Anda di halaman 1dari 3

PEMILIHAN JODOH

PENGENALAN
Islam mensyariatkan perkahwinan yakni ikatan dan persetujuan antara dua

makhluk, iaitu wanita dan lelaki secara sah di sisi syarak dan undang-undang yang
memang secara azalinya saling memerlukan.
Dan (segeralah) menikah orang-orang yang masih sendiri di antara kamu, dan

orang-orang yang pantas menikah di antara hamba-hamba sahayamu yang soleh


baik perempuan maupun wanita
(QS An-Nuur: 32).
Allah taala sudah berfirman bahawa ketika mana kita berusia 6 bulan di dalam

rahim ibu, kita sudah ditetapkan 3 perkara yakni persoalan ajal maut,rezeki dan
akhir sekali jodoh.
Sabda Rasulullah SAW yang menggariskan 4 perkara utama yang perlu pada

pemilihan pasangan hidup iaitu rupanya, hartanya, keturunanya dan agamanya.


Konsep ini juga perlu difahami oleh ibubapa dalam memilih menantu dan anak-anak
dalam memilih pasangan kerana hadis Nabi bila Rasulullah berpesan, maksudnya,
Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta

kekayaannya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah


(dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu
(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Umat Islam haruslah berdoa dengan konsisten dan ikhlas, tidak kira sama ada

pasangan tersebut dijodohkan oleh ibu bapa, pertemuan dari kawan-kawan,


rakan sekuliah malah melalui jaringan maya (internet).
Syariat mengungkap lelaki baik untuk wanita yang baik, begitu juga sebaliknya
Wanita-wanita yang keji diperuntukkan bagi laki-laki yang keji. Laki-laki yang

keji diperuntukkan bagi wanita yang keji. Dan wanita-wanita yang baik
diperuntukkan bagi laki-laki yang baik. Laki-laki yang baik diperuntukkan bagi
wanita yang baik
(QS An-Nuur: 26).
Dalam ayat Al-Quran juga disebutkan yang bermaksud;
Dan Allah telah menjadikan jodoh-jodoh kamu sekalian dari jenismu sendiri, lalu

menjadikan anak-anak dan cucu bagi kamu dari jodoh-jodohmu


(An-Nahl: 72).

Anda mungkin juga menyukai