Anda di halaman 1dari 32

UNIT 2 : TAKSONOMI BLOOM DAN SOLO

Napisah Kepol

NOTA FASILITATOR

2.1 Hasil Pembelajaran

Di akhir pembelajaran, peserta dapat:

1. menerangkan dua jenis taksonomi pembelajaran yang boleh digunakan untuk


menetapkan hasil pembelajaran kursus.
2. menulis hasil pembelajaran yang menepati domain dan aras taksonomi Bloom dan
SOLO untuk kursus anda.
3. merancang aktiviti pentaksiran yang sesuai dengan domain dan aras kepakaran
taksonomi Bloom/SOLO.

2.2 Pengenalan

Dalam unit ini, peserta akan mempelajari tentang dua taksonomi objektif pendidikan yang
biasa digunakan dalam bidang pendidikan untuk menentukan tahap penguasan kandungan
pembelajaran. Dua taksonomi tersebut ialah Taksonomi Bloom dan Taksonomi SOLO. Unit
ini akan dimulakan dengan beberapa aktiviti refleksi dan inkuiri berkaitan hasil pembelajaran
dan taksonomi objektif pendidikan. Ini akan diikuti dengan aktiviti-aktiviti yang tertumpu
kepada membina kefahaman dan kemahiran peserta dalam menjajarkan hasil pembelajaran
dengan aras-aras taksonomi Bloom dan SOLO diikuti dengan menjajarkan aktiviti
pentaksiran dengan hasil pembelajaran. Unit ini diakhiri dengan aktiviti penilaian untuk
menguji kefahaman dan pengetahuan peserta tentang apa yang mereka telah pelajari dan
juga aktiviti refleksi yang memberi peluang kepada peserta untuk mengaplikasikan
pengetahuan baharu ini.
Unit ini mengandungi aktiviti-aktiviti seperti berikut:

Masa : 2 jam 45 minit

Perancangan Aktiviti:

No. Aktiviti Kaedah Masa

1 Aktiviti Pengenalan 1 Refleksi kendiri 10 minit

2 Aktiviti Pengenalan 2 Refleksi kendiri 10 minit

3 Mentaksir pengetahuan sedia ada Refleksi kendiri 10 minit

4 Perbandingan Taksonomi Bloom Kaedah Inkuiri dan 35 minit


dan Taksonomi SOLO perbincangan

5 Menjajar hasil pembelajaran dengan Tugasan bertulis (individu 30 minit


aras Taksonomi Bloom atau berkumpulan)

6 Menjajar hasil pembelajaran dengan Tugasan bertulis (individu 20 minit


aras Taksonomi SOLO atau berkumpulan)

7 Menjajar aktiviti pentaksiran dengan Tugasan bertulis (individu 35 minit


hasil pembelajaran atau berkumpulan)

8 Ujian Ujian bertulis (individu) 10 minit

9 Refleksi Refleksi kendiri 5 minit

2.3 Kerangka Unit

Menulis hasil
pembelajaran yang
Menerangkan dua jenis
menepati domain dan aras
taksonomi pembelajaran taksonomi Bloom dan
SOLO

Merancang aktiviti
pentaksiran yang sesuai
dengan domain dan aras Penilaian dan Refleksi
kepakaran taksonomi
Bloom/SOLO
2.4 Aktiviti

Aktiviti 2.4 (a) : Aktiviti Pengenalan 1 (Kerja Berpasangan)

Objektif : Di akhir aktiviti ini, peserta dapat :

(a) mengenal pasti perkara-perkara yang biasa difikirkan semasa menentukan hasil
pembelajaran untuk kursus yang diajar.

Bahan/Alatan :

(a) Lembaran Aktiviti 2.1

Masa : 10 minit

Langkah-langkah:

1. Peserta diminta untuk mencatatkan perkara-perkara yang biasa difikirkan semasa


menentukan hasil pembelajaran yang dihasratkan untuk satu kursus yang diajar.
[Lembaran aktiviti 2.1].

2. Peserta diminta untuk menerangkannya kepada pasangan mereka.

Aktiviti 2.4 (b) : Aktiviti Pengenalan 2 (Kerja individu)

Objektif : Di akhir aktiviti ini, peserta dapat :

(a) mengenal pasti perkara-perkara yang biasa difikirkan semasa menyediakan aktiviti
pentaksiran untuk pelajar yang diajar.

Bahan/Alatan :

(a) Lembaran Aktiviti 2.2

Masa : 10 minit

Langkah-langkah:

1. Peserta diarahkan untuk mencatatkan perkara-perkara yang biasa difikirkan semasa


menyediakan aktiviti pentaksiran untuk pelajar mereka dalam salah satu kursus yang
diajar. [Lembaran aktiviti 2.2].
Aktiviti 2.4 (c) : Mentaksir pengetahuan sedia ada (Kerja individu)

Objektif : Di akhir aktiviti ini, peserta dapat :

(a) mentaksir pengetahuan yang sedia ada dan yang ingin diperoleh tentang taksonomi
objektif pendidikan.

Bahan/Alatan :

(a) Lembaran Aktiviti 2.3

Masa : 10 minit

Langkah-langkah:

1. Peserta diminta untuk menulis apa yang mereka sudah tahu dan ingin tahu tentang
taksonomi objektif pendidikan dalam ruang yang disediakan dalam Lembaran aktiviti
2.3.

Aktiviti 2.4 (d) : Perbandingan Taksonomi Bloom dan Taksonomi SOLO (Kerja
berkumpulan)

Objektif : Di akhir aktiviti ini, peserta dapat :


(a) membincangkan perbezaan dan persamaan di antara Taksonomi Bloom dan
Taksonomi SOLO.

Bahan/Alatan :

(a) Lembaran Aktiviti 2.4

Masa : 35 minit

Langkah-langkah:

1. Peserta dipecahkan kepada empat kumpulan. Arahkan separuh daripada kumpulan


(dua kumpulan) untuk mencari maklumat tentang Taksonomi Bloom dan separuh lagi
untuk mencari maklumat tentang Taksonomi SOLO melalui internet.

2. Peserta diminta untuk membentangkan maklumat yang diperolehi kepada rakan-


rakan.

3. Peserta diarahkan untuk membincangkan perbezaan atau persamaan yang mereka


dapati di antara kedua taksonomi tersebut. [Lembaran aktiviti 2.4]
Aktiviti 2.4 (e) : Menjajar hasil pembelajaran dengan aras Taksonomi Bloom (Kerja
Individu/Berkumpulan)

Objektif : Di akhir aktiviti ini, peserta dapat :

(a) menulis hasil pembelajaran yang menepati setiap kategori (aras) dalam domain kognitif
Taksonomi Bloom yang asal untuk satu kursus yang diajar.

Bahan/Alatan :

i. Lembaran aktiviti 2.5

Masa : 30 minit

Langkah-langkah:

1. Aktiviti ini boleh dibuat secara individu atau berkumpulan. Sekiranya berkumpulan,
peserta diminta untuk membentuk kumpulan.
2. Peserta diminta untuk memilih satu kursus yang mereka ajar.
3. Peserta diarahkan untuk menulis satu hasil pembelajaran untuk setiap kategori dalam
domain kognitif Taksonomi Bloom yang asal untuk kursus berkenaan. [Lembaran
aktiviti 2.5]
Aktiviti 2.4 (f) : Menjajar hasil pembelajaran dengan aras Taksonomi SOLO (Kerja
Individu/ Berkumpulan)

Objektif : Di akhir aktiviti ini, peserta dapat :

(a) menjajar hasil pembelajaran yang telah ditetapkan untuk satu kursus dengan aras
kemahiran dalam Taksonomi SOLO.

Bahan/Alatan :

(a) Lembaran aktiviti 2.6

Masa : 20 minit

Langkah-langkah:

1. Aktiviti ini boleh dibuat secara individu atau berkumpulan. Sekiranya berkumpulan,
minta peserta untuk membentuk kumpulan.

2. Peserta diminta untuk merujuk kepada hasil-hasil pembelajaran yang telah ditetapkan
untuk salah satu kursus yang mereka ajar.

3. Peserta diarahkan untuk memadankan hasil-hasil pembelajaran kursus tersebut


dengan aras-aras dalam Taksonomi SOLO [ Lembaran aktiviti 2.6].
Aktiviti 2.4 (g) : Menjajar aktiviti pentaksiran dengan hasil pembelajaran (Kerja
Individu/Berkumpulan)

Objektif : Di akhir aktiviti ini, peserta dapat :

(a) merancang aktiviti pentaksiran yang sejajar dengan hasil pembelajaran yang telah
ditetapkan

Bahan/Alatan :

(a) Lembaran aktiviti 2.7

Masa : 35 minit

Langkah-langkah:

1. Aktiviti ini boleh dibuat secara individu atau berkumpulan. Sekiranya berkumpulan,
minta peserta untuk membentuk kumpulan.

2. Peserta diarahkan untuk memilih dua hasil pembelajaran yang telah mereka tulis
dalam Aktiviti 5 (domain kognitif Taksonomi Bloom asal). Mereka perlu memilih satu
hasil pembelajaran aras rendah dan satu lagi hasil pembelajaran aras tinggi.

3. Kemudian mereka diminta untuk merancang satu aktiviti pentaksiran yang sesuai
untuk kedua-dua hasil pembelajaran tersebut.

4. Mereka diminta untuk menerangkan kepada rakan-rakan dalam kumpulan mereka


bagaimana aktiviti yang telah mereka rancang tadi sejajar di antara satu sama lain.
[Lembaran aktiviti 2.7].
Aktiviti 2.4 (h) : Uji Kefahaman Anda (Kerja Individu)

Objektif : Di akhir aktiviti ini, peserta dapat :

(a) menguji kefahaman dan pengetahuan tentang kandungan dalam unit ini.

Bahan/Alatan :

(a) Lembaran Aktiviti 2.8

Masa : 10 minit

Langkah-langkah:

1. Peserta diminta untuk melengkapkan ujian ringkas dalam Lembaran Aktiviti 2.8 yang
bertujuan untuk menguji kefahaman mereka tentang apa yang telah dipelajari dalam
unit ini.

Aktiviti 2.4 (i) : Refleksi (Kerja Individu)

Objektif : Di akhir aktiviti ini, peserta dapat :

(a) membuat refleksi ke atas hasil pembelajaran dalam satu kursus yang diajar dan
mengaplikasikan apa yang telah dipelajari tentang taksonomi objektif pendidikan.

Bahan/Alatan :

(a) Lembaran Aktiviti 2.9

Masa : 5 minit

Langkah-langkah:

1. Fasilitator meminta peserta melengkapkan boring refleksi. [Rujuk lembaran


aktiviti 2.9].
LEMBARAN AKTIVITI

Lembaran Aktiviti 2.1

Catatkan perkara-perkara yang anda fikirkan semasa menentukan hasil


pembelajaran yang anda hasratkan untuk kursus anda. Kemudian
terangkannya kepada pasangan anda.
Lembaran Aktiviti 2.2

Senaraikan perkara-perkara yang anda selalu fikirkan semasa menyediakan aktiviti


pentaksiran untuk pelajar anda.
Lembaran Aktiviti 2.3

Tuliskan apa yang anda sudah tahu dan ingin tahu tentang taksonomi objektif
pendidikan.

SUDAH TAHU

INGIN TAHU
Lembaran Aktiviti 2.4

 Kerja dalam kumpulan.


 Cari maklumat mengenai Taksonomi Bloom dan Taksonomi Solo dalam
internet.
 Bincangkan perbezaan atau persamaan di antara kedua-dua taksonomi tersebut.
 Bentangkan maklumat tersebut kepada rakan-rakan anda.

Taksonomi Bloom Taksonomi SOLO


Lembaran Aktiviti 2.5

Berdasarkan satu daripada kursus yang anda ajar, tulis satu hasil
pembelajaran untuk setiap kategori dalam domain kognitif Taksonomi
Bloom yang asal.

Nama Kursus : ________________________________________________________

Domain Kognitif

Kategori Hasil Pembelajaran

Pengetahuan

Pemahaman

Aplikasi

Analisis

Sintesis

Penilaian
Lembaran Aktiviti 2.6

Berdasarkan satu daripada kursus yang anda ajar, padankan hasil-


hasil pembelajaran dalam kursus tersebut dengan aras-aras dalam
Taksonomi SOLO.

Hasil Pembelajaran Aras


Lembaran Aktiviti 2.7

(a)Pilih satu hasil pembelajaran yang telah anda tulis dalam Aktiviti 6
dan rancang satu aktiviti pentaksiran yang sesuai untuk hasil
pembelajaran tersebut.

Hasil Pembelajaran (aras Aktiviti Pentaksiran


rendah)

Hasil Pembelajaran (aras tinggi) Aktiviti Pentaksiran

(a) Terangkan kepada rakan-rakan dalam kumpulan anda bagaimana aktiviti yang telah
anda rancang tadi sejajar di antara satu sama lain.
Lembaran Aktiviti 2.8

Uji kefahaman anda tentang apa yang anda telah pelajari dalam unit ini.

1. Lengkapkan jadual berikut tentang domain kognitif Taksonomi Bloom.

Kategori
Aras
Taksonomi Bloom Asal Taksonomi Bloom Semakan

2. Nyatakan tiga perbezaan di antara Taksonomi Bloom yang asal dengan Taksonomi
Bloom Semak Semula.

a. ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
b. ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
c. ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

3. Huraikan struktur perkembangan penguasaan kemahiran dan konsep dalam taksonomi


SOLO.
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
_______________________________________________________________________
___________________________________________________________________
Lembaran Aktiviti 2.9

Imbas kembali kepada salah satu daripada kursus yang anda ajar untuk
mengaplikasikan apa yang telah anda pelajari tentang taksonomi objektif
pendidikan.

1. Imbas kembali ke atas satu daripada kursus yang anda ajar. Adakah semua hasil
pembelajaran untuk kursus tersebut menepati aras-aras taksonomi objektif pendidikan
yang telah anda pelajari dalam unit ini?

Ya Tidak

2. Sekiranya tidak, bagaimanakah anda boleh memperbaiki hasil pembelajaran tersebut?

Hasil pembelajaran yang telah


Hasil pembelajaran asal
diperbaiki
NOTA RUJUKAN

Dalam pendidikan, kejayaan pelajar menguasai sesuatu kursus diukur melalui pelbagai
aktiviti pentaksiran semasa belajar dan selepas belajar. Kejayaan pelajar diukur
berdasarkan sejauh manakah mereka telah menguasai kandungan kursus yang diambil.
Bagaimanakah penguasaan kandungan yang telah dipelajari itu boleh ditaksirkan?

Nota Rujukan 2(i)

DUA JENIS TAKSONOMI OBJEKTIF PENDIDIKAN

Dua jenis taksonomi objektif pendidikan yang terkenal dalam bidang pendidikan ialah
Taksonomi Objektif Pendidikan yang biasanya dirujuk sebagai Taksonomi Bloom, dan
Taksonomi SOLO.

(i) Taksonomi Bloom

Terdapat dua versi Taksonomi Bloom (Krathwohl, 2002). Versi pertama telah dibina
oleh ahli psikologi pendidikan bernama Benjamin Samuel Bloom dan rakan-rakannya
Max Englehart, Edward Furst, Walter Hill dan David Krathwohl pada tahun 1956. Versi
kedua pula merupakan versi semak semula yang dihasilkan oleh Anderson, Krathwohl,
Airasian, Cruikshank, Mayer, Pintrich, Raths & Wittrock (2001).

Anderson et. al. (2001) telah menyemak semula taxonomi asal Bloom untuk
menghasilkan versi kedua yang dikenali sebagai Taksonomi semakan (revised
Taxonomy). Taksonomi yang disemak semula ini mengandungi dua dimensi iaitu
dimensi Pengetahuan dan Proses Kognitif. Taksonomi asal mengandungi satu dimensi
iaitu dimensi kognitif sahaja.

(ii) Taksonomi SOLO

Satu lagi taksonomi yang boleh digunakan untuk menetapkan hasil pembelajaran
pelajar ialah Taksonomi SOLO. Taksonomi ini telah dibina oleh Biggs dan Collis (1982).
SOLO merupakan akronim untuk Structure of Observed Learning Outcomes.
TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi Asal

Dalam Taksonomi asal, terdapat tiga domain pembelajaran iaitu domain kognitif, domain
psikomotor, dan domain afektif (Bloom, 1956). Domain-domain ini juga dikenali sebagai
domain pengetahuan, domain kemahiran dan domain sikap. Setiap domain ini merangkumi
proses kognitif atau tingkahlaku yang telah dikategorikan dan disusun mengikut skala
berbilang tingkat (multitiered) yang membezakan aras kesukaran dan kemujaradan (konkrit-
akstrak) setiap kategori. Kategori-kategori ini boleh digunakan sebagai panduan atau
rujukan untuk mengukur tahap pencapaian pelajar dalam proses pembelajaran.

Domain Kognitif

Domain kognitif mengklasifikasikan proses kognitif yang terlibat dalam pembinaan


pengetahuan dan pembangunan kemahiran serta keupayaan intelek. Terdapat enam
kategori proses kognitif iaitu:

 Pengetahuan
 Kefahaman
 Aplikasi
 Analisis
 Sintesis
 Penilaian

Enam kategori ini mempunyai sub kategori seperti berikut (Bloom, 1956):

1. Pengetahuan

i. Pengetahuan tentang maklumat khusus


a. Pengetahuan terminologi
b. Pengetahuan fakta khusus

ii. Pengetahuan tentang cara dan kaedah untuk menangani maklumat khusus
a. Pengetahuan tentang kelaziman
b. Pengetahuan tentang tren/aliran dan akibat
c. Pengetahuan tentang klasifikasi dan kategori
d. Pengetahan tentang kriteria
e. Pengetahuan tentang metodologi

iii. Pengetahuan tentang perkara sejagat dan pengabstrakan dalam sesuatu bidang
a. Pengetahuan tentang prinsip dan generalisasi
b. Pengetahuan tentang teori dan aturan/struktur
2. Pemahaman
i. Penterjemahan
ii. Intepretasi
iii. Penentuluaran / Extrapolasi

3. Aplikasi

4. Analisis
i. Analisis tentang elemen
ii. Analisis tentang perkaitan
iii. Analisis tentang prinsip organisasi

5. Sintesis
i. Penghasilan suatu komunikasi yang unik
ii. Penghasilan pelan atau cadangan suatu set operasi
iii. Penghasilan suatu set kaitan abstrak

6. Penilaian
i. Penilaian dari segi bukti dalaman
ii. Penilaian dari segi kriteria luaran

Menurut Bloom (1956), pelajar perlu menguasai pengetahuan dan kemahiran dalam kategori
pengetahuan sebelum dapat menguasai pengetahuan dan kemahiran yang terdapat dalam
kategori kefahaman dan seterusnya. Dalam erti kata lain, kategori-kategori tersebut telah
disusun berdasarkan skala kesukaran dan kemujaradan yang meningkat seperti yang
ditunjuk dalam Rajah 1.

Penilaian
Sintesis
Analisis
Aplikasi
Kefahaman
Pengetahuan

Rajah 1: Kategori dalam domain kognitif taksonomi asal Bloom


Domain Psikomotor

Salah satu daripada versi domain psikomotor yang biasa digunakan oleh pendidik ialah versi
yang dibina oleh Simpson (1972, seperti dalam Clark, 2015) yang mengandungi tujuh
kategori kemahiran (Clark, 2015) seperti berikut:

Jadual 2.1: Aras kemahiran domain psikomotor

Aras Huraian

Persepsi Keupayaan untuk menggunakan kiu sensori sebagai


panduan untuk aktiviti fizikal
Kesediaan Kesediaan dari segi mental, fizikal dan emosi untuk
bertindak
Respons berpandu Peringkat awal dalam mempelajari kemahiran kompleks

Mekanisma Peringkat pertengahan dalam mempelajari kemahiran


kompleks
Respons ketara kompleks Prestasi perlakuan motor yang berkemahiran tinggi yang
melibatkan paten pergerakan yang kompleks
Adaptasi Kebolehan menyesuaikan paten pergerakan kepada
keperluan tertentu
Lakuan tulen mereka cipta paten pergerakan baharu yang sesuai untuk
situasi atau masalah tertentu

Kategori dalam domain psikomotor ini tertumpu kepada perkembangan kemahiran


fizikal pelajar daripada peringkat pendedahan awal kepada peringkat mahir di akhir
pembelajaran (O’Neil & Murphy, 2010). Ini bermakna ia juga disusun mengikut aras
kesukaran yang meningkat untuk memudahkan pendidik merancang pembelajaran pelajar
dan mentaksir kemajuan mereka dengan cara yang lebih sistematik dan seimbang.

Contoh kata kerja daripada Clark (2015) yang boleh digunakan untuk aras-aras
dalam domain psikomotor ialah seperti berikut:
Jadual 2.2: Contoh kata kerja dalam domain psikomotor

Aras Contoh Kata kerja

Memilih, menghurai, membeza, mengenal pasti,


Persepsi
mengasing
Memula, mempamer, menerus, menyata,
Kesediaan
menerang
Meniru, mengikut, menyurih, mereka semula,
Respons berpandu
memberi respons
Memasang, membuka, mengukur, mencampur,
Mekanisma
membaiki, melakar, menyusun
Memasang, membuka, membina, mengukur,
Respons ketara membaiki, melakar, menyusun (sama seperti aras
kompleks mekanisma tetapi diiringi dengan kata sifat seperti
‘lebih tepat’ dan ‘lebih cepat’)
Mengadaptasi, mengubah, menukar, menyusun
Adaptasi
semula, menyemak
Mengatur, membina, menggubah, mencipta,
Lakuan tulen
memula, mereka bentuk

Domain Afektif

Objektif pendidikan untuk domain afektif telah diklasifikasikan dalam lima kategori dan 13
subkategori seperti berikut (Bloom, Krathwohl & Masia, 1964):

1. Menerima
i. Kesedaran
ii. Kesanggupan untuk menerima
iii. Perhatian yang terkawal atau terpilih

2. Memberi respons/bertindak balas


i. Keakuran dalam memberi respons
ii. Kesanggupan untuk memberi respons
iii. Kepuasan dalam memberi respons

3. Menghargai
i. Penerimaan suatu nilai
ii. Keutamaan terhadap suatu nilai
iii. Komitmen

4. Organisasi/Pengelolaan
i. Pengkonsepsian suatu nilai
ii. Organisasi suatu sistem nilai

5. Perwatakan berdasarkan nilai atau nilai kompleks


i. Set anggapan umum
ii. Perwatakan

Kategori dalam domain afektif ini tertumpu kepada perkembangan afektif yang
berkaitan dengan nilai dan sifat. Ia memberi panduan kepada pendidik dalam merancang
dan mentaksir kemajuan psikologi pelajar dan menyokong kemajuan intelek pelajar yang
diukur melalui domain kognitif.

Taksonomi Semakan

Walau pun kategori pengetahuan yang terkandung dalam domain kognitif Taksonomi asal
merangkumi aspek kandungan dan aspek tingkah laku namun penggunaan kata nama
yang digunakan dalam perincian kategori pengetahuan tersebut telah memberi gambaran
seolah-olah ia mempunyai satu dimensi sahaja iaitu dimensi pengetahuan. Oleh yang
demikian, Anderson et al. (2001) telah meminda taksonomi ini supaya kedua-dua aspek
kandungan dan tingkah laku dapat ditonjolkan. Dua dimensi ini dinamakan dimensi
kandungan dan dimensi proses kognitif.

Versi taksonomi Bloom yang telah disemak semula oleh Anderson et al. (2001)
mengandungi domain kognitif yang mengubah kata nama asal yang digunakan oleh Bloom
(1956) kepada kata kerja seperti yang tertera dalam Rajah 2.

Mencipta
Menilai
Menganalisis
Mengaplikasi
Memahami
Mengingat

Rajah 2: Kategori dalam domain kognitif Taksonomi Bloom Semakan


Perubahan yang dibuat oleh Anderson et. al. (2001) juga mengatur semula dua aras
kategori yang tertinggi. Kategori ‘menilai’ yang dulunya diletakkan di aras paling tinggi
(keenam) telah diturunkan ke aras kelima. Kategori baharu iaitu ‘mencipta’ telah
menggantikan tempat ‘menilai’ di aras tertinggi. Dalam taksonomi asal, ‘mencipta’
merupakan salah satu daripada kebolehan berfikir yang terkandung dalam kategori
‘sintesis’.
Dimensi proses kognitif yang telah disemak semula ialah seperti berikut (Anderson et al.,
2001, m.s. 31):

1. Ingat – Mendapat kembali maklumat berkenaan dari memori jangka panjang.


i. mengenal
ii. mengingat

2. Faham – Mempastikan maksud mesej instruksional, termasuk secara komunikasi


lisan, bertulis dan grafik.
i. menginterpretasi
ii. mencontohi
iii. mengklasifikasi
iv. merumus
v. membuat inferens
vi. membuat perbandingan
vii. menerang

3. Aplikasi – Menjalankan atau menggunakan prosedur dalam sesuatu situasi.


i. melaksana
ii. mengimplementasi

4. Analisis – Meleraikan bahan kepada bahagian-bahagiannya dan mengesan


bagaimana bahagian-bahagian tersebut berkait antara satu sama lain dan kepada
struktur atau tujuan keseluruhan.
i. membezakan
ii. menyusuan
iii. mengatribut

5. Nilai – Membuat pertimbangan berasaskan kriteria dan standard.


i. menyemak
ii. mengkritik

6. Cipta – Menyusun elemen untuk mencipta suatu yang baharu, lengkap atau produk
yang asli.
i. menjana
ii. merancang
iii. menghasil
Nota Rujukan 2(ii)

TAKSONOMI SOLO

Dalam Taksonomi SOLO, hasil pembelajaran boleh dipadankan dengan aras pemahaman
yang disusun berdasarkan tahap kesukaran yang meningkat daripada yang mudah kepada
yang sukar, seperti juga dalam Taksonomi Bloom. Menurut Biggs dan Collis (1982), dengan
menggunakan Taksonomi SOLO, kemajuan pelajar diukur berdasarkan kualiti hasil kerja
pelajar. Biggs dan Tang (2003) mengatakan bahawa kualiti hasil kerja pelajar boleh dinilai
secara kuantitatif (meningkatkan kuantiti pengetahuan) dan kualitatif (meningkatkan kualiti
pemahaman). Oleh yang demikian, aras Taksonomi SOLO telah disusun berdasarkan
perkembangan kefahaman pelajar dalam menguasai tugasan yang biasa dinilai di dalam
sesuatu kursus. Struktur perkembangan penguasaan kemahiran dan konsep dalam
Taksonomi SOLO ialah seperti tertera dalam Rajah 3:

Abstrak
Lanjutan
Perkaitan
Multi-
Uni-struktural struktural

Pra-struktural

Rajah 3: Aras kefahaman dalam Taksonomi SOLO


Jadual berikut mengandungi huraian untuk setiap aras dalam Taksonomi SOLO:

Jadual 2.3: Aras kemahiran dalam Taksonomi SOLO

Aras Huraian
Penguasaan pada tahap permulaan di mana pelajar kurang
Pra-strutural memahami dan masih menggunakan kaedah ringkas untuk
menyelesaikan tugasan.
Pelajar mula memahami dan menggunakan satu aspek tugasan
uni-struktural untuk menyelesaikan masalah.
Pelajar memahami dan menggunakan beberapa aspek tugasan
multi-strutural tetapi aspek-aspek ini di kuasai berasingan.
Pelajar mula membuat perkaitan diantara aspek-aspek tugasan
perkaitan dan menyatukannya sebagai sesuatu yang padu.
Pelajar berupaya memahami sesuatu yang padu di tahap
akstrak lanjutan pengabstrakan yang lebih tinggi.

Taksonomi SOLO mempunyai persamaan dengan Taksonomi Bloom Semakan dalam


menyarankan penggunaan kata kerja yang sesuai dengan aras pemikiran atau kefahaman
apabila menentukan dan menulis hasil pembelajaran untuk sesuatu kursus. Jadual 4
menunjukkan contoh kata kerja untuk aras dalam Taksonomi SOLO (Biggs dan Tang, 2003,
m.s. 80):

Jadual 2.4: Contoh kata kerja untuk aras-aras kemahiran dalam Taksonomi SOLO

Aras Contoh Kata kerja


Menghafal, mengenal pasti, mengenal, mengira (count),
mendefinisi, melukis, mencari, melabel, memadan, menama,
uni-struktural
memetik, mengingat, membaca, menyusun, memberitahu,
menulis, meniru (mencontoh)
Mengklasifikasi, menghurai, menyenarai, melapor, membincang,
multi-strutural mengilustrasi, memilih, mencerita, mengira (compute), mengatur
urutan, menggaris, memisah
Mengaplikasi, mengintegrasi, menganalisis, menerang, meramal,
merumus, membuat kesimpulan, membuat ringkasan, mengulas,
membahas, memindah, merancang, menciri, membanding,
perkaitan
membuat kontras, membeza, mengatur, membina kes, membina,
mengulas dan menulis semula, mengkaji, menterjemah,
memparafrasa, menyelesai masalah
Membuat teori, membuat hipotesis, membuat generalisasi,
membuat refleksi, menghasil, mereka, menggubah/mengarang,
akstrak lanjutan mencipta, memula, membukti berdasarkan prinsip utama,
mengemukakan kes yang asli, menyelesai masalah berdasarkan
prinsip utama
Nota Rujukan 2(iii)

TAKSONOMI BLOOM DALAM MERANCANG HASIL AKTIVITI PEMBELAJARAN DAN PENTAKSIRAN

Apabila menggunakan Taksonomi Bloom untuk merancang aktiviti pembelajaran dan


pentaksiran, penggunaan katakerja yang betul adalah penting. Airasian dan Miranda (2002)
mencadangkan supaya sembilan belas katakerja untuk proses kognitif atau enam kategori
proses dalam Taksonomi Bloom digunakan untuk menulis hasil pembelajaran kursus.

Hasil pembelajaran Pentaksiran

Mengingat fakta Menyata, menyenarai, menama, melabel

Contoh: Mengingat bagian-


Contoh: Senaraikan bagian-bagian struktur bumi.
bagian struktur bumi

Penjajaran di antara hasil pembelajaran, aktiviti pembelajaran dan pentaksiran dapat


membantu pendidik memastikan pelajar dapat mempelajari kandungan pembelajaran yang
telah ditetapkan. Biggs dan Tang (2003) menegaskan bahawa penjajaran di antara ketiga-
tiga perkara ini adalah penting untuk memastikan hasil pembelajaran dapat dicapai dengan
memuaskan. Contoh di mana penjajaran ini berlaku dalam konteks kursus linguistik untuk
pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua ialah seperti berikut:

Contoh 1

Hasil pembelajaran Aktiviti pembelajaran Pentaksiran

Analyse concepts of Analyse sample teaching Create an activity to teach


linguistics in relation to activities for different learners how to infer
English language teaching. language skills, vocabulary meaning using contextual
and grammar; discuss clues. Discuss the concept
aspects of the activities in of linguistics you drew upon
relation to relevant when creating the activity.
linguistic concepts.

Dalam contoh ini, hasil pembelajaran yang ditetapkan ialah kemahiran mengkaji konsep
dalam linguistik dalam konteks pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Dalam
pengajaran, aktiviti yang sesuai untuk membantu pelajar (bakal guru Bahasa Inggeris)
mencapai hasil pembelajaran ini ialah aktiviti yang memerlukan pelajar mengkaji beberapa
contoh aktiviti pengajaran untuk mengajar berbagai kemahiran bahasa, kosa kata, and
tatabahasa. Kemudian pelajar akan membincangkan beberapa aspek tentang aktiviti
pengajaran yang dikaji dan mengaitkannya dengan konsep linguistik yang berkaitan. Untuk
mengetahui sama ada pelajar telah menguasai kemahiran yang dinyatakan melalui hasil
pembelajaran tadi, aktiviti atau tugasan pentaksiran yang sesuai ialah untuk mendapatkan
pelajar mereka bentuk satu aktiviti yang boleh digunakan untuk mengajar satu teknik
membaca iaitu meneka makna perkataan berdasarkan konteks. Aktiviti ini perlu ikuti dengan
meminta pelajar untuk membincangkan konsep linguistik yang digunakan semasa mereka
bentuk aktiviti pengajaran tersebut.

Contoh 2

Hasil pembelajaran Aktiviti pembelajaran Pentaksiran


Membentuk matriks Gunakan kedudukan Pelajar menulis dan
daripada maklumat yang pelajar di dalam kelas menyatakan baris nombor
diberi dengan kedudukan lajur dan lajur untuk
dan barisnya mengikut menentukan kedudukan
matriks. Kemudian kenal sesuatu unsur di dalam
pasti kedudukan seorang lampiran yang disediakan.
pelajar dengan lajur dan
baris tertentu yang
Papan hitam
didudukinya sebagai
contoh konkrit.

Contoh ini sesuai untuk kursus asas matematik. Hasil pembelajaran yang ditetapkan
ialah membentuk matriks daripada maklumat yang diberi. Untuk membantu pelajar
mencapai hasil pembelajaran ini, aktiviti yang digunakan boleh mengguna kedudukan
pelajar dalam kelas untuk membantu mereka memahami konsep asas matriks. Untuk
mentaksir pemahaman mereka tentang konsep ini, sediakan lampiran seperti yang tertera di
atas. Kemudian minta pelajar untuk menulis dan menyatakan baris nombor dan lajur untuk
menentukan kedudukan sesuatu unsur di dalam lampiran yang disediakan.
RUJUKAN

Airasian, P. W. & Russell, M. K. (2008).Classroom assessment (6th Ed.). New York:McGraw-


Hill Higher Education.

Anderson, L. W.(Ed.), Krathwohl, D. R. (Ed.), Airasian, P. W., Cruikshank, K. A., Mayer, R.


E., Pintrich, P. R., Raths, J. & Wittrock, M. C. (2001). A taxonomy of learning,
teaching, and assessing: A revision of Bloom’s Taxonomy of Educational Objectives
(Complete Edition). New York: Longman.

Biggs, J. & Collis, K. (1982). Evaluating the Quality of Learning: The SOLO Taxonomy. New
York Academic Press.

Biggs, J. & Tang, C. (2003). Teaching for quality learning at university. Berkshire: McGraw-
Hill.

Bloom, B. S. (Ed.). (1956). Taxonomy of educational objectives, Book 1 Cognitive domain.


New York: Longman.

Bloom, B. S. , Krathwohl, D. R. & Masia, B. B. (1964). Taxonomy of educational objectives,


Book 2 Affective domain. London: Longman Group.

Clark, D. (2015). Bloom’s taxonomy: The psychomotor domain. Retrieved from:


http://www.nwlink.com/~donclark/hrd/Bloom/psychomotor_domain.html

Krathwohl, D. R. (2002). A revision of Bloom's Taxonomy: An overview, Theory Into


Practice, 41:4, 212-218. Retrieved from:
http://dx.doi.org/10.1207/s15430421tip4104_2

O’Neill, G. & Murphy, F. (2010). Assessment – Guide to taxonomies of learning. UCD


Teaching and Learning/Resources. Retrieved from: http://www.ucd.ie/t4cms/ucdtla 0034.pdf.

Anda mungkin juga menyukai