Anda di halaman 1dari 50

MENGURUS

KESELAMATAN DI
TEMPAT KERJA

Mengurus Keselamatan Diri


PENGENALAN
Aspek keselamatan adalah perkara yang perlu
dipandang serius kerana ianya dapat
mengelakkan kejadian yang boleh
mencederakan seseorang atau membawa
kematian dan juga boleh membawa kerugian.
Keselamatan diri dan keselamatan alatan
perlulah dipatuhi. peraturan keselamatan
perlu diutamankan. Keadaan bengkel yang
kemas dan bersih. Susun atur bengkel
haruslah dititikberatkan supaya ianya tidak
mendatangkan bahaya kepada pekerja.

LANGKAH KESELAMATAN DIRI


Mematuhi keselamatan yang telah ditetapkan.
Mendapatkan kebenaran terlebih dahulu sebelum memulakan
kerja.
Memakai peralatan pelindungan diri sebelum memulakan kerja.
Memakai pakaian yang sesuai dan kemas ketika melakukan kerja
kimpalan.
memakai kasut yang bertutup penuh, tapak yang bergetah semasa
bekerja.
Bagi pekerja yang berambut panjang, rambut mestilah sentiasa
diikat dan kemas.
Pekerja tidak digalakkan memakai perhiasan daripada logam seperti
rantai, jam, gelang dan lain-lain.
memeriksa dahulu jentera/mesin sebelum memulakan kerja.

PERATURAN
KESELAMATAN DIRI

1. Patuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang masa.


2. Pakai apron, kasut, baju berlengan pendek atau lipat baju sampai keparas siku.

3. Ikat rambut yang panjang atau pastikan tudung diikat dengan kemas dan
hujungnya dimasukkan
kedalam apron.

4. Jangan bermain dan bergurau senda semasa berada di dalam bengkel.

5. Fahami cara yang bertul untuk menggunakan sesuatu alatan dan bahan serta
patuhi arahan guru.

6. Berhati-hati semasa menggunakan alatan dan bahan.

7. Cuci tangan menggunakan sabun dan air setelah selesai melakukan aktiviti-aktiviti
di bengkel.

8. Jika berlaku kemalangan, maklumkan kepada guru dengan segera.

ALAT PERLINDUNGAN KESELAMATAN


a) Sarung Tangan Kulit

Sarung tangan kulit digunakan


untukmelindungi tangan dari
sudut yang tajam atau
mengerutu,berkarat dan habukhabuk besi terutama semasa
mencanai mata alat.

b) Sarung Tangan Getah

Sarung tangan getah biasanya


dipakai untuk melindungi tangan
dari terkena asid,minyak pelarut
dan lain-lain.

C) Kasut keselamatan

Kasut keselamatan adalah sejenis


kasut yang dibuat khas dimana
ianya mengandungi pelapik yang
teguh di bahagian penutup jari.

D)Boot keselamatan
digunakan untuk melindungi kaki dari
terkena air,lumpur, minyak dan lain lain.

E)Cermin Mata Keselamatan (Goggles)


Goggles hendaklah dipakai untuk melindungi
mata terutama apabila:~ menggunakan pahat batu.
~ Menggunakan mesin pencanai apabila
mencanai mata alat.
~ Menggunakan penyembur angin.
~ Membuat kerja mengimpal.

* Perisai (Shield/Visor)
Bentuk visor menyerupi helmet tetapi
mempunyai pelindung.
visor digunakan ketika melakukan kerja-kerja
mengimpal bagi melindungi mata dari
pancaran api, haba dan juga percikan api
tersebut.

Apron
* Apron diperbuat daripada pelbagai
material samada kain atau getah.
* Apron daripada kain sesuai digunakan
dalam bengkel memasak.
* Apron daripada getah sesuai digunakan
dalam bengkel yang melibatkan kerjakerja berat.

CONTOH PAKAIAN KESELAMATAN YANG


LENGKAP

Tanda-tanda amaran
yang mesti di patuhi.

MENGURUS KESELAMATAN
BENGKEL

OBJEKTIF
1) Menyatakan konsep keselamatan, keselamatan pekerjaan dan
keselamatan industri, faedah keselamatan industri dan kepentingan
mempelajarinya.
2) Menyatakan penalti yang dikenakan setelah Akta Keselamatan
Pekerjaan dan Pekerjaan dikuatkuasakan.
3) Menyatakan langkah-langkah keselamatan dalam menjalankan kerja
dan mematuhi Etika Diri dan Etika Kerja semasa melakukan kerja.
4) Menerangkan bagaimana api terhasil, cara api merebak dan kaedah
memadamkan kebakaran.
5) Membezakan kelas-kelas kebakaran dan jenis-jenis alat pemadam api.
6) Menghuraikan pengurusan kebakaran dan penggunaan peralatan
pencegahan kebakaran.

PERATURAN DAN KESELAMATAN


1.Peraturan keselamatan diadakan untuk
memastikan suasana kerja dalam persekitaran
serta suasana bengkel yang teratur dan
selamat tanpaberlakunya kemalangan ataupun
kecederaan.

Keselamatan Alatan dan Bahan


1.Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah
penting bagi memelihara peralatan daripada cepat
rosak.
2.Perancangan penggunaan alatan dan bahan
dengan teliti sebelum memulakan sesuatu projek.
3.Atalan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali
ke stor setelah selesai penggunaannya.
4.Penyimpanan bahan mudah terbakar, mudah
pecah dan berbahaya mestilah dijugakan dengan
berhati-hati
5.Sentiasa berhati-hati sewaktu menggunakan
sebarang peralatan di bengkel

Objektif 2: Tujuan Akta


a)Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang
yang sedang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan yang
berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja;
b)Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada
orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau
kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang yang sedang bekerja;
c)Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang
sedang bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi
mereka;
d)Untuk mengadakan cara yang menurut perundangan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan yang berkaitan boleh digantikan secara
berperingkat-peringkat oleh sistem.

PENGURUSAN SETOR DAN PENGENDALIAN BAHAN MUDAH BAKAR


Setor ialah tempan simpanan alat/bahan sebelum digunakan. Selalunya bahan mudah
terbakar akan disimpan berasingan dengan alat/bahan lain.
Ini bertujuan untuk mengurangkan risiko kerugian lebih besar sekiranya ia tersebut
disimpan bersama.
Bahan seperti minyak, gas, alkohol, bahan kimia dan sebagainya perlu disimpan
mengikut tatacara penyimpanan yang betul, dalam bekas yang sesuai dan dilabelkan.

Tatacara Pengurusan Setor


Membuat pesanan inventori
Merekod inventori keluar dan masuk
Membuat pengasingan inventori mengikut jenisnya seperti bahan kimia,bahan mudah
bakar, kaca dan sebagainya.
Membuat pemeriksaan berkala ke atas inventori seperti tarikh luput
dankebolehgunaan, kerosakan dan lain-lain.
Menyediakan rekod penyelengggaraan alat/mesin Memastikan setor penyimpanan
dalam keadaan kemas dan selamat

PENGURUSAN BENGKEL YANG SELAMAT


Kaedah pengurusan bengkel:
a) Menyediakan peraturan bengkel
b) Membuat pembahagian kawasan/ruang
c) Menyediakan pelan susun atur bengkel
d) Melengkapkan bengkel dengan alat pemadam api/alat
kawalan kebakaran
e) Menyediakan first aid kit dalam bengkel
f) Memastikan pengudaraan dalam bengkel sesuai
g) Memastikan pencahayaan dalam bengkel mencukupi
h) Membuat pemeriksaan berkala terhadap persekitaran
dalam bengkel

Tanda-tanda amaran

KAEDAH MEREKOD INVENTORI


Inventori merujuk kepada semua peralatan dan bahan yang terdapat
dalam stok. Oleh kerana barang dan bahan ini selalunya dalam kuantiti
yang besar dan digunakan berterusan, maka ianya perlu direkodkan.
Terdapat pelbagai kaedah untuk merekod inventori. Ada yang
menggunakan kaedah manual dan ada juga secara berkomputer.

a) Kaedah manual
Kaedah ini selalunya menggunakan beberapa jenis borang. Tidak
ada format khusus untuk borang inventori dan bergantung
kepada keperluan organisasi.

b) Kaedah berkomputer
kaedah ini selalunya menggunakan sistem yang telah dibangunkan.
Ada sebahagian organisasi menggunakan borang dan kemudian
direkod ke dalam sistem oleh individu yang diberi tanggungjawab
tersebut.

KECEDERAAN RINGAN
JENIS-JENIS KECEDERAAN DAN KAEDAH MERAWAT
a)PITAM
*Definisi
Pitam adalah suatu keadaan tidak sedar/pengsan seketika kerana bekalan darah ke otak
tidak mencukupi.

Ciri-ciri pitam ialah:


1.jatuh pengsan dengan tiba-tiba.
2.pengsan dalam tempoh sekejap.
3.pulih seperti sedia kala selepas beberapa minit.

*Punca-punca pitam
1.ketakutan seperti melihat sesuatu yang ganjil atau luar biasa.
2.tindak balas saraf terhadap kesakitan.
3.terlalu letih,kelaparan.

4.Terlalu letih,kelaparan
5. Berdiri tegak terlalu lama menyebabkan pengaliran darah berkurangan di bahagian
otak.
6. Persekitaran yang sesak.

*Tanda-tanda
1. Pening-pening dan rasa berpusing
2.Loya dan muntah-muntah
3.Pandangan jadi gelap
4.Kulit pucat
5.Denyutan nadi lemah tetapi pantas

*Bantuan awal
1.Baringkan di tempat teduh berudara.
2.Tinggikan bahagian kaki dari kepala.
3.Longgarkan pakaian yang ketat.
4.Tenangkan dan beri keselesaan.
5.Galakkan tarik nafas.

b)PENGSAN
* Definasi
Pengsan adalah keadaan tindak balas saraf terganggu.

* Punca-punca Pengsan
1) Disebabkan penyakit seperti stroke dan kencing manis
2) Kecederaan di kepala
3) Sawan
* Bantuan Awal
1) Tentukan punca pengsan.
2) Longgarkan pakaian yang ketat.
3) Buka laluan udara (Airway)
4) Beri bantuan pernafasan (Breathing)
5) Kenalpasti denyutan nadi, beri bantuan jika perlu.

b)RENJATAN ELEKTRIK (Electrical Shock)


* Definisi
Suatu keadaan di mana badan atau anggota badan bersentuhan
dengan arus elektrik. Arus akan mengalir dalam badan dan terus
ke bumi untuk dineutralkan.
*Punca-punca Renjatan Elektrik
1) menyambung beban tambahan melebihi kadar yang dibenarkan.
2) pendawaian yang tidak selamat seperti kabel koyak dan lain-lain.
3) pepasangan dilakukan oleh orang yang tidak kompeten.
4) sistem pembumian (earthing) tidak sempurna.
5) menggunakan bahan pepasangan tidak berkualiti.
6) Sentuhan dengan tangan yang lembap/basah.

*Bantuan Awal
Lazimnya, mangsa yang terkena renjatan elektrik tidak sedarkan diri,
hilang daya pernafasan dan terhenti denyutan jantung. Bahagian badan
mangsa yang terkena renjatan elektrik akan kelihatan kesan terbakar
dan berkemungkinan akan mengalami kecederaan dalaman.
Lakukan tindakan berikut:
1) Jika didapati arus elektrik masih mengalir, segera matikan bekalan.
2) Gunakan bahan bukan pengalir untuk mengalihkan pengalir yang masih
hidup.Lebih lama arus elektrik mengalir ke tubuh mangsa akan
menyebabkan denyutan jantung terhenti.
3) Mangsa hendaklah dialihkan dari kawasan bahaya dan jika perlu
berikan rawatan pemulihan yang sesuai kepadanya .

KELENGKAPAN/PERALATAN BANTUAN
KECEMASAN
JENIS KECEDERAAN

KELENGKAPAN /PERALATAN
BANTUAN KECEMASAN

Luka

First aid kit

Terbakar/Melecur

First aid kit

Patah

Kayu/barang yang lurus dan keras


seperti tongkat

CARA CARA MERAWAT LUKA


LUKA/PENDARAHAN
Pendarahan berpunca daripada sistem edaran darah yang tercedera
disebabkan sesuatu seperti kemalangan,terkena objek dan
sebagainya. Kecederaan luka boleh berlaku di bahagian luar atau dalam badan.

Jenis luka
Jenis-jenis Luka Terbuka:
a) Luka terhiris (Incised)
Disebabkan alat tajam seperti pisau atau kaca. Mudah ditautkan kembali
dan senang dirawat. Berkemungkinan berlaku pendarahan kecil atau
pendarahan yang teruk.

b) Luka tikaman (Punctured)


Luka tikaman mempunyai liang yang kecil tetapi dalam. Contohnya terkena
paku, tercucuk jarum atau tikaman. Oleh kerana lukanya dalam, kuman
mudah merebak ke dalam tubuh dan risiko jangkitan adalah sangat tinggi.
c) Luka Terkoyak (Laceration)
Tisu yang terkoyak seperti terkena dawai kawat atau alat jentera
yang mengakibatkan kerosakan tisu yang teruk walaubagaimana pun darah
yang keluar mungkin berkurangan daripada luka yang terhiris.
d) Luka tembakan (Shot Wound)
Luka akibat daripada terkena peluru tembakan senjata adalah kecil di tempat
tembusan tetapi lukanya meluas di ruang keluar Peluru yang tidak keluar daripada
badan, mengakibatkan kecederaan dalaman yang teruk.

Jenis-jenis Luka Tertutup


a)Lebam (Contusion)
Akibat daripada kena pukulan yang kuat Seperti kena ketukan penukul besi .
Darah tumpah yang berwarna kemerah-merahan bertakung di bawah tisu
b) Haematoma
Pembekuan darah kebiru- hitaman yang berlaku di dalam
organ dan tisu disebabkan kecederaan atau pembedahan.
c) Calar Balar (Scretches)
Kulit yang tersiat yang menampakkan lapisan tisu luar yang tipis

RAWATAN KECEMASAN
(CPR)

Cardopulmonary resusatation (CPR).


CPR ialah rawatan pemulihan pernafasan melalui teknik mulut ke
mulut dan tekanan dada. CPR perlu di lakukan untuk merawat
mangsa yang tidak bernafas dan tiada denyutan nadi.
Bila CPR diperlukan?
CPR dilakukan apabila seseorang itu tidak bernafas atau pengaliran
darah tidak mencukupi.
Sebelum melakukan CPR, pastikan anda berada dalam keadaan
yang selamat. Sebagai contoh jika kanak-kanak mengalami kejutan
elektrik, pastikan dia tidak lagi tersentuh dawai elektrik. Jika tidak,
anda turut berisiko mengalami kejutan elektrik.

1) Tahap kesedaran kanak-kanak;


Membuka mata
Menggerakkan kaki atau tangan
Bunyi dari mulut
2) pernafasan;
Lihat jika ada pergerakan dada yang menunjukkan
proses pernafasan
Dengar bunyi udara masuk ke dalam paru-paru.
3) Denyutan nadi atau jantung;
jika anda tidak dapat menentukan kanak-kanak itu
bernafas atau tiada denyutan nadi, mulakan bantuan
CPR dan teruskan sehingga bantuan profesional tiba.
Pastikan anda memanggil bantuan pertolongan.

Tiga perkara penting dalam CPR;


A- Airway (salur pernafasan) pastikan salur pernafasan tidak
tersumbat dan terbuka ketika memberi bantuan pernafasan.
Ini dapat dilakukan dengan memeriksa mulut dan memastikan
tiada makanan atau objek di dalam mulut.
B- Breathing (pernafasan) bantuan pernafasan dilakukan
apabila seseorang itu tidak bernafas. Ia dilakukan dengan
menghembuskan nafas ke dalam mulut dan secara langsung
kepada paru-paru mangsa.

C- Circulation (pengaliran darah) ia adalah proses


menekan dada. Anda dapat mematikan pengaliran
darah berlaku dan dengan ini darah beroksigen dapat
di bekalkan kebahagian otak.

Kaedah-kaedah tekanan CPR;


(a)Dewasa- tekan sedalam 11/2 inci hingga 2 inci dengan
menggunakan 2 tangan dengan kadar tekanan 80
hingga 100 kali seminit. Lakukan 15 kali tekanan dan 2
kali hembusan nafas.
(b) kanak-kanak- tekan sedalam 1 inci hingga 1 inci
dengan menggunakan satu tangan dengan kadar
tekanan 80 hingga 100 kali seminit. Lakukan 5 kali
tekanan dan 1 kali hembusan nafas.
(c) Bayi- tekan sedalam inci hingga 1 inci dengan
menggunakan dua tangan dengan kadar tekanan 100
hingga 120 kali seminit. Lakukan 5 kali tekanan dan 1
kali hembusan nafas.

Peringkat umur

Kadar pernafasan Kadar denyutan


seminit
nadi

Dewasa

15-20

70-80

Kanak-kanak

22-25

90-100

Bayi

35-40

100-140

Pemulihan pernafasan;
Kaedah mulut ke mulut.
Tekanan pemulihan jantung.
Kaedah Holger Nielsen.
Kaedah silvester.

Kaedah mulut ke mulut;

Tekanan pemulihan jantung;

MEMADAM
KEBAKARAN

PENCEGAHAN KEBAKARAN
Kebakaran adalah salah satu kemalangan / bencana yang berpotensi berlaku
dibengkel. Ia bukan sahaja memusnahkan harta benda malah menyebabkan
kerugian yang besar. Kemalangan tidak diketahui bila akan berlaku tetapi kita
boleh mengurangkan risiko kemalangan dengan mengambil langkah berjaga-jaga.
Begitu juga dengan kebakaran, kita boleh mengurangkan risiko kemusnahan
dengan mengamalkan langkah keselamatan yang sesuai.

Apakah yang dimaksudkan dengan kebakaran?


Kebakaran adalah hasil tindak balas kimia yang
melibatkan tiga elemen iaitu haba,bahan api,oksigen.

PUNCA-PUNCA KEBAKARAN
a)Membuang puntung rokok di merata tempat
b)Kecuaian mengasingkan bahan mundah terbakar dan tidak membersihkannya
c)Menukar kadar arus fius dengan lebih besar .
d)Sambungan pendawai terdedah daan rosak.
e)Perangkap kilat rosak.
f)Percikan api di sambungan pendawaian yang terdedah.

KELAS-KELAS KEBAKARAN
KELAS-KELAS API
KELAS A

KELAS B

KEBAKARAN
oBahan organik seperti kayu,kertas,kain,sampah
sarap,daunkering,plastik dan sebagainya.
oPelbagai jenis gas butane,propane,asetylene.
oPelbagai jenis cecair mudah terbakar seperti
petrol,diesel,kerosin,dan lain-lain

KELAS-KELAS API

KEBAKARAN

KELAS C

oBERPUNCA DARIPDA PERKAKAS ELEKTRIK SEPERTI LITAR


PINTAS DAN LAIN-LAIN.

KELAS D

oPELBAGAI JENIS LOGAM MUDAH TERBAKAR SEPERTI


POTASSSIUM,SODIUM,TITANIUM DAN LAIN-LAIN.

CARA-CARA API MEREBAK


Tujuan mengetahui cara-cara api merebak adalah untuk memudahkan langkahlangkah mencegah atau mengawak diambil.
a)PENGALIRAN
melalui logam apabila terkena bahan bakar,logam akan panas seterusnya terbakar
Apabila sampai ke suhu nyalaan.
b)BAHANGAN
Melalui pancaran cahaya dan menjadi panas seterusnya terbakar.
c)PEROLAKAN
Berlaku apabila udara panas naik ke atas bahan mudah terbakar,udara tersebut akan
Mempengaruhi udara sekeliling,bahan akan terbakar apabila udara menjadi terlalu
Panas.
d)TERUS
Akan membakar keseluruhan bahan bakar(merebak terus menerus).

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN SEMASA MENGENDALIKAN BAHAN


YANG MUDAH TERBAKAR
a)
b)
c)

Bahan yang mudah terbakar hendaklah disimpan ditempat yang selamat,kembalikan ke


tempat asalnya selepas digunakan.
Alat-alat pemadam kebakaran mesti diletakkan di tempat terbuka dan mudah dicapai.ia
juga perlu dipriksa dari masa ke semasa.
Jangan nyalakan api semasa berkerja di stor yang menyimpan bahan-bahan yang mudah
terbakar.

KONSEP PEMADAMAN
Tujuan adalah supaya peserta tahu pelbagai cara untuk memadamkan kebakaran
Dengan menggunakan kaedah tertentu.
A. MELAPANGKAN(starration)
B. MELEMASKAN(smothering)
C. MENYEJUKKAN(cooling)

ALAT-ALAT- PEMADAM API


1)Alat pemadam api (fire extinguisher)

2)Peranti pengesan asap(smoke detector)

3)Loceng kecemasan(fire alarm)

4)Fire hose reel

ALAT PEMADAM API


JENIS ALAT
KELAS
PEMADAM API KEBAKARAN
AIR
BUIH

KARBON
DIOKSIDA
SERBUK KERING

KELAS D

JENIS KEBAKARAN

oCONTOHNYA:KAYU,KAIN,KERTAS,DAUN KERING DAN


SEBAGAINYA.

A DAN B

oCONTOHNYA:KAYU,KAIN,KERTAS,DAUN KERING DAN


SEBAGAINYA.
oCONTOH:GAS SEPERTI BUTANE,PROPANE,ACETYLENE

B DAN C

oCONTOH:GAS SEPERTI BUTANE,PROPANE,ACETYLENE


oPELBAGAI JENIS CECAIR MUDAH TERBAKAR SEPERTI PETROL
DANDIESEL.

A,B DAN C

oCONTOHNYA:KAYU,KAIN,KERTAS,DAUN KERING DAN


SEBAGAINYA.
oBERPUNCA DARIPADA PERKAKASAN ELEKTRIK SEPERTI
LITAR PINTAS.
oCONTOH:MAGNESIUM,SODIUM,POTASSIUM DAN SERBUK
ALUMINIUM.

Anda mungkin juga menyukai