Anda di halaman 1dari 3

ILMU BINAAN

Ilmu binaan yang saya dapati sepanjang tempoh praktikum ialah dengan
mendenda murid yang bermasalah untuk menyiapkan tugasan yang diberikan di
dalam kelas. Dendaan yang diberikan ini adalah berbentuk menambahkan masa
pengajaran dan pembelajaran terutamanya semasa waktu sebelum rehat dan juga
sebelum pulang. Sbelum rehat saya mengajar Kajian Tempatan tahun dan manakala
waktu sebelum pulang adalah matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan tahun 5.
Dengan pnambahan masa pengajaran dan pembelajaran, bermakna masa rehat dan
pulang akan terlambat.

Walaupun denda yang diberikan ini adalah kepada individu tertentu yang
lambat menyiapkan tugasan atau membuat tugasan sambil lewa, namun ianya
melibatkan keseluruhan kelas. Ilmu binaan yang diketengahkan ini adalah
berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Skinner. Skinner telah menjalankan
berbagai kajian dan buku pertamanya The Behavior of Organisms ditulis pada tahun
1938 yang menghuraikan prinsip-prinsip utama pelaziman operan (operant).
Perkataan 'operan' dicipta oleh Skinner yang membawa maksud bertindak ke atas.

Pelaziman operan ialah apabila organisme menghasilkan sesuatu gerak balas


kerana organisme itu mengoperat (atau operating) ke atas persekitarannya. 
Contohnya, seekor anjing akan menghulurkan kaki depannya sekiranya ia ketahui
bahawa tingkahlaku itu akan diikuti dengan makanan. Begitu juga dengan seorang
budak yang mengemaskan tempat tidur jika dia tahu dia akan dibelanja makan ais
krim.

Dalam kes ini, peneguhan negatif iaitu apa jua rangsangan yang menyakiti
atau yang mewujudkan keadaan tidak selesa boleh menambahkan kebarangkalian
sesuatu tingkahlaku itu akan berlaku. Organisme kemungkinan mengulang
tingkahlaku yang dapat mengelak atau mengurangkan keadaan yang negatif.

1
Apa yang dinyatakan oleh skinner hanya melibatkan individu atau personel
sahaja. Bagi saya, saya telah mengguakan teori Skinner ini dan menambahkan
beberapa elemen lain berdasarkan teori Skinner tadi. Contohnya, jika seorang atau
lebih murid yang tidak dapat menyipakan tugasan mereka, maka keseluruhan kelas
akan menerima kesan dan akibatnya iaitu mereka akan lambat untuk berehat dan
juga pulang. Dengan ini, murid akan berusaha untuk cuba sedaya upaya untuk
menyiapkan tugasan yang diberikan di dalam kelas.

Rasional bagi tindakan (denda keseluruhan kelas) ini adalah untuk


mewujudkan satu persekitaran yang sihat di dalam bilik darjah. Ini kerana jika
beberapa orang murid sahaja yang berusaha menyiapkan kerja atau tugasan yang
diberikan, maka ketidak adilan pasti tidak akan berlaku kerana terdapat murid yang
mengambil sikap sambil lewa tanpa menyiapkan tugasan atau kerja yang diberikan.

Rasional yang kedua ialah untuk mewujudkan atau membentuk sikap yang
bertanggungjawab di kalangan murid di dalam sesuatu kelas. Dengan terlaksananya
kaedah ini, setiap murid diletakkan atau dipertanggungjawabkan untuk menyiapkan
tugasan dan seterusnya akan membuatkan keseluruhan kelas mendapat faedah
daripadanya. Perkara ini secara langsung akan membuatkan murid akan berasa
lebih bertanggungjawab terhadap rakannya yang telah menyiapakan tugasan dan
seterusnya mengelakkan denda yang juga akan dikenakan terhadap rakannya yang
telah siap menjalankan sesutau tugasan atau kerja yang diberikan.

Rasional yang ketiga ialah untuk mewujudkan semangat bekerjasama,


berpasukan, tolong-menolong dan juga semangat kekitaan yang tinggi dalam diri
setiap murid. Dengan ini murid yang pandai dan pintar akan membantu rakan
mereka yang agak lemah dalam pelajaran. Segala ilmu dan pengetahuan yang ada
akan dikongsi dengan murid yang kurang mahir atau memahami dalam
menyelesaikan tugasan yang diberikan. Perkara ini terpaksa dilakukan oleh murid
yang pandai dan cerdas kerana, jika mereka membiarkan rakan mereka tidak
membuat tugasan atau membuat tugasan dengan sikap sambil lewa, maka mereka
juga akan menerima kesan dan juga akibatnya.

2
Dengan ini, secara langsung murid ini akan berkongsi kepandaian, kebolehan
dan juga kemahiran dengan rakan mereka yang lemah dan tidak dapat menguasai
kemahiran tertentu. Selain itu faktor bantuan dan bimbingan rakan sebaya yang
mana mempunyai umur yang sama, pertumbuhan yang lebih kurang sama, tahap
pemikiran yang lebih kurang sama serta tahap komunikasi yang setaraf dengannya
akan memudahkan rakannya lebih memahami tentang apa yang diterangkan
dengan lebih mudah, cepat dan berkesan.

Dalam melaksanakan kaedah ini, saya juga mempunyai beberapa panduan


atau ketetapan yang perlu bagi guru. Anataranya ialah masa yang ditambah (denda)
sama ada sebelum waktu rehat atau balik seharusnya tidak melebihi 1/ 3 daripada
masa yang telah diperuntukkan. Contohnya sebelum waktu rehat masa dendaan
seharusnya tidak kurang daripada 5 minit dan tidak seharusnya melebihi 10 minit.
Walaupun peneguhan diberikan, aspek kebajikan murid seharusnya diutamakan
bagi menjamin keselesaan dan juga ‘mood’ murid untuk mengikuti proses
pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya (selepas waktu rehat)

Manakala bagi waktu sebelum pulang pula ianya juga sama sepertimana
yang dilaksanakan seperti waktu sebelum rehat. Ini bagi memastikan tahap
keselamatan murid terjamin semasa pulang dari sekolah dan juga mengambilkira
aspek waris atau ibi bapa yang menunggu untuk mengambil anak mereka.

Melalui ilmu binaan yang saya laksanakan dalam kelas yang berkaitan, saya
dapati keseluruhan murid akan menyiapkan tugasan kelas yang diberikan tanpa
memberikan sebarang alasan dan sebab- sebab yang tidak munasabah. Murid juga
akan saling ingat-mengingati, bantu-membantu dan juga bertanggungjawab dalam
melaksanakan tugasan yang diberikan. Daripada tempoh permulaan praktikum
sehinggalan akhir praktikum, perubahan dapat dilihat dengan ketara di mana jika
sebelum ini terdapat beberapa orang murid yang sering mengelakkan diri daripada
membuat tugasan akhirnya terpaksa akur dengan apa yang dilaksanakan demi
kepentingan bersama sama ada individu khususnya dan keseluruhan kelas amnya.

Anda mungkin juga menyukai