Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

NAMA : MOHAMAD KHAIRUL AMIR BIN ZAINUDIN NO.


KP : 920414-03-5919
NO. MATRIK : 125134

Assalamualaikum dan syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kesempatan kepada


saya untuk untuk menyertai lawatan Sejarah Islam ke Kuala Lumpur ini. Setinggitinggi penghargaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya, Puan
Anisah binti Harun. Ini disebabkan saya amat mengaguminya kerana dari awal
lagi beliau membuat perancangan yang teliti bersama dengan pengarah program
sebagai prasyarat lulus PISMP Sejarah bagi semester pertama dalam tahun ini.
Antara aspek-aspek dalam refleksi yang ingin saya persembahkan ialah SWOT
iaitu strength (kekuatan), weakness (kelemahan), opportunity (peluang) dan
threat (halangan).
Guru pelatih PISMP Sejarah ambilan Januari 2013 dikehendaki menyiapkan satu
tugasan bagi subjek Persatuan. Tugasan ini memerlukan guru pelatih merancang dan
menghasilkan penulisan ilmiah tentang perkembangan sejarah Islam di Timur Tengah dan
perkembangan sejarah Islam di Malaysia sebagai kesinambungan perkembangan Islam di
seluruh dunia. Lawatan ini merupakan pengukuhan kepada pengetahuan kami dalam usaha
menganalisis perkembangan agama Islam di kota metropolitan di Kuala Lumpur ini.
Sepanjang lawatan ini, saya menyedari banyak kekuatan yang perlu dikekalkan untuk masa
akan datang. Namun begitu, terdapat juga kelemahan yang timbul berikutan kelemahan dari
pihak guru pelatih sendiri di mana langkah-langkah yang sepatutnya harus diambil bagi
mengatasi masalah tersebut. Saya juga berpeluang menimba ilmu dan lebih berpengalaman
dalam melibatkan aktiviti lawatan ini. Ini dapat diperlihatkan melalui kunjungan kami ke
Institut Pengajian Islam di Universiti Malaya. Melalui sesi taklimat yang diadakan, kami
didedahkan tentang penerapan nilai dan usaha dalam memupuk minat pelajar dalam mata
pelajaran sejarah di sekolah rendah. Kami juga ditunjuk ajar tentang kaedah pedagogi yang
sesuai dalam usaha memahamkan murid dalam mengingati fakta-fakta sejarah terutamanya
sejarah perkembangan agama Islam di negara kita dalam kalangan murid. Kami juga dapat
diberi pencerahan tentang cara untuk menyambung pelajaran di peringkat Sarjana Muda
(Master) dalam bidang sejarah iaitu Master dalam bidang Sejarah Ketamadunan Islam. Saya

juga didedahkan secara langsung tentang merasai pengalaman di Persidangan Dewan


Rakyat. Pengalaman ini amat berguna kepada saya dalam usaha mengetahui tatacara
persidangan persidangan di Dewan Rakyat. Saya juga amat tertarik dengan pendekatan
yang digunakan oleh Wakil Rakyat daripada Parti Islam Se-Malaysia yang mendahului
ucapan mereka dengan menggunakan ayat al-Quran sebagai hujah yang paling utama.
Selain itu, semasa lawatan ke Bank Rakyat yang beribu pejabat di Kuala Lumpur juga
banyak input yang kami dapat. Antaranya ialah kami didedahkan dengan kaedah
pengurusan Bank secara patuh syariah. Saya juga pertama kali mengetahui bahawa bank ini
merupakan bank yang sepenuhnya menggunakan sistem perbankan syariah sepenuhnya
sejak dari tahun 2008. Selain itu, tugasan ini juga dapat meningkatkan kemahiran
berkomunikasi kerana dalam menyatakan pendapat serta hujah, kematangan dalam berfikir
dapat dipamerkan. Kemahiran tersebut amat penting khususnya kepada guru pelatih dalam
berinteraksi dengan pelajar suatu hari nanti. Tanpa kemahiran komunikasi yang betul,
maklumat yang ingin disampaikan tidak dapat diterima dengan jelas oleh pihak lain.
Selain itu, terdapat beberapa kelemahan yang patut saya atasi sepanjang program
lawatan projek ini. Antaranya ialah kurangnya persediaan dari aspek mental dan fizikal. Ini
dapat diperlihatkan apabila saya sendiri sedikit mengalami demam selsema selepas pulang
daripada lawatan ini. Saya sepatutnya membawa ubat dan menyediakan bekalan air yang
mencukupi untuk mengatasi iklim yang sangat panas dan berjerebu di Kuala Lumpur. Selain
itu, saya juga mengakui sedikit kelemahan yang dialami bersama-sama dengan kumpulan
AJK saya iaitu Farah Najwa dan Dickson dalam menguruskan gerak kerja AJK makanan. Ini
dapat diperlihatkan melalui pembahagian air minuman secara berkala sebanyak 2 kali setiap
hari sepanjang lawatan ini. Namun pembahagian air minuman hanya dapat dibahagikan 1
kali sahaja setiap hari sehingga banyak lebihan air selepas lawatan. Selain itu, kelemahan
lain yang dapat dikesan ialah kurangnya fungsi setiap AJK yang penting dalam lawatan ini
terumatanya AJK Sponsor, AJK Aktiviti, AJK Perhubungan dan juga bahagian pengiraan
bajet lawatan iaitu Bendahari Program. Ini disebabkan kekangan masa dan juga kelulusan
kertas kerja disaat akhir seminggu sebelum lawatan diadakan. Disini peranan pensyarah
pembimbing kami iaitu Puan Anisah banyak bekerja dalam usaha memudahkan gerak kerja
kami.
Banyak input atau peluang yang saya perolehi sepanjang tugasan projek ini. Paling
utama ialah dapat berkolaborasi secara ilmiah dengan pensyarah pembimbing. Kolaborasi
dua hala

sebenarnya sangat penting kerana pengurusan yang sistematik haruslah ada

bimbingan daripada pensyarah sendiri agar tidak timbul sebarang masalah pada masa yang
akan datang. Selain itu, lawatan ini akan dijadikan panduan untuk saya dalam melaksanakan
lawatan apabila berada di dalam perguruan kelak. Selain itu, kami juga berpeluang

merancang dan mencari masa yang sesuai untuk mengadakan lawatan walaupun dihimpit
dengan kekangan masa yang sangat padat pada semester ini terutamanya selepas waktu
praktikum selama 2 bulan. Semasa di Kuala Lumpur juga kami dapat berpeluang untuk
menimba sebanyak mungkin tentang kolaborasi secara ilmiah dengan pihak PMIUM,
Parlimen Malaysia dan juga pihak Bank Rakyat sehinggakan banyak pengetahuan yang
berguna yang kami timba.
Halangan sepanjang program lawatan dalam menyusuri sejarah Islam di Kota
Metropolitan ini tidak dapat dielakkan. Halangan yang paling utama ialah kos lawatan. Kos
lawatan ini sewajibnya ditanggung oleh pihak pentadbiran tetapi akibat dasar dan
peruntukkan yang sedikit daripada kerajaan, kami terpaksa menggunakan wang poket
sendiri untuk membiayai kos lawatan ini sehinggakan kami terpaksa menggunakan duit
poket sendiri sebanyak RM50. Halangan yang seterusnya ialah pengurusan masa yang
sedikit mengecewakan. Ini dapat diperlihatkan apabila peserta program lawatan terpaksa
menunggu guru pelatih yang terlewat untuk menyertai mana-mana aktiviti. Ini sedikit
sebanyak memberi persepsi yang negatif daripada pensyarah pembimbing kepada unit kami
walaupun masalah yang ditimbulkan hanyalah seorang daripada kami. Selain itu, faktor
perubahan cuaca yang panas dan berjerebu juga sedikit memperlahankan aktiviti lawatan
kami di bandar Kuala Lumpur sehinggakan ada dalam kalangan kami yang mengalami
demam dan batuk yang berpanjangan.
Terdapat beberapa cadangan penambaikan untuk menampung segala kelemahan
yang ada sepanjang lawatan ini. Antaranya ialah perancangan yang lebih mantap dan
bersistematik daripada guru pelatih. Perancangan ini akan mengurangkan gerak kerja
pensyarah yang banyak berhempas pulas dalam menjayakan lawatan kami ke Kuala Lumpur
ini. Selain itu, perancangan yang mantap juga akan menetapkan tempat lawatan yang ditujui
dengan betul tanpa ada pertukaran tempat lawatan dengan kerap. Justeru, secara
keseluruhannya lawatan ini berjaya mencapai objektifnya dalam usaha menerapkan pelbagai
ilmu

yang

berkaitan

dengan

usaha

yang

dilakukan

oleh

pihak

kerajaan

membangunkan insitusi agama Islam di kota metropolitan iaitu di Kuala Lumpur ini.

untuk

Anda mungkin juga menyukai