Anda di halaman 1dari 7

PERATURAN BERBAHASA

Aspek Jarak Sosial


1. Hargai pergaulan
- Sopan santun dengan tidak melihat status sosial pihak lain
- Memberi tumpuan sepenuh terhadap isi yang disampaikan oleh pihak lain.
2. Peka terhadap kesempatan
- Terapkan pola gilir dalam berkomunikasi dengan menggunakan kata, bentuk
kata, dan ungkapan yang tepat demi kelangsungan dan kenyamanan komunikasi
- Ungkapkanlah gagasan pendapat dan pandangan dengan jelas
- Alihkan topik pembicaraan secara halus dengan menggunakan ungkapan yang
tepat.

3. Fahami relevansi pembicaraan


- Menguasai masalah yang sedang dibincangkan
- Gunakan bahasa yang efektif dan mudah difahami
- Usahakan isi pembicaraan relevan dengan topik
- Jika terjadi perbedaan pendapat, selesaikan secara halus tanpa

menimbulkan konflik

4. Bercakap dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan tidak bercakap dengan
nada yang samar-samar
5. Bercakap di depan dengan cara bertentangan mata dan tidak bercakap
mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

di belakang untuk

6. Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum
habis
dibincangkan maka elakkan daripada mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya
itu.
7. Jika seseorang sedang makan maka kita elakkan daripada bercakap tentang sesuatu yang
menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.

8. Elakkan daripada bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang


sesuatu yang mendukacitakan dan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu
yang memberangsangkan.
9. Tidak sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil
dalam agama.
10. Tidak bercakap secara berkumam mulut
11. Tidak bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta
mencaci-maki orang
12. Tidak memanggil orang yang lebih tua daripada kita dengan panggilan
nama. Kita sepatutnya memangil mereka dengan nama yang memuliakan
mereka.
13. Tidak memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak
menyenangkannya
14. Tidak bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih
kurang pasti mengenainya.

Aspek Konteks Percakapan


1. Pilihan Kata Untuk Memulakan Percakapan
- Selamat pagi, Assalamualaikum, Hello
2. Ungkapan Mengakhiri Percakapan
(SITUASI FORMAL)
- Sekian saja pertemuan kita hari ini, besok jangan lupa...
(SITUASI NONFORMAL)
- Cukup dulu ya, besok jangan lupa.
3. Penerapan Pola Gilir Berkomunikasi
(SITUASI FORMAL)
- Bagaimana menurut pendapat anda?
(SITUASI NONFORMAL)
- Menurut pandanganmu macam mana?

4. Mengalihkan Topik Pembicaraan Secara Halus


(Secara formal)
- Maaf, saya dengar Ibu suka juga dengan...
(Secara non-formal)
- Wah, makin syok kalau kita cakap soal
5. Memohon Maaf Jika Belaku Kesilapan
Contoh: Maaf ya, kalau ada salah ucap.
6. Mengucapkan Terima Kasih Jika Diberi Bantuan
Contoh: terima kasih ya
7. Mengakhiri Percakapan Dengan Ungkapan Pemisahan
Contoh: Selamat jalan

Peraturan Berbahasa Dari Aspek Tujuan Dan Giliran Bercakap


Tujuan percakapan
- Kita harus mengutamakan tujuan percakapan dalam pergaulan harian.
- Kita patut menitikberatkan perkara yang penting dahulu. Tujuan perkara itu
mestilah menimbulkan sesuatu kesan terhadap orang lain atau sesuatu objek.
Contoh : Kita hendak memberitahu seseorang bahawa sesuatu yang buruk
telah berlaku. Perkara tersebut haruslah diberitahu dengan secepat mungkin
kerana merupakan perkara yang sangat penting.
Jika kita mahu memberitahu sesuatu yang penting tetapi tidak segera, kita hendak
mencari masa yang sesuai untuk memberitahu orang itu. Tapi, mesti diingat,
walaupun perkara itu tidak segera, namun, perkara itu mesti disampaikan kepada
pendengarnya.

Contoh : Kita hendak memberitahu kawan kita bahawa gambar yang diambil
bersama-sama telah siap dicuci. Kita boleh memilih masa yang sesuai untuk
memberitahu mereka kerana perkara tersebut penting tetapi tidak segera.
Jika kita ingin memberitahu sesuatu yang tidak penting, kita boleh memberitahu
orang tersebut pada bila-bila masa sahaja. Kita patut memilih masa yang sesuai di
mana kedua-dua penyampai dan pendengar berada dalam keadaan relaks dan
tidak melakukan perkara lain. Perkara tersebut mestilah berunsur ringan dan
sesuai dijadikan idea percakapan dalam
perbualan pada masa lapang.
Contoh : Kita boleh menyampaikan atau memberitahu sesuatu yang tidak
penting semasa kita sedang berbual-bual dengan pendengar pada masa
lapang,
seperti aktiviti yang dijalankan pada hujung minggu dan sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai