Anda di halaman 1dari 1

1.

2.

3.

RESEPI MEE GORENG MAMAK:


Penyediaan perencah/ pes Mee goreng Mamak:
Bahan-bahan untuk goreng dengan minyak masak.
1/2 kg kacang tanah
150 gm cili kering
100 gm udang kering geragau/ kepal
1 gengam kacang dhal (paruppu)
1. Goreng bahan-bahan diatas dengan aturan kacang tanah, paruppu, cili kering. Akhir sekali
udang geragau/udang kepal. dengan minyak masak. Sejukkan dan mengisar halus bersama air
kesemua bahan-bahan tadi.
2. Tumiskan kisaran di atas sehingga pecah minyak (minyak akan timbul di atas permukaan).
Masukkan air asam jawa, gula merah (gula pasir pun boleh), dan garam. Rasa kepedasan
sekiranya pes anda pedas sangat boleh tambahkan gula lagi. Mamak tak dapat bagi sukatan tepat.
Cuba dapatkan rasa pes yang anda sukai. Garam perlu teliti kerana bila kita gunakan kita tak
mahu mee goreng masin. Kadangkala mee buatan dari syarikat Melayu mereka bubuh garam.
Garam sebenarnya untuk ketahanan pes itu dari rosak sama seperti air asam jawa. Bila perencah
anda telah siap mai kita goreng pulak mee dengan pes kita sediakan. Mamak tunjukan cuma satu
hidangan saja. Ia lebih sedap kalau buat satu per satu hidangan dari mee longgok.
1 cekak mee kuning.
1cekak tuageh.
1 batang sayur sawi..ketuk batang sawi dan dipoting 1.
1 biji telur.
1/4 bhg bawang sederhana besar dihiris memanjang.
2 ulas bawang putih diketuk dan dihiris.
1 sudu kecil kicap cair.
air garam yang dilarutkan dalam botol.
Untuk hidangan Kacang goreng yang telah dikisar kasar, daun bawang dan sup dihiris
(kalau berniaga tak payah) dan hirisan cili merah (3 saja cukup) dan limau nipis (kalu niaga pakai
limau kasturi) dan bawang goreng (kalau niaga tak payah).
CARA-CARA PENYEDIAAN:
Bila kuali panas masukkan 2 sudu besar minyak masak. Masukan hirisan bawang putih dan
dikuti dengan hirasan bawang. Bila mengeluarkan harum masukan dua sudu besar pes/rencah
yang anda telah sediakan (di sini anda kena adjust pes anda mcm gula air siraptak masin sangat,
tak pedas sangat dan tak pula manishahaha).
Masukkan cucur udang, tauhu goreng, Ubi kentang rebus dan sayur sawi. Bila sawi layu
masukkan mee dengan segera. Titiskan kicap cair. (untuk yang berniaga, tak perlu beli kicap cair
gunakan kicap kramel boleh buat macam-macam jenis kicap). Air garam jika perlu. Goncang kuali
dengan api sedikit keras. Kalau anda mahu basah tambahkan sedikit air atau pes/perencah. Kalau
kering biarkan dia. Pada masa ini anda perlu tentukan api dapur jika basah kurangkan api kalu
kering keraskan api dapur. Bila mee sudah mulai masak. Kecilkan api dan tepikan mee anda dan
kosong ruang tengah kuali. Titiskan sedikit minyak dan pecah masukkan sebiji telur. Tutup telur
anda dengan mee dan membiarkan dalam 30 saat. Keraskan kembali api dapur dan kacau serata
mee dengan telur dengan cepat. Gorengan cuma 30 saat saja. Keseluruhan gorengan ini cuma 3-4
minit.
Hidangkanlah mee goreng anda dengan lapiskan daun pisang dan daun bawang+sup/ cili
dan akhir sekali taburkan sedikit kacang tanah goreng yang telah di atas mee anda.

Anda mungkin juga menyukai