Anda di halaman 1dari 19

E5124 / UNIT 1 / 1

UNIT 1 : PRINSIP ASAS


PERHUBUNGAN DATA
OBJEKTIF
Objektif Am :

Mengetahui dan memahami


kepentingan perhubungan data dan
penggunaan kod- kod perhubungan
data.

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya


dapat :mentakrif perhubungan data.
menyenarai kepentingan perhubungan data.
menerangkan sejarah perhubungan data.
menyenaraikan kod-kod perhubungan data.
membandingkan penggunaan kod-kod
perhubungan data.

E5124 / UNIT 1 / 2

INPUT
1.0

Pengenalan

Komunikasi memainkan peranan penting dalam kehidupan seharaian. Jika


tiada komunikasi bermakna hidup tidak sempurna. Bolehkah anda tinggal
berseorangan berhari-hari tanpa bertemu dengan sesiapapun ? Sudah tentu tidak!
Komunikasi boleh dijelmakan apabila anda melakukan perbualan harian
dengan seseorang, berutus surat, membaca buku, melihat televisyen, menghadiri
kuliah dan sebagainya. Dengan ini menunjukkan komunikasi adalah penting dalam
kehidupan.

Rajah 1.1 : Asas Komunikasi

E5124 / UNIT 1 / 3
Selain daripada itu apakah perasaan anda jika pergi ke kaunter bank untuk
mengeluarkan wang, tiba-tiba kaunter bank tersebut tutup ?. Sudah tentu
mengecewakan !. Tetapi perkara tersebut tidak menjadi masalah sekiranya anda
mempunyai kad ATM untuk mengeluarkan wang. Ini menunjukkan kepentingan
komunikasi walau dimana anda berada.
Asas komunikasi yang lain adalah penggunaan kad kredit, e-mail, pembayaran
bil dan sebagainya. Oleh yang demikian komunikasi dapat memberi kemudahan
dalam tugas seharian.
1.1

Definisi Komunikasi Data


Apakah yang dimaksudkan dengan komunikasi data ? Secara umumnya
komunikasi data

merupakan pertukaran data/maklumat dalam bentuk elektronik

antara lokasi yang mana melibatkan protocol iaitu set peraturan untuk komputer
berkomunikasi.
Dengan ini Komunikasi Data ditakrifkan sebagai penukaran atau
pemindahan maklumat digit terkod antara dua peranti menggunakan sistem
penghantaran elektronik. Pemindahan ini melibatkan pengumpulan, pemprosesan dan
penghantaran maklumat berbentuk digis melalui saluran perhubungan.
Ianya adalah tindakan menghantar bit 0 dan 1 daripada satu titik kepada titik yang
lain.

Talian Penghantaran Data

Modem

Modem

Komputer 1

Komputer 2
Rajah 1.2 : Satu Sistem Komunikasi Data

E5124 / UNIT 1 / 4

Rajah 1.3 : Sistem Komunikasi Data


1.2

Kepentingan Komunikasi Data


Mari kita lihat apakah kepentingan Komunikasi Data dalam dunia sekarang
yang digelar dunia tanpa sempadan dan maklumat dihujung jari .
Sistem rangkaian komputer menyediakan kemudahan untuk seseorang
berkomunikasi secara elektronik. Ini dapat dilakukan sama ada dengan menggunakan
kemudahan mel elektronik, telesidang video dan sebagainya. Kemudahan sebegini
banyak membantu dalam proses komunikasi dan juga penghantaran maklumat dari
satu tempat ke tempat yang jauh dengan lebih pantas. Jika sistem rangkaian komputer
ini pula disambungkan ke Internet, pengguna setempat juga akan dapat berhubung
dengan pengguna lain diseluruh dunia.
Apabila bercerita tentang urusan kewangan maka terbayang difikiran kita
kemudahan penggunaan kad ATM. Walaupun kita mempunyai akaun yang berdaftar
di sebuah bank tetapi melalui perkongsian komunikasi data kita boleh mengeluarkan
wang di bank yang berlainan yang mempunyai `link dengan bank kita.

E5124 / UNIT 1 / 5
Ini belum lagi kemudahan membeli-belah. Sekarang ramai pengguna tidak
perlu lagi beratur, bersesak-sesak, mencari tempat letak kenderaan untuk `shopping,
membawa wang tunai yang banyak dan sebagainya untuk mencari keperluan harian/
dapur. Dengan hanya `klik dihujung jari mereka boleh memesan barang yang
diperlukan melalui siaran telekomunikasi seperti televisyen atau radio.
Komunikasi data juga berlaku jika kita berurusan di pejabat Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Pengangkutan Jalaraya (JPJ) dan sebagainya. Data
yang dimasukan ke dalam pangkalan data boleh diakses dimana-mana cawangan atau
daearah di seluruh negara. Jelas hal ini memberi kemudahan kepada orang ramai dan
juga sesuatu organisasi.
Sesungguhnya memang tidak dapat dinafikan bahawa kehidupan sekarang banyak
memerlukan teknologi komunikasi data bagi memudahkan urusan dalam kehidupan.
1.3

Sejarah Komunikasi Data


Asalnya komunikasi data terhasil dari evolusi teknologi telekomunikasi dan
kemajuan komputer. Gabungan dari kedua-dua sistem ini tercetusnya teknologi
komunikasi data.
Salah satu ciri yang biasa mengenai sistem komunikasi data ialah penggunaan
peranti cerdik untuk menukar aksara atau simbol ke bentuk kod atau sebaliknya.
Telecetak telah menjadi kaedah komunikasi data yang asas lebih dari 50 tahun.
Telecetak adalah agak lambat sebab ia adalah terdiri dari sistem elektromekanik.
Disebabkan penggunaan komputer yang berkembang pesat, banyak kemajuan
dan perkembangan telah berlaku di dalam komunikasi data. Walaupun komputer telah
diperkenalkan dalam tahun 1950an, ia tidak dapat mempercepatkan komunikasi data
sebab sistem tersebut adalah sejenis pemprosesan kelompok.
Dalam tahun 1960an pemprosesan kelompok kebanyakannya telah diganti
oleh pemproses dalam talian menggunakan terminal dalam bilik yang sama. Dalam

E5124 / UNIT 1 / 6
tahun 1970an perkembangan dalam komunikasi data selanjutnya berlaku.
Minikomputer boleh berhubung dengan komputer besar. Terminal talian dipasang di
bangunan yang berlainan malahan berlainan Bandar atau bandaraya.
Dalam tahun 1980an, perkembangan selanjutnya berlaku di dalam kaedahkaedah perhubungan, bukan sahaja minicomputer tetapi juga komputer peribadi
berasaskan mikropemproses dan pengawal aturcara untuk kelengkapan yang
mewujudkan keadaan di mana keupayaan perkomputeran menjadi tidak mahal.
Terciptanya komunikasi satelit diikuti oleh komunikasi gentian optik
menjanjikan kelajuan komunikasi data yang lebih pantas. Gabungan komputer dan
komunikasi mempunyai pengaruh yang mendalam tentang cara sistem komputer
ditubuhkan. Sistem komputer yang berasingan yang terletak berjauhan saling
berhubung dipanggil Rangkaian Komputer atau Rangkaian Komunikasi Data.

Rajah 1.4 : Sejarah perkembangan teknologi Komunikasi Data

E5124 / UNIT 1 / 7

AKTIVITI 1A

Ok, sekarang uji kefahaman anda dengan mencuba soalan berikut dan semak jawapan atau
maklumbalas di halaman berikutnya.
Selamat Mencuba.

SOALAN
1.1
1.2

Berikan definisi perhubungan data (komunikasi data).


Senaraikan DUA kepentingan perhubungan data (komunikasi data) dan

terangkan dengan
ringkas.
1.3

Terangkan secara ringkas sejarah komunikasi data.

1.4

Lukiskan gambarajah blok bagi suatu sistem komunikasi data.

E5124 / UNIT 1 / 8

INPUT
1.4

Kod-Kod Perhubungan

Dalam komunikasi data setiap maklumat atau data perlu diwakilkan agar
maklumat tersebut boleh difahami oleh sistem tersebut. Maka dengan ini diperlukan
kepada suatu pengkodan.
Pengkodan adalah suatu perwakilan simbol yang menggunakan satu set
simbol yang lain sebelum diproses. Setiap data yang dicipta atau dimasukkan ke
dalam komputer perlu dikenali oleh komputer. Kaedah untuk mewakili aksara-aksara
dan perwakilan ini dinamakan Kod Aksara.
Terdapat beberapa jenis kod aksara yang digunakan pada masa ini. Turutan
evolusi kod adalah seperti berikut : Morse, Baudot, EBCDIC dan ASCII.

Kod Perhubungan !
Apa benda tu ?

E5124 / UNIT 1 / 9

1.4.1 Kod Morse


Kod Morse adalah antara kod aksara yang awal dicipta. Ianya begitu
ringkas tetapi cukup memadai untuk penghantaran aksara melalui telegraph.
Kod ini terdiri dari kombinasi dot dan dash ( dan ) di mana satu dot dikira
satu unit masa manakala satu dash mengambil tiga unit masa. Satu masa
selingan antara aksara. Di bawah disenaraikan kod morse dan perwakilan dotdash.

Aksara
A
B
C
D
E
F
G
H
I
J
K
L
M
N
O
P
Q
R
S
T
U
V
W
X

Kod
-
--
-

-
--

----
--
----
---

---

Aksara
1
2
3
4
5
6
7
8
9
0
.
,
?
/
:
;
(
)

Y
Z

Kod
-----
-
--
---
----
-----------
--
---
---
------
----
-------

E5124 / UNIT 1 / 10

Jadual 1.1 : Kod Morse


Dot () short beep = 1 unit masa asas

Ruang antara dot & dash

= 1 unit masa asas

Dash (-) long beep = 3 unit masa asas

Ruang antara abjad

= 3 unit masa asas

Ruang antara perkataan

= 7 unit masa asas

1.4.2 Kod Baudot


Kod yang pertama dicipta untuk komputer. Kod Baudot menggunakan
nombor 0 dan 1 untuk mewakili aksara. Setiap aksara atau symbol dalam 5
aksara. Di kenali juga dengan nama kod Murray, CCITT Alphabet No 2,
International Alphabet No 2 atau Telex Code. Di bawah disenaraikan kod
Baudot dan perwakilan aksara.

LOWER CASE
A
B
C
D
E
F
G
H
I
J
K
L
M
N
O
P
Q
R
S
T
U
V
W
X
Y
Z
Shift to lowercase

AKSARA
UPPER CASE
?
:
$
3
!
&
#
8

(
)
.
,
9
0
1
4
BELL
5
7
;
2
/
6

5
0
1
0
0
0
0
1
1
0
0
0
1
1
0
1
1
1
0
0
1
0
1
1
1
1
1
1

BAS DATA
4
3
2
0
0
1
1
0
0
1
1
1
1
0
0
0
0
0
1
1
0
1
0
1
0
1
0
0
1
1
1
0
1
1
1
1
0
0
1
1
1
0
1
1
0
1
0
0
0
1
1
0
1
1
1
0
1
0
1
0
0
0
0
0
1
1
1
1
1
0
0
1
1
1
0
0
1
0
0
0
0
1
1
1

1
1
1
0
1
1
1
0
0
0
1
1
0
0
0
0
0
1
0
1
0
1
0
1
1
1
1
1

E5124 / UNIT 1 / 11
Shift to Uppercase
Space
Carrige Return
Line Feed
Blank

1
0
0
0
0

1
0
1
0
0

0
1
0
0
0

1
0
0
1
0

1
0
0
0
0

Jadual 1.2 : Kod Baudot


1.4.3 Kod EBCDIC
EBCDIC atau Extended Binary Coded Decimal Interchange Code
ialah aksara 8 bit yang dicipta oleh IBM. Dengan perwakilan menggunakan
lapan bit, terdapat sebanyak 256 kombinasi berlainan yang mungkin. Di
bawah disenaraikan kod EBCDIC.

KOD EBCDIC
Kedudukan bit 7 6 5 4

Kedudukan
bit 3 2 1 0

0000

0001

0010

0000

NULL

DLE

DS

0001

SOH

DC1

SOS

0010

STX

DC2

FS

0011

0100

0101

0110

SP

&

0111

1000

1001

SYN

1010

1011

1100

1101

1110

1111

0
1

0011

ETX

TN

0100

PF

RES

BYP

PN

0101

HT

NL

LF

RS

0110

LC

BS

EOP

UC

0111

DEL

IL

PRE

EOT

1000

CAN

1001

EM

1010

SMM

CC

SM

1011

VT

CU1

CU2

1100

FF

IFS

1101

CR

IGS

ENQ

1110

SO

IRS

ACK

CU3

DC4

<

NAK

>

Jadual 1.3 : Kod EBCDIC

E5124 / UNIT 1 / 12

1.4.4 Kod ASCII


ASCII

adalah

American

National

Standard

for

Information

Interchange. ASCII terdiri dari aksara 7 bit = 128 aksara.

Kod ASCII

Bit
7

Bit
6

Bit
5

Bit
4
0
0
0
0
0
0
0
0
1
1
1
1
1
1
1
1

Bit
3
0
0
0
0
1
1
1
1
0
0
0
0
1
1
1
1

Bit
2
0
0
1
1
0
0
1
1
0
0
1
1
0
0
1
1

Bit
1
0
1
0
1
0
1
0
1
0
1
0
1
0
1
0
1

0
0
0

0
0
1

0
1
0

0
1
1

1
0
0

1
0
1

1
1
0

1
1
1

NUL
SOH
STX
ETX
EOT
ENQ
ACK
BEL
BS
HT
LF
VT
FF
CR
SO
SI

DLE
DC1
DC2
DC3
DC4
NAK
SYN
ETB
CAN
EM
SUB
ESC
FS
GS
RS
US

SP
!

#
$
%
&

(
)
*
+
,
.
/

0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
:
;
<
=
>
?

@
A
B
C
D
E
F
G
H
I
J
K
L
M
N
O

P
Q
R
S
T
U
V
W
X
Y
Z
[
\
]
^
-

\
a
b
c
d
e
f
g
h
i
j
k
l
m
n
o

p
q
r
s
t
u
v
w
x
y
z
l
:
;
~
DEL

Jadual 1.4 : Kod ASCII

Oh ! Kod kod perhubungan


ialah
kod Morse, kod Baudot, kod
EBCDIC, kod ASCII. Baru
saya tahu

E5124 / UNIT 1 / 13

AKTIVITI 1B

Anda boleh meneruskan aktiviti 1b sekiranya sudah mendapat input dari


bahagian Kod kod Perhubungan. Dengan melakukan aktiviti ini, anda dapat menguji
setakat mana kefahaman anda.
SOALAN
1.5

Namakan dua kod-kod perhubungan.

1.6

Bandingkan penggunaan kod-kod perhubungan yang anda pilih pada soalan

1.7

Berikan perbezaan di antara kod EBCDIC dan kod ASCII.

1.4.

1.8

Berikan perwakilan bagi aksara-aksara berikut dengan menggunakan kod

EBCDIC
i.

Huruf B

ii.

Huruf M

iii

Nombor 5

1.9
Berikan perwakilan bagi slogan-slogan berikut dengan menggunakan kod
ASCII.
i
ii

USAHA
SELAMAT

E5124 / UNIT 1 / 14

MAKLUM BALAS 1A DAN 1B

JAWAPAN
1.1 Definisi perhubungan data (komunikasi data) ialah penukaran maklumat di antara dua
agen
iaitu punca dan destinasi menggunakan sistem penghantaran elektronik.
1.2 Dua kepentingan perhubungan data ialah :
Memudahkan urusan kewangan apabila berurusan dengan pihak bank iaitu tiada
masalah mengenai masa dan tempat.
Menjimatkan masa dari segi urusan pembelian barang-barang keperluan tanpa
mengharungi pelbagai masalah kesesakan.
1.3 Telecetak telah menjadi langkah utama selepas telegraf di dalam perhubungan data. Ia
menjadi kaedah perhubungan data yang asas lebih dari 50 tahun. Walaupun komputer
telah diperkenalkan dalam tahun 1950an, ia tidak dapat mempercepatkan komunikasi
data sebab sistem tersebut adalah sejenis pemprosesan kelompok.
Tahun 1970an hingga sekarang, minicomputer boleh berhubung dengan komputer
besar. Terminal talian dipasang di bangunan yang berlainan bandaraya. Teknologi litar
bersepadu telah bertambah besar dan penggunaan mikropemproses adalah sangat

E5124 / UNIT 1 / 15
meluas. Aturcara yang bersaiz beberapa kali saiz ingatan mesin boleh dilaksanakan
dan juga pengenalan kepada cakera padat (CD ROM-Compact Disk Read Only
Memory).

1.4 Rajah 1 menunjukkan gambarajah blok satu sistem komunikasi data.


Talian Penghantaran Data

Modem

Modem

Komputer 1

Komputer 2
Rajah 1 : Satu Sistem Komunikasi Data

1.5

Kod Morse dan Kod Baudot

1.6

Kod Morse digunakan untuk penghantaran aksara melalui litar telegraf. Kod ini
terdiri dari kombinasi dot dan dash di mana satu dot dikira sat unit masa manakala
satu dash mengambil 3 unit masa.
Kod Baudot digunakan untuk komputer. Ianya menggunakan nombor 0 dan 1 untuk
mewakili aksara.

1.7

EBCDIC
i.

Bilangan bit EBCDIC adalah 8 bit

ii.

Terbahagi kepada 2 zon iaitu zon aksara dan zon perwakilan.

ASCII
i.

Bilangan bit ASCII adalah 7 bit

ii.

Terbahagi kepada 2 zon iaitu zon aksara dan zon alpha numeric.

E5124 / UNIT 1 / 16
1.8

1.9

i.

1100

ii.

1101

iii.

1111

i.

= 010 0010
U = 101 0101
S = 101 0011
A = 100 0001
H = 100 1000
A = 100 0001
= 010 0010

ii.

= 010 0010
S = 101 0011
E = 100 0101
L = 100 1100
A = 100 0001
M = 100 1101
A = 100 0001
T = 101 0100
= 010 0010

E5124 / UNIT 1 / 17

PENILAIAN KENDIRI

Untuk memahirkan diri anda lagi mengenai unit ini, anda bolehlah mencuba
menjawab soalan kendiri yang telah disediakan. Selamat Mencuba.
SOALAN
1.10

Terangkan dengan ringkas kenapa perlu kepada komunikasi data.

1.11

Berikan dan terangkan dengan terperinci dan jelas 2 contoh komunikasi data yang
sering
digunakan pada masa sekarang.

1.12

Kenapakah kaedah penggunaan teknik digit lebih banyak / sering digunakan


berbanding teknik analog ?

1.13

Terangkan fungsi bagi setiap blok sistem asas perhubungan data.

1.14

Kodkan utusan berikut dalam kod ASCII dengan menggunakan perwakilan asas
perenambelasan.

E5124 / UNIT 1 / 18

i.

1001001

1001100

1011001

1000001

1001110

0111000

0100000

0100011

0100000

0110001

0111101

0111001

1000001
ii.

MAKLUMBALAS
PENILAIAN KENDIRI
1.10

Secara ringkas kenapa perlu kepada komunikasi data ialah kerana komunikasi data
perlu kerana data atau maklumat dapat dihantar dan diterima dengan pantas dan
menjimatkan kos.

1.11

Dua contoh komunikasi data yang sering digunakan pada masa sekarang.
i.

ATM-digunakan untuk urusan penbankan dengan cepat dan berkesan

ii.

E-mail-Dapat menghantar dan menerima maklumat rangkaian komputer dengan


cepat.

1.12

Penggunaan teknik digit sering digunakan berbanding teknik analog kerana teknik
digit lebih banyak digunakan kerana ia dapat menghasilkan bidang ruang yang besar
dan ralat penghantaran adalah rendah.

1.13

Fungsi bagi setiap blok sistem asas perhubungan data. Secara umumnya sistem asas
perhubungan data terdiri daripada seperti berikut:
i.

Penghantar-Stesen penghantaran seperti terminal, komputer dan sebagainya

E5124 / UNIT 1 / 19
ii.

Media Penghantaran-terdiri daripada talian,gelombang mikro, sitelit dan


sebagainya

iii.

Penerima-Terminal yang menerima maklumat tersebut seperti komputer,


terminal dan sebagainya.

1.14

Kodkan utusan berikut dalam kod ASCII dengan menggunakan perwakilan asas
perenambelasan.
i.
ii.

I
8

L
SP

Y
#

A
SP

N
A

A
M

Tahniah diucapkan kepada anda kerana telah menjawab


soalan penilaian kendiri. Sekiranya anda memerlukan
maklumat jawapan dengan penjelasan yang lebih teliti
sila merujuk kepada pensyarah anda.Teruskan usaha
anda dengan pergi ke Unit 2.Selamat Maju Jaya.

Anda mungkin juga menyukai