Anda di halaman 1dari 17

Topik

Pengenalan
kepada
Reka Cipta

HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Mendefinisi reka cipta;

2.

Menerangkan perkembangan sejarah reka cipta;

3.

Menyenaraikan pereka cipta dan hasil ciptaannya;

4.

Menyatakan kepentingan reka cipta dalam kemahiran hidup; dan

5.

Menjelaskan perbezaan antara invensi dan inovasi.

PENGENALAN
Topik ini memberi pengetahuan berkaitan sejarah perkembangan reka cipta.
Reka cipta adalah mata pelajaran yang mementingkan penghasilan sesuatu
projek, barangan atau produk pengubahsuaian dalam bidang teknologi. Sejarah
reka cipta sebahagian besarnya merupakan sejarah artifak-artifak seharian yang
ada di sekitar kehidupan kita sehari-hari.

1.1

PENGENALAN REKA CIPTA

Tidak ada satu pun kejadian makhluk atau ciptaan manusia yang sempurna
melainkan kejadian Tuhan. Kejadian atau ciptaan baru, akan mengalami
perubahan dari semasa ke semasa. Teknologi akan terus berkembang dan
keperluan serta minat manusia tentu akan berubah. Demi memenuhi kepuasan
diri inilah, manusia akan terus berfikir dan mengusahakan reka cipta untuk
keperluan-keperluan yang pelbagai. Para pereka cipta perlu menggunakan
kemahiran dan pengaruh mereka dengan lebih teliti dan lebih bertanggungjawab.

TOPIK 1

1.1.1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

Definisi

Menurut kamus Dewan Bahasa, reka cipta membawa maksud penghasilan suatu
produk atau barangan baru atau pengubahsuaian sesuatu produk yang sedia
ada, bagi memenuhi kehendak pengguna masa kini dan akan datang. Proses reka
cipta berasaskan kepada gabungan tiga konsep iaitu minda, kemahiran serta
sikap atau nilai (lihat Rajah 1.1). Ketiga-tiga konsep ini digabung jalin bagi
menyelesaikan sesuatu masalah dengan melaksanakan aktiviti pencetusan idea,
diterjemahkan ke dalam bentuk ilustrasi dan dihasilkan semula dalam bentuk
prototaip atau model.
Reka cipta juga dihasilkan daripada idea tersendiri atau diubahsuai dan
mempunyai nilai-nilai komersial. Reka cipta merangkumi bidang-bidang seperti
grafik, reka bentuk perindustrian, tekstil, fesyen, seramik, barangan logam halus,
elektronik, reka bentuk bangunan/landskap dan ukiran.

Rajah 1.1: Manusia zaman batu mereka cipta perkakas dan alat memburu
menjadi bentuk yang selesa dipegang atau dibaling

1.1.2

Sejarah Perkembangan Reka Cipta

Sejarah perkembangan reka cipta berkait rapat dengan sejarah manusia. Proses
penciptaan telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Reka cipta telah wujud seiring
dengan perkembangan peradaban manusia. Namun tiada rekod yang dapat
menyatakan dengan tepat bila reka ciptaan pertama dihasilkan.
Pernahkah anda berhenti sejenak untuk menelaah tentang kewujudan artifakartifak yang telah direka cipta oleh seseorang pada suatu masa dahulu dan
mengapa rekabentuknya sedemikian rupa dan mengapa alat-alat itu wujud?
Persoalan ini ada kaitan dengan rekaan masa kini, ada rekaan yang diinovasi
untuk disesuaikan dengan keperluan dan persekitaran masa kini (lihat Rajah
1.2(a) dan (b)).

TOPIK 1

Rajah 1.2(a): Rekaan telefon awal

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

Rajah 1.2(b): Rekaan telefon pintar terkini


(Samsung Galaxy Note II)

AKTIVITI 1.1
1.

Gunakan kaedah ISL (Individual Self Learning) dan catatkan


sejarah awal reka cipta dan bincangkan semasa tutorial.

2.

Apakah yang merangsang perubahan dalam keinginan manusia


terhadap reka cipta?

Manusia pada zaman batu hidup sebagai nomad. Zaman itu dikenali Zaman
Pra-revolusi Industri. Barangan keperluan harian dibuat sendiri termasuk senjata
seperti kapak batu dan lembing.
Pada abad ke-17 iaitu Zaman Revolusi Industri, manusia berjaya mencipta
peralatan dan mesin yang dapat memudahkan kerja mereka. Manusia di zaman
itu menghasilkan alatan logam, kerja anyaman dan ukiran. Sistem pembuatan
domestik ini dikendalikan dengan menggunakan tangan dan kaki.
Pada abad ke-18, yang dikenali sebagai Zaman Revolusi Industri Pertama, enjin
stim telah dicipta oleh James Watt dan diinovasikan oleh George Stephenson
yang menjadikannya lebih baik.
Kehidupan manusia menjadi semakin kompleks dan maju, zaman berubah dan
dikenali pula sebagai Zaman Revolusi Industri Kedua. Manusia banyak
bergantung hidup kepada tenaga elektrik, manusia mula mencipta radio
transistor dan komputer yang semakin luas penggunaannya.

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

Pelbagai pendapat berkaitan reka cipta dan zaman perubahannya. Ada pendapat
menyatakan bahawa reka cipta telah bermula sebelum tahun masihi lagi, antara
rekaan awal ialah alat Skru Archimedes ciptaan Archimedes pada tahun
212 SM. Ramai pereka cipta telah menghasilkan pelbagai ciptaan untuk
kegunaan manusia. Ciptaan berasaskan teknologi menjadi pendorong utama
dalam bidang reka cipta sehingga kini. Antara pereka cipta terkemuka ialah,
Richard Trevithick (membina keretapi wap pertama pada tahun 1804) dan
Alexander Graham Bell (dengan hasil ciptaannya iaitu telefon pada tahun 1876).
Setiap perubahan yang dilakukan ke atas sesuatu ciptaan, adalah untuk
memenuhi keperluan serta kehendak manusia yang tiada hadnya. Anda biasa
melihat barang-barang seharian yang anda gunakan daripada perabot, pakaian,
alat-alat elektrik sehinggalah kepada berus gigi. Kebanyakan daripada alat-alat
yang anda gunakan dalam kehidupan seharian anda telah direka cipta oleh
orang-orang tertentu. Barangan ini dapat memberi maklumat berkaitan
rekaannya apabila anda mengkajinya dengan teliti. Reka cipta konkrit
menghasilkan benda-benda sebenar seperti pensel, cawan, tong sampah dan
seumpamanya. Reka cipta abstrak menghasilkan konsep strategi, taktik,
prosedur, peraturan, undang-undang, hasil perundingan, peleraian konflik dan
seumpamanya.

1.1.3

Bidang Reka Cipta

Reka cipta merupakan penghasilan sesuatu produk yang baru atau


pengubahsuaian sesuatu produk yang mendatangkan faedah kepada manusia
dan memenuhi kehendak pengguna.
Reka cipta melibatkan bidang-bidang yang berikut:
(a)

Grafik berkaitan dengan kerja-kerja seperti pengiklanan, pembungkusan


dan penerbitan bahan-bahan bercetak.

(b)

Reka bentuk perindustrian yang dapat dibahagikan kepada rekaan


perabot, rekaan produk dan rekaan kenderaan.

(c)

Tekstil berkaitan rekaan pembatikan, tenunan dan anyaman.

(d)

Fesyen berkaitan dengan reka bentuk pakaian seragam, fesyen semasa,


beg tangan dan kasut.

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

(e)

Seramik berkaitan dengan reka bentuk pasu, jubin, pinggan mangkuk


daripada seramik.

(f)

Barangan logam halus berkaitan dengan reka bentuk barang kemas,


kutleri, ukiran logam.

(g)

Elektronik berkaitan dengan kerja-kerja reka bentuk bangunan,


pengubahsuaian dalaman dan landskap.

(h)

Ukiran berkaitan dengan kerja-kerja mengukir hiasan rumah, perabot dan


cenderamata.

1.2

INVENSI DAN INOVASI

Invensi adalah proses mereka, atau memikir, untuk menghasilkan sesuatu


penemuan baru dengan daya usaha sendiri dengan cara melakukan aktiviti
eksperimen, memikir dan menjalankan penyelidikan.
Penglibatan daya fikir yang tinggi memberi kepuasan kepada pereka walaupun
kadang-kadang ia tidak mendapat nilai komersial.
Inovasi adalah pengubahsuaian kepada produk tersebut supaya ia menjadi lebih
bertenaga atau bermakna. Inovasi terjadi setelah produk itu direka cipta.

AKTIVITI 1.2
1.

Apakah cara-cara lain yang dapat dilakukan oleh para pereka cipta
untuk memastikan persekitaran lebih selamat?

2.

Ambil peralatan harian, contohnya mesin kelapa, dan fikirkan


bagaimana rekaannya dapat dipertingkatkan.

1.2.1

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

Perbezaan

Rajah 1.3 menunjukkan inovasi yang berlaku pada mesin taip.

Rajah 1.3: Reka cipta mesin taip yang mengalami inovasi

1.2.2

Evolusi Reka Cipta

Keperluan manusia semakin berubah, reka cipta menjadi semakin penting


kerana memenuhi permintaan masyarakat yang menjadi semakin kompleks.
Bagi memenuhi permintaan masyarakat ini para pereka cipta bersifat lebih
profesional, malahan reka cipta telah mula dianggap sebagai kerjaya yang
tersendiri.
Sebagai contoh, kereta zaman ini merupakan suatu perkembangan daripada
rekaan yang lebih awal (lihat Rajah 1.4(a) dan (b)). Teknologi motor telah
menjadi semakin maju yang membawa kecekapan, ekonomi dan ciri keselamatan
yang lebih baik. Reka cipta dan reka bentuk kereta yang menggunakan plastik
dan aloi aluminium telah mengurangkan berat dan peningkatan mutu dalam
reka bentuk enjin telah menghasilkan prestasi yang lebih baik.
Evolusi dalam reka cipta dapat dilihat dalam penemuan-penemuan dan
perkembangan-perkembangan dalam sains dan teknologi. Perubahan dalam reka
cipta dapat dilihat, contohnya persekitaran tempat tinggal yang semakin baik
dan berkualiti, perubahan dalam dunia fesyen, gaya berpakaian dan evolusi
dalam industri muzik.

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

Sekiranya anda menghayati perubahan dalam reka cipta, kita akan lebih
memahami keadaan-keadaan yang merangsang para pereka cipta. Ia termasuklah
bahan-bahan yang digunakan dalam rekaan mereka, teknik-teknik dalam rekaan,
kos yang terlibat, masa dan keinginan pereka memenuhi permintaan masyarakat.

Rajah 1.4(a): Daimler dengan kereta pertama menggunakan


empat roda yang kini mengalami evolusi dalam reka cipta

Rajah 1.4(b): Barangan/peralatan yang mengalami evolusi

AKTIVITI 1.3
1.

Senaraikan pakaian dan jenis telefon mudah alih yang menjadi


kegemaran anda.

2.

Bandingkan senarai anda dengan senarai rakan anda. Berikan


sebab-sebab mengapa terdapat persamaan dan perbezaan dalam
senarai anda dan rakan anda.

1.3

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

PEREKA DAN HASIL CIPTA

Ciptaan-ciptaan baru dapat memberikan cabaran kepada para pereka cipta. Jika
kita lihat, kereta yang pertama dicipta kelihatan seperti kereta kuda. Para pereka
cipta dan orang-orang yang membeli kereta awal mungkin rasa selamat dengan
rekaan yang biasa dilihat. Pereka cipta terkemuka sama ada dari dunia barat atau
timur telah memberikan sumbangan besar kepada kehidupan manusia sejagat.
Potensi seseorang pereka cipta boleh dilihat melalui pemerhatian dan hasil kerja
yang dihasilkan. Tingkah laku, sikap, keyakinan diri dan sifatnya antara ciri-ciri
yang boleh menggambarkan minat seseorang dan potensi yang ada dalam
dirinya.
Manusia dijadikan dengan pelbagai kecerdasan, minat yang berbeza dan
kebolehan yang tersendiri, itulah fitrah kejadian manusia.
Seseorang yang berpotensi untuk mereka cipta mempunyai ciri-ciri berikut:
(a)

Berminat kepada sesuatu yang baru, sama ada barangan atau peralatan
kegunaan harian, perindustrian dan juga barangan yang ada kaitan dengan
teknologi;

(b)

Melihat sesuatu perkara atau permasalahan daripada pelbagai persepsi;

(c)

Sentiasa berminat untuk menghasilkan sesuatu produk;

(d)

Seorang yang kreatif dalam menyuarakan idea dan pendapat;

(e)

Sukakan cabaran dan tidak akan berpuas hati terhadap apa yang
diangggap normal atau kebiasaan;

(f)

Seorang yang sukakan kegiatan-kegiatan yang kompleks dan mencabar


minda;

(g)

Memiliki sikap yang positif dan tidak takut mengambil risiko; dan

(h)

Berkebolehan membuat perkaitan dan perbandingan di antara apa yang


telah diketahui dengan apa yang baru dipelajari.

Benz yang digelar Bapa Kereta (lihat Rajah 1.5(a)) telah menghasilkan enjin
kereta Benz yang terkenal (lihat Rajah 1.5(b)).

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

Rajah 1.5(b): Enjin kereta Benz

Rajah 1.5(a): Benz

Seterusnya, mari kita lihat beberapa pereka cipta dan hasil ciptaan mereka
(lihat Jadual 1.1).
Jadual 1.1: Pereka dan Hasil Cipta
Pereka Cipta

Ciptaan

Tahun Ciptaan

Komunikasi
William Cooke

Sistem kod (Kod Morse)

1834

Alexander Graham Bell

Telefon

1876

Guglielmo Marconi

Wireless

1894

J L Baird

Televisyen

1926

Eli Whitney

Mesin pengasing kapas dengan biji

1793

Cyrus Hill McCormick

Mesin penuai

1831

John Deere

Bajak keluli

1837

James Watt

Enjin Stim (wap)

1765

George Stephenson

Lokomotif/Kepala keretapi

1825

Karl Benze

Kereta berenjin petrol 3 roda

1885

Kirkpatrick McMillan

Basikal

1839

Gottlieb Daimler

Kereta berenjin petrol 4 roda

1887

Robert Fulton

Kapal stim kayuh

1807

John Philip Holland

Kapal selam

1897

Pertanian

Pengangkutan Darat

Pengangkutan Air

10

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

Pengangkutan Udara
Otto Lilenthal

Pesawat luncur

1891

Wright adik beradik

Kapal terbang

1903

Frank Whittle

Enjin jet

1937

Heinrich Focke

Helikopter

1937

Abraham Darby

Jambatan besi

1779

John McAdam

Jalan raya bertar

1816

Henry Bessemer

Keluli

1855

Carl von Linde

Peti sejuk

1874

Thomas Alva Edison

Mentol lampu

1880

Henry W Seely

Seterika elektrik

1882

Alexandre Godefoy

Pengering rambut

1890

Alva Fisher

Mesin pencuci pakaian elektrik

1906

Arthur Leslie Large

Cerek elektrik

1922

Pembinaan

Barangan Elektrik

Perubatan
Anton van Leeuwenhoek

Mikroskop

1632-1723

Wilhelm Rontgen

Radiograf

1895

Rajah 1.6: John McAdam (1756-1836) pencipta penurapan jalan cara moden

TOPIK 1

1.3.1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

11

Contoh Reka Cipta dan Inovasi

Reka cipta memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian manusia.


Kriteria reka cipta yang dihasilkan hendaklah memenuhi ciri-ciri berikut; mudah
digunakan, mudah dikawal, mudah disenggara, selamat digunakan, tahan lasak,
saiz dan bahan yang bersesuaian dan harga yang berpatutan. Di samping dapat
membantu menyelesai dan memudahkan sesuatu masalah, reka cipta dapat
membuka peluang pekerjaan bagi membantu manusia mencapai taraf hidup
yang tinggi.
Reka cipta dan inovasi dalam bidang pendidikan:
(a)

Satu ketika dahulu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi mudah


dan menarik menggunakan papan kapur, kemudian berubah
menggunakan white board dan markerpen, tidak lama selepas itu para
pendidik beralih menggunakan perisian tertentu dengan bantuan
komputer dan projektor liquid-crystal display (LCD) pula.

(b)

Hasil lukisan dicetak menggunakan mesin pencetak (plotter) dan perisian


reka bentuk berbantu komputer (CAD). Pelajar dapat mempelajari
teknologi di samping mendapat pengalaman dalam bidang kejuruteraan
dan reka bentuk.

(c)

Proses pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan melalui persidangan


terus-menerus di seluruh dunia. Pendidikan jarak jauh diperkenalkan di
samping meningkatkan kaedah serta keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran (lihat Rajah 1.7(a) dan (b)).

(a)

(b)

Rajah 1.7(a) & (b): Komputer adalah antara hasil reka cipta
yang membantu dalam bidang pendidikan

12

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

Reka cipta dan inovasi dalam bidang pengangkutan:


(a)

Kenderaan moden masa kini menjadi semakin efisien berbanding di


peringkat awal kenderaan dicipta. Hasil inovasi ini tidak mencemarkan
alam sekitar serta tidak mengeluarkan bunyi bising.

(b)

Terciptanya kereta api elektrik bukan sahaja lebih laju dan memendekkan
tempoh perjalanan, malahan mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan
raya.

(c)

Pengangkutan yang semakin digemari ramai ialah pengangkutan udara,


membolehkan manusia bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain
dengan cepat.

Reka cipta dan inovasi dalam bidang komunikasi:


(a)

Manusia boleh berhubung hampir ke semua tempat di seluruh dunia ini


menggunakan telefon. Terciptanya telefon tanpa wayar mobile phone
memudahkan lagi manusia berhubung di antara satu sama lain.

(b)

Pada masa kini walaupun hanya berada di dalam rumah kita boleh
mendapat maklumat dari seluruh dunia menggunakan Internet.

(c)

Terciptanya alat komunikasi yang canggih, kita boleh berhubung dengan


beberapa orang secara serentak. Inovasi di dalam bidang komunikasi ini
memberikan kemudahan kepada ahli perniagaan, ahli politik, pasukan
angkatan tentera dan para pendidik serta kepada semua ahli masyarakat
umumnya.

Reka cipta dan inovasi dalam bidang pembinaan:


(a)

Lebuh raya yang dibina bertujuan memudah dan mempercepatkan tempoh


perjalanan dari satu destinasi ke destinasi yang lain.

(b)

Pembinaan dan rekaan bangunan pencakar langit seperti Kuala Lumpur


Convention Centre (KLCC) yang unik bertujuan menampung keperluan
masa kini.

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

13

Inovasi membentuk atau mengubah melalui perubahan yang mendadak, radikal


atau perubahan pada keseluruhan produk; membuat yang baru. Perubahan yang
berlaku melalui inovasi sangat sedikit, ini adalah kerana:
(a)

Inovasi memerlukan orang yang mempunyai keupayaan yang istimewa,


iaitu dapat melihat masalah lalu dan menghasilkan satu penyelesaian;

(b)

Inovasi melibatkan risiko yang tinggi dari segi kewangan jika berlaku
kegagalan;

(c)

Inovasi melibatkan ancaman keselamatan terhadap pereka atau hasil kerja


dari penentang perubahan;

(d)

Inovasi memerlukan keyakinan sepenuhnya terhadap idea yang dilahirkan;


dan

(e)

Inovasi memerlukan pemantapan beberapa bentuk sistem paten yang


menawarkan insentif dan perlindungan kepada pencipta.

Penemuan dan penggunaan sains dan teknologi umumnya dianggap sebagai


punca utama berlakunya perubahan. Perubahan yang berlaku dalam hidup kita
ditentukan sebahagian besarnya oleh keadaan ekonomi, badan korporat,
kerajaan dan institusi sosial. Mereka ini menentukan bagaimana dan di mana
sejumlah besar wang orang ramai dan syarikat dibelanjakan.
Perubahan adalah sesuatu yang berterusan. Idea dan barang baru menggantikan
yang lama. Perubahan dalam satu bidang pastinya akan membawa kepada
bidang yang lain. Apabila bangun sahaja daripada tidur keesokkan paginya, kita
dapati dunia ini tidak sama seperti yang ada pada hari sebelumnya.
Semenjak bermulanya tamadun, manusia telah berusaha untuk memperbaiki
kehidupan mereka dengan mencipta (inovasi) dan sentiasa memperelok (evolusi)
peralatan, bahan dan cara mereka membuat sesuatu.

1.3.2

Kepentingan Reka Cipta dalam Mata Pelajaran


Kemahiran Hidup

Mata pelajaran Kemahiran Hidup yang dijalankan di sekolah berkait secara


langsung dengan bidang reka cipta. Terdapat tujuh ciri yang menggambarkan
kepentingan reka cipta dalam Kemahiran Hidup.
(a)

Tumpuan yang lebih diberikan kepada aspek reka cipta konkrit iaitu
penghasilan projek;

14

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

(b)

Berorientasikan teknikal
kemahiran berfikir;

(c)

Melibatkan berbagai bidang mata pelajaran seperti kerja kayu, logam,


elektrik, elektronik, pertanian dan keusahawanan;

(d)

Kesepaduan bidang melalui projek gabungan;

(e)

Melibatkan penggunaan semula bahan terbuang di persekitaran seperti


kayu, logam, tekstil, bahan binaan, tin terbuang, komponen elektrik dan
elektronik;

(f)

Projek untuk memenuhi keperluan dalam konteks sekolah, rumah, rekreasi,


bisnes dan industri; dan

(g)

Projek yang dihasilkan harus mempunyai nilai fungsi, harga, kesenian,


estetika dan kegunaan harian.

1.3.3

yang

berasaskan

kemahiran

tangan

dan

Proses Reka Cipta

Sepertimana yang telah dan akan dibincangkan, reka cipta bermula daripada
masalah yang perlu diselesaikan. Penyelesaian masalah ini mungkin untuk
kelangsungan hidup, kepuasan atau untuk kebanggaan diri. Walau apa pun
tujuan yang hendak dicapai, bidang reka cipta semakin berkembang mengikut
keperluan dan tuntutan semasa.
Proses reka cipta yang lengkap biasanya akan melalui langkah-langkah seperti
yang ditunjukkan pada Rajah 1.8.

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

Rajah 1.8: Langkah-langkah dalam proses reka cipta

15

16

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

Reka cipta adalah penghasilan produk baru atau pengubahsuaian sesuatu


produk menjadi lebih sempurna bagi memenuhi kehendak pengguna.

Reka cipta boleh melahirkan pelajar yang kreatif, inovatif dan inventif.

Reka cipta dapat meningkat serta mengubah cara hidup dan kebudayaan
manusia.

Bidang reka cipta memberi peluang kepada manusia berfikiran lebih kreatif,
produktif, dapat menyelesaikan masalah dengan lebih bijak dan berkesan.

Reka cipta amat berguna kepada manusia serta mampu menyumbang ke


arah kemajuan teknologi, bidang pendidikan, memudahkan komunikasi,
meningkatkan bidang pembinaan dan dapat memupuk masyarakat
berpengetahuan dan bertamadun.

Reka cipta mewujudkan masyarakat yang berdaya saing, mengubah corak


kehidupan manusia menjadi lebih bersistem, bersosial dan bersikap lebih
mesra alam dan mesra pengguna.

Evolusi

Invensi

Idea

Teknologi

Inovasi

TOPIK 1

PENGENALAN KEPADA REKA CIPTA

17

Atkinson, S., & Mockford, C. (1991). Rekabentuk bahan keluaran. Kuala Lumpur:
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Cottis, J. (1991). Model bahan keluaran. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Garner, S. (1991). Faktor kemanusiaan. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Hasni Rais, & Jamil Abd Baser. (2007). Reka cipta tingkatan 4 & 5. Selangor:
Cerdik Publications Sdn. Bhd.
Hubel, V., & Lussow, D. B. (1995). Fokus reka bentuk. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2002). Buku sumber reka cipta tingkatan
4 & 5. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.
Liddament, T. (1991). Rekabentuk dalam masyarakat. Kuala Lumpur: Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Munir Shuib, & Azman Azwan Azmawati. (2001). Pemikiran kreatif. Selangor:
Prentice Hall.
Stensel, P. (2000). Design technology. Singapore: Pearson Education Asia Pte.
Ltd.

Anda mungkin juga menyukai