembarajah, model atau jadual. Apabila menerangkan sesuatu objek, anda akan
berkomunikasi secara berkesan jika anda
i.

Hanya menghuraikan apa yang diperhatikan bukan apa yang diinferkan.

ii.

Membuat keterangan ringkas menggunakan bahasa yang tepat.

iii.

Menyampaikan maklumat dengan tepat.

iv.

Pertimbangkan pandngan lain dan pengalaman masa lalu.

v.

Dapatkan maklum balas.

Contoh:

39

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

D
Rajah 4

Rajah 4 menunjukkan cara-cara berlainan menyampaikan maklumat.


1.7

Menggunakan perhubungan ruang dan masa

Kebolehan memperihalkan atau menunjukkan


lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan
perubahannya mengikut masa

Kemahiran menggunakan perhubungan ruang dan masa ini merupakan satu


proses memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu
objek dan perubahan mengikut masa. Semua peristiwa berlaku pada masa dan
tempat yang tertentu. Perhubungan ruang dan masa untuk sesuatu peristiwa
tertentu adalah lebih penting berbanding dengan peristiwa-peristiwa yang lain.
Sebagai contoh menyiasat alam bahan seperti semasa belajar sifat-sifat fizikal

40

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)


bahan tidak penting bagi kemahiran proses asas sains perhubungan ruang dan
masa.
Menggunakan perhubungan ruang dan masa menyedarkan kita bahawa
setiap perubahan itu adalah mengikut masa. Perhubungan ruang dan masa
membantu kita menyusun peristiwa-peristiwa mengikut kronologi.
Contoh:

Penyemaian biji kacang.


Murid diarahkan mengukur ketinggian anak benih kacang setiap
hari selama 1 minggu.

Rajah 5

1.8

41

Mentafsir maklumat

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)


Kebolehan memberi penerangan rasional tentang
objek, fenomena, atau pola berdasarkan
maklumat/data yang dikumpul

Data yang dikumpul mungkin dalam pelbagai bentuk seperti jadual, gambarajah,
graf, gambar dan lain-lain lagi. Kemahiran mentafsir maklumat penting kerana ia
akan membolehkan kita:
i.

Mendapatkan sebanyak mungkin maklumat daripada jadual, graf dan


gambarajah.

ii.

melihat perhubungan di antara pembolehubah-pembolehubah yang


terlibat.

iii.

membuat sesuatu rumusan.

Kemahiran proses mentafsir maklumat merupakan lanjutan bagi kemahiran


proses berkomunikasi. Sebarang maklumat yang dikumpul dapat ditafsir untuk
dikomunikasikan secara lisan atau bertulis. Untuk mentafsir maklumat dengan
mahir, pemerhatian yang teliti perlu dibuat. Pengalaman yang sedia ada
merupakan asas untuk membantu seseorang mentafsir maklumat dengan bijak.
Mentafsir graf merupakan satu kemahiran yang penting dalam sains
kerana graf merupakan alat berfikir dan berkomunikasi. Murid-murid sekolah
rendah berkebolehan belajar mentafsir graf sekiranya latihan diberi dengan
secukupnya.
Contoh :
1.

42

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Rajah 6
Mentafsir maklumat berdasarkan Rajah 6.
1. Rajah di atas menunjukkan terdapat empat jenis pencemaran iaitu
pencemaran air, udara, bunyi dan alam sekitar.
2. Pencemaran air disebabkan oleh pembuangan sisa kilang dan sampah
sarap serta pengaliran air yang mengandungi racun serangga dan baja
kimia ke sungai, tasik dan laut yang berhampiran.
3. Pencemaran udara pula disebabkan oleh gas dan asap beracun dari
kilang dan eksos kenderaan.
4. Pencemaran alam sekitar disebabkan oleh pembuangan sampah sarap
dari rumah, kedai dan pasar, serta gas dan asap dari kilang ke meratarata tempat.
5. Pencemaran bunyi pula disebabkan oleh bunyi kuat dari kenderaan dan
alat-alat elektronik seperti radio dan televisyen.

1.9
43

Mendefinisi Secara Operasi

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Proses memberi definisi tentang sesuatu konsep


atau keadaan dengan menyatakan perkara yang
perlu dilakukan dan diperhatikan.

Untuk mendefinisi satu perkataan secara tindakan (operasi) dan bukan hanya
dengan menggunakan perkataan-perkataan yang lain. Dalam sains, kita perlu
mendefinisikan istilah-istilah itu jelas dan tidak mengelirukan. Definisi secara
operasi akan dapat membantu kita menyatakan apa yang kita perhatikan atau
apa yang kita buat itu dengan jelas supaya pihak lain dapat mengetahui tanpa
kekeliruan.
Semasa menjalankan eksperimen, definisi secara operasi diperlukan
untuk mrngkomunikasikan pembolehubah dengan tepat. Sebagai contoh, untuk
mengkaji bagaimana senaman mempengaruhi kadar denyut. Jenis senaman
mesti didefinisikan secara operasi supaya semua pembacs mengetahui dengan
jelas tentang jenis senaman dalam eksperimen berkenaan.
Contoh:
Berikut adalah dua kenyataan mengenai asid.
i.

Asid ialah bahan yang mengandungi hidrogen.

ii.

Asid ialah bahan yang menukarkan kertas litmus biru menjadi merah
Apakah perbezaan antara kenyataan-kenyataan itu?
Bolehkan anda menentukan yang manakah definisi secara operasi?

44

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)


Dalam kenyataan kedua, tindakan asid menukarkan warna kertas litmus boleh
dilakukan

dan

diperhatikan,

manakala

kenyataan

pertama

tidak

boleh

diperhatikan.
Kenyataan kedua adalah definisi secara operasi bagi asid.
Penguasaan kemahiran mendefinisi secara operasi adalah penting kerana:
i.

Menghuraikan konsep atau pembolehubah itu dalam bentuk yang boleh


dikendalikan.

ii.

Membolehkan

pemerhatian

atau

pengukuran

dilakukan

bagi

pembolehubah dalam sesuatu penyiasatan.


iii.

Membolehkan pembezaan dibuat di antaracontoh dan bukan contoh


sesuatu konsep.

1.10

Mengawal Pembolehubah

Pembolehubah boleh jadi satu faktor, keadaan atau hubungan


yang boleh diubah dalam suatu kejadian atau sistem yang
dikaji Pembolehubah dimanipulasikan untuk menghasilkan
perubahan dalam pembolehubah kedua (pembolehubah
bergerakbalas) Pembolehubah lain yang mungkin
mempengaruhi keputusan perlu dimalarkan (pemboleh ubah
dimalarkan)

Dalam

sesuatu

pembolehubah

penyiasatan,
tertentu,

salah

untuk

memerhati

satu

daripadanya

hubungan

antara

dimanipulasikan

dua
untuk

menghasilkan perubahan dalam pembolehubah yang kedua. Pada masa yang


sama,

pembolehubah-pembolehubah

keputusan

dimalarkan.

Tindakan

lain

yang

inilah

yang

mungkin

mempengaruhi

dinamakan

pembolehubah.
Mempelajari kemahiran mengawal pembolehubah penting kerana ia:
45

mengawal

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

i.

Membantu

kita

menentukan

dengan

teliti

pembolehubah

yang

menyebabkan sesuatu kesan kepada keputusn ujikaji yang dilaksanakan.


ii.

Menetapkan

pembolehubah-pembolehubah

tertentu

supaya

tidak

memberi kesan kepada keputusan ujikaji.


iii.

Membantu kita menentukan bahawa sesuatu kesan adalah disebabkan


oleh pembolehubah dimanipulasi ke atas pembolehubah gerakbalas.

Contoh:

Bekas kaca
ditelangkupkan

Lilin bernyala

Rajah 5
Nadiah telah melakukan eksperimen :
Sebatang lilin dinyalakan.
Sebuah bekas kaca ditelangkupkan untuk menutup lilin itu.
Masa untuk lilin terpadam dicatatkan.
Eksperimen diulangi dengan menggunakan bekas-bekas kaca yang berlainan
saiz

46

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)


Apakah tujuan eksperimen Nadiah?
Tujuan eksperimen di atas adalah mengkaji kesan saiz bekas ke atas masa
untuk lilin terpadam sedang dikaji.
Saiz bekas kaca dan masa untuk lilin terpadam adalah pembolehubahpembolehubah dalam eksperimen yang dijalankan.
Saiz bekas diubah untuk menentukan kesannya ke atas masa untuk lilin
terpadam.
Oleh itu saiz bekas kaca ialah pembolehubah yang dimanipulasi, manakala
masa untuk lilin terpadam adalah pembolehubah yang berubah.
Pembolehubah yang berubah ini dinamakan pembolehubah gerakbalas.
Mempelajari kemahiran mengawal pembolehubah penting keana ia:
i.

Membantu

kita

menyebabkan

menentukan
sesuatu

kesan

dengan

teliti

kepada

pembolehubah

yang

keputusan

ujikaji

yang

tertentu

supaya

tidak

dilaksanakan.
ii.

Menetapkan

pembolehubah-pembolehubah

memberi kesan kepada keputusan ujikaji.


iii.

Membantu kita menentukan bahawa sesuatu kesan adalah disebabkan


oleh pembolehubah yang dimanipulasi ke atas pembolehubah gerakbalas.

1.11

Membuat Hipotesis

Proses menghasilkan satu kenyataan umum yang difikirkan


benar berdasar inferens, untuk menerangkan suatu perkara atau
peristiwa. Merupakan suatu ramalan mengenai hubungan antara
dua atau lebih pembolehubah. Boleh diuji untuk membuktikan
kesahihannya.

47

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)


Secara terperinci, kemahiran membuat hipotesis adalah kebolehan:

Memberi cadangan penerangan berasaskan pemerhatian awal mereka.


o Contoh: Murid-murid memerhati ketul-ketul garam melarut dalam
air dan membuat hipotesis berikut:
o Hipotesis: Saiz bahan larut mempengaruhi masa dikehendaki
untuk bahan itu larut dalam air.

Membuat deduksi logik berasaskan kefahaman atau pengetahuan sedia


ada.
o Contoh: Kefahaman bahawa udara lembab mengandungi lebih
banyak wap air akan membolehkan hipotesis berikut
dibuat.
o Hipotesis: Kain kering lebih cepat pada keadaan kering daripada
keadaan lembab.

Membuat kenyataan dalam bentuk yang boleh diuji.


o Contoh hipotesis : Jika suhu bertambah, lebih banyak bahan larut
melarut di dalam air.

Penguasaan kemahiran membuat hipotesis adalah penting kerana ia:


i.

Menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis semasa memilih antara


beberapa cadangan penerangan.

ii.

Membolehkan peneranganperistiwa atau kejadian yang berlaku di


persekitaran.

48

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)


iii.

Memberi kesedaran bahagwa terdapat pelbagai penerangan bagi


pemerhatian.

iv.

Memberi kesedaran bahawa kenyataan dalam bentuk yang boleh diuji


diperlukan apabila mencari jawapan kepada sesuatu.

1.12

Mengeksperimen

Menyiasat, memanipulasikan pembolehubah dan


hipotesis untuk membuat keputusan

Mengeksperimen mengaitkan proses-proses secara sistematik. Satu eksperimen


melibatkan pengujian hipotesis dan pengawalan pembolehubah. Murid-murid
sekolah rendah masih belum mencapai tahap kematangan untuk menjalankan
eksperimen

sebenar.

Walau

bagaimana

pun,

mereka

berkebolehan

menggunakan proses-proses sains berikut untuk menjalankan projek-projek


pilihan yang bersesuaian dengan tahap kematangan mereka:
i.

Menyatakan hipotesis.

ii.

Menyatakan pembolehubah yang dimanipulasi, pembolehubah yang


bergerak balas dan pembolehubah-pembolehubah yang dimalarkan
dalam eksperimen.

iii.

Mereka bentuk kaedah mengumpul data, iaitu menyatakan langkahlangkah eksperimen dengan jelas.

iv.

Mengumpul data, iaitu menjalankan eksperimen untuk menguji hipotesis


dengan cara mengubah pembolehubah yang dimanipulasikan.

v.

Mentafsir maklumat, iaitu mempersembahkan data dalam bentuk lukisan,


jadual, carta, graf dsb.

vi.

Menerangkan
eksperimen.

49

dapatan

eksperimen

dan

menyatakan

kesimpulan

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)


Dalam sekolah rendah, proses sains lebih dipentingkan berbanding dengan data
yang diperolehi daripada eksperimen yang dijalankan.
Contoh:
Murid-murid sedang menjalankan aktiviti meyiasat masalah:

Apakah yang mempengaruhi kadar gula


melarut di dalam air?

Mereka telah memilih hipotesis berikut untuk disiasat:

Hipotesis : Semakin banyak kuantiti gula,


semakin lambat ia melarut
Mereka menggunakan kuantiti-kuantiti berlainan (6, 12, 18 dan 30 g) gula dan
200 ml air.
Air dikacau sehingga tiada hablur gula kelihatan.
Sebelum melakukan aktiviti beberapa pembolehubah-pembolehubah yang
terlibat telah dikenal pastikan, iaitu:

suhu air

kuantiti air

cara mengacau air dan jenis gula

Data yang dikumpul telah direkod dalam jadual 1.


Kuantiti gula (g)

50

Masa untuk gula melarut (saat)

30

12

60

18

80

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

30

90

Jadual 1
Berdasarkan Jadual 1, murid-murid menyatakan perhubungan yang diperolehi di
antara pembolehubah-pembolehubah yang sedang diuji.

Latihan 1.

2.

Memikir

Terangkanperbezaan
perbezaandidiantara
antara pemerhatian,
pemerhatian,
Terangkan
inferensdan
danramalan.
ramalan.Ilustrasikan
Ilustrasikanperbezaan
perbezaanini.
ini.
inferens

Rancangkansatu
satuaktiviti
aktivitiyang
yangsesuai
sesuaibagi
bagisetiap
setiap
Rancangkan
kemahiran
proses
sains
tersebut
dan
laksanakan
kemahiran proses sains tersebut dan laksanakan
dalammakmal.
makmal.
dididalam

Berdasarkanpengalaman
pengalamanmengajar
mengajardidisekolah,
sekolah,
Berdasarkan
terangkan
mengapa
kemahiran
proses
sainsperlu
perlu
terangkan mengapa kemahiran proses sains
diterapkan
dalam
pengajaran
dan
pembelajaran.
diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Bahan Bacaan Pembelajaran Kendiri


Gatherinformation
informationfrom
from: :
Gather
http://www.union.k12.sc.us/ems/Science--Process%20Skills.htm
http://www.union.k12.sc.us/ems/Science--Process%20Skills.htm
http://www.scribd.com/doc/416573/Kemahiran-Proses-Sains
http://www.scribd.com/doc/416573/Kemahiran-Proses-Sains
http://www.slideshare.net/syazayasmin/kemahiran-proses-sains
http://www.slideshare.net/syazayasmin/kemahiran-proses-sains
Mengumpul Maklumat

51

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

Kumpulkanmaklumat
maklumatdari
darisumber-sumber
sumber-sumberyang
yangsesuai
sesuai
Kumpulkan
mengenaipetunjuk
petunjukbagi
bagisetiap
setiapkemahiran
kemahiranproses
prosessains
sains
mengenai

2.

Peringkat-peringkat pengajaran kemahiran proses sains kepada


murid bermasalah pembelajaran.

2.1

Mengenalpasti konsep dan terminologi

Menganalsis bahan

Menganalisis pengetahuan asas

Hubungan dengan kehidupan seharian

Aplikasi dalam kehidupan

Interaksi sosial
Mengenalpasti konsep dan terminologi

Contoh : Manusia
Konsep : Manusia
Terminologi :

2.2

(a)

Jantina - lelaki, perempuan

(b)

Bahagian tubuh - kepala, telinga, kaki dan sebagainya

(c)

5 deria - bau, pendengaran, penglihatan, sentuhan da n rasa

(d)

Penampilan fizikal - ciri-ciri luaran

Menganalisis bahan
Guru perlu menggunakan bahan-bahan/alat bantu mengajar untuk

mengajar konsep sains. Contoh : Bahagian-bahagian tubuh manusia, gunakan


murid sebagai model. Bahan-bahan yang digunakan perlulah tidak berbahaya,
mudah dikendali, mudah diperolehi dan sebagainya.
52

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

2.3

Menganalisis pengetahuan asas

Guru perlu mencungkil pengetahuan sedia ada murid mengenai konsep yang
diajar. Contoh : Bahagian-bahagian tubuh manusia, minta murid-murid analisis
diri mereka terlebih dahulu dan namakan bahagian-bahagian tersebut.
2.4

Hubungan dengan kehidupan seharian

Melalui kemahiran proses sains murid-murid boleh menerangkan fenomena yang


berlaku di sekeliling mereka. Contoh : Membuat roti. Beberapa kemahiran proses
sains seperti memerhati, meramalkan, mengukur dan menggunakan nombor dan
mengawal pembolehubah terlibat.
2.5

Aplikasi dalam kehidupan

Menggunakan kemahiran proses sains untuk mencari jawapan kepada soalansoalan berkaitan alam semula jadi.
2.6

Interaksi sosial

Menggunakan kemahiran proses sains untuk mendapatkan dan menyampaikan


maklumat yang berkaitan alam semula jadi.

Latihan

Rehat

53

Andadikehendaki
dikehendakimerancang
merancangsatu
satuaktiviti
aktiviti
Anda
berkaitan
kemahiran
proses
sains
dalam
pelajaran
berkaitan kemahiran proses sains dalam pelajaran
sainsbagi
bagimurid
muridbermasalah
bermasalahpembelajaran.
pembelajaran.
sains

Well done, take a break now! Time for a cup of coffee


Well done, take a break now! Time for a cup of coffee
before you go to the next topic
before you go to the next topic

(PKB3110 KAEDAH KHAS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS)

54

Anda mungkin juga menyukai