Anda di halaman 1dari 1

Bagaimanakah cara untuk menghilangkan penyakit was-was yang sering datang terutamanya

ketika melaksanakan ibadat seperti berwuduk, solat dan bersuci?


JAWAPAN:
Seseorang yang mengalami penyakit was-was ini pada kebiasaannya merasa belum sempurna
membasuh anggota wuduk atau merasa belum benar-benar bersih apabila bersuci.
Manakala ketika solat, takbiratul ihramnya berulang-ulang kali sehingga ada ketikanya
imam sudah rukuk, namun dia masih belum berjaya menyempurnakan takbiratul ihramnya.
Hakikatnya. penyakit was-was ini bermula atau berpunca daripada sikap berhati-hati yang
berlebihan.
Menurut pengakuan mereka yang pernah mengalami penyakit was-was, mereka selalu merasa
khuatir jangan-jangan wuduk yang mereka ambil tidak diterima oleh Allah kerana merasakan
seolah-olah masih ada syarat dan rukun-rukunnya yang kurang atau bahagian anggota
wuduknya yang tidak terbasuh Demikian juga apabila hendak mendirikan Solat.
Perasaan was-was itu yang mungkin muncul di pertengahan ibadat (sekiranya tidak dari mula)
merupakan helah dan gangguan syaitan yang memang suka menggoda manusia.
Bagi menghilangkan penyakit was-was ini, kami menyarankan agar mereka yang
mengalaminya supaya mengikuti cara Rasulullah s.a.w dalam melaksanakan ibadah iaitu
sederhana dan tidak berlebih-lebihan.
Nabi Muhammad s.a.w dalam sebuah hadis mengingatkan umatnya bahawa mereka akan
sendiri tewas sekiranya mereka memberat- beratkan urusan agama. Sheikhul Islam,
Ibn Taimiyyah dalam Sahih al-Kalam at-Tayyib menyebut dua buah hadis Rasulullah s.a.w
berhubung doa dan penawar bagi merawat penyakit was-was. Sabda Rasulullah s.a.w
(maksudnya): Aku berlindung kepada Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
daripada syaitan yang terkutuk, dari godaannya. dari tipuannya, dan bisikannya.
Ini berdasarkan kepada firman Allah dalam Surah al-Fussilat, ayat 36 yang bermaksud: Dan
jika syaitan mengganggu mu dengan suatu gangguan, maka berlindunglah kepada Allah Yang
Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.
Seorang sahabat, Othman bin Abi al-Ash pernah mengadu kepada Rasulullah s.a.w tentang
syaitan yang menggoda ketika hendak solat, lalu Rasulullah s.a.w pun bersabda (maksudnya):
Itulah syaitan yang bernama Khanzab, jika engkau merasakan kehadirannya, mohonlah
perlindungan Allah daripadanya ( auzubillah.. ) dan tiuplah ke arah kiri mu sehanyak tiga kali.
Othman berkata; Aku lalu mengamalkannya dan Allah pun menghilangkannya dariku. (Hadis
riwayat Muslim.

Anda mungkin juga menyukai