Anda di halaman 1dari 10

FOLIO

KIMIA
TINGkATAN 4
DISEDIAKAN OLEH:MUHAMMAD NAJHAN
BIN IBRAHIM
GURU:ROSYAIMI BIN RAMLI
KELAS:TINGKATAN 4 THINKER
BAB 9:BAHAN PEMBUATAN DALAM
INDUSTRI

Asid Sulfurik
Asid sulfurik (sulphuric acid) pekat, H2SO4, ialah
cecair yang tak berwarna tetapi sangat berbahaya
kerana sangat mengkakis (corrosive) dan
mengakibatkan kulit melepuh dan melecur.
Asid sulfurik merupakan asid kuat dan asid dwibes.
Asid sulfurik pekat menyerap air dengan mudah.
Oleh itu, asid sulfurik pekat biasanya digunakan
dalam makmal sebagai agen pengontangan
(dehydrating agent) untuk mengeringkan gas
seperti hidrogen, klorin dan sulfur dioksida.
Asid sulfurik dihasilkan secara besar-besaran
dalam industri melalui proses sentuh (contact
process).
Kegunaan asid sulfurik dalam kehidupan seharian
Asid sulfurik adalah bahan kimia penting yang
digunakan untuk membuat bahan-bahan
pembuatan yang lain.

Asid sulfurik digunakan untuk;


Penghasilan baja (fertilisers).
a)Kalsium fosfat, Ca3(PO4)2, dari sumber tanah
tidak mudah larut dalam air. Sifat ini
menyebabkannya tidak dapat diserap oleh akar
tumbuh-tumbuhan. Kalsium fosfat (calcium
phosphate) dicampurkan dengan asid sulfurik
untuk membentuk baja superfosfat,
Ca(H2PO4)2.H2O. Superfosfat sangat larut dalam
air dan senang diserap oleh tumbuhan.

Ammonium sulfat dan kalium sulfat.


b)Baja ammonium sulfat (ammonium sulfate)
dihasilkan melalui tindak balas peneutralan antara
larutan ammonia dengan asid sulfurik. Persamaan
kimia bagi tindak balas:
H2SO4(ak) + 2NH3(ak) (NH4)2SO4(ak)
Baja kalium sulfat (potassium sulfate) dihasilkan
melalui tindak balas peneutralan antara larutan
kalium hidroksida dengan asid sulfurik. Persamaan
kimia bagi tindak balas:
H2SO4(ak) + 2KOH(ak) K2SO4(ak) + 2H2O(ce)

Penghasilan serbuk pencuci / detergen (detergent).


Alkana (alkanes) yang berantai panjang mula-mula
bertindak balas dengan asid sulfurik pekat untuk
membentuk asid sulfonik (sulfonic acid) yang
seterusnya dineutralkan oleh natrium hidroksida
(sodium hydroxide) untuk menghasilkan detergen.
Sebagai elektrolit (electrolyte) dalam akumulator
asid plumbum dan dalam pembuatan polimer,
bahan plastik, serta pestisid (pesticides).
Membuat pigmen putih bagi cat (white pigment of
paint). Asid sulfurik yang bercampur dengan
titanium dioksida tulen digunakan untuk membuat
pigmen putih bagi cat.
Penghasilan sutera tiruan / gentian tiruan (artificial
fibres). Sutera/gentian tiruan terbentuk hasil
daripada tindakan asid sulfurrik ke atas selulosa.

Sutera/gentian tiruan digunakan sebagai pengganti


kapas asli dalam pembuatan kain, karpet, dan paip
bomba.

Proses Pembuatan Asid Sulfurik


Secara Industri

Proses Sentuh (contact process) terdiri daripada


tiga peringkat.
Peringkat I: Penghasilan sulfur dioksida
Pembakaran serbuk sulfur dalam udara (gas
oksigen) untuk menghasilkan gas sulfur dioksida.

Peringkat II: Penghasilan sulfur trioksida


Gas sulfur dioksida yang terhasil ditulenkan untuk
menyingkirkan arsenik yang meracuni mangkin
dalam tindak balas. Gas sulfur dioksida
kemudiannya dipanaskan bersama-sama gas
oksigen kering yang berlebihan. Pada suhu 450 C
500 C dan tekanan 1 atmosfera, tindak balas
berlaku dengan kehadiran mangkin vanadium (V)
oksida, V2O5, untuk menghasilkan sulfur trioksida.
Persamaan kimia bagi tindak balas yang berlaku
adalah:

Dibawah keadaan tindak balas yang optimum ini,


98% sulfur trioksida dihasilkan. Sulfur dioksida
yang tidak ditukarkan kepada sulfur trioksida dialir
semula ke menara untuk bertindak balas.

Peringkat III: Penghasilan asid sulfurik


Sulfur trioksida yang terhasil dialir melalui asid
sulfurik pekat untuk membentuk oleum, H2S2O7.
Pencairan oleum dengan air menghasilkan asid
sulfurik, H2SO4. Persamaan kimia bagi tindak balas
yang berlaku adalah:
Platinum dan vanadium (V) oksida bertindak
sebagai mangkin dalam Proses Sentuh. Vanadium
(V) oksida lebih biasa digunakan daripada platinum
walaupun vanadium (V) oksida kurang berkesan.
Ini disebabkan vanadium (V) oksida lebih murah
dan tidak mengalami keracunan arsenik.

Proses sentuh.

PEMBUATAN AMMONIA
Proses pembuatan ammonia : Proses haber
Proses Haber atau juga dikenali sebagai Proses
Haber-Bosch adalah proses untuk menghasilkan
ammonia. Proses ini pada mulanya diciptakan oleh
seorang ahli kimia yang hebat iaitu Fritz Haber,
dan kemudiannya dikomersialkan oleh Carl Bosch.
Kedua-dua saintis tersebut menerima Hadiah Nobel
atas sumbangan mereka dalam bidang kimia.

Dalam proses haber: 1. Gas hidrogen, H2 dan gas


nitrogen, N2 dicampurkan dalam nisbah isipadu/
mol 1:3 N2(g) + 3H2(g) 2NH3(g)
Gas hidrogen,
H2 diperoleh daripada gas asli metana.
Gas
nitrogen, N2 diperoleh melalui penyulingan
berperingkat yang dilakukan ke atas udara dalam
bentuk cecair. 2. Campuran gas dialirkan ke atas
sebuk ferum(mangkin) pada suhun 450-500C dan
dimampatkan di bawah tekanan antara

200-500 atmosfera. 3.Gas ammonia, NH3 yang


diperoleh disejukkan (suhu -50C) sehingga menjadi
cecair ammonia, NH3(ce)

Anda mungkin juga menyukai