Anda di halaman 1dari 2

Mengenalpasti Masalah

Tumpuan ataupun persoalan utama yang perlu diberi perhatian sebelum


pelaksanaan program ialah mengenal pasti terlebih dahulu apakah program
penambahbaikan yang perlu dilakukan. Atas sebab-sebab yang berkaitan,
penulis terlah melakukan kajian keperluan serta mencari punca masalah untuk
diselesaikan dalam usaha untuk melakukan penambahbaikan.Penulis telah
memilih serta menggunakan teknik ataupun cara penyelesaian berasaskan
analisis Rajah Tulang Ikan (Fish Bone) yang juga dikenali sebagai Analisis
Sebab dan Akibat yang diasaskan oleh ilmuwan Jepun sekitar tahun 60-an ia itu
Dr. Kaoru Ishikawa. Menurut (Dale,Barrie G.et al,2007) Rajah Tulang Ikan sering
juga disebut dengan nama Diagram Ishikawa.
Pada peringkat awalnya kaedah ini lebih banyak menjurus fungsinya ke arah
pengurusan kualiti yang menggunakan data verbal (non-numerica) atau data
kualitatif. Dr. Ishikawa juga orang yang pertama akli dikesan memperkenalkan
tujuh alat atau metod pengendalian kualiti iaitu 7 tools iaitu Fish Bone Diagram,
Control Chart,Run Chart,Histogram, Scatter Diagram, Pareto Chart, dan Flow
Chart (Dale, Barrie G.et al, 2007). Kaedah ini dilaihat sangat berkesan kerana ia
dapat membantu mengenalpasti punca atau faktor yang menjurus ke arah
sesuatu masalah dalam bentuk format grafik. Ia amat mudah dan jelas kerana
dapat menunjukkan hubungan antara punca masalah dengan faktor-faktor yang
ada kaitan dengan wujudnya masalah.
Slah satu kaedah yang paling efektif untuk membina gambarajah ialah
dengan melakukan sumbang saran dalam kalangan guru untuk mengenalpasti
punca penyebab masalah yang berpotensi tinggi. Bagi sesetengah kes, masalah
itu bukan hanya ditimbulkan oleh satu faktor sahaja malah ia boleh berpunca
daripada pelbagai faktor penyumbang sama ada faktor tunggal atau kombinasai
daripada beberapa faktor yang menimbulkan berlakunya sesuatu masalah.
(Ishikawa, Kaoru 1990).

Anda mungkin juga menyukai