Anda di halaman 1dari 2

KATA ALU-ALUAN

KETUA PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN


NEGERI SABAH

Assalamulaikum w.b.t. dan salam sejahtera.


Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmaat-Nya saya berpeluang
untuk menzahirkan sepatah dua kata di dalam buku cenderamata sempena Seminar Kajian Tindakan
Peringkat Pejabat Pendidikan Daerah Penampang 2015. Tahniah dan syabas kepada Pejabat Pendidikan
Daerah Penampang dan jawatankuasa Seminar Kajian Tindakan kerana berjaya melakar kejayaan untuk
meneruskan kecemerlangan budaya ilmu melalui budaya penyelidikan. Seminar Kajian Tindakan
Peringkat Daerah Penampang yang julung-julung kalinya diadakan ini diharapkan dapat diteruskan dari
semasa ke semasa agar kecemerlangan budaya ilmu terus bercambah dan berakar umbi dalam pelbagai
peringkat terutamanya di peringkat sekolah.
Penganjuran seminar sebegini pastinya berupaya membantu guru-guru untuk melakukan transformasi
dalam proses pengajaran. Melalui kajian tindakan, proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) akan
menjadi lebih menarik kerana pengubahsuaian dalam amalan PdP dan seterusnya akan membantu
meingkatkan pencapaian murid pada tahap yang lebih baik berbanding sebelum kajian dijalankan. Selain
itu, guru-guru juga perlu berupaya mencari acuan dan ramuan yang dapat melahirkan murid-murid yang
mempunyai jati diri yang mampan, berkualiti dan mempunyai minda kelas pertama. Sehubungan itu, saya
yakin bahawa seminar ini dapat dijadikan sebagai salah satu landasan penjanaan ilmu baharu yang
mampu menyumbang kepada mutu profesionalisme dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
kalangan warga pendidik. Tuntasnya, penganjuran seminar seperti ini perlu dikekalkan supaya majlis
penjanaan dan penghujahan ilmu dapat melahirkan komuniti masyarakat yang menjunjung budaya
keilmuan.
Sekian, terima kasih.

Encik Ahamad bin Jais,


Ketua Penolong Pengarah,
Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah.

Anda mungkin juga menyukai