Anda di halaman 1dari 1

PROSES TUNTUTAN HADHANAH DAN NAFKAH ANAK [BAH.

I]
Selepas berlaku perceraian di antara suami dan isteri atau ibu dan bapa, maka salah satu pihak boleh
atau kedua-dua pihak boleh secara persetujuan bersama membuat tuntutan mengenai hadhanah dan
nafkah anak di mahkamah. Tuntutan hadhanah hendaklah difailkan di mahkamah tinggi syariah
manakala nafkah anak pula di mahkamah rendah di mana tempat pihak pemohon itu berada.
Proses bagi kedua-dua tuntutan ini biasanya difailkan dengan menggunakan khidmat peguam samada
dari firma guaman swasta atau guaman kerajaan. Ini kerana terdapat beberapa perkara dan prosiding
kes yang mana golongan awam tidak mampu mengendalikannya di mahkamah kelak. Berikut adalah
salinan dokumen yang diperlukan bagi tujuan tersebut :
i) Kad pengenalan pemohon / Pengesahan Qariah
ii) Surat Akuan Perceraian / Perintah Perceraian
iii) Sijil Kelahiran Anak / Mykid
iv) Surat Pengesahan Sekolah / Tuisyen / Kelas Agama
v) Resit Bayaran Persekolahan / Tuisyen / Kelas Agama [Bulanan / Tahunan]
vi) Resit Bayaran Perjalanan / Tambang / Tiket Ke Sekolah [Bas / Van]
vii) Surat Caruman Insuran Kanak [Jika ada]
viii) Laporan Kesihatan / Perubatan Anak
ix) Laporan Polis Berhubung Isu Anak [Jika ada]
x) Lain-lain Dokumen Berkaitan Anak
Bagi tuntutan nafkah anak, mahkamah akan memutuskan sesuatu jumlah berdasarkan keperluan wajib
dan asas bagi seseorang anak disamping mengimbanginya dengan kemampuan bapa. Mahkamah
boleh untuk mengurangkan dan memerintahkan satu jumlah yang berbeza dengan tuntutan yang
dibuat oleh anak atau orang yang menjaga anak tersebut apabila mahkamah berpuashati bahawa
jumlah itu tidak berasas dan tidak dapat dibuktikan oleh pemohon. Namun sebaliknya, mahkamah
juga boleh memerintahkan bapa untuk membayar satu jumlah seperti yang dituntut oleh ibu
[pemohon] setelah mendapati jumlah itu relevan dan rasional.
Seterusnya berkenaan tuntutan hadhanah pula, mahkamah akan memutuskan tuntutan itu
berdasarkan kebajikan anak bukan berdasarkan kebebasan, kekayaan, persamaan jantina dan
kemewahan. Bahkan mahkamah juga tidak terikat secara mutlak dengan pilihan seseorang anak itu
walaupun anak itu boleh membuat pilihan. Ini jelas menunjukkan bahawa kebajikan anak itu adalah
lebih penting dari aspek-aspek lain. Kebajikan anak itu biasanya mencangkupi hal-hal berkaitan kasih
sayang, pendidikan, kesihatan, pengaruh ikutan dan keselamatan.
Kedudukan ibu adalah paling utama dalam mendapatkan hak penjagaan anak berbanding bapa.
Kenyataan ini juga telah disebut di dalam enakmen undang-undang keluarga islam setiap negeri. Bapa
merupakan orang ketiga di dalam kedudukan tersebut selepas ibu dan ibu kepada ibu yakni atok
sebelah ibu kepada anak itu. Selain itu, ibu juga mempunyai naluri dan perasaan kasih sayang yang
kuat berbanding seorang bapa. Contoh yang dapat dikaitkan adalah di mana seorang anak yang baru
dilahirkan boleh membesar dengan baik apabila berada bersama ibu berbanding bapa. Bahkan usia
ketika itu, anak itu memerlukan susu ibu dan sudah tentu bapa tidak mampu menunaikanya dengan
baik. Maka naluri keibuan adalah sangat penting di dalam diri seseorang kanak-kanak diusia 12 tahun
pertama.
Walaupun begitu, terdapat beberapa keadaan seseorang ibu boleh terhalang dan gugur haknya dalam
menjaga anak. Keadaan itu berlaku apabila mahkamah mendapati ibu telah melakukan perbuatan
fahisyah atau maksiat secara terbuka dan boleh mendatangkan kemudharatan serta mempengaruhi
anak. Kemudian, seseorang ibu yang berkahwin lain juga boleh menghalang hak daripada menjaga
anak perempuannya bersama suami terdahulu kerana faktor perhubungan anak tersebut dengan bapa
tiri / suami baru ibu. Faktor seterusnya, apabila ibu itu telah keluar dari agama / murtad [nauzubillah].
Selain dari faktor murtad, mahkamah masih boleh mempertimbangkan pemohonan seorang ibu untuk
mendapatkan hak penjagaan anak sekalipun ibu itu berkahwin lain dan didapati pernah melakukan
fahisyah.
Bersambung...............

Anda mungkin juga menyukai