Anda di halaman 1dari 28

Aluan

Yang mulia Saudara Pengerusi;


Yang dikasihi Yang Dipertua DPN, Timbalannya dan anggota sekteriat DPN;
Yang dimuliakan Timbalan dan Naib-naib Presiden, barisan pimpinan JKP,
Ketua Wanita, barisan pimpinan Sayap Wanita IKRAM Pusat, ahli-ahli DPN,
barisan pimpinan Negeri-negeri dan Daerah-daerah dan para tetamu
jemputan yang dikasihi.
Ikhwah dan akhwat yang mulia,
Pendahuluan
Hari ini sekali lagi kita bertemu dalam Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI)
untuk kali keduanya. Perhimpunan ini direncanakan agar semua ahli IKRAM,
khususnya yang datang pada hari ini dapat bermuayasyah, memperteguh
ikatan ukhuwah, mempererat hubungan perjuangan, mendengar perutusanperutusan daripada barisan pimpinan, pencerahan terhadap situasi
perjuangan kita masa kini, pencerahan terhadap beberapa isu yang
memerlukan pertukaran pandangan sesama kita untuk memahaminya dan
kemudian menanganinya dengan sebaik-baiknya.
Kepada para tetamu jemputan yang hadir bersama kita pada hari ini, kita
mengharapkan dapat meningkatkan engagement, perbincangan, bertukartukar pandangan dan pengalaman dengan mereka, agar semua tetamu
dapat memahami visi dan misi IKRAM, ikut serta mendukung usaha-usaha
IKRAM bagi menjayakannya agar negara kita dapat diangkat menjadi sebuah
Negara Rahmah terhadap manusia sejagat dan dunia
Situasi dunia masa kini
Analisis Global (politik, ekonomi, ideologi dan sistem)
Barat yang diterajui Amerika Syarikat (US) dan dengan sikap membisu,
mungkin juga persekongkolan kuasa-kuasa lain dunia, dewasa ini terus
melakukan kezaliman terhadap manusia dan dunia, bertindak kejam, tetapi
pada masa yang sama sedang kebingungan dan sedang meraba-raba.
Mereka pada hakikatnya perlu kepada Islam untuk membantu mereka
menyelamatkan diri lantaran Islam berupaya membimbing mereka
berhadapan dengan dunia dan kehidupan, juga lantaran kedudukan umat
Islam sebagai saksi, contoh ikutan dan kumpulan yang bertanggungjawab
terhadap penghunia alam semesta.
Peradaban barat yang pernah menyinar dengan keindahan penemuanpenemuan ilmiahnya masa lampau serta pernah menundukkan dunia
seluruhnya dengan hasil-hasil ciptaan ilmu-ilmu tersebut, dewasa ini sedang

bankrap, bahkan membunuh dirinya. Asas-asas politiknya sedang


dirobohkan oleh tindakan-tindakan kuku besi para diktator. Asas-asas
ekonominya sedang diranapkan pelbagai kemelut. Asas-asas
kemasyarakatannya sedang diruntuhkan oleh pelbagai prinsip yang ganjil
dan liar dan tentangan-tentangan yang meletus di pelbagai tempat. Ia
menyebabkan manusia kebingungan dan tersesat jalan dalam upaya untuk
mengatasinya.
Imam Hasan al-Banna
Senario Global
Senario global masa kini memberikan gambaran menyeluruh terhadap
perkembangan dunia khususnya alam Islam serta pencerahan tentang di
manakah umat Islam dalam menterjemahkan konsep rahmah yang menjadi
harapan kita semua. Mungkin peristiwa-peristiwa di Timur Tengah boleh
dijadikan titik tolak penilaian lantaran ia menjadi tumpuan dan fokus seluruh
masyarakat antarabangsa. Tafsiran-tafsiran yang seringkali tidak jujur dan
berat sebelah mendapat tempat istimewa dan popular di dada akhbar arus
perdana dan saluran penyiaran media gergasi barat yang cuba mencorakkan
pandangan masyarakat antarabangsa. Media barat ini sekarang telah
dicabar oleh saluran media bebas dan wartawan-wartawan amatur yang
diperkasakan dengan kemudahan teknologi maklumat yang canggih yang
telah berjaya menghidangkan liputan yang lebih seimbang serta
memaparkan realiti yang berlaku di lapangan pada saat atau waktu kejadian.
Keadaan ini memberi kelebihan kepada umat Islam. Ia menjadi pemangkin
kepada beberapa perubahan utama yang positif sejak sekurang-kurangnya
suku abad yang lalu, ketika mana umat Islam di Asia Barat telah diadu
domba dan dipecah perintah sehingga wujud sempadan-sempadan
antarabangsa tanpa sebarang kewajaran sedikit pun demi memisahkan umat
Arab kepada negara-negara bangsa yang celaru identiti. Surat menyurat
(Syarif) Hussein McMahon (1914-15), Persetujuan Sykes-Picot (1916),
Perjanjian Paris (1919) dan Mandat British ke atas Palestin (1922) adalah
antara perjanjian yang membelenggu bangsa Arab di luar kehendak mereka.
Pemecahan dan peminggiran umat Arab adalah batu asas kepada tegaknya
negara haram Israel yang sempurna pengisytiharannya pada tahun 1948.
Perancangan Imperialis barat berterusan dari British-Peranchis kepada USSoviet pada pasca perang Dunia ke Dua sehinggalah pada tahun 1980an
apabila seluruh Dunia Islam dari Afrika Utara sehingga Teluk Farsi dipantau
oleh kuasa unipolar US. Perubahan lanskap politik dan dinamika
perimbangan kuasa ini boleh dibahagikan kepada tiga fasa.
Fasa pertama ditandakan oleh keadaan yang bergolak sejak 1980 dari
Perang Iran-Iraq, campur tangan langsung US di Lubnan, Serangan Iraq ke
atas Kuwait, Operasi Desert Storm, tuduhan ke atas Iraq memiliki

WMD (weapons of mass destruction), sekatan ekonomi ke atas Iraq,


pencerobohan ke atas Iraq, serangan ke atas WTC (World Trade Centre, US)
dan pencerobohan US ke atas Afghanistan adalah dinamika yang disusun
atur oleh US untuk menghalang mana-mana unsur yang boleh menggugat
kestabilan Asia Barat yang akan menjejaskan kepentingan strategik US yang
paling utama iaitu Israel.
Fasa kedua menyaksikan perubahan yang memberi harapan baru kepada
perjuangan pembebasan Palestin. Intifadah yang berlaku pada Disember
1987 benar-benar memerangkap Israel dalam keadaan luar jangka. Buat
pertama kali, penentangan rakyat Palestin berlaku dalam bentuk gelombang
kebangkitan massa yang dipelopori oleh rakyat Palestin termasuk wanita dan
kanak-kanak. Israel terpaksa berdepan dengan keberanian rakyat Palestin
yang hanya bersenjatakan batu. Intifadah ini merupakani inisiatif yang
direbut oleh HAMAS pada saat yang tepat sehingga memaksa Israel mencari
rakan perdamaian/perundingan pada Fatah (fraksi terbesar PLO) sekali gus
merubah persamaan perjuangan antara pejuang-pejuang Palestin.
Keadaan ini telah memaksa Amerika membuat eksperimen berisiko iaitu
melaksanakan program demokrasi yang julung kali diadakan di Asia Barat
ekoran kegagalannya di Algeria. Pilihan raya legislatif yang pertama di
Palestin menyaksikan kemenangan HAMAS dan memberi ruang yang amat
luas kepada HAMAS menawarkan program politiknya. Pengkhianatan US dan
Israel ke atas hak rakyat Palestin dalam menyempurnakan proses demokrasi
dengan mengenakan sekatan ekonomi dan kepungan ke atas Gaza telah
memberikan ruang yang lebih luas kepada HAMAS untuk memacu sokongan
melalui program advokasi/ pencerahan massa. Ia berjaya membentuk
pandangan umum yang positif terhadap legitimasi perjuangan Palestin.
Namun harga yang dibayar oleh penduduk Gaza amat besar apabila tiga
serangan biadap secara besar-besaran dilancarkan pada akhir tahun 2008,
2012 dan yang terakhir pada tahun 2014. Kesemua serangan ini berakhir
dengan kemenangan moral dan strategik kepada penduduk Gaza. Israel
semakin terdesak kerana ia adalah kekalahan kesekian kalinya setelah
pengunduran dari Lubnan selatan pada tahun 2000 dan diikuti dengan
kekalahan mereka kepada Hizbullah pada tahun 2006. Fasa kedua memberi
harapan baru kepada Dunia Islam yang terpukul dengan kemusnahan besar
yang menimpa Iraq dan Afghanistan selepas kelegaan seketika kekalahan
Soviet yang menamatkan riwayat Empayar Komunis yang bermula dengan
Revolusi Bolshevik pada tahun 1917.
Fasa ketiga daripada pergolakan ini bermula dari satu titik yang tidak diduga
iaitu di Tunisia. Ia mencetuskan bantahan umat Arab di negara masingmasing. KejayaanRevolusi Jasmine disusuli dengan kemenangan Thaurah di
Medan Tahrir dan tumbangnya Muammar Gaddafi di Libya dan Ali Abdullah
Saleh di Yaman. Siri-siri kebangkitan rakyat ini mencetuskan pula
kebangkitaan rakyat Syria. Fasa 3 ini mencerahkan harapan dunia Islam

khususnya di Timur Tengah untuk menghirup udara kebebasan dari


pemerintahan autokratik dan memiliki suara untuk memilih pemimpin
daripada kalangan rakyat. Pemisahan bangsa Arab oleh garis-garis yang
dicipta melaui Sykes-Picot 1916 dan perjanjian Paris mungkin menyaksikan
episod pengakhiran.
Fasa ketiga ini adalah fasa penentu. Meskipun ia bukan penamat kepada satu
perjuangan yang panjang untuk membebaskan umat Islam daripada
penindasan berpanjangan, namun ia merupakan satu persimpangan yang
cukup penting dalam catatan sejarah umat masa hadapan. Pemilihan
Presiden Morsi melalui proses demokrasi yang sah benar-benar
menyesakkan Israel dan penajanya US. Tidak pernah US berasa begitu
terancam sebelum ini. Perubahan kuasa politik di Mesir adalah berita buruk
kepada Israel dan US. Ia bukan sekadar retorik berapi-api Gamal Abdul
Nasser yang dipadamkan dengan serangan mengejut Perang Enam Hari
yang menyaksikan kekalahan buruk Mesir, bahkan pencerobohan dan
penaklukan Masjid al Aqsa.
Presiden Morsi akan memadamkan semua pencapaian Israel dan bukan
sahaja akan membebaskan Mesir dari cengkaman perjanjian Camp David
yang melumpuhkan ekonomi dan politik Mesir bahkan akan berusaha bagi
memerdekakan Palestin. Ancaman yang nyata ini menyebabkan
terbentuknya satu pakatan yang melibatkan Israel, US, Arab Saudi dan UAE
untuk menjayakan program Tamarrud dan mengangkat Jeneral Fatah as-Sisi
menerajui kerajaan kudeta yang tidak sah dengan menggulingkan Presiden
Morsi. Ia disusuli dengan pembunuhan beramai-ramai rakyat Mesir yang
membantah rampasan kuasa di medan Rabiah dan tempat lain sehingga
menyaksikan tidak kurang 5,000 orang rakyat Mesir syahid dibunuh oleh
rejim kudeta.
Cubaan untuk menggagalkan kebangkitan rakyat ini juga berlaku di Tunisia.
Tetapi Dr Rasyid Ganoushi dari Parti An Nahdah telah menggunakan
kebijakan tertentu bagi menghalang berlakunya rampasan kuasa oleh
kelompok liberal yang diterajui oleh kesatuan sekerja dan media. Kuasa
rakyat berjaya dikekalkan meskipun An Nahdah melakukan tolak ansur yang
menguntungkan perubahan di Tunisia untuk jangka panjang. Turki juga
berhadapan dengan cubaan untuk menggagalkan Recep Tayyib Erdogan oleh
kononnya pencinta alam sekitar di medan Taksim. Namun cubaan-cubaan ini
berakhir dengan kedudukan Erdogan semakin mantap dengan menduduki
jawatan Presiden dan mantan Menteri Luar Dr Ahmet Davutoglu menjawat
jawatan Perdana Menteri, satu gandingan yang mantap dan dinamik.
Kebangkitan rakyat di Syria pula sudah memasuki tahun keempat dengan
peperangan tidak menampakkan tanda akan berakhir. Rejim Bashar Assad
yang didukung Iran , Hizbul Syaitan di Lubnan dan militia Syiah Iraq yang
telah terkepung kini mungkin mendapat ruang untuk bernafas apabila
wujudnya perkembangan baru di Iraq dan Syria iaitu ISIL atau ISIS (Deish

dalam sebutan Arab). Kewujudan ISIL ini tidak begitu mendapat perhatian
sehinggalah mereka berjaya menawan bandar-bandar utama di utara Iraq.
Bilangan mereka yang sedikit dapat mengalahkan tentera rejim Nouri al
Maliki yang berundur dari kedudukan mereka dan memberi laluan kepada
kumpulan bersenjata ISIS. Mereka kemudiannya mengisytiharkan khilafah
Islam dan membentuk IS (Islamic State) serta menuntut semua
memberi baiah atau kesetiaan kepada Khalifah di Mosul.
Tindakan mereka telah ditolak oleh Kesatuan Ulama Sedunia yang
dipengerusikan oleh Syeikh Dr Yusuf Qaradawi. Tindakan mereka yang jelas
melampau dengan melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas tawanan,
membunuh orang awam sewenang-wenangnya, membunuh wartawan dan
pekerja kemanusiaan memberikan gambaran yang salah tentang jihad dan
Islam itu sendiri. Perbuatan mereka membunuh pekerja kemanusiaan Alan
Henning dari United Kingdom, seorang pembawa teksi yang menyertai misi
kemanusiaan di Syria untuk menghantar beberapa buah ambulan kepada
rakyat Syria telah menyebabkan kemarahan masyarakat barat dan
meningkatkan Islamofobia.
Tindakan ISIS menyerang pejuang-pejuang FSA (Pejuang Pembebasan Syria)
menimbulkan tanda tanya atas kewujudan mereka dan objektif mereka.
Perkembangan terkini ialah ISIS telah menawan beberapa pekan penting di
sempadan Turki. Amerika yang selama ini tidak bertindak ke atas Rejim
Bashar Assad yang telah membunuh 200 ribu rakyat Syria, menerusi
pengunaan bom kimia dan bom barrel ke atas rakyat Syria dengan kesan
yang amat dahsyat tiba-tiba dengan pantas melakukan serangan udara ke
atas kedudukan ISIS. Tindakan berpilih oleh US ini seperti yang disuarakan
oleh PM Turki, Dr Ahmet Davutoglu membayangkan ada agenda terselindung
daripada serangan tersebut.
Perkembangan yang berlaku di Syria dan Iraq adalah kesan langsung
daripada tindakan kejam oleh kumpulan-kumpulan Syiah yang ditaja oleh
Iran. Kezaliman militia Syiah (Maish) ke atas rakyat Sunni Iraq telah
mencetuskan kebangkitan rakyat melalui gagasan Herak Syabi f Iraq.
Kerajaan Nouri al Maliki yang bertindak ganas terhadap rakyat Sunni telah
memberi laluan kepada kumpulan bersenjata ISIS untuk menguasai
kawasan-kawasan Sunni dan melakukan pelbagai bentuk kezaliman dan
penindasan kepada penduduk Iraq di sana, sebenarnya telah mengganggu
proses kebangkitan rakyat Iraq dari cengkaman kerajaan Syiah Nouri al
Maliki tajaan US yang bersekongkol dengan Iran.
Gerakan militan Syiah yang terbaru ialah apabila puak al-Houthi telah
mengambil alih kuasa di Yaman. Peranan Ikhwanul Muslimin (IM) yang sangat
berpengaruh terutama di Universiti Iman perlu dibendung oleh bekas
penyokong Ali Abdullah Saleh. Mereka telah berpakat dengan Syiah, US,
Emirat (UAE), Saudi dan Iran untuk menghapuskan peranan IM di Yaman. US
merancang agar IM bangkit memberikan tentangan bersenjata. Namun

congakan US meleset. IM tidak terpancing dengan perancangan licik pakatan


jahat yang diterajui oleh US. Iran telah mengambil kesempatan daripada
perancangan US yang gagal ini untuk merampas kuasa di Yaman. US yang
sepatutnya menyusun langkah untuk menguasai Yaman sekiranya berlaku
konflik bersenjata di antara Syiah dan IM, telah berputih mata. Strategi
mereka gagal kerana umpan mereka tidak mengena. Namun Syiah Houthi
juga akan berhadapan dengan kesukaran kerana penduduk Yaman yang
bermazhab Sunni tidak akan membiarkan Syiah Houthi menguasai Yaman.
Di Libya pula, revolusi berdarah telah tercetus sebagai sebahagian daripada
fenomena kebangkitan rakyat dunia Arab bagi menggulingkan bekas
pemerintah diktator mereka kolonel Muammar al-Ghadafi telah tidak
disenangi oleh pihak musuh. Sesudah pembunuhannya, negara dan rakyat
Libya terus berhadapan dengan berbagai-bagai komplot untuk
menggagalkan revolusi mereka, mengekalkan suasana krisis, pertempuran
antara berbagai-bagai kumpulan bersenjata yang mendapat sokongan dan
pembiayaan kuasa-kuasa luar, serantau atau antara bangsa yang tidak mahu
melihat negara Libya baru yang sejajar dengan aspirasi rakyatnya dapat
dibangunkan menerusi pendekatan damai, demokrasi dan permuafakatan
sesama rakyat Libya.
Perkembangan mutakhir ini mengambil bentuk pertarungan bersenjata
antara kumpulan bersenjata aliran Islam daripada kalangan rakyat Libya dan
pendukung-pendukung rejim lama yang diketuai Jeneral bersara Khalifah
Haftar yang disokong secara langsung oleh rejim kudeta Mesir dan
pemerintah Emirat.
Di sebelah timur alam Islami, kita dapati perkembangan usaha-usaha
dakwah yang bermakna dan perjuangan Islam tulen dan menyeluruh sedang
berlangsung dalam fasa-fasa yang berbeza. Kemajuan-kemajuan yang ketara
sedang berlaku walaupun mendepani pelbagai kemelesetan daripada pihak
pedukung Islam lain yang pelbagai. Kemajuan-kemajuan sedang berlaku di
Indonesia, koalisi parti-parti pembangkang pimpinan Jeneral (B) Prabowo
yang dibangunkan menerusi inisiatif pimpinan Partai Keadilan Sejahtera
(PKS) dan rakan-rakan insya-Allah akan dapat membendung kemungkinankemungkinan buruk yang mendepani perjuangan umat di sana pada masa
hadapan walaupun mereka telah tewas dalam pilihan raya presiden
Indonesia baru-baru ini.
Menerusi koalisi di atas mereka dapat menguasai lebih daripada 65% ahli
MPR, satu keadaan yang membolehkan mereka memenangi kerusi pimpinan
MPR, speaker, komisi-komisi dalam MPR yang akan memantau kerja-kerja
Presiden, kabinet dan pemeritah pusat Indonesia. Mereka juga telah berjaya
meminda undang-undang pilihan raya 2004 yang dulunya menuntut
dilaksanakan pilihan raya langsung bagi memilih setiap gabenor propinsipropinsi seluruh Indonesia, walikota-walikota dan datuk-datuk bandar yang
menelan kos sejumlah RM5 bilion. Berasaskan undang-undang baru tersebut,

mereka semua akan dipilih oleh dewan parlimen wilayah/propinsi sahaja. Ia


akan mejimatkan kos sebesar RM5 bilion tersebut di atas. Juga menerusi
koalisi ini, 31 daripada 34 propinsi negara Indonesia akan dikuasai oleh
mereka. Propinsi-propinsi tersebut memiliki 50% hasil sumber propinsi dan
yang selebihnya diambil pemerintah pusat, kecuali Propinsi Aceh yang mana
pembahagiannya adalah 60% untuk propinsi dan 40% diambil kerajaan
pusat.
Lintas pandang
Perkembangan Islam di peringkat antarabangsa memberikan gambaran
menyeluruh tentang situasi ummah. Pergolakan yang berlaku di Timur
Tengah atau Asia Barat dewasa ini, kebangkitan perlawanan ummah yang
berterusan terhadap rejim kudeta di Mesir, rejim Nusairi di Syria, kejayaan
Hamas mengekang usaha Israel untuk membakar hangus bumi Gaza,
perlawanan sengit pejuang-pejuang Islam Libya mendepani campur tangan
rejim kudeta Mesir, kerajaan Emirat dan sekutu mereka Jeneral (B) Khalifah
Haftar di sana, tindakan parti Islah di Yaman berundur dari pertarungan
bersenjata dengan kumpulan syiah al-Hauthi, kesemuanya telah meletakkan
perjuangan gerakan Islam pada satu fasa baru. Ia menandakan bahawa
gerakan Islam sudah bersedia mencorakkan harapan baru kepada
kebangkitan umat (Arab Spring) dan kepimpinan dunia secara umum.
Reaksi dan tindak balas dari rejim-rejim Arab di peringkat serantau dan
persekongkolan dengan rejim zionis dan kuasa besar sudah pun dijangka
untuk menghalang dan membantutkan proses pengislahan yang menyeluruh
bermula dengan sistem pemerintahan, dengan penggulingan rejim-rejim
diktator di sana. Kudeta di Mesir, campur tangan di Libya, perkembangan
terbaru di Yaman dan pergolakan yang berpanjangan di Syria serta kehadiran
kumpulan bersenjata ISIS di Iraq dan Syria adalah sebahagian daripada
perancangan untuk menghalang perubahan lanskap politik yang memihak
kepada umat Arab dan bersifat lebih madani (bercorak sivil dan demokratik),
terutamanya ketika ia diterajui oleh pergerakan IM.
Inilah sedikit gambaran mengenai senario global yang sedang berlaku di
Alam Islam sebelum kita memberikan tumpuan kepada umat Islam di ASEAN
dan Malaysia.
ASEAN: Kewujudan Komuniti Ekonomi 2015
Negara kita sebagai sebahagian daripada negara-negara anggota Asean
terlibat sama dalam usaha-usaha memperkukuh gagasan ASEAN. Pada tahun
hadapan (2015) direncanakan kewujudan Komuniti Ekonomi Asean ASEAN
sebagai sebuah organisasi serantau yang dibangunkan bagi meningkatkan
keupayaan negara-negara anggota di Asia Tenggara bagi mendepani

cabaran-cabaran persaingan diperingkat serantau dan antara bangsa,


mengukuhkan kerjasama sesama anggota dalam berbagai-bagai bidang,
mengekalkannya sebagai sebuah rantau yang aman, merdeka, maju dan
berdaulat.
Mendepani perkembangan ini, kita sebagai sebuah gerakan Islam akan terus
bekerjasama dengan rakan-rakan serantau yang strategik untuk merebut
pelbagai peluang yang terbuka, apa-apa manfaat bagi umat serta
menangani pelbagai cabaran yang mendepani usaha-usaha tersebut agar
kita tidak terpinggir daripada perkembangan yang sedang berlaku atau yang
seumpamanya pada masa hadapan.
Yang kita inginkan daripada perkembangan-perkembangan ini dan
seumpamanya ialah: kedudukan umat bertambah baik, bahaya ke atasnya
tertangkis, Islam semakin dapat diterima, memainkan peranan mencorakkan
perjalanan masyarakat Asean berbilang bangsa, agama dan budaya serta
rantau ini bergerak dan berkembang ke arah kerjasama, kemajuan dan
perdamaian.
Rumusan 1: Pernyataan Dasar IKRAM
1. Menentang konspirasi barat memecahkan dunia Arab dan mewujudkan
Israel di bumi Palestin.
2. Menyokong umat Arab menentang penguasaan barat dan US terhadap
dunia Arab.
3. Menyokong hak umat Islam bangsa Arab memilih pemimpin-pemimpin
negara mereka sendiri secara bebas dan demokratik.
4. Menentang semua rejim diktator yang melakukan kekejaman dan
pencerobohan terhadap hak asasi manusia di negara-negara Arab.
5. Mengecam campur tangan US di Timur Tengah, pendirian dan polisi
mereka mendukung Israel, memperkuat dominasinya, melemahkan dan
melumpuhkan umat Arab dan umat Islam di sana.
6. Menyokong hak rakyat Palestin membebaskan bumi Palestin.
7. Menentang campur tangan Iran di Iraq, Syria, Lubnan, negara-negara
Teluk dan Yaman.
8. Menentang campur tangan Saudi, Emirat dan Iran di Yaman dan Mesir.
9. Menentang campur tangan rejim kudeta Mesir dan pemerintah Emirat di
Lybia.
10. Menyokong rakyat Libya membentuk kerajaan dan negara mereka sendiri
tanpa campur tangan asing.

11. Menentang rejim kudeta Mesir dan menyokong hak rakyat Mesir memilih
pemimpin dan membentuk kerajaan mereka secara bebas dan demokratik.
12. Menentang serangan Israel terhadap Gaza, kekejaman mereka di Tebing
Barat dan bumi Palestin.
13. Menentang tindakan kejam kumpulan ISIS di Iraq dan Syria. Mereka tidak
mewakili ummatan wasatan tetapi mengancam perkembangan Islam yang
sebenar.
14. Menyokong kestabilan negara Indonesia, permuafakatan rakyatnya
membangunkan negara secara bebas dan demokratik tanpa campur tangan
asing,
15. Menyokong ASEAN membangunkan rantau ASEAN yang maju, progresif,
bersatu, bekerjasama, terbuka dan bebas.
Situasi negara (Malaysia) masa kini
Apa yang tidak kena?
Pemerintahan yang mengamalkan politik kepartian yang sempit, tidak
mampu mengatasi jenayah korupsi, penyalahgunaan kuasa, ketirisan bajet
Kerajaan Persekutuan, keadilan sosial yang meleset dan pengagihan
kekayaan yang tidak adil. Rakyat pula berhadapan dengan fenomena
kemiskinan yang semakin mencengkam, jurang pendapatan yang tambah
meluas, kerosakan sosial dan akhlak yang semakin tenat, keruntuhan
institusi-institusi keluarga yang semakin meningkat, perpaduan rakyat yang
kembali terancam.
Kerajaan yang ada juga tidak berupaya meletakkan umat di posisi yang kuat
dan mantap, mengangkatnya lebih maju dalam semua bidang sama ada
bidang politik, ekonomi, sosial, penguasaan ilmu, kepakaran-kepakaran
bidang, teknologi maju dan canggih, bidang perusahaan dan perkhidmatan
dan lain-lain. Dalam realiti, yang terjadi umat masih jauh ketinggalan dalam
penguasaan bidang-bidang tersebut diatas. Peluang yang ada tidak
dimanfaatkan dan akhirnya tidak dapat menjana kemajuan-kemajuan yang
sepatutnya untuk umat lantaran kelemahan kerajaan sedia ada.
Keadaan ini memerlukan pembaikan yang menyeluruh, perubahan yang
mendasar yang boleh dilakukan oleh gabungan organisasi-organisasi
masyarakat madani yang kuat, berdaya maju, mampu memimpin umat dan
masyarakat atau gabungan parti-parti politik yang kuat, berdaya saing,
memiliki keupayaan untuk menang PRU, menguruskan pentadbiran dan
pengurusan perjalanan negara dengan lebih baik lagi.
Senario Politik

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen,


pilihan raya umum diadakan setiap lima tahun bagi tujuan memilih ahli-ahli
parlimen dan kerajaan. Sehingga kini sudah 13 PRU dilakukan, semuanya
dimenangi parti pemerintah sedia ada yaitu Parti Perikatan yang
kemudiannya mengambil bentuk baru, Parti Barisan Nasional (BN).
Walaupun demikian, dalam PRU12 BN telah mula kehilangan majoiriti 2/3
kerusi parlimen dan dalam PRU13 ia telah kehilangan undi popular pula yang
telah beralih kepada parti pembangkang PR (Pakatan Rakyat) walaupun BN
masih kekal memerintah lantaran lebihan kursi parlimen yang telah mereka
menangi. Suasana baru ini memungkinkan semak imbang yang lebih baik
antara parti pemerintah dan parti pembangkang berlaku dalam persidangan
berkala parlimen atau di luarnya masa kini dibandingkan pada masa lalu.
Fokus IKRAM untuk pembaikan adalah pengukuhan sistem dwi-parti
Pertubuhan IKRAM Malaysia dalam hal ini beriltizam untuk memanfaatkan
sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia. Cara
menfaatkannya ialah dengan memperkasakan semak imbang (check and
balance ) yang berkesan menerusi sistem dua parti yang utuh. Dalam
konteks Malaysia, perlu wujud dua gabungan parti yang sama kuat, sama
mampu bersaing secara sihat, bersih dan adil dan saling mampu
memerintah, berupaya menjadi pemerintah. Persaingan ini akan
mematangkan penguasaan rakyat terhadap proses demokrasi dan
menyerlahkan yang terbaik daripada sistem tersebut. Kita perlu kepada
sistem dua parti yang memberi ruang kepada semua pihak untuk mencabar
penyalahan guna kuasa. (Power corrupts; Absolute power corrupts
absolutely ). Oleh itu, monopoli kuasa oleh mana-mana pihak perlu
ditentang.
Pimpinan IKRAM merasa bertanggungjawab untuk mewujudkan perubahan
situasi politik negara ke arah situasi politik yang lebih baik, lebih sihat dan
adil yang akan mewujudkam ruang yang luas dan berkekalan bagi
pembaikan perjalanan negara menuju negara rahmah untuk manusia dan
alam semesta. Untuk menjayakan hasrat tersebut pihak pimpinan akan
sentiasa memantau keadaan dan perkembangan politik negara dan dunia,
bertindak proaktif ke arah perkembangan-perkembangan tersebut agar
umat tidak terpinggir, Islam akhirnya dapat dimartabatkan pada kedudukan
yang sewajarnya. Memimpin manusia dan dunia.
Secara ringkas dan jelas, tanpa berselindung, kita ingin menegaskan kepada
semua, kita akan mempersiapkan diri untuk menghadapi semua
kemungkinan yang akan terjadi, agar umat memiliki pembela nasibnya yang
tulen, pejuang cita-citanya yang manusiawi dan murni.
Isu-isu umat dan Islam di Malaysia (Bagaimana menanggapinya)

Dewasa ini kita di Malaysia berhadapan dengan pelbagai isu yang


menghantui fikiran umat, kerajaan yang memerintah tidak berupaya
meletakkan umat di posisi yang kuat dan mantap, mengatasi pelbagai isu
yang sedang berlaku seperti:

Gerakan pelampau
Kumpulan yang diterajui golongan militan, mereka yang terpengaruh
dengan kenaikan golongan ini di Timur Tengah terutamanya kumpulan ISIS di
Syria dan Iraq.

Perpecahan Umat
Perpecahan umat yang sedang berlaku sebagai kesan dari perbezaan
fahaman politik, kedudukan kemasyarakatan dan pencapaian ekonomi yang
berbeza, tahap pendidikan dan lingkungan kehidupan yang bebeza,
pengaruh luar yang menyerang negara termasuk pengaruh budaya asing
yang dibawa masuk orang luar. Keadaan ini amat berbahaya
kepada survival masyarakat Islam di Malaysia seperti apa yang dinyatakan
Allah menerusi beberapa ayat dari kitabnya:

Kelemahan kedudukan ekonomi dalam negara.


Ia satu kelemahan yang amat ketara di mana nilai aset yang dikuasai
umat selain daripada aset milik GLC hanya 1.75% aset dalam negara,
selebihnya dikuasai GLC 15 %, peniaga pengusaha Cina dan pelabur-pelabur
asing. Kebanyakan peluang-peluang ekonomi terserah kepada golongan Ali
Baba, kumpulan opportunis yang tidak mampu melaksanakan sendiri projekprojek ekonomi tersebut, akhirnya serah saja kepada taukeh-taukeh sedia
ada yang sudah kaya raya untuk melaksanakan semua projek-projek
tersebut.

Gejala sosial di kalangan belia dan remaja yang semakin


memburuk
Ia satu isu yang tidak mampu diselesaikan oleh pemerintah dan masyarakat
lantaran kedua-dua institusi ini telah semakin melemah kesan daripada
perkembangan sosio-budaya, institusi dan diri yang semakin mencabar, daya
tahan yang semakin rapuh, pengaruh lingkungan yang semakin
menyesakkan minda dan jiwa. Apa yang biasa kita temui ialah pergaulan
bebas tanpa batas, bimbingan keluarga yang amat lemah, institusi keluarga
yang goyah, atau runtuh berkecai, pendidikan agama yang amat tipis,
masyarakat yang tidak peka dan menyantuni mereka sekurang-kurangnya
dengan nasihat dan tunjuk ajar.

Gerakan Syiah dan ajaran-ajaran sesat


Ia satu fenomena baru dan lama yang telah tidak ditangani dengan
bersungguh-sungguh dan berkesan bagi mengatasinya. Sebagai akibatnya,
ia terus aktif menyebarkan dakyahnya ke pelbagai tempat di seluruh negara,
mengorbankan mangsa yang terdiri daripada pelbagai golongan atau
kumpulan yang kekosongan jiwa dan minda, kekurangan ilmu dan
kefahaman yang boleh membawa mereka menemui Islam yang sebenar.

Isu-isu perlembagaan
Penafsiran perlembagaan negara (peruntukan tentang: Islam, hak
keistimewaan kaum Bumiputera dan kedudukan institusi raja-raja Melayu). Ia
merupakan isu sensitif yang boleh merangsang kebencian, pergaduhan,
perasaan tidak puas hati, perkauman, curiga, berpuak-puak yang akan
mengancam kesetabilan negara dan kerukunan hubungan kemasyarakatan.
Kebijaksanaan yang tinggi serta kesabaran yang panjang perlu ada untuk
merungkai isu ini selain dialog langsung, permuafakatan dalam suasana
harmoni serta saling hormat menghormati antara semua pihak yang terlibat.
Meletakkan kepentingan rakyat, kesejahteraan hidup mereka, serta
kestabilan politik negara dan kelangsungan survivalnya akan banyak
membantu semua pihak bekerjasama menyelesaikan isu ini dengan sebaikbaiknya, pendekatan sama-sama menang win-win) akan banyak membantu
dalam merungkai isu sensitif ini.
Gagasan: Malaysia Menuju Negara Rahmah yang ingin kita
jayakan
Ciri-cirinya:
a) Fasa transisi
Malaysia, di dalamnya Islam mencorak perjalanan negara dan kehidupan
rakyat, Ulama di hadapan, Kepimpinan baru sebagai contoh, Parlimen dan
Istana yang pro-syariah, Kehakiman yang adil dan bebas, Media yang bebas
dan bertanggungjawab, Perkhidmatan awam yang professional, berkecuali
dan berakhlak, pasukan keselamatan profesional dan pro-syariah, ekonomi
berlandaskan syariah, dan Pembangunan sains dan teknologi untuk manusia.
b) Fasa pengukuhan tahap Idealismenya, di peringkat nasional.

Negara yang disebut di dalam al-Quran sebagai Baldatun Tayyibatun


Warabbun Ghafur.
Negara yang berdiri atas asas Hakimiah Allah SWT

Negara yang pemerintahnya terdiri daripada pimpinan yang adil, tidak


melakukan pelanggaran-pelanggaran hukum yang besar, mungkin pernah
melakukan maksiat yang kecil sahaja, mendaulatkan syariat sepanjang
pemerintahannya.

Negara yang menjunjung perintah Allah dan Rasul-Nya.

Negara yang melaksanakan tuntutan syariah.

Negara yang meletakkan maqasid syariah sebagai asas kepada


pemerintahan dan pentadbiran.

Negara yang menaungi semua rakyatnya atas prinsip-prinsip keadilan


dan kesaksamaaan manusia sejagat.

Negara yang memastikan hak-hak semua lapisan masyarakatnya


tanpa mengira agama dan bangsa dipertahankan atas landasan syariat
dan maqasid syariah.

Negara yang mengamalkan pemerintahan yang didasarkan atas


rundingan (syura) dan kesepakatan serta memberi ruang kepada rakyat
untuk bersuara dan memilih kerajaan mengikut lunas-lunas perlembagaan.

Negara yang memastikan risalah dan dakwah Islam ditegakkan dan


menjadikannya ciri utama kepada kelangsungan pentadbirannya.

Negara yang memastikan urus tadbir yang baik serta meletakkan


kesejahteraan rakyat sebagai matlamat penting dalam kewujudannya.
Semua pernyataan ini bersesuaian dengan kehendak siyasah syariyyah
yang menuntut pengurusan kehidupan rakyat dan pentadbiran negara
sejajar dengan tuntutan-tuntutan syariah, unjuran-unjuran syariah bagi
maksud menegakkan Islam dalam negara dan kehidupan manusia serta
menertibkan perjalanan dunia berasaskan bimbingannya.
Pernyataan ini sejajar dengan peryataan-pernyataan ulama-ulama ummah
yang tersohor sewaktu berbicara tentang siyasah syariyyah atau maksud
daripada penegakan pemerintahan dan negara Islam:

Maknanya: Siyasah syariyyah ialah pengurusan seorang pemimpin yang
adil terhadap urusan-urusan yang dikongsi bersama oleh semua rakyat
sejajar
dengan kehendak-kehendak syariah.


Maknanya: Penegakan agama dan pengurusan (perjalanan) negara
dengan (bimbingan) agama (Islam).
IKRAM
Lintasan sejarah IKRAM
Pertubuhan IKRAM Malaysia lahir hasil daripada gabungan semua agensi dan
institusi yang telah dibangunkan sebelumnya oleh ahli-ahli IKRAM sebelum ia
dimunculkan secara rasmi. Ia merupakan usaha-usaha gabungan lulusan
seberang laut yang telah memperolehi pendedahan dakwah dan tarbiah
semasa belajar di sana. Usaha-usaha tersebut telah mereka lanjutkan ke
dalam negara sesudah pulang dan berkerja dan berkeluarga. Usaha-usaha
mereka banyak tertumpu dalam relung dakwah, tarbiah ahli dan amal
bersama masyarakat. Ia akhirnya berkembang luas mencakupi berbagaibagai bidang baru yang amat mencabar.
Hasil daripada usaha-usaha tersebut, lahirlah berbagai-bagai institusi dan
agensi yang digunakan untuk mengurus aktiviti-aktiviti mereka yang
pelbagai itu dengan cara yang lebih tersusun, lebih berkesan dan cekap
sehinggalah ke satu tahap mereka merasakan keperluan mewujudkan
sebuah organisasi induk yang memayungi semua.
Organisasi induk tersebut akhirnya telah dapat ditubuhkan dan memperolehi
status legalnya pada tahun 2009. Itulah IKRAM, sebuah pertubuhan dakwah,
tarbiah dan kebajikan yang telah dibangunkan sebagai wahana perjuangan
bagi menegakkan cita-cita umat hidup sepenuhnya di bawah naungan panjipanji at-tauhid, bimbingan Islam.
Peranannya:
Merubah, memperbaiki, menyempurnakan, menyatukan dan membina,
menyampaikan risalah, membangun ummah, membina kekuatan,
memenangi kekuasaan sebagai wasilah bagi penegakan Islam yang syumul
sebagai satu order yang adil untuk manusia dan dunia.
Bagi IKRAM, cabaran yang dihadapi oleh umat Islam di peringkat global dan
setempat menyediakan cabaran baru ke arah perlaksanaan syariat yang
sempurna di Malaysia. Islam sebagai agama fitrah adalah satu sistem yang
mengambil kira kepelbagaian kaum dan
agama. Sahifah Madinah (Perlembagaan Madinah) adalah contoh hidup
dalam sejarah bagaimana sistem pemerintahan Islam itu berjalan dalam
sebuah masyarakat majmuk di mana hak dan tanggungjawab anggota
masyarakatnya dipersetujui secara rundingan (syura). Tidak ada pihak di
kalangan bukan Islam merasakan diri mereka diketepikan atau dinafikan hak
dalam sebuah pemerintahan yang adil dan saksama. Bahkan model Piagam

Madinah ini terus menjadi rujukan dalam membangunkan masyarakat


pelbagai bangsa di Andalus, Baghdad, Damsyik, Baitul Maqdis dan Istanbul.
Bahkan dengan semangat yang sama, masyarakat majmuk di seluruh dunia
Islam dibangunkan dengan model-model operasional di India dan di alam
Melayu.
Inilah cabaran yang akan ditangani oleh IKRAM dengan pendekatan yang
positif meskipun dalam suasana yang negatif yang cuba dibentuk oleh
pelbagai isu-isu perkauman dan keagamaan yang diketengahkan kepada
masyarakat. Sebahagian daripada keresahan yang dibangkitkan oleh umat
Islam dan bukan Islam memang berasas sedang sebahagian isu sengaja
dibangkitkan untuk memenuhi agenda sempit politik golongan yang
merasakan kuasa mereka sudah terhakis dan mereka semakin terpingir.
Dalam semua kemelut dan keserabutan yang dibangkitkan berkaitan hak
umat Islam dan hak bukan Islam dan isu-isu antara agama, akan ditangani
melalui saluran pemuafakatan dan musyawarah. Garis-garis kasar panduan
bertindak IKRAM tetap dalam rangka engagement. IKRAM yakin di dalam
sebuah negara seperti Malaysia, pendekatan dialog bukan sahaja terbaik
bahkan anjuran Al-Quran dalam surah An-Nahl ayat 125:
Firman Allah SWT:
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan
dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang
engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu,
Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya, dan
Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah
petunjuk.
Inilah asas kepada penglibatan IKRAM dalam pelbagai gabungan yang
melibatkan pihak-pihak yang mewakili umat Islam dan bukan Islam. Dengan
terbentuknya jaringan dengan pertubuhan-pertubuhan bukan Islam seperti
GBM (Gabungan Bertindak Malaysia), maka isu-isu Islam dan bukan Islam di
Malaysia dapat dibincang secara langsung dan berterus terang. Pendirian
Islam dalam pelbagai isu dapat dikongsikan supaya apa-apa persepsi yang
salah yang timbul daripada tindakan umat Islam dapat diperbetulkan. Segala
salah faham yang berpunca daripada liputan media atau prejudis yang tidak
benar terhadap Islam dapat diluruskan. Penglibatan IKRAM dalam
masyarakat madani dalam isu-isu yang berlegar dalam kalangan rakyat
Malaysia memberi peluang untuk meluaskan isu-isu umat Islam seperti isu
kudeta Mesir dan isu serangan Israel ke atas Gaza ke dalam perhatian
mereka agar kita dapat menarik sokongan masyarakat bukan Islam,
masyarakat berbilang bangsa dan agama demi solidariti bersama penduduk
Gaza atas dasar kemanusiaan sejagat.
Isu perkauman, prejudis agama dan sentimen anti-Persekutuan telah
mendorong IKRAM untuk bersama membentuk satu pergerakan Negara-Ku

yang melibatkan beberapa NGO dan tokoh-tokoh masyarakat. Pergerakan


Negara-Ku bertujuan untuk mengembalikan keharmonian hubungan sesama
rakyat atas falsafah Rukun Negara, perjanjian penubuhan Negara Malaysia
dan Perlembagaan Persekutuan. Keharmonian dan semangat muhibbah yang
terbina selama ini tercalar akibat sikap curiga dan kesangsian yang terus
ditanam terutama dalam kalangan generasi muda. Bukan sahaja ia boleh
merungkai perpaduan yang menjadi asas penting kepada pembangunan
negara, bahkan boleh menjejaskan usaha-usaha pengislahan, pemupukan
kesefahaman dan dialog antara agama dan kaum sebagai wahana penting
kepada penyebaran Islam dalam masyarakat majmuk. IKRAM terpaksa
berhadapan dengan pelbagai tohmah dan kata-kata nista daripada rakanrakan badan-badan Islam sendiri yang menilai secara negatif terhadap
penglibatan IKRAM dalam pergerakan Negara-Ku. IKRAM beranggapan
penglibatannya dalam Negara-Ku adalah dalam rangka mengajak rakyat
berbilang kaum dan agama di negara ini supaya lebih bersikap positif kepada
Islam.
Ada yang mencabar IKRAM supaya mengemukakan hujah-hujah syarak.
Bukankah mengajak kepada Islam dengan hikmah dan nasihat yang baik
serta berhujah dengan lebih baik dengan mereka (bukan Islam) adalah hujah
syarak yang paling relevan untuk terlibat dalam Negara-Ku? Bagaimana lagi
ini boleh dilakukan selain berada dalam satu platform yang memberi ruang
kepada interaksi dan dialog bagi menghadapi sentimen perkauman dan
kecurigaan agama yang semakin meruncing?
IKRAM tidak akan membiarkan trend polarisasi kaum semakin jelas di negara
ini. Lantaran ia tidak akan membawa natijah yang menguntungkan dalam
proses pembinaan negara. Ia meliarkan golongan bukan Islam daripada
orang melayu yang melihat mereka sebagai ancaman dengan
mempersoalkan kesetiaan mereka kepada negara dan menyudutkan mereka
dengan stigma kaum pendatang dan penceroboh. Apakah mungkin kaum
bukan Melayu/bukan Islam membangunkan negara ini dengan jiwa raga
mereka apabila merela terus digelar pendatang dan penceroboh sedangkan
negara ini adalah tanah tumpah darah mereka? Kesannya kepada dakwah
Islam sudah tidak perlu dinilai lagi.
IKRAM sama sekali tidak akan menggunakan pendekatan pujuk rayu apatah
lagi paksaan untuk menyeru kepada dakwah Islam. Bukan sahaja dakwah
Islam memerlukan suasana bebas dan hormat, bahkan perlaksanaan syariat
itu sendiri perlu berlaku dalam suasana aman, bebas dan saling
menghormati. Jika suasana tegang dalam masyarakat berbilang kaum akibat
daripada isu-isu perkauman dan keagamaan terus disemarakkan, maka salah
faham akan terus berlaku terhadap usaha dakwah bahkan akan mematikan
usaha dakwah yang dilakukan oleh semua pihak dalam masyarakat. Oleh itu,
imej Islam sebagai agama damai dan agama dialog harus dikekalkan dan

unsur-unsur ugutan, amaran dan hasutan yang semakin berleluasa pada hari
ini mesti dibanteras.
IKRAM menyedari bahawa usaha-usaha untuk mengarus perdanakan dakwah
di negara ini memerlukan penggemblengan tenaga di semua peringkat
masyarakat. Semua portfolio JKP (Jawatankuasa Pusat IKRAM) bergerak
menurut Perancangan IKRAM (PI) yang diletakkan bertujuan untuk mengajak
rakyat Malaysia bersama ke arah kebaikan Islam dan menyokong
perlaksanaan Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara. IKRAM
sentiasa meletakkan kerja-kerja amal dakwah sebagai tunggak kepada PI
yang dirangka setiap empat tahun. Hidayah Centre yang merupakan agensi
dakwah kepada bukan Islam sejak sebelum penubuhan IKRAM lagi berusaha
untuk mengekalkan keharmonian kaum agar proses dialog antara agama
dapat berlaku dalam suasana harmoni dan saling menghormati.
IKRAM yakin dengan kecenderungan manusia kepada agama fitrah ini dan
dengan itu meletakkan sasaran 80% rakyat Malaysia beragama Islam
menjelang satu tempoh yang diizinkan oleh Allah SWT. Jika Islam is the
fastest growing religion in the west dengan rekod kemasukan Islam yang
melibatkan ribuan masyarakat barat di satu satu tempat dan di satu satu
masa seperti di Germany, maka fenomena yang sama tidak mustahil berlaku
di negara ini. Oleh itu, imej Islam sebagai agama damai dan agama dialog
harus dikekalkan dan unsur-unsur ugutan, amaran dan hasutan yang
semakin berleluasa pada hari ini mesti dibanteras.
Jawatankuasa Masyarakat Madani, Pembangunan Ummah dan Khidmat
Masyarakat kesemuanya melaksanakan sasaran strategik berdasarkan PI
yang bertujuan untuk mengajak rakyat Malaysia bersama ke arah kebaikan
Islam dan menyokong perlaksanaan Islam dalam kehidupan bermasyarakat
dan bernegara.
Peranan wanita sangat penting dalam sebuah negara. Maka dengan itu,
IKRAM mengiktiraf penglibatan wanita melalui Jawatankuasa Pusat Wanita
IKRAM. Wanita IKRAM meletakkan sasaran untuk memperkasakan wanita
dengan ilmu kontemporari dan fiqh semasa di samping meningkatkan
kecerdasan intelek dan emosi agar wanita menyumbang secara signifikan ke
arah pembinaan keluarga dan masyarakat seutuhnya.
Golongan muda juga berperanan penting dalam masyarakat. Kerana itu
beberapa portfolio penting diterajui oleh golongan muda seperti
Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa dan Jawatankuasa Pembangunan
Remaja dan Belia. Di samping itu, IKRAM juga berusaha untuk menyantuni
belia merentasi kaum, agama, status sosial dan pendidikan melalui
agensinya GEMA. Pembangunan mahasiswa luar negara juga tidak dilupakan
dengan diwujudkan di bawah Pejabat Presiden iaitu Biro Seberang Laut yang
diketuai oleh Timbalan Presiden. IKRAM berhasrat mahasiswa luar negara
boleh memimpin perubahan menuju Negara Rahmah setelah tamat belajar

dan pulang ke tanah air. Mahasiswa dalam bidang deeniyyah pula


dipersiapkan oleh Jawatankuasa Ulama untuk menjadi pelapis dan
seterusnya bakal-bakal ulama yang progresif dan menjadi rujukan umat
dalam pelbagai isu yang rumit dan mencabar dewasa ini. Jawatankuasa
Pendidikan pula diamanahkan untuk menyediakan satu generasi yang akan
memastikan kesinambungan amal-amal dakwah melalui agensi MUSLEH
yang menguruskan SRI dan SMI (Rangkaian sekolah rendah dan menengah
Islam) di seluruh negara. Tunggak kepada semua amal-amal pengislahan ini
adalah ahli-ahli IKRAM sendiri. Dengan itu pembinaan ahli melalui sistem
pentarbiahan yang syumul dikendalikan oleh Jawatankuasa Tarbiah Pusat.
Misi Jawatankuasa Tarbiah ialah berusaha secara berterusan membina dan
membentuk duat yang memenuhi piawaian IKRAM serta mampu
menggerakkan dakwah secara aktif melalui manhaj tarbiah yang syumul.
Jawatankuasa Tarbiah berhasrat untuk menyemai kesungguhan kepada
semua ahli IKRAM untuk menyebarkan risalah suci ini kepada semua orang di
semua tempat dan pada setiap masa.
IKRAM juga meletakkan kepentingan yang utama kepada kecekapan
pentadbiran dan pengurusan. Jawatankuasa Pentadbiran yang digerakkan
oleh Pejabat Setiausaha Agung berusaha untuk melancarkan lagi pengurusan
dan pentadbiran jentera IKRAM di semua peringkat. Kursus Kesetiausahaan
yang diadakan baru-baru ini yang dihadiri oleh Setiausaha dan Penolong
Setiausaha Negeri, Wanita Negeri, Daerah dan Wanita Daerah telah banyak
membantu para setiausaha untuk memainkan peranan yang sewajarnya
bagai memastikan enjin IKRAM sentiasa bergerak lancar dan efisien. Namun,
kita bukan sahaja menekankan isu pengurusan secara yang difahami oleh
organisasi biasa, kerana: Kita sedang mengurus sebuah perjuangan, bukan
sekadar mengurus pejabat.
Dalam aspek pentadbiran, Pertubuhan IKRAM Malaysia sekarang ini diterajui
oleh kepimpinan baharu yang telah dipilih untuk sesi 2014-2018 yang terdiri
daripada 22 ahli JKP, bersamanya jawatan Presiden yang mengandungi
berbagai-bagai biro dan 111 ahli DPN dan 3 orang ahli Badan Timbang Tara.
Bersempena dengan itu, IKRAM juga telah memperolehi bangunan baru iaitu
Kompleks IKRAM yang menempatkan pusat pentadbirannya. Ini adalah
pencapaian yang besar pada tahun ini. Kompleks ini dibeli melalui
sumbangan ahli-ahli IKRAM serta IKRAM Negeri dan Daerah. Kami ingin
mengucapkan jazakumullahukhairan kathira kepada semua yang telah
menyumbang dan membantu dalam pembelian kompleks ini. Dengan hampir
semua agensi, portfolio dan kakitangan berada dalam satu bangunan,
beserta kemudahan-kemudahan yang lebih baik, kita mengharapkan
kecekapan dan output dakwah kita akan meningkat, insya-Allah.
Jawatankuasa Penerangan dan Media pula akan berusaha untuk mewujudkan
saluran hebahan rasmi IKRAM di semua peringkat bagi membina dan
membentuk pemikiran masyarakat, meningkatkan imej IKRAM sebagai

jurubicara umat, juga sebagai penyebar maklumat yang tepat dan terkini.
Setakat ini, antara pencapaiannya ialah IKRAM telah mempunyai portal
sendiri - ikram.org.my. Begitu juga portal Malaysia Harmoni dan facebook
Pertubuhan IKRAM Malaysia. Pelancaran TV IKRAM adalah satu lagi
pencapaian IKRAM yang akan melonjakkan usaha dan amal-amal Islam di
dalam masyarakat.
Kedudukan kewangannya berimbangan sehingga kini, dengan segala
pengurusan akiviti-aktiviti IKRAM dapat ditampung dengan baik walaupun ia
berhadapan dengan keadaan defisit berkala. Sumbangan KIMB (Koperasi
Islah Malaysia Berhad) menunjukkan prestasi yang amat baik dalam tahuntahun kebelakangan ini.
Untuk Jawatankuasa Pembelaan Umat Sejagat pula, satu institusi
kemanusiaan nasional yang baru telah dibangunkan iaitu Humanitarian Care
Malaysia (MyCARE) yang memayungi beberapa institusi sedia ada iaitu Aqsa
Syarif, IKRAM4Syria (i4S), Salam Iraq, Rose2Rose (R2R), Projek-projek Khas
dan Institusi R&D seperti PACE (Palestine Centre of Excellence) dan NICE
(Nusantara Centre of Excellence). Bagi dalam negeri pula, Jawatankuasa
Khidmat Masyarakat sedang menggerakkan i-Bantu sebagai institusi khidmat
masyarakat serta memanfaatkan institusi-institusi sedia ada seperti PAKSIIKRAM, Raudhatus Sakinah (RS) dan IKRAM Health.
Jawatan Kuasa Pusat (JKP) sebagai barisan kepimpinan secara umumnya
berperanan mengerakkan Jawatankuasa (JK) masing-masing dalam relungrelung amal yang telah diperuntukkan, fokus kepada bidang-bidang tersebut
bagi menjayakan PI dalam bidang-bidang mereka, mengaktifkan usahausaha untuk mengerakkan operasi yang perlu dilakukan bagi mencapai
sasaran-sasaran strategik yang telah ditetapkan.
Asas pemikiran dakwah IKRAM

Dakwah yang benar dimulai oleh para Rasul dan Anbia`.

Dakwah Islam mensasarkan penyampaian hidayah kepada


seluruhmanusia di seluroh pelusuk dunia.

Semua manusia memiliki potensi untuk menjadi muslim atau


kufur,faktor diri dan linkunganlah yang akan mendorong mereka membuat
pilihan.

Dakwah bertujuan menegakkan Uluhiyah dan Rububiyah Allah


serta ubudiyah manusia dan makhluk-makhluknya.

Dakwah sebenar membawa manusia beriman kepada Islam sahaja dan


kufur kepada selainnya.

Misi dakwah Islam dapat dilaksanakan menerusi langkah-langkah yang


bijaksana, nasihat menasihati juga dailog yang terbaik.

Misi dakwah Islam dapat dipikul dengan lebih sempurna menerusi


pendekatan amal jamai, amal organisasi yang tersusun.

Tugas pendakwah ialah berusaha melaksanakan dakwah dengan cara


yang terbaik, hidayah pula hanya dengan izin Allah SWT.

Asas asas Syara kewujudan IKRAM


1. Al-Quran









..

Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang
lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan
lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan
kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasul
(Muhammad SAW) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran
perbuatan kamu.
2. Hadis
"
"
Maksud hadis: Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang
terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh, tidak
memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi
kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka
akan tetap sedemikian.
Pengharapan IKRAM
Negara ini kembali mempertahankan keharmonian antara kaum dan agama
yang menjadi ciri negara Malaysia semenjak kelahirannya (kemerdekaan).
Rakyat di negara ini tidak bertindak atas dasar prejudis kaum, agama atau
bertindak dalam kerangka pemikiran kesukuan, sebaliknya sentiasa
memikirkan bagaimana keharmonian boleh ditegakkan melalui
proses engagement atau permuafakatan serta kerjasama.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 2:










Maksud ayat: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat
kebajikan dan bertaqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan dalam

melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan Bertakwalah kepada


Allah, sesungguhnya Allah amat pedih siksaan-Nya.
Firman Allah Taala lagi dalam surah Ali Imran ayat 159:
Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu
wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka
(sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi
keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka
(mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah
ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam
urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau
telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka
bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang
yang bertawakal kepada-Nya.
Umat Islam di negara ini mengambil sikap wasata atau kesederhanaan di
bawah rahmat dan petunjuk Allah demi memimpin seluruh rakyat ke arah
Negara Rahmah yang didambakan.
Umat Islam terus menunjukkan sikap berdamai dan mengajak kepada dialog
ke atas apa-apa perselisihan dan percanggahan, termasuklah dalam isu-isu
yang melibatkan kedudukan Islam dan pentafsirannya dari segi undangundang dan pentadbiran negara.
Pendukung-pendukung IKRAM terus mempamerkan kemuliaan akhlak dan
keluhuran budi dalam menegakkan hukum dan prinsip-prinsip Islam.
Ahli-ahli IKRAM? Pendukung dakwah
Cabaran-cabaran di hadapan ialah:
a) Meningkatkan keupayaan ahli
b) Memperkuatkan IKRAM
c) Menggerakkan ahli
d) Menggerakkan masyarakat
Semuanya disempurnakan berasaskan PI, menerusi inisiatif ahli sebagai
peribadi atau sebagai ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia, semuanya bersiap
sedia untuk dimobilisasi, mendukung pelaksanaan PI pada setiap masa.
Menerusi usaha-usaha perjuangan ini, semua kita terlibat menyampaikan
risalah sebaik-baik dan sesempurna mungkin, membangunkan sebaik-baik
umat, ummatan wasatan, bekerja keras membangun keupayaan-keupayaan
yang akan dapat menjana kekuatan-kekuatan yang akan dimiliki IKRAM,
kekuatan-kekuatan yang akan dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya bagi
memenangi kekuasaan pemerintahan.

Ayuh!
Marilah semua kita berusaha bersungguh-sungguh, menyingsing lengan,
memerah keringat menyempurnakan tanggungjawab, melaksanakan
tugasan-tugasan yang akan menghantar IKRAM kepada kejayaan yang
didambakan: membangun Malaysia sebagai Negara Rahmah menerusi
pengabdian kepada Allah dan kecintaan kepada Rasul-Nya dalam bentuk:

Penyampaian risalah

Pembangunan ummatan wasatan

Penjanaan kekuatan-kekuatan dan

Pemenangan kekuasaan untuk Islam dan Ummah


Jayakan menerusi perjuangan yang dipandu dan dipelopori IKRAM .
Keberhasilan: (Risalah, Ummah, Shaukah dan Sultah)
Ikhwah dan akhwat yang dikasihi,
Rumusan 2: Pernyataan Dasar IKRAM
1. IKRAM akan berusaha memperbaiki keadaan dalam negara Malaysia
menerusi pendekatan aman, dakwah bil husna, pendekatan demokratik.
2. IKRAM menyokong usaha-usaha penyatuan rakyat berbilang kaum
menerusi dialog, permuafakatan, engagement dengan semua.
3. IKRAM menentang politik kepartian sempit politik perkauman yang
memecah belah dan melemahkan rakyat.
4. IKRAM mendukung sistem politik dwiparti, pengukuhan polisi semak dan
imbang.
5. IKRAM meyokong pertukaran pemerintahan, peralihan kuasa secara aman
menerusi pilihan raya yang bersih, bebas, adil dan demokratik.
6. IKRAM menentang penyalahgunaan kuasa, pemusatan kuasa dalam
tangan pemerintah, urus tadbir negara yang tidak profesional, tidak
bijaksana dan cekap.
7. IKRAM menyokong usaha-usaha institusi masyarakat madani
memperkasakan peranan mereka, membangunkan negara sivil, demokratik
yang menghormati hak-hak rakyat.
8. IKRAM menyokong usaha-usaha penyatuan umat, memperkasakan
peranan Islam dalam negara, pembelaan nasib majoriti rakyat dalam
perkongsian pembangunan dan kemakmuran ekonomi negara.

9. IKRAM menyokong usaha-usaha pemeliharaan alam sekitar secara lestari


untuk manfaat semua generasi.
Akhirnya dalam kesempatan ini, saya ingin menegaskan kepentingan kita
berusaha untuk meningkatkan keupayaan ahli-ahli IKRAM, memperkuat
organisasi IKRAM, menggerakkan ahli ke medan amal, dalam pelbagai
relung-relungnya dan masyarakat bersama-sama dengannya. Dengan usahausaha tersebut, kita semua akan dapat menjana kejayaan untuk IKRAM,
kemenangan untuk Islam, kemuliaan untuk umat, negara kita menjadi
Negara Rahmah, Syariah didaulatkan dan Maqasidnya ditegakkan.
Sekian, wa billahi taufq wal hidayah, wassalamualaikum wa rahmatullahi wa
barakaatuh.
Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia
1 Muharram 1436 H
25 Oktober 2014 M

[Artikel] Malaysia Menuju negara Rahmah- Mampukan


IKRAM?
Pertama kali penulis mendengar tema bagi Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI) 2014 yang berlangsung
pada 25 Oktober 2014 bersamaan 1 Muharam 1436H bertemakan Malaysia Menuju Negara Rahmah
yang berjaya menghimpunkan 2500 aktivis dan penggerak serta ahli-ahli IKRAM di seluruh Malaysia, hati
penulis berasa terpanggil untuk mnghayati dan menggarap maksud sebenar di sebalik tema yang bagi
pandangan kerdil penulis merupakan satu tema yang membawa satu misi dan visi yang besar dalam
gerak kerja IKRAM.
Menariknya, di saat masyarakat semakin diracuni pemikirannya dengan sogokan yang berunsurkan
perkauman, prejudis terhadap agama dan bangsa oleh segelintir kumpulan yang dilihat cuba memporakperandakan keharmonian masyarakat majmuk di Malaysia, dengan alasan ingin menegakkan syiar
agama dan mempertahankan hak-hak bangsa, IKRAM tampil dengan lantang menegaskan prinsip-prinsip
pegangan IKRAM yang sentiasa mengimpikan islam berperanan sebagai agama dialog dan agama yang
membawa rahmah kepada semua.
Perancangan bersistematik yang dianjurkn oleh IKRAM dalam misi untuk membawa Malaysia menuju
negara rahmah patut diberi pujian dan disokong oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa,
agama, fahaman politik mahupun ideologi. IKRAM semakin lantang dalam menyuarakan pandangan,
sehinggakan mampu membawa corak pemikiran baharu di kalangan masyarakat hari ini apabila
wujudnya misi untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Rahmah.
Usaha murni IKRAM dalam mencorak pemikiran baharu ini, mampu mengubah persepsi masyarakat
yang semakin berselirat dengan pelbagai tohmahan dan fitnah yang tidak tepat, serta kefahaman yang
tidak jelas terhadap agama dan bangsa. Langkah ini ternyata merupakan satu percaturan matang yang
dilihat mampu membina satu anjakan paradigma, disaat negara sedang bergolak dengan pelbagai
konspirasi dan masalah perselisihan kefahaman. Disamping itu juga, usaha ini mampu menyemai benih
kasih sayang dan suasana mawaddah diantara ahli masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia.
'Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan,
dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenalkenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu
di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan dan
bangsanya). (Surah al-Hujurat : 13)
Sepertimana firman Allah s.w.t dalam keterangan ayat diatas, jelas menunjukkan bahawa agama Islam
itu mengunjurkan kasih-sayang sesama makhluk tanpa mengira bangsa agar manusia itu saling
berkenal-kenalan, beramah mesra di antara satu sama lain. Ayat ini jelas menerangkan konsep
permuafakatan yang sepatutnya berlaku dalam sesebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Maka,
seharusnya, konflik perkauman, agama dan bangsa tidak wajar dicetuskan dalam masyarakat hari ini,
terutamanya oleh umat Islam.

Negara Rahmah dari kacamata IKRAM


Setelah menghadam beberapa noktah penting dalam teks ucapan dasar, yang disampaikan oleh
presiden IKRAM, Ustaz Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad sempena PTI 2014 baru-baru ini, penulis begitu
tertarik untuk mengulas beberapa perkara yang menjelaskan dengan terperinci tentang model sebuah
negara rahmah yang menjadi hasrat dan impian IKRAM.
Antara ciri negara rahmah mengikut pandangan IKRAM adalah negara yang disebut di dalam Al-Quran
sebagai "Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur". Islam itu merupakan agama rahmatan lilalamin.
Rahmah buat seluruh makhluk tanpa ada batasan. Ini jelas disebut dalam al-Quran dalam surah AlAnbiya, ayat 107 yang bermaksud;
Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat
bagi sekelian alam. (Al-Anbiya: 107)
Negara rahmah ini bukanlah idea baru dari IKRAM, malahan, seruan rahmah ini telah lama tercatat
dalam Al-Quran sebagai Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghafur iaitu negara yg baik dan
diampunkan Tuhan . Misi utama IKRAM adalah untuk mendaulatkan syariah di negara ini supaya
Malaysia menjadi seperti yg disebut dalam Al-Quran iaitu negara yang membawa kedamaian,keberkatan
dan kerahmatan untuk seluruh umat.
Demi mencapai misi utama ini, IKRAM bertindak meletakkan dasar-dasar yang jitu ke arah negara
rahmah supaya semua ahli bekerja ke arah itu dan masyarakat dapat sama-sama menyokong dan
membantu membawa Malaysia menuju negara rahmah.
Selain itu, ciri negara rahmah itu adalah negara yg meletakkan maqasid syariah sebagai asas kepada
pemerintahan dan pentadbirannya. Ini antara ciri yang menekankan betapa pentingnya pemeliharaan
kepada perkara asas maqasid syariah dalam konteks perjuangan menegakkan agama yang merangkumi
nilai nyawa (Hifzu ad Hayah), agama (Hifzu ad Deen), intelektual (Hifzu al-Aqli), keturunan (Hifzu anNasab) dan harta (Hifzu al-Mal). Asas Maqasid Syariah ini harus diambil perhatian dan dititikberatkan
dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara bagi memastikan perjalanan sesebuah
negara itu berlaku dalam keadaan adil, harmoni dah penuh rahmah.
Ciri yang dijelaskn diatas, amat bersinambungan dengan ciri negara rahmah yang seterusnya, iaitu
menghasilkan sebuah negara yang menaungi semua rakyatnya atas prinsip-prinsip keadilan dan
kesaksamaan manusia sejagat. Ciri ini sangat penting dalam melahirkan sebuah negara rahmah kerana
konsep adil dan kesamarataan merupakan antara elemen terpenting yang perlu difahami dan diteliti
dengan sejelasnya oleh tampuk pimpinan sesebuah negara. Kefahaman yang rapuh terhadap konsep
adil dan saksama ini antara punca utama berleluasanya ketidakadilan dan diskriminasi dalam sistem
pemerintahan yang akhirnya akan mencetuskan rasa ketidakpuasan hati dan rasa teraniya dikalangan
masyarakat khususnya rakyat marhean.
Ciri negara rahmah yang turut menarik perhatian penulis adalah negara yang mengamalkan
pemerintahan yang didasarkan atas rundingan (syura) dan kesepakatan serta memberi ruang kepada
rakyat untuk bersuara dan memilih kerajaan mengikut lunas-lunas perlembagaan.
Penulis amat bersetuju dengan ciri yang dikemuka oleh IKRAM kerana ini merupakan asas yang perlu
dipahatkan dalam jiwa setiap pemimpin hari ini. Konsep syura dalam membuat sebarang keputusan dan
tindakan dapat mengelakkan keputusan yang lebih bersifat mementingkan diri sendiri dan juga
mencegah segala tindakan berat sebelah yang diambil tanpa memikirkan kemaslahatan bersama.
Ciri ini juga mampu mempertahankan hak-hak rakyat dalam menyuarakan pandangan dan pendapat
dalam memilih pemimpin disamping dapat menggalakkan sikap terbuka para pemimpin dalam meraikan
penglibatan rakyat dalam takbir urus negara.

Kesimpulannya, sepertimana harapan IKRAM supaya Malaysia kembali mempertahankan keharmonian


antara kaum dan agama, penulis juga mengharapkan perkara yang sama serta ingin mengajak semua
muslimin dan muslimat diseluruh negara supaya memainkan peranan dalam menunjukkan qudwah
hasanah iaitu contoh teladan yang baik terutamanya kepada kaum bukan islam disamping mengamalkan
sikap wasata atau bersederhana demi memimpin Malaysia menuju negara rahmah yang kita dambakan.
http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/malaysia-menuju-negara-rahmah-mampukah-ikram-nik-khatijahnik-mud

Tulisan oleh: Nik Khatijah Nik Mud

Alhamdulillah, selesai sudah Perhimpunan Tahunan IKRAM (PTI) 2014 yang telah
berlangsung di Kompleks Tan Sri Jeffrey Cheah, SJK(C) Chee Wen, Subang Jaya pada 25
Oktober 2014, Sabtu lalu bersamaan 1 Muharram 1436 Hijrah.
PTI yang diadakan secara tahunan ini dianggap sesuatu yang unik dan istimewa buat para
ahli dan penggerak Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) kerana pada perhimpunan inilah
ahli IKRAM dari seluruh negara berjumpul dengan semangat persaudaraan, bersama-sama
mendengar dan menghayati amanat pimpinan IKRAM terutamanya Ucapan Dasar
Presiden.
PTI 2014 yang merupakan kali kedua penganjurannya tahun ini bertemakan Malaysia
Menuju Negara Rahmah yang juga merupakan intipati penting Ucapan Dasar Presiden.
Aspirasi Kesederhanaan (Wasatiyyah)
Dalam Ucapan Dasarnya, Presiden IKRAM, Mohd Parid Sheikh Ahmad telah menegaskan
betapa pentingnya untuk kita semua menentang fahaman dan gerakan pelampau dan
ekstremis, baik yang berasal dari luar negara mahupun yang sedang berakar dalam negara
ini. Hal ini secara asasnya merupakan seruan Islam itu sendiri yang konsisten menegaskan
prinsip kesederhanaan dalam pendekatannya.
Memetik firman-Nya dari Surah Al-Baqarah ayat 143:
Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang pertengahan
(adil) agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad)
menjadi saksi atas (perbuatan) kamu
Atas dasar inilah IKRAM, tanpa berselindung menyatakan tentangan kepada kumpulan
pelampau biarpun kumpulan tersebut mengaku kononnya mewakili Islam sekalipun. Malah,
kumpulan pelampau seperti Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) merupakan suatu
ancaman yang besar kerana bukan sahaja mereka melakukan kezaliman kepada Muslim
dan bukan Muslim malah juga mewajarkan tindakan mereka atas nama Islam.
Tidak dinafikan bahawa terdapatnya percubaan menanam ideologi ekstrem ini dalam
kalangan orang muda. Sememangnya golongan muda ini golongan yang bersemangat
dalam perjuangan, apatah lagi jika ditawarkan syahid atas jalan-Nya. Namun begitu,
spektrum perjuangan Islam sebenarnya lebih luas dan pemahaman pada perjuangan Islam
itu sendiri perlu diperkukuh terlebih dahulu agar semangat pemuda ini dipandu hikmah dan
kebijaksanaan seperti mana berbunyi ungkapan terkenal, Semangat pemuda [adalah
seiringan dengan] kebijaksanaan orang terdahulu.
Maka, IKRAM sebagai pertubuhan dakwah menyedari cabaran dalam mentarbiah anak
muda khususnya anak muda IKRAM sendiri bagi menanam pemahaman Islam yang
syumul dan mantap agar tidak terjebak dengan gerakan ekstremis.
Agenda inklusif
IKRAM juga sentiasa komited dalam menterjemahkan seruan Islam sebagai rahmat buat
semua. Malah secara fundamentalnya, inilah yang merupakan antara sebab mesej Islam ini
diturunkan dan disebarkan melalui Nabi Muhammad:

Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi
rahmat bagi sekalian alam. (Al-Anbiya: 107)
Dengan kata lain, misi rahmat Islam ini bukanlah untuk dimanfaatkan untuk orang Islam
sahaja malah untuk semua golongan kaum dan agama.
Malangnya, lewat ini, ada golongan tertentu yang berkepentingan peribadi sering sahaja
bermain api dengan isu perkauman dan agama. Ada juga yang ungkit-mengungkit tentang
asal-usul masing-masing.
Masalah ini lambat laun jika tidak ditangani dengan bijak dan hikmah, bukan sahaja akan
merugikan penyebaran mesej rahmat ini, malah menjauhkan lagi manusia daripada dakwah
Islam.
Untuk mencapai hasrat ini, IKRAM terus progresif mengorak langkah dalam memimpin
umat dan rakyat Malaysia dalam gabungan pertubuhan masyarakat madani seperti
Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dan Negara-Ku. Meskipun dilemparkan kata-kata
nista, fitnah dan tohmahan daripada golongan muslim sendiri, trend polarisasi kaum dan
agama yang menafikan mesej rahmat Islam tidak boleh dikompromi lagi.
Banyak pihak hari ini cuba menguar-uarkan kononnya mereka mewakili Muslim namun
saban hari membawa mesej kebencian dan label-melabel yang jauh sekali daripada prinsip
asas dakwah Islam. Malah penglibatan IKRAM ini dipersoal kepatuhan syaraknya. Mungkin
kita perlu mengimbau ayat 125 dari Surah An-Nahl:
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat
pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan
cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan
orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang
yang mendapat hidayah petunjuk.
Tanyalah kembali diri sendiri; bukankah mengajak dengan nasihat yang baik itu sendiri
hujah syarak yang paling relevan untuk terlibat dalam gabungan masyarakat ini?
Kita sudah terlalu lama menanam syak wasangka gara-gara kegagalan kita untuk
mengenali satu sama lain dek kerana ada antara kita yang membesar dalam komuniti kaum
tertentu sahaja. Walaubagaimanapun hal ini tidak boleh dijadikan alasan untuk kita terus
mencurigai dan memfitnah. Gerakan Islam-lah yang perlu ke hadapan dalam memulihkan
kembali hubungan masyarakat yang makin retak ini.
IKRAM kini yang telah berusia lima tahun akan terus aktif dengan semangat persaudaraan
membawa Malaysia menuju negara rahmah kerana akhirnya, keredaan Allah akan mampu
menjadi realiti jika dakwah Islam ini diteruskan di samping memperjuang keadilan buat
semua.
Penulis ialah ahli Sekretariat Politik IKRAM Siswa Nasional

Anda mungkin juga menyukai